Hbef 2103 Psikologi Pendidikan September 2012
Hbef 2103 Psikologi Pendidikan September 2012
HBEF 2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Name
Matric number
820205025249001
NRIC
820205-02-5249
Telephone number
012-3673163
E-mail address
sirkrol@yahoo.com.my
Tutors name:
Learning Centre:
Johor
1
PRAKATA
dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada En. Ahmad Bin Zainal, tutor Psikologi
ini berlaku. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominan
peranan seorang mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai
pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari
segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.
Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban
zaman yang hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya
`Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
2
ISI KANDUNGAN
m/s
1.0 Pengenalan 4
2.0 Profil murid 6
3.0 Faktor menyebabkan perbezaan pertumbuhan dan perkembangan dalam 7
aspek fizikal dan kognitif
3.1 Faktor Baka 7
3.2 Faktor Keluarga 7
3.3 Faktor Pemakanan 8
3.4 Faktor Rakan Sebaya 8
3.5 Faktor Pengaruh Persekitaran 9
4.0 Implikasi ke atas pengajaran dan pembelajaran 10
4.1 Kesediaan Belajar 10
4.2 Peneguhan Positif dan Negatif 10
4.3 Pembelajaran Koperatif 11
4.4 Pengajaran dan Pembelajaran Individu 11
4.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar 13
5.0 Kesimpulan 13
Rujukan
Lampiran
1.0 Pengenalan
Definisi Perkembangan
3
Perkembangan bermaksud suatu perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur dan
semua perubahan dalam perkembangan ini dapat membantu seseorang individu untuk
mencapai proses kematangan. Perkembangan kepada manusia ialah perubahan bersifat
kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perkembangan juga sebagai perubahan
pada pendapat struktur, dan tingkah laku seseorang individu itu. Ia terhasil daripada fungsi
faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Dengan kata lain, perkembangan boleh juga
dianggap sebagai proses individu itu untuk mencapai kematangan, pengukuhan dan
kestabilan. Terdapat banyak pendapat tentang perkembangan manusia ini antaranya Crow dan
Crow, berpendapat perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke
arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
.Orderly and lasting growth, adaptation and change over the course of a lifetime
Slavin 1997
Definisi Pertumbuhan
Di sini penulis telah membuat satu kajian ke atas dua orang responden sekolah rendah tahun
5
dua Sekolah Kebangsaan Polis Kem bagi mempamerkan perbandingan di antara pertumbuhan
dan perkembangan. Terdapat beberapa perbezaan dari segi fizikal dan kognitif yang dapat
diperhatikan daripada kedua-dua responden ini. Berikut adalah maklumat-maklumat yang
diperoleh penulis berdasarkan dapatan temu bual ( Lampiran 1 ) berstruktur penulis dengan
responden.
Berat : 34 kg
Tinggi : 134 cm
Warna kulit : cerah
Hobi : melayari internet, membaca buku
Cita-cita : Doktor
Tahun : 2 UTM (pertama)
Bilangan adik-beradik: 2 orang
Pekerjaan Bapa : Guru
Pekerjaan Ibu : Guru
Keputusan peperiksaan tahun satu : 2/30
Responden 1
Berat : 30 kg
Tinggi : 129 cm
Warna kulit : sawo matang
Hobi : bermain bola, berbasikal
Cita-cita : Polis
Tahun : 2 USM (keempat)
Bilangan adik-beradik : 5 orang
Pekerjaan Bapa : Pemandu Bas
Responden 2 Pekerjaan Ibu : Suri rumah
Keputusan peperiksaan tahun satu : 15/29
6
Berdasarkan maklumat daripada Jadual 1, dapatlah penulis merumuskan terdapat beberapa
faktor iaitu faktor-faktor endogen dan eksogen yang mempengaruhi perbezaan dalam aspek
pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal dan kognitif.
Menurut Norman L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang
diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula
menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen. Dengan kata lain setiap orang akan mewarisi sebahagian besar
sifat fizikal seperti ketinggian, bentuk badan, warna kulit daripada baka kedua-dua ibu
bapanya (Buss & Plomin, 1997). Berdasarkan aspek fizikal kedua-dua responden ini,
responden 1 mempunyai berat badan dan ketinggian yang berbeza jika dibandingkan dengan
responden 2. Ini kerana responden 1 mewarisi sifat fizikal ibu bapanya yang berfizikal tinggi.
Manakala responden 2 mewarisi sifat fizikal ibu bapanya yang berfizikal rendah. Selain
daripada itu kedua-dua responden ini juga mempunyai perbezaan dari segi kognitif seperti
dapatan maklumat Jadual 1, kelas dan keputusan peperiksaan. Menurut Alfret Binet,
Theodore dan Guiford mempercayai kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat
dipertingkatkan melalui pengajaran (Borich & Tombori, 1997). Menurut latar belakang
responden 1 dan 2, kedua-dua responden mempunyai latar belakang berbeza iaitu kerjaya ibu
bapa yang berbeza.
7
berunsurkan ilmiah dan sebagainya. Jelaslah di sini bolehlah dikatakan responden 2 berada di
golongan keluarga berekonomi tinggi.
Pemakanan juga merupakan salah satu faktor penyebab perbezaan pertumbuhan dan
perkembangan dari segi fizikal dan kognitif kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal,
mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang diambil haruslah berzat, bersih dan
seimbang. Contohnya bagi ibu pengambilan makanan yang seimbang dan cukup haruslah
diambil ketika fetus di dalam kandungan. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan
mental, emosi dan fizikal perlulah dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan anak-
anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan
mengamalkannya menjadi amalan harian. Berdasarkan temu bual penulis dengan responden
pengambilan makanan ringan yang kerap menyebabkan fizikal responden 2 terbantut. Selain
itu responden 2 mengamalkan makanan tidak seimbang seperti tidak suka makan sayur-
sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Berbanding dengan responden 1, mungkin didikan ibu
bapanya tentang pemakanan seimbang menyebabkan responden 1 ini mempunyai perbezaan
dari segi fizikal dan kognitif berbanding responden 2. Selain itu makanan tambahan juga
mendorong seseorang itu mempunyai perbezaan pertumbuhan dan perkembangan. Hasil temu
bual penulis jelaslah responden 1 mendapat makanan tambahan oleh ibu bapanya berbanding
dengan responden 2.
9
4.0 Implikasi ke atas Pengajaran dan Pembelajaran
Kesan daripada perbezaan responden 1 dan responden 2, penulis telah membuat implikasi
dan langkah-langkah bagi mengatasi masalah perbezaan pertumbuhan dan perkembangan ke
atas pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa implikasi yang telah digunakan penulis
dan implikasi tersebut adalah seperti berikut:
Menurut Teori pelaziman Operan Skinner (1953) gerak balas boleh dikuatkan atau
dihapuskan jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Menurut Skinner
lagi faktor ganjaran (peneguhan positif) dan dendaan (peneguhan negatif) berperanan
membentuk perkembangan individu. Ini jelas sebagai seorang guru haruslah memberi
peneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai oleh semua guru dan ibu bapa semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu peneguhan negatif juga perlu
diberikan oleh guru bagi mengelakkan daripada tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai
contohnya seorang guru hendak mengelak murid membuat bising, akan mengatakan Saya
10
akan membenarkan pelajar yang diam pulang awal. Manakala pelajar bising akan pulang
lambat. Selain daripada itu prinsip Premack atau grandmother rule boleh digunakan oleh
seorang guru bagi mengendali perbezaan pelajar. Contohnya Pelajar yang dapat membuat
latihan matematik 15 betul, saya akan benarkan membaca komik. Secara tidak langsung
dengan cara ini membuat pelajar seperti responden 2 akan membuat latihan matematik
dengan cermat bagi mendapat sesuatu yang disukainya.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara individu juga boleh diguna pakai bagi
mengatasai masalah perbezaan individu ini. Pengajaran secara individu biasanya dalah
mengamalkan cara pengajaran menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu
dengan bahan-bahan pengajaran yang sesuai mengikut keupayaan dan minat pelajar.
Pengajaran cara ini dilakukan kepada murid yang mempunyai perbezaan dari segi intelek,
minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain seperti responden 2. Pengajaran
secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya.
Pengajaran ini boleh dilakukan seperti pengajaran biasa, dengan tujuan untuk mengatasi
masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. Guru akan
memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya
11
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Pengajaran seperti ini juga tidak
menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan
sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan. Sebagai
contoh bagi responden 2, mempelajari bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang
membosankan, tetapi sekiranya guru penambahbaikan dengan membina model rumah
bersama pelajar menggunakan kotak-kotak yang besar dan melabelkan dengan Bahasa
Inggeris di dalamnya menjadikan pembelajaran lebih seronok.
Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara pengajaran dan pembelajaran
yang hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan buku-buku teks
tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah
untuk menguji dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid.
Adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian untuk
memahamkan pembelajaran yang akan diajar. Guru perlu menggunakan kepelbagaian alat
bantu mengajar seperti penyampaian maklumat melalui web, pencarian internet,
penyampaian maklumat melalui carta dan sebagainya. Menurut Ford Le Roy (1982), guru
yang mahir bukan sahaja merupakan seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran
tetapi seorang pelukis yang boleh memahami perbezaan individu. Menurut beliau lagi sesuatu
bahan dengan sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran kepada
murid, tetapi kemahiran guru menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang
berkekalan. Ini adalah kerana di dalam sesebuah kelas , terdapat perbezaan pelajar kerana
terdapat pelajar yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan ada yang
kinestatik. Pengajaran secara tradisional yang hanya tertumpu kepada mendengar penjelasan
dari guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan peneguhan supaya pelajar lebih
cepat memahami dan mengingati apa yang disampaikan dengan berkesan. Dengan ini
menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih
ceria, di mana pelajar bukan sahaja dapat mendengar penerangan dari guru sahaja, malah
dapat melihat dan merasa ini sedikit sebanyak memotivasikan mereka untuk belajar
mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru tersebut.
5.0 Kesimpulan
12
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting di dalam perbezaan
pertumbuhan dan perkembangan dalam aspek fizikal dan kognitif. Dapatan hasil kajian
tentang perbezaan pertumbuhan dan perkembangan mempengaruhi aspek fizikal dan kognitif,
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhinya, antara faktor-faktornya ialah faktor baka,
faktor keluarga, rakan sebaya dan faktor pengaruh persekitaran. Di sini juga penulis telah
membincangkan juga implikasi bagi mengatasi masalah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah kesediaan belajar, pembelajaran koperatif, peneguhan positif
dan negatif, pengajaran dan pembelajaran individu serta mempelbagaikan bahan bantu
mengajar. Terdapat beberapa teori yang diguna dan dibincangkan penulis untuk kajian ini. Di
antaranya ialah Teori Ekologi Bronfenbrenner, Teori pelaziman Operan Skinner dan Teori
Perkembangan Vygotsky. Berdasarkan kajian dilakukan penulis ke atas responden-responden
serta teori-teori yang digunakan dapatlah sedikit sebanyak menyelesaikan masalah perbezaan
pertumbuhan dan perkembangan mempengaruhi fizikal dan kognitif.
RUJUKAN
13
Skinner, B.F. (1965). Reflections on Decade of Teaching Machines. Teaching Machines and
Programmed Learning II. Washington D.C: National Education Association
Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society. Dalam Cole, M., Steiner, V.J., Scrbaer, S.,
Souberman, E. The Development of Psycohological Process. MA: Havard University Press
Slavin, R.E. (1997). Education psychology, Theory and Practice. 5th ed. Boston: Allyn and
bacon.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi pendidikan 1. Longman Malaysia Sdn. Bhd
Bandura, A. (1996). Social foundation of though and action: A sosial cognitive theory.
Englewoods Cliffs, NJ: Prentice-Hall
Piaget, J. (1971). The Children Conception of The World, London: Routledge & Kagan Paul
Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New York: John Wiley & Sons.
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978). Environmental Psychology (Second
Editon). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.
Gary D, Borish & Martin L. Tombori. (1996). Education psychology. Longman Sdn. Bhd.
LAMPIRAN 1
14
Set Soalan Temu Bual
15