Anda di halaman 1dari 2

BOLA TAMPAR

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan bola tampar diperkenalkan kira-


kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu,
iaitu pada tahun 1895. Orang yang
bertanggungjawab memperkenalkannya ialah
William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan
permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts,
Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati
permainan bola keranjang agak lasak dan
bercadang untuk memperkenalkan permainan yang
seumpamanya tetapi kurang lasak.

Pada mulanya, permainan ini dinamakan Mintonette, tetapi ditukar


kepada volley ball kerana permainan tersebut banyak menggunakan
pergerakan secara lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi
agak popular. Tambahan pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih
lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para
pemain.

Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di


Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China
1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama
dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tenteratentera Amerika Syarikat.
Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947.
Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya
untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut
membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju
setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada
tahun 1964.

Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun


1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada
tahun 1959.

Anda mungkin juga menyukai