Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENETAPAN TARGET SPM & INTERAKSI ILMU 2016

SMK PADANG TEMBAK, KUALA LUMPUR


PERKARA CATATAN

KETIBAAN PENTADBIR SEKOLAH

Mengumumkan ketibaan Tuan ASP Napri Bin Sahlan, Yang Dipertua PIBG, SMK ROSNI
Padang Tembak, diiringi Pn Zubidah bt Md Yunos, Pengetua SMK Padang Tembak
, guru-guru penolong kanan dan barisan guru kanan masuk ke dalam dewan.

LAGU NEGARAKU

Sebagai tanda taat setia dan cinta akan negara, marilah kita bersama-sama ROSNI
menyanyikan LAGU NEGARAKU

******************************************************************
Terima kasih diucapkan. Hadirin sekalian dipersilakan duduk,

SALUTASI
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Setia, Tuan ASP Napri Bin Sahlan, Yang Dipertua PIBG SMK Padang
Tembak,
1. Yang Berusaha, Puan Zubidah bt Md Yunos, Pengetua SMK Padang Tembak
2. Pn Noraliza bt Abidin, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
3. Pn Khatijah bt Ali, Penolong Kanan HEM
4. Pn Norhayati bt Mahmud, Penolong Kanan Kokurikulum
5. Guru-guru kanan
6. Guru cemerlang
C.K
7. Guru-guru
8. Para ibu bapa DAN
8. Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian

ASSALAMUALAIKUM WBT, SELAMAT SEJAHTERA DAN SALAM SEHATI


DAN SEJIWA.
Selamat datang ke MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM & INTERAKSI
ILMU SMK PADANG TEMBAK BAGI TAHUN 2016

1
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada
tetamu jemputan kerana sudi hadir ke majlis pada pagi ini.

Untuk makluman semua, matlamat dan objektif majlis penetapan target dan
interaksi ilmu ini diadakan adalah untuk

(i) meningkatkan pencapaian pelajar mendapat Straight A.

(ii) Supaya pelajar mempunyai matlamat yang jelas untuk menuju


kecemerlangan di dalam peperiksaan.

ROSNI
SELAIN

(iii) dapat merapatkan jurang di antara ibu bapa dengan pihak sekolah
terutama berkaitan hal-hal yang melibatkan tahap pencapaian akademik
pelajar.

Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik, agar majlis ini menjadi tonggak
bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan
lagi mutu pencapaian para pelajar selaras dengan motto sekolah SEDERAP
MELURU MEMBURU GAGAL SIFAR

BACAAN DOA

BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT


DIPETIK GADIS DI TEPI TITI
DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT
MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI

Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dijemput Al Fadhil Ustaz Abdul Hadi B
Mat Idris untuk memimpin BACAAN DOA.
Dipersilakan.
C.K
************************************************************
Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Abdul Hadi di atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis pada pagi ini berjalan lancar seperti yang
dirancangkan.

2
UCAPAN ALU ALUAN PENGETUA

Sidang hadirin...
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha, Puan
Zubidah bt Md Yunos, Pengetua SMK Padang Tembak untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya....Dipersilakan


ROSNI
************************************************************
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Puan Zubidah bt Md
Yunos, atas ucapan alu-aluan beliau sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN YDP PIBG

Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Setia Tuan ASP Napri Bin Sahlan, Yang Dipertua
PIBG,SMK Padang Tembak untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM &
INTERAKSI ILMU 2016 SMK Padang Tembak pada hari ini.
C.K
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****************************************************************************
****
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Setia, Tuan ASP Napri Bin
Sahlan, Yang Dipertua PIBG, SMK Padang Tembak di atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

Di minta Tuan ASP Napri untuk terus kekal di atas pentas.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Seterusnya sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, dengan segala


hormatnya dijemput Yang Berusaha Puan Zubidah bt Md Yunos, Pengetua SMK
Padang Tembak diiringi oleh Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum, Puan Noraliza
bt Abidin untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Setia Tuan ASP Napri

3
bin Sahlan, YDP PIBG SMK Padang Tembak.

Majlis mempersilakan.... ROSNI

Ucapan ribuan terima kasih dirakamkan kepada Yang Berusaha Puan Zubidah bt
Md Yunos, Puan Norazliza bt Abidin di atas penyampaian cenderahati sebentar
tadi.

MENANDATANGANI PENETAPAN TARGET

Hadirin sekalian...

Agenda seterusnya pada pagi ini ialah, Majlis Menandatangani Penetapan Target
AKU JANJI pada Kad Towards A.

Dengan itu, majlis menjemput pelajar dari kelas 5 Cekal, Kumpulan 1 untuk tampil
ke depan bersama ibu @ bapa @ penjaga masing-masing untuk menandatangani
Kad AKU JANJI Towards A dengan disaksikan oleh para ibu bapa dan penjaga.

Di persilakan.

Dipersilakan pula ibu @ bapa @ penjaga untuk menandatangani Kad tersebut.

**************************************************************** C.K
Terima kasih diucapkan.

****************************************************************
Seterusnya, majlis menjemput kumpulan ke -2 dari kelas 5 Cekal untuk tampil ke
depan bersama ibu @ bapa @ penjaga untuk menandatangani AKU JANJI Kad
Towards A. Di persilakan.

****************************************************************
Terima kasih diucapkan.

****************************************************************

****ULANG SAMPAI HABIS*****

LAFAZ IKRAR AKU JANJI

Sidang hadirin yang dihormati....

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan upacara lafaz ikrar Aku Janji para
pelajar.

4
Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Setia Tuan ASP
Napri Bin Sahlan, diringi oleh Puan Zubidah bt Md Yunos, dan para ibu bapa untuk
berdiri bagi menerima lafaz ikrar daripada pelajar-pelajar yang bakal menduduki
SPM pada tahun ini.
ROSNI
Lafaz ikrar ini diketuai oleh, MUHAMMAD NUR AIMAN BIN ROSNAN,
KETUA PENGAWAS SMK PADANG TEMBAK
Dipersilakan..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Setia Tuan ASP Napri Bin
Sahlan, dan Puan Zubidah bt Md Yunos atas penerimaan lafaz ikrar itu tadi.
Terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa dan pelajar. Hadirin
dipersilakan duduk.

PENERANGAN RINGKAS INTERAKSI ILMU

Majlis diteruskan dengan interaksi ilmu &konsultasi pelajar, ibu bapa dan guru-
guru matapelajaran.

Dalam sesi ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh bertanya tentang prestasi anak-anak
kepada guru matapelajaran yang mengajar mereka. Sebarang cadangan dan
pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan untuk kebaikan bersama, agar visi
Pengetua iaitu SEDERAP MELURU MEMBURU GAGAL SIFAR ini
menjadi pemangkin kepada semua pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh
dalam merealisasikan visi kudsi sekolah. Matlamat ini dapat dicapai selaras dengan
program kecemerlangan yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan memiliki sahsiah C.K
terpuji.

Para ibu bapa hendaklah menggunakan nombor giliran yang diberi semasa
pendaftaran dan boleh merujuk pada buku program untuk ke tempat-tempat yang
ditetapkan. Setelah selesai, ibu bapa / penjaga perlu menyerahkan semula Kad
Towards A di kaunter penyerahan di sebelah pondok pengawal keselamatan.

PENUTUP

Hadirin sekalian...
Dengan itu, berakhirlah sudah MAJLIS PENETAPAN TARGET &
INTERAKSI ILMU 2016, SMK PADANG TEMBAK.

Kami bagi pihak majlis, memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan ROSNI

5
kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung . Sesungguhnya segala yang baik
itu daripada Allah swt dan yang kurang itu daripada kelemahan diri kami sendiri.

Sehingga bertemu lagi di lain masa, Wabillahitaufik Walhidayah


Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh DAN salam sejahtera.

** Para pelajar diminta untuk terus kekal di dalam dewan.


** Saya serahkan majlis kepada Pn Norhaznita untuk taklimat seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai