Anda di halaman 1dari 12

Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.

1. ISI KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN 3 1.1 Pengenalan 3 1.2


Prinsip akauntabiliti dan intergriti 4 2.0 Isu Etika Keguruan. 6 2.1 Isu Kes Salah
Laku Guru 6 2.1.1 Salah laku Guru - Hukuman terhadap murid 7 2.1.2 Punca
Berlaku Masalah Ini 9 3.0 Implikasi Isu Terhadap Akauntabiliti Keguruan dan
Integriti Guru. 10 4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU 15 4.1
Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa. 15 4.2 Melibatkan
guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan. 16 4.3 Menggiatkan program
yang berfokuskan kepada guru. 17 4.4 Sentiasa mengamalkan budaya cakna
dalam kalangan guru. 17 5.0 REFLEKSI KENDIRI 18 6.0 PENUTUP 19 BIBLIOGRAFI
22
2. 2 | E D U 3 0 8 3 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam perkembangan
dunia yang pesat membangun pada ketika ini, pelbagai informasi terkini sangat
mudah diperolehi, salah satunya ialah berita yang pelbagai. Ianya disalurkan
melalui pelbagai medium elektronik seperti melalui internet, televisyen, radio,
bahan bercetak seperti akhbar, risalah dan sebagainya. Tidak dinafikan berita-
berita yang telah tersebar melalui media adalah datang dari pelbagai sumber
dan sudut pendapat yang berbeza, namun begitu, pengaruhnya terhadap
masyarakat dilihat sangat membimbangkan, khususnya dalam
pendokumentasian isu yang melibatkan guru. Hal ini akan membawa seribu satu
persoalan, persepsi dan pandangan dari pelbagai sudut, baik positif dan juga
negatif, terutamanya terhadap profesion perguruan khususnya dan kepada guru
amnya. Adapun pendapat umum berkenaan definisi guru ialah seorang yang
mengajarkan sesuatu ilmu kepada murid atau pelajar di setiap peringkat usia dan
tingkat tahap pendidikan itu sendiri. Ragbir Kaur (2007), mendefinisikan guru
adalah sebagai insan yang mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah, manakala
Mok Soon Sang (2007) menarifkan guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-
kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk
kemajuan Negara pada masa depan. Merujuk kepada Kamus Dewan (1989),
perkataan Perguruan yang diertikan dalam konteks pendidikan ialah
pengajaran, contohnya perguruan kepada guru, murid dan sebagainya,
manakala perkataan keguruan pula diertikan sebagai perkara yang berkaitan
dengan guru, seperti peranan, tugas, kelayakan, sifat dan lain-lain perkara
sebagai guru, misalnya masyarakat memandang tinggi kepada nilai keguruan
yang ada pada seorang guru, yang menjelaskan tentang ciri-ciri serta sahsiah
yang dimiliki oleh guru pada perkataan keguruan yang dinyatakan. Profesion
memiliki maksud yang sangat luas khususnya dalam aspek pekerjaan. Ianya
membawa dimensi dan penilaian yang berbeza antara suatu pekerjaan dengan
pekerjaan yang lain dalam konteks standard dan impak terhadap individu yang
terlibat dalam pekerjaan tersebut. Mok Soon Sang (1996) telah meringkaskan
konsep profesionalisme dalam kalangan guru sebagai suatu pekerjaan khusus
dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang
cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya.
3. 3 | E D U 3 0 8 3 Kedua-dua pendapat ini telah menggambarkan secara
ringkas konsep profesion perguruan dan menjelaskan bagaimana perguruan itu
sendiri dianggap sebagai suatu profesion yang mempunyai standard yang
tersendiri. Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990) menjelaskan etika adalah
sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang meliputi perkara yang baik dan
tidak baik seiring dengan kewajiban dan tanggungjawab moral. Dalam erti kata
yang lain,etika adalah panduan dan ketetapan yang telah digariskan terhadap
setiap perlakuan untuk memastikanmatlamatyang ingin dicapai dapat diperolehi
seperti yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, dalam konteks ingin membentuk
sahsiah yang terpuji dalam diri seorang guru, adalah menjadi satu
tanggungjawab bagi seorang guru untuk mempraktikkan etika keguruan dalam
diri masing-masing bagi dalam usaha untuk mencapai hasrat untuk menjadi guru
yang mempunyai sahsiah yang terpuji. 1.2 Prinsip akauntabiliti dan intergriti
Prinsip akauntabiliti dan integriti amat penting untuk diterapkan di dalam diri
setiap penjawat awam melalui dua kaedah iaitu usaha yang berterusan oleh
penjawat awamitu sendiri seperti penghayatan nilai-nilai murni dan keadah
kedua melalui penguatkuasaan daripada kerajaan seperti penubuhan
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Pelan Integriti Nasional (PIN), kursus-
kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan Kod Etika
Kerja yang dapat membantu kearah meningkatkan akauntabiliti dan integriti
dalam diri penjawat awam terutamanya bagi pihak guru yang terlibat dengan isu
etika keguruan yang sering dilaporkan di dada akhbar dan media massayang
lain. Setiap isu yang timbul berkaitan keguruan yang melanggar etika keguruan
mampumerosakkan imej profesion perguruan dan menyebabkan masyarakat
memandang rendah pada kerjaya sebagai guru. Akauntabiliti bermaksud sifat
bertanggungjawab terhadap seseorang atau terhadap sesuatu tindakan,
keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi
yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat dengan
disiplin dan keperluan untuk memberikan justifiasi dan menerima
kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang telah
diambil. Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami
dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan.
4. 4 | E D U 3 0 8 3 Integriti pula merujuk kepada kualiti unggul yang wujud
secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi (Institut Integriti
Malaysia, 2004). Integriti berkait erat dengan etika. Integriti berlandaskan etika
dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Lanjutan itu, intergriti guru
sebagai penjawatan awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan
amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, adil dan
saksama,telus, berkecuali dan kebolehpercayaan. Setiap penjawat awam
terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan
bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan
kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu
mengelakkan seorang guru daripada terjebak denganisu etika keguruan yang
boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Antara isu etika keguruan yang
sering dipaparkan di dada akhbar dan media massa adalah berkaitan penampilan
guru yang menjolok mata, gangguan seksual kepada murid, guru pecah amanah
dan guru sering mengambil cuti sakit palsu. Bagi menjaga imej profesion, setiap
guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah
laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Sebagai seorang guru,
kita perlu meningkatkan akauntabiliti dan integriti kempimpinan diri supaya
segala tanggungjawab dan tugas-tugas dapat dijalankan dengan penuh komited.
5. 5 | E D U 3 0 8 3 2.0 ISU ETIKA KEGURUAN 2.1 Isu Kes Salah Laku Guru
Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah banyak menyaksikan pelbagai
isu negatif yang telah menafikan akauntibiliti dan etika keguruan dalam kalangan
guru pada masa kini. Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes tindakan
salah laku guru disiarkan. Lebih membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu
yang melibatkan etika keguruan yang tidak menyenangkan tidak menunjukkan
tanda-tanda penurunan, malah graf pada statistik kajian ke atas perkara ini
memaparkan lonjakan angka yang menggambarkan betapa parahnya isu etika
keguruan yang sedang berlaku. Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik
dalam bentuk akhbar bercetak dan juga akhbar yang diakses melalui internet,
setiap terbitan yang terkini tidak pernah lekang dengan topik kebejatan etika
keguruan. Berkesinambungan dengan analisis aduan yang terdapat di dalam
Rajah 1. Berikut merupakan tajuk-tajuk utama berita, melibatkan etika keguruan
yang terdapat di media massa dari tahun 2008 sehingga ke hari ini :
6. 6 | E D U 3 0 8 3 2.1.1 Salah laku Guru - Hukuman terhadap murid Kejayaan
dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan
dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan
keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai
keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah
sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan
teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat. Namun sejak akhir-akhir ini kita
dihidangkan tentang berita mengenai guru mencederakan pelajarnya dengan
alasan yang tidak munasabah seperti datang lewat ke sekolah, tidak membawa
buku latihan, tidak menyiapkan kerja sekolah dan beberapa kesalahan kecil yang
lain yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa guru bertindak sedemikian
kerana ingin mendidik pelajar supaya pelajar tidak lagi mengulangi kesalahan
yang sama tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar dengan keterlaluan
sehingga mendatangkan kecederaan yang serius merupakan satu tindakan yang
melampau malah turut menimbulkan kemarahan ibu bapa. Kesannya, bukan
sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan turut
menerima tempiasnya. Cabaran dalam bidang pendidikan kini semakin besar dan
mencabar. Tanggungjawab seorang guru semakin bertambah kerana guru bukan
sahaja sebagai pendidik tetapi turut menjaga murid di sekolah. Bebanan guru
makin banyak turut menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat
hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan
yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun,
hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati
guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai
taraf hidup yang agak baik.
7. 7 | E D U 3 0 8 3 Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal
dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat muridsemakin pudar
bersamakeangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan
menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan
mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Guru sudah hilang kuasa dalam
mendidik melalui rotan kerana ibu bapa pada masa kini yang terlalu memanjakan
anak-anak. Pada pandangan saya, sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan
hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik
pelajar menerusi penerapan nilai- nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah
terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan
akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka
tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Corak pendidikan pada suatu
ketika dahulu yang begitu tegas sehinggakan murid takut untuk meniru, tidak
menyiapkan kerja sekolah apatah lagi datang lewat ke sekolah. Suatu ketika
dahulu, sekiranya ada murid melakukan kesalahan murid-murid akan mendapat
ganjaran dan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.
Namun, sedarkah kita didikan guru pada masa lalu yang membentuk masa depan
kita pada hari ini? Kerana rotan cikgu, saya berjaya. Tindakan tegas seorang guru
hanyalah untuk mendidik anak didiknya supaya berjaya di masa hadapan. Ibu
bapa pada ketika itu menyerahkan kuasa merotan kepada guru-guru untuk
membentuk anak-anak mereka. Kalau kita menyoroti peristiwa lampau, tidak ada
kes yang melibatkan guru menampar dan menyepak murid. Malah, tiada kes
guru disaman pun pada ketika itu walhal murid yang nakal selalu dirotan di
sekolah.Pada pengamatan saya, ibu bapa pada hari inilah memainkan peranan
penting dalam mencorak perubahan tingkah laku murid-murid di sekolah.
Tindakan ibu bapa yang menyorok kesalahan anak menyebabkan murid tidak
takut untuk melakukan kesalahan kerana ibu bapa boleh bertindak sebagai
pembela. Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa
anak mereka bersalah dan tidak mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Ibu
bapa seharusnya perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru
menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media. Mendidik
anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang
melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman yang dikenakan adalah proses
mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan
kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.
8. 8 | E D U 3 0 8 3 2.1.2 Punca Berlaku Masalah Ini Setiap perkara yang
berlaku pasti ada punca atau penyebab berlakunya sesuatu perkara. Guru juga
manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang berbeza. Guru bertindak
diluar batasan juga berpunca dari sikap ibu bapa yang terlalu membela anak
sehinggakan di sekolah juga pelajar berani melanggar peraturan dan arahan
guru, tidak menghormati guru kerana sikap pembela ibu bapa yang tidak
bertempat. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada perubahan sikap seorang
guru daripada seorang guru yang lemah lembut menjadi pembengis di sekolah.
Oleh itu, tekanan kerja merupakan punca kedua yang menyebabkan guru
melakukan kesalahan yang boleh mencalarkan imej guru. Tugas guru bukanlah
satu tugas yang mudah untuk dipikul. Tuntutan kerja merupakan tuntutan yang
berat lebih-lebih lagi menjadi guru pada zaman teknologi dan dunia tanpa
sempadanini. Tugas guru bukan hanya mendidik, mengajar dan membimbing
pelajar. Selain daripada itu, guru juga banyak menerima tekanan daripada ibu
bapa, masyarakat, kerajaan, pertubuhan, pihak atasan dan juga masalah
peribadi. Masyarakat melihat tugas guru adalah mudah, masa kerja yang pendek
dan banyak cuti. Guru pula berasa beban kerja yang terlalu banyak sehingga
membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masa yang tidak dihargai. pandangan dan
persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir guru kecewa. Tekanan yang
diterima ini akan menyebabkan guru cepat melenting dan melepaskan
kemarahan terhadap pelajar. Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan
profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama
guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan
menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara
dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan
peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal.
Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka
luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk
bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari
yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencarilebih banyak
pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk
membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Selain itu,
guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri
pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan
sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian
besar adalah hasil
9. 9 | E D U 3 0 8 3 sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi
pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang
sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. . 3.0 Implikasi Isu Terhadap
Akauntabiliti Keguruan dan Integriti Guru. Menurut laporan Magendran Rajagopal
dan Norliza Wasilan dalam Berita Harian secara online, Kementerian Pelajaran
telah menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh
Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan baahwa antara kesalahan yang
dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%), cabul dan gangguan
seksual (17%), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah
(15%), penyalah-gunaan dadah (9.5%), kecurian (6%), jenayah syariah (7%) dan
keterhutangan serius (1%). Peningkatan bilangan guru- guru di Malaysia yang
terbabit dalam kes salah laku sesungguhnya mendatangkan kesan yang amat
buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan. Antara kesan yang dapat dilihat
daripada permasalahan ini adalah merosotnya kewibawaan profesion perguruan.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Syed Ismail etc. (2010:190), Pada zaman ini
guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor,
pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu penting memandangkan beliau
merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di
sekolah. Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang
mengharapkan guru menjadi penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang
berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat di Negara kita akan
terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai
suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit
dalam salah laku? Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-
guru di sekolah telah menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita
memandang sinis terhadap profesion perguruan. Mereka tidak yakin dengan
kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anak- anak mereka walaupun
hanya berakibatkan tindakan salah seorang guru di Malaysia. Nampaknya,
pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru
terhadap profesion perguruan di Malaysia adalah begitu luas sehingga
menjejaskan imej semua guru di Negara kita. Malah sesetengah pihak telah
melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir setelah tiada kerjaya profesional
yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri daripada menganggur. Kerana
nila setitik, rosak susu sebelanga. Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di
kalangan guru juga memaksa pihak berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di
sekolah. Ini secara tidak langsung menyebabkan kekurangan sumber guru yang
berkualiti di sekolah-sekolah seluruh Negara. Menurut sumber
10. 10 | E D U 3 0 8 3 pada tahun 2010, bilangan sekolah rendah yang
didirikan di Malaysia adalah sebanyak 7,714 buah. Cuba bayangkan sekiranya
seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru yang membabitkan
diri dalam kes salah laku. Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa melucutkan
kira-kira 7 ribu orang guru yang memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu
menimbulkan permasalahan yang tidak berterusan kepada proses pembelajaran
murid-murid di sekolah, malah sistem pendidikan di Negara kita. Jadi, jelaslah
bahawa tindakan salah laku guru akan menyebabkan sistem pembelajaran di
Negara kita tergendala. Gambar 1 : Perbezaan antara dua zaman berkenaan
tindakan guru dan ibu bapa murid Contoh-contoh berita yang telah disiarkan dan
juga berdasarkan pengalaman saya sendiri berada di sekolah adalah merpuakan
bukti yang kukuh, bahawa isu etika keguruan yang semakin membarah dan
berpotensi tinggi untuk menularkan kesan-kesan sampingan yang pelbagai
11. 11 | E D U 3 0 8 3 kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap akauntabiliti
dan integriti keguruan, ekoran daripada tindakan guru yang menyalahi etika
keguruan. Komik yang dipaparkan dalam gambar di atas menunjukkan dua
situasi dan latar belakang masa yang berbeza, namun mempunyai tema yang
sama, iaitu tindakan guru terhadap murid serta respon dari ibu bapa murid
terhadap tindakan guru. Apa pun tindakan yang dilakukan oleh seorang guru,
ianya tidak boleh dipisahkan dengan akauntabiliti keguruan. Menurut Kamus
Pelajar Edisi Kedua, akauntabiliti bermaksudsifat bertanggungjawab terhadap
seseorang atau sesuatu keputusan atau tindakan manakala Kamus Dewan Edisi
Keempat menerangkan maksud integriti, iaitu kejujuran, ketelusan dan menjaga
sesuatu daripada perkara yang melibatkan penyelewengan. Dalam konteks
akauntabiliti keguruan dan integriti guru pula, ianya merujuk kepada
tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap profesion perguruan dalam
beberapa komponen utama, iaitu akauntabiliti terhadap murid, ibu bapa, rakan
sejawat, masyarakat dan negara sertaprofesion perguruan, serta pembudayaan
nilai integriti keguruan dalam kalangan guru. Walaupun begitu, isu-isu yang
melibatkan etika keguruan yang sangat banyak berlaku pada hari ini telah
menjejaskan akautabiliti guru. Secara amnya, isu yang membabitkan etika
keguruan telah melunturkan akauntabiliti yang ada dalam diri guru yang tidak
terlibat dengan sebarang kes salah laku tersebut atas persepsi umum yang
dibuat oleh masyarakat.Apabila persepsi negatif ditujukan kepada akauntabiliti
keguruan, maka segala tindakan yang dilakukan oleh guru akan mendapat
respon yang pelbagai khususnya daripada ibu bapa dan masyarakat amnya.
Sebagai contoh, apabila seorang guru yang sangat mematuhi kod etika profesion
perguruan dan melaksanakan akautabilitnya sebagai guru memberikan teguran
dan nasihat dengan tegas kepada muridnya supaya menyiapkan latihan secara
lisan. Apabila hal itu sampai kepada pengetahuan penjaga murid berkenaan,
maka guru tersebut telah didakwa atas kesalahan melakukan kekasaran terhadap
anaknya, atas persepsinya yang tidak begitu baik terhadap akautabiliti keguruan
yang ada pada guru secara amnya. Di samping itu, lunturnya integriti yang ada
pada seorang guru kesan daripada isu seperti hadir lewat ke sekolah. Ianya
bukan sahaja akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan dan rasa hormat
terhadap rakan sejawat dan murid-murid, bahkan secara tidak langsung akan
melambatkan aspek pengurusan dan pengelolaan. Pelan Integriti Nasional telah
menggariskan 5 objektif khusus, salah satu darinya ialah menggalakkan
semangat bertanggungjawab di
12. 12 | E D U 3 0 8 3 kalangan anggota masyarakat serta mendorong
perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak
cergas menegakkan integriti. Selain itu, kualiti pembelajaran murid juga akan
turut terkesan akibat daripada etika guru yang telah menjejaskan akauntabiliti
keguruan itu sendiri. Sebagai contoh, murid yang menjadi mangsakepada guru
yang tidak mengamalkan kod etika keguruan serta menjalankan akauntabilitinya
sebagai guru akan merasa mereka seolah-olah guru berkenaan garang dan susah
untuk didekati. Maka, sekiranya murid berkenaan mengalami masalah, murid
tersebut tidak berani untuk berjumpa dengan guru itu kerana takut kepada guru
tersebut. Harus diingat bahawa, hal seperti ini adalah penyumbang utama
kepada jatuhnya akauntibiliti profesion perguruan dalam kaca mata masyarakat
pada hari ini, lebih-lebih lagi dengan tersiarnya berita-berita negatif berkenaan
isu keguruan di segenap sumbermedia massa.
13. 13 | E D U 3 0 8 3 Gambar 2 : Kes salah laku guru berada di tempat
tertinggi dalam Google Search Engine. Marshall Mc Luhan (1983) yang menulis
buku Media is the Message menjelaskan bahawa media lebih berkesan dalam
menentukan isi kandungan maklumat, kerana media itu sendiri yang berperanan
dalam menyampaikan maklumat. Sejauh mana maklumat itu dapat disebarkan,
sejauh itulah luasnya masyarakat akan menerimanya dan bagaimana impaknya
pada masyarakat itu, ditentukan oleh media itu sendiri. Maka dalam konteks ini,
masyarakat yang menerima maklumat secara cepat dan meluas secara tidak
langsung akan dipengaruhi oleh kandungan media itu sendiri. Melihat kepada
jumlah kes jenayah dan salah laku berkenaan isu etika keguruan yang disiarkan
di media massa, sedikit sebanyak ianya mampu mengubah
14. 14 | E D U 3 0 8 3 persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan,
daripada persepsi yang baik, kepada yang sebaliknya. Media massa lebih banyak
dan kerap memaparkan kes-kes negatif yang melibatkan etika keguruan
berbanding menyiarkan perkara-perkara yang positif. Hal ini perlu dipandang
serius oleh pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak media, pihak kementerian
dan organisasi di sekolah itu sendiri untuk cuba menggiatkan usaha untuk
mengangkat dan meningkatkan semula martabat profesion perguruan yang kian
terjejas dari hari ke hari. Integriti dan akauntabiliti guru merupakan kualiti unggul
dan kebertanggungjawaban yang perlu dipikul oleh guru untuk meningkatkan
martabat professional perguruan di mata masyarakat sekeliling. Jika dilihat pada
Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dikeluarkan pada tahun 2004 oleh Institut
Integriti Malaysia, Integriti turut merujuk kepada etika dan nilai-nilai etika. Oleh
itu, adalah menjadi akauntabiliti seseorang penjawat awam untuk meletakkan
kualiti diri yang unggul sepanjang masa bagi menjaga nama baik profesion
perguruan. Perlakuan yang tidak beretika sebenarnya berpunca daripada diri
sendiri dan untuk mengatasi masalah tersebut, seseorang guru hendaklah berani
untuk berubah dan meletakkan kepentingan perkhidmatan awam dan profesion
perguruan melebihi kepentingan peribadi. Kerajaan telah menekankan amalan
etika yang baik dan integriti dalam Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran (1983), Pendekatan Islam Hadhari
(2002), Rancangan Malaysia Kesembilan RMK9 (2006-2010), Kempen Nilai-nilai
Murni dan Budi Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008), Penubuhan
Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam,
Wawasan2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi. Ternyata Kerajaan amat komited untuk
meningkatkan integriti dan akauntabiliti guru namun persoalan yang akan timbul
ialah sejauh mana diri guru itu sendiri mahu berubah dan memikul integriti serta
akauntabiliti dalam perkhidmatan awam. Senario ketidakpatuhan terhadap Surat
Pekeliling merupakan contoh mudah tindakan guru yang boleh mengakibatkan
integriti dan akauntabiliti profesion perguruan dipertikaikan oleh masyarakat
setempat. Guru dilarang merokok di sekolah kerana sekolah merupakan kawasan
larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru yang tidak
mengendahkan larangan ini. Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini tidak
memiliki integriti seperti yang dituntut dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh
itu, guru seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang boleh mendatangkan nama yang tidak baik terhadap profesion
perguruan. Perkara ini turut terkandung dalam Kod Etika Profesion Keguruan
perkara (J) iaitu
15. 15 | E D U 3 0 8 3 guru tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang
boleh menjatuhkan darjat profesion perguruan. Kesimpulannya, ketidakpatuhan
guru terhadap arahan yang dikeluarkan melalui Surat Pekeliling akan
menjejaskan akauntabiliti dan integriti guru dalam tempoh masa yang panjang
dan kepercayaan masyarakat akan turut berkurangan terhadap guru. oleh itu,
komuniti guru harus sentiasa berusaha untuk menjaga prestasi dan nama baik
profesion perguruan serta dalam masa yang sama, sentiasa berusaha untuk
meningkatkan integriti, akauntabiliti, produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang
diberikan untuk memacu pembangunan dunia pendidikan Negara. 4.0
CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU 4.1 Memperkasakan konsultansi
antara pihak sekolah & ibu bapa. Apabila rasa tidak puas hati para ibu bapa
terhadap tindakan guru, memfailkan saman adalah tindakan yang selalu diambil
untuk menyelesaikan masalah. Senario ini telah acap kali berlaku pada hari ini,
sehingga ianya dibawa ke sidang parlimen. Bekas Timbalan Menteri Pelajaran,
Datuk Hon Choon Kim telah menyatakan bahawa guru mempunyai
tanggungjawab yang amat berat dalam mendidik. Sekiranya mereka melakukan
sesuatu yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati ibu bapa, perkara itu
tidak perlu dibawa ke mahkamah, sebaliknya dibawa berbincang secara baik.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah salah satu medium terbaik untuk
menghubungkan antara ibu bapa dan juga guru. Perancangan untuk mewujudkan
kesefahaman dan kerjasama antara dua pihak ini perlu diperkemaskan untuk
memastikan tidak berlaku salah faham serta terjalinnya hubungan yang baik
antara pihak sekolah, khususnya guru-guru dan ibu bapa. 4.2 Melibatkan guru-
guru dengan kursus-kursus yang berkaitan. Kursus atau seminar adalah antara
mekanisme terbaik untuk mendapatkan ilmu serta meningkatkan kemahiran-
kemahiran yang pelbagai. Ianya bukan sahaja boleh dilakukan di sekolah, malah
penganjuran kursus ini turut dilakukan oleh pihak kementerian di setiap peringkat
untuk disertai oleh guru-guru.
16. 16 | E D U 3 0 8 3 Sebagai contoh, inisiatif yang baik telah diambil oleh
kerajaan negeri Selangor dengan penganjuran Bengkel Sumbang Saran hala Tuju
Pendidikan. 4.3 Menggiatkan program yang berfokuskan kepada guru. Guru
adalah merupakan model terbaik untuk dicontohi oleh murid. Noriati A. Rashid
(2010) berpendapat bahawa, guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri penampilan
yang sesuai dimodelkan supaya tidak bertentangan dengan etika guru.Justeru
itu, mempergiatkan program yang mampu membentuk peribadi dan sahsiah
yang baik perlu dilaksanakan di setiap peringkat. Antara contoh program yang
boleh dilakukan ialah seperti Program Guru Penyayang, Anugerah
17. 17 | E D U 3 0 8 3 Guru Contoh Mingguan, Program Anak Angkat dari
kalangan murid, lawatan atau riadah bersama rakan sejawat. Program-program
seperti ini dapat memupuk para guru untuk memiliki nilai murni dalam kalangan
guru, sekaligus mengurangkan sikap yang kurang baik. Myint (2005) menyatakan
bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negative apabila berada dalam
kalangan murid. 4.4 Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru.
Budaya cakna ini lebih sesuai sekiranya ia dapat dilaksanakan bertujuan untuk
memberi ruang dan peluang kepada guru-guru untuk sentiasa memberi perhatian
serta mengikuti segala garis panduan dan arahan yang telah diberikan untuk
melaksanakan sesuatu tindakan. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah
disiplin dalam kalangan murid, guru yang berkenaan perlu melakukannya
berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian
dengan merujuk terlebih dahulu kepada tatacara yang telah ditetapkan dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 20133,Pelaksanaan Standard Operating
Procedure (SOP) 1:3:7, Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin
Murid.Selain itu, budaya cakna ini boleh dilakukan secara berperingkat dan
diadakan samada secara berkala atau harian. Sebagai contoh, setiap kali
perjumpaan atau mesyuarat, aka nada slot perkongsian untuk menjelaskan
tentang kandungan pekeliling atau garis panduan yang tertentu. 5.0 REFLEKSI
KENDIRI Sepanjang melaksanakan tugasan ini cabaran yang saya perolehi dari
sudut mengumpul maklumat mengenai tugasan yang diberikan serta kekangan
masa dan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Saya juga berasa tidak
berpuas hati dengan hasil tugasan ini kerana kurangnya bahan rujukan dari
artikel-artikel jurnal dan sumber ilmiah lain yang boleh menyokong pendapat
yang diutarakan. Maklumat yang diperolehi hanya sedikit membantu saya untuk
18. 18 | E D U 3 0 8 3 menjadikannya sebagai bahan rujukan.Namun demikian
saya tidak berputus asa, saya cuba siapkan tugasan ini sebaik mungkin. Banyak
ilmu yang saya perolehi ketika saya menyiapkan tugasan ini yang boleh saya
gunakan sebagai panduan kepada saya sebagai seorang guru. Antara maklumat
yang saya faham ialah,memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di
Negara kita akan membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan
sistem pendidikan di Negara kita, langkah-langkah yang sesuai serta berkesan
haruslah diambil supaya isu ini dapat diturunkan kadarnya, diperbaiki
keadaannya dan pada akhirnya dibasmi permasalahannya. Terdapat beberapa
pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi isu salah laku di kalangan guru di
Negara kita. Antaranya ialah pihak pentadbir sekolah, pihak rakan sejawat guru
dan juga pihak individu yang tertuduh tersebut. Pertama sekali, pihak pentadbir
sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan
susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dalam pemantauan
terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di kalangan guru dapat
dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem pantau yang
dapat menghalang guru- guru untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang
dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya
betul didapati guru berkenaan masih tidak terlepas dari terbabit kes salah laku,
pihak pentadbir sepatutnya membuat persediaan untuk memberi perkhidmatan
nasihat dan kauseling kepada guru tersebut supaya dia sedar bahawa dirinya
sedang menjurus ke arah yang terpesong daripada profesionnya. Walau-
bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan tindakan
tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak berterusan.
Ketegasan pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku sememangnya
membantu pihak berkuasa membasmi isu salah laku di kalangan guru. Pihak
pentadbir juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru
permulaan yang baharu saja dilantik agar memahamidan menghayati kod Etika
Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkel
menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar
guru-guru sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri. Selain itu, rakan sejawat
guru juga memainkan peranan kritikal dalam mengatasi masalah salah laku di
kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pendidik, individu
tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan kepada ahli-ahli lain
dalam komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai seorang guru,
tingkah laku beliau bukan sahaja sentiasa menjadi role model kepada murid-
muridnya di dalam kelas, malah rakan-rakan sejawatnya yang sentiasa
berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai seorang guru untuk
sentiasa menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu tersebut
juga
19. 19 | E D U 3 0 8 3 bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat
sewajarnya kepada guru yang didapati terbabit dengan kesalahan. Kita dididik
agar tidak menjaga tepi kain orang dan ini menyebabkan kita jarang
mengambil peduli tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan kita. Namun,
sebagai rakan sejawat, sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut
haruslah berusaha mengamalkan pendekatan kepedulian. Dari segi moral,
pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban
demi orang lain. Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan sebagai perasaan
ambil berat terhadap orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah
memikul tanggungjawab sebagai seorang rakan sejawat untuk mempedulikan
masalah salah laku yang dihadapi orang guru sejawat di sekolah. Pada masa
yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi peringatan dan
nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku. Menurut Syed
Ismail, etc. (2010:56), kita perlua sama-samamenjaga nama baik profesion
perguruan supaya pelanggan dan stakeholder kita berasa berpuas hati dan
kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi. Beliau juga menyatakan bahawa
Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita hendaklah
sentiasa berusaha membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu
dalam terlibat dalam profesion peguruan ini. (Syed Ismail, etc., 2010:57) Oleh
yang demikian, jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru sebenarnya tidak terhad
kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai
tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga nama baik rakan sejawat kita
yang berkecenderung untuk melakukan tindakan terpesong agar kewibawaan
profesion perguruan ini tidak tercalar. Di samping itu, setiap orang guru di Negara
kita sebenarnya mempunyai peranan masing- masing dalam memastikan kes
salah laku berhenti dari terus berlaku dalam kalangan pendidik. Sebagai seorang
guru yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya sentiasa bermuhasabah dan
membuat reflektif diri mengenai apa yang dilakukan olehnya. Dengan cara ini,
kekuatan dan kelemahan diri akan dapat dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar
yang cepat. Ia juga menimbulkan kesedaran untuk menjadikan diri individu itu
berkembang ke arah lebih baik. Umpamanya jikalau guru berkaitan mendapati
dirinya mempunyai masalah tekanan emosi yang menyebabkannya terjurus
untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau bolehlah dapatkan nasihat
dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum kes salah laku berlaku. Sikap
kepekaan dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk menerimanasihat amat
membantudalam konteks ini. Sudah tentu masalah salah laku di kalangan guru
dapat diselesaikan sebelum keadaan berkenaan berubah menjadi jenayah serius
sehinggakan didakwa. Seterusnya, guru juga haruslah bijak memilih kawan yang
mampu menjadi teladan dan contoh kepada profesion perguruan beliau. Seperti
peribahasa dalam Bahasa Inggeris yang
20. 20 | E D U 3 0 8 3 menyatakan bahawa A man is known by the company
he keeps. Ini bermakna seorang individu akan menerima pengaruh daripada
teman-teman yang berdampingan dengannya. Sekiranya seorang guru sentiasa
berkawan dan berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan mempunyai
sikap negatif, maka lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus untuk
melakukan tingkah laku negatif akibat pengaruh rakan tersebut. Sebaliknya,
sekiranya guru berkenaan berdampingan dengan rakan sejawat yang mampu
menjadi teladan dan contoh malah model tiruan dalam profesion perguruan,
maka guru tersebut akan terarah untuk mengikuti arus supaya menjadi seorang
guru yang ideal. 6.0 PENUTUP Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah
dikemukakan, Etika Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat
untuk membentuk tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu
pada satu-satu masa. Etika juga bertujuan mengawal tingkah laku para
profesional agar lebih beretika dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya
membimbingpara profesional ke menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga
keadaannya dalam
21. 21 | E D U 3 0 8 3 kerjaya guru. Dengan adanya Etika Profesion Perguruan,
para guru di Malaysia akan dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan
untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti
terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, masyarat dan Negara serta
rakan sejawat. Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi
memahami bahawa pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk
membebankan individu yang terlibat dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti
yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah untuk membantu dalam guru
yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan
dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau.
Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka
diharapkan guru-guru di Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka
mematuhi peratuan kod etika seperti yang tertera bagi menjaga imej profesion
guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan sistem pendidikan di
Negara kita.Menurut Baharin Abu, etc. telah mengunkapkan bahawa Guru
adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada
masa hadapan. Semamangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem
pendidikan Negara. Selain meyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi
contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang
mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai
berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat
kepimpinan (Mook Soon Sang, 1988). Sesungguhnya, guru-guru harus
merenungkan kenyataan yang diungkapkan oleh Imam Ghazali (1980) dalam
buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi rosaklah pemimpin kerana guru yang
jahat. BIBLIOGRAFI Awang Had Salleh (1980). Keguruan dan Perguruan di
Malaysia: Keperihalan Kini dan Arah yang dituju. Johor Bahru, KONPEN V
Publications. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, (2007) Panduan Ulangkaji
Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Haliza Hamzah (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
22. 22 | E D U 3 0 8 3 Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990), Pethinking The
Professional of Teaching in Teacher Education Journal Vol XII, No.1. Howard, G. R.
(2007), Dispositions for Good Teaching,Journal of Educational Controversy, Ogos
2007. Mok Soon Sang (2007), Pengantar Teras Pendidikan, Kuala Lumpur,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Myint, S.K (2005), Classroom Management :
Facilating and Learning, Singapura : Pretince Hall. Noriati A. Rashid (2010) Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn
Bhd. Stewart, P. & Davis, S. (2005), Developing Dispositions of Preservice
Teachers Through Membership in Professional Organizations, Journal of Authentic
Learning, Vol.2 (1),September 2005. Syed Ismail & Ahmad Subki (2013) Asas
Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2013,Pelaksanaan Standard
Operating Procedure (SOP) 1:3:7, Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin
Murid.

Anda mungkin juga menyukai