Anda di halaman 1dari 5

Tajuk 2 :

(i) Huraikan tiga jenis Helah Bela Diri Positif dan dua jenis Helah Bela Diri

Passif/Negatif

Tahukah anda, komunikasi merupakan element yang paling penting dalam hubungan

sesame makhluk. Dalam kehidupan setiap individu komunikasi merupakan perkara penting

sekali dan berlaku pada setiap masa. Oleh yang demikian, akan mewujudkan mekanuisme

helah bela diri berlaku dalam setiap manusia. Ini kerana setiap individu akan cuba untuk

mengekalkan konsep kendiri yang baik. Teknik helah bela diri akan digunakan untuk

memelihara konsep kendiri dan harga diri individu terbabit. Helah bela diri ini sering

digunakan oleh setiap individu dalam kehidupan seharian mereka. Ia akan digunakan tanpa

mengambil kira kesan yang akan dihadapai jika mereka menggunakan mekanisma helah bela

diri.

Aliran psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud memberi perhatian besar

terhadap konsep helah bela diri. Namun, perbincangan ini hanya terhad kepada tingkah laku

murid yang masih melakukan pelbagai eksperimen kendiri dalam proses membina identiti

dan keperibadian setelah memasuki fasa autonomi yang lebih tinggi, manakala fasa

pergantungan (dependency) mereka pula menjadi lebih rendah. Helah bela diri juga boleh

dikaitkan dengan proses psikologi yang bertujuan untuk mengawal ketidakupayaan dan

penderitaan Ego yang tidak mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan sempurna

(Schultz dan Schultz, 1993).


Menurut Davidoff (1976) helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang

memberi alasan tentang sesuatu tindakannya, sedangkan alasan yang diberikan itu bukan

sebab yang sebenarnya.

Helah bela diri mempunyai dua ciri :

Ia berfungsi pada tahap di bawah sedar

Ia mengubah, menolak dan memalsukan persepsi realiti dengan tujuan untuk

mengurangkan kadar ancaman pada seseorang individu.

Saya akan menerangkan tiga jenis helah bela diri aktif dan 2 jenis helah bela diri pasif. Helah

bela diri aktif yang pertama ialah Pemindahan. Pemindahan adalah salah satu daripada jenis

helah bela diri aktif. Helah bela diri pemindahan merujuk kepada individu yang mengalihkan

kemarahan seseorang kepada sasaran lain. Ini berlaku kerana individu tersebut tidak dapat

meluahkan kemarahan sebenarnya kepada orang tersebut. Pemindahan atau penyaluran

dengan menyalurkan tindakan kepada sasaran lain yang lebih selamat dibanding dengan

sasaran asal. Contohnya seorang ibu yang terlalu sayangkan anaknya, beliau tidak akan

memarahi anaknya apabila anaknya itu menyakitkan hatinya akan tetapi dia akan melepaskan

kemarahan kepada suami nya. Helah bela diri jenis ini boleh dikaitkan dengan Teori Daniel

Goleman. Ini kerana berdasarkan teori ini memberi penekanan terhadap penggunaan

kecerdasan emosi dalam mengukur tahap kemahiran potensi individu.

Menerusi teori ini memerlukan seseorang itu mengawal emosi mereka dengan

menggunakan kaedah dan teknik yang lebih rasional. Oleh yang demikian, helah bela diri

jenis pemindahan perlu dilakukan dengan lebih rasional dan tidak memberi kesan yang teruk

kepada mangsa yang dipindahkan perasaan marah tersebut. Dalam hal ini, individu terbabit

perlu mengawal tahap kemarahan mereka. Dalam masa yang sama, si mangsa dianggap tidak

akan memberi sebarang tindakbalas terhadap individu yang cuba memindahkan perasaan

marah tersebut.
Dengan yang demikian, jelas menunjukkan bahawa Teori Daniel Goleman sangat penting

dalam helah bela diri pemindahan. Ia melibatkan pengawalan emosi di antara individu yang

cuba memindahkan perasaan marah dan mereka yang menjadi mangsa dalam situasi tersebut.

Helah bela diri aktif kedua ialah Sublimasi. Sublimasi digunakan dengan mengemukakan

cara-cara lain yang dapat diterima secara rasional atau menukarkan motif primitive kepada

motif yang lebih efektif. Sublimasi dianggap helah bela diri yang bersifat positif dan sihat.

Bagi mereka yang mengamalkan sublimasi ini, mereka akan menyalurkan perasaan

kecewanya kepada saluran atau bentuk yang boleh diterima oleh dirinya.

Contohnya seorang individu menghadapi masalah sukar untuk mendapat kawan. Oleh itu, dia

mengalami kesunyian dan bagi mengatasi masalah tersebut beliau telah menghasilkan sajak,

mengubah lagu dan pelbagai aktiviti yang bersifat positif dan boleh diterima oleh masyarakat

sekeliling. Sekiranya individu terbabit merupakan seorang pelukis, beliau akan menjadikan

medium lukisan sebagai cara untuk melepaskan perasaannya.

Bagi helah diri jenis aktif/positif sublimasi, helah bela diri ini merupakan

helah bela diri yang paling positif. Bagi mengatasinya, sikap individu yang ditunjukkan

haruslah diberi galakan serta sokongan yang sebaiknya. Ini penting bagi membolehkan

individu tersebut membina kendiri diri yang baru bagi mengatasi kekurangan atau kelemahan

diri yang ada. Di sekolah, murid yang berkecenderungan untuk mempamerkan helah bela diri

ini haruslah di beri peluang serta sokongan bagi membantu mereka lebih berkeyakinan diri.

Kebolehan individu yang pelbagai haruslah sentiasa ditekankan oleh pendidik kepada murid

agar mereka lebih berfikiran terbuka untuk menerima kelebihan serta kelemahan diri masing-

masing.
Helah bela diri aktif ketiga ialah Regreasi. Regreasi berlaku apabila seseorang itu

kembali kepada jenis tingkah laku yang menjadi kebiasaan di peringkat awal perkembangan

yang terdahulu, tingkah laku ini adalah sangat berbeza dengan peringkat kini. Oleh yang

demikian, helah bela diri jenis regreasi ini menunjukkan bagaimana seseorang individu

tersebut melakukan pengunduran ke masa yang lalu dengan menunjukkan tingkah laku yang

menjadi kebiasaan pada peringkat perkembangan awal.

Sebagai contohnya pada peringkat awal perkembangan seorang kanak-kanak yang berumur 3

hinga 5 tahun tahun, perbuatan yang seringkali dilakukan pada peringkat awal

perkembangannya ialah menangis dengan kuat, menjerit dan mengigit kukunya. Oleh yang

demikian, perbuatan sebegini masih dilakukan oleh beliau apabila dia menghadapi masalah

dalam kehidupan hariannya seperti bergaduh dengan rakan. Perbuatan seperti ini menjadi

amalannya walaupun umurnya telah meningkat.

Kita sebagai tenaga pengajar boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan

cara memberi kesedaran diri akan kelemahan atau kesilapan yang dilakukan harus diterima

dengan hati serta pemikiran yang terbuka. Kita juga boleh menawarkan jawatan-jawatan

pelajar di sekolah untuk mereka bagi mendedahkan kematangan mereka.

Selain daripada helah bela diri positif, terdapat juga jenis-jenis helah bela diri negatif.

Jenis helah bela diri negatif ialah seperti penafian. Penafian berlaku apabila seseorang

individu tidak dapat menerima kenyataan. Individu ini secara sengaja tidak mahu

mempercayai bahawa perkara yang buruk atau sedih telah berlaku. Mereka akan bertindak

untuk melupakannya atau menafikan perkara tersebut supaya mereka tidak perlu lagi

mengingati perkara tersebut. Contoh bagi helah bela diri ini ialah seperti seorang Contoh bagi

helah bela diri ini ialah seperti seorang pelajar dituduh melakukan kerosakan vandalisme. Dia
akan menafikan hal tersebut adalah fitnah semata-mata terhadapnya. Sedangkan terdapat

saksi yang mengatakan ternampak beliau melakukan hal tersebut.

Bagi helah bela diri negative iaitu penafian, cara yang boleh dilakukan untuk

mengatasinya ialah dengan memberikan kaunseling yang menggunakan kaedah psikoanalisis.

Kaedah yang digunakan adalah untuk membentuk semula watak individu tersebut agar segala

yag terpendam di alam tidak sedar dapat dialamai di alam sedar. Ini penting bagi

menyedarkan pelaku supaya sentiasa terbuka dalam menerima cabaran yang ada.

Jenis lain helah bela diri negatif ialah Represi. Bagi Teori Personaliti Freud, strategi

ini merupakan terpenting dan paling asas. Ia sebagai usaha untuk melupakan sesuatu yang

mengecewakan atau memalukan dirinya. Unsur ini akan aktif pada waktu tertentu dan akan

mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seseorang tanpa disedari. Contohnya, murid yang

pernah dirotan oleh gurunya berharap gurunya itu akan mendapat kemalangan.

Cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi ialah dengan mendekati pelajar secara

personal untuk membincangkan secara mendalam tentang masalah yang dihadapi. Guru akan

menegur pelajar berkenaan supaya dapat menerima teguran kerana manusia tidak sempurna.

Diharap dengan adanya kerja tugasan ini dapat memberi penerangan serba sedikit

tentang helah bela diri. Setiap jenis helah bela diri mempunyai kebaikkan serta kelemahan

masing-masing. Setiap individu perlulah mempunyai kefahaman agar tidak menerima kesan

negative terhadap diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai