Anda di halaman 1dari 13

Tema : SEMANGAT PATRIOTIK

Tanpa semangat patriotik, kita tidak boleh yakin bahawa kita dapat bertahan
dan mengekalkan hak kita, kemungkinannya ialah Malaysia akan tinggal
nama dalam sejarah cuma.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia

Yang saya hormati saudara / saudari pengerusi majlis,

Barisan hakim yang bijaksana dan penuh berintegriti,

Rakan rakan seperjuangan

Seterusnya warga dewan yang dekat di hati.

Berdirinya saya di sini ini dengan penuh iltizam, dimulakan dengan ungkapan
bermakna yang pernah dituturkan oleh Tun Mahathir Mohamad, ingin saya
sebarkan bicara murni dalam pidato saya yang bertajuk Usaha
Meningkatkan Semangat Patriotik dalam Masyarakat Malaysia.

Hadirin sekalian,

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di


negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini
disebabkan, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan
mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara
yang penting dalam hidup ialah berusaha untuk mencari kekayaan dan
mencari wang bagi menambah pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka
tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak mempedulikan sambutan
hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita pada masa ini, tidak
teruja untuk mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Hadirin yang dihormati,

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk


meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan
tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah
lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar
seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari
rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah
tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga
dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan
masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-
perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat


pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek
semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi
pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan
memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut
dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu
akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan
seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian,
semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid
hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan
mereka di institusi pengajian tinggi.

Sidang saksi bermisi, saudara dan saudari,


Pihak yang bertanggungjawab juga hendaklah menjalankan kempen
secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang
berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di
samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan
untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah
menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat
patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan
negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem
seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah


menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat
memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-
kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti
sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan
kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen
televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan
menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh
masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa
dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik
malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan


daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat
tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu,
anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang
memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu
mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang
telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan
yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting
kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan
dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh
semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk
dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi
yang akan datang.

Tuntasnya, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah


dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini kerana, semangat patriotik
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti
akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan
sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai
kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-
negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan
negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak
perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan
masyarakat

Tema : PERPADUAN
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia

Yang saya hormati saudara / saudari pengerusi majlis,

Barisan hakim yang bijaksana dan penuh berintegriti,

Rakan rakan seperjuangan

Seterusnya warga dewan yang dekat di hati.

Berdirinya saya di sini ini dengan penuh iltizam, dimulakan dengan kata-kata
hikmat yang cukup rapat dengan rakyat Malaysia, ingin saya sampaikan
sebuah pidata dengan tajuk Perpaduan Rakyat Malaysia.

Warga dewan yang dihormati,

Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu


dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk
memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas
dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan
rakyat? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu
untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara
musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan
ditingkatkan?

Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia


haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi.
Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang
pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat
Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri
Malaysia ke-4, kita haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan
perpecahan. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah meneruskan kehidupan
dalam suasana yang aman dan saling membantu atau bekerjasama serta
mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang
penting dengan mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan
perpaduan. Dalam hal ini, mereka hendaklah menganjurkan ceramah yang
bertajuk seperti Perpaduan Teras Kejayaan. Aktiviti sebegini haruslah
diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia
akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan
perpecahan yang berlaku seperti di kebanyakan negara di dunia disebabkan
mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan. Puncanya ialah ketiadaan
kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian,
sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam
kalangan rakyat, kini, mereka hidup porak-peranda. Adakah kita mahu agar
perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya tentulah tidak!

Hadirin yang dihormati,

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan


aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut,
rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain.
Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, mereka
haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari
perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti
seperti ini, perkara sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan
dan rakyat pula tidak akan membangkitkan persoalan tersebut dan
seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan mahupun pertelagahan
yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa bersatu teguh
bercerai roboh.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga


memainkan peranan yang penting bagi memastikan perpaduan rakyat dapat
dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak.
Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak
mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman
tradisi, asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh
bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka.
Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan kepada anak-anak
mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai
kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti
kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan
menyebabkan perpaduan tidak dapat dikekalkan.

Konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit


sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan
perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan
impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus
bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang.
Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita
membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.
Tema : ALAM SEKITAR

"melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama"

andai patah sayap rajawali,

bertongkat jua saya ke mari,

bukan untuk bermadah saya kesini,


tetapi untuk kita sama-sama menghayati,mendalami dan menyelami
mauduk bicara yang berbunyi melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita
bersama. Sekalung aprisiasi saya hulurkan buat saudara
pengerusi,kombinasi intelektual kehakiman bervisi,guru-guru yang saya
hormati,seterusnya hadirin hadirat yang di kasihi dekat di hati.
Assalammualaikum dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi melapangkan
masa,apa khabar penutur bahasa Malaysia tercinta.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Sebelum mulut membuka kata, sebelum lidah mengatur bicara,saya


mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian melestarikan alam sekitar
tanggungjawab kita bersama sebagai mengekalkan ketulenan alam amanah
kita semua. senario ini mempunyai aspek yang begitu meluas tetapi jika kita
renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya terdapat 1 aspek yang perlu
dipertekankan dibawah kata kunci tanggungjawab bersama.Sebenarnya
alam sekitar bagaikan isi dengan kuku hubungannya dengan manusia,
kerana manusia dan alam sekitar memerlukan antara satu sama lain justeru
alam sekitar perlu diberi dilestarikan agar seluruh organisma di bumi ini
dapat hidup dangan selesa dan harmoni

Hadirin hadirat sekalian,

Indikator saya yang pertama bagi melestarikanalam sekitar ialah


mengadakan kempen kesedaran alam sekitar,tujuannya bukanlah untuk
membebankan,melecehkan mahupun menyusahkan hadirin
hadirat,sebaliknya meminimumkan masalah pencemaran alam yang berlaku
secara abnormal,sepertimana proses penebangan dan pembakaran hutan
untuk tujuan pembangunan,yang kononnya untuk menjimatkan masa,tenaga
serta mengelakkan bebanan kos. Deklarasi demi deklarasi telah
dijalankan,memang mejoritinya semua individu sedar akan kepentingan
menjaga alam sekitar namun segalanya hanya rayuan manis dibibir
senyuman sinis yang dilemparkan.kita sebenarnya tidak sedar bahawa bumi
ini bukan milik kita sebaliknya kita hanya meminjam dari generasi yang akan
datang. Tuntasnya kempen kesedaran wajar dilaksanakan agar masyarakat
sedar akan tindak tanduk mereka dan segera melestarikan alam sekitar.

Warga dewan yang bijak bestari,

Indikator saya yang ke-2 ialah ibu bapa perlu memainkan peranan
dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa
merupakan orang yang mempunyai masa senggang yang panjang bersama
anak-anak.terdapat segelintir remaja mahupun kanak-kanak yang masih lagi
acuh tak acuh dalam aspek kebersihan.saya bawakan contoh yang mudah,
pembuangan puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula di merata-rata
tempat, acapkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas dan tandas
awam dicemari oleh benda-benda kecil ini,sebenarnya setiap individu
daripada kita mempunyai peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar,
walaupun ianya remeh,namun jangan di sebabkan remeh kelak
membinasakan masyarakat sekaligus merobek keindahan alam. Tegasnya
ibu bapa perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak di
samping menasihati mereka supaya mencintai kerbersihan alam sekitar bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Warga dewan sekalian,


Indikator saya yang ke-3 ialah pihak berkuasa perlu mengambil
tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar di
Negara kita sekaligus mengenakan denda yang sebati dengan kesalahan
yang dilakukan sepertimana yang termaktub dalam seksyen 29 akta kualiti
alam 1974 yang menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan
alam sekitar boleh didenda RM500 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun
atau kedua-duanya sekali. Hal ini kerana segelintir individu masih lagi tidak
bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang mencabul keindahan
alam sedangkan kita dituntut menjaga kebersihan dan mencintai alam
sekitar begitu juga Mahatma Gandhi,pemimpin india tersohor ada
mengatakan bumi pada hari ini hanya mencukupi bagi orang biasa tetapi
tidak kepada orang yang tamak haloba, yang membawa maksud mereka
yang mencemarkan alam sekitar demi mendapatkan keuntungan tidak
berhak keatas bumi ini. kata-kata ini membuatkan saya cukup terpanggil
untuk mengajak saudara saudari memikirkan kepentingan manusia
melestarikan alam sekitar kita. Rasionalnya jika amalan ini tidak dipratikkan
maka sukarlah untuk kita merealisasikancabaran ke-4 dengan wawasan 2020

Sidang dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-4 menekankan pihak media massa sebagai


salah satu medium efektif dalam melestarikan alam sekitar, hal ini merujuk
kepada peranan media massa yang mampu mempengaruhi minda
masyarakat, terutamanya remaja selaku generasi pelapis untuk melesterikan
alm sekitar tercinta. Pelbagai informasi tentang alam sekitar dapat di
perolehi melalui media ini, sama ada melalui iklan,berita,wawancara
mahupun rancangan berbentuk dokumentari. Senario ini secara tidak
langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan alam sekitar, apakan kesan-kesan kemusnahanya? serta yang
paling utama bagaimanakah cara-cara untuk kita menjaganya, enak lauk di
kunyah-kunyah,enak kata diulang-ulang,sekiranya iklan tentang kepenting
melestarikan alam sekitar ini sering diulangi,acapkali didengar,sudah pasti
setiap individu dalam masyarakat merasakan tanggungjawab yang harus
dipikul dalam mengekalkan keindahan alam sekitar. Tegasnya pihak media
massa perlu berganding bahu kerana mereka merupakan salah satu pihak
yang penting dalam memberi pendekatan kepada masyarakat dengan lebih
efektif.

Warga dewan sekalian,

Harus di kejut mana yang lena,

Harus ditegur mana yang alpa.

Sebelum manusia ditimpa bencana,

Sebelum alam mulai berbicara.

Oleh itu,bukalah mata seluasnya dan sama-sama kita memulakan


anjakkan paradigma dangan menanamkan semangat cintakan alam
sekitar.ingatlah alam cemerlang,hidup gemilang. Jadi anda bayangkan
andainya alam boleh berbicara dan mungkin inilah luahan perasaan
sebatang pokok meranti ataupun seekor semut merah.konklusinya manusia
mengancam manusia yang terancam. Persoalannya demi mengejar sesuatu
kemajuan,haruskah alam menjadi taruhan? Fikir-fikirkan agar masalah ini
tidak akan berleluasa sehingga mengakibatkan ledakan tsunami di jepun,
gunung merapi memuntahkan lavanya,dan taufan Katrina serta Wilma
Amarika. Tepuk dada tanyalah minda,tepuk dahi fikirlah sendiri,
melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama

Anda mungkin juga menyukai