Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN ALUAN DAN PERASMIAN

MERENTAS DESA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI WILAYAH

TAHUN 2017

MERENTAS DESA

PERASMI

EN. MAHMOOD BIN HAJI HUSSEIN

NAIB YANG DIPERTUA PIBG

TARIKH

10 FEBRUARI 2017 (JUMAAT)

1
Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Mulia Raja Norazam Binti Raja Salleh,


Pengetua SMK Puteri Wilayah

Yang Dihormati Puan Khalidah Binti Yahya,


Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

Yang Dihormati Puan Rosnah Binti Hussien,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cik Rohani Binti Ruslan,


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Roslina Binti Tarmizi,


Penolong Kanan Petang

Guru-guru Kanan Bidang

Guru Cemerlang

Guru-guru

Ahli Jawatankuasa PIBG

Ibu Bapa, dan Murid-murid yang dikasihi

2
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang
Mulia Raja Norazam Binti Raja Salleh, Pengetua Sekolah SMK Puteri Wilayah
dan pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan sepatah dua
kata dan menyempurnakan Perasmian Acara Merentas Desa, SMK Puteri Wilayah
bagi Tahun 2017. Saya juga memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi sama-sama
menjayakan acara merentas desa.

Sekalung penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
khususnya para pentadbir, guru dan murid-murid yang bertungkus lumus
menunjukkan komitmen yang jitu dalam merancang dan melaksanakan acara ini
sebagai acara tahunan sekolah selari dengan hasrat kerajaan yang menggalakkan
murid-murid sekolah memiliki kesihatan tubuh badan yang baik dan bergiat aktif
dalam bidang sukan. Memandangkan Badan Sihat Otak Cerdas maka murid yang
mempunyai badan yang sihat turut memiliki otak yang cerdas.

Puteri-puteri sekalian,

Saya berpendapat bahawa adalah menjadi suatu kemestian kepada kita sebagai
warganegara Malaysia menanamkan semangat yang tinggi untuk menyertai
program-program seumpama ini bukan sahaja di sekolah tetapi juga di tempat kerja
dan kawasan kejiranan. Hal ini demikian kerana banyak manfaat yang kita peroleh
daripada menyertai program-program ini. Antaranya termasuklah memupuk
semangat bersaing dalam keadaan yang sihat terutamanya dalam kalangan murid,
menanamkan sikap bekerjasama dan bertolak ansur sesama guru, ibu bapa dan
murid serta mengeratkan hubungan silaturahim.
3
Hadirin sekalian,

Merentas desa adalah satu sukan yang melibatkan pasukan atau individu berlari
pada pertandingan lapangan yang terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi
semulajadi. Lapangan ini yang biasanya berjarak 4-12 kilometer, mungkin
termasuk permukaan melibatkan rumput dan bumi, melalui hutan dan kawasan
desa yang terbentang, termasuk bukit, tanah rata dan kadang jalan berkerikil. Ini
adalah acara sukan individu dan berpasukan. Pelari dinilai berdasarkan masa
individu dan markah pemberian untuk pasukan. Namun, kerana pelbagai kekangan,
acara merentas desa ini terpaksa diadakan ditengah-tengah bandaraya dan
kesibukan trafik. Ini membuktikan bahawa bukanlah satu alasan untuk kita tidak
menjalankan aktiviti ini. Jadi, marilah kita sama-sama mengambil peluang ini
untuk mengeluarkan peluh dan melepaskan sedikit tekanan.

Hadirin yang dihormati,

Saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua warga sekolah yang
telah merancang bagi menjayakan acara merentas desa pada hari ini. Saya menyeru
kepada anak-anak yang bakal bertanding pada hari ini agar berusaha bersungguh-
sungguh untuk diri sendiri dan sekaligus membantu pasukan masing-masing
meraih kemenangan. Namun demikian, bertandinglah dengan penuh semangat
kesukanan. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap.
Apa-apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat
kemajuan anak-anak kita jua.

Akhir kata, dengan lafaz yang mulia BISMILLAHIRRAHMANIRRROHIM, saya


dengan sukacitanya merasmikan acara Merentas Desa, SMK Puteri Wilayah bagi
Tahun 2017.
Sekian. Terima kasih
4
5