Anda di halaman 1dari 1

Kenapakah saya memaparkan perenggan-perenggan di bawah ?

Sebabnya, salah satu ka


edah penting bagi membaiki kualiti karangan ialah membaca esei yang baik, dan se
terusnya, mengutip ilmu penulisan iaitu kaedah penulis berbahasa dan mengolah ay
at. Lihat dan tiru kaedah yang digunakan serta berlatih mengaplikasikannya.
Semua perenggan atau ayat di bawah dipilih kerana keberkesanannya kepada pembaca
dan mesej disampaikan dengan menarik. Apabila membaca akhbar dan majalah, kenal
pasti ungkapan menarik dan manfaatkannya.
KEFASIHAN pemuda Australia itu berbahasa Melayu cukup menakjubkan apatah lagi me
ndengar kepetahan beliau berbicara menggunakan dialek pantai timur. Apabila bert
emu empat mata dengan jejaka ini, terasa malu berbaur bangga. Malu kerana orang
luar lebih sayang akan bahasa kebangsaan kita tetapi bangga kerana beliau berjay
a menguasainya dalam tempoh yang singkat.
BAGAIMANAKAH wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu? Siapakah yang membuka dan menyem
arakkan kota itu pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisih
kan sumbangan Haji Abdullah Hukum, pedagang yang menyuntik pertumbuhan ekonomi K
uala Lumpur pada 1850-an.
TIDAK ramai yang mahu menerima fakta bahawa membaca buku itu boleh membina minda
berilmu, saling tidak tumpah seperti peranan makanan berkhasiat untuk menghasil
kan badan yang sihat.
PENGARUH permainan video terhadap psikologi kanak-kanak menyebabkan golongan itu
membesar sebagai insan yang ganas sekali gus mendorong pelbagai perlakuan agres
if. Menurut pakar psikiatri, Dr Mohamad Hussain, dari aspek psikologi kanak-kana
k yang bermain permainan video ganas, bukan saja berimaginasi malah menghayati b
abak pembunuhan itu kerana mereka bertindak selaku watak utama dalam permainan,
seterusnya perlakuan ganas dalam permainan video akan terbawa-bawa ke alam reali
ti.
PEPATAH Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki t
etapi sebenarnya minda dan fikiran. Oleh itu, minda kita keseluruhannya perlu di
pacu dengan ilmu pengetahuan, serta wajar diasah dan diasuh agar berfikir mencip
ta kegemilangan.
PEMIKIR tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu itu ibarat ber
dialog dengan orang-orang hebat atau pemikir-pemikir besar. Bahkan, buku dapat me
mpertemukan dan menghubungkan dunia masa silam dengan dunia pembaca masa kini. B
etapa hebatnya pengaruh buku itu, sehinggakan Voltaire menegaskan buku mampu mem
bakar semangat sesuatu bangsa dan mengubah dunia.
APA gunanya kita mempunyai kemudahan yang canggih tetapi rakyat kita tidak mampu
menggunakannya kerana mereka tidak celik minda dan tidak mempunyai pengetahuan.
Hal ini boleh diumpamakan sebuah negara yang subur dan mempunyai banyak hasil b
umi seperti emas, perak dan permata, tetapi semua itu akan menjadi sia-sia, seki
ranya tenaga manusianya tidak berkualiti, tidak berpengetahuan dan tidak mampu m
enguasai teknologi.