Anda di halaman 1dari 3

GOH LING KIANG P4A PENGAJIAN MELAYU EDU 3053

Latihan Hak Cipta

1. Huraikan kefahaman anda mengenai konsep Hak Cipta

Hak cipta ialah suatu hak yang diberikan kepada seseorang pencipta
produk untuk mengawal pengeluaran atau penggunaan semula jenama
produk tersebut oleh orang lain. Contohnya, syarikat mee segera yang
baru ditubuhkan tidak boleh menggunakan jenama Maggie yang
merupakan jenama mee segera sejak sekian lama lagi. Sekiranya syarikat
baharu tersebut menggunakan jenama Maggie , maka syarikat Maggie
berhak untuk mendakwa syarikat baharu atas pelanggaran hak cipta.

2. Berikan 3 faktor yang perlu wujud sebelum sesuatu item itu boleh
dipertimbangkan untuk pemberiaan Hak Cipta.

Adakah produk itu ciptaan asal? Produk tersebut haruslah baharu


dan bukan diperbaharui atau diperbaiki daripada mana-mana
produk lain
Kreativiti. Produk yang kreatif akan menarik minat masyarakat
umum untuk menggunakannya. Pada masa yang sama, pencipta
produk yang lain mungkin akan cuba untuk mengambil idea produk
tersebut. Oleh itu, produk yang kreatif haruslah dilindungi dari segi
hak cipta
Produk haruslah dalam bentuk media yang boleh dirasai oleh deria
rasa secara langsung atau tidak. Sesuatu produk yang dicipta
semestinya mempunyai tujuan dan fungsi tersendiri. Fungsi
tersebut lazimnya melibatkan media yang mengaktifkan
penggunaan deria manusia.

3. Huraikan keistimewaan yang dipunyai oleh pemilik sesuatu Hak-Cipta.

Diakui sah oleh negara


Dapat mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk
memperbanyak karya tanpa izin
Hasil karya lebih dihargai oleh masyarakat
Mendapat keuntungan dari hasil karya
Maklum balas dari pengguna akan memotivasikan pencipta untuk
menghasilkan lebih banyak karya baharu lagi

4. Huraikan konsep hak cipta Public Domain


GOH LING KIANG P4A PENGAJIAN MELAYU EDU 3053

Hak cipta Public Domain bermaksud hak cipta sebuah karya telah tamat
tempohnya dan karya tersebut kini dianggap sebagai milik masyarakat
umum. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya tanpa meminta izin dari
pemilik asalnya.

5. Huraikan penggunaan barangan yang mempunyai Hak Cipta dengan


menggunakan konsep Fair Use

Guru menggunakan video dari Youtube sebagai bahan bantu mengajar,


tetapi guru telah menyunting video terlebih dahulu sebelum meminta
murid untuk memberikan komen.

6. Apakan situasi yang membolehkan sesuatu barangan yang dilindungi di


bawah akta Hak Cipta?

Karya tersebut adalah asli


Karya tersebut telah direkodkan, ditulis atau dijadikan dalam bentuk
bahan
Penciptanya mestilah orang berkelayakan
Karya tersebut dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama adalah di
Malaysia

7. Nyatakan ciri-ciri penggunaan dalam Fair Use

Bahan bebas digunakan oleh setiap individu


Penggunaan bahan yang dilindungi hak cipta secara terhad
Membawa ciri-ciri yang dibawa oleh produk asal
Memberikan penghargaan kepada pencipta

8. Tonton Video yang disediakan dan berikan ulasan jawapan anda mengenai
kes-kes yang dipertontonkan:

9. Kes Pertama: Alasan Penggunaan:


Profesor menayangkan filem dalam Profesor ini hanya menggunakan
GOH LING KIANG P4A PENGAJIAN MELAYU EDU 3053

kelas. filem tersebut sebagai alat bantu


mengajar semata-mata.
10.Kes Kedua Alasan Penggunaan
Pelajar memuat turun muzik dari Pelajar ini melanggar hak cipta
Internet. pencipta muzik tersebut. Pelajar
sepatutnya memuat turun muzik
melalui saluran yang sah hak
ciptanya.
11.Kes Ketiga Alasan Penggunaan
Memperbanyak (photostat) bahan Tindakan ini adalah melanggar hak
bertulis yang dilindungi oleh hak cipta kerana hak cipta bagi
cipta sesebuah buku adalah
berkuatkuasa selama 50 tahun
sejak buku tersebut diterbitkan.