Pada 20 Januari 2014 bersamaan hari Isnin jam 7.00 hingga 7.30 pagi telah diadakan program
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM).
Pusat Sumber sekolah telah mengadakan majlis pelancaran program NILAM bagi tahun
2014. NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan
yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan
sepanjang tahun dan markah akan dikumpulkan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha dari Pusat Sumber sekolah dengan matlamat untuk membina
tabiat membaca di kalangan murid. Tiga elemen penting program NILAM adalah setiap
pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM, guru
mengesahkan rekod bacaan pelajar dan pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan
bilangan buku yang dibaca.