Anda di halaman 1dari 17

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBML 3203

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN

BAHASA MELAYU

Nama : ROSNAH BT MOHD ZALI

No. Kad Pengenalan : 800218 11 5456

Nombor Matrik : 800218115456001

Nombor Telefon : 012 9905767

Alamat E-mail : lizarosnah@gmail.com

Pusat Pembelajaran : TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPTEMBER 2016


ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Tatabahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu KSSR


2.1 Konsep Dan Kepentingan 4
2.2 Tujuan Dan Matlamat 4
2.3 Kandungan 5

3.0 Kepentingan Wacana Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu


3.1 Konsep Wacana
3.2 Jenis-Jenis Dan Fungsinya
3.3 Kepentingan Kohesi Dan Hubungan Dengan Koheran

4.0 Pengaplikasian Wacana Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


4.1 Wacana Berformat
4.2 Wacana Tidak Berformat
4.3 Proses Pengaplikasian Wacana Argumentatif dan Peskriptif
4.4 Sorotan Kajian-Kajian Dahulu

5.0 Kesimpulan 13

6.0 Rujukan 14

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan tatabahasa dalam pengajaran


bahasa melayu dan kepentingan wacana dalam pembelajaran bahasa melayu di sekolah
rendah. Saya telah membuat kajian ini di Sekolah Kebangsaan Tepus, Dungun. Kajian ini
telah melibatkan 2 orang guru bahasa melayu disekolah itu yang mengajar tahun 4,5 dan 6.

Tinjauan awal saya melalui pengamatan di dalam kelas telah mendapati banyak
kesalahan tatabahasa yang telah dilakukan oleh murid-murid ketika membuat karangan atau

2
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
membina ayat. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham mengenai tatabahasa dan
penggunaan tatabahasa dalam ayat.

Dalam pengajaran bahasa terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, bidang


tatabahasa ini merupakan aspek yang sangat penting yang perlu dititikberatkan serta
diutamakan oleh guru-guru. Aspek tatabahasa ini merangkumi beberapa perkara yang
mengajar murid-murid untuk mahir dalam pembinaan ayat, penggunaan sesuatu perkataan
yang sesuai dalam sesuatu ayat serta mengenali pelbagai jenis ayat dan kata. Itu hanyalah
beberapa perkara yang saya nyatakan kerana dalam Bahasa Melayu sahaja ada pelbagai lagi
aspek yang perlu diajar kepada murid-murid dan murid-murid perlu menguasainya atau
sekurang-kurangnya perlu mengetahui mengenai aspek-aspek tersebut.
Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya ini adalah mengikut sukatan pelajaran
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Huraian Sukatan Pelajaran.
Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu ini akan mengajar tatabahasa
secara langsung dan ada juga secara tidak langsung. Namun begitu, walau apa juga cara
pengajarannya samaada secara langsung atau tidak langsung, aspek tatabahasa ini perlu ada
dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ada kebaikkan dan
keburukkannya pengajaran secara langsung atau tidak langsung kerana apa juga pengajaran
mata pelajaran itu akan menghadapi masalah. Dari segi kebaikannya, murid-murid ini akan
dapat menjana minda mereka secara automatik jika guru mengajar secara langsung. Murid
ini juga akan mengetahui dan menyedari bahawa guru sedang mengajar tatabahasa seperti
membina ayat penyata atau ayat tanya. Manakala dari segi keburukkannya pula, murid akan
menjadi malas untuk berfikir sendiri kerana guru telah menerangkan satu persatu.
Berlainan pula jika pengajaran tatabahasa itu diajar secara tidak langsung kerana
kebaikannya ialah guru dan murid akan dapat mengaitkan pembelajaran tersebut dengan
situasi sebenar seperti pembinaan ayat secara lisan tanpa ditulis dan ini akan membantu
murid-murid dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
mereka. Ironinya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk melaksanakan pengajaran
aspek tatabahasa ini secara langsung atau tidak langsung asalkan prinsip-prinsip pengajaran
tatabahasa perlu diguna pakai dalam menentukan keberkesanan sesi pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa.
Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip mendukung makna asas atau dasar
yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian atau tindakan sesuatu teori. Dengan itu,
sesuatu teori itu adalah penentu apakah prinsip yang perlu dipegang dalam pengajaran.
Dengan berpegang serta mengaplikasikan prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa, maka sesi

3
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih berkesan lagi dan efektik dalam
menyampaikan isi pelajaran serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang ingin
disasarkan oleh guru. Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa sangat pelbagai dan terpulang
kepada guru itu sendiri untuk mengaplikasikannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa.
Apapun teknik atau kaedah yang digunakan oleh guru, yang pasti prinsip-prinsip
pengajaran perlu diutamakan supaya penyampaian aspek tatabahasa dalam pengajaran dapat
mencapai objektif. Penting bagi semua guru menggunakan prinsip-prinsip yang ada dalam
pengajaran tatabahasa bagi membantu murid lebih memahami apa itu tatabahasa kerana
pembelajaran tatabahasa ini bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi murid-murid perlu
mengetahui banyak perkara melalui tatabahasa seperti penggunaan tanda bacaan yang betul
dan tepat pada ayat selain dapat membantu murid membezakan jenis-jenis ayat. Prinsip-
prinsip pengajaran tatabahasa ini juga boleh diperoleh serta boleh digunapakai berdasarkan
teori-teori pembelajaran seperti Behavioris. Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa ini sangat
penting sebagai garis panduan dalam pengajaran tatabahasa agar guru dapat mencapai
objektif dengan cemerlang.

2.0 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


MELAYU KSSR

2.1 Konsep Dan Kepentingan

Konsep penggunaan tatabahasa ini ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata bagi menimbulkan bunyi ayat
dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu.

4
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
Secara amnya, tatabahasa boleh ini boleh dibahagikan kepada dua bidang iaitu
morfologi dan sintaksis. Morfologi ini merupakan kajian mengenai kata dan pembentukan
kata, kelas kata dan imbuhan. Manakala sintaksis pula mengkaji mengenai pembentukan
ayat. Kenyataan ini telah disokong oleh (Nik Safiah Karim et al., 2004).
Menurutnmya lagi, morfologi adalah bidang yang mengkaji mengenai struktur,
pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, morfem ini merupakan unit terkecil
yang mempunyai makna dan tugas nahu yang menjadi unsur perkataan. Seandainya kata ini
tidak dipecahkan kepada unit yang bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka ia
merupakan satu unit atau satu morfem. Misalnya minum . Minum tidak akan berfungsi
dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum
boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum . Kesimpulannya, perkataan
boleh terdiri daripada beberapa morfem. Manakala morfem pula boleh dibahagikan kepada
dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ini dapat berdiri dengan sendiri
dan mempunyai maksudnya yang tersendiri manakala morfem terikat pula berupa bentuk
imbuhan dan tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu serta
boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna pada ayat.
Sintaksis ini merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji mengenai bentuk,
stuktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis ini bukan sahaja mengkaji proses
mengenai pembinaan ayat tetapi mengkaji juga mengenai hukum-hukum yang menentukan
cara perkataan itu disusun dalam ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat,
iaitu unit-unit yang akan membentuk ayat. Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang
terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan dan jika terdiri daripada satu perkataan,
ia berpotensi untuk diperluaskan untuk menjadi dua perkataan atau lebih. Manakala frasa
tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Subjek adalah konstituen yang sama
ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang akan menjadi judul atau
unsur yang diterangkan. Predikat pula adalah kumpulan perkataan yang tergolong dalam
satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan tentang subjek.
2.2 Tujuan Dan Matlamat

Tujuan mempelajari tatabahasa ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur


dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain. Ini juga adalah bertujuan
untuk membolehkan kanak-kanak itu memahami makna satu perkataan atau ayat dan
menganalisa kedudukkannya. Dengan ini, secara tidak langsung dapatlah murid-murid
menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan bahasa itu. Ini juga berfaedah
kepada orang yang dikuasai dengan bahasa ibunda mereka kerana mereka suka belajar
mengikut peraturan tertentu (mengikut bahasa ibunda mereka).

5
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
Tatabahasa ini perlu dipelajari untuk menguasai sesuatu bahasa itu dengan baik.
Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang
sebelum diperkenalkan kepada murid-murid agar mahir berbahasa dengan baik.
Jika murid-murid mempelajari tatabahasa tetapi tidak menghafaz peraturan serta undang-
undang, murid-murid ini masih lagi boleh memahami tatabahasa berdasarkan contoh yang
sesuai kerana kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung kepada kecekapan
peraturan dan undang sesuatu bahasa.

2.3 Kandungan

Tatabahasa ini sering dianggap oleh murid sebagai subjek yang kering,
membosankan, dan kadangkala menakutkan kerana kononnya tatabahasa ini hanya terdiri
daripada rumus-rumus bahasa, sama halnya dengan Matematik. Bercakap tentang
tatabahasa seolah-olah bererti bercakap mengenai soal salah betul penggunaan bahasa
semata-mata.

Oleh itu, marilah kita mengenali kandungan tatabahasa ini dengan lebih dekat lagi.
Kandungan pertama yang perlu kita tahu adalah mengenai Konsep Perkataan. Konsep
Perkataan merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna dalam Pembentukan Kata
Tunggal. Kata Tunggal tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Akronim yang
sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya: Mara, Petronas, Lada,
tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.
Para pelajar perlu diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan. Singkatan ialah
kependekkan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat
(information technology) dan PM pula adalah untuk Perdana Menteri. Dengan ini, jelaslah
bahawa singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.
Kata Terbitan pula terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses
pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Kata Majmuk terbentuk
daripada hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. Rumus ini sangat penting kerana tiada
kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain
dan membawa makna tertentu, maka ianya bukan kata majmuk tetapi tergolong dalam frasa.
Contohnya: Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari,
atau budak yang berlari itu. Pada umumnya, kata majmuk ini dieja terpisah kecuali yang
sudah mantap sebagai satu perkataan.

6
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
Kandungan tatabahasa seterusnya ialah Kata Ganda. Kata ganda ini ialah pengulangan
kata dasar, sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau
sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa). Contoh kakata ganda ialah gila-gila,
gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama- rama dan sebagainya. Manakala contoh
penggandaan separa pula ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya. Proses
Pembentukan Kata selain kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda terbentuk
melalui proses pembentukan kata pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.
Proses pengimbuhan adalah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk
menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Dalam bahasa Melayu,
imbuhan ini terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan
ini tergolong dalam empat jenis, iaitu kata imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan adalah Kata Nama. Kata nama boleh menerima keempat-empat jenis imbuhan
awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Contoh Imbuhan pada Awalan Ayat Awalan Varian ialah
penggunaan ke- ke kerabat, kekasih Kerabat diraja itu makan di warung sahaja. Maksud
awalan ke- dalam ayat di atas menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan
kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin
konkrit atau abstrak.

3.0 KEPENTINGAN WACANA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

3.1 Konsep Wacana

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris.


Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983: 522 bererti hubungan fikiran dengan
kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara
umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi
formal, kuliah, ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi
Baru 1993: 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang
merupakan suatu kesatuan.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen
yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa

7
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang
pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi
hierarki tatabahasa, wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang
tergambar dalam rajah berikut:

Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui
sebaris ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai
bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007),wacana
membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan,
pertuturan serta percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982)pula, wacana
merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.

Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian
Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang
melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab,
buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa setiap bahasa


mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad.Walaupun begitu, sejumlah ayat tertentu hanya
membawa satu tumpuan makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk
satu fokus pemikiran yang mana di dalam tatabahasa ianya disebut sebagai wacana. Selain
itu, wacana juga boleh disebut sebagai rentetan, tautan dan hubungan antara sistem bahasa
yang tersusun sehingga menjadi satu bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel,
sebuah majalah, buku seminar, bengkel, forum dan sebagainya.

3.2 Jenis-Jenis Wacana

Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu wocono atau woco yang membawa
maksud baca. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis iaitu Wacana Jenis
Lisan dan Wacana Jenis Tulisan.

8
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
3.2.1 Wacana Jenis Lisan

Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga
pendengar.Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi
secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu
ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya.Sebagai contohnya ialah seorang guru
yang bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas.

Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya
dalam menyampaikan sesuatu maksud.Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang
bermutu selain daripada boleh menyempurnakan sesuatu perkara. Sebagai contohnya,
dengan menggunakan wacana yang betul melalui percakapan seseorang itu akan
menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh orang lain. Hal ini kerana seseorang itu
mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan bahasa dengan betul ketika
bercakap.

3.2.2 Wacana tulisan

Wacana Jenis Tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan
melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.Komunikasi yang berlaku dalam
wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung. Contoh wacana tulisan adalah seperti
tulisan rencana, akhbar, majalah, novel, surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan,
memo dan sebagainya.

Wacana bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab, buku
dan siri buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik
sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapan.

Sesebuah wacana tulisan yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan


kesinambungan idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat
dengan ayat atau antara satu perenggan dengan satu perenggan, bahkan dari satu bab dengan
bab yang lain. Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana
yang utuh.

3.3 Kepentingan Kohesi Dan Hubungan Dengan Koheran

9
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang
digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan
mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren).
Daripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi
hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi
sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti
hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah
mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau
memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau
hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren
yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda
wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan
penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah
yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea
yang ingin disampaikan itu.

4.0 PENGAPLIKASIAN WACANA DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di


dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah
karya ataupun penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan
kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara
pengolahan serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan penggunaan kosa kata
dan penggunaan bahasa secara keseluruhan.

Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan cara-cara


meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan.
Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan kualiti sesebuah karya. Menurut

10
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
Kamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam Pengajaran
Bahasa Melayu keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa
perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang
baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti penulisan.

Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya
atau karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan
membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan
sebagainya bagi mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui
penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka
nanti.

Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula petikan atau
perenggan yang mengandungi penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami
fungsi penanda wacana yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti. (Kamarudin Hj.
Husin, 1988), menyarankan agar seorang guru sentiasa memberi perhatian dalam beberapa
perkara dalam mengajarkan penulisan iaitu sebelum penulisan murid perlu memahami
format karangan dan apakah yang diinginkan dalam soalan. Murid juga perlu mengetahui
maklumat penting dalam soalan atau kata kunci. Murid hendaklah menjana idea isi penting
dan seterusnya membina draf karangan. Guru perlu memastikan tiga aspek utama penulisan
di patuhioleh murid iaitu, pendahuluan, isi dan penutup. Kebiasaannya setiap karangan perlu
mempunyai satu perenggan pendahuluan, empat perenggan isi dan penutup.

Semasa penulisan guru perlu memastikan murid mengikutformat yang perlu di


patuhi. Murid perlu membuat huraian berdasarkan isi karangan/kerangka penulisan. Menulis
pendahuluan secara ringkas dan memadai dua atau tiga baris ayat sahaja. Setiap isi
seharusnya dinyatakan dengan jelas beserta huraian dan contoh. Akhir sekali murid perlu
membuat rumusan atau kesimpulan daripada karangan.

4.1 Wacana Berformat


Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi
format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secatra kohesif
dan koheran (Kamarudin Husin, 1998). Diantara jenis penulisan berformat yang biasa
dipraktikkan di sekolah ialah surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog,
syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian dan perbahasan. Wacana berformat
melibatkan perincian yang berasaskan beberapa penulisan berformat (Zainol Ismail, 2003).

11
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan
berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan
konsep wacana (Sulaiman Masri, 1998).
Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan bagi sekolah rendah
dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan sesuatu penulisan, proses penulisan
dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.
Terdapat peraturan, proses dan susunan yang tertentu yang perlu diikuti dalam
penulisan wacana berformat. Selain itu, rangka penulisan juga perlu mengandungi
pendahuluan, isi dan penutup.

4.2 Wacana Tidak Berformat


Wacana Tidak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan sebagai
penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format (Kamaruddin Husin,
1988). Wacana tidak berformat dalam penulisan meliputi penulisan ransangan atau ransang
kata, penulisan jenis pengalaman, cerita, gambaran atau situasi, penulisan jenis fakta atau
penerangan, penulisan jenis melengkapkan cerita, penulisan autobiografi atau biografi dan
penulisan jenis peribahasa.
Walau bagaimanapun, penulisan jenis ini banyak memfokuskan kepada pencorakan
idea dan kesinambungan yang kreatif (Fatimah Busu, 2003). Ciri-ciri wacana tidak
berformat berkisar kepada penggunaan kaedah, penyusunan, proses semasa penulisan dan
penyemakan (Raminah Sabran dan Rahim Syan, 1986).
4.3 Proses Pengaplikasian Wacana Argumentatif dan Peskriptif

Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerimaan pesanan


supaya melakukan perubahan sikap dan tindakan (Renkema, 2004). Di dalam wacana ini,
yang terpenting adalah fungsi ajakan yang terdapat pada mana-mana model Organon Buhler
iaitu disebut sebagai aspek signal bahasa di mana penerima pesan mengesan sesuatu
daripada pesanan.

Terdapat beberapa definisi dan pendapat daripada pakar bahasa tentang wacana
deskriptif. Secara umumnya, wacana deskriptif merupakan pernyataan atau rangkaian
pernyataan, sama ada dinyatakan secara lisan mahupun tulisan serta memiliki hubungan
makna antara satuan bahasa dan terikat kepada konteks.

Dalam pengertian linguistik, wacana deskriptif adalah kesatuan makna (semantis)


antara bahagian dalam sesuatu binaan bahasa. Oleh itu, wacana deskriptif berfungsi sebagai
kesatuan makna dan dilihat sebagai pembina bahasa yang utuh. Menurut Ann (1995),
wacana deskriptif adalah komunikasi bahasa yang merupakan interaksi antara penutur

12
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
dengan pendengar serta sebagai aktiviti personal iaiatu bentuknya ditentukan oleh tujuan
sosaial.

Terdapat dua aspek penting yang mempengaruhi kualiti argumentatif adalah


kekuatan dan valensi. Manakala, terdapat empat jenis faktor yang biasa digunakan dalam
membentuk argumentatif iaitu memberi alasan, sebab atau penjelasan, membuat
perbandingan atau analogi, memberi contoh dan menyatakan sumber yang autoritatif.

Tujuan penulisan berdasarkan pendekatan tersebut memperlihatkan bahawa dalam


iklan yang dibentuk dalam sesuatu keadaan adalah untuk menghapuskan ingatan pengguna
terhadap nilai guna utama objek. Kemudian menggantikannya pula dengan nilai guna
sekunder dengan cara membongkar struktur argumentatif yang telah membentuk teks iklan.
Penulisan wacana argumentatif ini memberikan fokus kepada penggubalan iklan di sekolah.

4.4 Sorotan Kajian-Kajian Dahulu

Penulisan karangan adalah komponen penting dalam kemahiran bahasa sehingga ia


dijadikan satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada
peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah. Kamarudin Husin (1996:
192) memetik pendapat Loban menyatakan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada
empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan akhir sekali ialah kemahiran
menulis. Penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bagi
semua peringkat sekolah adalah tingkat terpenting kemahiran bahasa.

Kemahiran mengarang ini amat disedari oleh para pendidik dan pengkaji bahasa.
Ianya perlu dipelajari dan dilatih sebagai aset penting yang perlu dimiliki oleh setiap murid
dalam mengharungi dunia moden hari ini. Ini jelas kelihatan mencakupi ruang litup dalam
dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial. Penguasaan bahasa penulisan akan melicinkan
perhubungan formal dalam bentuk surat- menyurat, laporan, pernyataan perasaan, dan
penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif
(kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah.

13
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1976), dan Isahak Haron (1979)berpendapat
penulisan karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau
menyusun kata-kata, frasa, dan ayat, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea,
fakta, dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang atau penulis)
melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa (Awang Mohamad Amin, 1983:188).

Ketrampilan dalam mengarang perlu dikembangkan sejak dari peringkat sekolah


rendah sehinggalah peringkat menengah melalui sistem pendidikan negara.Ini kerana semua
mata pelajaran memerlukan kecekapan dalam pengucapan idea, fakta, dan hujah dalam
bentuk tulisan. Marohaini Yusoff (1989: 179) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan
pembelajaran di sekolah lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan
menulis atau mengarang, dan tidak kepada aspek-aspek penggunaan bahasa yang baik serta
teknik-teknik mengarang yang berkesan. Selain keperluan berfikir untuk mendapatkan isi,
pelajar juga tidak diajar bagaimana untuk berfikir bagi menghasilkan cara yang berkesan
menyampaikan sesuatu mesej atau idea.

Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh
manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah.
Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan dengan jelas bahawa
kemahiran menulis adalah keperluan wajib bagi selain daripada kemahiran membaca,
mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan
modul-modul pembelajaran di alaf baru ini.

Keempat-empat kemahiran ini perlu melangkah seiring memandangkan keperluan


pendidikan Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih menetapkan pengukuran
prestasi dan keupayaan murid-murid dinilai secara bertulis. Menulis tidak seperti membaca
memerlukan kaedah yang spesifik dan memerlukan koordinasi minda dan anggota tubuh.
Proses menulis adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di sekolah
tetapi berlangsung sepanjang hidup.

Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung,
menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan
lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh
yang sekata seperti minda, mata dan tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai
untuk disepakati menjadi seperangkat ayat atau perenggan yang lengkap yang kemudiannya

14
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi
oleh masyarakat umum, jika perlu.

Menulis juga adalah proses merekod bahan-bahan ujuran ke dalam bentuk tulisan
berdasarkan pendapat, idea dan pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol
grafik yang disusun menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya
menzahirkan bahasa dan gagasan. Penulisan yang tersusun akan memberi makna dan
memberi manfaat kepada khalayak pembaca dan pendengarnya.

Daripada A C Krizan dan Joyce P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah


proses menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga
melalui grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan
semasa kita bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti.
Maklumat bertulis mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan
pelbagai cara seperti wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang
dikumpul dan direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada
umat Muslim meskipun ratusan tahun sudah berlalu.

Bloomfield (1933: 21) di dalam Lyons (1995: 253) mengatakan bahawa penulisan
bukanlah bahasa, tetapi cara mencatatkan bahasa dengan tanda yang dapat dilihat.Tanda-
tanda yang dapat dilihat itulah yang dinamakan simbol atau huruf yang disatukan sehingga
menjadi perkataan yang membawa makna. Beliau juga mentakrifkan penulisan ialah bahasa
yang disampaikan melalui bunyi atau grafik malahan melalui cara yang tidak terhingga
banyaknya.

5.0 KESIMPULAN

15
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
Secara amnya, proses pengajaran aspek tatabahasa Bahasa Melayu adalah satu
proses yang berterusan, sama ada ia disampaikan atau diajarkan baik secara langsung
mahupun secara tidak langsung dan perlu mengikut prinsip-prinsip pengajarannya agar apa
yang disampaikan oleh guru itu dapat diterima oleh murid dengan lebih berkesan lagi.
Murid bukan sahaja dapat memahami malah dapat mengaplikasikan aspek tatabahasa ini
dengan baik sama ada dalam pertuturan secara lisan mahupun secara bertulis. Perancangan
lebih awal oleh guru adalah penting agar guru dapat memikirkan langkah-langkah
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menarik melalui Rancangan Pengajaran
Harian. Walaupun setiap proses pengajaran itu akan berhadapan dengan masalah
terutamanya berkaitan dengan murid, namun sebagai seorang pendidik, guru perlu lebih
kreatif dan terbuka dalam mengajar murid aspek tatabahasa ini agar dapat mencapai
objektif. Guru juga perlu memikirkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid dengan memikirkan cara yang sesuai agar murid sekurang-kurangnya
dapat memahami konsep sesuatu elemen tatabahasa itu.
Manakala Wacana pula ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri
daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya
yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.
Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau
kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan.
Tidak dapat dinafikan bahawa sebuah penulisan karangan yang baik ialah karangan yang
mempunyai isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk.Walau bagaimanapun, sekiranya
sesebuah karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka sudah tentu
karangan itu menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis.
Justeru penanda wacana memainkan peranan yang amat penting dalam menghasilkan satu-
satu perenggan yang menarik bersesuaian dengan fungsi-fungsi penanda wacana itu sendiri
seperti apa yang telah dijelaskan.

Oleh yang demikian, memahami tatabahasa dalam bahasa melayu sangat penting
bagi menghasilkan penulisan yang baik dan penggunaan penanda wacana yang betul juga
dapat menghasilkan penulisan yang baik dan bermutu. Penggunaan penanda wacana atau
dikenal juga sebagai perangkai ayat dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan
antara satu idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara
berkesan akan memantapkan hasil penulisan. ( 2485 patah perkataan)

6.0 RUJUKAN

16
ROSNAH BT MOHD ZALI (800218115456)

HBML 3203
Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan

Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Asmah Hj Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.

Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk

menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah

Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar

Bakti, Petaling Jaya.

Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa. Bandar

Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam.

Sidang Penyusun. (2006). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negara

Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan

Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

17