Anda di halaman 1dari 37

Umat Islam : Satu Ketika Dulu

Umat Islam pernah berada di era kegemilangan. Ianya telah menjadi bukti
sejarah. Kegemilangan umat ketika itu bukan sahaja berjaya menguasai dunia
tetapi juga turut melalui tempoh yang panjang iaitu 700 tahun atau tujuh abad.
Zaman kegemilangan umat itu adalah di atas kehendak dan pertolongan Allah
SWT kerana mereka memiliki ciri-ciri peribadi agung. Peribadi-peribadi agung itu
sangat dipandang oleh Allah SWT hingga layak memperolehi naungan Allah SWT,
hingga bangsa-bangsa lain seronok bernaung di bawah mereka.

Martabat dan maruah umat itu diangkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab atau
secara tidak sengaja melainkan kerana mereka amat berpegang dengan Al
Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka benar-benar berperanan sebagai
hamba. Sifat dan rasa kehambaan mereka amat kuat sehingga memusnahkan
segala sifat mazmumah dan sifat keji. Mereka juga benar-benar menghayati rasa
berTuhan. Mereka benar-benar merasai di dalam kekuasaan Allah SWT. Taqwa
mereka sangat tinggi. Syariat sangat dijaga dalam semua aspek. Sangat takut
dan cemas berhadapan dengan akhirat lantaran itu mereka takut untuk berbuat
dosa.

Mereka juga memiliki sifat-sifat kekhalifahan yang sangat menonjol. Mereka


begitu bersungguh-sungguh melaksanakan ajaran islam dalam aspek
hablumminnannas atau urusan hidup berpandukan syariat islam. Ertinya mereka
yang habluminAllah dan hablumminnannas sama kuat dan sama naik. Memimpin
dan ibadah berjalan serentak. Semakin banyak urusan kehidupan maka semakin
sibuk pula dengan Tuhan. Dan begitulah sebaliknya apabila memperolehi
kekuatan dan ibadah kepada Allah SWT maka semakin gigih pula memimpin dan
mencatur urusan kehidupan manusia.

Mereka inilah yang ditujukan oleh Rasulullah SAW daripada sabdanya yang
bermaksud :

Sesungguhnya Allah, dengan kitab ini (Al Quran) meninggikan darjat satu kaum
dan menjatuhkan kaum-kaum yang lain. (Riwayat Muslim)

Umat Islam Kini

Kini apabila umat Islam melupai Allah SWT, mengabaikan sunnah RSAW maka
umat Islam menjadi hina dina di mana-mana. Ini jelas apabila umat islam sendiri
dilanda berbagai krisis. Dunia islam porak peranda, pertelingkahan, permusuhan
malah peperangan berlaku di mana-mana. Saling tindas menindas, zalim
menzalimi, berhasad dengki, jatuh menjatuh, fitnah menfitnah, kutuk mengutuk,
tamak haloba, rakus dan berbagai gejala negatif. Hingga ke peringkat seolah-
olah menjadi juara gejala nagatif dalam beberapa aspek tertentu umpama
dadah.

Boleh juga rata-rata umat islam kini dapt digambarkan menurut ciri-ciri berikut
antaranya :
Boleh dianggap seperti haiwan yang merupakan manusia hanya kerana
kehidupan mereka atau kecenderungan mereka hanya kepada makan minum,
hiburan dan seks. Persoalan tuhan dan akhirat sudah padam dari fikrian dan hati
mereka.

Jiwa mereka kosong. Hilang kebahagiaan, putus asa, kecewa, menderita. Tidak
boleh disentuh oleh ujian atau musibah, mereka akan menjadi resah, merana
dan rusuh.Manakala kalau memperolehi nikmat mereka terlajak dan lupa
daratan, menjadi sombong dan membuatkan orang lain tersinggung. kekuasaan
yang dimilikinya akan dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.Lawan atau
musuhnya akan dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.

Kebenaran sukar diterima, dan tidak boleh ditegur, mereka akan mudah melatah.
Teguran dan kritikan dianggap penentangan. Pujian dianggap sokongan dan
kesetiaan.Membazir, berpoya-poya adalah resam dan budaya hidup
mereka.Hanya memikirkan untung dan seronok tanpa mengira halal haram.

Gejala negatif tidak dibendung malah turut memberi laluan dan sumbangan
kepada membiak dan merebaknya gejala negatif. Dan tenggelam punca pula
untuk menyelesaikannya.Agama dan akhlak dianggap persoalan individu, malah
dianggap penghalang kemajuan.Agama hanya sekadar upaya sekali sekala.
Itupun hanya label dan tempelan yang sangat bersifat kulit. Kadang-kadang
agama bukan untuk penghayatan tetapi sekadar propaganda untuk meraih
sokongan.

Umat Islam akan Kembali Gemilang

Umat islam akan kembali gemilang. Saat dan ketikanya sudah menjelang tiba. Ini
adalah ibarat era kebangkitan islam. Siapa yang menolaknya ibarat menentang
arus. Kegemilangan Islam kali kedua bukan satu ramalan, rekaan atau khayalan.
Ianya pasti terjadi kerana ianya merupakan janji dari lidah RSAW.

Janji RSAW itu sepatutnya disambut penuh kegembiraan oleh umat islam zaman
ini kerana kita ditakdirkan oleh Allah SWT hidup di zaman yang insyaAllah dapat
melihat dan menikmati kegemilangan islam. Dan yang lebih penting lagi ialah
jadikan diri sebagai di antara orang yang turut menyumbang kepada
kegemilangan islam itu sendiri.

Kalau diibaratkan seseorang menghadapi gerbang perkahwinan, dalam


kegembiraan menghadapinya tentulah dipersiapkan segala keperluan yang
berkaitan. Malah lazimnya terjadi adalah segala persiapan itu sedikitpun tidak
mahu ada cacat celanya. Sama ada persiapan diri dan persiapan majlis
perkahwinan.

Oleh kerana kegemilangan islam kali kedua ini menepati ciri-ciri kegemilangan
islam kali pertama (zaman RSAW dan sahabat-sahabatnya) maka proses
persediannya juga mestilah menepati ciri-ciri zaman ummah pertama. Pada
asasnya aspek ini mestilah diberi perhatian yang paling utama iaitu taqwa. Tanpa
taqwa kejayaan tidak akan diberikan oleh Allah SWT. Kalaupun boleh juga
mencapai kemenangan mungkin kerana pandai, pintar ada kekuatan, strategi
pula mengena, namun itu tidak diiktiraf sebagai kemenangan hakiki yang
diredhai oleh Allah SWT.

Melalui sifat taqwa, syariat diambil kira dalam segala usaha dan perbuatan.
Usaha yang bersungguh-sungguh tidak menjejaskan pula kesungguhan
membaiki diri. Rasa berTuhan dipertajamkan dan diperhalusi. Rasa kehambaan
juga bertambah mendalam. Pergantungan hati dengan Allah SWT tidak pernah
lekang atau lalai.

Atas dasar taqwa sajalah akan lahir masyarakat yang menjadi idaman dan
dirindui oleh setiap mukmin. Pemimpin bertaqwa saja yang terjamin memiliki
sifat keadilan, orang kayanya tawaduk dan pemurah, para ulama menjadi contoh
dan menjadi obor mendidik umat. Taqwa sajalah yang melahirkan para pekerja
yang jujur, orang miskin yang sabar dan redha, para suami bertanggungjawab,
para isteri yang taat, anak-anak yang menghormati ibu bapa. Taqwa sajalah
yang mampu mewujudkan masyarakat yang gejala negatifnya berada di tahap
yang sangat minimum, berkasih sayang, perpaduan yang kukuh, bertolong
bantu, sejahtera dan harmoni.

Taqwa inilah yang mesti diusahakan serta disebarluaskan kepada segenap


masyarakat. Selepas itu nanti akan sama-sama melihat betapa Allah SWT
menurunkan bantuan dan pertolongan sebagaimana yang berlaku di era
kegemilangan umat terdahulu. Allah SWT pasti menunaikan janjiNya kepada
orang-orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT maka Allah SWT
akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa
memperbaiki apa yang dirahsiakan (taqwa) maka Allah akan memperbaiki apa
yang dilahirkannya.

(Riwayat Al Hakim)

Golongan Yahudi & Nasrani tidak sesekali akan redha kepada kamu sehinggalah
kamu mengikut jejak langkah (anutan) mereka...( Al-Baqarah: 120 )
Sejak kebelakangan ini saya begitu tertarik & teruja untuk mengkaji sejarah
kebangkitan & kejatuhan Islam setelah mendengar satu siri ceramah dari ustaz
Kazim berkenaan dengan Bagaimana Yahudi begitu licik menipu kita. Sebenarnya
minat ini sudah mula membiak dalam diri ketika mana saya mengambil subjek
Islam,Knowledge & Civilization yang telah di ajar oleh anak murid seorang tokoh
yang hebat Syed Naqib Al-Attas iaitu Dr.Aliza.. Dalam masa yang sama juga
pemikiran saya sekarang semacam digasak dan di asah untuk lebih banyak
berfikir dan lebih kritikal dengan keadaan semasa umat Islam masa kini..
Dunia semasa hari ini memperlihatkan suatu sikon ( situasi dan kondisi ) yang
amat-amat berbeza daripada perspektif dunia Islam pada era Rasulullah SAW.
Semestinya beberapa cabaran dan bentuk-bentuk ancaman musuh Islam perlu
disedari secara lebih kritis dan teliti agar perancangan untuk menghadapi
bahaya musuh Islam ini lebih-lebih lagi di zaman teknologi dan globalisasi ini
yang semestinya menjanjikan pelbagai risiko berbahaya untuk agama dan umat
Islam seluruhnya.

Saya tertarik dengan rumusan Ucapan Dasar Presiden PAS yang disampaikan
oleh Ustaz MiorIsfandy semalam di mana secara umumnya Ucapan Dasar
Presiden banyak menyentuh berkenaan dengan permasalah dari sudut sosial,
ekonomi dan politik yang sememangnya menjadi core problem di Malaysia
sekarang. Inilah dia implikasi negatif yang dirasai oleh hampir kesemua negara-
negara Islam pada hari ini hasil daripada penguasaan secara monopoli kuasa
Amerika Syarikat dan sekutu Liberal Kapitalisnya.

Secara ringkasnya, keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kesan daripada
ideologi sekularisme dan aktiviti-aktiviti gerakan musuh yang tersusun seperti
Kristianiti,Zionis dan Orientalis. Di samping itu, saya melihat permasalahan dunia
Islam pada hari ini sebenarnya adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor
dalaman dan juga faktor luaran.

Faktor Dalaman :

1) Prejudis dan hilang keyakinan dikalangan umat Islam sendiri terhadap sistem
dan ajaran Islam itu sendiri.
2) Tiada kesatuan fikrah melaksanakan tindakan terhadap isu-isu yang berkaitan
kepentingan ummah.
3) Kurangnya penguasaan umat Islam dalam perkembangan ilmudan kepesatan
teknologi bagi menyaingi kemajuan teknologi barat.
4) Ketiadaan kuasa penentu di kalangan negara-negara dunia Islam dalam
menghadapi ancaman luar ( OIC hanya tinggal nama ).

Faktor Luaran :

1) Serangan ideologidari Barat yang terpaksa dihadapi oleh negara-negara Islam.


2) Cengkaman daripada pertubuhan atau pergerakan antarabangsa yang
menggunakan nama kebajikan,pendidikan seperti IMF yang menawarkan
bantuan kewangan yang akhirnya menyebabkan negara-negara Isla terpaksa
akur terhadap setiap keputusan Barat.
3) Tekanan dari PBB itu sendiri samada melalui piagamnya, sekatan-sekatan
ekonomi, kuasa veto dan sebagainya.
4) Pengaruh media massa serta teknologi maklumat yang mana banyak
digunakan untuk memudahkan penyampaian propaganda yang penajanya
didalangi oleh Zionis laknatullah.

Saya gusar dan gundah melihat senario dunia Islam pada hari ini yang
mengalami ketidak satuan samada dalam aspek politik,ekonomi juga sosialnya.
Seorang tokoh Barat yang bernama Golam W.Choudhury, beliau
mengklasifikasikan negara-negara Islam pada hari ini kepada 3 jenis iaitu :
1) Negara-negara yang membangunkan negaranya dengan acuan kenegaraan
Islamnya sendiri seperti Afghanistan, Iran, Pakistan, Saudi Arabia dan Sudan.
Bagaimanapun, sesetengah sarjana tidak menganggap negara-negara ini
sebagai negara yang bertaraf Daulah Islamiyyah kerana masih terdapat
beberapa aspek yang tidak selari dengan pemerintahan yang di asaskan oeh
Islam pada zaman kerajaan Islam MAdinah.

2) Negara-negara yang majoriti penduduknya adalah Islam dan memberi


perhatian terhadap aspek keislaman tetapi secara majoritinya, negara-negara
tersebut tidak mengisytiharkan mereka sebagai negara Islam meskipun
kadangkala lantang memeperkatakan isu-isu berkaitan dengan Islam. Mereka ini
hanya menggunakan Islam sebagai agama rasmi sahaja dan ini termasuklah
Malaysia yang kucintai:).

3) Negara-negara yang lebih memilih untuk diisytiharkan sebagai negara sekular


seperti turki. Negara-Negara ini hanya mengambil Islam sebagai agama ritual
semata-semata tanpa melibatkan aspek kehidupan yang lain. Saya kira inilah
sistem negara Islam yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Attaturk laknatullah di
Turki.

Inilah dia senario dunia islam sekarang. Suatu perkara yang harus kita ingat ialah
tindakan ini sebenarnya amat merugikan umat Islam dan menyebabkan dunia
Islam sentiasa tertinggal di belakang. Teringat dengan janji Allah dalam
FirmanNya :

" Wahai orang yang beriman! Jika kamu mentaati orang kafir itu nescaya mereka
akan mengembalikan kamu ke belakang ( kepada kekufuran), maka jadilah kamu
orang yang rugi." ( Ali-Imran : 149 )
Saya ada membaca satu buku mengenai kesan Sekularisme ke atas dunia Islam.
Jadi, suka untuk saya kongsikan disini beberapa kesan secara umum dalam
pelbagai aspek yang melanda umat Islam seperti aspek
pemikiran,sosial,politik,ekonomi,pendidikan dan juga perundangan yang mana ia
adalah hasil daripada penularan ideologi sekular.

Alan Richardson ada menyebut dalam bukunya The Religion in Contemporary


Debate menjelaskan :

"Dunia Islam yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat
Kristian dan peradaban mereka."

Aspek Pemikiran :

Kita lihat hari ini di Malaysia khususnya di mana pemikiran umat Islam semakin
hari semakin rapuh dan memandang soal agama hanyalah semata-mata soal
ritual sahaja. Saya bagi contoh : Semasa sambutan Maulidur Rasul, kita dapati
imej dan syiar Islam begitu di jaga, namun pada masa yang sama di luar aktiviti
ini, Islam tidak lagi diikuti malah aurat kembali dibuka sebaik sahaja syarahan
atau kelas agama tamat. Contoh kedua dalam urusan perkahwinan. Rukun,syarat
dan adab begitu dijaga kerana bimbang takut-takut perkahwinan tidak sah,
sedangkan pergaulan bebas sebelum perkahwinan tidak pernah diambil kira
mengikut syariat Islam. Inilah dia bentuk pemikiran masyarakat pada hari ini
yang mana semakin sebati dengan kehidupan yang mengasingkan hal-hal Islam
dengan hal-hal ekonomi,sosial dan lain-lain.

Aspek Politik :

Aliran politik barat tertanam di dalam jiwa setiap umat Islam seperti fahaman
kapitalisme,sosialisme,nasionalisme dan lain-lain. Kaedah memisahkan aspek
politik daripada tugas masjid menjelaskan lagi pemikiran umat Islam hari ini
begitu kuat dipengaruhi dan dihantui oleh sekularisme sedangkan agama islam
telah meletakkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi keseluruhan aspek
kehidupan termasuklah politi,ekonomi,dan sosial. Malah di zaman Rasulullah dulu
menjadikan masjid sebagai pusat keseluruhan aktiviti yang mana menunjukkan
integriti agama dengan kehidupan seluruhnya. Menyentuh tentang fungsi masjid
ini,saya teringat akan cabaran yang telah dilontarkan oleh lecturer saya dalam
subjek Quran, Sunnah & Built Environment, dimana beliau mencabar semua
pelajar senibina bagaimana untuk mencorak atau membuat design masjid yang
mana dapat attract muslim khususnya remaja agar tertarik untuk ke masjid dan
menjadikan masjid itu berfungsi seperti mana zaman Rasulullah..huh! agak berat
untuk menyahut cabaran tu prof tapi ia tak mustahil sebenarnya. Nothing is
imposible!(^_^)

Aspek Pendidikan

Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa


mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk
akhlak dan moral. Jika kita lihat, sistem pendidikan negara disusun daripada pra-
sekolah sehinggalah kepada peringkat tertinggi adalah mengambil dari dasar
sekular. Ini terjadi apabila aliran sekolah sudah ditetapkan oleh kerajaan ;
samada aliran agama ataupun bukan agama. Apa itu aliran bukan agama? Ia
bermaksud pengajian subjek-subjek umum di sekolah digubal menggunakan
idea-idea barat yang tidak disepadukan dengan pemikiran islam.Lebih
meyedihkan lagi apabila aliran pendidikan Islam semakin d pandang sepi dan
mendesak masyarakat mengutamakan disiplin-disiplin lain.

Saya mengambil contoh keadaan semasa sekarang dimana kita melihat


Kementerian Pendidikan mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam SPM...Kenapa
Bahasa Inggeris? Kenapa tidak kertas Pendidikan Agama untuk pelajar Muslim?

Kredit diberikan kepada GAMIS kerana akan menganjurkan Kongres Pendidikan


pada bulan Julai akan datang.Maklumat lanjut mengenai kongres ini boleh
dilihat disini

Inilah beberapa aspek yang telah berjaya memberikan implikasi negatif kepada
umat Islam khususnya di Malaysia hasil daripada penjajahan ideologi
sekularisme dari Barat ini.

Hasil daripada pembacaan beberapa buah buku, suka untuk saya lontarkan disini
beberapa strategi untuk kita menghadapi ancaman dan cabaran ini :

1) Kita ( umat Islam ) haruslah cuba sedaya upaya untuk membebaskan diri dari
belenggu ideologi penjajah dari segi politik,ekonomi,sosial,pendidikan, dan
perundangan.Seharusnya semua aspek ini kita perlu berteraskan kepada Al-
Quran dan Sunnah.

2) Pemantapan akidah Islam dan semangat jihad di dalam diri setiap muslim
perlulah ditanam. Tidak hairanlah apabila Abu "ala Al Maududi meletakkan jihad
sebagai rukun Islam yang keenam sebagai menggambarkan betapa jihad
merupakan suatu tuntutan wajib dalam menghadapi dunia globalisasi masa kini.

3) Jadikan Al-Quran & hadis sebagai rujukan utama dalam pelaksanaan dan
perjalanan hidup merangkumi semua urusan.

4) Para pemerintah Islam perlu disedarkan bahawa menegakkan sistem


pemerintahan Islam merupakan tuntutan agama.

5) Pendidikan dan pengajaran mengenai Islam perlu dipertingkatkan serta


penekanan yang lengkap mengenai Islam kepada institusi pembelajaran dan
pendidikan dari taman asuhan hinggalah ke peringkat universiti.

6) Dakwah Islam perlu dilakukan secara berhikmah dan kebijaksanaan dengan


menggunakan cara yang mudah,praktikal dan logik.

7) Saingan teknologi dan perkembangan sains moden hari ini perlu di hadapi
dengan usaha-usaha positif oleh umat islam bagi menyeimbangkan cabaran
teknologi masa kini.

Secara konklusinya, dalam konteks dunia islam pada hari ini, kita perlulah
berhati-hati dan berstrategi dalam menghadapi musuh agar satu hari nanti kita
dapat melihat Islam Memimpin Perubahan.Insyaallah.

Siiru 'Ala Barakatillah...

Muqadimah

Tulisan ini bertujuan memperingatkan umat Islam agar menyedari satu ancaman
baru yang bakal menggugat aqidah mereka dan masa depan agama mereka di
Malaysia ketika ini. Ancaman yang pada hakikatnya lebih berbahaya dari dakyah
Kristian, Hindu atau mana-mana agama yang lain kerana ia datang dari kalangan
umat Islam sendiri. Ancaman yang kita maksudkan ialah kemunculan pemikiran
muktazilah moden atau neo-muktazilah yang dikenali dengan Islam liberal.

Dengan mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kelalaian pemimpin


tertinggi negara yang beragama Islam ketika ini (yakni Perdana Menteri dan juga
Menteri-Menterinya yang muslim) yang tidak sensitif dengan isu-isu agama dan
tidak mampu bertegas dalam beberapa kes yang menggugat kepentingan Islam,
golongan neo-muktazilah atau Islam liberal ini semakin galak dan semakin
rancak menjaja dan mencanang gagasan pemikiran liberal mereka dengan
berselindung di sebalik tuntutan kebebasan dan hak asasi.

Ancaman ini jika tidak ditangani dengan cepat dan tegas oleh semua pihak di
kalangan umat Islam, nescaya akan menghakis kefahaman agama yang soheh
di kalangan umat Islam dengan amat pantas sekali. Dengan bercakap atas nama
mereka sebagai seorang muslim dan di atas platfom pertubuhan yang memakai
nama Islam (seperti Sistes In Islam dan sebagainya), golongan Islam liberal
sememangnya lebih berbahaya dari pendakyah-pendakyah agama lain kerana
suara mereka lebih mudah didengari oleh kaum muslimin. Mereka ibarat duri
dalam daging atau musang berbulu ayam bagi umat Islam. Firman Allah;

8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah
dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman,
padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak
menyedarinya.
10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan
hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan
mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab
mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana
dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-
orang Yang hanya membuat kebaikan".
12. Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang
sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak
menyedarinya.
(al-Baqarah)

Islam liberal; satu bentuk jahiliyah moden

Menjadi kewajipan umat Islam mengenali jahiliyah di samping mengenali Islam.


Jika mengenali Islam bertujuan mengamalkannya, mengenali jahiliyah pula
adalah untuk mengelak darinya dan agar tidak tertipu dengan pendakyah-
pendakyahnya. Hal ini telah dinasihati oleh Saidina Umar dalam satu ucapannya;



Akan terungkailah ikatan Islam satu-persatu dari seorang yang lahir/membesar
di dalam Islam tetapi tidak kenal jahiliyah.

Islam Liberal adalah satu bentuk pemikiran jahiliyah baru/moden yang dianuti
sebahagian cerdik pandai muslim hari ini khususnya yang berlatar-belakangkan
pendidikan Barat. Pemikiran ini berasal dari ideologi Sekular-Liberal yang lahir di
Barat, kemudian dibawa masuk ke dalam masyarakat umat Islam oleh gerakan
Misionari Kritian dan Orientalis melalui penjajahan dan melalui pendidikan
terhadap anak-anak orang Islam yang belajar di Barat. Melihat kepada tentangan
yang amat hebat oleh ulamak Islam dan pendokong-pendokong gerakan Islam
terhadap ideologi tersebut sejak dulu hingga sekarang, maka untuk meredakan
tentangan tersebut dan untuk mengelabui mata umat Islam mereka meletakkan
istilah Islam di depan istilah Liberal itu dan membentuk satu istilah baru yang
dipanggil Islam Liberal. Pada hakikatnya pendokong pemikiran Islam Liberal
adalah penganut-penganut ideologi Sekular-Liberal yang mana matlamat mereka
ialah menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam di kalangan
penganut-penganutnya sehingga akhirnya pegangan dengan agama dianggap
tidak sesuai lagi di zaman moden hari ini. Natijahnya umat Islam akan bersikap
anti-Islam dan memusuhi ulamak-ulamaknya sebagaimana sikap orang-orang
Barat hari ini terhadap agama Kristian dan paderi-paderi Kristian.

Ciri-ciri Jahiliyah Moden

Menurut Muhammad Qutb dalam bukunya Jahiliyah Abad Dua Puluh; Semua
kejahiliyahan tidak percaya kepada Allah secara benar. Ia merupakan ciri pokok
yang ada pada setiap kejahiliyahan. Bahkan sesungguhnya dari situlah
munculnya kejahiliyahan, yang kemudian berkembang menjadi bermacam-
macam penyelewengan lainnya di bidang pemikiran dan perilaku. (halaman
56)

Menurut beliau juga; jahiliyah moden hari ini berbanding dengan jahiliyah dahulu;
ada ciri-ciri kebersamaannya dan ada ciri-ciri perbezaannya. Adapun ciri-ciri
kebersamaannya ialah;

1. Tidak adanya iman yang sesungguhnya kepada Allah dan tidak adanya sikap
tunduk kepadaNya dalam setiap urusan iaitu sikap yang membuktikan kesatuan
akidah dan syariat, tanpa pemisahan dalam hal apa pun.

2. Menuruti hawa nafsu iaitu ciri kedua yang muncul dari tidak adanya iman yang
sesungguhnya kepada Allah dan dari tidak adanya penyerahan diri mutlak
kepadaNya.

3. Adanya pelbagai taghut yang memujuk manusia supaya tidak beribadah dan
tidak taat kepada Allah serta menolak hukum SyariatNya, kemudian mengalih
pengibadatannya kepada taghut itu dan hukum-hakam yang dibuat menurut
selera nafsunya.

4. Menjauhkan diri dari agama Allah.

Ciri-ciri tersebut jika diperhatikan akan ada pada semua jenis jahiliyah. Di
samping ciri-ciri kebersamaan tersebut, masing-masing jahiliyah pada setiap
zaman memiliki ciri-ciri khususnya tersendiri. Adapun ciri-ciri khusus jahiliyah
moden ialah;

1. Kemajuan ilmu pengetahuan sedemikian tinggi yang dipergunakan antara lain


untuk menyesatkan manusia dari tuntutan Ilahi dan menjerumuskan semua
makhluk Allah ke dalam bahaya dan bencana.

2. Manusia bersikap sombong terhadap penciptanya (Allah) kerana silau melihat


hasil-hasil yang dicapai di bidang ilmu pengetahuan dan kemajuan material.
Manusia menganggap dirinya tidak berhajat kepada Tuhan atau merasa dirinya
telah menjadi Tuhan.

3. Berbagai macam teori ilmiah yang menjerumuskan manusia kepada


penyelewengan di bidang kemasyarakatan, ekonomi, psikologi dan bidang-
bidang kehidupan lainnya.

4. Malapetaka akibat teori evolusi.

5. Kebebasan wanita.
(Jahiliyah Abad Dua Puluh, hlm. 71).

Sejarah Fahaman Liberal di Barat

Aliran liberalisme lahir di Barat adalah lanjutan daripada zaman Renaisans


(kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Ia adalah hasil daripada tindak balas
kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap ilmu/sains dan juga
teori-teori palsu ciptaan cendekiawan Yahudi untuk memusnahkan agama
Kristian. Aliran pemikiran ini bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang
diberi kepada individu. Sifat-sifat fahaman liberalisme ialah;

1. Kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit.

2. Ia mempunyai gagasan-gagasan pemikiran seperti berikut;

a) Individu lebih penting dari masyarakat.


b) Masyarakat wujud untuk individu.
c) Individu bebas dari ikatan agama.

Gerakan liberalisme dari sudut agama dipelopori oleh Martin Luther (1483-
1546M) seorang tokoh Protestan disebabkan oleh penindasan dan keganasan
gereja Katholik sebelum zaman Renaissance. Gerakan ini membebaskan
penganut agama Kristian daripada kuasa gereja dari segi rohaniah ke atas
individu dan membentuk mazhab baru bernama Protestan pada abad ke 16M.
Antara prinsip penting bagi mazhab Protestan ialah; Menjadi hak individu
Kristian untuk membaca kitab suci dan mentafsirnya sendiri tanpa terikat dengan
tafsiran paderi-paderi.
(Islam, Al-Quran dan Ideologi Masa Kini, Penyelenggara; Sulaiman Nordin,
halaman 170-172)

Pada abad ke 18M, Liberalisme Barat itu berkembang pula dalam bentuk aliran
syak atau scepticism dan mewujudkan suasana yang kontroversi yang lebih
hebat dengan agama-agama khususnya pada abad ke 19M. Seterusnya aliran
yang menolak agama terus mengembangkan ideanya di German khususnya
pada kurun ke 19M, melalui tulisan-tulisan seperti Feuerbach, Marx dan
Nietzsche. Dari sinilah bermulanya satu fahaman yang terkenal iaitu ideologi
Komunis.

Idea Liberalisme ini terus berkembang di Barat bersama dengan kemajuan sains
dan pemodenan dalam pembangunan industri. Manusia bukan sahaja disogok
dengan idea keraguan tentang Tuhan dan ajaran-ajaran agama tetapi juga
menjadikan mereka bersikap materialistik dengan menjadikannya sebagai
matlamat dari segala kehidupan. Sebagai contohnya David Hume (1711-1776)
seorang ahli falsafah Scotish dalam tulisannya banyak sekali menghentam
agamanya sendiri (Kristian). Ini terbukti dalam tulisan-tulisan beliau seperti
Dialogues Concerning Natural Religion dan Essay on Miracles. Berasaskan
kepada idea pemikiran beliau yang menggunakan pendekatan ragu
(scepticism) melalui teori ilmu yang didasarkan kepada persepsi akal dan indera
maka sudah tentu ia mengatakan tuhan itu tidak ada.

Secara lansung atau tidak lansung idea seumpama ini telah mempengaruhi
pemikiran generasi baru di Barat khususnya dan di Timur amnya. Fahaman ini
berkeyakinan bahawa manusia dan akal fikirannya boleh menyelesaikan
berbagai aspek yang berkaitan dengan kemanusiaan tanpa perlu merujuk
kepada agama atau tuhan. Kalau manusia itu dalam kes-kes tertentu perlu
kepada agama maka ia hanya bersifat keperluan individu semata-mata terutama
dalam keadaan manusia yang tidak menentu emosi dan pemikiran serta
perasaannya kerana ditimpa kemalangan, bencana alam dan sebagainya. Maka
peranan agama dalam konteks ini tidak lebih dari sekadar menstabilkan emosi
yang tidak tenteram.
(Gugatan Pemikiran Islam, Zulkarnain Yusuf, halaman 10).

Teras pemikiran Islam Liberal

Sebagaimana Ideologi Liberal atau Liberalisme di Barat yang terbina di atas


kebebasan individu (dari cengkaman agama) dan perasaan syak atau ragu
terhadap agama, maka begitu juga dengan fahaman Islam Liberal. Fahaman
Islam Liberal berakar pada kebebasan akal tanpa batasan ditambah pula dengan
perasaan syak dan ragu terhadap Islam. Bagi pendokong fahaman Islam Liberal,
tidak ada di dalam agama suatu yang dianggap kudus dan suci yang tidak boleh
dikritik atau dipertikai. Sepertimana muktazilah, golongan Islam Liberal
meletakkan akal lebih tinggi dari wahyu. Kerana itu mereka layak digelar
muktazilah moden atau neo-muktazilah. Bagi mereka, penerimaan terhadap
wahyu hendaklah berasaskan kepada penilaian akal dan rasional. Tidak ada
yang dapat dikategorikan sebagai Qatiyyat atau Musallamat iaitu ajaran-ajaran
agama yang mesti diterima kebenarannya tanpa merujuk kepada akal terlebih
dahulu (yakni diterima atas dasar iman dan keyakinan kepada Allah dan Rasul)
sebagaimana yang menjadi pegangan umat Islam selama ini. Semua ajaran
dalam agama bagi mereka adalah Dzanniyat (tidak pasti) dan Muhtamalat
(mengandung pelbagai kemungkinan). Oleh demikian, ia tertakluk kepada
penerimaan akal dan rasional.

Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang
menolak agama, tetapi berselindung disebalik gagasan mengkaji semula agama,
mentafsir semula al-Quran, menilai semula as-Sunnah dan menapis semula
hukum-hakam Syariat dan Fiqh. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap
lama dan kolot mengenai agama termasuklah dalam hal-hal yang telah menjadi
Ijmak ulamak- termasuklah tafsiran dari Rasulullah s.a.w., para sahabat dan
ulamak-ulamak mujtahid. Bagi mereka, agama hendaklah ditundukkan kepada
waqi (realiti) semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan
agama yang telah sabit dengan nas-nas Syarak secara qatie (putus). Jika
terdapat hukum yang difikirkan tidak menepati zaman dan kemodenan maka
hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Terhadap golongan ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi memperingatkan kita dalam


tulisannya; Di antara masalah paling penting yang sering saya peringatkan
dalam beberapa buku yang saya tulis adalah berkenaan usaha musuh-musuh
pemikiran Islam yang menciptakan keraguan terhadap ajaran-ajaran agama
Islam yang sudah dapat diyakini kebenarannya tanpa ragu (musallamat), dan
berusaha mengubah perkara-perkara yang diyakini kebenarannya dan pasti
(yaqiniyat) menjadi perkara-perkara yang tidak pasti dan mengandung pelbagai
kemungkinan (muhtamalat), yang dapat diambil atau ditolak, ditarik atau dilepas
dan dapat mengikuti pendapat kanan atau kiri. (Majalah I, keluaran Ogos 2006,
hlm. 19).

Apabila dikaji satu-persatu bentuk dan kaedah pemikiran golongan Islam Liberal,
kita akan mendapati bahawa mereka telah dibelenggu oleh roh atau semangat
berfikir Barat yang menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas semangat
berfikir Barat ini berdiri di atas lima sifat yang saling kait-mengait;

1. Kebergantungan semata-mata kepada akal manusia bagi memandu


kehidupan di dunia.
2. Dualisme dalam memahami pelbagai realiti dan kebenaran. Contohnya;
dualisme antara akal dan jasad, dan pemisahan antara kaedah rasionalisme dan
empirisme.

3. Penekanan kepada unsur-unsur perubahan dalam kewujudan yang


menayangkan pandangan alam (worldview) yang sekular.

4. Doktrin Humanisme iaitu jelmaan ideologi sekularisme yang memusatkan


penilaian segala-galanya kepadafikiran manusia.

5. Konsep tragedi yang menyusup dalam setiap arena kehidupan baik falsafah,
agama atau kesenian. Konsep ini mencerminkan jiwa tidak beriman kerana
kecewa dengan agama. Konsep tragedi ini mengakibatkan mereka asyik
berpandu kepada keraguan, dan dalam proses ini falsafah telah diiktiraf sebagai
alat utama menuntut kebenaran yang tiada tercapai.
(Lihat; Wajah Peradaban Barat, Adian Husaini (bah. Pengantar) dan Penjelasan
Budaya Ilmu, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, halaman 98).

Agenda tersembunyi kumpulan pemikiran bebas terhadap Islam dan umat


Islam

Menurut Syeikh Abdullah Khatib dalam bukunya :


(Islam adalah penyelesaian; jawapan kepada pendakyah-pendakyah free-
thinker); Golongan pemikiran bebas mempunyai agenda-agenda tersendiri yang
menjadi matlamat mereka, iaitu;

1. Untuk menggugurkan agama secara sepenuhnya dari masyarakat iaitu


memisahkan agama dari pendidikan, menjauhkan Syariat Islam dari
kedudukannya sebagai sumber perundangan dan mengasaskan ekonomi di atas
dasar Riba.

2. Untuk menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia dari setiap yang mempunyai
kaitan dengan ruh, wahyu dan alam ghaib dan dari segala ikatan dengan akhlak,
aqidah dan keimanan kepada Allah.

3. Untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan (materialis) dan ilhad


(ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu) dalam setiap urusan kehidupan
dan menjadikan Islam hanya sebagai agama rohani semata-mata dan menolak
agama sebagai penentu dan pencorak perjalanan politik.
(Halaman 10).

Bercita-cita menghidupkan kembali pemikiran muktazilah

Golongan Islam Liberal mempunyai kecenderungan yang kuat untuk


menghidupkan kembali pemikiran muktazilah yang menurut mereka mewakili
kumpulan Islam Rasional dalam sejarah peradaban Islam. Kerana itu, tokoh-
tokoh Islam Liberal di Timur Tengah seperti Ahmad Amin, Thaha Husain dan
sebagainya amat menyanjung Muktazilah dan memusuhi golongan Ahlus-
Sunnah Wal-Jamaah khususnya Asyairah yang dituduh jumud, beku dan anti-
rasional. Ahmad Amin pernah menulis; Kaum muslimin lemah dan mundur
kerana mereka tidak menggunakan cara berfikir muktazilah. (Lihat; al-
Muamarat Ala al-Islam, oleh Anuar al-Jundi, hlm. 19).

Tidak terkecuali dari kecenderungan sedemikian tokoh-tokoh Islam Liberal di


Indonesia dan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kassim Ahmad (bapa Islam
Liberal di Malaysia) dalam bukunya Hadis; Jawapan Kepada Pengkritik, telah
menegaskan; Untuk mengetahui di mana umat Islam telah tersilap bila mereka
mendapati diri mereka terjebak dalam kemerosotan berpanjangan, kita harus
mengesan langkah-langkah kita kembali ke dalam sejarah. Sebelum kaum
teologi Assyariyyah menang mengatasi kaum rasional Muktazilah dalam abad-
abad kesepuluh, kesebelas dan kedua belas, aliran saintifik dan rasional kuat
dalam sains Islam, yang sememangnya telah menyebabkan terbina sains dan
tamadun saintifik Islam yang agung. Di antara masalah-masalah yang hangat
diperdebatkan di kalangan mereka ialah kebebasan dan tanggungjawab manusia
di atas perbuatannya dan keadilan dan keesaan Ilahi. Dalam perbahasan ini,
kaum muktazilah mewakili aliran fikiran saintifik dan rasional. Malangnya,
keadaan di Timur pada masa itu tidak memihak kepada mereka, berbeza dengan
keadaan di Barat. Kaum muktazilah tewas. Peristiwa bersejarah ini memberi
laluan kepada kaum Assyariyyah berkuasa di seluruh Timur. (Halaman 80).

Sama ada mereka mengakui atau tidak, golongan Islam Liberal di mana-mana
negara umat Islam hari ini mereka sememangnya telah dipengaruhi oleh cara
berfikir Orientalis. Anuar al-Jundi dalam bukunya al-Muamarat Ala al-Islam
menjelaskan; Golongan Orientalis, penyeru-penyeru kepada pembaratan dan
yang terlibat dengan serangan pemikiran, mereka amat mementingkan pemikiran
muktazilah dan puak muktazilah. Para Orientalis dan penulis-penulis yang pro-
pembaratan telah menyifatkan kaum Muktazilah sebagai tokoh-tokoh pemikiran
Yunani yang sebenar dan agung dari kalangan orang Islam .. (Halaman 19).

Kenyataan bahawa golongan Islam Liberal telah dipengaruhi oleh Orientalis


bukanlah suatu yang susah untuk diterima oleh sesiapapun memandangkan
hampir keseluruhan mereka pernah mendapat didikan di Barat atau sekurang-
kurangnya menjadi pengikut kepada tokoh yang pernah belajar di Barat.

Tipu daya Orientalis terhadap Islam

Gerakan Orientalis ialah gerakan tokoh-tokoh dunia Barat yang mengkaji tentang
dunia timur (khususnya dunia Islam) meliputi peradaban, politik, ekonomi,
keseniaan, keagamaan dan pelbagai lagi. Kebanyakan mereka mengkaji ilmu-
ilmu Islam dan memaparkannya kepada umat Islam dalam bentuknya yang
terpesong daripada yang tulen.

Tidaklah dapat diketahui dengan tepatnya bilakah gerakan Orientalis itu bermula.
Namun yang pastinya ia semakin meningkat setelah kekalahan Kristian dalam
peperangan Salib. Peningkatan Orientalisme ini adalah dalam rangka mereka
untuk mencari segi-segi kelemahan umat Islam supaya dapat ditaklukinya dan
mencari segi-segi kekuatan umat Islam untuk dilemahkan. Dapat disimpulkan
bahawa gerakan Orientalis merupakan salah satu dari percubaan-percubaan dan
cara-cara yang digunakan oleh Barat melalui pelbagai institusi dan cendekiawan
mereka untuk menyerang Islam dengan melontarkan pelbagai pembohongan dan
kebatilan ke atas Islam, pemikiran Islam, punca pengambilan Islam dan sejarah
Islam dengan berselindung di bawah tabir ilmiah.

Sasaran serangan mereka ialah terhadap tiga perkara yang mereka kesani
menjadi faktor kekuatan umat Islam sejak zaman berzaman, iaitu;
a) Al-Quran
b) As-Sunnah
c) Syariat Islam dan Fiqh
(Sila baca; Nahwa Bina-I Manhaj al-Badail al-Islamiyah, tulisan Anuar al-Jundi,
halaman 131-152).

Di antara serangan gerakan Orientalis ke atas al-Quran ialah dengan mendakwa


al-Quran adalah dari khayalan Nabi Muhammad dan tidak ada hubungan dengan
wahyu. Di antara serangan mereka ke atas as-Sunnah pula ialah dengan
menyebarkan tuduhan bahawa as-Sunnah bertentangan dengan akal dan
pengetahuan, juga meragu-ragukan ilmu Sunnah dan punca pengambilannya.
Mereka juga menyerang peribadi Rasulullah s.a.w. sehingga ke tahap mencela
kehormatan baginda. Terhadap Syariat dan Fiqh Islam; mereka menuduhnya
diceduk dari hukum Romawi.

Para Orientalis menyebarkan fikrah mereka dengan cara yang cukup teratur dan
sistematik. Di antara cara-cara yang dilakukan oleh mereka ialah melalui
penulisan buku-buku dengan cara penulisan ilmiah, menggunakan metodologi
dan sistematika yang menarik tetapi di dalamnya penuh racun-racun berbisa
yang menghina Islam dan umatnya. Di dalamnya penuh dengan penyelewengan-
penyelewengan dari fakta-fakta sejarah dan ilmiah yang objektif. Oleh kerana itu
banyaklah para intelek Islam secara tidak sedar mengagung-agungkan karya
para Orientalis sehingga mereka secara tidak sedar pula menjadi mangsa dari
penipuan kaum Orirntalis yang berselubungkan ilmiah itu. Malah ada universiti-
universiti di dunia Islam telah menjadikan buku-buku karangan Orientalis tersebut
sebagai sumber rujukan ilmiah yang penting untuk pelajar-pelajar mereka
khususnya dalam subjek mengenai Islam dan kaum muslimin. Antara buku-buku
tersebut ialah;

1. A Literary History of Arabs oleh Nicholson


2. The Short History of Arabs oleh Philip K. Hitti.
3. The History of Arab Literary oleh Carl Brocklemon
4. Introdection of Islamic Theology and Law oleh Golddziher
5. The Origins of Muhammadons Jurisprudence oleh Schacht.
6. Islam ini Moden History oleh W.C. Smith.
7. Wither of Islam oleh H.A.R. Gibb.

Umat Islam hari ini perlu diberi kesedaran secara seriuas supaya menghindari
bahaya dari tipu-daya para Orientalisme yang cuba merusakkan keutuhan
agama Islam, kebudayaan Islam dan umatnya. Di antara cara-cara untuk
menghindari bahaya itu ialah;

1. Tidak menghantar anak-anak memasuki yayasan pengajian dan pendidikan


yang diadakan oleh para Orientalis.

2. Berwaspada dan berhati-hati dalam menggunakan buku-buku karangan


mereka sebagai bahan kajian, mengikuti tulisan-tulisan mereka dalam majalah-
majalah dan mendengar ceramah-ceramah mereka tentang Islam.
(Beberapa Masalah Ummah, Dr. Abdul Halim Mat Diah, halaman 66).

Tokoh-tokoh Islam Liberal

Aliran Islam Liberal wujud hampir di setiap negara umat Islam hari ini. Nama
mereka mungkin berbeza-beza dan mungkin tidak dikenali dengan nama
tertentu, akan tetapi manhaj dan gaya mereka tetap sama iaitu meragui Syariat
dan hukum-hakam agama, berprasangka buruk terhadap ulamak dan mentafsir
agama dan al-Quran melalui akal secara bebas. Apabila menyebut tentang
tokoh-tokoh Islam liberal, terdapat satu kesamaan antara mereka semua iaitu
mereka pernah mendapat didikan di negara Barat atau pernah berkhidmat di
mana-mana institusi Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka cenderung
kepada apa sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik
dan yang salah. Di antara tokoh-tokoh Islam Liberal di Timur Tengah ialah;
1. Rifaah at-Thahthawi
2. Thaha Husain
3. Mansur Fahmi
4. Amin al-Khuli
5. Ali Abdurr-Raziq
6. Mahmud Abu Rayya
7. Ahmad Amin
8. Hasan Hanafi
9. Faraj Fudah
10. Nasr Abu Zaid
11. Athief al-Iraqi
12. Nawal as-Saffawi
Di Indonesia, antara tokoh Islam Liberal yang dikenali ialah;
1. Harun Nasution
2. Nurcholis Majid

Sekarang ini di Indonesia kumpulan penganut fahaman Islam Liberal ini


mempunyai laman web tersendiri iaitu JIL (Jaringan Islam Liberal).

Di Malaysia pula, antara tokoh-tokoh Islam Liberal yang dapat kita kenali melalui
tulisan-tulisan mereka ialah;
1. Astora Jabat
2. Sisters in Islam
3. Kasim Ahmad
Beberapa pemimpin utama negara hari ini

Bentuk-bentuk pemikiran golongan Islam Liberal

Golongan Islam Liberal khususnya di Malaysia jarang mengakui mereka


menganut fahaman liberal. Kerana itu kita perlu berhati-hati dengan setiap
dakyah mereka. Bagaimana untuk kita mengenali mereka? Iaitu dengan kita
mengenali fikrah atau pemikiran mereka, manhaj yang mereka bawa dan ciri-ciri
yang ada pada mereka. Antara bentuk fikrah atau pemikiran golongan Islam
Liberal ialah:

1. Mereka menganut fahaman Pluranisme.

Iaitulah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni
benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam
sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga
benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Absar Abdala dalam
majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Dis. 2002 menyatakan: Semua agama
sama. Semuanya menuju jalan kebenaran.

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya


juga, penganut fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan
campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan
perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan
kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman
Pluranisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut;

a) Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-


sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian).
Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan para ulamak dalam Muzakarah Ulamak
2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan
Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan ulamak-ulamak tersebut dan
menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup. Sebagai contohnya;
Astora Jabat dalam tulisannya di dalam Majalah Al-Islam (bulan Ogos 2006) telah
melabelkan Mufti Dato Harussani dan ulamak-ulamak yang menghadiri
Muzakarah tersebut sebagai merapu kerana mengeluarkan fatwa haramnya
Kongsi-Raya tersebut. (lihat artikelnya dalam majalah tersebut di halaman 3 yang
bertajuk Ulama Jangan Merapu).

b) Kerana terpengaruh dengan fahaman Pluranisme inilah maka beberapa


Menteri Muslim dan sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut
menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara
Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS
atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang
telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001. Kandungan memorandum
tersebut ialah;

1. Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke Mahkamah


Syariah. Ini adalah hak yang diberi Artikel 11 Perlembagaan. Sebarang kes
pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya
dikendalikan oleh mahkamah sivil.

2. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara
terus menjadi orang Islam.

3. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi
kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh
dikenakan tindakan undang-undang.

4. Tidak perlu dicatat dalam kad pengenalan seseorang muslim bahawa ia


beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin
berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam dibenarkan keluar daripada Islam
(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa dikenakan
apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan


memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan


seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta
pusakanya selepas kematiannya.

8. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang


daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan
sebagainya.
9. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah
dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

10. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan


daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya
digunakan untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

11. Sepatutnya Islam tidak tersebut sebagai pilihan pertama masyarakat


Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
(Harakah, 1-15 Jun 2006, halaman 10).

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di


Malaysia

Dalam isu murtad seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani)-,
golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam
diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-
undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan mahkamah Syariah. Hak tersebut
menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran.
Mereka menyalahtafsirkan ayat Allah yang berbunyi;

Tidak ada paksaan dalam ugama. (al-Baqarah; 256)

Menurut tafsiran ulamak-ulamak tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai
bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam
kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka
wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara
Aqidah dan Iman. Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar dari agama kan
dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia
akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya. Adapun hukuman
di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengan dalil as-Sunnah yang
soheh iaitu sabda Nabi s.a.w.;


Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu
membunuhnya. (Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari
Ibnu Abbas)

Namun menurut tafsiran golongan Islam Liberal, ayat tersebut tidak hanya
terpakai untuk orang-orang bukan Islam, malah juga untuk orang Islam yang
hendak keluar Islam. Mereka menegaskan; orang Islam juga berhak keluar dari
agama Islam dan tidak seharusnya dikenakan sebarang hukuman di dunia
kerana telah ditetapkan hukumannya di akhirat. Mereka mengkiaskan perbuatan
murtad dengan memakan riba yang tidak dikenakan sebarang hukuman di dunia.
(Lihat kenyataan mereka ini dalam tulisan Naziree Md. Yusuf bertajuk Toleransi
Beragama dan Kesesuaian Hukuman Murtad di Malaysia, Jurnal KANUN (Mac,
2006)).

Oleh kerana hadis Rasulullah di atas bertentangan dengan pendapat mereka,


maka mereka menolaknya mentah-mentah dengan alasan ia bertentangan
dengan al-Quran.

Menurut Dr. Muhammad Nur Manuty; Para pendokong Islam Liberal telah
kehilangan izzah sebagai seorang muslim. Di kalangan mereka yang terdiri dari
peguam-peguam dan ahli-ahli akademik tidak merasa gementar dengan
fenomena mutakhir peningkatan jumlah orang-orang Islam yang telah menjadi
murtad. Oleh kerana mereka beriman teguh dengan konsep HAM (Hak Asasi
Manusia) tajaan Barat, atas nama kebebasan agama dan ekspresi, golongan
Islam Liberal mengusahakan pelbagai ikhtiar untuk memudahkan mereka
menukar agama dari segi bantuan guaman undang-undang. Hari ini mereka
amat tidak bersetuju dengan kedudukan perlembagaan Malaysia yang masih
menyukarkan penukaran agama seorang muslim dan prosedur di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN). Pada satu ketika usaha mereka untuk meminggirkan
identiti Islam dalam kad pengenalan hampir-hampir berjaya. Mujurlah masih ada
pihak-pihak tertentu yang berwibawa di kalangan pegawai-pegawai muslim yang
berjaya menghalangnya.
(Majalah I, Ogos 2006, hlm. 26).

3. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran


zaman

Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat
dengan tafsiran ulamak-ulamak terdahulu. Tafsiran ulamak-ulamak terdahulu
telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam
mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal
mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu.
Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak
tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita
menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran
berdasarkan kaedah saintifik. (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, New Straits
Times)

Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-
ayat al-Quran berdasarkan ilmu-ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-
awal lagi telah menolak hadis Nabi yang bermaksud Sesiapa yang mentafsir al-
Quran dengan akal/fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya
dari api neraka dengan mendakwa hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran
yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

Menurut fahaman golongan Islam Liberal, al-Quran hanya menerangkan tujuan


agama, manakala akal manusialah yang menselarikannya dengan konteks
zaman. Tafsiran akallah yang muktamad sekalipun lari jauh dari konteks ayat
yang sebenarnya. Contohnya, firman Allah mengenai hukuman ke atas orang
mencuri:

38. Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa
Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari
Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Maidah)

Menurut mereka, tujuan sebenar yang dituntut oleh al-Quran ialah menjatuhkan
hukuman ke atas pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah-ubah selari dengan
peradaban manusia; hukuman denda, penjara dan sebagainya. Di zaman
Rasulullah hukuman yang sesuai ialah hukum potong tangan. Hukum ini tidak
sesuai lagi di zaman ini.

Contoh yang lain ialah dalam masalah Faraid. Al-Quran telah menetapkan
kaedah pembahagian antara lelaki dan wanita iaitu;

11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-
anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang
anak perempuan.
(an-Nisa)

Namun kaedah pembahagian tersebut menurut mereka hanya merujuk kepada


fenomena masyarakat di zaman Nabi s.a.w.. Pada zaman Nabi Muhammad
menurut mereka hanya orang lelaki yang bekerja untuk menyara keluarga. Oleh
demikian, kaum lelaki perlu diberi bahagian yang lebih. Adapun di zaman hari ini,
kaum wanita juga turut sama berkerja sebagaimana lelaki. Kerana itu,
pembahagian harta pusaka sama rata antara lelaki dan wanita adalah perlu pada
zaman hari ini. Kedah pembahagian 2:1 tidak lagi adil jika diamalkan pada
zaman ini. (Lihat; Kassim Ahmad, Hadis; Jawapan Kepada Pengkritik, halaman
73).

4. Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam Fiqh dengan hujjah


rasional

Antara sikap golongan Islam Liberal ialah suka mempertikai Syariat Allah dan
hukum-hakam Fiqh Islam dengan menggunakan lojik akal atau rasional semata-
mata. Sebagai contohnya, kenyataan mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir;
Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyah mempunyai
nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita dari kabilah-
kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah
tamat. (5 Sept. 1997, Perhimpunan Agung UMNO, pita rakaman).

Pada pandangan mereka hukum syariat Islam adalah ciptaan ulamak dan
fuqahak. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara
sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah
hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara hukum-hakam Syariat yang menurut
pandangan mereka perlu dinilai semula ialah;

a) Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita
b) Keharusan poligami bagi lelaki
c) Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita
d) Hukuman bunuh ke atas orang murtad
e) Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab
Jahiliyah.
f) Larangan wanita dari menjadi pemimpin termasuklah dalam solat.
g) Hak mutlak suami untuk mencerai isteri
h) Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam
i) Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan
kebebasan manusia.

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada


pembaharuan Fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada ulamak dan
disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti ulamak dalam
bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat dan sesiapa
sahaja berhak bercakap tentang agama.

Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) pernah menegaskan;


Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa
mereka sebagai ulamakOleh itu sebarang penafsiran terhadap sumber-sumber
Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulamak semata-mata. (Utusan
Malaysia, 26 September, 2000).

5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral


berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar
kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan


Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para
pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari
Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain. Mereka telah mengemukakan
memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan
undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap
bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar


membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada
mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara. Malahan pertubuhan itu juga tidak
bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk
memelihara iman seorang muslim. Ini kerana persoalan yang berkaitan dengan
moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak
seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.

6. Mendokong gerakan pembebasan wanita dan feminisme

Gerakan pembebasan wanita mula wujud di Barat, kemudian telah menular ke


nagara-negara Islam seperti Turki, Mesir, Maghribi, Lubnan, Iran dan lain-lain.
Gerakan ini menjadi semakin meluas apabila ia mendapat sokongan daripada
modenis-modenis seperti Mustafa Kamal Attartuk, Kamal Pasha, Kasim Amin, Zia
Gokalp dan lain-lain. Rata-ratanya gerakan pembebasan wanita di negara-
negara umat Islam telah dipengaruhi oleh Barat. Antara yang dituntut oleh
mereka ialah;

1. Persamaan dalam harta pusaka


2. Hak poligami lelaki perlu ditarik balik.
3. Persamaan hak dalam penceraian.
4. Menentang pemakaian yang menutup aurat yang didakwa sebagai kuno dan
merampas hak kebebasan wanita.
5. Menyeru wanita-wanita Islam agar mencontohi wanita-wanita Barat.

Mustafa Kamal Attartuk umpamanya telah menggubal undang-undang


perkahwinan yang berdasarkan undang-undang Barat pada 17 Februari 1926
dan menggalakkan wanita membuka aurat.

Kasim Amin dalam bukunya yang bertajuk Al-Marah Al-Jadidah menentang


pemakaian purdah di kalangan wanita Islam, menentang poligami dan
penceraian yang dianggap sebagai penghinaan terhadap wanita. Wanita Islam
mesti berpendidikan Barat dan mesti dilepaskan dari kongkongan lelaki, adat
resam dan tradisi. Beliau menyebutkan; Semua pihak sepakat bahawa hijab
wanita adalah sebab kemunduran dunia Timur dan tidak berhijab adalah rahsia
kemajuan barat. (al-Marah al-Jadidah).

Di Mesir, Dr. Nawal El-Sadawy seorang pakar perubatan telah menghasilkan


sebuah buku mengenai perjuangan wanita menjelaskan bahawa wanita intelek
memang tidak sesuai mematuhi peraturan agama, seks dan politik yang
mengongkong.
(Lihat; Dakwah Islam dan Ideologi Barat, Ghazali Darussalam, hlm. 52).
Di Malaysia, gerakan feminisme dijuarai oleh Sisters In Islam (SIS) dan juga
Astora Jabat. Dalam isu Rang Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah
Persekutuan (Pindaan 2005) Sisters In Islam (SIS) bersama beberapa kumpulan
wanita yang lain telah menentang kuat Rang Undang-Undang tersebut atas
dakwaan kononnya ia akan menzalimi wanita. Sebelum itu, mereka juga
menentang kuat Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Trengganu (Hudud)
dengan membangkitkan polemik kononnya ia menzalimi wanita yang dirogol.
Namun setelah diselidiki, terdedahlah bahawa dakwaan mereka itu sebenarnya
berpunca dari prasangka buruk mereka terhadap undang-undang Syariah dan
juga kejahilan mereka dalam memahami peruntukan yang ada di dalam rang
undang-undang tersebut. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang
amalan poligami secara keseluruhannya.

Astora Jabat pula dalam tulisannya di dalam majalah Al-Islam (yang mana beliau
menjadi ketua editornya) telah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita tidak
wajib bertudung dan menyokong keharusan wanita menjadi imam dalam kes
Aminah Wadud dan menganggap ulamak-ulamak yang menentang keharusan
tersebut sebagai jumud kerana terikat dengan adat dalam kitab-kitab fiqh lama.
(Al-Islam, Mei 2005)

7. Meragui kesahihan sebahagian teks al-Quran dan penyusunannya

Di Timur Tengah keraguan tentang kesahihan al-Quran pernah disuarakan oleh


Thaha Husain, Mansur Fahmi dan Nasr Abu Zaid dalam tulisan-tulisan mereka.
Dalam bukunya Syair Jahiliyyah, Thaha Husain telah menulis; Taurat telah
menyebut kepada kita mengenai Ibrahim dan Ismail serta al-Quran juga telah
memperkatakannya, akan tetapi terdapatnya kedua-dua nama ini di dalam Taurat
dan al-Quran belum mencukupi untuk menetapkan kewujudan keduanya dari
segi sejarah. (Halaman 26).

Di Indonesia, kumpulan Islam Liberal telah merancang untuk menerbitkan al-


Quran edisi Kritis kerana al-Quran yang kita miliki sekarang iaitu Mushaf Utsmani
mereka anggap diragui kesesuaiannya dengan perkembangan zaman ini.
Seorang tokoh gerakan Islam Liberal Indonesia, Taufik Adnan Amal, pensyarah
Kuliah Ulumul Quran di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Alaudin Makasar, telah
menulis satu makalah bertajuk Edisi Kritis al-Quran menyatakan peri pentingnya
menilai semula beberapa ayat atau bahagian daripada ajaran al-Quran yang
mereka anggap tidak sesuai dengan perkembangan atau kemajuan zaman hari
ini.

Di Malaysia, Kasim Ahmad dalam tulisannya telah meragui ayat terakhir dari
surah at-Taubah di mana beliau mendakwa; Tiap-tiap surah dalam Quran dibuka
dengan kenyataan Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih, dikenali sebagai Basmalah, kecuali surah 9 (yakni at-Taubah).
Ketiadaan Basmalah dari surah 9 menimbulkan kehairanan kepada ahli-ahli tafsir
selama 14 abad. Banyak teori telah dikemukakan untuk menghuraikan fenomena
ini. Sekarang kita tahu bahawa ketiadaan Basmalah memainkan peranan penting
sebagai suatu ciri dalam mukjizat matematik Quran dan juga satu tanda daripada
Allah bahawa surah 9 (at-Taubah) telah dicemar dan perlu dibersihkan. (Lihat
bukunya; Hadis; Jawapan Kepada Pengkritik, Kassim Ahmad, halaman 61).

Dua ayat terakhir surah at-Taubah yang didakwa oleh Kassim sebagai
mencemari al-Quran (yakni menurut beliau ayat tersebut sebenarnya bukan ayat
al-Quran, tetapi ditambah oleh para sahabat) berbunyi;

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan
kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat
tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan
belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan
Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

Kassim sebenarnya mempunyai niat buruk tersendiri di sebalik kritikannya


terhadap ayat tersebut. Ayat-ayat di atas memuji Rasulullah s.a.w.. Sikap Kassim
yang anti hadis dan anti Rasulullah s.a.w. sudah tentu menjadikannya ibarat
cacing kepanasan apabila membaca ayat seumpama itu yang menyanjung
baginda.

8. Menolak dan mempertikai hadis Nabi s.a.w. dengan mendakwa ia


bercanggah dengan al-Quran

Harun Nasution tokoh Islam Liberal Indonesia pernah menyebutkan; Bagiku,


rukun iman itu tinggal lima, seperti disebut dalam al-Quran. Di dalam al-Quran
tak disebutkan rukun iman ke enam iaitu Qada dan Qadar. (Kenyataan Harun
Nasution ini boleh dilihat dalam buku bertajuk Refleksi Pembaharuan Pemikiran
Islam 70 Tahun Nasution, tahun 1989. Buku telah diharamkan oleh JAKIM. Lihat;
Jurnal Penyelidikan Islam JAKIM, Bil. 11, tahun 1998, halaman 113).
Kenyataannya tersebut menunjukkan bahawa Harun Nasution menolak hadis
kerana rukun Iman keenam (yakni Qadha dan Qadar) sabit melalui hadis soheh
yang diterima oleh sekelian ulamak muktabar.

Di Malaysia kritikan terhadap hadis dilakukan dengan hebat oleh kumpulan anti
hadis yang jika diselidiki merupakan nadi utama di belakang golongan Islam
Liberal di negara ini. Dalam dakwaan mereka, hadis-hadis banyak yang
bertentangan dengan al-Quran, oleh demikian ia perlu ditolak. A. Ghani Ismail
(teman Kasim Ahmad dalam kumpulan anti-hadis) pernah menulis; Kenyataan
percanggahan di antara hadis dan al-Quran bukannya faktor yang diciptakan
oleh musuh-musuh Islam melainkan ia akan ditemui sesiapa sahaja yang
meneliti al-Quran dan membaca hadis-hadis yang kini dapat diperoleh
terjemahan-terjemahannya dengan mudah. Sedang al-Quran menetapkan
hukum sebat untuk zina, hadis menetapkan hukum rejam yang menjadi hukum
yang dipusakai Arab JahiliyahSedang al-Quran menyuruh manusia
menimbangkan ayat-ayatnya dengan fikiran sendiri, hadis melarang perbuatan
itu dan menjadikannya kewajipan ulama semata-mata.Sedang al-Quran
menegaskan tiada siapa dapat memberi syafaat pada hari kiamat, hadis
mengatakan ulamak dan syuhada boleh (memberi syafaat). (Ikuti tulisan penuh
beliau bertajuk Konflik Ulama-Umara Perlu Diselesaikan dalam buku tulisan Dr.
Mahmood Zuhdi, bertajuk Beberapa Pemikiran Tentang Tajdid, Islah dan Tajdid,
terbitan DBP, tahun 1994).

Kassim Ahmad dalam bukunya Hadis; Jawapan Kepada Pengkritik telah


menyenaraikan lebih dari sepuluh perkara yang menurut beliau hadis memberi
kenyataan yang bercanggah dengan al-Quran;

1. Menurut beliau; Al-Quran menegaskan bahawa rujukan kaum muslimin hanya


satu sahaja ialah Kitab al-Quran. Namun hadis menegaskan ada dua iaitu al-
Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadis).

2. Al-Quran menyebutkan lima sahaja rukun iman, sedangkan hadis menyebut


enam iaitu dengan menambah Qadha dan Qadar.

3. Al-Quran mengajar syahadah hanya Lailaha-Illallah, tetapi hadis menambah


Muhammadur-Rasulullah. Tambahan tersebut menurut Kassim bercanggah
dengan ayat yang memerintahkan agar jangan menyengutukan Allah dengan
sesiapapun.

4. Al-Quran melarang mendewa-dewakan manusia. Namun hadis


memerintahkan agar mendewakan Rasulullah (Nabi Muhammad) iaitu dengan
berselawat kepadanya ketika membuka dan menutup doa dan juga apabila
mendengar namanya disebut.

5. Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi tidak


memiliki kuasa syafaat, namun hadis menjelaskan bahawa Nabi Muhammad
mempunyai kuasa syafaat.

6. Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi Muhammad tidak diberi mukjizat


melainkan al-Quran. Namun hadis menceritakan bermacam-macam mukjizat
Nabi Muhammad selain al-Quran itu.

7. Menurut al-Quran, Nabi Isa telah wafat. Namun hadis menjelaskan bahawa
beliau tidak mati dan akan turun di akhir zaman untuk membunuh Dajjal.
8. Al-Quran tidak menetapkan sebarang hukuman bagi orang murtad. Namnun
hadis menetapkan bahawa orang yang murtad hendaklah dibunuh.

9. Al-Quran menetapkan hukuman ke atas orang berzina hanya seatan sahaja,


namun hadis menambah satu lagi hukuman iaitu rejam.

10. Al-Quran memerintahkan manusia menggunakan akal dan fikiran. Namun


hadis pula melarangnya di mana Rasulullah s.a.w. pernah berkata; Sesiapa
mentafsir al-Quran mengikut fikirannya, biarlah ia menghuni neraka.

11. Al-Quran mengajar kebebasan beragama di mana terdapat ayat


menyebutkan Tiada paksaan di dalam agama. Namun hadis menetapkan orang
yang murtad dihukum bunuh. Hukum ini menurut Kassim berasal dari Taurat.
(Lihat; halaman 139-151).

Astora Jabat dalam tulisannya pernah membuat kenyataan yang menolak


adanya azab dan nikmat kubur walaupun berita tentangnya sabit dalam banyak
hadis soheh. Begitu juga, beliau menolak pemakaian tudung oleh wanita Islam
walaupun terang-terang terdapat hadis soheh yang menjelaskan kewajipan
wanita bertudung.

9. Meragui peribadi Rasulullah s.a.w.

Tidak cukup dengan mempertikai hadis-hadis Nabi, mereka turut meragui


peribadi Nabi s.a.w.. Sikap mereka sama sebagaimana guru-guru mereka di
kalangan Orientalis yang menyimpan niat jahat kepada Nabi Muhammad s.a.w..
Bagi golongan Islam Liberal kerana terpengaruh dengan Orientalis- Nabi
Muhammad (Rasulullah) s.a.w. tidak lain hanyalah manusia biasa yang boleh
silap dan boleh benar, boleh dipuji dan boleh dikritik. Contoh yang dapat kita
bawa di sini mewakili pandangan mereka ialah ulasan Farish A. Noor yang telah
menggemparkan umat Islam di Malaysia suatu ketika dulu dengan
kenyataannya;

Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah
mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik yang
bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti sifat
kemanusiaan nabi. (NST, 4 Nov. 2000).

Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku dan oleh
itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku
lebih dari pemimpin agama. (NST, 1 Dis. 2001).

Penghinaan yang sama pernah dikeluarkan puluhan tahun sebelumnya oleh


tokoh Islam Liberal dari Mesir iaitu Mansur Fahmi yang menulis dalam bukunya
bertajuk Keadaan Wanita Dalam Istiadat Islam dan Perkembangannya;
Muhammad telah mensyariatkan untuk semua orang dan mengecualikan
dirinya, sedangkan ia adalah pembuat syariat yang semestinya tunduk kepada
apa yang ia menuntut orang lain melakukannya, tetapi oleh kerana ia mempunyai
kelemahannya maka dikhususkan untuk dirinya dengan beberapa keistimewaan.
Di tempat lain di dalam buku itu beliau menulis; Begitulah kita dapati beliau
selepas tidur dengan nyenyak kemudian bangun untuk menunaikan
sembahyangnya tanpa membaharui penyucian dan wudhuknya sedang orang-
orang mukmin yang lain menjadi kemestian ke atas mereka memulakan wudhuk
dan penyucian semula. Untuk mencari alasan kepada pengecualian yang
dilakukan untuk kepentingannya, memadai dengan beliau mengatakan;
Sesungguhnya kedua mataku tidur tetapi hatiku tidak pernah tidur. (Rujuk; Fathi
Yakan, Dunia Islam Dan Tipu Daya Antarabangsa, halaman 57-58)

Golongan Islam Liberal telah tersesat jauh dari jalan kebenaran


Melihat kepada cara berfikir mereka dan juga pandangan-pandangan mereka
sebagaimana yang telah kita bentang di atas, kita dapat membuat kesimpulan
bahawa golongan Islam Liberal berada jauh dari landasan Islam yang benar. Ada
di antara pendapat dan buah fikiran mereka amat jelas bertentangan dengan
akidah Islam dan boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam seperti
mengiktikadkan bahawa agama lain juga benar, mendakwa al-Quran terdapat
penyelewengan, menolak hadis atau as-Sunnah secara mutlaknya, menghina
Syariat dan undang-undang Allah dan meragui peribadi Rasulullah s.a.w..

Dalam fatwa berkenaan perkara-perkara yang membatalkan keislaman yang


dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Arab Saudi yang lalu (yakni Syeikh Abdul Aziz
Bin Bazz), antara yang disenaraikan ialah;

(Keempat); Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad itu lebih


sempurna atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih
baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang
melampaui batas lagi menyimpang dari hukum Allah (aturan-aturan Taghut) dan
mengkesampingkan hukum Rasulullah. Maka orang yang berkeyakinan seperti
ini adalah kafir. Sebagai contoh;

a) Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundangan yang diciptakan


manusia lebih utama dari Syariat Islam atau berkeyakinan bahawa aturan Islam
tidak tepat untuk diterapkan pada abad ke 20 ini, atau berkeyakinan bahawa
Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa
Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dan Tuhannya sahaja,
tidak mengatur urusan segi kehidupan lain.

b) Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah dalam memotong tangan


pencuri atau merejam pelaku zina yang telah berkahwin tidak sesuai lagi di masa
kini.
c) Berkeyakinan dengan dibolehkan menggunakan selain hukum Allah dalam
segi muamalat Syariah atau dalam menentukan hukum pidana atau lainnya,
sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih
utama dari Syariat Islam. Kerana dengan demikian ia telah menghalalkan apa
yang diharamkan oleh Allah menurut kesepakatan ulamak (Ijmak). Sedangkan
setiap orang yang menghalalkan apa yang sudah jelas dan tegas diharamkan
oleh Allah dalam agama seperti zina, arak, riba dan penggunaan perundang-
undangan selain Syariat Allah, maka ia adalah kafir menurut kesepakatan umat
Islam (Ijmak).

(Kelima); Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah sebagai


Syariat walaupun ia (yakni orang yang membenci itu) mengamalkannya.

(Keenam); Memperolok-olok terhadap sesuatu dari ajaran Rasulullah ataupun


pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan agama, maka ia menjadi
kafir.

(Kesembilan); Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak


mengikut Syariat Nabi Muhammad s.a.w., maka orang yang berkeyakinan
sedemikian adalah kafir.

(Kesepuluh); Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah atau dari hal-hal
yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa
melaksanakan ajarannya.
(Rujuk; Dalil al-Haj wa al-Mutamir, diterbitkan oleh Kementerian Hal-Ehwal Islam,
Wakaf dan Dakwah Kerajaan Arab Saudi, 1420H).

Pluranisme bertentangan dengan al-Quran

Menganggap semua agama adalah benar dan betul amat bercanggah dengan
aqidah Islam. Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa agama yang benar di
sisi Allah hanya satu iaitu Islam. Firman Allah;

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.(Ali
Imran: 19)

Agama yang lain adalah batil dan sesat. Kerana itu Allah mengancam orang-
orang yang mencari agama yang lain dari Islam bahawa mereka di akhirat kelak
akan menempa kerugian kerana akan dihumban ke dalam api neraka;

Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.
(Ali Imran; 85)

Malah secara terang dan jelas Allah menghukum penganut agama Kristian yang
mengiktikadkan Tuhan itu tiga sebagai kafir dan akan diazab di akhirat jika
mereka tidak bertaubat.

Demi Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya


Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". padahal tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. dan jika mereka tidak berhenti dari
apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang Yang kafir dari antara
mereka akan dikenakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. (al-Maidah: 73)

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya pernah menegaskan;






Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di dalam kekuasaanNya. Tidak
mendengar tentangku seorangpun dari kalangan umat ini sama ada ia seorang
Yahudi atau Nasrani, kemudian ia mati dalam keadaan tidak beriman dengan
risalah yang aku diutuskan membawanya melainkan ia akan tergolong dari
penghuni neraka. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Maka bagaimana golongan Islam Liberal boleh mendakwa semua agama adalah
benar dan betul, pada hal Allah dan Rasulnya telah menegaskan bahawa agama
yang benar hanya satu iaitu Islam dan agama-agama yang lain semuanya batil
dan penganut-penganutnya diancam dengan api neraka di akhirat kelak jika
mereka tidak beriman dan memeluk Islam. Apakah kitab yang menjadi panduan
mereka dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian yang amat bertentangan
dengan kitab Allah dan sunnah NabiNya.

Kongsi raya tidak harus bagi seorang muslim

Tidak harus seorang muslim menghadiri perayaan agama orang bukan Islam.
Hukum ini menurut Imam Ibnul-Qayyim -dalam kitabnya Ahkam Ahlil-Zimmah-
disepakati oleh sekelian ulamak. (Ahkam ahlil-Zimmah, juz. 2, hlm. 156). Firman
Allah;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri
tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka
bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara
membersihkan diri daripadanya. (al-Furqan; 72)

Menurut Imam Ibnu Abbas, Abu al-Aliyah, Thawus, Ibnu Sirin, ad-Dhahhak, Said
bin Jubair dan ar-Rabi bin Anas; maksud ( ) dalam ayat di atas ialah
mereka tidak menghadiri perayaan-perayaan orang-orang musyrikin (
). (Tafsir Ibnu Kathir dan Ahkam Ahlil-Zimmah)

Atha bin Dinar telah menceritakan bahawa Saidina Umar r.a. berkata;

Janganlah kamu mempelajari mentera-mentera orang asing dan janganlah
kamu bersama-sama orang musyrikin dalam gereja-gereja/tempat-tempat ibadat
mereka pada hari raya mereka, kerana sesungguhnya kemurkaan (Allah) akan
turun menimpa ke atas mereka. (Riwayat Imam al-Baihaqi dengan sanad yang
soheh. Lihat hadis ini dalam Ahkam Ahlil-Zimmah)

Berkata Abul-Qasim Hibatullah bin al-Hasan at-Thabari (faqih mazhab Syafiie);


Tidak harus bagi kaum muslimin menghadiri hari-hari raya orang kafir kerana
mereka berada di atas munkar dan zur (agama palsu). Jika ahli-ahli makruf
bergaul dengan ahli-ahli munkar tanpa mengingkari perbuatan mereka, mereka
(yakni ahli-ahli makruf) seolah-olah seperti orang-orang yang meredhai munkar
dan melebihkannya. Maka kita khuatiri apabila turunnya kemurkaan Allah ke atas
kumpulan mereka nescaya akan menimpa keseluruhan manusia (termasuk ahli
makruf). Kita berlindung dengan Allah dari kemurkaanNya. (Ahkam Ahlil-
Zimmah)

Imam Abul-Hasan al-Amidi juga ada berkata; Tidak harus menghadiri hari-hari
raya penganut Nasrani (Kristian) dan Yahudi. Hukum ini menjadi pegangan Imam
Ahmad dan beliau berhujjah dengan ayat di atas.

Dalam hadis yang kita kemukakan di bahagian muqadimah tadi, Rasulullah


s.a.w. bersabda (setelah melihat kaum Ansar menyambut dua hari perayaan
yang mereka warisi dari zaman jahiliyah);

:
Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik
dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah.
(Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dari Anas r.a. dengan sanad yang soheh.
Lihat hadis ini dalam Subulus-Salam, jil. 1, bab. Solaul-Idaian)[1]

Berkata Imam as-Shonani; berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak telah


menyimpulkan hukum bahawa dilarang kaum muslimin bergembira/bersuka-ria di
dalam perayaan-perayaan orang musyrikin dan meniru-niru mereka. Malah
Syeikh Abu Hafs al-Musti (dari mazhab Hanafi) amat tegas dalam hal ini
sehingga ia berkata; Sesiapa memberi hadiah kepada seorang musyrik
sekalipun dengan sebiji telur sebagai membesarkan hari mereka, maka
sesungguhnya ia kufur dengan Allah. (Subulus-Salam, bab Solatil-Idain)

Imam al-Minawi ketika mensyarahkan hadis yang serupa telah menaqal


pandangan al-Muzhir ( )yang berkata; hadis ini menjadi dalil bahawa
membesarkan hari an-Niruz dan al-Mahrajan dan seumpamanya adalah dilarang
oleh agama. (Al-Faidhul-Qadier, hadis no. 6106). (*Hari an-Niruz dan al-Mahrajan
ialah dua hari yang disambut oleh Ansar yang ditegah oleh Nabi s.a.w. dalam
hadis di atas).

Bagaimana seharusnya seorang muslim berfikir?

Sebagaiman yang dijelas di awal tadi bahawa golongan Islam Liberal cara berfikir
mereka telah dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang mengutamakan akal dan
rasional dan sangsi terhadap ilmu berteraskan wahyu. Dari segi sejarah
pemikiran Islam, cara berfikir mereka sinonim dengan cara berfikir Muktazilah
yang telah ditentang sekeras-kerasnya oleh ulamak-ulamak Islam Ahlus-Sunnah
Wal-Jamaah. Kesalahan berfikir Muktazilah menurut ulamak ialah kerana mereka
mengutamakan pandangan akal sekalipun bertentangan dengan nas (al-Quran
dan al-Hadis). Sikap sedemikian menyebabkan mereka terkeluar dari manhaj
Ahlus-Sunnah. Ahlus-Sunnah meletakkan al-Quran sebagai sumber pertama
yang mesti menjadi rujukan oleh setiap orang yang mengkaji tentang Islam.
Kemudian, mereka merujuk kepada as-Sunnah (yakni hadis Nabi s.a.w.). Mereka
tidak akan merujuk sumber lain jika suatu kenyataan telah ada di dalam al-Quran
atau as-Sunnah. Namun Muktazilah telah melanggari manhaj ini di mana mereka
menghukum berdasarkan akal dalam semua hal dan menjadikan akal dan
rasional sebagai asas atau sumber teras bagi pengkajian mereka. (Lihat; al-
Muamarat Ala al-Islam, Anuar al-Jundi, halaman 20).

Untuk selamat dari dakyah dan tipu-daya golongan Islam Liberal, umat Islam
perlu didedahkan secara menyeluruh dan mendalam tentang cara berfikir Islam
yang sebenarnya. Mereka perlu difahamkan tentang sumber-sumber ilmu dan
makrifah di dalam Islam yang dijadikan landasan oleh ulamak-ulamak Ahlus-
Sunnah sejak dahulu hingga sekarang dalam menimba ilmu yang soheh dan
diredhai oleh Allah. Bagi memenuhi tuntutan ini, kita akan kemukakan secara
ringkas beberapa pandangan ulamak Islam yang muktabar berkenaan sumber
ilmu dan makrifah di dalam Islam yang membentuk cara berfikir Islam yang
seharusnya menjadi pegangan setiap orang Islam.

Menurut Imam al-Ghazali; sumber-sumber makrifah di dalam Islam secara


amnya- ada tiga, iaitu;
1. Pancaindera
2. Aqal
3. Wahyu
(Lihat, Imam al-Ghazali, al-Munqiz minal-Dhalal)

Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, ilmu-ilmu ada tiga jenis;


1. Yang tidak diketahui melainkan dengan akal
2. Yang tidak diketahui melainkan dengan wahyu
3. Yang dapat diketahui dengan akal dan juga wahyu.
(Lihat; Tariqul wushul ila al-Ilmi al-Makmul, Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-
Saadiyy, hlm. 46)
Secara amnya, persoalan-persolaan yang menjadi bidang wahyu ialah perkara-
perkara pokok yang merangkumi;
1. Dalam perkara yang di luar tabii iaitu yang menyangkut persoalan akidah
kepercayaan tentang Allah, para Rasul, hari Akhirat dan hal-hal alam ghaib.
2. Dalam persoalan akhlak; iaitu yang bersangkutan dengan kebaikan dan
kemuliaan serta persoalan tingkah laku seseorang dalam usaha untuk menjadi
seorang yang salih.
3. Dalam persoalan yang akan mengatur perjalanan masyarakat dan menjamin
kebahagian manusia.
4. Dalam persoalan ibadah.

Dalam persoalan-persoalan pokok seperti di atas, wahyu mestilah menjadi


jurutunjuk kepada akal kerana pada hakikatnya akal bilamana dibiarkan
membuat kajian secara bebas terhadap persoalan-persoalan tersebut, maka
suatu keputusan muktamad yang akan diterima umum selamanya tidak akan
tercapai. Dalam pengertian lain, bila manusia bersama akal mereka dibiarkan
tanpa sebarang panduan untuk memikirkan persoalan-persoalan pokok seperti di
atas, maka mereka nantinya akan berselisih pandangan dan akan melahirkan
pelbagai puak yang saling bercakaran dan akan menggugat keamanan.
(Lihat; Spektrum Falsafah Islam, diselenggara oleh Ibrahim Abu Bakar, hlm. 5,
Difa anil Aqidah wa asy-Syariah, Syeikh Muhammad al-Ghazali, hlm 151)

Adapun aspek-aspek yang berada dalam medan akal, maka menurut Syeikh
Muhammad al-Ghazali (seorang ulamak al-Azhar yang masyhur);
1. Pengkajian tentang alam semulajadi; iaitu ilmu kimia, fizik, biologi, astronomi,
geografi dan sebagainya.
2. Urusan-urusan keduniaan; pertanian, perniagaan, perubatan, perindustrian
dan sebagainya.
3. Hubungan-hubungan kemanusiaan

Medan-medan di atas menurut beliau dapat diputuskan oleh aqal secara


bersendirian selama tidak ada ajaran agama yang menyentuhnya. Adapun jika
terdapat ajaran agama yang menyentuhnya, maka kata pemutus adalah pada
ajaran agama.
(Lihat: Difa anil Aqidah wa asy-Syariah, Syeikh Muhammad al-Ghazali, hlm
150)

Kedudukan akal dan rasional dalam cara berfikir Islam

Dari penjelasan tadi tentang sumber-sumber ilmu dan makrifah di dalam Islam
kita dapat melihat bahawa para ulamak Islam menerima akal sebagai salah satu
sumber ilmu yang diakui di dalam Islam. Namun akal mempunyai batasan-
batasan kemampuannya sebagaimana kata Imam as-Syafiie; Sesungguhnya
akal mempunyai batasan yang menjadi penghujung kemampuannya
sebagaimana penglihatan mempunyai batasan yang menjadi penghujung
pandangannya. Kerana itu, ia tidak dapat berdiri sendiri dan perlu bersandar
kepada wahyu.

Tidak ada pertentangan antara wahyu dan akal pada pandangan ulamak Islam
sejak dulu hingga sekarang. Kedua-duanya saling bantu-membantu antara satu
sama lain dalam mencari kebenaran yang hakiki. Berkata Syeikh Mahmud
Syaltut; Telah disepakati oleh para ulama bahawa dalil-dalil akli jika benar
premise-premisenya (yakni benar/betul kenyataan atau dasar yang dijadikan
asas penaakulannya) dan berakhir kepada keputusan yang bersifat hissi (yakni
yang dapat diinderai) atau yang daruri (yakni yang lazim diterima oleh semua
akal manusia sama ada orang biasa atau terpelajar tanpa perlu mencarinya
melalui pengalaman dan pengamatan terlebih dahulu), maka ia memberi ilmu
yang yakin dan dapat mencapai iman yang dituntut. (Lihat; al-Islam; aqidah wa
syariah, hlm. 54)

Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah menjelaskan di dalam bukunya Tradisi Falsafah
Ilmu; Menurut ajaran al-Quran, baik sumber rasional mahupun sumber
empirical tetap dipandang penting. Tentang sumber rasional misalnya, berulang-
ulang al-Quran menuntut agar dipergunakan akal, sehingga kata-kata yang
berasal dari aqala sendiri terdapat lebih dari 45 ayat. Sedang gesaan agar
menggunakan fikiran (tafakkara) disebut sebanyak 16 kali dalam ayat-ayat al-
Quran. Tetapi al-Quran bukan hanya menggunakan perkataan akal atau fikiran,
bahkan juga memakai perkataan-perkataan lain yang mempunyai makna yang
sama. Antaranya ialah perkataan faqiha yang juga disebut sebanyak 16 kali
dalam al-Quran. Juga digunakan perkataan-perkataan lain seperti fahima,
nazara, tadabbara, di samping sebutan-sebutan ulu al-albab, ulu al-ilm, ulu al-
absar, ulu al-nuha, dan sebagainya.

Adapun tentang sumber empirical, ia juga banyak disebut dalam al-Quran


bersama-sama dengan sumber rasional. Antaranya ialah surah an-Nahl: 78,
surah al-Araf: 179, surah al-Isra: 36, surah al-Mulk: 10-11, surah al-Ahqaf: 26
dan lain-lain lagi. Begitu pentingnya sumber empirical ini sehingga dalam hukum
jenayah Islam terutama dalam hukum hudud seperti kesalahan zina dan liwat,
diperlukan kesaksian mata dan telinga yang melihat dan mendengar sendiri
kesalahan itu dilakukan. Jadi bukan setakat cakap-cakap orang atau pengakuan
pihak-pihak tertentu sahaja.

Sungguhpun sumber-sumber rasional dan empirical ini sangat penting, namun


tarafnya tetapla
i bawah sumber wahyu yang merupakan autoriti yang tertinggi. Dalam sistem
klasifikasi ilmuterdapat konsep hirarki ilmu (maratib al-ulum) di dalam Islam,
di mana ilmu-ilmu yang berteraskan wahyu itu berada pada martabat lebih
utama dari ilmu-ilmu akal. Namun suatu perkara yang harus menjadi perhatian di
sini ialah bahawa dari segi ontologinya, doktrin Islam mewajibkan agar merujuk
kepada sumber wahyu atau nas-nas al-Quran dan Hadis/Sunnah dalam persoalan
Aqidah, Ibadah, Akhlak dan hukum-hukum yang mempunyai dalil-dalil qatie atau
tegas dan jelas. Sedangkan dalam urusan hukum-hukum yang hanya mempunyai
dalil-dalil zanni atau kurang jelas, serta urusan kehidupan lainnya, dibolehkan
menggunakan akal atau pengalaman indera untuk menyelesaikannya. Inilah
pendapat muktamad dalam tradisi pemikiran Islam.
(Tradisi Falsafah Ilmu; Pengantar Sejarah Dan Falsafah Sains, hlm. 158-159).

Ilmu Islam mesti dirujuk kepada ulamak

Kesilapan golongan Islam Liberal berpunca dari kesalahan mereka dalam


mengambil sumber ilmu tentang Islam. Mereka mempelajari Islam dari ilmuan
Barat dan Orientalis. Mereka berguru dengan orang bukan Islam dan menolak
ulamak-ulamak Islam. Mereka lebih mempercayai buku-buku tulisan Orientalis
dan mengenepikan kitab-kitab karangan para ulamak. Walhal ilmu tentang Islam
tidak boleh dipelajari melainkan dari orang yang meyakininya dan benar-benar
mengetahuinya dari sumbernya yang soheh iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Imam
Ibnu Sirin pernah menyebutkan;


Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan dari
siapa kamu mengambil agama kamu. (Riwayat Imam Muslim)

Ilmu agama tidak boleh sewenang-wenangnya di ambil dari sesiapa saja. Ia


mesti diambil dari para ulamak kerana mereka adalah orang yang berkeahlian
dalam bidang agama dan merupakan pewaris para Nabi. Jika dalam bidang
guaman kita boleh mengiktiraf para peguam sebagai rujukan kita, jika dalam
bidang perubatan kita mengiktiraf para doktor, jika dalam bidang ekonomi kita
mengiktiraf para ahli ekonomi dan begitu juga dalam bidang-bidang yang lain,
maka kenapakah dalam bidang agama kita keberatan untuk mengiktiraf para
ulamak dan menjadikan mereka sebagai tempat rujukan untuk memperolehi
maklumat yang sah dan diperakui tentang agama dan Syariat Allah.

Ilmuan Barat dan Orientalis walau bagaimana hebat sekalipun pengkajian


mereka tentang Islam mereka tetap tidak dapat menyelami hakikat Islam yang
sebenarnya kerana mereka tidak meyakininya di samping pemikiran mereka
masih dibelenggu oleh dogma kristian dan sekular. Amat benarlah apa yang
diulas oleh Adian Husaini dalam bukunya Wajah Peradaban Barat; Sikap
simpatik para Orientalis terhadap Islam tidak serta merta menjadikan pemikiran
mereka menjadi benar. Sebab, asumsi dan juga konsekuansi dari framework di
atas adalah pengingkaran terhadap tradisi intelektual Islam yang berbasis pada
wahyu. Transmisi ilmu pengetahuan melalui sumber yang disebut kabar
mutawatir tidak diakui oleh mereka sebagai valid. Jadi, sekalipun pengetahuan
mereka tentang sejarah pemikiran keislaman mendalam, namun kajian mereka
tetap fragmentatif. Mereka tidak menghubungkan kajian mereka tentang Islam
yang spesifik dengan prinsip yang umum dan universal. Kajian mereka tentang
hal-hal yang spesifik seperti tentang sejarah al-Quran, etika dalam Islam, politik
dalam Islam dan lain-lain tidak dikaitkan dengan makna Islam sebagai suatu
agama dan pandangan hidup yang memiliki prinsip dan tradisinya sendiri. Prinsip
bahawa ilmu mendorong kepada iman, misalnya, tidak tercermin dalam tulisan-
tulisan mereka. Ilmu-ilmu keislaman yang mereka miliki tidak mendorong
pembacanya untuk beriman kepada Allah. Tidak juga membuat mereka sendiri
yakin dengan kebenaran Islam. Yang jelas mereka tidak bisa disebut sebagai
ulama. (Bah. Pengantar Penulis, xxxii).

Penutup
(Islam Liberal; bidah yang wajib ditentang)

Islam wajib dipertahankan keasliannya kerana ia adalah agama dan wahyu


terakhir dari Allah. Jika ia terseleweng, tidak akan ada lagi nabi yang akan turun
untuk membentulkannya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ulama dan
pendokong Islam untuk mempertahankan keaslian Islam dari dinodai oleh
kelompok Islam liberal atau muktazilah moden. Jika dulu ulama-ulama ahli
Sunnah telah berjaya menyelamatkan Islam dari dinodai oleh fahaman
Muktazilah, Jabariah, Murjiah dan sebagainya maka kita hari ini mesti berusaha
menyelamatkan Islam dari pendokong-pendokong ideologi Barat yang
bertentangan dengan fikrah Islam.

Pemikiran Islam Liberal adalah suatu bentuk bidah yang besar dalam agama
yang boleh menggugat akidah umat Islam hari ini dan generasi akan datang.
Bidah bukan hanya berlaku dalam amalan, tetapi juga dalam akidah dan
pemikiran. Malah bidah dalam aqidah dan pemikiran lebih berbahaya dari bidah
dalam amalan kerana ia boleh merosakkan iman dan mengeluarkan seseorang
dari agama. Jika zaman dahulu pelopor kepada bidah akidah dan pemikiran
ialah golongan muktazilah, jabariyyah, murjiah dan sebagainya itu, maka pada
zaman hari ini ia dipelopori oleh golongan liberal yang membawa masuk pelbagai
ideologi asing ke dalam masyarakat umat Islam seperti ideologi sekular,
rasionalisme, sosialisme, komunisme, nationalisme dan sebagainya lagi.

Untuk selamat dari segala bentuk bidah akidah dan pemikiran tersebut, umat
Islam hendaklah berpegang-teguh dengan ajaran Islam kerana ia adalah satu-
satunya jalan Allah yang lurus yang dapat menyelamatkan manusia dari
kesesatan dan penyelewengan. Firman Allah;



Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan
(yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu
dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya
kamu bertaqwa. (al-Anam: 153)

Tatkala mentafsirkan ayat ini, Rasulullah di hadapan sahabat-sahabat baginda


telah melakarkan di atas padang pasir satu garisan lurus dan pelbagai garis
bersimpang siur di sisi garis lurus itu. Rasulullah menegaskan bahawa garis lurus
itu ialah Islam dan semua garis bersimpang siur itu ialah jalan-jalan kesesatan
yang membawa kepada penyimpangan dari jalan sebenarnya.

Di samping umat Islam hendaklah diajak supaya membina kehidupan


berteraskan Sunnah Nabi dan Khulafa Rasyidin kerana ia menjadi benteng
apabila berdepan dengan pelbagai kecelaruan pemikiran dalam dunia akhir
zaman sebagaiman sabda Nabi s.a.w.;




Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup di antara kamu nescaya ia akan
menyaksikan pertikaian yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan
sunnahku dan sunnah Khalifah-Khalifah Rasyidin yang mendapat petunjuk
selepasku. Gigitlah sunnah itu dengan gigi-gigi gerham kamu. Hendaklah kamu
menjauhi dari perkara-perkara baru (yang menyalahi agama). Sesungguh setiap
bidah adalah sesat. (al-Hadis).

Anda mungkin juga menyukai