Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI Keutamaan Penyelidikan

P
usat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan (PPSKTM),
KEBANGSAAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) menawarkan lima program akademik pada peringkat

MALAYSIA prasiswazah dan siswazah, iaitu Kimia, Teknologi Kimia, Oleokimia, Sains
Makanan dan Sains Makanan dengan Pengurusan. Program prasiswazah
telah disusun sedemikian rupa bagi menyediakan pelajar dengan ilmu asas
yang diperlukan dalam industri berteraskan kimia, oleokimia dan sains
makanan disamping mendalami bidang asas sains kimia dan sains makanan.

UKM
Pusat menawarkan program pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
Pada masa ini, Pusat mempunyai 11profesor, 19 profesor madya dan 15
pensyarah yang melibatkan diri secara aktif baik dalam pengajaran,
mahupun penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah dikenalpasti
sebagai sebuah universiti penyelidikan oleh Kerajaan Malaysia. Justeru,
PPSKTM komited untuk gigih menjalankan penyelidikan dalam beberapa
bidang berkaitan dengan kimia dan sains makanan.

PUSAT PENGAJIAN SAINS


KEUTAMAAN PENYELIDIKAN
KIMIA & TEKNOLOGI
MAKANAN Umumnya penyelidikan di Pusat merangkumi bidang keutamaan berikut:

• Analisis dan Persekitaran


FAKULTI SAINS DAN • Hasilan Semulajadi
• Ingredien Makanan
TEKNOLOGI • Mutu dan Keselamatan Makanan
• Pemangkinan
• Polimer dan Komposit
• Sensor Kimia dan Biokimia
• Sintesis Sebatian Tak Organik dan Organologam
kristalografi sinar-X. Beberapa kelas metabolit sekunder yang memang
Analisis dan Persekitaran menjadi minat kumpulan adalah alkaloid, flavonoid, terpena, kuinon,
antrakuinon dan hidrokarbon aromatik. Penyelidikan terhadap sebatian yang
Tujahan utama penyelidikan dalam kimia analisis dan persekitaran mempunyai keaktifan biologi seperti anti-alergi, anti-inflamatori, anti-
termasuklah pembangunan dan penentusahan teknik analisis untuk kanser dan anti-malaria paling diutamakan. Di samping itu, penyelidikan
menganalisis bahan pencemar logam berat dan mikroorganik dalam berhubung kimia liken yang melibatkan sintesis sebatian-sebatian baru
persekitaran akuatik, matrik bahan biologi dan minyak, analisis dan daripada komponen bioaktif yang dipencilkan juga giat dijalankan.
pencirian sebatian organik mudah meruap (VOC), sebatian organik separa-
meruap (SVOC) dan logam berat dalam sumber air minuman di Malaysia,
air laut dan sedimen; kajian sintesis dan potensi penggunaan terbitan baru Ingredien Makanan
kitosan dalam rawatan air dan air buangan dan aplikasi komersial yang lain;
penspesiesan dan pemodelan ketoksikan logam dalam persekitaran akuatik; Penyelidikan dalam bidang ingredien makanan tertumpu kepada
dan permodelan kualiti air dan kajian kesihatan ekosistem. penghasilan makanan berfungsi berasaskan lemak/minyak, karbohidrat dan
protein. Projek yang dijalankan termasuklah penghasilan pengemulsi
makanan daripada lemak koko dan distilat asid lemak sawit
Hasilan Semulajadi (monoasilgliserol/diasilgliserol, ester gula) dan lemak istimewa, enzim
CGTase dan siklodekstrin daripada isolat dan sumber kanji tempatan, dan
Aktiviti utama kumpulan penyelidik hasilan semulajadi adalah tertumpu perisa makanan daripada hidrolisat protein melalui tindak balas plastein.
kepada pemisahan dan penentuan struktur sebatian bioaktif daripada Kajian penggunaan minyak sawit merah (carotino) dan ekstrak herba
tumbuhan tinggi dan tumbuhan rendah. Pengekstrakan serta pemisahan sebagai agen antioksida dalam produk berasaskan daging juga giat
dilakukan menggunakan berbagai kaedah kromatografi untuk memencilkan dijalankan. Kajian terhadap sumber kanji tempatan terutamanya sago juga
komponen-komponen kimia bioaktif dan sebatian penting untuk sintesis melibatkan pengubahsuaian untuk mempertingkatkan kefungsiannya di
selanjutnya. Penentuan struktur kimia hasilan semulajadi adalah secara samping membangun formulasi bahan salutan makanan.
spektroskopi ultralembayung, spektrometri jisim, 1H- dan 13C-NMR serta

Mutu dan Keselamatan Makanan

Keselamatan makanan telah semakin mendapat perhatian di kalangan


pengusaha industri makanan, kerajaan dan para pengguna. Pendekatan
yang diambil untuk menjamin keselamatam makanan di setiap peringkat
rantai makanan memerlukan pemahaman mendalam terhadap berbagai
bahaya yang terlibat. Di pusat pengajian, kumpulan penyelidik sedang
mengkaji perbagai jenis patogen makanan, terutamanya dari segi ekologi
dan kemandirian mereka apabila mengalami pemprosesan, di samping
mengenalpasti patogen baru muncul akibat daripada penggunaan proses
baru atau perubahan gaya hidup. Kumpulan penyelidik kawalan mutu
menumpukan kajian mereka kepada ciri-ciri fizikal dan sensori makanan.

Spektrometer FT RMN
Pemangkinan Sintesis Sebatian Tak Organik dan Organologam

Kajian bidang ini difokuskan kepada pembangunan mangkin petrokimia Kajian dalam bidang ini difokuskan kepada sintesis kompleks logam
untuk tindak balas metatesis dan reformasi, sistem mangkin penukar dan (Kumpulan 14 & 15, logam peralihan) yang baru menggunakan ligan atom
pemangkinan untuk mempelbagaikan kegunaan minyak sawit dan gas asli. penderma daripada Kumpulan 16 (ditiokarbamat, karboksilat, fenolat,
Kumpulan ini telah bekerjasama dengan badan luar seperti PETRONAS dan tiosemikarbazon); sintesis sebatian terbitan ferosena dan organotimah yang
Johnson Matthey, The Fritz Haber Institute of Max Planck Society, Berlin, baru. Pencirian sebatian baharu yang disintesis dijalan menggunakan
Jerman; Avantium Technology, Belanda dan Institute Technology Quimica, kaedah spektroskopi (FTIR, RMN 1H, 13C & 119Sn), manakala penentuan
Valencia, Sepanyol. struktur menggunakan kristalografi sinar-X hablur tunggal. Kajian lain
termasuklah aktiviti biologi kompleks logam, aktiviti antioksidaan polimer;
hubung kait struktur-aktiviti.
Polimer dan Komposit

Bidang penyelidikan yang dijalankan adalah berkaitan dengan polimer


sintetik dan semulajadi. Kajian semasa termasuk modifikasi kimia polimer,
pengadunan polimer sintetik dan getah asli, komposit berasaskan getah asli
termoplastik, getah asli termoplastik selular, pengserasi berasaskan getah
asli, pengkitaran semula termoplastik, polimer terbio-urai berasaskan kanji,
produk berasaskan kitin-kitosan, polimer elektroaktif, pengesan dan
penderia berasaskan kompleks tak organik dan polimer.

Sensor Kimia dan Biokimia

Penyelidikan sensor kimia/biokimia meneroka kegunaan reagen kimia


berwarna dan molekul biologi (enzim, sel organisma, DNA, ionofor)
sebagai unsur penderiaan. Penyelidikan sensor ditumpukan kepada
rekabentuk sensor untuk penilaian pencemaran/ ketoksikan udara, air dan
juga analisis kimia makanan. Gandingan antara unsur penderiaan ini dengan
membran sensor (polimer dan biopolimer) dan juga transduser elektrokimia
dan optik/gentian optik, serta integrasi jaringan neural tiruan dalam analisis
data untuk sensor merupakan fokus utama penyelidikan.
Difraktometer Sinar-X Hablur Tunggal
PROGRAM SISWAZAH KEMUDAHAN PENYELIDIKAN

Empat jenis program di peringkat siswazah ditawarkan dalam bidang Pusat mempunyai makmal penyelidikan yang dilengkapi dengan peralatan
berikut:- canggih seperti Spektrometer FT RMN (Joel - ECP 400), Spektrometer FT-
(a) Sarjana Sains (Kimia) IR (Perkin Elmer - Spectrum GX), Difraktometer Sinar-X Hablur Tunggal
(b) Sarjana Sains (Sains Makanan) (Bruker – Smart Apex), Spektrometer Pancaran Plasma Gandingan Aruhan
(c) Doktor Falsafah (Kimia) (Perkin Elmer – Optima 4300 DV), Kromatografi Gas – Spektrometer Jisim
(d) Doktor Falsafah (Sains Makanan) (Shimadzu – GP-5050A), Penganalisis CHNS-O (Thermofinnigan – EA
1112), Spektrofotometer Serapan Atom Perkin Elmer – Analyst 800),
Pelajar boleh mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa. Kalorimeter Pengimbasan Kebezaan (Mettler Toledo – DSC 822),
Tempoh pengajian adalah seperti berikut: Penganalisis RMN Denyutan (Bruker – MQ 20), Penganalisis Inframerah
Dekat Transformasi Fourier (Perkin Elmer – Spectrometer One NTS),
Sarjana (Semester) Doktor Falsafah Sistem Penganalisis Tekstur (Steven – QTS 25), Mesen Ujian Universal
(Semseter) (Instron – 5567, Penganalisis Mekanikal Dinamik (TA Instruments – DMA
Sepenuh Masa 2-6 6 - 12 2980, 2010C), Penganalisis Asid Amino (Waters – l 1525), dan beberapa
Separuh Masa 4 - 10 8 - 14 sistem Kromatografi Gas dan Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi.

Ijazah yang ditawarkan untuk Doktor Falsafah adalah hanya melalui Tesis.
Untuk Program Sarjana dalam Kimia atau Sains Makanan dua pilihan
ditawarkan, iaitu Tesis atau Secara Kerja Kursus. PERTANYAAN

Pelajar dikehendaki membentangkan penemuan penyelidikan mereka dalam Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
kolokium siswazah yang dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi dua
kali setahun. Pengerusi
Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM-Bangi
Selangor
MALAYSIA
Tel: (603)-89215412
Faks: (603)-89215410
Mel-E : kpsktm@pkrisc.cc.ukm.my
Laman Sesawang : www.ukm.my/kimia

Seminar Siswazah

Anda mungkin juga menyukai