Anda di halaman 1dari 26

ISI KANDUNGAN

Mukasura
Tajuk
t

Pendahuluan 2

Pengenalan 3

Amalan kebudayaan kaum Kadazandusun


Kepercayaan & adat resam
Bahasa
Makanan tradisional
Pakaian tradisional 6
Tarian tradisional
Perayaan

Implikasi budaya terhadap keperibadian diri dan pencapaian akademik 18

Cadangan pembentukan pengajaran dan pembelajaran mesra budaya 20

Refleksi 23

Rujukan 25

1
PENDAHULUAN

Tugasan projek bagi kursus EDU3106 pad kali ini adalah berkisar tentang
kajian mengenai kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia. Antara perkara yang
difokuskan didalam tugasan ini adalah amalan kebudayaan yang diamalkan oleh
kaum yang dipilih bermula daripada mereka lahir sehinggalah ke akhir kehidupan
mereka.

Selain itu, tugasan ini juga menghendaki untuk membuat penulisan mengenai
kesan atau implikasi budaya terhadap keperibadiaan diri serta tahap pencapaian
akademik kaum yang dipilih. Tugasan yang seterusnya pula adalah untuk
menghasilkan satu buku skrap yang menunjukkan secara keseluruhan mengenai
kaum yang dipilih.

Untuk itu, saya telah memilih kaum Kadazandusun sebagai bahan kajian saya
kerana kaum ini merupakan kaum yang terbesar di Sabah. Tambahan pula, didalam
kaum ini, terdapat banyak jenis amalan dan adat resam yang diamalkan oleh mereka
sehingga menjadikan kaum ini pada pandangan saya begitu unik dan menarik untuk
dibuat kajian.

2
PENGENALAN

Kemunculan masyarakat kadazandusun ini boleh dikaitkan dengan cerita orang


dahulu iaitu kisah lagenda Nunuk Ragang. Masyarakat Kadazandusun mempercayai
bahawa Nunuk Ragang adalah merupakan suatu lembaga merah yang tinggal
dikawasan sungai Liwogu. Masyarakat Kadazandusun menganggap bahawa asal
tempat tinggal mereka adalah daripada kawasan Nunuk Ragang ini.

Manakala, melalui kajian-kajian ilmiah pula, menurut Ivor H.N Evans (1923) dan
T.R Williams (1965), kaum kadazandusun berasal daripada keturunan mongoloid.
Menurut pendapat yang lain pula, masyarakat kadazandusun ini dikatakan
berketurunan indo-Malayan, kacukan kaum Cina dan orang purba madai.

Pada masa kini, masyarakat Kadazandusun ini merupakan satu masyarakat


pribumi Sabah yang tinggal disekitar kawasan pantai barat Sabah. Kaum ini
terbentuk hasil daripada gabungan kaum yang berlainan iaitu kaum Kadazan dan
kaum dusun. Ini berikutan daripada persamaan ketara yang wujud antara kaum
kadazan dan dusun seperti bahasa, sistem sosial, adat kepercayaan dan lain-lain.
Oleh itu, masyarakat kadazandusun ini telah membentuk satu kaum etnik peribumi
terbesar di Sabah. Kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai suku kaum,
berdasarkan laporan daripada Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah
(KDCA), Suku kaum yang terdapat didalam Kadazandusun tidak kurang daripada 30
etnik iaitu

1. Bisaya 19. Rumanau


2. Kuijau 20. Tindal
3. Murut 21. Garo
4. Sungai 22. Lundayo
5. Bonggi 23. Rungus
6. Lingkabau 24. Tobilung
7. Nadai 25. Idaan
8. Tatana 26. Makiang
9. Bundu 27. Sinobu
10. Liwan 28. Tolinting
11. Paitan 29. Kadayan
12. Tanggara 30. Malapi
13. Dumpas 31. Sinorupu
14. Lobu 32. Tombonuo
15. Pingas 33. Kimaragang
16. Tidong 34. Mangkaak
17. Gana 35. Sonsogon
18. Lotud 36. Tuhawon

3
37. Kolobuan minokok 39. Tutung
38. Sukang

40. Daripada senarai suku kaum yang telah dinyatakan diatas,


terdapat banyak lagi suku kaum yang dinyatakan. Ini kerana suku kaum
tersebut terlalu kecil bilangannya sehingga agak sukar untuk mengenalpasti
jenis suku kaum mereka itu. Menurut statistik banci penduduk dan perumahan
Malaysia 2010, jumlah penduduk di negeri Sabah adalah 3.2 juta, dimana 568
ribu adalah etnik Kadazandusun yang menjadikan mereka sebagai kaum
terbesar di Sabah. Jadual 1 dibawah menunjukkan bilangan dan peratusan
masyarakat Sabah mengikut kaum.
41.

42. KAUM 43. BILANGAN 44. PERATUSAN

45. Kadazandusun 46. 568,575 47. 17.7%

48. Bajau 49. 450,279 50. 14%

51. Cina 52. 295,674 53. 9.2%

54. Melayu 55. 184,197 56. 5.8%

57. Murut 58. 102,393 59. 3.2%

60. Bumiputera lain 61. 659,865 62. 20.6%

63. Lain-lain 64. 55,980 65. 1.7%

66. Warga asing 67. 889,779 68. 27.8%

69. JUMLAH: 70. 3,206,742 71.


72. (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)
73. Jadual 1
74.
75.
76.
77.
78. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, masyarakat
Kadazandusun merupakan kaum terbesar di Sabah dan mempunyai pelbagai
suku kaum didalamnya. Justeru, masyarakat ini mempunyai pelbagai warisan
budaya, adat istiadat, amalan turun-temurun, kepercayaan dan lain-lain. Oleh
itu, masyarakat Kadazandusun ini boleh dikatakan sebagai lambang dan
identiti masyarakat Sabah secara umumnya. Ini kerana, apabila kita

4
membicarakan mengenai masyarakat di Sabah, maka kita sering kali akan
mendengar tentang perayaan pesta kaamatan. Selain itu, masyarakat ini juga
jelas menunjukkan keunikan dan keaslian mereka melalui adat resam dan
kepercayaan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian dimana
dalam setiap amalan yang diamalkan oleh masyarakat ini mempunyai unsur
ritual dan animisme. Selain itu, keunikan masyarakat Kadazandusun ini juga
dapat dilihat dari segi asal-usul dan perkembangan suku kaum mereka iaitu
mengenai lagenda Nunuk Ragang, loghat bahasa yang pelbagai dan berbeza
mengikut suku kaum tertentu, pakaian tradisi yang berlainan mengikut kaum,
kawasan, dan sosiobudaya dimana perbezaan itu dapat dilihat dari segi corak
pakaian mereka itu. Manakala, dari segi muzik dan alatan muzik masyarakat
ini juga dapat dilihat keunikan mereka seperti gong, sompotan, kulintangan,
togunggu, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali dan sebagainya.
Seterusnya, keunikan masyarakat ini boleh juga dilihat dari aspek corak
kehidupan setiap sukukaum Kadazandusun dimana corak kehidupan setiap
sukukaum dipengaruhi oleh kawasan setempat dan adat resam penduduk
setempat. Tuntasnya, masyarakat kaum Kadazandusun ini kaya dengan
pelbagai budaya, adat resam, dan kepercayaan yang boleh diwarisi oleh
masyarakat pada masa kini supaya kebudayaan yang wujud didalam
masyarakat Kadazandusun ini dapat dipelihara dan kekal sepanjang hayat.
79.
80.
81.
82.
83.
84.
85.
86.
87.
88.
89. AMALAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT KADAZANDUSUN
90.
91. Amalan kebudayaan masyarakat Kadazandusun yang akan
dibincangkan adalah seperti rajah 1 dibawah.

5
92.
93. Rajah 1
94.
95.
96. KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM KAUM KADAZANDUSUN
97. Antara kepercayaan dan adat resam kaum kadazandusun yang
akan dibincangkan adalah seperti rajah 3 dibawah.

Makanan Muzik
tradision tradisiona
al l

Bahasa
Pakaian
tradision
al

Kepercaya
an & adat
resam Perayaan

Amalan
6
kebudayaa
n kaum
un

98.

99. Rajah 3
100.
101. ADAT KELAHIRAN
102. Dalam adat kelahiran ini, terdapat 3 fasa yang akan
dibincangkan iaitu sewaktu mengandung, semasa bersalin, dan selepas
bersalin. Bagi fasa pertama iaitu sewaktu mengandung, bidan merupakan
orang yang bertanggungjawab bagi menjalankan proses kelahiran. Bidan
kebiasaanya adalah kaum wanita yang sudah tua dimana mereka mengetahui
dan pakar dalam bidang perubatan masyarakat Kadazandusun. Tugas bidan
sewaktu ibu mengandung adalah memastikan kandungan dalam keadaan
sihat dengan memberi beberapa pantang larang kepada ibu mengandung.
Setelah bayi itu selamat dilahirkan, tugas bidan yang seterusnya adalah
memastikan bayi dalam keadaan sihat terutamanya bagi bayi sulung. Si ibu
akan dikenakan pantang dimana tempoh pantang itu berbeza mengikut darjat
atau kedudukan seseorang itu. Sebagai contoh, bagi orang kebanyakan
tempoh pantang adalah selama 7 hari, manakala bagi orang yang
Adat
berkedudukan pula adalah kelahiran
selama 21 hari dan orang yang lebih lagi
berkedudukan tinggi adalah selama 44 hari. Selain itu, si ibu mengandung
Adatrapi oleh bidan agar tidak digangguAdat
juga akan dijaga oleh makhluk halus
Makanan jampi mantera. Antara pantang
dengan menggunakan perkahwinan
yang mesti dipatuhi
oleh si ibu adalah seperti berikut.

1. Tidak boleh makan ikan yang bertulang keras


2. Ikan yang berduri
3. Nasi sejuk
4. Nasi bercampur air (bubur)
5. Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah
Adat
Melapau
103. Selain itu, bagi ahli keluarga yang lain pula, kematian
mereka diminta
Kepercayaan & adat
Kepercayaan
untuk memastikan pintu rumah & adatdaun wongkong sebagai tanda
diikat dengan
resam kaum
rumah tersebut telah menerima ahli baru. Bidan juga akan menyiapkan
Kadazandusun
bahan-bahan perubatan untuk si ibu yang mana kebanyakannya diperbuat
daripada akar kayu, herba dan sebagainya. Antara bahan perubatan yang
sering digunakan adalah cekur, kacip fatimah, halia dan sebagainya.
Seterusnya, masyarat Kadazandusun mempunyai satu kepercayaan yang
Kepingaian
Menginakan 7
Miadpinai
Manakau ketian

unik dalam memberi nama kepada bayi mereka dimana bayi itu akan
diberikan nama sebanyak dua kali iaitu nama sementara dan nama sebenar.
Nama sementara berfungsi untuk memastikan roh jahat iaitu Rogon Gaiyah
tidak memberikan nama terlebih dahulu kepada bayi tersebut dan seterusnya
akan menuntut bayi itu.

104. Nama sebenar akan diberikan setelah bayi itu berumur lapan
hari di beranda rumah dimana ahli keluarga, jiran tetangga, dan orang
kenamaan dijemput ke rumah untuk berbincang dan menentukan nama anak
tersebut. Setelah bayi itu berumur sebulan, upacara turun tanah atau
mintuhun akan dilaksanakan dimana anak itu akan dibawa sendiri oleh
ibunya.

105. ADAT PERKAHWINAN

106. Bagi masyarakat Kadazandusun, ibu bapa yang akan


bertanggunjawab untuk mencari pasangan kepada anak lelaki mereka. Dalam
adat masyarakat Kadazandusun, mereka mempunyai adat merisik, bertunang,
mendiri dan masuk rumah baru. Dalam adat merisik, perkara utama adalah
pemberian cincin dari pihak lelaki sebagai tanda peminangan. Waktu
peminangan hanya boleh dilakukan pada waktu pagi sahaja dan mestilah
menggunakan wakil yang bukan dari kalangan keluarga terdekat untuk pergi
meminang. Seterusnya, dalam adat bertunang, ibu bapa bagi pihak
perempuan akan menentukan sama ada menerima pinangan daripada pihak
lelaki melalui mimpi. Jika mimpi baik, majlis pertunangan akan dijalankan, jika
tidak, ia boleh menjadi sama ada pinangan terpaksa ditolak atau pihak lelaki
mestilah membuat bayaran yang dinamakan sebagai sugit kepanasan mimpi.
Setelah itu, upacara majlis perkahwinan dijalankan mestilah dibuat dengan
upacara adat, pemujaan agama, pesta sukaria dan makan minum. Majlis
mesti dibuat selama dua hari paling kurang sehingga boleh dibuat selama 14
hari. Pasangan pengantin hanya boleh bersatu pada hari kedua atau pada
hari seterusnya bergantung kepada tempoh majlis perkahwinan itu dijalankan.
Hantaran perkahwinan kebiasaanya adalah seperti makanan, alat adat istiadat
atau tinokol dan tasor iaitu barang untuk memperteguhkan semangat.
Upacara utama semasa majlis perkahwinan adalah miohon pinisi iaitu
upacara menukar gumpalan nasi dan setelah upacara ini dilaksanakan,
8
tetamu akan mula menjamu selera, gong dibunyikan, dan diikuti dengan
pertunjukkan tarian sumazau. Akhir sekali adalah adat mendiri dan masuk
rumah baru. Upacara tumedek atau menanda akan dilaksanakan pada hari-
hari penting mengikut masyarakat kadazandusun seperti,

1. Tadau rampagas 5. Selimpunan tulan daat


2. Tanob 6. Kepuposan tulan daat
3. Selimpunan do kesilau 7. Selimpunan tulan kelimo
4. Selimpunan tadau daat

8. MENGINAKAN

9. Menginakan merupakan hari keluarga bagi masyarakat


Kadazandusun. Seluruh ahli keluarga akan berkumpul dan satu upacara
menyembahyangkan arak gampian kinombol akan dijalankan. Upacara ini
akan diketuai oleh mengendi dan ia dijalankan pada waktu malam. Setelah itu,
bambu atau telutuk akan digunakan untuk memukul tontongan dimana
menurut kepercayaan mereka, memukul bambu bertujuan untuk memperbaiki
dunia. Menginakan ini kebiasaanya dijalankan selama 7 hari.

10. KETIAN

11. Seorang lelaki yang menyebabkan seorang wanita mengandung


tanpa hubungan perkahwinan yang sah adalah dipanggil sebagai ketian.
Lelaki tersebut akan dikenakan hukuman iaitu bayaran denda atau sogit
berupa khinzir atau kerbau.

12. MANAKAU

13. Manakau adalah sama erti dengan mencuri dimana apabila


berlakunya kecurian, bomoh akan menjalankan satu upacara mengintutun
bagi mengenalpasti si pencuri. Kebiasaanya, masyarakat kampung dan
keluarga yang dicuri itu akan mempercayai tuduhan yang dibuat oleh si
bomoh. Bagi kes kecurian yang kecil, pesalah hanya akan dicaci dan dicela
oleh masyarakat kampung pada tempoh tertentu. Manakala, bagi kes kecurian
yang besar seperti mencuri kerbau, pesalah akan dihalau keluar dari
kampungnya.

14. KEPINGAIAN MIADPINAI

9
15. Kepingaian miadpinai atau kahwin bersaudara adalah dilarang
dalam masyarakat Kadazandusun. Jika bakal pengantin masih lagi mahu
meneruskan perkahwinan, mereka boleh memutuskan talian persaudaraan itu
melalui hukuman denda iaitu pitas. Pitas terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam, 7
perang, 7 tajau, dan 7 mangkuk. Pihak pengantin lelaki mestilah membayar
kepada pihak pengantin perempuan dan begitulah sebaliknya. Pembayaran ini
dinamakan sebagai sebagai mesulak.

16.

17.

18.

19. MELAPAU

20. Melapau adalah curang bagi masyarakat Kadazandusun iaitu


sama ada lelaki atau perempuan yang berlaku curang akan dikenakan denda
iaitu bayaran kerbau atau babi kepada ahli keluarga yang dicuranginya.

21. ADAT MAKANAN

22. Bagi aspek makanan, terdapat banyak kepercayaan dan adat


yang diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun ini. Sebagai contoh, upacara
momohizan dan humabot. Upacara momohizan bertujuan untuk memuja
semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi
padi daripada sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara ini diadakan
pada bulan ogos atau september iaitu setelah padi selesai dituai.
Kebiasaannya, upacara ini dilaksanakan oleh golongan berada sahaja dimana
golongan yang kurang berada hanya sekadar meminta untuk didoakan
bersama atau dalam bahasa kadazandusunnya mikiompit.

23. Seterusnya, upacara humabot adalah merupakan adat yang


diamalkan oleh golongan nenek moyang suku kaum ini apabila hendak
mendirikan rumah baru. Bagi tujuan ini, tuan rumah akan meminta bobohizan
untuk menjampi tanah kawasan rumah itu didirikan. Seterusnya, upacara
momodu atau memandikan rumah akan dijalankan. Masyarakat
Kadazandusun mempercayai bahawa ia bertujuan untuk menghalau roh-roh
jahat pembawa malapetaka. Sebulan selepas itu, upacara momohontog sisit

10
akan dijalankan iaitu bertujuan untuk menghormati tiang rumah dimana ianya
merupakan acara keramaian seperti mamagang, sumazau dan makan besar.
Setelah itu, upacara magavau akan diadakan apabila genap setahun rumah
itu telah didiami dimana ia diadakan untuk memuja semangat rumah.
Seminggu selepas upacara magavau barulah upacara humabot diadakan.
Upacara ini bertujuan untuk menghormati rumah dimana tapai akan
dihidangkan bagi menjamu tetamu yang hadir. Dalam upacara ini, bobohizan
akan menjampi nasi untuk membuat tapai. Air perahan nasi tapai itu akan
diminum dan nasinya pula akan dilontarkan ke dalam bekas menyimpan padi.
Upacara ini berterusan sehinggalah nasi itu habis dilontarkan.

24.

25.

26. ADAT KEMATIAN

27. Apabila berlakunya kematian atau kepataiyen dalam sesebuah


keluarga, ahli keluarga si mati akan memukul gong tontong sanang dimana ia
bertujuan untuk memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga. Setelah itu,
ahli keluarga si mati juga akan turun dari rumah iaitu mencuba untuk menahan
roh si mati melalui barang yang diambil sekitar halaman rumah untuk
disapukan pada ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup
semula. Selain menggunakan gong, buluh yang dibunyikan atau
mengarasapong juga digunakan oleh kaum Kadazandusun untuk
memberitahu penduduk kampung tentang kematian ahli keluarganya. Satu
upacara ikidan atau angkiban akan dijalankan setelah masuknya hari ketiga
kematian. Upacara ini bertujuan untuk mengadakan pembahagian harta bagi
simati. Terdapat banyak adat yang dijalankan oleh kaum Kadazandusun
semasa berlakunya kematian, antaranya ialah:

1. Memberitahu
2. Berjaga-jaga
3. Moginupus
4. Pengebumian
5. Majlis makan

28. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, apabila berlakunya


kematian, semua penduduk kampung akan diberitahu dimana ia bertujuan

11
untuk memastikan supaya setiap penduduk dikawasan tersebut tidak
melakukan apa-apa pekerjaan sehinggalah habis proses pengebumian.
Mereka mempercayai bahawa apabila terdapat juga penduduk kampung yang
melakukan mana-mana pekerjaan, maka pekerjaannya itu dianggap sia-sia
dan tidak mendatangkan hasil. Manakala, adat berjaga-jaga pula adalah
bertujuan untuk menjaga mayat si mati daripada iblis atau jin yang digelar
sebagai pendaatan. Mengikut kepercayaan mereka, pendaatan akan
menyerang dan menerbangkan mayat itu dimana sebelum mayat itu
dikebumikan, mayat itu akan disimpan didalam rumah selama tiga, lima, atau
tujuh hari. Bagi adat moginupus pula, ia bermaksud simpati terhadap si mati
dimana ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat-handai, dan saudara-mara akan
menangis sekuat hati sebagai tanda bersimpati. Bagi keluarga yang berada,
lembu atau kerbau akan disembelih pada hari pengkebumian bagi membuat
penghormatan yang terakhir kepada si mati.

29. Bagi adat pengkebumian pula, mayat akan dibawa ke kubur


dengan menggunakan keranda atau tajau. Mayat akan dibalut dengan kain
dan diikatkan pada sebatang kayu. Sepanjang perjalanan ke kubur, paluan
gong, gendang, letupan mercun atau senapang akan dibunyikan dimana ia
bertujuan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh si mati.
Semasa sampai di perkuburan, mayat akan dijampi oleh seorang tua sebelum
mayat itu diletakkan kedalam liang kubur. Setelah itu, mayat itu akan
diletakkan sebatang kayu beringin diatasnya sebelum ia dikambus dengan
tanah. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada si mati masih mengingati ahli
keluarganya atau tidak. Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada
setiap petang selama tujuh hari secara berterusan. Masyarakat
Kadazandusun percaya bahawa roh si mati memerlukan makanan daripada
keluarganya yang masih hidup. Setelah selesai proses pengkebumian, majlis
makan akan diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu makan tiga dan
tujuh hari, makan empat puluh hari, makan seratus hari, dan makan tiga
tahun.

30.

31. BAHASA KAUM KADAZANDUSUN

12
32. Keluarga dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan
(Jacqueline Pugh-Kitingan, 1987). Antara bahasa dusun tersebut adalah:

1. Liwan 4. Tuhauwon
2. Tagas 5. Kuruyou
3. Dusun Tambunan

13
6. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, masyarakat Kadazandusun ini
merupakan suku kaum terbesar di negeri Sabah. Justeru, terdapat banyak dialek
dalam bahasa kadazandusun yang dituturkan oleh masyarakat Kadazandusun.
Walaupun terdapat perbezaan dalam setiap dialek tersebut, ia masih dianggap
dalam rumpun suku kaum Kadazandusun. Bagi memelihara bahasa
Kadazandusun, banyak badan organisasi dan persatuan telah dibentuk seperti:

1. Kadazandusun Language Foundation(KLF)


2. Koisaan Cultural Development Institute(KDI)
3. Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah(KDCA)
4. Perpustakaan Negeri Sabah(PNS)
7.

8. MAKANAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

9. Pesta kaamatan amat sinonim dengan masyarakat Kadazandusun


dimana ia dirayakan pada setiap 30 dan 31 Mei. Semasa perayaan ini, kita akan
dapat melihat terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang dihidangkan kepada
para tetamu. Antara makanan tradisional masyarakat Kadazandusun adalah seperti
berikut:

1. Hinava
2. Noonsom
3. Pinaasakan
4. Bosou
5. Tuhau
6. Sup Kinoring Bakas
7. Sup Manuk Lihing

10. Hinava adalah makanan yang popular dalam kalangan masyarakat


Kadazandusun. Hinava merupakan isi ikan yang dihiris halus dicampur dengan biji
buah bambangan yang diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan
garam. Noonsom pula boleh dikenali sebagai jeruk. Terdapat banyak jenis noonsom,
antara yang popular adalah Noonsom sada, noosom Bambangan dan Noonsom
Tuhau. Seterusnya, Pinaasakan adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada
ikan yang dicampurkan dengan biji kunyit dan halia, asam jawa atau buah asam,
garam, dan sedikit air. Ia akan direbus sehingga air hampir kering. Sup manuk Lihing
pula dikenali sebagai sup ayam lihing. Makanan ini diperbuat daripada ayam dan
dicampur dengan lihing iaitu sejenis minuman keras serta sedikit halia, garam dan
serbuk perasa. Menurut tradisi, makanan ini amat sesuai untuk wanita yang baru
lepas bersalin.

11. MUZIK TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

12. Terdapat empat jenis alatan muzik tradisional masyarakat Kadazandusun,


iaitu:

1. Kordofon tongkungon, gambus, sundatang/gagayan.


2. Erofon suling, turali/tuahi, bungkau, sompoton.
3. Idofon Togunggak, gong, kulintangan.
4. Membranofon Kompang, gendang/tontog.

13. Alatan muzik tradisional kaum Kadazandusun ini hampir kesemuanya


diperbuat daripada bahan-bahan asli seperti buluh, kulit kambing, kayu lembut, dan
giman iaitu sejenis gentian pokok palma. Sebagai contoh, tongkungon, turali,
seruling, sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Manakala, gambus,
kompang, dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Seterusnya, gong dan
kulintangan pula dibuat daripada kayu lembut. Daripada kesemua jenis alatan muzik
yang telah dinyatakan sebelum ini, gong merupakan alatan muzik yang terpenting
kerana gong digunakan pada kebanyakan perayaan, pesta dan majlis sosial kaum
Kadazandusun.

14.

15.

16. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

17. Seperi yang kita sedia maklum, masyarakat Kadazandusun ini


mempunyai pelbagai suku kaum, maka, setiap suku kaum ini mempunyai pakaian
tradisional mereka sendiri. Sebagai contoh, pakaian tradisional bagi etnik Dusun
Bundu di Ranau berbeza dengan pakaian tradisional bagi etnik Lotud di Tuaran.
Warna yang popular bagi pakaian tradisional mereka ini adalah berwarna hitam dan
ditambah dengan manik-manik yang berwarna-warni. Selain daripada pakaian,
antara barang kemas atau aksesori tambahan adalah seperti kalung dan tali
pinggang yang diperbuat daripada manik-manik antik. Antara contoh pakaian
tradisional mengikut suku kaum adalah seperti dalam jadual 2 dibawah.

18. SUKU 19. PAKAIAN 20. PERHIASA 21. BARANGA


TRADISION
KAUM N PAKAIAN N KEMAS
AL
Himpogot
tinggot
22. Kadazandu tangkong
Sinuangga Renda siling gelang
sun rantai leher
sinompukung keemasan
Panampang anting-anting
cincin
kerongsang
Kain bercorak
dan tenunan Rantai leher,
Banat Tondu sanggul,
23. Rungus di halus,
Sarong burambun dan
tali pinggang
Kudat kain hitam
siga atau orot, giring,
selendang iaitu sisingal.

pinakol
Kubamban Kerongsang
24. Kadazandu Siya renda
siga antik keemasan
sun Papar siung keemasan gelang
labuci tali pinggang
Himpogot
Haboi tinggot
Lorud loti tangkong
25. Lotud sukub kopio gelang
rambut
Tuaran tinobugi rantai leher
sandai disanggul anting-anting
sigar dan siwot cincin
kerongsang
Renda Kinokogis
26. Dusun Sunduk do sinipogot
Sinipak gelang perak
Tindal sunalatan
Gonob anting-anting
Tempasuk selindang
beg kecil
lolopot kiupu
Tirol tinggit
Sampayau sukayan
Manik bercorak sapulu
27. Murut Tagal Pinongkoh
berwarna-warni bungkas
sarung rantai leher
gelang tangan
28. Jadual 2
29. TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

30. Tarian adalah merupakan satu budaya yang amat penting dalam
sesuatu kaum. Tarian melambangkan identiti sesuatu kaum itu selain daripada
bahasa, pakaian dan makanan mereka. Melalui tarian, maka kita akan dapat
mengenali budaya sesuatu kaum itu. Bagi masyarakat Kadazandusun, tarian yang
popular adalah tarian Sumazau. Waima terdapat banyak lagi jenis tarian daripada
suku kaum yang lain, tarian Sumazau merupakan identiti bagi masyarakat
Kadazandusun dimana ia terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut
masyarakat Kadazandusun, tarian ini bertujuan untuk tanda kesyukuran mengenai
tanaman mereka terutamanya padi, mengelak bala, mengubati penyakit dan
sebagainya. Tarian ini biasanya diadakan pada pesta keramaian seperti pesta
kaamatan. Selain tarian Sumazau, terdapat banyak lagi tarian-tarian yang lain,
antaranya ialah:

1. Liliput
2. Menangkuk
3. Mogunatip
4. Mongigol Sumundai
5. Paina
6. Sumayau
7. Sumazau Papar
8. Sumazau Penampang
9. Titikas

31. Kesemua tarian yang terdapat didalam masyarakat Kadazandusun ini


mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam kepercayaan mereka terhadap
semangat padi. Perbezaan hanya wujud adalah disebabkan faktor kawasan dan
masyarakat setempat, sebagai contoh, tarian Sumazau mempunyai banyak versi
iaitu versi papar dan versi penampang. Biasanya, perbezaan yang ketara antara
tarian-tarian ini adalah daripada segi alatan dan pakaian yang digunakan serta
pergerakan tarian.

32.

33.

34.

35. PERAYAAN KAUM KADAZANDUSUN


36. Perayaan utama masyarakat Kadazandusun adalah perayaan pesta
kaamatan. Ia juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan atau hari menuai dalam bahasa
Kadazandusun dimana ia disambut pada setiap 30 dan 31 Mei. Perayaan ini
bertujuan bagi meraikan tuaian yang baik, menghormati semangat padi atau
bambazon, dan mengenang/menghargai pengorbanan yang telah dibuat oleh tuhan
mereka iaitu Kinoingan. Semasa perayaan ini dijalankan, mereka akan memakai
pakaian tradisional mereka, menari tarian sumazau dan tapai iaitu arak beras akan
dihidangkan kepada para tetamu sebagai hidangan khas.

37.

38. IMPLIKASI BUDAYA TERHADAP KEPERIBADIAN DAN PENCAPAIAN


AKADEMIK BAGI KAUM KADAZANDUSUN

39. Pengaruh budaya terhadap keperibadian seseorang manusia itu begitu


besar sekali. Perkara ini dapat dilihat dari segi Corak kehidupan, cara berfikir, dan
sikap seseorang manusia itu dimana banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan
amalan serta gaya kehidupan masyarakat setempat. Justeru, kaum yang
sememangnya mempunyai begitu banyak adat resam dan pantang larang seperti
masyarakat Kadazandusun, menjadikan mereka sebuah masyarakat yang unik dan
istimewa.

40. Seperti yang kita sedia maklum, kebudayaan masyarakat


Kadazandusun ini majoritinya dipengaruhi oleh kepercayaan mistik iaitu kepercayaan
yang berkaitan dengan makhluk halus, roh, semangat dan sebagainya. Perkara ini
dapat dilihat pada perayaan dan adat resam mereka seperti pesta kaamatan dimana
mereka meraikan pesta tersebut bagi menghargai semangat atau roh padi yang telah
menyelamatkan mereka daripada masalah kebuluran. Selain itu, dalam amalan adat
resam juga masyarakat Kadazandusun ini mempunyai unsur mistik iaitu apabila
lahirnya seorang bayi, hendaklah diberikan nama sementara dahulu sebelum
memberikan nama yang sebenar. Ini bertujuan agar iblis atau semangat jahat tidak
dapat memberikan nama terlebih dahulu dan mengambil bayi itu daripada si ibu.
Oleh itu, masyarakat Kadazandusun ini bermula daripada mereka lahir lagi sudah
bermula pantang larang itu bermula sehinggalah sepanjang kehidupan mereka.

41. Perkara ini sudah pasti mempengaruhi gaya dan corak kehidupan
masyarakat Kadazandusun. Ini kerana, adat resam dan kepercayaan yang begitu
kuat diamalkan telah membentuk corak kehidupan mereka secara keseluruhannya.
Seterusnya, kita beralih pula kepada pengaruh budaya terhadap prestasi akademik
dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Secara amnya, prestasi akademik
pelajar terutamanya yang menduduki UPSR menunjukkan satu perkembangan yang
begitu cemerlang dan memberangsangkan. Perkembangan ini sudah tentu banyak
disumbangkan oleh pelajar daripada masyarakat Kadazandusun, ini kerana, seperti
yang kita sedia maklum, masyarakat Kadazandusun merupakan kaum yang terbesar
di Sabah. Mengikut laporan daripada New Sabah Times yang bertarikh 15 November
2013, keputusan UPSR pelajar telah menunjukkan pencapaian terbaik yang pernah
dicapai dalam tempoh lima tahun.

42. Selain itu, dalam satu artikel daripada Berita Wilayah oleh Newmond
Tibin, satu pencapaian yang besar dalam bidang pendidikan bagi masyarakat
Kadazandusun iaitu tertubuhnya kolej komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM).
Antara tujuan utama kolej komuniti itu dibinakan adalah untuk memelihara dan
memperkukuhkan warisan budaya dan pendidikan masyarakat Kadazandusun dan
Murut. Terdapat banyak lagi pencapaian yang telah dikecapi oleh masyarakat
Kadazandusun ini dalam bidang pendidikan. Kesedaran mereka terhadap pentingnya
pendidikan dalam kehidupan adalah begitu tinggi sekali dimana mereka telah melihat
kemunduran yang berlaku dalam kalangan masyarakat mereka dari segi ekonomi,
pengurusan, kejuruteraan, dan keusahawanan. Jadi, faktor yang menyumbang
kepada kemunduran boleh dilihat dari aspek bahasa dan amalan kehidupan mereka
dimana kesan daripada bahasa dan amalan kehidupan yang berbeza, menyebabkan
mereka kurang mengambil perhatian dan tumpuan terhadap bidang pendidikan.
Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Kadazandusun mempunyai bahasa
mereka sendiri iaitu bahasa Kadazandusun. Justeru, masalah komunikasi akan
berlaku semasa proses pdp dijalankan dan ini mengakibatkan pelajar akan kurang
berminat untuk belajar. Seterusnya, dari aspek amalan kehidupan pula, masyarakat
Kadazandusun mempunyai banyak adat resam dan pantang larang yang mesti
dipatuhi sepanjang menjalani kehidupan mereka. Oleh itu, akan berlaku kekangan-
kekangan yang akan dihadapi seperti amalan sekolah yang bercanggah dengan
amalan kehidupan mereka.

43. Ini mengakibatkan dari segi penglibatan pelajar Kadazandusun dalam


aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah akan menjadi kurang dan
tidak aktif. Kesimpulannya, implikasi budaya dalam keperibadian diri dan pencapaian
akademik pelajar Kadazandusun adalah begitu signifikans dan ketara sekali.

44.

45. PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MESRA


BUDAYA

46. Terdapat lima cadangan bagi membentuk persekitaran pengajaran dan


pembelajaran yang mesra budaya, iaitu:

1 Membentuk kumpulan heterogenus


2 Kemudahan alatan dan ruang pembelajaran yang mesra pelajar
3 Mewujudkan satu budaya baru
4 Membuat perkaitan antara budaya dan isi pembelajaran
5 Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti permainan

47. Apabila seseorang guru itu menghadapi situasi dimana para pelajarnya
adalah berbilang kaum, maka, guru tersebut perlulah bijak dalam menguruskan
pelajarnya supaya tidak berlaku berat sebelah, pilih kasih dan sebagainya. Oleh itu,
salah satu daripada solusinya adalah dengan membentuk kumpulan pelbagai kaum
dan etnik. Melalui pembentukan kumpulan seperti ini, guru bukan sahaja dapat
mengelak daripada berlaku bias, malahan, murid juga akan dapat memperolehi
manfaatnya seperti bekerjasama dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih
rapat lagi. Sebagai contoh, murid berbangsa Cina dan India akan dapat
mempraktikkan bahasa Melayu mereka apabila berkomunikasi dengan pelajar
Melayu semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan begitulah sebaliknya.

48. Seterusnya, bagi memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran


mesra budaya adalah dengan menyediakan kemudahan alatan dan ruang
pembelajaran yang mesra pelajar. Kemudahan alatan yang mencukupi dan ruang
pembelajaran yang sesuai dan selesa akan menyumbangkan kepada kesan positif
terhadap motivasi pelajar. Bilik darjah yang bersih, ceria dan menarik akan
menjadikan pelajar sentiasa dalam keadaan yang bersemangat untuk menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

49. Dalam pada itu, ruang pembelajaran seperti ruang kerja murid, ruang
kerja berkumpulan, ruang bacaaan, dan sebagainya amatlah penting supaya murid
mempunyai suasana pembelajaran yang sempurna. Melalui ini, guru akan dapat
memupuk minat murid terhadap pelajaran mereka melalui aktiviti membaca, paparan
hasil kerja mereka, dan aktiviti berkumpulan.

50. Selain itu, bagi mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah
mesra budaya, seseorang guru itu mestilah mewujudkan satu budaya baru didalam
kelasnya. Ini bertujuan untuk memastikan semua murid didalam kelas itu tidak kira
bangsa, agama dan warna kulit mengamalkan budaya yang sama. Justeru, perkara
ini akan memudahkan guru untuk berlaku adil kepada setiap anak-anak muridnya.
Budaya yang hendak diwujudkan hanyalah dapat direalisasikan melalui menetapkan
peraturan-peraturan didalam kelas dan pada masa yang sama, guru hendaklah
memastikan setiap peraturan itu diikuti dan dilaksanakan oleh setiap anak-anak
muridnya. Sebagai contoh, guru boleh menetapkan peraturan seperti memberi salam
dan ketuk pintu sebelum masuk ke kelas, tidak boleh makan dan minum di dalam
kelas, kerusi mestilah dimasukkan kedalam meja sebelum meninggalkan kelas dan
sebagainya. Melalui peraturan ini, murid bukan sahaja dapat mengamalkan budaya
mulia, malahan, murid juga akan dapat menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran dengan selamat dan bahagia.

51. Selain guru membina budaya baru didalam kelas, guru juga boleh
mengaitkan isi pembelajaran yang hendak oleh guru tersebut dengan budaya yang
terdapat didalam kelasnya. Perkara ini sangat penting kerana apabila murid
mengetahui perkaitan yang wujud diantara budaya dan isi pembelajaran yang
sedang dipelajari oleh mereka, maka, mereka akan menjadi lebih menghargai akan
ilmu pengetahuan dan warisan budaya mereka. Sebagai contoh, apabila guru
hendak mengajar pelajarnya yang berbangsa Kadazan tentang pengawetan
makanan, maka, guru boleh kaitkan dengan makanan yang mereka hasilkan melalui
menjerukkan nasi dan ikan yang dinamakan sebagai basou. Oleh itu, impak daripada
perkaitan yang telah dibuat oleh guru akan menjadikan murid-murid tersebut merasa
tidak terasing dan bukan ahli. Akhir sekali adalah dengan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran melalui permainan. Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak
sekolah rendah begitu bersemangat sekali aktiviti permainan diadakan.

52. Maka, guru perlu bijak dalam merancang pengajarannya supaya semua
murid merasa seronok dan bermakna semasa proses pembelajaran berlaku.
Sebagai contoh, guru boleh mengaplikasikan permainan-permainan tradisional yang
ada seperti ketingting untuk mengajar pergerakan asas, permainan guli untuk
mengajar matematik dan sebagainya. Kesimpulannya, suasana mesra budaya
mestilah bermula daripada guru yang akan membentuk budaya yang positif terhadap
murid-muridnya.

53.

54.

55.

56.

57.

58.

59.

60.

61.

62.

63.

64.

65.

66.

67.

68.

69.

70.

71.

72. REFLEKSI

73. Tugasan projek untuk kursus EDU 3106 kali ini adalah begitu menarik
sekali iaitu membuat satu mini kajian mengenai kaum-kaum yang terdapat di
Malaysia. Terdapat banyak kaum di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai bahan
kajian saya dimana setiap kaum tersebut mempunyai keunikan dan keistimewaannya
yang tersendiri. Tambahan pula, disebabkan kepelbagaian kaum di Malaysia inilah
yang telah menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah pusat pelancongan
yang popular dalam kalangan pelancong luar negara.

74. Namun begitu, apabila saya hendak memulakan tugasan projek ini,
saya mula menyedari bahawa kaum dan etnik yang kita ada pada hari sebenarnya
semakin pupus ditelan oleh arus kemodenan dan teknologi maklumat. Disebabkan
dek keinginan untuk menjadi setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, Rusia, Jerman dan sebagainya, saya dapat menyedari kita semakin
melupai dan meninggalkan warisan berharga budaya kita. Tanpa kita sedari, warisan
budaya itulah yang membentuk identiti dan siapa diri kita. Malahan, melalui warisan
budaya ini jugalah kita telah dikenali oleh seluruh pelusuk dunia. Ini kerana, warisan
budaya hanyalah terdapat dinegara kita sahaja dan tidak ada dinegara lain. Oleh itu,
apabila saya mula membuat sedikit pembacaan mengenai kaum yang telah saya
pilih iaitu Kadazandusun, saya mula menyedari betapa jauhnya saya daripada
warisan budaya negara saya sendiri. Walaupun saya bukanlah kaum Kadazandusun,
tetapi saya melihat diri saya sebagai seorang bangsa Malaysia seharusnya
mempunyai sedikit pengetahuan asas mengenai kaum-kaum yang ada di Malaysia.

75. Seterusnya, apabila saya mula untuk membuat analisis mengenai


kesan budaya terhadap keperibadiaan diri dan pencapaian akademik. Saya dapat
melihat kesan yang begitu besar daripada budaya terhadap setiap individu kaum itu
terutamanya kepada anak-anak sekolah rendah. Kehidupan yang penuh dengan
adat resam dan kepercayaan telah membentuk jati diri serta kekuatan dalaman bagi
setiap anak-anak Kadazandusun.

76.

77.

78. Sebagai contoh, masyarakat Kadazandusun mempunyai peraturan


yang begitu ketat dan jelas seperti ketian, manakau, melapau, dan kepingaian
miadpinai. Kesemua ini menunjukkan bahawa masyarakat Kadazandusun sangat
menitikberatkan disiplin, akhlak serta peraturan kehidupan yang sistematik dalam
kehidupan mereka. Masyarakat Kadazandusun telah dididik untuk mematuhi
peraturan dan setiap peraturan itu mempunyai dendaannya tersendiri apabila
peraturan tersebut tidak dipatuhi. Seterusnya, walaupun perkembangan pencapaian
akademik masyarakat Kadazandusun agak lambat dimana kita dapat lihat tahap
sosioekonomi serta penguasaan masyarakat Kadazandusun dalam bidang
pengurusan, ekonomi, keusahawanan dan sebagainya adalah rendah, namun
begitu, mereka telah mula berkembang dan menyedari akan pentingnya pendidikan
dalam kehidupan. Perkara ini jelas melalui sedikit pembacaan saya mengenai
pencapaian yang telah dicapai oleh masyarakat Kadazandusun iaitu mereka
mempunyai kolej mereka sendiri iaitu kolej komuniti.

79. Perkara terakhir yang telah saya perolehi daripada melaksanakan


tugasan ini adalah bagaimana untuk membentuk suasana pengajaran dan
pembelajaran yang mesra budaya. Saya sebagai seorang bakal guru seharusnya
menguasai akan kemahiran dan pengetahuan dalam membentuk suasana kelas
yang mesra budaya. Perkara ini adalah begitu mustahak sekali agar anak-anak yang
belajar didalam kelas akan merasa selesa, seronok, dan disayangi. Adalah amat rugi
bagi kita jika kita telah membuat persediaan pengajaran yang begitu rapi tetapi
pelajar tidak dapat belajar dengan selesa dan selamat, maka sesungguhnya
pengajaran seseorang guru itu tidak berjaya. Oleh itu, sangat penting suasana mesra
budaya itu perlu diwujudkan didalam kelas agar anak-anak dapat menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran dengan penuh bermakna.

80.

81.

82. Disediakan oleh,

83.

84. ..............................................

85. Akhimullah Bin Abdul Gapar

86. RUJUKAN

87. Buku

88. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah
A. Majid. 2011. Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
89. Laman Sesawang

90. A. Rahman A.N. (Februari, 2011). Sikap Komuniti Kaum Kadazandusun Di


Sabah Terhadap Aspek Kepercayaan Dan Kehidupan Beragama Dari Sudut
Psikologi Dan Sosiologi. Diakses pada 3 Mac 2014 dari laman sesawang
http://nikalila.wordpress.com/2012/03/26/sikap-komuniti-kaum-kadazandusun-
di-sabah-terhadap-aspek-kepercayaan-dan-kehidupan-beragama-dari-sudut-
psikologi-dan-sosiologi/

91. Cho Kim Han. (Ogos, 2010). Makanan dan minuman tradisi. Kebudayaan
Kadazan. Diakses pada 27 Februari 2014 dari laman sesawang
http://chillgideon.blogspot.com/

92. Joseph Nandu. (nd). Adat Resam Kaum Kadazandusun. Warisan Budaya
Kaum Kadazandusun. Diakses pada 25 Februari 2014 dari laman sesawang
http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/adatresam.htm

93. Artikel

94. Newmond Tibin. (15 Jun 2012). Satu lagi pencapaian penting bagi masyarakat
Kadazandusun-Murut. Berita Wilayah.

95. Rita Lasimbang. (nd). Ilmu watan Suku Kaum Kadazan di Sabah,
Malaysia.Penampang: Kadazandusun Language Foundation & Yayasan
Bahasa Kadazandusun.

96. na. (15 Nov 2013). UPSR: Pencapaian Sabah Terbaik. New Sabah Times.

97.

98.

99.

100.

101.

102. BORANG KOLABORASI

103. 104. Perkara 105. 106.


Tari yang Komen Nama dan
k
dibincangkan tandatangan
h
107. 110. 114. 115.
108. 111.
109. 112.
113.

116. 119. 124. 125.


117. 120.
118. 121.
122.
123.
126. 129. 134. 135.
127. 130.
128. 131.
132.
133.
136. 139. 144. 150.
137. 140. 145. 151.
138. 141. 146. 152.
142. 147. 153.
143. 148. 154.
149. 155.
156.

Anda mungkin juga menyukai