Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA :

PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO WTF


PARLIMEN GERIK

1. Pengenalan:
Taekwondo merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah satu aktiviti
yang sesuai untuk mengisi masa lapang remaja terutamanya para remaja di Gerik.
Justeru, untuk mengisi masa lapang remaja, satu cadangan penubuhan Kelab Taekwondo
Parlimen Gerik telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini maka remaja-remaja
boleh mengenali permainan ini secara lebih dekat dan dapat menganjurkan beberapa
perlawanan persahabatan bersama sekolah-sekolah atau pusat pengajian lain bagi
mengeratkan silaturahim. Penyertaan kelab ini akan dibuka kepada semua remaja di
Parlimen Gerik yang berminat untuk menyertainya.

2. Rasional
Penubuhan kelab ini adalah di atas dasar untuk mendekatkan sukan taekwondo
kepada para remaja supaya remaja-remaja lebih berani menghadapi situasi yang lebih
mencabar. Semua remaja di Parlimen Gerik yang berminat bolehlah menyertai kelab ini.

Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk:


I. Mendedahkan dan memperkenalkan sukan taekwondo kepada remaja di
parlimen Gerik
II. Memberi pendedahan kepada para remaja dalam bidang pengurusan
(kelab)
III. Melatih para remaja dalam menguruskan sesebuah organisasi.
IV. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur
V. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para remaja.
VI. Mengeratkan hubungan antara remaja yang terdiri daripada remaja-remaja
yang berbilang kaum.

3. Matlamat

2
Matlamat utama penubuhan Kelab Taekwondo WTF Parlimen GERIK ialah untuk
memperkenalkan kepada para remaja sukan riadah ini. Selain itu, dengan adanya kelab ini,
diharapkan hubungan silaturahim sesama remaja dari Gerik dan insitusi-institusi pengajian
lain diperkukuhkan melalui perlawanan persahabatan dan pertandingan. Masa yang
terluang juga akan dapat dimanfaatkan dan digunakan sepenuhnya oleh remaja dengan
aktiviti yang sihat dan tidak terbuang begitu sahaja. Ia juga akan dapat mengasah bakat
para remaja dalam sukan ini memandangkan sukan ini memerlukan fokus dan kemahiran
yang tinggi. Setiap tahun, terdapat beberapa perlawanan taekwondo terbuka Perak
diadakan, dengan penubuhan kelab ini, ianya lebih memudahkan remaja mendaftarkan diri
dan menyertai pertandingan yang dijalankan dengan membawa nama Gerik dan dapat
memperkenalkan lagi kepada masyarakat tentang kemampuan dan kewujudan anak muda
dari Gerik. Matlamat terakhir adalah agar para remaja dapat menguasai permainan ini untuk
diajar pada generasi muda kelak.

4. Objektif

Objektif penubuhan Kelab Taekwondo WTF Parlimen Gerik ialah:

i. Memperkenalkan/mempopularkan sukan taekwondo kepada warga Gerik.


ii. Menggunakan ilmu yang ada untuk melatih para remaja apabila
menghadapi musuh kelak.
iii. Mengeratkan hubungan silaturahim antara remaja di Parlimen Gerik
dengan pusat-pusat pengajian lain sekitar Perak.
iv. Memupuk semangat kesukanan di kalangan remaja.
v. Mengisi masa lapang remaja pada waktu petang.
vi. Memperkenalkan Gerik kepada masyarakat dengan menyertai
pertandingan-pertandingan terbuka di Perak.

5. Perkara:
Permohonan Menubuhkan Kelab Taekwondo WTF Parlimen Gerik

3
6. Dikemukakan kepada:
Dato Hasbullah Bin Osman A.M.N, P.J.P,
Ahli Parlimen Gerik,
Bangunan UMNO Gerik,
33300 Gerik,
Perak.

7. Kumpulan Sasaran:

Terbuka kepada semua remaja di Parlimen Gerik

8. Jawatankuasa Sementara Kelab Taekwondo WTF GERIK.

Penaung : Dato Hasbullah Bin Osman A.M.N, P.J.P.


Penasihat : En. Muhammad Hakimi Aqil Bin Abd Halim
Pengerusi : Abdul Bari Bin Ahmad Adri.
N. Pengerusi: Farida Shahriani Binti Shahrial.
Setiausaha : Muhammad Amzar Bin Rosulan.
Bendahari : Nurnadia Binti Suradi.

Ajk-Ajk

1. Pendaftaran & Keahlian : Mohamad Hamzi Bin Mohamad.


2. Tempat & Peralatan : Amira Binti Abdullah.
3. Sosial & Kebajikan : Noor Naziera Binti Zailan.
4. Tugas-tugas Khas : Muhammad Amirullah Bin Mohd Zuki.
5. Aktiviti & Lawatan : Muhammad Nazri Bin Hashim.
6. Penyertaan pertandingan : Nor Andy Izzuan Bin Hisam.
9 Senarai Nama Sementara Ahli
Lampiran 1

4
10. Sumber Kewangan

Sumber kewangan Kelab Taekwondo WTF Parlimen Gerik ialah dari yuran
pendaftaran kelab yang akan dikenakan kepada semua remaja yang menyertai
kelab ini. Yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM25.00 setiap individu.

11. Pengisian Aktiviti Kelab Taekwondo WTF Parlimen Gerik

i. Latihan mingguan.
ii. Mesyuarat bulanan
iii. Penganjuran/penyertaan pertandingan
iv. Lawatan sambil belajar dan perlawanan persahabatan
v. Kursus berkaitan
vi. Jamuan tahunan

12. Borang Keahlian

Lampiran 2

13. Penutup

Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para remaja
mengenali dengan lebih dekat lagi sukan taekwondo ini. Di samping itu semangat
kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan remaja. Semoga cadangan
penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak parlimen dan akan terlaksana dengan
jayanya.

Disediakan oleh,

5
..
(Muhammad Amzar Bin Rosulan)
Setiausaha,
Penubuhan Kelab Taekwondo,
Parlimen Gerik.

Disemak dan disahkan oleh,

(En. Muhammad Hakimi Aqil Bin Abd Halim)


Jurulatih,
Kelab Taekwondo WTF,
Parlimen Gerik.

Disokong oleh,

6
...........................................
(TUAN HAJI YAHYA B. OTHMAN)
Penghulu MUKIM,
Mukim Gerik.

Diluluskan oleh,

......
(Dato Hasbullah Bin Osman A.M.N, P.J.P)
Ahli Parlimen,
Parlimen Gerik

Ulasan :
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
_____________

Lampiran 1

Senarai Nama Sementara Ahli-ahli Kelab Taekwondo WTF Parlimen Gerik

BIL NAMA NO. IC NO. TELEFON

7
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

Borang Permohonan Keahlian Lampiran 2


Kelab Taekwondo WTF Parlimen Gerik

8
Nama:

Gambar Berukuran
No. KP: Pasport

Umur : tahun Tarikh Lahir : / /

Bangsa: Melayu India

Cina Lain-lain __________(sila nyatakan)

Agama : Islam Buddha Kristian Lain-lain __________(sila nyatakan)

Alamat Semasa Berkursus:

Alamat Surat Menyurat:

No. Tel : -

Email :

Nota:
o Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM25 beserta 2 Segala maklumat yang diisi adalah benar.
keping gambar berukuran passport.
o Sila isikan maklumat diri diruang yang disediakan
menggunakan huruf besar.

__________________
(Tandatangan Pemohon)

Tarikh: ____________

Anda mungkin juga menyukai