Anda di halaman 1dari 4

Pakaian Tradisional dan Motif dalam Penghasilan Kain Tenunan

Kaum RUNGUS Sabah


PakaianTradisionaldanmotifdalampenghasilanKainTenunanRUNGUS
Sabah

Hari ini mari kita mengetahui mengenai pakaian tradisional suku yang terdapat di sabah iaitu suku
kaum saya sendiri iaitu suku Kaum Rungus.Suku kaum Rungus merupakan salah satu suku kaum
yang terdapat di sabah.Suku kaum Rungus ini majoritinya banyak terdapat di kawasan Daerah Kudat
kota Marudu dan Pitas Sabah.

SEJARAH TENUNAN RUNGUS


Suku kaum Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman. Pakaian
tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan menggunakan kapas yang
lebih dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat.

Suku kaum Rungus memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna
hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna
ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat.
Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara
hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.

MOTIF DOMINAN DALAM PENGHASILAN KAIN TENUNAN RUNGUS


Kain tenunan Rungus adalah penghasilan yang memerlukan kepekaan terhadap alam semulajadi
yang dijadikan sebagai panduan dalam mereka cipta motif dan hasil dari kepekaan itu maka lahirlah
kain yang dipenuhi dengan berbagai jenis motif sebagai ragam hias pada hasil tenunan tersebut. Kain
Tinongkupan yang dihasilkan untuk membuat baju tradisi lelaki memiliki motif yang memenuhi kain
tersebut dan penghasilan kain yang amat unik. Motif yang terdapat pada kain tenunan Rungus adalah
:

Benurunsi bermotifkan siput dan kerang.


Binongkok motif bersumberkan imej katak.
Binorokidung motif tema jejak ular, istilah lain untuk motif ini Rinugading.
Binugang motif menyerupai burung.
Binutuan motif yang menyerupai jalinan kulit kayu.
Inansal motif bersumberkan pagar.
Inompuling motif bersumberkan serampang ikan.
Inugarang motif menyerupai biawak atau cicak kecil.
Inumpizos motif menyerupai ulat bulu.
Kinadamazam motif buah kadamazam.
Kiambang Kiapu motif bunga kayu.
Kinulit motif bertemakan kulit pisang.
Lijawan motif paku pakis.
Linimut bertemakan imej kumbang.
Linopung motif bersumberkan ular sawa.
Linopung do kisorod motif seperti ular bersirip.
Livato motif bersumberkan semangat atau hantu.
Miniyamban motif bersumberkan bungkusan kuih.
Mitotorungak motif bersumberkan kemasyarakatan iaitu kelompok.
Monsimuung bersumberkan imej semangat atau binatang.
Pinodkimo bermotifkan kulit tiram.
Sinikuvan bermotifkan buku benang.
Sinopung motif bentuk piramid.
Sinubung motif ukiran kayu yang dicucuk dengan sesuatu benda ditengahnya.
Sinusuk rabung motif pucuk rebung.
Tinikou Sada motif ekor ikan.
Tiningulun motif bersumberkan bentuk manusia.
Tinolutug motif segi empat yang dikelilingi corak segi tiga.
Tinubou motif bertemakan burung merak mengigal.
Tinukad motif bersumberkan tangga.
Vinalahan motif bunga rotan (vakau).
Vinusak motif bunga-bunga hutan.
Vinusak Kapok motif seperti bunga kapok.

Walau bagaimanapun, Motif ini dikategorikan mengikut 5 kategori antaranya :

1. Berbentuk Orang
2. Berbentuk Semangat atau Hantu
3. Berbentuk Binatang seperti Cicak/Biawak, Katak, Ular
4. Bersumberkan Geometri seperti piramid, tangga, pagar5. Bersumberkan Tumbuhan seperti bunga,
rotan, rabung