Anda di halaman 1dari 25

PENGENALAN

Pelajar berkeperluan khas merupakan pelajar yang mempunyai kekurangan fizikal-deria


serta ketidakmampuan belajar dan merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
pelajar berkeperluan khas adalah mereka yang mengalami sebahagian atau kecacatan penuh
visual atau pendengaran atau ketidakupayaan untuk belajar. Terdapat pelbagai jenis pendidikan
yang disediakan untuk pelajar yang berkeperluan khas pada masa kini. Pendidikan yang
diberikan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pelajar berkeperluan khas ini ketinggalan
dalam pelajaran serta bagi meningkatkan motivasi serta boleh mempelajari dan menguasai
kemahiran hidup. Ini kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang
standing dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar
yang normal.

Di Malaysia, pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bahagian pendidikan khas


melainkan pelajar yang mempunyai kecacatan fizikal dan tiada masalah mental ditempatkan di
sekolah beraliran perdana bersama pelajar normal. Pihak KPM juga memastikan pelajar
berkeperluan khas mendapat hak pendidikan formal yang sama dengan pelajar normal dengan
mewujudkan Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di
sekolah-sekolah harian biasa pada peringkat rendah dan menengah. Selain itu, pihak kerajaan
juga telah menyediakan pendidikan vokasional kepada mereka bagi membantu mereka
mendapatkan kemahiran dan mempersiapkan diri mereka untuk bersaing dalam pasaran
pekerjaan. Pendidikan vokasional dapat memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas
untuk memperoleh ilmu dan latihan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan sesuai dengan
kekurangan mereka. Pendidikan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas ini lebih fleksibel,
berfokus, menarik dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan pelajar dalam
menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, pendidikan vokasional ini sangat sesuai untuk pelajar
berkeperluan khas kerana ianya dapat membantu pelajar tersebut untuk memperolehi
kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan untuk hidup berdikari.
Berikut merupakan senarai institusi-institusi vokasional di Malaysia yang ditawarkan kepada
pelajar berkeperluan khas beserta skop perkhidmatan dan jenis latihan yang ditawarkan.

1
PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP) BANGI

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota
(OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan

Syarat/Kriteria kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Kursus Vokasional
OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Berumur 18 - 40 tahun
Mampu menguruskan diri sendiri dan boleh mendapat manfaat dari latihan
Kelayakan akademik adalah PMR/SPM
3. Kursus Pra Vokasional
OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Berumur 14 - 25 tahun
Mampu menguruskan diri sendiri dan boleh mendapat manfaat dari latihan
Boleh membaca, menulis dan mengira

Kursus yang ditawarkan seperti berikut:


1. Vokasional
Senarai Kursus
a. Elektrik
Pengenalan Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dalam aspek
keselamatan, akta dan peraturan-peraturan berkaitan bekalan dan
pepasangan elektrik yang diamalkan di Malaysia. Di samping itu,
pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang elektrik satu fasa yang
diberikan adalah seperti lukisan kejuruteraan, sistem pepasangan,
reka bentuk pepasangan.
Persijilan Persijilan adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia.
Atau Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) program kerjasama
TAHAP SATU(1 )
Tempoh kursus 1 tahun untuk program di bawah JKMM
1 tahun untuk program kerjasama

2
b. Elektronik (elektronik industri)
Pengenalan Melatih dalam bidang Elektronik Industri yang merangkumi kemahiran
berkaitan Elektronik, Elektrikal, Sistem Hidraulik & Pneumatik Serta
Sistem Automasi
Persijilan Persijilan adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia.
Atau Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) program kerjasama
TAHAP SATU(1 )
Tempoh kursus 1 tahun untuk program di bawah jkmm
1 tahun untuk program kerjasama

c. Rekaan fesyen dan jahitan


Pengenalan Kursus ini adalah salah satu kursus yang mempunyai permintaan tinggi
di kalangan OKU dan belia. Menekankan konsep kemahiran adalah
perniagaan dan juga memupuk semangat berdikari, tanggungjawab,
disiplin dan kualiti untuk menghasilkan produk yang berdaya saing.
Persijilan Persijilan adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia.
Atau Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) program kerjasama
TAHAP SATU(1 )
Tempoh kursus 1 tahun untuk program di bawah JKMM ( Program Asas/ Pra )
1 tahun untuk PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

d. Pembantu tadbir sistem maklumat


Pengenalan Kursus ini adalah salah satu kursus kemahiran yang amat sesuai
dengan OKU dan mempunyai permintaan tinggi dalam sektor kerajaan
dan swasta. Konsep pembelajaran sebenar sebagai seorang pembantu
tadbir dan juga memupuk semangat berdikari, tanggungjawab, disiplin
dan berdaya saing.
Persijilan Persijilan adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Tempoh kursus 1 tahun untuk program di bawah jkmm ( Program Asas/Pra
komputer )
1 tahun untuk program Kursus Pembantu Tadbir Sistem
Maklumat

e. Prostetik dan ortotik


Pengenalan Melatih dalam pembuatan anggota tiruan seperti kaki palsu dan
tangan palsu untuk pembekalan kepada pelanggan JKMM dan Awam

3
yang memerlukan.
Persijilan Persijilan adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia
Tempoh kursus 2 tahun untuk program di bawah jkmm

f. Pembuatan kerusi roda (mekanik industri)


Pengenalan Pelajar akan diajar menggunakan peralatan tangan bagi kerja kerja
asas logam , teknik teknik kimpalan serta menyelenggara dan merawat
mesin mesin ringan yang mudah serta Melatih dalam pembuatan
Kerusi Roda untuk pembekalan kepada pelanggan JKMM dan Awam
yang memerlukan
Persijilan Persijilan adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia.
Atau Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) program kerjasama
TAHAP SATU(1 )
Tempoh kursus 1 tahun untuk program di bawah jkmm
1 tahun untuk program kerjasama

Kursus Elektrik Kursus Elektronik (Industri)

4
Kursus Rekaan Fesyen dan Jahitan Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat

Kursus Prostetik dan Ortotik Kursus Pembuatan Kerusi Roda

2. Pra vokasional
a. Asas Komputer
Pengenalan Program ini memberi pendedahan pelajar Orang Kelainan Upaya untuk
mengenali komputer secara asas. Program ini merangkumi subjek asas
perkakasan dan perisian komputer. Program ini sebagai jambatan
untuk meneruskan pembelajaran ke Kursus Pembantu Tadbir Sistem
Maklumat bagi pelajar-pelajar yang layak.
Hasil Pembelajaran Dapat menguasai perkara asas dalam komputer
Kebolehan mencari peluang kerja yang memerlukan kemahiran
komputer
Tempoh Pembelajaran 1tahun
Persijilan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

b. Asas jahitan
Pengenalan Kursus ini adalah salah satu kursus pengenalan kepada asas-asas

5
jahitan. Program ini sebagai nilai tambah untuk meneruskan pengajian
dalam Rekaan Fesyen Pakaian Wanita di PLPP Bangi.
Hasil Pembelajaran Memperoleh kemahiran asas dalam mengendalikan mesin
jahit.
Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti
keusahawanan.
Tempoh Pembelajaran 1tahun
Persijilan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

c. Lukisan
Pengenalan Program ini bermatlamat untuk pelajar Orang Kelainan Upaya boleh
melukis di samping fisioterapi latihan dapat dilaksana. Para pelajar
akan diberi kemahiran melukis mengikut kesesuaian tahap penerima
para pelajar dan dilatih menghasilkan lukisan yang baik.
Hasil Pembelajaran Memperolehi teknik melukis dengan baik
Kebolehan mereka cipta reka lukisan yang berkualiti
Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti
keusahawanan.
Tempoh Pembelajaran 1tahun
Persijilan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

d. Membatik
Pengenalan Program ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar orang Kelainan
Upaya yang mahir dalam bidang seni batik bagi pembekalan tenaga
kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan
kreativiti dalam aspek pembuatan kraf batik melalui latihan atau
projek.
Hasil Pembelajaran Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf
batik.
Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf batik.
Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti
keusahawanan.
Tempoh Pembelajaran 1tahun
Persijilan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

6
Kursus Asas Komputer Kursus Asas Jahitan

Kursus Lukisan Kursus Membatik

Terdapat juga beberapa perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar PLPP bagi membantu
mereka dari segala aspek pemulihan dan perubatan. Berikut merupakan senarai perkhidmatan
yang disediakan:
1. Pemulihan perubatan
Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang komprehensif kepada orang
kurang upaya (OKU) untuk mendapat pemulihan perubatan.
Mengembalikan kemahuan dan meningkatkan kemampuan orang kurang upaya
berkerja dan berdikari.
Menyediakan langkah-langkah yang berkesan dan komprehensif dari segi
pembangunan fizikal, mental dan sosial OKU dan seterusnya merealisasikan
persekitaran fizikal dan social yang memberi peluang penglibatan penuh OKU
dalam pembangunan dan kehidupan sosial.
Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan keupayaan
menjadi lebih teruk (program rawatan rehabilitasi untuk mencegah kecacatan
diperingkat primer dan sekunder)

7
Memberi rawatan perubatan dan rawatan pemulihan kepada pelajar dan
pesakit.
Menyediakan sumber latihan bagi penuntut perubatan dan jurupulih perubatan.

2. Pemulihan anggota
Memberi rawatan kepada pelajar PLPP yang memerlukan pemulihan fisioterapi
samada yang dirujuk atau tidak mengikut kesesuaian pemulihan berdasarkan
penilaian.
Memberi rawatan kepada pesakit individu jika dirujuk oleh pegawai perubatan
atau ahli fisioterapi dari hospital/klinik swasta berhampiran.
Kemudahan yang disediakan:
a) Gymnasium (Dumbell, Gymballl, Parrarel Bar, Theraphy Master)
b) Terapi Elektro (Ultrasound, Shortwave Diarthermy, Hot Pack, Ice Pack)
c) Hidroterapi (Senaman Anggota Atas & Bawah Tubuh)
d) Urutan (Massage)
e) Terapi Manual (Postur Tubuh, Latihan Berjalan, Latihan Duduk & Berdiri,
Senaman Pasif, Latihan Dalam Sesi Melutut)
f) Mekanikal (Treadmill, Quads Bench, Pedal Exercise, Bicycle, Tilting Bed)
Rawatan
a) Mengurangkan kesakitan
b) Melembutkan tisu dan otot-otot akibat ketegangan
- Haba (hot pack / wax bath / infrared)
- Ais (ice pack)
- Terapi elektro (ultrasound)
- Urutan
Senaman
a) Meningkatkan fungsi pergerakan anggota badan
b) Menguatkan otot otot
c) Mengawal keseimbangan badan
d) Meningkatkan stamina dan tenaga
e) Mempelajari teknik berjalan & transfer yang betul

8
3. Pemulihan CaraKerja
Jurupulih Perubatan (Carakerja) adalah satu kerjaya yang memberi fokus kepada
rawatan pemulihan ke atas individu yang mengalami kecacatan anggota,
gangguan mental, berpenyakit dan uzur untuk menjalani kehidupan berdikari,
produktif dan bermakna.
Deskripsi Tugas:
a) Menyediakan dan mengendalikan program rawatan yang disesuaikan dengan
keperluan pesakit bagi mempertingkatkan keupayaan pesakit dalam
menjalankan aktiviti harian.
b) Mengendalikan penilaian dan mencadangkan pengubahsuaian yang perlu ada
kediaman, persekitaran dan tempat berkerja untuk membolehkan pesakit hidup
berdikari.
c) Memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara/kekal
berdasarkan keperluan pesakit.
d) Memberi pendidikan, nasihat serta cara penjagaan yang berkesan dan selamat
kepada pesakit, ahli keluarga dan penjaga.

9
4. Kaunseling
Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang bercirikan hubungan mesra klien,
empati, bijaksana, menerima tanpa syarat, ikhlas, amanah dan beretika bagi
menolong klien yang memerlukan bantuan dalam menyelesaikan permasalahan
yang dihadapi.
Melatih Pelajar Untuk Berdikari Dan Meningkatkan Keyakinan Diri
Mencegah Pelatih Dari Terlibat Dalam Perbuatan Salahlaku Dan Tidak Berdisiplin
Kaunseling Kerjaya : Membantu Pelajar Menentukan Minat Dalam Kerjaya
Jenis Kaunseling:
a) Kaunseling Individu
Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi
(pencelaan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga
peningkatan diri.
b) Kaunseling Kelompok
Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan 5 - 15 orang ahli yang
mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi
kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan
kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan
sebagainya.

5. Penempatan kerja
Mewujudkan bahagian yang menjalankan urusan penempatan pekerjaan dan
juga perkhidmatan Latihan Pekerjaan (Job Coaching)
Di bawah bahagian ini terdapat dua tanggungjawab utama iaitu;
a) Penempatan Kerja

10
Bahagian Penempatan kerja merupakan salah satu bahagian yang
mengendalikan program penempatan pekerjaan yang bertujuan membantu
pelatih lepasan PLPP Bangi mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.

b) Perkhidmatan Latihan Pekerjaan (Job Coaching)


Perkhidmatan Latihan Pekerjaan (Job Coaching) yang dilakukan oleh Juru Cara
Kerja (Job Coacher). Tujuannya untuk membantu supaya klien (bekas pelatih)
dapat menjalani pekerjaan di tempat baru melalui sokongan persekitaran dan
juga latihan yang diberi.

BENGKEL DAYA/ TERLINDUNG

Bengkel Daya merupakan Bengkel Terlindung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang
dikhususkan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berdaya saing untuk mendapat
pekerjaan di pasaran terbuka. Bengkel Daya menyediakan peluang pekerjaan di unit-unit kerja
kepada pekerja OKU. Bengkel Daya diurus dan beroperasi mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop
Terlindung 1979. Pada masa ini terdapat dua (2) buah BD iaitu:
1. Bengkel Daya Klang
2. Bengkel Daya Sungai Petani

Objektif
1. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya yang sukar mendapatkan
pekerjaan di pasaran terbuka.
2. Meningkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran pekerja OKU.
3. Memberi sumber pendapatan kepada pekerja OKU.

Syarat-Syarat Permohonan Kemasukan


1. Warganegara Malaysia
2. OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
3. Katogeri OKU Masalah Pembelajaran (Mild) atau OKU Fizikal
4. Berumur 18 tahun-45 tahun
5. OKU boleh berdikari
6. Tidak ada penyakit berjangkit

Antara unit-unit (bengkel perusahaan) kerja yang terdapat di Bengkel Daya berkenaan
seperti berikut:

11
1. Jahitan
2. Sulaman
3. Roti dan Pastri
4. Dobi
5. Peruncitan
6. Bistro (Restauran)

BENGKEL-BENGKEL DI BENGKEL DAYA KLANG

1. Jahitan
Menerima kontrak jahitan beg, pakaian seragam, kasual fesyen lelaki dan perempuan serta
hiasan rumah, pejabat (langsir, cadar dan sarung bantal)

2. Perkhidmatan Am
Menerima kontrak kerja -kerja yang bersesuaian dengan keupayaan pekerja seperti kerja -kerja
berkaitan plastik dan pembungkusan serta kerja sampingan dari kilang.

3. Bakeri
Membuat dan menjual roti dan kek kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang. Roti yang
mendapat sambutan dari pelanggan adalah seperti berikut:
Bun Sardin, kentang, hotdog, kelapa, kaya, manis dan Bun kacang
Mini Pizza, Muffin, Kek Pisang, Pandan,Coklat dan lain lain.

BENGKEL-BENGKEL DI BENGKEL DAYA SUNGAI PETANI

1. Bengkel Dobi
Segala keperluan dobi telah di sediakan oleh pihak Bengkel Daya contohnya seperti mesin
basuh, sterika wap, papan sterika, mesin pengering dan sebagainya bagi memudahkan lagi
proses kerja di bengkel. Operasi bengkel dobi menetapkan sasaran untuk perkhidmatan dobi di
sekitar Sg. Petani seperti Jabatan kerajaan dan swasta termasuklah Institusi Pendidikan seperti
Institut Kemahiran Mara, Uitm Merbok dan sebagainya, semua pekerja OKU di bayar gaji
sebanyak RM 7.00 sehari dan kerja lebih masa RM 1.50 sejam. Pada 11 Januari 2011, Bengkel
Dobi telah menerima Tempahan perkhidmatan dobi daripada Kem PLKN Rimba Taqwa Sik dan
Kem PLKN Damai Park, Merbok.

12
2. Tapak Semaian/ Edible Garden
Tumpuan sepenuhnya kepada semaian, cantuman, penjagaan dan pembajaan dijalankan secara
berskala dan sepenuh masa. Untuk jualan dan tempahan hiasan dalam majlis atau lain-lain yang
berkaitan

3. Ternakan Keli
Projek ternakan ikan keli telah mula beroperasi pada bulan Disember 2009, buat permulaan
sebanyak 3,000 ekor benih ikan keli telah dilepaskan ke dalam kolam simen yang di bina
sebanyak 4 buah kolam. Pihak pengurusan Bengkel Daya telah mendapatkan khidmat nasihat
terlebih dahulu daripada Jabatan Perikanan daerah Kuala Muda serta khidmat nasihat daripada
orang perseorangan yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut

13
4. Bengkel Kicap
Mula beroperasi pada 16 Febuari 2010.
Mempunyai seramai 10 orang pekerja OKU.
Di awal operasi produk kicap telah Berjaya dipasarkan di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau
Pinang.

5. Bengkel Coklat
Bengkel ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menjalinkan
perniagaan secara usahasama dengan Bengkel Daya Sg. Petani. Walaupun baru menjalankan
perniagaan selama lebih kurang 7 bulan tetapi pihak Bengkel Coklat telah menunjukkan
peningkatan terhadap jualan dan pemasaran. Pasaran coklat ini telah diperluaskan ke negeri
Perak, P.Pinang dan K.Lumpur. Semua pekerja OKU di bengkel ini telah dibuat caruman KWSP
dan SOCSO untuk memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

6. Bengkel Jahitan
Kemudahan tenaga pengajar terlatih dan berkebolehan untuk membimbing pekerja OKU bagi
meningkatkan kualiti dan kemahiran. Tempahan dan jualan cadar, tirai dan perhiasan rumah.

7. Kerja-Kerja Am/Pembersihan Kawasan


Kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar Bengkel Daya Sg. Petani dilakukan oleh kontraktor
yang telah dilantik melalui tender iaitu Syarikat Layar Warisan dan mempunyai seramai 6 orang
pekerja termasuk 2 orang pekerja OKU yang telah di ambil bekerja sebagai pembersih kawasan.
Pekerja OKU tersebut dibayar gaji sekitar RM 600 sebulan

14
PROGRAM BUYING SEATS

Program Buying Seats memberikan peluang kepada Murid Berkeperluan Pendidikan


Khas (MBPK) untuk menimba ilmu kemahiran dan pengetahuan serta memperolehi
pengalaman belajar di institusi swasta dan industri selaras dengan Key Performance
Indicator (KPI) Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV). Peluang ini perlu diberikan
semasa MBPK dalam usia persekolahan. Selain itu MBPK juga dapat mengisi ruang kemahiran
yang tidak diperolehi di sekolah dan menamatkan persekolahan dengan kelayakan kemahiran
yang bersijil dalam bidang kemahiran yang diminati.

Pelaksanaan Program Buying Seats ini akan dapat memberikan latihan kepada MBPK
dalam menguasai bidang vokasional serta akademik seterusnya menyediakan mereka peluang
pekerjaan.Program ini ditawarkan kepada MBPK yang berminat dan mendapat persetujuan ibu
bapa/penjaga serta memenuhi syarat yang ditentukan dalam Program Buying Seats oleh panel
yang dilantik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). MBPK yang mengikuti program ini akan
dinilai secara berterusan dan diberikan sijil mengikut bidang yang diikuti.

Objektif
Memberikan peluang kepada MBK untuk menimba ilmu kemahiran dan pengetahuan
serta memperolehi pengalaman belajar di institusi awam, swasta dan industry
Memberi latihan kepada MBK dalam menguasai bidang vokasional dan kemahiran serta
akademik seterusnya menyediakan mereka peluang pekerjaan
MBK juga dapat mengisi ruang kemahiran yang tidak diperolehi di sekolah dan
menamatkan pengajian dengan kelayakan kemahiran yang diiktiraff dalam bidang
kemahiran yang diminati

Syarat Syarat MBK mengikuti Program Buying Seats


1. Berumur 16 hingga 18 tahun
2. Berdaftar di bawah Sekolah Bantuan Kerajaan
3. Boleh menguruskan diri
4. Telah menerima surat tawaran KPM

Kursus yang ditawarkan dan lokasi institut swasta (IPVS) yang menawarkan Program Buying
Seats MBK
Institut Swasta (IPVS) Lokasi Kursus Tahap SKM
Imperia Academy Kuantan, Pahang Food Beverage 2
Culinary Art 2
Accommodation Techniques 2

15
International College Melaka Single Phase Electrical 2
of Yayasan Melaka Installation & Maintenance
Juruteknik Automotif 2
Suria College of Johor Bahru, Johor Penyediaan dan Pembuatan 3
Hospitality Malaysia Makanan
Pembuatan Pastri 2
Operasi Pengemasan 3
Operasi Servis Makanan dan 3
Minuman
Azmida Training Batu Caves, Selangor Single Phase Electrical 2
Centre Installation
Pembantu Tadbir Sistem 2
Maklumat
Akademi YNS Sdn. Seremban, Negeri Penyediaan dan Pembuatan 3
Bhd. Sembilan Makanan
Pembuatan Pastri 2
Operasi Servis Makanan dan 3
Minuman
Pembuat Pakaian Wanita 2
Kuala Pilah, Negeri Juruteknik Automotif 2
Sembilan
Kemahiran YPJ Sdn. Johor Bahru, Johor Juruteknik automotif 2
Bhd. Penyediaan Makanan 2
Pembuatan Pastri 2
Segamat, Johor Juruteknik Sistem Komputer 3
Artis Multimedia 3
Muar, Johor Penyejukbekuan dan Penyaman 3
Udara-Domestik
Mekanikal Motosikal 2
Kluang, Johor Pekerja Am Tanaman 2
Juruteknik Pertanian 2
Landskap Pembinaan 2
Batu Pahat, Johor Pembuatan Pakaian Wanita 3

Tempoh pengajian
1. Maksimum dua tahun/empat semester
2. 12 minggu OJT

16
Semester
I II III IV
6 bulan 6 bulan 6 bulan 6 bulan
PdP di IPVS PdP di IPVS PdP di IPVS PdP di IPVS

Pengiktirafan yang diperolehi:


1. Sijil Tamat Pengajian dari IPVS
2. Sijil Competency of Curiculum Unit (CoCu)(pelatih yang melengkapkan sebahagian
Competency Unit (CU) sahaja) dari JPK
3. Sijil SKM Pelatih yang terampil dari JPK

Kurikulum dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan untuk Program Buying
Seats adalah seperti berikut:

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (VOKASIONAL)

1. SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA, KULAI


Pengenalan sekolah
Mula beroperasi pada tahun 2014
Merupakan Sekolah Pendidikan Khas yang ke-32 ditubuhkan dan disenaraikan di bawah
pengurusan Jabatan Pendidikan Khas (JPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

17
SMPKVIP adalah yang pertama dan julung kali di Malaysia yang melaksanakan konsep 3
in 1 iaitu 3 kategori murid berkeperluan khas: penglihatan, pendengaran dan
pembelajaran
Merupakan Sekolah Pendidikan Khas Berasrama dan menawarkan pendidikan serta
latihan khusus dalam bidang vokasional dan kemahiran
Murid-murid terdiri daripada murid lepasan PMR/ tamat tingkatan 3 dari seluruh
Malaysia termasuk sabah dan Sarawak

Kursus-kursus akademik yang ditawarkan


a) Matapelajaran teras (wajib)
Bahasa inggeris
Matematik
Pendidikan agama islam/moral
Bahasa melayu

b) Sijil kemahiran Malaysia yang ditawarkan (SKM tahap 3)


Housekeeping operation
Dandanan rambut
Juru estatik
Penyediaan dan pembuatan makanan
Refleksologi

2. SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN


Pengenalan Sekolah
Pembukaan SMPKV Kuantan bertujuan untuk menjana dan membuka peluang yang lebih
luas kepada murid berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan dan latihan khusus dalam
bidang vokasional dan kemahiran. SMPKV Kuantan mula beroperasi pada 16 Julai 2012 dengan
pengambilan pertama murid seramai 31 orang yang terdiri daripada murid Masalah
Pembelajaran. Empat kursus ditawarkan iaitu Pekerja Ladang Ruminan (PLR), Pekerja Ladang
Ternakan Poltri (PLP), Juruteknik Rendah Akuakultur (JRA) dan Pembantu Penyedia Roti (PPR).
Seramai 25 orang guru, seorang pembantu tadbir, 8 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM),
8 orang pekerja pembersih kawasan dan 8 orang pengawal keselamatan diambil pada awal
tahun 2012. Sehingga penghujung 2013, jumlah murid ialah seramai 116 orang.

Mulai Januari 2013, pengambilan penuh untuk 13 kursus (11 kursus Masalah Pembelajaran,
2 kursus Masalah Pendengaran). Pada Mac 2014, kursus Mata Pelajaran Aliran Vokasional
(MPAV) bagi murid bermasalah pendengaran dijumudkan dan ditukarkan kepada kursus SKM,

18
bersama-sama dengan kursus SKM yang diambil oleh murid bermasalah pembelajaran. Kursus
tersebut ialah:
MATA PELAJARAN BIDANG VOKASIONAL
HOSPITALITI CENDERAHATI DAN INDUSTRI KECIL
Pembuatan Pastri Operasi Pengeluaran Batik
Pembuatan Roti
Penyediaan dan Pembuatan Makanan

MATA PELAJARAN BIDANG TEKNIK


PENTERNAKAN PERTANIAN
Operator Akuakultur Atendan Lanskap
Pekerja Ladang Ruminan Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
Pekerja Ladang Ternakan Poltri Pekerja Am Tanaman

Pada November 2014, SMPKV Kuantan telah mendapat kod pusat bertauliah iaitu K05092.
Seramai 37 orang murid telah berjaya menamatkan persekolahan dan mendapat Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM). Pada tahun 2015 pula, seramai 81 orang murid telah layak mendapat Sijil
Kemahiran Malaysia.

Kursus-kursus akademik yang ditawarkan:


1) PENTERNAKAN
a) PEKERJA LADANG RUMINAN (SKM PLR TAHAP 1)
Dalam kursus ini, pelatih akan di ajar mengenai:
Laksanakan kerja menjaga ternakan ruminan
Laksanakan kerja pengurusan makanan ternakan
Laksanakan penyelenggaraan peralatan dan kemudahan ternakan
Jalankan program kesihatan ternakan
Laksanakan program pembiakan ternakan
Urus kawasan pastura dan foder

b) PEKERJA LADANG TERNAKAN POLTRI (SKM PLP TAHAP 1)


Pekerja Ladang Ternakan Poltri melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti membersihkan
ladang dan peralatan ladang, menyelenggara perumahan dan peralatan ternakan,
menjaga ternakan, mengekang ternakan, memberi makan minum ternakan dan
melaporkan keadaan- keadan tertentu kepada pengurusan ladang. Khususnya:
Membersihkan kawasan ladang
Membersihkan perumahan ternakan

19
Mencuci peralatan dan persekitaran tertentu di dalam ladang
Memberi makan dan minum kepada ternakan
Menjaga dan mengekang ternakan
Melapor keadaan-keadaan tertentu kepada pengurusan ladang

c) OPERATOR AKUAKULTUR (SKM OA TAHAP 1)


Kursus ini memberi pendedahan mengenai pelbagai pengetahuan dan kemahiran
secara teori serta amali mengenai cara-cara, kaedah, prosedur dan pelaksanaan
penternakan ikan air tawar. Kaedah pengurusan-pengurusan ternakan yang
menyeluruh meliputi penyediaan kolam, peralatan, mutu air, makanan, musuh,
penyakit serta tuaian hasil diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan
lancar. Di samping itu, terdapat beberapa siri lawatan sambil belajar ke institusi swasta
dan kerajaan dalam bidang akuakultur yang berjaya. Antara kemahiran yang diberi
penekanan adalah:
Pemilihan tapak
Penyediaan tempat ternakan
Kawalan kualiti air
Pengurusan pemakanan ternakan
Penternakan makanan hidup
Pengurusan ternakan
Pengurusan kesihatan ternakan
Kerja senggaraan ladang ternakan
Pengurusan tuaian dan hasil tuaian

2) PERTANIAN
a) OPERATOR PENGELUARAN PEMPROSESAN MAKANAN (SKM OPPM TAHAP 1)
SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan merupakan Sekolah Menengah Pendidikan
Khas yang pertama menawarkan program SKM Operator Pengeluaran Pemprosesan
Makanan Tahap 1 untuk murid- murid Bermasalah Pendengaran (BD). Tempoh
pengajian program ini adalah selama 2 tahun dan untuk murid yang terampil dalam
penilaian portfolio akhir akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1. Murid
akan mempelajari tentang:
Cara mengendalikan bahan mentah
Cara memproses makanan hasilan ikan seperti kerepok lekor
Cara memproses makanan hasilan daging seperti daging burger dan nugnet ayam
Cara memproses makanan hasilan buah- buahan dan sayur- sayuran seperti sos cili,
jem nenas, jeruk manga dan cincau

20
Cara memproses makanan hasilan bakeri seperti pizza, kek dan roti
Cara memproses makanan hasilan snek dan konfeksioneri seperti kerepek pisang dan
keropok kering
Cara memproses makanan hasilan kuih tradisional seperti apam madu, karipap,
samosa dan popia

b) PEKERJA AM TANAMAN (SKM PAT TAHAP 1)


Pekerja Am Tanaman dipertanggungjawabkan untuk melakukan kerja- kerja rutin
ladang dengan menggunakan Amalan Pertanian Baik (APB) yang meliputi aspek- aspek
tanaman:
Sedia kawasan penanaman
Sedia tapak semaian serta bahan tanaman
Laksana kerja penanaman
Laksana kerja- kerja penjagaan tanaman
Laksana kerja tuai hasil dan pasca tuai tanaman
Pasarkan hasil tanaman di pasar tani/ pasar malam/ pasar minggu

Murid berpeluang untuk menyambung pelajaran ke SKM Tahap 2 (Jurutekik Tanaman)


dan seterusnya SKM Tahap 3 (Penyelia Tanaman) yang ditawarkan di Institut Pertanian
Kuala Lipis, Pahang. Murid juga berpeluang bekerja sebagai pekerja ladang tanaman
dengan SKM Tahap 1 serta berupaya mengusahakan ladang tanaman sendiri.

c) ATENDAN LANSKAP (SKM AL TAHAP 1)


Salah satu program SKM Tahap 1 yang ditawarkan di SM Pendidikan Khas Vokasional
Kuantan. Program vokasional ini diperakukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK). Setiap murid di dalam program ini hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai
asas menyediakan kawasan landskap dan menguruskan bahan landskap lembut dan
kejur. Kemahiran-kemahiran ini penting kerana asas yang kukuh dapat melahirkan
murid yang berkemahiran seterusnya dapat menghasilkan pekerja- pekerja mahir
dalam bidang landskap.

3) HOSPITALITI
a) PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN (SKM PPM TAHAP 2)
SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan merupakan sekolah yang menawarkan
program SKM Tahap 2 bagi murid masalah pembelajaran bagi kursus Penyediaan dan
Pembuatan Makanan. Tempoh pengajian program adalah selama 3 tahun dan murid
yang terampil untuk setiap CoCu serta lulus penilaian portfolio akhir akan
dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.

21
Penyediaan dan Pembuatan Makanan (PPM) lebih menjuruskan kepada pembelajaran yang
akan:
Sedia dan hasilkan produk makanan mengikut Competency Unityang ditetapkan
Mempelbagaikan hasil masakan mengikut kreativiti dan standart resepi yang telah
disediakan
Mempelajari pelbagai jenis masakan barat, timur dan masakan kaum Cina serta India
Laksana kerja-kerja penyediaan makanan untuk majlis-majlis tertentu
Pasarkan hasil masakan untuk mempelajari bidang keusahawanan

b) PEMBUATAN ROTI (SKM PR TAHAP 2)


Kursus Pembuatan Roti Tahap 2 mengandungi 8 COCU yang perlu dipelajari oleh setiap
murid yang mengambil kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuatan Roti yang
telah diwujudkan di dalam Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan
(SMPKVK).

Bagi melayakkan pelajar mendapatkan Sijil SKM Pembuatan Roti, setiap murid perlu
terampil bagi kesemua COCU yang diambil. Sekiranya salah satu COCU tidak terampil
pelajar hanya layak mendapat sijil bagi setiap COCU yang terampil sahaja. Penilaian
akhir akan dibuat pada tahun akhir atau tahun ketiga pelajar duduki.

c) PEMBUATAN PASTRI (SKM PP TAHAP 2)


Pembuatan Pastri merupakan salah satu kursus di bawah bidang hospitaliti. Kursus ini
mula ditawarkan pada tahun 2014 bagi menggantikan matapelajaran Katering yang
telah dijumudkan. Kursus ini juga hanya ditawarkan kepada Murid Bekeperluan Khas
Pendengaran sahaja. Kursus ini mengandungi 10 Competnecy Unit(CU) yang terdiri
daripada 8 CU Teras dan 2 CU Elektif.

4. CENDERAHATI DAN INDUSTRI KECIL


a) OPERASI PENGELUARAN BATIK (SKM OPB TAHAP 3)
Merupakan satu- satunya program yang menawarkan Sijil SKM Tahap 3 di SM
Pendidikan Khas Vokasional Kuantan. Murid yang berjaya mendapat Sijil Kemahiran
Malaysia dalam bidang ini akan berpeluang bekerja sebagai pereka fesyen, pereka
batik, usahawan batik, pengajar batik bagi sektor swasta atau awam, pengurus kilang
batik, penolong pengurus kilang batik, pengawal kualiti batik dan jurujual batik.

22
PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU
di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan
penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama
rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.

Konsep PDK
Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat
komuniti tempatan
Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti
Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan
OKU disishkan daripada keluarga dan komuniti
Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut
potensi yang ada dalam diri mereka
Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan
OKU

Objektif PDK
Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawab masyarakat
tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya.
Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif
dan sesuai dengan keadaan setempat.
Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan
perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
Mengembleng sumber tempatan untuk pemuliahn sumber tempatan untuk pemuliha
OKU
Menggunakan insfrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi
perkhidmatan.

Ciri-ciri PDK
Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan.
Ibu bapa atau ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting
Menggunakan teknologi dan kos yang rendah
Kaedah dijalanan secara di pusat dan seliaan di rumah
Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada

23
Faedah penubuhan PDK
Membantu golongan ibu bapa untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih terperinci
mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini.
Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang duhadapi dengan ibu bapa yang mempunyai
anak seperti mereka.
Kanak-kanak istimewa ini mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan mereka
dan dapat meminimumkan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak ini.
Dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai
kebolehan sekiranya diberi peluang untuk mendapat bimbingan.

Model PDK
Program PDK berteraskan kepada 3model iaitu :
a) Home Based (PDK di rumah)
Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana
kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.
Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas
selama 4jam sehari.
Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak dapat
hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan.

b) Center Based (PDK di pusat)


Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari.
OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan.

c) Center Home Based (PDK di pusat dan di rumah)


Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari.
Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk
melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.

24
SENARAI RUJUKAN
1. Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia-Bahagian Pendidikan Khas
http://www.moe.gov.my/my/BPKhas
2. Portal rasmi Jabatan Kebajikan dan Masyarakat
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
3. Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
http://www.plppbangi.gov.my
4. Bengkel Daya Sungai Petani
http://bengkeldayasp.blogspot.my/
5. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan
https://smpkvkuantan.blogspot.my
6. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Inderapura, Kulai
http://smpkvip.blogspot.my/

25