Anda di halaman 1dari 2

SJK ( C ) POKOK ASSAM

34000 TAIPING

Minit Mesyuarat Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya


Tahun 2016 Kali Pertama

Tarikh : 19. 1. 2016 ( Selasa )


Masa : 3.00 p.m - 3.35p.m
Tempat : Bilik Mesyuarat Guru

1.0 Perutusan Pengerusi :


1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kerana sudi melapangkan
masa untuk menghadiri mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi menyatakan bahawa semua guru perlu tahu bagaimanaPersatuan PRS ini dijalankan.
1.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa semua perancangan persatuan ini akan dibentangkan
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.

2.0 Perlantikan & Penyusunan Struktur Jawatankuasa


2.1 Guru Bimbingan memaklumkan senarai jawatankuasa induk dalam persatuan PRS
serta jawatankuasa Ahli PRS. (Rujuk lampiran 1).
( Jawatankuasa Ahli PRS telah dilantik secara Mengundi.)
Tindakan : AJK Induk

3.0 Rancangan Tahunan PRS


3.1 Guru Bimbingan juga menerangkan secara ringkas aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
tahun 2016 mengikut Modul PRS Kebangsaan.
( Perancangan Tahunan PRS : sila rujuk lampiran 2).
Tindakan:Untuk Makluman

4.0 Hal-Hal Lain.


4.1Guru besar memaklumkan bahawa semua program yang telah dijalankan perlu didokumentasikan
sebagai bukti perlaksanaan program.
4.2 Guru bimbingan boleh menggunakan masa kokurikulum untuk menjalankan aktiviti PRS.
4.3 Guru besar berharap para AJK akan menolong guru bimbingan melaksanakan aktiviti dan
Program PRS.
Tindakan: Untuk Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

_____________________ _________________________
( Setiausaha : Cik Seo Leng Leng ) ( PK Hem : Pn Beh Peck Nuy)

Anda mungkin juga menyukai