Anda di halaman 1dari 1

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DALAM PERMAINAN BOLA KERANJANG

1. Permainan diadili oleh 2 orang referi.

2. Semasa permainan sebuah pasukan diwakili oleh 5 pemainnya.

3. Pemain mesti menggunakan baju yang menunjukkan nombornya di belakang dan di


depan.

4. Perlawanan dibahagikan kepada 2 waktu separuh masa dan setiap separuh masa adalah
20 minit. Masa rehat antara separuh masa itu adalah 10 minit.

5. Satu mata untuk lemparan bebas, 2 mata untuk jaringan terus dan 3 mata bagi jaringan
dari luar garisan lengkung.

6. Referi melakukan bola loncat (jump ball) di bulatan tengah untuk memulakan permainan
untuk kedua-dua separuh masa.

7. Selepas sesuatu jaringan, permainan diteruskan dengan hantaran dari belakang Garis
Belakang oleh seorang pemain pihak yang kena jaringan itu.

8. Semasa permainan bejalan, adalah salah sekiranya seseorang pemain itu memegang bola
lebih daripada 5 saat tanpa melepaskannya (menghantar, melantun atau menjaring). Bola
mesti digerakkan ke dalam separuh gelanggang pihak lawan dalam masa sepuluh saat oleh
pasukan yang menguasai bola. Setelah menguasai bola, pasukan itu hendaklah membuat
percubaan menjaring dalam masa 30 saat.

9. Seseorang pemain tidak dibenarkan menghalang, memegang, menolak, merempuh atau


melakukan sebarang kekasaran untuk menyekat pergerakan lawannya.

10. Seseorang pemain yang telah melakukan kesalahan perseorangan atau teknikal
sebanyak 5 kali akan dikeluarkan dari permainan tersebut.