Anda di halaman 1dari 116

Contents

1. Apakah Tuan Baru Hendak Mula Belajar Melabur Saham ?...................................2


2. Dulu Saya Pun Tak Pernah Tahu Betapa Mudahnya Menjadi Seorang Pelabur
Berbanding Seorang Trader........................................................................................ 4
3. Sekiranya Tidak Berani Melihat Harga Saham Jatuh, Pasaran Saham Bukan
Untuk Tuan................................................................................................................. 6
4. Barangkali Kita Lebih Sesuai Beri Modal Kepada Mereka Yang Ada Bakat Bisnes.7
5. Beli Saham Memang Mudah, Yang Susah Adalah Buat Untung Secara Konsisten
10
6. Pelabur Saham Jika Rugi 100% Sekalipun Masih Tidak Jatuh Miskin...................14
7. Buy Low Sell High; Rahsia Yang Semua Orang Sudah Tahu Tetapi Tak Ramai
Dapat Melakukannya................................................................................................ 17
8. Jika Serius Melabur Dalam Saham, Sila Terus Buka Akaun Dengan Syarikat
Broker....................................................................................................................... 22
9. Mudahnya Melabur Saham................................................................................. 29
10. Mulakan Pelaburan Saham Dengan Langkah Kanan.......................................31
11. Buy Low Sell High? Eh, Pelabur Buy At Discount!............................................36
12. 4 Langkah Membuat Watchlist Saham Sendiri Tanpa Perlu Bergantung Dengan
Orang Lain................................................................................................................ 39
13. Keluar Shopping Mencari Jualan Murah (1).....................................................46
14. Keluar Shopping Mencari Jualan Murah (2).....................................................51
15. Meneliti Paku & Skru Sesebuah Syarikat.........................................................59
16. Ke Garisan, Sedia, Mula!..............................................................................67
17. Tentang Warrant Saham, IPO, Cleansing & Zakat Saham................................74
18. Pelabur Membuat Analisa Bisnes, Bukan Analisa Pergerakan Harga Saham...81
19. Strategi Pelaburan Saham Untuk Orang Sibuk................................................85
20. Dah Ada Modal Pelaburan, Jalan Terus............................................................90
21. Analisa Saham Menggunakan BursaMarketPlace.com....................................91
22. Fiamma Holdings Berhad 2014.......................................................................93
23. Felda Global Ventures Holdings Berhad : Kajian Kes.......................................99
24. Pelaburan Indeks 2015..................................................................................101
25. Fiamma Holdings Berhad 2015.....................................................................104

1
1. Apakah Tuan Baru Hendak Mula Belajar Melabur Saham ?

Misi pelaburan pertama kita adalah membeli sekurang-kurangnya 5 kaunter saham,


bermodalkan sebahagian kecil sahaja dari duit lebih yang kita ada.

Gunakan sebahagian duit simpanan sahaja dahulu untuk misi pelaburan pertama kita.
Jumlah yang kita sanggup rugi 100%.

Ini membolehkan kita mempelajari logik pelabur saham secara live. Maklumlah, sebagai
pelabur baru kita masih bodoh dalam logik pelaburan. Setelah telah dapat untung dari misi
pelaburan pertama, barulah kita membesarkan modal pelaburan saham tersebut.

Selain masih belum berpengalaman melabur saham, adakah tuan / puan ...

Seorang yang mempunyai cashflow bulanan yang positif ?

Mempunyai modal khas (walaupun kecil) untuk memulakan pelaburan saham ?

Mempunyai simpanan duit tunai yang hanya disimpan dalam akaun bank, Tabung
Haji dan ASB sahaja ?

Seterusnya tuan / puan juga:

Mempunyai sasaran tabungan jangka masa panjang seperti keperluan persaraan,


pendidikan anak-anak, kesihatan dan seterusnya?

Tidak akan mengusik modal pelaburan tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 3


tahun ?

Mahu mempelbagaikan pelaburan, dan mahu melabur dalam pasaran saham pula ?

Atau, barangkali tuan / puan juga:

Selalu sangat rugi, akibat membuat spekulasi dalam pasaran saham dan kini mahu
mempelajari cara yang lain pula iaitu cara seorang pelabur dan bukan lagi seorang
spekulator ?

Memang ada minat untuk mendalami ilmu pelaburan saham ?

Nak tahu apa itu value investing ?

Jika ya, tahniah. Ini adalah laman web yang barangkali dapat mengubah masa hadapan kita.

Saya dapat membantu tuan / puan menjadi seorang pelabur dalam pasaran saham. Ya,
seorang pelabur dan bukannya seorang spekulator, seterusnya dapat tidur lena pada malam
hari.

Mahukah tuan / puan sekiranya saya menunjukkan cara-caranya ?

Oh ya, sebelum tuan / puan meneruskan pembacaan, saya mahu memberi amaran:

2
Saya tidak tahu cara menjana pendapatan harian atau bulanan dengan
pasaran saham. Saya tak dapat bantu jika mahu 'main saham' sebab nak bayar
hutang. Saya mengukur prestasi pelaburan saham berdasarkan pulangan pelaburan
untuk tempoh setahun.

Saya tidak menjanjikan intan permata, bulan dan bintang. Saya tak tahu cara untung
sekelip mata. Saya tak tahu cara untung untung untung dan tidak rugi. Saya cuma
dapat berkongsikan kaedah-kaedah asas dalam pelaburan saham, dan dengan
sikap (attitude) yang betul, kita dapat memperoleh pulangan yang memuaskan. Rugi
dalam pelaburan pasti berlaku. Kita mesti bersedia menerima rugi jangka pendek.

Saya tidak buat analisis saham berdasarkan carta-carta dan graf harga saham. Saya
cuma berkongsi cara-cara membeli bisnes yang bagus-bagus melalui pasaran
saham. Jadi, kalau nak belajar mengkaji carta-carta saham di sini bukan tempatnya.

Fokus utama saya, adalah membantu tuan / puan elak rugi (modal) terlebih
dahulu dengan kaedah tertentu mengawal risiko. Strategi yang saya kongsi tidak
mencari untung dahulu. Jadi saya tidak beri tips saham-saham panas untuk dijadikan
modal perbualan dalam media sosial. Yang "kononnya" boleh untung cepat.

Pastikan tuan / puan melabur dengan duit lebih sahaja. Bukan bermodalkan duit
pinjaman bank atau berhutang dengan kawan-kawan dan saudara mara.

Salam! Saya Suzardi Maulan, juga lebih dikenali sebagai Pakdi.

Saya merupakan seorang perunding kewangan dan juga seorang pelabur saham.

3
Ramai yang bertanyakan kepada saya cara-cara memulakan pelaburan saham sendiri. Ini
menyebabkan saya akhirnya menyediakan siri Tutorial Online Pelaburan Saham ini khusus
kepada mereka yang berminat untuk menjadi seorang pelabur saham.

Pelaburan saham bukanlah sesukar mana. Namun, ia tidaklah terlalu senang sampai tutup
mata pun boleh buat duit. Kita cuma perlu ada pengetahuan yang betul sahaja.

Selamat membaca!

Suzardi Maulan
www.pakdi.net

Baik.

Saya tidak mahu membuang masa tuan / puan yang sangat berharga. Saya tak dapat
janjikan buat return boombastic. Sila cari orang lain jika mahu buat untung cepat dalam
pasaran saham. Saya cuma dapat membantu tuan / puan yang suka dengan cara slow &
steady.

Jika tuan / puan merupakan orang yang sabar, sila klik link di bawah untuk membaca artikel
seterusnya.

2. Dulu Saya Pun Tak Pernah Tahu Betapa Mudahnya Menjadi Seorang Pelabur
Berbanding Seorang Trader

Dulu, semasa saya buat active trading strategy atau jadi trader / speculator, saya tidak
mempunyai banyak masa nak bercuti dan buat kerja-kerja lain yang lebih produktif.
Maklumlah, hari-hari kena tengok monitor komputer. Pergi jamban pun kena tangguh
semasa pasaran buka.

Apabila dah terduduk sebegitu di depan komputer, antara saat terkilan adalah saya tak
dapat temankan almarhumah emak saya yang ketika itu mengalami sakit yang serius pergi
ke Labuan melawat abang saya yang bekerja di situ. Hati kecil saya akhirnya terdetik...

Adakah saya mahu buat active trading sebegini sampai usia 60 tahun? Pukul 8:00 pagi
dah duduk depan komputer sampai pukul 6:00 petang. Tiada life. Nak buat kerja lain pun
susah.

Kata kerja sendiri nak masa flexible, tapi nanti bila nak hantar anak ke sekolah pun berkira-
kira sebab market open. Patutnya saya yang dapat mengawal masa 24 jam saya sendiri.

Misalnya, bila almarhumah emak saya ada temujanji dengan doktor di PPUM, saya perlu
tutup semua position walaupun tengah baik. Aduh Maklumlah temujanji doktor paling
cepat ambil masa 1/2 hari.

Masa saya bekerja di bank pun begitu. Ingatkan ada masa nak curi-curi tengok
market. Hampeh Mesyuarat. Kertas kerja. Mesyuarat. Mesyuarat. Kertas kerja. Bos pula
selalu lalu cubicle. Nak menjeling tengok market pun segan. Ini masa pejabat. Buatlah kerja
pejabat. Bukan be in the market! Itu namanya tidak amanah dalam kerja.

4
Sekarang, bila dah gunakan strategi seorang pelabur, saya lebih seronok. Boleh bercuti
masa off peak season. Tiket masuk murah. Hotel murah. Orang tak ramai. He he he.

Macam masa bercuti di USS Studio ni, kalau pergi masa peak season jangan haraplah
beratur tak sampai 5 minit dah boleh ride roller coaster dia. Entah-entah pemegang tiket
ekspres pun masih kena beratur panjang.

Satu lagi, saya dah tak perlu risau pasal pasaran semasa bercuti. Tidak perlu lagi nak
memberatkan beg dan bahu untuk bawa laptop-lah, roaming-lah, broadband-lah dengan
tujuan nak tengok pasaran. Kalau bercuti, kita enjoy! Bak kata Nora Danish.

Hati dah jadi tenang, rileks dan tidur waktu malam lebih nyenyak.

Habis masa bercuti, portfolio pelaburan masih terjaga dengan baik. Biasalah kalau jatuh sikit
atau naik sikit. Apa yang penting, bukan saya yang teruk bekerja, tetapi duit yang bekerja
keras untuk saya.

Dari Pelabur Untuk Pelabur

Jadi saya mahu berkongsi kepada kalian bagaimana untuk menjadi seorang pelabur saham
tanpa pecah kepala menilik carta-carta saham, duduk di hadapan komputer
sepanjang pasaran dibuka seterusnya berhenti meneka-neka turun naik harga
saham.

Ada cara yang lebih ringkas. Simple but not easy.

Saya bukanlah seorang remisier, dealer, analyst atau fund manager. Saya cuma seorang
pelabur kecil-kecilan sama seperti kalian. Justeru, apa yang terkandung dalam tutorial online
ini merupakan perspektif dari seorang pelabur kepada pelabur yang lain. Yang tidak
mempunyai apa-apa kelebihan insider information, teknologi yang canggih mahupun
sepasukan analyst saham yang memberi laporan harian.

Barangkali ramai di kalangan kita berpendapat untuk terlibat dalam pasaran saham maka
kita perlu menjadi pakar akaun, pakar ekonomi, ada modal yang besar, kena pandai baca
carta saham dan masih kena telefon remisier / dealer untuk beli saham. Oh tak perlu.
Common sense sudah mencukupi dan kini jual beli adalah secara online.

Sesungguhnya tiada apa-apa rahsia yang dibongkarkan Barangkali kalian belum berjumpa
tekniknya sahaja. Dan saya menyusunnya semula dalam bahasa yang biasa-biasa sahaja.

3. Sekiranya Tidak Berani Melihat Harga Saham Jatuh, Pasaran Saham Bukan Untuk
Tuan

5
Turun naik harga merupakan fenomena biasa dalam pasaran saham. Hari-hari harga turun
naik. Ia dikenali sebagai volatility.

Semua pelabur memang suka melihat harga saham yang dibeli naik dari hari ke hari. Tetapi
apa yang lebih mencetuskan adrenalin, yang menyebabkan organ-organ dalaman kita
bergetar hebat adalah situasi beruang terjun tingkap. Ketika itu barulah kita tahu siapa
yang masih membawa lesen L, lesen P atau pun lesen super Formula 1.

The bull walks up the stairs and the bear jumps out the window.

Ini adalah peribahasa pasaran saham. Maksudnya, pasaran menjunam lebih cepat dari
pasaran menaik.

Kejatuhan Indeks; Super Bull Run 1993, Krisis Kewangan 1997 & Subprima 2008

1. Ketika Super Bull Run berlaku pada 1993, Kuala Lumpur Composite Index (KLCI)
memerlukan masa 1 tahun untuk naik dari dari paras 630 mata ke paras tertinggi 1332
mata (Kenaikan 110%).

Kemudian jatuh sehingga mencecah paras 930 mata dalam tempoh 4 bulan sahaja.
Kejatuhan sebanyak 30%.

2. Seterusnya, KLCI memerlukan masa 26 bulan (1995-1997) dari paras 850 mata untuk
mencecah paras 1278 mata (+ 50%).

Kemudian, apabila krisis kewangan Asia melanda pada 1997, KLCI jatuh 480 mata alam
tempoh 10 bulan. Kejatuhan 62%.

3. Sebelum krisis subprima pada 2008 pula menyaksikan KLCI naik dari 910 mata ke 1520
mata dalam tempoh 18 bulan (+67%).

Kemudian jatuh semula ke paras 850 mata dalam tempoh 11 bulan. Kejatuhan 44%.

4. Pada bulan Ogos 2013, KLCI memerlukan 4 bulan iaitu dari bulan April Julai untuk naik
mencecah paras tertinggi iaitu 1810 mata, dari paras 1650 mata.

Kemudian kembali semula ke paras yang sama dengan kejatuhan kira-kira 160 mata dalam
tempoh tidak sampai 2 minggu. Naik perlu masa 4 bulan, jatuh tidak sampai 14 hari!

Kejatuhan indeks sebegini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh sentimen pasaran yang
bersifat reaktif. Adakalanya tiada alasan fundamental yang dapat menjelaskan kenapa
fenomena ini berlaku.

Laporan-laporan media selalunya cuba membuat justifikasi kejatuhan dan cuba


menggambarkan hari esok sudah kiamat. Jika mereka (media) tidak menulis sesuatu dalam
laporan mereka, maka tidak adalah berita yang dapat dijual kepada kita semua.

6
Mr Market Adalah Rakan

Kita perlu menerima sifat roller-coaster pasaran, juga digelar oleh Benjamin Graham sebagai
Mr Market ini untuk berjaya dalam pasaran saham.

Mr Market ini emosional orangnya. Contohnya, kita anggap saham itu sebuku sabun mandi.
Satu hari Mr Market menawarkan kepada kita harga sebuku sabun RM 10. Tak masuk akal.
Jadi, jika kita rasa harga RM 10 itu tidak masuk akal, tak perlu beli.

Pada hari yang lain pula, Mr Market menjual sebuku sabun itu dengan harga 10 sen sahaja.
Juga harga tak masuk akal. Macam mana harga sebuku sabun dijual dengan harga semurah
itu?

Keesokan harinya pula, Mr Market menjual sebuku sabun dengan harga RM 1 pula. Kita
berpendapat RM 1 itu adalah harga patut bagi sebuku sabun mandi. Sekarang, nak beli atau
tidak?

Begitulah perangai Mr Market. Kita susah nak faham sepenuhnya. Kita cuma perlu menerima
sepenuhnya sifatnya yang sungguh emosional. Tak perlu lawan sifat semula jadi yang
memang sebegitu.

Di mana-mana taman tema, bukankah sudah ada tanda amaran yang mengingatkan
bahaya-bahaya terhadap diri kita sebelum menaiki sesebuah roller-coaster?

4. Barangkali Kita Lebih Sesuai Beri Modal Kepada Mereka Yang Ada Bakat Bisnes

Mari kita mulakan dengan memahami terlebih dahulu apa itu saham.

Kita perlu maklum saham bukan hanya sekadar turun naik harga. Saham adalah bisnes.
Membeli saham bermaksud kita membeli pemilikan dalam sesebuah syarikat.

Hakimi memulakan bisnes menjual air soya di tepi jalan. Modal permulaannya cuma RM 500
sahaja. Alhamdulillah, rezeki bisnes semakin baik sehingga Hakimi perlu membuka kedai
dan kilang untuk menampung permintaan yang banyak. Produk-produk baru berkaitan air
juga perlu dibuat untuk mengembangkan lagi bisnes.

Maka, Hakimi pun berjumpa dengan bank, bahagian perbankan bisnes & komersil untuk
membuat pembiayaan. Pembiayaan bisnes diluluskan dan Hakimi dapat mengembangkan
bisnesnya dengan lebih jauh. Kini produk syarikatnya bukan sekadar air soya, malahan air
pelbagai perisa dalam kotak dan tin.

Rezeki semakin bertambah, produknya kini dikenali satu Malaysia. Sudah lebih 100
pengedar di seluruh negara memasarkan produk minumannya. Lantas Hakimi pun mencari
jalan untuk menambahkan modal untuk terus berkembang.

Seorang pegawai bank pelaburan menasihati beliau supaya mendapatkan modal menerusi
pasaran ekuiti. Syarikat Hakimi Sdn Bhd bakal menjadi Hakimi Holdings Bhd. Untuk

7
membolehkan Hakimi terus mengawal syarikat tersebut, dia bersetuju untuk menjual 49%
sahamnya kepada pelabur yang berminat, pelabur institusi dan pelabur runcit.

Sebanyak 300 juta unit saham diterbitkan dan 49% daripadanya dijual kepada pelabur lain
dalam proses yang dikenali sebagai Initial Public Offering (IPO). Maka orang ramai pun
meneliti prospektus yang dikeluarkan, dan pelabur yang berminat dengan syarikat Hakimi
Holdings Bhd pun membeli IPO dari primary market, seterusnya dapat menikmati
perkembangan syarikat itu bersama-sama dengan Hakimi selaku pemilik syarikat.

Salah seorang pemegang saham IPO bernama Azmir. Oleh kerana terlalu ramai pelabur yang
mahu membeli saham Hakimi Holdings Bhd, maka harga saham tersebut terus naik di Bursa
Malaysia pada hari pertama penyenaraian saham itu dibuat. Oleh kerana kenaikan yang
begitu banyak dalam masa yang singkat, Azmir pun menjual semua saham miliknya kepada
orang lain melalui jual beli di Bursa Malaysia. Azmir mendapat untung capital gain.

Manakala, ada pemilik saham lain bernama Abdul Hasib. Walaupun harga saham Hakimi
Holdings naik dengan banyak, dia terus hold saham tersebut. Dia yakin dengan prestasi
jangka panjang bisnes dan mahu terus mendapatkan keuntungan dividen selain dari capital
gain. Malah, Abdul Hasib terus membeli saham Hakimi Holdings Bhd dari semasa ke semasa
menerusi Bursa Malaysia.

Hakimi tersenyum lebar apabila selesai proses IPO. Dia mendapat modal ekuiti yang sesuai
dengan hasratnya untuk mengembangkan bisnes sehingga ke peringkat luar negara pula.
Pada masa yang sama, orang ramai juga dapat menumpang keuntungan syarikatnya
dengan membeli saham-saham Hakimi Holdings Bhd. Maklumlah, bukan semua orang
berbakat uruskan bisnes sendiri sampai boleh diapungkan ke Bursa Malaysia

Imej: Ibu pejabat Padini Holdings Berhad

Usahawan vs Pelabur

Hakimi merupakan seorang yang berbakat dalam bisnes. Mempunyai DNA bisnes yang
sesuai untuk membangunkan bisnes dari bawah. Walaupun begitu, apabila sudah sampai
masanya bisnes berkembang, ia memerlukan modal sangat banyak.

Maka Hakimi mengembangkan bisnes dengan langkah yang paling kerap menjadi pilihan
usahawan, iaitu membuat pembiayaan dengan bank komersil. Namun, bank komersil juga
mempunyai had untuk memberikan pembiayaan kepada sesebuah syarikat. Dipendekkan
cerita, Hakimi memilih cara seterusnya dengan mendapatkan modal bisnes menerusi
pasaran saham.

Apabila Hakimi memilih untuk mendapatkan modal dari pasaran saham, dia perlu
melepaskan sebahagian besar pemilikan syarikat kepada pelabur-pelabur baru. Itu adalah
pengorbanan yang mesti dibuat untuk merealisasikan cita-cita bisnesnya.

8
Bisnes memerlukan bakat. Bukan semua orang mempunyai DNA bisnes yang sesuai untuk
membangunkan bisnes dari bawah. Dan sampai satu ketika, bisnes memerlukan modal
tambahan.

Maka itulah tugas dan fungsi seorang pelabur, iaitu membeli bisnes yang sesuai. Sebagai
pertukaran bagi duit tunai sebagai modal, pemilikan syarikat diberikan kepada para pelabur
dalam bentuk unit-unit saham.

Selaku pemilik saham, ganjaran utama adalah dividen yang diperoleh dari operasi syarikat.
Pemberian dividen ini dapat dibuat setahun sekali, 2 kali setahun atau 4 kali setahun.
Bergantung kepada polisi syarikat. Selain itu, pemilik saham juga berpeluang mendapat
saham-saham percuma atau pun bonus tunai sekiranya perkembangan syarikat yang
dimilikinya adalah memberangsangkan.

Apabila unit-unit saham ini didagangkan dalam secondary market iaitu Bursa Malaysia,
maka pemilik saham juga berpeluang mendapat capital gain. Iaitu apabila saham dijual
lebih tinggi dari harga belian.

Azmir dan Abdul Hasib barangkali berbakat atau mempunyai disiplin ilmu yang betul untuk
mengenalpasti syarikat yang baik seterusnya membeli saham-saham syarikat yang
dibangunkan usahawan seperti Hakimi. Atau, mungkin hanya nasib.

Pelabur juga terdiri dari dua kategori, iaitu pelabur individu yang mempunyai lebihan tunai
atau pun pelabur institusi seperti Nakhaie, yang bekerja sebagai pengurus dana di AFIQ
Fund Management Sdn Bhd. Ini adalah contoh pelabur institusi. Dia berjual beli saham bagi
pihak orang lain dan bukan dirinya sendiri.

Kita adalah pelabur individu, ataupun dikenali sebagai pelabur runcit. Manakala institusi
seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah contoh para pelabur institusi.

Pelabur Kecil, Kapal Kecil

Selaku pelabur kecil, cukuplah membeli antara 3 hingga 5 syarikat sahaja pada sesuatu
masa. 10 masih boleh, tetapi itu pun sudah banyak bagi kita. Adalah lebih baik untuk kita
fokus pada syarikat yang benar-benar berkualiti sahaja. Nak beli lebih dari 10 boleh,
sekiranya tuan mampu untuk memantau semua syarikat yang dibeli.

Pastikan kita membuat analisis sendiri. Jangan bergantung dengan mana-mana pihak.
Apabila terbaca di mana-mana ada tips saham diberikan, maka tugas kita adalah menyemak
semula syarikat tersebut. Semua ini perlu dibuat sendiri. Maklumlah, kita tidak mempunyai
kelebihan seperti pelabur institusi yang mempunyai pasukan khas untuk membuat
penyelidikan. Namun, perkara tersebut bukanlah penghalang. Malah, ia adalah satu
kelebihan!

Sebagai seorang pelabur kecil, kita mempunyai 100% kebebasan untuk membuat keputusan
bila untuk membeli, dan berapa banyak yang mahu dibeli. Kita tidak mempunyai had
tertentu apabila melabur.

9
Ibaratnya adalah seperti seorang pemain bola sepak yang dibenarkan untuk offside untuk
menjaringkan gol. Tak perlu ada kemahiran hebat macam Pele. Tak perlu jadi macam Diego
Maradona. Kita cuma perlu tunggu sahaja di depan pintu gol dan menunggu bola sampai di
kaki kita. Kita tak perlu menggelecek pertahanan, membuat hantaran lintang apatah lagi
membuat sepakan percuma.

Tunggu depan gol, bola sampai, rembat terus masuk gol!

5. Beli Saham Memang Mudah, Yang Susah Adalah Buat Untung Secara Konsisten

Semua orang dapat berjual beli saham.

Nak buat untung pun mudah. Memang boleh untung punya. Dari 10 kali beli takkan 1 pun
tak untung, kan?

Yang susah adalah membuat untung secara konsisten. Ramai tidak dapat buat untung
dengan konsisten dalam jual beli saham sebab mereka tidak tahu apa yang mereka buat.

Kita tak tahu pun apa itu pelaburan. Kita cuma tahu 'nak buat duit'. Sedangkan cara buat
duit dalam bisnes dan pelaburan adalah berbeza. Dalam Islam, pelaburan disebut istithmar.
Maksudnya penghasilan buah. Ini adalah konsep asas yang membezakan pelaburan dan
bisnes (bay'). Kita melabur dalam bisnes sebagai seorang pelabur dan bukannya menjadi
pengurus bisnes.

Pelabur lebih mirip dengan pekerjaan seorang petani, pekebun atau peladang. Mari kita lihat
apa yang dibuat oleh seorang petani, saya ambil contoh seorang pekebun sawit.

Mula-mula, dia perlu mencari tanah yang sesuai. Bukan semua jenis tanah sesuai untuk
tanam sawit.

Seterusnya, dia perlu mencari anak pokok yang baik. Dia perlu mencari anak-anak pokok
yang berkualiti dengan sedaya upaya dirinya. Pekebun sawit faham paling cepat hasil dapat
dituai adalah 3 tahun. Selepas 5 tahun buah yang lebih berkualiti dapat dihasilkan. Dan
pokok sawit dapat bertahan selama 20 hingga 30 tahun. Pekebun sawit juga kena tahu
jadual racun, baja, pruning dan lain-lain.

Seorang pekebun sawit berpengalaman sekalipun, dia tidak dapat menjamin berapa tan
buah yang dapat dihasilkan setiap kali dipetik. Dia juga tidak mempunyai 100% kepastian
adakah anak pokok yang digunakan mengeluarkan buah sawit yang paling baik. Dari lebih
5,000 pokok sawit yang ditanam, sudah pasti ada pokok yang langsung tidak mengeluarkan
hasil. Dia terpaksa bertawakal sekiranya berlaku kemarau dan banjir.

Dia tahu hasilnya ada, tetapi cuma sekadar anggaran dan tiada jaminan sama sekali. Itulah
risiko yang perlu dia ambil.

Cuma apabila dia menggunapakai kaedah yang betul, dia dapat mengurangkan risiko.
Berbanding main tanam sawit begitu sahaja tanpa apa-apa pengetahuan dan hanya
berharap berbuah lebat.

10
Begitu juga sikap seorang pelabur.

Kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan. Kita cuma perlu menggunapakai
kaedah-kaedah yang betul, kaedah yang terbukti dapat memberikan pulangan yang baik.

Semuanya bermula dengan mengetahui:

Bagaimana mencari syarikat yang berkualiti.

Syarikat yang mempunyai competitive edge.

Bila sepatutnya kita beli.

Bila sepatutnya kita menjual.

Berapa lama kita nak pegang.

Walaupun kita telah mengikut 100% kaedah tersebut, masih tiada jaminan hasilnya ada.
Tiada jaminan hasilnya tinggi. Tetapi risiko telah dikawal.

Macam pekebun sawit itu tadi.

Seni Pelaburan Saham vs Sains Pelaburan Saham

Pelaburan saham adalah gabungan sains & seni.

Ya, pelabur saham bijak perlu mematuhi prinsip-prinsip pelaburan. Prinsip ini telah pun
diperkenalkan lama sejak sekitar 1900an lagi. Ramai yang telah berjaya dalam bidang
pelaburan saham apabila mereka sentiasa mematuhi prinsip pelaburan sama ada ketika
pasaran sedang menaik mahupun ketika pasaran sedang menurun.

Manakala, pelabur-pelabur terkenal pula menjadi hebat dan berstatus lagenda kerana
mereka memang berbakat membuat seni pelaburan. Ini adalah suatu perkara yang tidak
dapat diajar dalam mana-mana buku dan kelas pelaburan.

Sebagai pelabur baru, adalah sangat penting untuk mengetahui prinsip-prinsip asas
pelaburan terlebih dahulu. Biasakan mengenal pasti ciri-ciri sebuah syarikat yang berkualiti
secara objektif terlebih dahulu dan membelinya pada harga yang sangat murah berbanding
dengan nilai sebelum memasukkan unsur-unsur kualiti yang bersifat subjektif dan dinamik.

Pelabur, Spekulator & Kaki Judi

Tiada undang-undang yang membezakan para pembeli saham, sama ada kita merupakan
seorang pelabur, spekulator atau pun seorang kaki judi.

Secara mudah, menurut undang-undang sesiapa yang membeli saham dianggap sebagai
seorang pelabur. Namun secara realitinya pelabur, spekulator dan kaki judi adalah 3
kelompok yang berbeza.

Kaki Judi Saham

11
Golongan kaki judi saham mengambil risiko yang paling besar kerana tidak mempunyai
pengetahuan yang betul. Mereka membeli sesuatu saham kerana tips saham yang diberikan
orang lain. Mereka tidak tahu sebab-sebab kenapa saham sesuatu syarikat itu wajar dibeli
atau pun tidak.

Jika dahulu para kaki judi ini bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang disampaikan
oleh remisier dan berita namun hari ini tips saham berlegar dengan banyak sekali melalui
laman web, laman sosial dan juga aplikasi perbualan percuma seperti whatsapp. Sesiapa
sahaja kini mampu menjadi pakar memberikan tips saham.

Ciri-ciri lain seorang kaki judi saham adalah mahu dapat untung besar dalam masa yang
singkat. Modal sedikit tapi ada impian mahu jadi jutawan sejak semalam. Faktor tambahan
yang mempercepatkan kaki judi saham ini jadi miskin adalah apabila mereka berhutang
untuk membuat pelaburan.

Ini adalah cara berjual beli saham yang mesti kita elak.

Spekulator Bijak

Manakala seorang spekulator atau juga dikenali sebagai trader pula melihat pergerakan
harga. Ada banyak kaedah membuat analisis pergerakan harga. Maklumat asas mengenai
syarikat menjadi perkara nombor dua atau langsung tidak diambil peduli.

Spekulator menggunakan pendekatan buy low, sell high. Atau buy high, sell higher.

Kaedah ini juga sama seperti beli saham cara lambung duit syiling. Sekali imbas, memang
nampak nisbah untung ruginya adalah 50:50. Jika harga tak naik, harga jatuh. Benar, itu jika
kita beli sekali sahaja. Jika kita bermain permainan spekulasi ini untuk satu tempoh yang
lebih lama, nisbahnya berubah. Dalam 10 kali lambung syiling, siapa jamin dia dapat betul
sebanyak 5x ?

Ya benar, kaedah ini memang ada dapat untung. Adakalanya untungnya besar. Cuma
adakah kita dapat membuat untung secara konsisten ? Kita mahu pelaburan kita dapat
untung secara konsisten.

Justeru, jika tuan mahu menjadi seorang spekulator pastikan tuan telah mempelajari
kemahiran yang betul untuk menjadi seorang spekulator bijak. Pastikan modal yang
digunakan adalah sejumlah modal yang tuan sanggup lebur semuanya.

Tidak salah menjadi seorang spekulator kerana spekulator banyak membantu para pelabur.
(Hehe, if you know what I mean! )

Pelabur Bisnes

Seorang pelabur pula mencari kualiti syarikat terlebih dahulu. Antara ciri-ciri kualiti syarikat
yang bagus-bagus adalah:

1. Kualiti aset dibandingkan dengan hutang syarikat.

2. Kualiti bisnes syarikat

3. Kualiti pendapatan syarikat

12
4. Kualiti dividen yang diberi kepada pemegang saham

5. Kualiti pengurusan syarikat

Seterusnya membuat anggaran nilai sebenar sesebuah syarikat dan menunggu masa yang
sesuai untuk membeli pada harga diskaun berbanding nilai-nilai tertentu. Pelabur menjual
kembali sahamnya apabila harga jauh melebihi nilai yang wajar atau apabila situasi bisnes
telah pun berubah.

Seorang pelabur perlu melihat diri mereka sebagai seorang petani. Seorang petani tidak
menanam padi untuk makan pada esok hari. Namun, seorang yang berbudi kepada tanah
tahu hasilnya sampai apabila sampai musim menuai. Ada pokok yang mengambil masa 3
bulan, ada yang mengambil masa 1 tahun ada yang selepas 3 tahun baru ada hasil.

Kita tahu hasilnya ada, tetapi cuma sekadar anggaran dan tiada jaminan sama sekali. Itulah
risiko yang perlu kita ambil. Kita mesti mengguna pakai kaedah yang betul, maka risiko
pokok tidak berbuah menjadi lebih rendah. Bukannya main tanam pokok begitu sahaja tanpa
apa-apa pengetahuan terhadap tanah, baja dan racun seterusnya cuma berharap hasilnya
lebat.

6. Pelabur Saham Jika Rugi 100% Sekalipun Masih Tidak Jatuh Miskin

Pasaran saham adalah tempat yang paling sesuai untuk melabur duit lebih yang kita ada.

Pasaran saham bukan tempat paling sesuai untuk cari pendapatan tambahan secara harian
atau bulanan. Saya tak tahu cara buat duit dalam pasaran saham style kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang.

Pasaran saham bukan tempat untuk cari duit lebih bayar duit sewa rumah, hutang
kereta atau buat beli lampin anak. Tapi selepas kita dah bayar semua
perbelanjaan tersebut dan masih ada duit lebih, ya, itulah duit pelaburan yang
baik.

Atau pun, kita memang ada tabungan khas untuk membuat pelaburan. Setiap hari kita
simpan duit khas untuk digunakan untuk melabur. Itu juga adalah usaha yang baik.

Seterusnya modal pelaburan saham perlu datang dari poket sendiri. Boleh jadi juga datang
dari durian runtuh seperti bonus tahunan atau pun duit pusaka yang kita terima. Duit
sendiri, bukan duit orang lain. Jadi ...

Jangan berhutang dengan saudara mara.

Jangan berhutang dengan bank.

Jangan menggunakan kemudahan margin (hutang) yang disediakan oleh pihak


broker.

13
Senang cerita, kalau modal tersebut rugi 100% sekalipun kita tidak jatuh miskin.
Modal itu juga adalah duit yang tidak mempunyai kegunaan jangka masa pendek. Sekurang-
kurangnya untuk tempoh 3 tahun.

Sekiranya kita masih lagi tidak mampu menyimpan duit dengan konsisten setiap bulan, itu
tandanya kita tidak patut untuk melabur dalam pasaran saham. Disiplin menyimpan
sebahagian dari duit gaji perlu ada. Jika aktiviti menyimpan pun kita rasa sukar, maka
aktiviti pelaburan saham adalah lebih sukar kerana aktiviti pelaburan
memerlukan tahap disiplin yang lebih tinggi.

Kita mesti membezakan apa itu aktiviti pelaburan dengan aktiviti bisnes. Dalam Islam,
pelaburan disebut istithmar. Maksudnya penghasilan buah. Ini adalah konsep asas yang
membezakan pelaburan dan bisnes (bay'). Pelabur lebih mirip dengan pekerjaan seorang
petani, pekebun atau peladang.

Kita menjadi pemberi modal kepada pengurus-pengurus bisnes yang berbakat. Hasil dari
modal yang kita tanam dalam syarikat yang bagus-bagus, kita mendapat keuntungan dari
dividen dan juga dari kenaikan harga saham.

Proses ini perlukan masa. Tiada siapa yang baru menanam padi pada pagi hari, dengan
harapan dapat makan nasi pada petang harinya.

Pelabur Perlu Realistik

Kita perlu menetapkan sasaran yang realistik dalam aktiviti pelaburan saham.

Cukuplah mensasarkan antara 10% - 15% pulangan pelaburan setahun sahaja secara
purata. Apa yang dimaksudkan secara purata adalah, dalam tempoh 30 tahun kita ada
mengalami tahun yang untung dan tahun yang rugi. Mungkin tahun pertama dapat 30%,
kemudian rugi 10%, seterusnya untung semula 25%. Secara purata, kita dapat 15%
setahun. Ia bukan bermaksud setiap tahun mesti dapat 15% dan langsung tak rugi.

Eh, setakat double rate ASB aje?

Adakah kita rasa untung 15% itu sedikit? Sabar dulu. Jangan terus buat kesimpulan. Kita
buat pengiraan dulu.

Bermodalkan RM 10,000 sekiranya kita simpan dalam ASB selepas 30 tahun,


modal tersebut dianggarkan dapat berkembang menjadi RM 100,000. Namun, jika
kita mensasarkan lebih sedikit dari ASB, misalnya 'double' dari pulangan ASB,
nilainya bukan berkembang menjadi RM 200,00. Ia adalah lebih dari itu!

Sila lihat jadual di bawah untuk melihat sekiranya kita mendapat 10% & 15% pula.

Modal Dengan Keuntungan 10% setahun

RM 10,000 RM 30,000 RM 50,000

14
RM 174,494.02 RM 523,482.07 RM 872,470.11

Modal Dengan Keuntungan 15% setahun

RM 10,000 RM 30,000 RM 50,000

RM 662,117.72 RM 1,986,353.16 RM 3,310,588.60

-
Sasaran sebegini adalah wajar dan berpatutan.

Jika kita mahu mendapat pulangan yang lebih cepat, pada kadar yang lebih tinggi maka
barangkali kita perlu semak semula kesesuaian diri untuk melabur dalam pasaran saham.
Lebih baik kita berniaga sehingga syarikat berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia.

Sebab kita hanya melabur di dalam bisnes. Kita menjadi rakan kongsi senyap dengan
mereka yang ada DNA bisnes. Kita bukan pemegang saham utama syarikat. Kita cuma
seorang pelabur kecil. Keuntungan kita cuma berdasarkan jumlah saham yang kita pegang.
Kita bukan pengurus kanan syarikat.

Mari kita lihat dari perspektif berikut:

1. Kadar inflasi rasmi sekitar 3% setahun.

2. Kadar perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah antara 4-6%
setahun.

3. Kadar pulangan simpanan di Lembaga Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera
adalah 5-8% setahun.

Kita kena sentiasa berpijak di atas bumi yang nyata. Pembelian saham bermaksud kita
membeli pemilikan dalam bisnes yang sebenar. Pendapatan setiap syarikat ini memberi
sumbangan kepada pengiraan KDNK dalam negara kita. Pelaburan saham bukan sekadar
teka turun naik harga. Pelaburan saham juga bukannya skim cepat kaya.

Sekiranya kita mengharapkan pulangan yang berganda-ganda setiap tahun, mahukah tuan
tahu berapakah hasil pelaburan RM 10,000 yang mendapat pulangan 100% selama 30 tahun
?

Jumlahnya adalah RM 10.737 trillion.

Manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia pada 2012 adalah sekitar
RM 900 bilion sahaja. Jadi, perlu tetapkan sasaran realistik, yang berpatutan dengan aktiviti
ekonomi sebenar.

15
Rugi Bukan Bermaksud Gagal

Apabila kita mencatat kerugian dalam urusan jual beli saham, ia tidak bermaksud kita gagal
menjadi seorang pelabur.

Rugi itu pasti berlaku. Itu adalah lumrah.

Cuma kita mahu pastikan kita tak selalu buat salah. Bila kita dah kurang buat salah semasa
membeli saham, maka peluang nak rugi itu makin rendah. Cara yang paling ramai orang
sebut adalah, buy low sell high.

Persoalannya, how low is low dan how high is high ?

7. Buy Low Sell High; Rahsia Yang Semua Orang Sudah Tahu Tetapi Tak Ramai
Dapat Melakukannya

Ini adalah konsep yang semua orang tahu.

Namun bukan senang untuk melaksanakannya.

Mari kita berkenalan dengan 5 orang tokoh pelabur saham lagenda yang dapat kita jadikan
role model dalam pelaburan saham. Mereka yang benar-benar memahami bagaimana untuk
buy low, sell high. (Sudah tentu ada banyak lagi tokoh lain, tapi saya hanya memilih 5 yang
ini sahaja)

Peter Lynch

Sumber: Forbes

Peter Lynch menguruskan dana Fidelity Magellan dari tahun 1977 1990. Aset dana ini
berkembang dari $ 20 juta kepada $ 14 bilion, seterusnya mendapat keuntungan tahunan
purata sebanyak 29%.

Beliau menulis buku-buku bertajuk One Up on Wall Street, Beating the Street dan Learn to
Earn. Buku-buku ini kita patut beli dan baca.

Satu artikel yang ditulis oleh Kaushal Majmudar, CFA, Peter Lynch mempunyai 8 pendekatan
dalam pelaburan saham. Peter Lynch berkongsikan 8 perkara tersebut dalam satu seminar
pelaburan di New York pada 2005:

1. Tahu bisnes syarikat yang kita beli.

2. Meramal ekonomi negara, dunia dan kadar faedah adalah tidak berguna.

3. Kita ada banyak masa untuk mengenal pasti syarikat yang sangat bagus.

16
4. Elakkan peluang pelaburan yang nampak macam untung.

5. Pengurusan yang baik dalam syarikat yang bagus adalah sangat penting.

6. Sentiasa flexible dan sentiasa merendah diri.

7. Sebelum beli saham, pastikan kita dapat membuat penerangan kenapa kita membeli.

8. Sentiasa ada perkara yang merisaukan kita, dan kita perlu fokus kepada fakta
syarikat sahaja.

Dalam buku-bukunya Peter Lynch menyarankan kita melukis atas sekeping kertas dengan
menggunakan krayon untuk memastikan kita betul-betul memahami bisnes yang kita beli.
Beliau tidak peduli khabar angin pasaran, fokus kepada kualiti sesebuah syarikat dan
melabur untuk satu tempoh yang panjang.

John C Bogle

Sumber: BusinessInsider.com

Beliau adalah pengasas syarikat unit amanah Vanguard Group pada 1974 dan menjadi salah
satu daripada syarikat pengurusan dana yang terbesar di dunia dan dihormati.

Syarikat beliau yang memulakan unit amanah tanpa caj dan memperkenalkan cara
pelaburan indeks yang berkos rendah melalui dana indeks pertamanya, Vanguard 500 pada
1976. Konsep yang diguna pakai adalah:

If you cant beat the market, buy the market.

Pendekatan & prinsip John C Bogle dalam pasaran saham adalah:

1. Mengutamakan kaedah pelaburan yang ringkas

2. Mengurangkan kos yang berkaitan jual beli

3. Pelaburan jangka masa panjang adalah menguntungkan.

4. Sentiasa rasional dan dapat mengawal emosi semasa membuat keputusan


pelaburan.

5. Kaedah pelaburan indeks adalah sesuai untuk semua orang

Beliau juga menulis pelbagai buku mengenai pelaburan saham antaranya Common Sense on
Mutual Fund dan The Little Book of Common Sense Investing.

Philip A Fisher

17
Sumber: LifeWeek.com

Gaya beliau membantu Warren Buffett menjadi lebih hebat dari gurunya, Benjamin Graham.

Seorang tokoh pelaburan yang tidak dikenali ramai sehinggalah beliau menulis buku
bertajuk Common Stocks and Uncommon Profits pada 1958.

Beliau mula bekerja sejak tahun 1928 sebagai seorang analyst saham untuk Anglo-London
Bank di San Francisco, US. Pada 1931, menubuhkan syarikat pengurusan dana sendiri iaitu
Fisher & Company. Masih aktif menguruskan syarikat tersebut sehingga tahun 1999, dan
meninggal dunia pada 2004.

Memulakan kerjaya dalam pasaran saham kira-kira 50 tahun sebelum Silicon Valley wujud
tetapi salah satu syarikat yang beliau beli dan simpan sehingga akhir hayatnya adalah
Motorola, salah sebuah syarikat berasaskan teknologi.

Warren Buffett

Sumber: CNN.com

Beliau merupakan anak murid kepada Benjamin Graham dan mengikut dengan rapat
nasihat-nasihat Philip A Fisher.

Hari ini beliau adalah pengerusi kepada syarikat Berkshire Hathaway dan merupakan
individu keempat paling kaya di dunia pada 2014 mengikut Forbes. Berikut adalah 10
perkara menarik mengenai Warren Buffett:

1. Pada usia 6 tahun beliau menjual pek gula-gula getah. Setiap pek dapat untung 2
sen.

2. Kemudian beliau menjual Coca Cola. Satu tin, untung 5 sen. Lebih menguntungkan.

3. Beliau juga telah menjual akhbar Saturday Evening Post dan majalah Liberty ketika
usia tersebut.

4. Dalam usia 9 hingga 10 tahun, dia dan rakannya Stu Erickson menjual bola golf
terpakai sebelum dihalau keluar oleh polis dari padang golf Elmwood Park.

5. Menjual kacang dan pop corn ketika perlawanan American football di University of
Omaha.

6. Pada usia 10 tahun, telah mempunyai simpanan sebanyak $120 (kira-kira $4,000
$5,000 nilai hari ini) dan mula membeli saham Cities Service Preferred dengan
menggunakan kakaknya sebagai proksi. Saham dibeli pada harga $38.25 sebelum
jatuh kepada harga $27. Saham tersebut naik semula menjadi $40 dan beliau
menjualnya sebelum harga melonjak menjadi $202. Peristiwa ini merupakan titik
tolak yang penting dalam hidupnya kerana beliau mengalami future loss apabila
bersikap tidak sabar dalam melabur.

18
7. Seterusnya, mula menjual akhbar Washington Post & Times-Herald. Selain itu beliau
juga menjual kalendar serta membeli semula akhbar dan majalah lama dengan
pelanggannya. Pada usia 14 tahun telah memfailkan cukai sendiri dan telah
mempunyai simpanan sebanyak $2,000.

8. Pada usia 15 tahun, membeli 40 ekar tanah pertanian di Thurston County, Nebraska
pada harga $1,200 dan membuat perkongsian untung dengan pengusaha tanahnya.

9. Pada 1946 telah memperoleh $175 sebulan, menghidupkan semula bisnes bola golf
dan pada usia 17 tahun, memulakan bisnes pinball machine.

10. Pernah rugi sebanyak $175 dalam judi lumba kuda pertamanya dan menjadi
pengajaran berguna dalam aktiviti pelaburannya.

Pada 1950, memasuki University of Colombia setelah permohonannya untuk masuk ke


University Harvard ditolak! Di situ beliau berjumpa dengan sifu-sifunya, Benjamin Graham
dan David Dodd.

The rest is history

Warren Buffett, walaupun tidak pernah menulis sebarang buku, tetapi beliau sentiasa
berkongsikan prinsip-prinsip pelaburan secara percuma melalui Letter to Shareholders of
Berkshire Hathaway. Kita dapat membaca surat-surat ini di laman web syarikatnya.

Ini pula adalah antara kriteria bisnes yang menjadi pilihan beliau:

1. Pulangan atas modal yang baik tanpa banyak hutang.

2. Dapat difahami.

3. Mempunyai pendapatan aliran tunai.

4. Mempunyai kuasa francais yang kuat seterusnya dapat menentukan harga sendiri.

5. Bisnes yang tak memerlukan orang bijak pandai menguruskannya

6. Pendapatan yang dapat dijangka

7. Pengurusan yang memikirkan manfaat pemegang saham.

Benjamin Graham

Sumber: BusinessInsider.com

Beliau adalah cikgu kepada Warren Buffett. Menulis dua buah buku yang sangat penting
bagi seorang pelabur iaitu The Intelligent Investor dan Security Analysis. The Dean of Wall
Street ini mula terlibat dalam pasaran saham seawal 1915, mengalami kerugian yang teruk
pada 1929 dan dari situ mula membangunkan prinsip value investing.

19
Berikut adalah 10 perkara menarik mengenai Benjamin Graham:

1. Beliau dikenali sebagai father of value investing, prinsip pelaburan yang melihat
kepada nilai sesebuah syarikat dan membelinya dengan harga yang murah.

2. Antara yang terawal memperkenalkan konsep hedging dan arbitrage. Semua bermula
dengan mencari nilai.

3. Memperkenalkan Mr Market. Satu analogi yang dapat membantu kita memahami apa
itu pasaran.

4. Mempunyai sejumlah murid yang berjaya dan yang paling popular adalah Warren
Buffett. Mereka digelar sebagai The Superinvestors of Graham & Doddsville.

5. Buku yang mesti dibaca oleh profesional dalam bidang saham adalah Security
Analysis.

6. Buku yang mesti dibaca oleh pelabur runcit biasa macam kita-kita ini adalah The
Intelligent Investor.

7. Kesemua anak murid Graham mempunyai teknik pelaburan yang berbeza tetapi
mereka semua berpegang kepada prinsip yang sama. Apa yang ditekankan oleh
Graham adalah framework pelaburan yang berpegang kepada prinsip yang betul.

8. Beliau pernah kehilangan hampir semua kekayaan semasa Great Depression 1929
dan ketika itu prinsip Value Investing bermula.

9. Prinsip Value Investing menekankan betapa pentingnya untuk protect your capital
first. Dalam erti kata lain menurut English idiom A bird in a hand is worth two in a
bush.

10. Apabila Ben Graham ingin bersara, Warren Buffet memujuknya untuk jangan bersara
lagi. Jawapan beliau kepada Buffet, Money wont make any difference to you and
me, Warren. Well be the same. Our wives will just live better.

8. Jika Serius Melabur Dalam Saham, Sila Terus Buka Akaun Dengan Syarikat Broker

Pembelian saham adalah aktiviti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan
Bursa Malaysia.

Justeru, pembelian saham berbeza dengan pembelian gula, kopi dan beras. Secara
ringkasnya, kita perlu membuka akaun CDS dan akaun jual beli (trading account) melalui
mana-mana syarikat broker terlebih dahulu.

Setelah selesai membuka akaun-akaun tersebut menerusi syarikat broker yang berlesen
barulah kita dibenarkan untuk membeli saham di Bursa Malaysia. Kemudian, pastikan kita
mempunyai modal secukupnya.

Pertama, sila ke laman web Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com), cari pilihan


Securities > Brokers. Atau sila klik link di bawah:

20
Senarai Syarikat Broker di Bursa Malaysia

Semasa menghubungi mereka, sila tanya berapakah kos membuka akaun serta dokumen
yang perlu dibawa semasa membuka akaun, serta soalan-soalan lain yang tuan rasa perlu.
Untuk buka akaun, masih perlu berjumpa dengan mereka. Belum ada kemudahan online
untuk buka akaun. Sehingga 31 Disember 2015, ini adalah senarai syarikat broker yang
menawarkan trading account yang patuh Shariah.

Kita selalunya bercakap sama ada dengan dealer atau remisier yang bertanggungjawab
dengan akaun tuan nanti. Perbezaan utama antara dealer dan remisier adalah dealer
merupakan kakitangan syarikat broker yang makan gaji manakala remisier adalah ejen yang
mendapat komisyen.

Carilah dealer / remisier yang dapat membantu, serta kita selesa berurusan dengannya,
seterusnya dapat mempelajari cara-cara mengendalikan online trading platform mereka
untuk berjual beli.

Ada dua jenis akaun:

1) Direct account

Akaun ini selalu dibuka melalui syarikat broker atau bank pelaburan (investment bank).

Nama kita tercatat sebagai pembeli saham sesebuah syarikat. Jadi kita dapat hadir ke
mesyuarat tahunan syarikat, mendapat dividen terus dari syarikat. Direct account juga
membolehkan kita memohon Initial Public Offering (IPO).

2) Nominee account

Akaun ini pula dibuka melalui bank runcit.

Nama kita TIDAK tercatat sebagai pembeli saham sesebuah syarikat. Kebiasaannya dicatat
sebagai Nama Bank (Nominees) Tempatan Sdn Bhd. Jadi, kita perlu minta izin untuk
hadir ke mesyuarat tahunan. Dividen juga diuruskan oleh bank sebelum dimasukkan dalam
akaun kita, justeru ada caj dikenakan. Akaun ini tidak membolehkan kita memohon IPO.

21
Penjelasan mengenai 2 jenis akaun ini adalah secara umum sahaja.

Sila dapatkan penjelasan lanjut dari pihak dealer / remisier. Ia dapat jadi berbeza antara satu
syarikat broker dengan syarikat broker yang lain. Malah, syarat-syaratnya juga berbeza. Ada
yang longgar, ada yang lebih ketat.

Pastikan tuan bertanya kadar brokerage dan juga tempoh berapa lama proses pembukaan
akaun yang diperlukan untuk mengelakkan tuan tertunggu-tunggu. Juga tentang proses
pembayaran dividen. Bagaimana memasukkan modal dalam trust account. Laporan
penyelidikan dan seterusnya.

Tanya apa sahaja kepada pihak dealer / remisier sekiranya kita tidak tahu. Jangan buat-buat
pandai atau malu bertanya. Ini adalah perkara teknikal, yang adakalanya nampak remeh
tapi penting di kemudian hari.

Modal Bermula

Kita dapat membeli saham dengan jumlah paling sedikit 100 unit.

Ia bersamaan dengan 1 lot saham.

Ya, dulu untuk beli saham paling sedikit kena beli 1,000 unit, bersamaan 1 lot. Sebab itu
dulu orang kata saham ini untuk orang yang berpoket tebal sahaja. Namun sekarang situasi
sudah jauh berbeza.

Secara teorinya, tuan boleh mula beli saham dengan modal serendah RM 10.

Contohnya seperti pembelian syarikat Wintoni Group Berhad (0141). Misalnya, jika harga
saham WINTONI adalah 9 sen seunit, maka jumlah modal yang diperlukan untuk 1 lot saham
WINTONI adalah RM 9 sahaja. Jadi, untuk mengetahui modal membeli saham (sebelum kos
berkaitan), pengiraannya adalah seperti berikut:

Harga saham x 100 unit

Minimum pembelian adalah 1 lot bersamaan dengan 100 unit. Jika ada yang saham yang
dijual pada harga lebih rendah, misalnya dijual pada harga 5 sen atau 6 sen, maka modal
minimumnya adalah RM 5 atau RM 6 sahaja. Cuma, kos ini belum campur kos stamp duty,
komisyen broker dan clearing fee.

Sekiranya brokerage fee sahaja sudah RM 12 misalnya, maka untuk break even sahaja,
harga saham WINTONI perlu naik lebih 100%. Itu belum kira lagi kenaikan yang perlu untuk
dapat untung. Maka, bila kita campur kos-kos tersebut modal RM 10 adalah tidak praktikal.

Saya mencadangkan modal pelaburan saham bermula dari RM 3,000 untuk tuan yang
baru mahu bermula. Nanti sudah biasa dengan selok-belok jual beli, maka dapat tambah
modal tuan dari semasa ke semasa. Pastikan modal pelaburan kita datang dari duit
lebih sahaja, sekiranya rugi 100% sekalipun kita masih tidak jatuh miskin.

Mari kita buat pengiraan seterusnya menggunakan syarikat lain, Padini Holdings Berhad
(7052). Andaikan harga Padini dijual pada RM 1.60 sesaham. Maka modal yang diperlukan
berbeza mengikut berapa lot yang kita mahu.

22
RM 1.60 x 100 unit (1 lot) = RM 160

RM 1.60 x 1000 unit (10 lot) = RM 1,600

RM 1.60 x 10,000 unit (100 lot) = RM 16,000

Kewujudan online trading platform telah memudahkan banyak perkara. Sila buka kalkulator
di online trading platform masing-masing dan buat pengiraan di situ.

Harga Beli Harga Jual ?

Sila belajar cara mengendalikan online trading platform melalui dealer / remisier tuan.
Mereka dapat menerangkan banyak perkara asas dan teknikal untuk mengelakkan kesilapan
dan kekeliruan semasa berjual beli.

Selain itu setiap syarikat broker adalah berbeza. Justeru, hanya dealer / remisier yang
menjaga akaun tuan sahaja yang dapat menerangkan dengan lebih terperinci kelebihan-
kelebihan online trading platform mereka.

Malu bertanya sesat jalan.

Nampak macam susah pada mulanya, nanti dah biasa, mudah sahaja. Benda yang ramai
pelabur baru keliru adalah perbezaan Bid & Ask atau Buy & Sell. Seterusnya sama nak
key in order, satu itu bermaksud 1 lot atau 1 unit ? Banyak perbezaannya jika tersilap letak
0. Misalnya, nak beli 1 lot sahaja tapi terletak 100 lot. Ho ho ho.

Untung (Rugi) Pelaburan Saham

Saya cuma mahu menulis 2 jenis keuntungan yang diterima oleh para pelabur saham.
Keuntungan yang biasa diterima, iaitu untung capital gain dan juga untung dividen. Ada juga
keuntungan lain yang diperoleh dari aktiviti korporat tertentu seperti right issuance, bonus,
shares split tetapi ia tidak berlaku kepada semua syarikat. Hanya dalam keadaan tertentu
sahaja.

1. Untung Capital Gain / (Loss)

Andaikan kita membeli 10 lot Padini pada harga RM 1.61, maka modal pembelian saham
(tidak campur kos-kos berkaitan) adalah RM 1,610. 3 bulan kemudian, harga jatuh menjadi
RM 1.27, maka dalam situasi ini apa yang berlaku adalah paper loss atau unrealised loss.

Maka kiraannya adalah:

1. RM 1.27 x 1000 unit (10 lot) = RM 1,270

2. RM 1,610 RM 1,270 = - RM 340

Atau pun kerugian dalam kiraan return on investment (ROI) adalah:

1. 1.61 1.27 = 0.34

2. 0.34 / 1.61 x 100 = 21.11% , atau cara kiraan lain,

23
RM 340 / RM 1610 x 100 = 21.11%

Dalam situasi di atas, paper loss akan menjadi rugi sebenar (realised loss) sekiranya kita
menjual saham tersebut pada harga RM 1.27. Jika kita tidak menjualnya, maka selagi itulah
duit tidak keluar dari poket kita. Sekiranya 8 bulan kemudian, harga Padini naik menjadi RM
1.99, maka situasi ketika itu adalah situasi paper profit atau unrealised profit.

Maka kiraannya adalah:

1. RM 1.99 x 1000 unit (10 lot) = RM 1,990

2. RM 1,990 RM 1,610 = RM 380

Atau pun keuntungan dalam kiraan ROI adalah:

1. 1.99 1.61 = 0.38

2. 0.38 / 1.61 x 100 = 23.6%, atau cara kiraan lain,

RM 380 / RM 1610 x 100 = 23.6%

Ya, selagi mana kita tidak menjualnya pada harga tersebut maka selagi itu duit tidak masuk
dalam poket kita. Unrealised.

2. Untung Dividen

Ada syarikat yang beri dividen dan ada syarikat yang tidak beri dividen. Untuk
mengetahuinya, sila ke laman web Bursa Malaysia > Listed Companies. Atau sila klik
link berikut:

Senarai Syarikat Awam di Bursa Malaysia

Pilih syarikat yang kita ingin tahu. Saya ambil contoh syarikat yang sama dengan contoh di
atas iaitu Padini Holdings Berhad. Kita akan jumpa overview page sebegini.

24
Scroll ke bawah lagi dan apa yang kita nak tahu adalah di bahagian bawah page tersebut,
entitlements.

Menerusi pengumuman tersebut kita dapat tahu Padini Holdings Berhad pada 25 & 26
November 2013 mengumumkan:

1. Second interim dividend sebanyak 2.5 sen sesaham, EX-date 11 Disember 2013.

25
2. Special dividend sebanyak 1.5 sen sesaham, EX-date 11 Disember 2013.

Interim dividend adalah dividen yang diberi sebelum mesyuarat tahunan syarikat dan
laporan kewangan tahunan. Manakala special dividend adalah dividen khas yang diberi atas
sebab tertentu.

EX-date pula adalah untuk menentukan siapa yang berhak mendapat dividen. Pemegang
saham yang mahu memperoleh dividen syarikat Padini perlu memiliki saham syarikat pada
tarikh EX-date. Jika pemegang saham menjualnya pada 10 Disember, maka dia tidak
mendapat sebarang dividen sekalipun telah memilikinya selama 364 hari. Jadi para
pemegang saham Padini pada 11 Disember 2013 berhak mendapat 4 sen dividen sesaham.

Kita telah membeli saham Padini 1000 unit. Dividen, 4 sen sesaham. Kiraannya adalah
seperti berikut:

Dividen sesaham x pegangan unit = jumlah dividen

0.04 x 1000 = 40.

Jumlah dividen yang kita terima adalah RM 40.

Manakala untuk mengira dividen yield yang kita terima, adalah seperti berikut:

Jumlah dividen / kos beli saham = dividen yield

RM 40 / RM 1610 = 2.48%

Dividen dibayar mengikut kemampuan tunai & pendapatan syarikat dan bukannya turun
naik harga saham. Jadi, sekiranya harga saham Padini jatuh sekali pun pada tarikh tersebut,
dividen masih diterima oleh para pemegang saham. Masih dapat untung walaupun rugi
capital gain atas kertas. Namun, kita perlu faham, bukan semua syarikat memberikan
dividen.

Seandainya dividen dapat, capital gain pun dapat, maka jumlah ROI pelaburan yang dibuat
dalam saham Padini adalah sebanyak:

23.6% (capital gain) + 2.48% (dividen) = 26.08%

Rumusan Proses Jual Beli Saham

1. Buka akaun CDS & trading account dengan syarikat broker. Ketika ini proses ini
memerlukan fi RM10, salinan kad pengenalan dan penyata bank.

2. Kenal pasti siapa yang menjaga hal ehwal kita. Mereka selalunya dikenali sebagai
remisier / dealer. Segala urusan teknikal berkaitan jual beli saham mereka dapat bantu dan
sila jangan segan dan jangan malu untuk bertanya segala bentuk soalan kepada mereka.

3. Hari ini semua urusan jual beli adalah menggunakan online trading platform. Caj yang
dikenakan adalah lebih murah berbanding dengan caj biasa (telefon). Setiap syarikat broker
ada menyediakan tutorial bagaimana untuk menggunakan trading platform mereka. Malah,
ada syarikat yang mengadakan kelas mingguan khas untuk pelabur baru.

26
4. Untuk memulakan jual beli, kena ada modal. Masukkan duit ke dalam trust account yang
disediakan oleh syarikat broker. Kita boleh melakukannya secara online, mesin deposit tunai
atau mesin deposit cek. Maklumkan kepada dealer / remisier setiap kali modal dimasukkan.

5. Langkah seterusnya adalah place your order. Masukkan order kita. Pilih kaunter saham
yang hendak kita beli, masukkan kuantiti dan harga. Submit. Jika kita nak membeli pastikan
kita rujuk harga Ask atau Sell manakala untuk menjual, kita merujuk kepada Bid atau
Buy.

Jika kita menelefon remisier untuk arahan jual beli, pastikan tahu juga kod kaunter yang
betul dan bukan sekadar nama syarikat sahaja. Contohnya, Hup Seng dan Hap Seng.

6. Price queue. Harga yang kita mahu mungkin belum jadi market price (harga semasa). Beli
market price tak perlu queue lama selagi mana jumlah lot yang ditawarkan mencukupi.
Tetapi jika bukan pada market price, kena tunggu (queue) sebelum order tersebut match.
Status pending akan dipaparkan.

7. Match order. Transaksi selesai, status done akan dipaparkan.

8. Trade confirmation. Setelah selesai proses jual atau beli saham tersebut, kita
menerima trading confirmation yang menunjukkan urusniaga yang dijalankan pada hari
tersebut. Pihak broker juga menghantar hard copy statement ke rumah setiap bulan bagi
urusniaga yang dijalankan sepanjang bulan tersebut.

9. Contract note. Kita juga menerima contract note yang menunjukkan brokerage fee,
clearing fee, stamping fee dan juga hasil jual beli saham tersebut.

10. Jika kita mahu keluarkan duit dari trading account sama ada duit untung atau duit
modal, maklumkan sahaja kepada dealer / remisier dan mereka akan menguruskannya.

Selesai. Itu sahaja prosesnya

Jika tuan telah lama melabur saham nanti, maka proses ini terasa mudah. Sekiranya belum,
jangan risau sebab ia bukanlah sesukar mana. Cuma belum pernah buat sahaja.

Learning by doing.

Selagi mana belum bermula, selagi itulah kita tidak tahu dunia saham itu bagaimana.
Gunakan modal yang kecil-kecil sahaja dahulu ketika masih dalam proses belajar
ini. Jangan buat-buat pandai dengan bermula dengan hutang. Rasa dulu untung RM50
sebelum berangan nak buat duit ribu-ribu di Bursa Malaysia.

Just do it!

9. Mudahnya Melabur Saham

"Keep it simple stupid."

Kita sepatutnya berjual beli saham dengan kaedah yang paling ringkas. Straight forward.

Sebagai pelabur kita perlu melakukan perkara berikut:

27
1. Menganggarkan nilai syarikat

2. Beli pada harga diskaun berbanding nilai.

3. Menjualnya ketika harga menghampiri atau melebihi nilai.

Ini namanya strategi membeli saham pada harga diskaun. Seumpama beli gulai ikan patin
sungai Pahang dengan harga murah. Macam beli rumah lelong. Dan saya dapat berkongsi
cara-caranya dengan kalian.

Mahukah tuan puan meneruskan pembelajaran melalui siri tutorial pelaburan saham ini?

Saya dapat bantu secara langkah demi langkah. Serta tuan puan dapat terus berhubung
dengan saya untuk bimbingan lanjut. Dan sebarang edisi tutorial kemaskini diberikan secara
percuma sahaja.

Sila ambil masa untuk berfikir dengan teliti, membaca semula artikel-artikel percuma yang
diberikan jika masih 50-50, kerana tiada polisi refund selepas bersetuju untuk menyertai
tutorial penuh pelaburan saham. Klik sini untuk membaca semula artikel-artikel tersebut.

Namun saya perlu ingatkan kembali.

Tiada tips saham mana yang patut beli. Yang ada adalah tutorial untuk buat analisa
saham.

Tiada cara jadi kaya dengan saham sekelip mata. Pelaburan saham kena sabar.

Tiada strategi yang pasti tidak akan rugi. Mana ada strategi yang perfect 100%.

Bagaimanapun saya jamin tuan puan tidak lagi menjadi 'kaki judi' dalam pelaburan saham.
Seperti mereka di bawah ini, kini telah pandai 'memancing ikan sendiri':

28
29
Berikut adalah info penting mengenai tutorial online saham ini:

Bukan buku atau ebook. Tetapi paid subscription blog. Sesuai dibaca melalui
komputer mahupun smartphone & tablet. Asalkan ada sambungan internet.

Ada ruangan FAQ khusus kepada subscriber. Tuan bertanya, saya menjawabnya
(tapi tiada tips saham ya)

Jika ada versi kemaskini, tidak perlu beli lagi. Terus login dan baca sahaja.

Jadi, mahukah tuan puan memulakan pelaburan saham dengan kaki kanan seterusnya dapat
tidur nyenyak pada malam hari?

10.Mulakan Pelaburan Saham Dengan Langkah Kanan

by SUZARDI MAUL AN

Terima kasih kerana meneruskan tutorial pelaburan saham di Pakdi.my

Saya berharap trading account telah dibuka seterusnya dapat memanfaatkan tutorial ini
secara praktikal.

Ok, sepanjang tutorial ini saya dapat menerangkan 3 prinsip asas pelaburan saham iaitu:

1. Membeli saham adalah sama dengan membeli bisnes

2. Oleh itu, seorang pelabur tidak perlu dipengaruhi dengan turun naik harga untuk
jangka masa pendek.

3. Pastikan kita membelinya pada harga diskaun berbanding nilai.

Justeru, tahniah kerana memulakan pelaburan saham dengan langkah kanan. Mereka yang
menganalisa sesuatu saham dengan melihatnya dari sudut bisnes dan membelinya pada
harga yang murah, pasti dapat tidur dengan lebih lena pada waktu malam berbanding
pemain saham lain kerana fundamental bisnes tidak berubah dalam masa 1 hari.

30
Jadi mula-mula kita belajar mengenal pasti bisnes yang bagus-bagus. Seterusnya kita perlu
belajar mengabaikan pergerakan turun naik harga saham untuk jangka masa pendek dan
bagaimana untuk menganggarkan nilai sesuatu syarikat.

Beli Saham Bermaksud Membeli Bisnes

Seorang pelabur saham memahami bahawa aktiviti pelaburan saham bermaksud aktiviti
membeli pemilikan ekuiti dalam sesebuah bisnes atau syarikat.

Di sebalik harga-harga saham itu adalah syarikat yang mempunyai aktiviti ekonomi yang
sebenar. Ada syarikat yang untung operasinya, ada syarikat yang rugi, ada syarikat yang
mempunyai banyak aset seperti wang tunai dan hartanah dan ada syarikat yang
mempunyai jenama yang kukuh.

Imej: Telur berjenama Nutriplus keluaran syarikat Lay Hong Berhad.

Sesebuah syarikat itu tidak bermakna pada kaca mata seorang pelabur sekiranya
mempunyai bebanan hutang yang terlalu besar, berbanding aset dan tidak mempunyai
keuntungan operasi. Cara-cara menganalisa syarikat berhad di pasaran saham adalah sama
sahaja dengan membuat analisa bisnes kedai burger jalanan. Apa yang kita cari dalam
bisnes kedai burger jalanan, itu juga yang kita cari apabila membeli saham.

Adakah kita mahu melabur dalam bisnes yang konsisten mencatat kerugian bisnes?

Adakah kita mahu melabur dalam bisnes mempunyai terlalu banyak hutang?

Berbeza dengan seorang spekulator saham, mereka lebih menumpukan kepada pergerakan
harga sahaja. Sedangkan kita, seorang pelabur menumpukan aspek kualiti syarikat
terlebih dahulu. Ya, pendekatan sebegini menyebabkan kita tidak membeli saham-saham
yang panas, saham-saham sindiket seperti yang selalu dibincangkan dan disebut-sebut oleh
ramai orang yang terlibat dalam pasaran saham.

Tunggu! Apa Gunanya Harga Saham?

Sekiranya kita masih bertanya, apa gunanya harga saham maksudnya kita masih belum
benar-benar memahami apa itu pasaran saham.

31
Pembelian saham melalui IPO adalah pembelian saham melalui pasaran utama (primary
market). Manakala, pembelian saham melalui pasaran saham terbuka di Bursa Malaysia
adalah pembelian menerusi pasaran sekunder (secondary market).

Secondary market adalah sangat penting kerana ia mempunyai kecairan yang tinggi.
Liquidity.

Andaikan kita membeli saham syarikat Hakimi Sdn Bhd berharga RM 10,000. Kita berkira-
kira untuk melabur dalam syarikat tersebut selama 5 tahun. Cuba bayangkan, selepas 12
bulan membuat pembelian saham syarikat tersebut kita mempunyai keperluan kewangan
lain yang mendesak. Bagaimana agaknya kita dapat melepaskan pegangan saham kita pada
ketika itu?

Tentu sukar untuk menjual saham kita kepada orang lain jika tidak wujud pasaran sekunder.
Seperti mahu menjual saham dalam syarikat Sdn Bhd.

Maka dengan wujudnya pasaran sekunder seperti pasaran saham, apabila kita membeli
syarikat Hakimi Holdings Bhd dan kita perlu menjualnya lebih awal dari perancangan asal,
maka kita dapat menjual saham-saham tersebut pada bila-bila masa. Buka online trading
platform, letak order sell dan tunggu pembeli saham yang mahu membelinya. Jika mahu
cepat, sell sahaja pada market price.

1-2-3 tekan.

Sebagai seorang pelabur, liquidity sesuatu pasaran adalah amat penting. Tanpa liquidity
yang mencukupi sukar bagi seseorang pelabur itu dapat menjual pelaburannya pada masa
yang dikehendaki.

Pembelian saham di Bursa Malaysia (selain IPO) adalah ibarat membeli kereta second hand.
Para pelabur memberi modal tunai kepada sesebuah syarikat berhad hanya ketika IPO dan
aktiviti korporat tertentu sahaja. Selain dari itu, kita hanya membayar harga saham kepada
pemilik saham sedia ada.

Ya, jika kita beli kereta Honda second hand, bukan syarikat Honda yang dapat duit kita,
tetapi kita membayar harga jualan kepada pemilik Honda yang menjualnya kepada kita.
Cuma proses jual beli di Bursa Malaysia dibuat secara berpusat. Pihak Bursa Malaysia telah
menguruskan jual beli tersebut melalui proses tertentu, jadi kita tidak perlu kenal siapa yang
menjual atau siapa yang membeli sesuatu saham.

Oh ya, beza utama juga ialah harga kereta pasti jatuh tetapi harga saham, boleh turun dan
naik.

Jadi, turun naik harga saham setiap hari ini mempunyai mekanisma tersendiri. Untuk jangka
masa pendek, sukar untuk kita teka. Your guess is as good as mine. Tetapi untuk jangka
masa panjang, harga saham dapat menuju ke nilai yang sebenar.

Ramalan Kaji Cuaca; Esok Hujan Turun ?

32
Kemahiran meneka dan meramal yang tuan ada, adalah sama hebat dengan saya.

Saya tak dapat teka hari esok hujan turun atau tidak. Tuan juga begitu.

Begitu juga dalam pasaran saham. Tiada siapa yang lebih tahu apa yang dapat berlaku esok
hari lebih dari orang lain. Kalau harga tak jatuh, mungkin harga naik. Atau mungkin tidak
berubah.

Pasaran saham, untuk jangka masa pendek adalah seperti pilihanraya. Persepsi adalah
segala-galanya. Jika ada berita dan khabar angin tertentu, ia dapat menyebabkan harga
saham naik atau turun dengan banyak.

Seperti kemenangan dan kekalahan parti pemerintah dalam pilihanraya umum, kegagalan
syarikat menepati ramalan keuntungan operasi syarikat mengikut unjuran para penganalisa
saham, kematian, pengguguran atau perlantikan individu tertentu dan seterusnya.

Contohnya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008, Barisan Nasional (BN) kehilangan
2/3 kerusi Parlimen seterusnya menyebabkan KLCI jatuh merudum sehingga 130 mata. Apa
yang menariknya, pada PRU tahun 2013 pula, walaupun prestasi BN semakin teruk dengan
kehilangan lagi 7 kerusi parlimen, tetapi KLCI naik melonjak sehingga 130 mata apabila
pasaran saham dibuka.

Kenapa jadi begitu?

Tak guna membaca atau membuat analisis selepas pergerakan harga telah berlaku. Mana
boleh key-in order untuk beli harga yang didagangkan semalam!

Ya benar, mungkin ada educated guess. Tapi ia masih dalam kategori meramal-ramal dan
meneka-neka. Persoalannya adakah tuan sanggup meletakkan 100% modal tuan dalam
educated guess yang dibuat oleh mana-mana pemberi hot tips saham yang kelihatan pakar?

Sedangkan, your guess is as good as mine!

Pelaburan Saham Ibarat Pertanian

Pelaburan saham mempunyai disiplin yang tersendiri.

Bagaimana seorang petani dapat meraih hasil pertanian saban tahun? Sudah pasti ada
teknik bercucuk tanam tersendiri. Jadual kerja yang tersusun.

Ya benar, sudah pasti ada tahun-tahun yang merugikan dan tidak berhasil juga!

Seorang petani tidak membuang masa meneka sama ada esok cuaca panas atau esok hujan
turun dengan lebat. Itu bukan keutamaan. Adalah lebih baik bagi seorang petani untuk turun
ke kebun dan membuat kerja yang lebih produktif.

33
Sekiranya seseorang petani lebih gemar meneka cuaca dari berbudi kepada tanah, maka
lebih baik pergi sahaja ke Genting Highland. Ya, jika mahu melabur buat cara mahu melabur
dan bukannya berjudi nasib.

Harga Jatuh Adalah Satu Peluang

Tugas kita adalah mengenal pasti bisnes yang baik, membuat anggaran nilai dan
membelinya ketika harganya lebih murah dari nilai yang sebenar. Ia membawa 2 maksud:

1. Jika kita belum membeli saham syarikat yang berkualiti, maka jangan tergesa-gesa untuk
terus membuat pembelian. Tunggu sehingga peluang datang bergolek-golek di hadapan
kita.

2. Jika kita telah membuat pembelian saham syarikat yang berkualiti, maka sekiranya harga
jatuh semula maka itu adalah peluang untuk kita menambah pegangan saham kita.

Ya, ingat dalam pelaburan saham tidak ada peraturan offside macam dalam permainan
bola sepak. Kita dibenarkan membuat offside selama mungkin dan menunggu sahaja
dihadapan garisan gol sehingga bola sampai di kaki. Kemudian rembat terus!

Proses ini adalah proses yang membosankan dan menguji kesabaran. Khususnya dalam
situasi pasaran yang sedang menaik (bull market). Jika kita terlepas membelinya pada

34
waktu yang sesuai, kita cuma dapat melihat sahaja harga saham setiap hari semakin naik.
Dan harga boleh berada dalam paras yang tinggi dalam tempoh yang lama.

Kita ingin memiliki bisnes yang berkualiti dan memegangnya sehingga kualiti bisnes
itu merosot. Bukan beli pada waktu pagi, dan menjualnya semula sebelum waktu makan
tengah hari.

Beli Pada Harga Diskaun - Margin of Safety

Barangkali ada yang tertanya-tanya, Jika analisis kita tepat dan betul, kenapa tak terus beli
sahaja? Bukankah harga sentiasa mengejar nilainya yang sebenar? Jadi kenapa kena tunggu
sehingga harga diskaun baru mula membeli?

Untuk menjawab persoalan tersebut, maka kita perlu memahami prinsip margin of safety.

Seorang jurutera membina jambatan yang dapat menampung kapisiti berat 10,000 kg, pasti
tidak akan membina jambatan yang dapat menampung cukup-cukup sahaja berat tersebut.
Barangkali jurutera tersebut membina jambatan yang sebenarnya dapat menampung
kapasiti berat sehingga 13,000 kg.

Maka perbezaan 3,000 kg itu adalah margin of safety.

Begitu juga dalam pelaburan, sekiranya sesebuah syarikat itu bernilai RM 100 juta, maka
tindakan kita membeli syarikat itu pada harga RM 90 juta atau RM 110 juta bermaksud kita
telah mengabaikan prinsip margin of safety. Kita patut membeli syarikat tersebut dengan
harga yang jauh lebih murah misalnya pada RM 50 juta sahaja. Turun naik harga (volatility)
dalam pasaran saham membenarkan kita membeli syarikat dengan harga jauh lebih rendah
atau tinggi dari nilai sebenar.

Seterusnya, penilaian syarikat yang kita buat adalah anggaran sahaja. Kita sebagai manusia
mempunyai bias yang tersendiri. Bias tersebut dapat terjadi melalui pelbagai cara,
antaranya:

Kita suka dengan produk syarikat tersebut

Kita ada pengalaman buruk dengan syarikat tersebut.

Kita pernah untung besar semasa membeli saham syarikat tersebut.

Ada jutawan pernah cadangkan kita beli saham ini.

Semua orang bercakap mengenai saham ini.

Dan seterusnya.

Apabila kita membenarkan bias ini menguasai diri kita, maka kita telah membuat
keputusan berdasarkan emosi dan tidak lagi berasaskan analisis yang rasional. Apabila
emosi yang membuat keputusan, maka kita mudah membuat pelbagai kesilapan.

35
Salah satu cara untuk menghapuskan bias seperti ini adalah dengan menganggap, analisis
kita cuma 50% betul sahaja. Jadi, apabila kita berpendapat nilai sesebuah syarikat adalah
RM 200 juta, maka kita patut menganggap penilaian kita cuma betul dalam 50% sahaja iaitu
penilaian syarikat itu barangkali cuma RM 100 juta.

Memandangkan turun naik harga di dalam pasaran saham tidak mengenal belas kasihan,
maka sekiranya kita tersalah membuat penilaian, kejatuhan yang berlaku tidak akan
memusnahkan portfolio pelaburan kita kerana kita telah mengawal risikonya melalui prinsip
margin of safety.

Sebagai pelabur kita perlu menjaga modal pelaburan kita terlebih dahulu jangan sampai
lebur semuanya.

Seperti yang tertulis dalam 2 peraturan asas berikut:

1. Jangan rugi (modal).

2. Ingat peraturan #1.

Modal itu akar dan untung itu buah. Jika kita terlepas musim memetik buah, dengan akar
yang sihat, musim menuai hasil itu akan datang lagi pada masa hadapan. Namun, jika kita
hanya mengejar buah tanpa mempedulikan apa yang bakal terjadi dengan akar, buah tidak
dapat, akar pun rosak.

Jangan lupa peraturan ini sampai mati.

11.Buy Low Sell High? Eh, Pelabur Buy At Discount!

by SUZARDI MAUL AN

Ada dua sebab kenapa kita tak beli saham sesebuah syarikat.

1. Syarikat yang tidak bagus. Industrinya tidak bagus.

2. Syarikat bagus tapi harga saham syarikat tersebut terlalu mahal jika dibandingkan
dengan nilai. Ya, dengan nilainya sendiri.

Dari situ, kita sepatutnya membuat pelaburan saham dengan kaedah yang paling ringkas.
Straight forward. Berikut adalah 5 langkah yang kita patut buat.

Tetapkan sasaran yang realistik. Saya telah menerangkannya pada artikel sebelum
ini.

Senaraikan syarikat yang kita faham operasi bisnesnya sahaja.

Menganggarkan nilai syarikat-syarikat tersebut.

Beli pada harga diskaun berbanding nilai.

36
Menjualnya ketika harga menghampiri atau melebihi nilai.

Dulu Saya Juga Benci Bank, Rupa-Rupanya Banyak Yang Saya Dapat Belajar Dari
Bank

Mari kita lihat secara ringkas, bagaimana sektor perbankan dapat menjadi antara sektor
bisnes yang kaya raya. Kita belajar faktor-faktor sesebuah bank menentukan sama ada kita
layak mendapatkan pembiayaan atau tidak.

Firdaus, seorang pensyarah di IPTA mahu membeli sebuah rumah. Firdaus tidak cukup duit
untuk beli secara tunai. Pilihan yang ada adalah mendapatkan pembiayaan perumahan. Lalu
dia pun pergi ke bank untuk tujuan tersebut.

Ada 2 perkara utama yang bank lihat dari dokumen-dokumen yang diberikan.

1. Harga rumah yang ingin dibeli.

2. Pendapatan Firdaus.

Seandainya rumah tersebut berharga RM 200,000, bank mendapatkan penilaian harta tanah
dari jurunilai harta tanah yang mereka percaya untuk memastikan harga rumah yang dibeli
oleh Firdaus adalah nilai yang wajar. Lebih rendah harga belian berbanding penilaian wajar
adalah lebih baik. Itupun bank cuma akan beri maksimum 90% sahaja.

Seterusnya, jika benar nilai yang dipersetujui oleh bank juga adalah RM 200,000 maka
adakah Firdaus mampu untuk membayar hutangnya nanti ? Bank sangat suka jika gaji
Firdaus adalah RM 80,000 setahun. Namun, jika gaji setahun cuma RM 30,000, maka bank
mula menganggap Firdaus tidak mampu untuk membayar hutang bulan-bulan.

Kemudian, bank juga mahu tahu berapa banyak hutang Firdaus yang sedia ada. Jika jumlah
hutang telah melebihi had tertentu, maka peluang untuk mendapatkan pembiayaan
perumahan adalah lebih tipis.

Seandainya semuanya ok, dan bank bersetuju untuk memberikan Firdaus pembiayaan
hartanah, maka untuk mengukuhkan lagi kedudukan bank, Firdaus selaku orang yang
berhutang perlu menggadaikan hartanah tersebut sebagai sekuriti kepada hutang rumah
tersebut. Wow. Dari awal sehingga akhir, bank sentiasa fikir bagaimana nak selamatkan
duit mereka dulu.

Bank sentiasa menjaga risiko-risiko yang berpotensi menghabiskan semua pendapatan


bisnes yang diperoleh, jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga. Jika berlaku kes
mungkir bayar hutang, jika rugi pun, bank tidak rugi kesemuanya.

Jadi, tugas kita adalah tiru apa yang bank buat, iaitu mengenal pasti risiko yang ada dan
seterusnya menganggarkan nilai berdasarkan nilai aset syarikat dan juga pendapatan
syarikat.

37
Portfolio pelaburan kita pasti ada mengalami kerugian, dan jika itu berlaku kita tidak rugi
semuanya.

Menguruskan Pelaburan Sendiri Adalah Mudah, Cuma Ramai Pihak Menjadikannya


Sukar

Menguruskan pelaburan sendiri tidaklah sesukar yang kita sangka. Ia adalah lebih mudah
berbanding apa yang kita sangka tetapi pada masa yang sama ia tidaklah terlalu senang
sehingga dapat untung berganda-ganda dalam tempoh yang sekejap.

Barangkali salah satu punca kita berasa pelaburan saham ini sukar kerana istilah-istilah
yang diguna pakai adalah tidak sama dengan bahasa yang biasa kita gunakan setiap hari.

Misalnya, istilah market capitalization. Company value. Shares outstanding.

Mari kita tengok istilah-istilah ini kerana istilah ini akan disebut berulang-ulang kali.

Market capitalization

Market capitalization atau juga disebut market cap merujuk kepada harga saham semasa
jika kita mahu membeli keseluruhan syarikat tersebut. Namun, jika kita mahu membeli
sebahagian sahaja pemilikan syarikat, kita cuma merujuk kepada harga sesaham atau harga
seunit.

Bagaimana nak kira market cap ? Formulanya adalah seperti berikut:

Market capitalization = Price per share x shares oustanding

Maka market cap ini akan disebut dalam juta atau bilion. RM 54 bilion. RM 70 juta. Wow.
Mana kita ada duit sebanyak itu untuk beli saham! Maka kita kira harga harga sesaham
(price per share) pula. Dan sebelum itu kita kena tahu jumlah saham yang dimiliki terlebih
dahulu (shares outstanding).

Shares outstanding

Jumlah saham yang dimiliki oleh semua pemegang saham. Angkanya dapat bertambah
sekiranya syarikat melaksanakan pertambahan modal yang baru melalui terbitan warrant,
bonus issuance atau employee stock options (esos). Angkanya juga dapat berkurangan jika
syarikat membeli semula saham-sahamnya (share buy back)

Mudah sahaja untuk mengetahui shares oustanding sesebuah syarikat. Dan jumlahnya
sudah pastilah berbeza-beza.

38
Merujuk gambarajah, maklumat syarikat Fiamma Holdings Berhad. Sumber dari website
Financial Times.

+ Market capitalization: RM 232.20 juta


+ Shares outstanding: 141.58 juta

Dari maklumat ini, maka berdasarkan formula yang diberikan di atas, kita dapat mengira
harga sesaham untuk Fiamma Holdings.

RM 230.20 / 141.58 = RM 1.64.

Ini adalah harga syarikat. Bukannya nilai syarikat. Harga berbeza dengan nilai. Price vs
value.

Mencari harga syarikat adalah mudah. Sangat mudah. Yang ramai orang tidak buat adalah
menganggarkan nilai syarikat. Kita bukan speculator yang buy low, sell high atau buy high,
sell higher dan seterusnya.

Tugas kita sebagai pelabur adalah, membuat penilaian syarikat seterusnya membeli syarikat
yang sedang dijual pada harga yang lebih rendah dari nilai syarikat.

Always buy at discount!

12.4 Langkah Membuat Watchlist Saham Sendiri Tanpa Perlu Bergantung Dengan
Orang Lain

by SUZARDI MAUL AN

39
Bab ini membantu kita untuk membuat satu senarai pendek, iaitu senarai syarikat-syarikat
yang sesuai dengan diri kita. Syarikat yang kita faham. Bisnes yang berada dalam circle of
competence kita.

Langkah ini penting kerana sehingga Disember 2013, sebanyak 911 buah syarikat
disenaraikan di Bursa Malaysia. Manakala, 650 syarikat atau 71.4% dari jumlaj tersebut
adalah patuh Shariah. Adalah mustahil bagi kita untuk menganalisa dan membeli kesemua
syarikat tersebut.

Justeru apa yang perlu kita buat adalah membuat satu senarai, atau kita panggil watchlist,
yang mengandungi sebanyak mungkin syarikat berdasarkan kriteria tertentu. Bermula
dengan kefahaman kita tentang operasi bisnesnya. Kefahaman yang dimaksudkan sudah
pasti berbeza-beza antara seorang pelabur dan seorang pelabur yang lain.

Misalnya, pelabur yang bekerja di dalam sektor oil & gas sudah tentu mempunyai lebih
kefahaman untuk melabur dalam syarikat-syarikat dalam sektor berkenaan berbanding
pelabur yang bekerja di luar sektor tersebut.

Manakala pelabur suri rumah pula sudah tentu mempunyai kefahaman yang lebih jika
melabur dalam syarikat yang mengeluarkan produk barangan harian seperti gula, tepung,
minyak masak, telur, kain dan sebagainya.

Sehari Dalam Kehidupan Lan.

Lan memulakan hari setiap hari dengan menikmati sarapan. Dia suka makan biskut kering
cap ping pong keluaran, Hup Seng Industries (Hupseng:5024) sambil cecah ke dalam air
milo panas yang dikeluarkan oleh Nestle (M) Bhd (Nestle:4707).

Usai sarapan, Lan memandu kereta Toyota yang dikeluarkan oleh UMW Holdings Bhd
(UMW:4588) untuk pergi ke tempat kerja. Dalam perjalanan Lan pun singgah ke stesen
BHPetrol milik Boustead Holdings Bhd (BSTED: 2771) untuk mengisi petrol dan
mengeluarkan duit dari mesin ATM CIMB Bank (CIMB:1023).

Sampai di pejabat, meja sudah dipenuhi fail yang dikeluarkan oleh Asia File Corporation Bhd
(ASIAFLE:7129). Belum pun sempat duduk, telefon pejabat pula berbunyi servis disediakan
oleh Telekom Malaysia Bhd (TM:4863). Mood Lan terus panas sebab pagi-pagi lagi dah kena
marah dengan bos ditambah pula dengan bekalan elektrik (Tenaga Nasional Bhd
Tenaga:5347) terputus seketika. Baru sahaja menenangkan diri, sms masuk ke telefon
bimbit (guna line DIGI:6947) isterinya beritahu keretanya terlibat kemalangan kecil. Nasib
baik ada polisi dengan syarikat Takaful Malaysia (Takaful:6139)

Di sekeliling kita sebenarnya ada pelbagai potensi syarikat yang saham-sahamnya kita
mampu beli. Adakah kita menyedarinya ?

Sekarang, sediakan sehelai pen dan kertas. (Okay, guna aplikasi telefon pintar pun boleh).

4 Langkah Membina Watchlist Sendiri

40
Langkah 1: Yang Halal-Halal Sahaja

Tuan wajib melabur dalam syarikat yang berstatus patuh Shariah sahaja. Caranya mudah
sahaja.

1. Untuk melihat sekali imbas, pergi ke laman web Bursa Malaysia > Securities > Prices
dan tick Shariah Compliant. Syarikat yang berstatus patuh Shariah mempunyai simbol [S]
di sebelah nama mereka.

2. Manakala untuk mendapatkan status syarikat yang lebih spesifik, misalnya untuk
menyemak status Shariah syarikat-syarikat yang bermula dengan abjad S, pergi ke website
Bursa Malaysia > Listed Companies > Main Market, pilih alphabetical S dan semak di
situ. Syarikat yang berstatus patuh Shariah mempunyai simbol [S] di sebelah nama mereka.

41
3. Setiap online trading platform juga ada menunjukkan sama ada sesuatu syarikat itu
berstatus patuh Shariah atau tidak. Sila rujuk syarikat broker untuk maklumat lanjut.

4. Manakala untuk senarai yang lebih komprehensif, sila muat turun di laman web
Suruhanjaya Sekuriti. Sila klik link berikut bawah:

Senarai Sekuriti Patuh Shariah

Langkah 2: Senaraikan Ke Mana Duit Gaji Habis

42
Buat senarai perbelanjaan bulanan yang ringkas. (Ehem, yang lebih bersistematik sila
dapatkan di www.PanduanCashflow.com). Senaraikan syarikat-syarikat yang kita beri mereka
duit gaji kita setiap bulan.

Contohnya, apabila kita pergi membeli barangan dapur. Kita lalu di rak-rak yang menjual
biskut-biskut seperti gambar di atas. Setiap bulan kita memang pasti membeli biskut-biskut
tertentu untuk dimakan.

Bayangkan jika kita menghabiskan RM 15 sebulan untuk membeli biskut dan ada 100,000
lagi pembeli buat perkara yang sama setiap bulan. Berapakah pendapatan syarikat biskut
tersebut setiap bulan? Berapa pula pendapatan syarikat tersebut selama 1 tahun?

Namun, tidak semua syarikat berstatus berhad. Maka kita perlu teliti pembungkusan
tersebut dan cari status syarikat tersebut. Atau Google sahaja jenama yang kita suka.
Senarai pendekkan syarikat berstatus berhad sahaja.

Dutch Lady Milk Industries Bhd

Langkah 3: Siapa Yang Beri Kita Gaji?

Kita bekerja dalam sektor apa?

Kesihatan.

Perkhidmatan awam.

Pembinaan.

Oil & gas.

Pelancongan.

Dan seterusnya.

Kita lebih tahu barangan dan servis apa yang diperlukan oleh syarikat / organisasi kita
bekerja. Walaupun kita barangkali bekerja di sektor kerajaan, ia bukanlah masalah.
Walaupun perkhidmatan awam bukan bisnes, tetapi sektor kerajaan adalah antara
pelanggan terbesar syarikat tertentu.

Syarikat mana yang membekalkan ubat, sarung tangan perubatan?

Syarikat mana yang membekalkan alat tulis, fail dan stapler?

43
Syarikat mana yang mendapat projek-projek pembangunan kerajaan?

Syarikat mana yang baru menang tender dari PETRONAS?

Syarikat mana yang membekalkan barangan keperluan dan perkhidmatan untuk


memenuhi kehendak pelancong tempatan dan luar?

Senaraikan syarikat berhad yang sering menerima manfaat dari syarikat / organisasi tempat
kita bekerja.

Langkah 4: Apa Hobi Kita?

Memasak?

Berkebun?

Modify kereta?

Ubah suai rumah?

Melayari internet?

Berapa banyak duit yang kita telah habiskan untuk memenuhi hobi masa lapang kita?

Syarikat mana yang membekalkan telur?

Syarikat mana yang membekalkan baja?

Syarikat mana yang membekalkan alat ganti kereta?

Syarikat mana yang mengeluarkan tiles, barang-barang buat kabinet dapur, simen?

Syarikat mana yang membekalkan broadband?

Senaraikan syarikat berhad yang sering menerima manfaat dari hobi kita.

Hanya dengan melakukan 4 langkah mudah ini, insyaAllah kita pasti mempunyai satu
senarai yang mengandungi antara 15-25 syarikat seterusnya dapat memulakan analisa
dengan lebih mendalam.

13.Keluar Shopping Mencari Jualan Murah (1)

by SUZARDI MAUL AN

Sekarang kita telah pun mempunyai watchlist saham sendiri.

Tapi ini baru permulaan.

44
Seterusnya kita perlu lihat adakah syarikat-syarikat yang dalam senarai itu tadi sedang
dijual dengan harga diskaun, dibandingkan dengan nilai-nilai tertentu.

Pertama, kita gunakan Net Tangible Asset (NTA). Kedua, kita gunakan Price to Earnings Ratio
(PE Ratio).

Kita mulakan dengan NTA dahulu.

NTA Sebagai Petunjuk Nilai Sesebuah Syarikat

Dimudahkan cerita, NTA adalah harta-harta syarikat yang kita dapat tengok, pegang dan
rasa. Fizikal. Begini.

Helmi merupakan seorang anak muda yang minat berniaga. Dia memulakan bisnes dengan
apa yang ada di tangan.

Selepas peperiksaan SPM, Helmi memulakan berniaga burger di tepi jalan di hujung
kampungnya. Disimpang jalan besar. Banyak kereta dan motorsikal lalu di jalan tersebut.
Tidak jauh dari situ juga adalah masjid dan 2 deret rumah kedai yang dipenuhi pusat
tuisyen, kedai runcit dan kedai makan.

Helmi mengeluarkan modal sebanyak RM 3,000 untuk memulakan perniagaan burgernya.


Modal itu untuk membeli pelbagai jenis peralatan seperti dapur, gas, bahan mentah, kuali,
payung, meja, kerusi dan sebagainya.

Satu hari, Rosyied berhasrat mahu membeli bisnes burger Helmi. Rosyied menawarkan RM
1,500 untuk mengambil alih bisnes burger tersebut kepada Helmi. Dalam erti kata lain,
Rosyied menawarkan RM 1,500 untuk mengambil alih gerai burger yang bermodalkan tunai
RM 3,000.

Sekiranya kita berada dalam posisi Helmi, adakah kita patut menerima tawaran tersebut?

+ Jika ya, kenapa ?

+ Jika tidak, berapakah harga yang sepatutnya Helmi minta dari Rosyied ?

+ Seterusnya, kenapa kita berpendapat harga RM 1,500 itu adalah satu tawaran yang
rendah?

Mengikut logik akal, tawaran Rosyied itu sudah pasti sukar diterima oleh Helmi. Orang kata,
pulang modal pun tidak. Melainkan Helmi betul-betul dalam situasi terdesak, barulah situasi
begitu dapat berlaku. Namun dalam dunia pelaburan saham, Rosyied berpeluang membeli
saham syarikat dengan harga diskaun sebegitu tanpa perlu berunding dengan pemilik. Inilah
yang kita perlu faham mengenai NTA.

Walaupun begitu, pengiraan NTA tidak mengambil kira potensi pendapatan gerai burger
tersebut. NTA hanya mengambil kira nilai anggaran harta-harta fizikal sahaja. Tidak
termasuk pendapatan semasa dan potensi pendapatan yang boleh dijana dari aset-aset
tersebut.

45
Dalam pelaburan saham, peluang-peluang membeli saham pada harga (market cap) yang
lebih rendah dari NTA namanya bola sampai terus di hujung kaki kita betul-betul di hadapan
gol. Rembat terus!

Memang ada banyak syarikat yang dijual lebih mahal dari NTA. Ia adalah perkara biasa dan
ini adalah sesuatu yang logik kerana apabila kita mengambil kira potensi pendapatan bisnes
semasa menganggarkan nilai, maka sudah tentu nilai syarikat menjadi lebih tinggi dari nilai
NTA. Tetapi sekiranya kita membeli syarikat yang mempunyai nilai NTA negatif, whoops!

Membuat Pengiraan NTA

Kita perlu membuka penyata kewangan syarikat, terus merujuk kepada balance sheet
syarikat tersebut. Penyata kewangan adalah percuma. Kita dapat memuat turun penyata
kewangan melalui laman web Bursa Malaysia atau pun laman web syarikat itu sendiri.

Selain itu, kita juga boleh mendapatkan ringkasan laporan kewangan dari beberapa tempat.
Saya suka menggunakan buku Stock Performance Guide Malaysia, terbitan syarikat
Dynaquest. Buku ini berharga RM 70 dan diterbitkan 2 kali setahun. Namun, buku ini tidak
mengandungi ringkasan semua syarikat berhad di Bursa Malaysia.

Seterusnya, saya juga suka merujuk laman web, http://markets.ft.com yang memberikan
ringkasan laporan kewangan secara percuma untuk 5 tahun. Ada juga syarikat-syarikat
broker yang memberikan ringkasan laporan kewangan syarikat secara percuma melalui
online trading platform masing-masing. Malah, sebahagian online trading platform juga
sudah siap-siap mengira NTA untuk kita.

Apa yang perlu kita cari dalam balance sheet untuk pengiraan NTA adalah

(1) Total equity

(2) Goodwill

(3) Intagibles

46
NTA = Total equity (goodwill + intagibles)

Saya menunjukkan langkah-langkah menggunakan ringkasan laporan kewangan menerusi


markets.ft.com

1. Sila search syarikat yang ada dalam watchlist kita. Klik Quotes > Nama syarikat. Untuk
tujuan tutorial ini saya gunakan syarikat Fiamma Holdings Bhd.

2. Seterusnya, kita dibawa ke summary untuk syarikat ini. Sila catat nilai market cap
syarikat. Harga Fiamma, seperti dalam contoh ini adalah RM 285.29 juta. Untuk dapatkan

47
harga sesaham, ia perlu dibahagikan dengan jumlah shares oustanding, 144.08 juta.

3. Seterusnya klik tab Financials , dan terus klik Balance Sheet

4. Terus cari total equity, goodwill & intagibles.

48
Berdasarkan ringkasan laporan kewangan FIAMMA untuk 2013.

Total Equity: RM 288 juta

Goodwill: 0

Intagibles: 0.50 juta

49
NTA = 288 (0 + 0.5) = RM 287.5 juta

Berdasarkan maklumat pada langkah 2, market cap Fiamma adalah RM 285.29 juta. Untuk
mendapatkan NTA dan harga sesaham, nilai NTA dan market cap kita bahagikan dengan
total shares oustanding, 144.08 juta.

NTA sesaham = 287.5 / 144.08 = 1.99

Harga sesaham = 285.29 / 144.08 = 1.98

Jadi, berdasarkan analisa ini kita dapat tahu saham Fiamma sedang dijual lebih murah dari
nilai NTA nya.

Ya, Rosyied Boleh Beli Syarikat Dengan Harga Diskaun Tanpa Perlu Berunding
Menerusi Pasaran Saham

Sekarang kita tukar situasi.

Helmi merupakan pemilik Fiamma Holdings dan saham syarikatnya sedang dijual lebih
murah dari nilai harta-harta fizikalnya. Menerusi pasaran saham, Rosyied tidak perlu lagi
berunding dengan pemilik atau sesiapa pun, tetapi dapat terus beli sebahagian dari syarikat
tersebut.

Menarik bukan?

Sekarang sila dapatkan nilai NTA dan harga saham semua syarikat yang ada dalam watchlist
tadi. Catat NTA dan harga sahaja dahulu. Jangan beli lagi.

Sebahagian syarikat-syarikat broker juga ada menyediakan pengiraan NTA ini menerusi
online trading platform. Sila rujuk dengan syarikat broker masing-masing untuk
memanfaatkan analisa yang mereka sediakan.

Bab seterusnya adalah bagaimana kita dapat mencari syarikat yang sedang dijual dengan
harga diskaun berbanding dengan pendapatan syarikat pula.

14.Keluar Shopping Mencari Jualan Murah (2)

by SUZARDI MAUL AN

Sekarang kita sudah ada watchlist yang mengandungi harga syarikat dan juga nilai NTA
bukan ?

Dari situ, sila lihat berapa banyak yang sedang dijual dengan harga diskaun berbanding
dengan nilai NTA? Jika tidak banyak, jangan risau, ada lagi cara untuk membeli sesebuah
syarikat dengan harga diskaun. Kita bandingkan dengan pendapatan syarikat pula.

Pendapatan Gerai Burger Helmi

Helmi memulakan bisnes burger dengan modal RM 3,000.

50
Setelah 3 bulan beroperasi, keuntungan bersih sebulan secara purata adalah RM 2,000.
Bermaksud, untuk tempoh setahun gerai burgernya mampu memberi keuntungan
sebanyak RM 24,000 setahun.

Sekarang, nilai semula tawaran Rosyied untuk membeli gerai burger tersebut dengan harga
RM 1,500 sahaja. Adakah Rosyied sedang menawarkan harga yang wajar kepada Helmi ?
Setelah menimbang faktor modal RM 3,000 dan pendapatan RM 24,000 setahun, berapakah
sebenarnya harga yang wajar ?

Ya, persoalan sebegini agak subjektif tetapi kita ada panduan asas untuk menilainya.

Seperti yang telah ditunjukkan sebelum ini, dalam pasaran saham kita berpeluang membeli
sesebuah syarikat dengan harga yang lebih rendah dari nilai harta fizikal yang dimiliki
syarikat itu ada. Kali ini mari kita lihat, bagaimana kita juga berpeluang membeli sesebuah
syarikat dengan harga diskaun berbanding pendapatan pula.

Ya, seumpama Rosyied membeli gerai burger tersebut dengan harga RM 1,500. Malah, jika
Helmi menjualnya dengan harga RM 6,000 sekalipun (1x ganda NTA), Rosyied masih
mendapat untung besar!

Tugas kita sebagai pelabur adalah menyemak terlebih dahulu nilai-nilai bisnes dan bukannya
melihat turun naik harga. Barulah kita dapat tidur nyenyak pada malam hari.

Keuntungan Syarikat Punca Naik Turun Harga Saham

Untung rugi syarikat adalah faktor utama kenaikan dan penurunan harga sesebuah syarikat.

Ya, ada faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi. Tetapi keuntungan syarikat adalah
faktor utama. Dan nilai berkait rapat dengan keuntungan syarikat. Turun naik saham
untuk jangka masa panjang sebenarnya adalah pergerakan harga mencari nilai.
Tanpa keuntungan, syarikat itu tidak atau kurang bernilai.

Bayangkan gerai burger yang tiada orang datang beli burger di malam hari.

Ok?

Syarikat perlu mempunyai jualan yang banyak. Jumlah jualan itu perlu mampu memberi
keuntungan yang mampu membiayai perkara-perkara berikut:

1. Kos operasi syarikat

2. Hutang piutang syarikat.

3. Pembayaran dividen kepada pemegang saham, atau pelaburan semula dalam


syarikat untuk berkembang.

51
Selepas syarikat telah membuat 3 perkara di atas, baki untung jualan masih banyak lagi.
Maka syarikat yang mempunyai pendapatan yang mencukupi sebegini adalah syarikat yang
mempunyai nilai yang tinggi seterusnya menarik minat para pelabur.

Jika syarikat sentiasa rugi, tiada siapa yang mahu melaburkan modal dalam syarikat
sebegitu. Pelabur sedia ada pun mahu keluar. Sebab tiada keuntungan operasi bisnes dalam
aktiviti ekonomi yang sebenar. Justeru sebarang perkara yang dapat menjejaskan
pendapatan atau menambahkan pendapatan syarikat perlu diambil perhatian sewajarnya
oleh para pelabur.

Skandal Transmile Group misalnya adalah antara skandal


kewangan yang melibatkan penipuan keuntungan syarikat yang pernah berlaku di Bursa
Malaysia. Syarikat ini melaporkan memperoleh jualan RM 530 juta dan memperoleh
keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 207 juta (2006) dan RM 120 juta (2005) namun apa
yang berlaku adalah kerugian sebelum cukai sebanyak RM 126 juta (2006) dan RM 77 juta
(2005). Transmile Group kini tidak lagi didagangkan di Bursa Malaysia.

Namun untuk jangka masa pendek harga saham macam mesin undi. dipengaruhi
oleh berita-berita tertentu seperti sentimen politik, aktiviti korporat tertentu dan laporan
keuntungan / kerugian suku tahunan.

Seperti berita mengenai kelulusan lesen Malindo Air (2013) menyebabkan kejatuhan saham
Air Asia Bhd yang teruk, pengumuman kenaikan tarif elektrik TNB (2013) menyebabkan
harga saham Tenaga melonjak dengan banyak.

Apabila sesebuah syarikat juga tidak menepati sasaran jangkaan keuntungan, kejatuhan
harga saham juga dapat berlaku dengan teruk seperti yang berlaku kepada harga saham
syarikat Zhulian Bhd (2014).

52
Kejatuhan saham Zhulian sebanyak 21.91% dalam tempoh 1 hari, selepas syarikat itu
melaporkan pendapatan tahunan suku ke-4 2013 yang merosot 56%

Malah, aktiviti korporat yang dapat menambah pendapatan seperti aktiviti mengambil alih
sesebuah syarikat seperti pembelian 100% saham Bank Islam oleh BIMB Holdings misalnya
(2013), menyebabkan harga saham BIMB Holdings meningkat dengan banyak.

Namun, sekiranya peningkatan harga saham tidak disokong oleh pendapatan, maka para
pelabur wajib berhati-hati kerana dikhuatiri ada aktiviti spekulasi berlebihan sedang berlaku.

Pendapatan Syarikat

Cara paling mudah untuk menilai pendapatan syarikat adalah dengan menggunakan
Earnings Per Share (EPS) iaitu pendapatan sesaham. Angka ini mudah kita dapat, sama ada
melalui laporan kewangan syarikat, ringkasan laporan kewangan dan juga melalui online
trading platform kita.

Untuk membuat pengiraan pendapatan sesaham, untung bersih syarikat dibahagi dengan
jumlah saham yang diterbitkan.

EPS = Net Profit / Share Issued (Shares Outstanding)

Pendapatan Sesaham = Untung Bersih / Terbitan Saham

Kita ambil sekali lagi contoh syarikat Fiamma Holdings Berhad, berdasarkan website
Financial Times.

53
Berdasarkan gambarajah di atas:

EPS: RM 0.2418

Shares oustanding: 144.08 juta

Net Profit: ___ (tidak diberikan)

Maka, berdasarkan formula yang diberikan untuk mendapatkan untung bersih syarikat, EPS
x shares oustanding, 0.2418 x 144.08 = 34.84 juta. Keuntungan bersih syarikat
Fiamma adalah RM 34.84 juta.

Jadi kita dapat tahu, setiap harga RM 1.98 saham seunit FIAMMA, pendapatan sesaham
adalah sebanyak 24 sen. Cuma pendapatan yang diperoleh oleh syarikat tidak dibahagi-
bahagikan terus kepada pemegang saham. Sebahagiannya dilaburkan semula dalam bisnes
itu sendiri. Sebahagiannya diberi dalam bentuk dividen.

Syarikat yang mempunyai aset fizikal (NTA) adalah baik.

Syarikat yang mempunyai aset-aset yang menjana pendapatan adalah lebih baik.

Justeru, bagaimana pula dengan syarikat yang tidak menjana untung? Sudah tentu ia adalah
syarikat yang tidak berkualiti. Bukan semua syarikat berhad menjana keuntungan!

54
Barangkali tuan tertanya-tanya lagi, kenapa ada orang masih membeli saham syarikat yang
rugi?

Ya, itulah yang membezakan seorang pelabur dengan kaki judi atau pun golongan
spekulator / trader. Kita hanya membeli syarikat yang untung dan mempunyai nilai sahaja
dan mengelakkan syarikat-syarikat yang rugi. Mengelakkan masalah adalah lebih utama dari
keluar dari masalah.

Harga Dibandingkan Dengan Keuntungan Syarikat

Berbalik kepada gerai burger Helmi. Berapakah harga yang wajar, yang sepatutnya Helmi
terima sekiranya dia mahu menjual gerainya. Keuntungan setahun gerai burger Helmi
adalah RM 24,000 setahun.

30x ?

15x ?

7x ?

Secara umumnya kita dapat menggunakan 10x keuntungan untuk mendapatkan harga yang
wajar. Itu sekiranya kita berada dalam posisi Helmi (seller). Namun jika kita berada dalam
posisi Rosyied (buyer), sudah tentu kita mahu beli dengan harga yang lebih rendah. Lebih
rendah lebih bagus.

Menggunakan contoh FIAMMA sekali lagi, saya berikan maklumat berkaitan:

EPS: RM 0.2418

Shares oustanding: 144.08 juta

Net Profit: 34.84 juta

Market Cap: 285.29 juta

Dengan menggunakan 10x keuntungan, kita dapat menganggarkan nilai wajar syarikat
Fiamma adalah RM 348.4 juta. Atau pun, RM 2.41 sesaham. Berdasarkan harga semasa, ia
sedang dijual pada harga RM 285.29 juta atau pun, RM 1.98 sesaham. Ya, kita dapat kata
syarikat FIAMMA juga sedang dijual dengan harga diskaun dibandingkan dengan pendapatan
syarikat.

Mudah bukan ?

Jadi, jika kita beli pada harga RM 1.98 sesaham dan kemudian harganya mencecah RM 2.41,
kita berpotensi mendapat untung 0.43 sesaham, atau pun ROI sekitar 22%.

Menggunakan PE Ratio

55
Kita juga dapat menggunakan Price to Earning Ratio atau juga dikenali sebagai PE atau PER.

Nisbah PE ini kita dapat lihat menerusi banyak tempat seperti akhbar harian tempatan.
Malah, syarikat-syarikat broker juga menyediakan nisbah PE ini melalui online trading
platform mereka. Adalah memadai bagi kita untuk mengguna pakai kiraan PE yang telah
disediakan. Nak kira sendiri pun boleh juga. Formula untuk mengira nisbah PE adalah seperti
berikut:

Harga sesaham / Pendapatan sesaham,

Price per share / Earnings Per Share (EPS), atau menggunakan kiraan lain

Market capitalization / net income

Melalui formula ini kita perlu faham, nisbah PE ini dapat berubah dengan cepat kerana harga
berubah hampir setiap hari, berbanding keuntungan syarikat yang dilaporkan secara suku
tahunan dan tahunan.

Kita juga adakalanya dapat membaca nisbah PE syarikat yang sama, pada masa yang sama
tetapi melalui sumber berlainan, mempunyai nisbah PE yang berbeza. Ini dapat berlaku
kerana ada di kalangan penganalisa saham tidak menggunakan pendapatan sesaham
seperti yang dilaporkan dalam laporan kewangan tahunan, tetapi menggunakan laporan
pendapatan suku tahunan semasa, trailing PE atau pun membuat ramalan pendapatan
sukuan syarikat akan datang, forward PE atau pun gabungan keduanya.

Sebagai pelabur, kita tidak perlu mengira nilai secara tepat. Kita cuma perlu membuat
anggaran nilai sahaja. Justeru, menggunakan nisbah PE yang biasa pun sudah memadai.

Dinamik Nisbah PE

PE adalah nisbah yang dinamik.

Misalnya, syarikat yang mempunyai pendapatan sesaham (EPS) yang dilaporkan untuk
tahun 2011 berjumlah RM 0.10 sesaham, dengan harga RM 1.00 sesaham, maka nisbah PE
adalah 10.

Sekiranya pada tahun berikutnya, pendapatan sesaham meningkat RM 0.13 sesaham,


dengan harga yang tidak berubah, nisbah PE adalah 7.69. Jika berlaku sebaliknya,
pendapatan sesaham turun RM 0.08 sesaham, dengan harga tidak berubah, nisbah PE
menjadi 12.50.

Justeru, turun naik PE tidak semestinya berlaku disebabkan kenaikan atau penurunan harga
sahaja, ia juga dapat berlaku akibat turun naik pendapatan sesaham. Perubahan yang
disebabkan turun naik keuntungan syarikat itulah yang perlu kita perhatikan.

Perbandingan Nisbah PE

56
Nisbah PE juga dapat dibandingkan secara relatif dengan syarikat lain yang tergolong dalam
sektor yang sama.

Maksudnya syarikat yang terlibat dalam penternakan ayam, itik dan telur dibandingkan
dengan syarikat lain dalam bisnes yang sama. Jangan pula kita bandingkan nisbah PE
syarikat seperti itu dengan syarikat yang langsung tidak mempunyai kaitan seperti syarikat-
syarikat yang menjual pakaian.

Seterusnya, perbandingan nisbah PE juga dapat dibuat dengan indeks secara keseluruhan.
Maksudnya, jika nisbah purata PE indeks telah meningkat tetapi nisbah PE syarikat tersebut
masih rendah, maka kita boleh mengatakan yang syarikat tersebut kelihatan masih murah
berbanding indeks, dan seterusnya membolehkan kita menganalisa syarikat tersebut
dengan lebih lanjut.

Selain itu, perbandingan juga dapat dibuat dengan sejarah nisbah PE syarikat itu sendiri.
Sama ada PE syarikat itu pernah naik atau jatuh sampai ke angka tertentu.

Nisbah PE Tinggi vs Nisbah PE Rendah

Secara umumnya, kita membeli syarikat-syarikat yang mempunyai nisbah PE yang rendah.
Dan menjualnya semula apabila ia meningkat ke nisbah PE yang lebih tinggi.

Nisbah PE yang rendah adalah 7 dan ke bawah manakala nisbah PE yang tinggi
adalah 15.

Untuk syarikat yang berstatus indeks pula, nisbah PE yang dapat diguna pakai
sebagai nisbah yang rendah adalah 10 dan ke bawah, manakala nisbah PE yang
tinggi adalah 20.

Inilah cara membuat anggaran PE yang wajar untuk sesebuah syarikat.

Nisbah PE juga adalah salah satu dari petunjuk nilai sahaja, sama seperti NTA. Kedua-duanya
TIDAK merujuk kepada nilai intrinsik (intrinsic value). Namun kedua-dua nilai ini menjadi
petunjuk penting dalam mencari nilai intrinsik.

Sekarang catat pula nisbah PE dalam senarai watchlist kita.

Jangan Melebur Duit Beli Syarikat Berstatus PN17 & GN3

Bukan semua syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia membuat untung. Ada juga
syarikat yang konsisten membuat rugi atau mempunyai situasi financial distress. Syarikat
seperti ini disenaraikan dalam PN17, untuk syarikat Main Market dan GN3 untuk syarikat
ACE Market.

PN17 adalah singkatan kepada Practice Note 17/2005 yang merujuk kepada syarikat yang
sedang mengalami masalah kewangan atau financial distress dan syarikat tersebut tidak
memenuhi syarat minimum dari segi sudut modal atau ekuiti yang telah ditetapkan oleh
Bursa Malaysia.

57
Syarikat yang telah diumumkan berstatus PN17 ini perlu mengemukakan pelan perancangan
penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia. Pelan ini bertujuan untuk
membetulkan semula operasi syarikat dan mengembalikan syarikat kepada kedudukan asal
syarikat tersebut. Selepas pelan tersebut dilaksanakan, syarikat terbabit boleh
mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia untuk menarik kembali status PN17 tersebut.

Sekiranya syarikat berkenaan gagal berbuat demikian, Bursa Malaysia boleh menggantung
urusniaga saham syarikat tersebut dan berkemungkinan akan de-listed dari Bursa Malaysia.
Sekiranya anda masih memegang saham syarikat tersebut dan tidak sempat jual, maka duit
anda juga akan hilang begitu sahaja.

GN3 pula adalah singkatan kepada Guidance Note 3. Definisinya lebih kurang sama dengan
PN17. Sebagai pelabur kita perlu mengelakkan diri daripada membeli syarikat-syarikat ini.

Senarai syarikat PN17

Senarai syarikat GN3

p.s. Sila catat nilai PE dalam watchlist itu ya!

58
Pakdi.my

Panduan Saham Untuk Pelabur Baru

15.Meneliti Paku & Skru Sesebuah Syarikat

by SUZARDI MAUL AN

Memang mudah nak dapatkan senarai syarikat yang sedang dijual pada harga diskaun.

Tetapi kita tidak mahu beli nasi kosong sahaja. Kita ada citarasa tinggi. Kita mahu makan
steak. Sepotong daging lembu batang pinang yang berkualiti tinggi. Daging dari lembu yang
hanya makan rumput segar. Tetapi sedang dijual pada harga murah.

Jadi kita perlu semak syarikat-syarikat yang "murah" itu tadi.

Seterusnya kita melihat "paku" dan "skru" sesebuah syarikat pula.

Bayangkan kita sedang mahu membeli set kerusi meja makan untuk rumah kediaman.
Apakah kriteria yang kita tengok semasa membelinya?

Bagaimana ketahanan kerusi yang bakal kita beli?

59
Adakah kerusi tersebut dapat menampung saiz ahli keluarga dan rakan paling besar
yang datang berziarah ke rumah kita?

Sekiranya anak kita bermain-main di kerusi tersebut, adakah ia mudah patah?

Sekiranya kita telah pun mempunyai pemikiran sebegitu, maka proses membeli saham
adalah lebih mudah untuk difahami.

Atau adakah kita hanya membelinya ikut sedap mata memandang sahaja?

Paku & Skru Gerai Burger Helmi

Helmi memulakan bisnes dengan modal tunai. Tidak ada hutang.

Jadi, gerai burger tersebut tidak mempunyai tangan-tangan lain seperti bank. Namun,
sekiranya Helmi ingin buka kedai burger seperti McDonalds barangkali dia perlu berhutang
dengan bank.

Memang biasa syarikat berhutang. Cuma, sekiranya terlebih berhutang itu yang berbahaya
kepada syarikat. Sebab bisnes tidak selalu untung. Ada masa bisnes rugi. Bank pula
memang suka beri payung ketika cuaca ok, tetapi apabila guruh berbunyi di langit, maka
mula bersedia nak ambil semula payung tersebut. Hujan sahaja, habis basah lencun kita
dibuatnya.

Maka sekiranya Helmi berniaga dengan bermodalkan hutang, maka Rosyied perlu membuat
penyelidikan yang lebih. Jika lepas membuat semakan, hutangnya ada tapi kecil berbanding
dengan aset, bagus. Jika tidak ada hutang, lebih bagus .

Dalam situasi tiada hutang, atau ada hutang yang kecil berbanding harta syarikat, sama ada
untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang, maka kita dapat kata bisnes burger
Helmi mempunyai paku & skru yang kuat. Kukuh. Sebab hasil jualan selepas tolak semuanya
adalah milik kita. Tidak perlu berkongsi dengan si pemberi hutang.

Aktiviti Ekonomi Sebenar

Setiap syarikat mempunyai harta yang sebenar, ia dapat dibaca menerusi senarai aset.
Serta tanggungan atau beban kewangan yang sebenar, dibaca melalui senarai liabiliti.

Kita sebagai pemegang saham syarikat secara tidak langsung mempunyai sedikit sebanyak
kepentingan untuk setiap aset dan liabiliti syarikat. Cuma sebagai pelabur runcit, kita tidak
mempunyai kawalan terhadap aset-aset dan liabiliti yang dimiliki syarikat.

Syarikat dapat membeli pelbagai jenis aset. Memiliki duit tunai, stok barangan jualan,
bangunan pejabat, kilang dan pelbagai jenis harta lagi. Pada masa yang sama syarikat juga
dapat berhutang. Hutang jangka masa pendek (hutang semasa), hutang jangka masa
panjang dan obligasi kewangan yang lain seperti cukai, trade payables dan seterusnya.

60
Sebagai syarikat berhad, yang sahamnya dapat dijual beli secara terbuka di Bursa Malaysia,
syarikat perlu melaporkan kedudukan aset dan liabiliti kepada para pelabur yang berminat
secara percuma. Tak boleh sorok-sorok maklumat.

Laporan kewangan ini wajib disediakan setepat mungkin mengikut standard perakaunan dan
melalui proses audit oleh juruaudit luaran. Syarikat tidak boleh menjual saham mereka
kepada pelabur sekiranya mereka menyembunyikan perkara ini. Syaratnya ketat tetapi
masih ada syarikat yang dapat menipu.

Kita dapat mengetahui senarai aset dan hutang melalui laporan kewangan yang disediakan
oleh syarikat. Kita dapat membacanya sama ada melalui buku fizikal yang dipos ke rumah,
muat turun di laman web syarikat dan juga muat turun di laman web Bursa Malaysia seperti
gambar di bawah:

Ada juga laman-laman web tertentu yang membuat ringkasan kedudukan aset & liabiliti dan
di Malaysia kita juga dapat membeli buku bertajuk Stock Performance Guide terbitan
Dynaquest Sdn Bhd yang dikeluarkan setahun dua kali.

61
Justeru, membeli saham bukan sekadar membeli kertas. Ia adalah membeli pemilikan
syarikat. Setiap saham ada bisnes di belakangnya. Kita dapat membaca banyak perkara
mengenai sesuatu syarikat melalui laporan tahunannya.

Syarikat yang baik melaporkan kedudukan syarikat dengan jujur sama ada ketika bisnes baik
atau ketika bisnes tidak baik dan mengeluarkan laporan tahunan yang biasa-biasa sahaja
(tidak begitu berwarna-warni) formatnya. Laporan tahunan syarikat mempunyai laporan
kewangan syarikat. Berikut adalah apa yang dilaporkan:

1. Income Statement

Melalui maklumat yang terdapat di dalam penyata ini, kita akan tahu sama ada prestasi
operasi syarikat tersebut di dalam keadaan baik atau tidak. Samada bisnes tengah untung
atau rugi. Untung syarikat dan Earning Per Share (EPS) dilaporkan di dalam bahagian ini.

2. Balance Sheet Statement

Penyata yang mempunyai maklumat mengenai aset dan liabiliti sesebuah syarikat. Aset
merujuk kepada harta / mesin / bangunan / peralatan yang dapat menambah potensi
pendapatan syarikat dan juga mempunyai nilai sekiranya dijual atau melalui proses
liquidation. Manakala liabiliti pula merujuk kepada hutang dan beban kewangan syarikat
tersebut.

3. Statement of Changes in Equity

Penyata ini memaparkan maklumat mengenai perubahan ekuiti syarikat tersebut. Mungkin
syarikat ada membuat new issuance untuk mengumpul modal tambahan bagi melaksanakan
projek yang baru. Segala perubahan ekuiti akan dicatatkan di dalam penyata ini.

4. Cashflow Statement

Penyata aliran tunai syarikat. Segala ringkasan transaksi duit masuk dan keluar akan
dicatatkan di sini. Terbahagi kepada 3 bahagian:

Cashflow from operating activities

Cashflow from investing activities

Cashflow from financing activities

Tuan Sakit Apa?

Seorang doktor perlu membuat pemeriksaan kesihatan untuk menentukan apakah sakit
yang dialami oleh seseorang pesakit yang datang ke kliniknya.

Begitu juga seorang pelabur. Kena tahu adakah syarikat yang bakal kita miliki itu sakit atau
pun sihat. Jika sakit, kita perlu tinggalkan. Jika sihat, maka kita dapat membuat pemeriksaan
seterusnya.

62
Selaku pelabur runcit biasa, kita tidak berhasrat mengambil alih syarikat tersebut untuk
memulihkan semula prestasi syarikat. Jadi, sebagai seorang pelabur kita tidak perlu menjadi
pakar perakaunan, tetapi cukuplah memahami perkara-perkara asas yang dilaporkan dalam
laporan kewangan.

Pemeriksaan kesihatan ini menggunakan contoh Asia File Corporation Berhad, berdasarkan
kedudukan kewangan 31 Mac 2013.

(1) Senarai aset

63
(2) Jumlah ekuiti dan senarai liabiliti (beban kewangan)

Melalui laporan kewangan di atas, kita mencari nisbah kewangan (financial ratio) berikut:

64
1. Jumlah Ekuiti (Total equity atau shareholders equity)

Ekuiti ialah jumlah aset syarikat yang dimiliki oleh pemegang saham selepas ditolak semua
liabiliti kewangan syarikat.

Maksudnya sekiranya hari ini syarikat ditutup, berapakah anggaran kasar nilai syarikat
tersebut yang dapat diperoleh oleh pemilik syarikat.

Jumlah ekuiti selalunya telah dikira. Formulanya seperti berikut:

Jumlah aset jumlah liabiliti = jumlah ekuiti

Besar atau tidak jumlah ekuiti bukan menjadi ukuran utama. Ia berbeza mengikut sektor.
Kita juga mahu mencari syarikat yang mempunyai jumlah ekuiti yang bertambah dari tahun
ke tahun.

a) Kita tengok senarai aset (harta) terlebih dahulu.

Aset semasa (current assets) : RM 205 juta


Aset jangka panjang (non-current assets) : RM 253 juta

Untuk mendapatkan jumlah aset (total assets), RM 205 juta + RM 253 juta = RM 458
juta.

b) Kita tengok pula senarai liabiliti (beban).

Liabiliti semasa (current liabilities) : RM 66 juta


Liabiliti jangka panjang (non-current liabilities): RM 7 juta

Jadi untuk mendapatkan jumlah liabiliti (total liabilities), RM 66 juta + RM 7 juta = RM


73 juta.

c) Dari kedua-dua jumlah aset dan jumlah liabiliti ini, kita kira pula jumlah ekuiti (total
equity), RM 458 juta - RM 73 juta = RM 385 juta.

Kiraan-kiraan di atas selalunya telah pun diberikan. Jadi hanya perlu salin sahaja.

Semasa mencari maklumat-maklumat di atas, kita juga perlu mencatat secara spesifik
tentang jumlah hutang dengan bank. Jadi rujuk semula liabiliti semasa dan liabiliti jangka
panjang.Dalam liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang, maklumat hutang dengan bank
telah pun dinyatakan:

Hutang semasa (bank borrowings) : RM 18 juta


Hutang jangka panjang (bank borrowings): RM 0

2. Nisbah semasa (Current Ratio)

65
Nisbah ini untuk mengukur sama ada syarikat mampu atau tidak mampu membayar liabiliti
jangka pendek hanya dengan menggunakan aset semasa. Sekiranya nisbah ini lebih dari 1
itu menunjukkan syarikat mampu membayar liabiliti jangka pendek. Lebih besar nilainya
lebih bagus syarikat tersebut.

Sekiranya nisbah kurang dari 1, ia bermaksud syarikat tidak mampu membayar liabiliti
jangka pendek dengan aset sedia ada.

Aset semasa / liabiliti semasa = nisbah semasa

Nisbah semasa untuk Asia File Corporation Berhad:

205 / 66 = 3.11

3. Nisbah hutang kepada ekuiti (Debt to Equity Ratio)

Nisbah ini pula menunjukkan betapa banyak hutang yang diperlukan oleh sesebuah syarikat
untuk operasi mereka berbanding dengan ekuiti. Syarikat yang mempunyai terlalu banyak
hutang mengambil risiko yang lebih kerana hutang masih perlu dibayar kepada bank,
seterusnya ia mengurangkan pendapatan syarikat. Apa yang lebih menakutkan jika berlaku
penurunan pendapatan ketika kadar pembiayaan bank adalah tinggi.

Nisbah ini juga dikenali sebagai nisbah D/E. Untuk menggunakan nisbah ini, kita mencari
syarikat yang mempunyai nisbah yang kurang dari 1. Lebih rendah nilainya lebih bagus.

Jumlah hutang (jangka pendek + jangka panjang) / jumlah ekuiti = nisbah D/E

Nisbah D/E untuk Asia File Corporation Berhad:

18 / 385 = 0.046

Paku & Skru

Inilah paku & skru sesebuah syarikat yang mesti kita tahu.

Ya, kita dapat menganalisa lebih banyak lagi, namun 3 perkara ini adalah mencukupi. 3
perkara ini adalah berkaitan harta & hutang. Sama seperti pengurusan duit gaji, sekiranya
harta kita melebihi hutang, maka sudah tentu perkara ini adalah satu perkara yang
menenangkan fikiran. Kalau pening kepala pun sebab pening kepala terlebih harta. Ho ho
ho.

Bagaimana pula jika mempunyai hutang sekeliling pinggang, dan senarai harta yang sangat
sedikit berbanding hutang yang kita kumpul. Itu adalah perkara yang kita semua tidak mahu
menghadapinya, bukan?

Pihak bank adalah institusi yang memberi kita payung ketika cuaca yang baik, sebaliknya
bertindak mengambil semula payung tersebut ketika hari hujan. Justeru, kita mahukan

66
syarikat yang kukuh, jika berhutang sekalipun operasi mereka tidak terjejas dengan banyak
sekiranya berlaku krisis ekonomi.

Sebagai pelabur kita perlu mengelakkan diri dari membeli syarikat-syarkat yang tidak
melepasi syarat-syarat ini kerana syarikat sebegitu mempunyai jumlah hutang atau beban
kewangan yang besar. Justeru, syarikat mempunyai risiko kewangan yang perlu kita jauhkan.
Mengelak masalah kewangan adalah lebih baik dari keluar dari masalah kewangan.

Lengkapkan Senarai Semak Watchlist

Seterusnya, sila kira nisbah semasa dan juga nisbah hutang kepada ekuiti untuk syarikat-
syarikat yang telah disenaraikan dalam watchlist. Selepas ini kita telah pun mempunyai satu
senarai syarikat-syarikat yang baik dan pada masa yang sama sedang dijual murah.

Tapi jangan beli lagi.

Sila baca bab seterusnya terlebih dahulu.

16.Ke Garisan, Sedia, Mula!

by SUZARDI MAUL AN

Sila masukkan modal dalam akaun.

Tinggal 10% lagi persediaan yang perlu dibuat.

Ok, sekarang kita telah mempunyai senarai syarikat-syarikat berikut:

1. Syarikat yang kita faham operasi bisnesnya

2. Syarikat yang dijual lebih murah dari NTA, atau

3. Syarikat yang dijual lebih murah dari pendapatan sahaja, atau

4. Syarikat yang dijual lebih murah dari NTA dan pendapatan.

Ini adalah sains pelaburan.

Mencari syarikat yang baik dan murah bukanlah sesuatu yang sukar. Cuma kita perlu
mencarinya sendiri. Kerjanya banyak, leceh dan membosankan. Dari 10 syarikat yang kita
cari, pasti berjumpa 1. Dari 20, pasti berjumpa 2.

Kita dapat menjadi pelabur saham tidak bergantung kepada tips-tips saham. Kita berubah
menjadi sorang pelabur yang berfikir secara bebas.

Aduh...! Mengeluh?

67
Ya, hidup tidaklah seperti yang kita harapkan. Bangun tidur, buka internet nak cari tips
saham, baca blog, baca laman sosial, beli saham dan ka-ching! Dapat untung!

Wake up!

Sekiranya mencari pasangan hidup pun kita cerewet dan memilih, mahu kriteria yang itu,
mahu wajah yang sebegini, mahu sifat yang ini dan seterusnya untuk memastikan kita
mengecap kebahagiaan hidup berumahtangga. Begitu juga sekiranya kita mahu buat
untung dalam pasaran saham, bukan semua syarikat dapat memberikan kita ketenangan
dalam pelaburan.

Seth Klarman, salah seorang murid Benjamin Graham menyatakan,

Ultimately, nothing should be more important to investors than the ability to sleep soundly
at night.

Sesungguhnya tiada yang lebih penting bagi seorang pelabur melainkan dapat tidur
nyenyak setiap malam.

Semua orang sebenarnya mampu memperoleh pulangan saham yang baik jika sentiasa
membeli saham pada harga murah mengikut disiplin yang telah dikongsikan. Ia
membolehkan untung itu datang berulang-ulang kali. Dan kita tahu kenapa kita dapat
untung tersebut.

Bukan sekadar untung nasib.

Seperti kata Benjamin Graham:

"To achieve satisfactory investment results is easier than most people realize; to achieve
superior results is harder than it looks."

Untuk memperoleh pulangan pelaburan yang baik tidaklah sesukar mana; untuk
memperoleh pulangan pelaburan yang hebat pula tidaklah semudah yang dilihat.

Seterusnya tuan juga wajib ingat:

1. Saham yang kita beli tidak terus naik, malah harga dapat jatuh terlebih dahulu.
Bersedia melihat kerugian atas kertas sehingga 30% - 50%.

2. Beri masa harga menuju nilai, paling kurang untuk tempoh 3 tahun. Jika harga masih
tidak bergerak banyak, maka jual dan ambil sahaja keuntungan dan kerugian yang
ada ketika itu.

3. Kekukuhan syarikat dapat berubah. Sentiasa semak kedudukan syarikat setiap kali
laporan tahunan dikeluarkan. Pastikan syarikat itu adalah syarikat yang untung
operasi bisnesnya. Tanpa pendapatan, syarikat itu kurang atau tidak bernilai
walaupun mempunyai aset nyata yang besar.

Wajib Ada, Jurnal Pelaburan

68
Sila buat satu jurnal pelaburan khas.

Nak gunakan aplikasi tablet dan telefon pintar boleh. Mahu gunakan cara orang lama guna
buku dan kertas pun boleh. Mula membeli saham hanya selepas kita membuat jurnal
pelaburan sendiri.

Aktiviti pelaburan adalah aktiviti yang serius.

Salah satu kriteria pelabur yang berjaya adalah dia mempunyai catatan pelaburan untuk
setiap pegangan sahamnya walaupun kecil. Di dalam jurnal itu catat perkara-perkara berikut
antaranya:

1. Nama syarikat yang dibeli

2. Sebab pembelian

3. Jumlah unit, harga pembelian sesaham, modal

4. Kos broker, stamp duty (kerana membeli)

5. Sebab menjual

6. Kos broker, stamp duty (kerana menjual)

7. Dividen sekiranya ada

8. Keuntungan / (kerugian) bersih

Sebab membeli dan menjual sesuatu saham adalah perkara yang paling penting. Sebab-
sebab yang dinyatakan mestilah bersandarkan analisa bisnes, rasional dan mudah difahami.
Bayangkan kita sedang bercakap dengan anak yang berusia 9 tahun. Jika kita gagal
menggunakan bahasa yang mudah untuk menerangkan sebab-sebab membeli dan menjual,
maka jangan beli.

If you dont feel comfortable owning something for 10 years, then dont own it for 10
minutes. Warren Buffett.

Kita semua adalah manusia yang pasti buat salah. Justeru, catatan-catatan tersebut
membantu kita menyemak semula tabiat pelaburan kita. Musuh utama seorang pelabur
adalah dirinya sendiri. Dan kita selalu menipu diri kita sendiri.

Sekarang, semak watchlist kita.

Jika ada syarikat bagus yang murah dalam senarai tersebut sila tulis sebab-sebab yang
spesifik kenapa kita patut beli. Catat juga perkara-perkara yang kita tidak suka dengan
syarikat tersebut. Barangkali pengurusan syarikat adalah orang-orang politik. Atau, syarikat
tersebut ada produk yang kita tidak suka. Boleh jadi ada isu-isu tertentu yang sedang sibuk
dibicarakan dalam media.

69
Pada masa yang sama, tulis juga sebab-sebab kenapa syarikat tersebut kita perlu jual. Jika
berlaku sekian-sekian perkara, maka kita jual.

Ya, kena buat sekarang. Sebelum membeli. Sebab kita belum tanam modal lagi ketika ini.
Nanti bila sudah beli, maka untuk membetulkannya adalah lebih susah. Kita pasti berperang
dengan emosi sendiri jika selepas membeli baru mahu siasat.

Kita Semua Bias

Apabila kita mempunyai satu catatan sebelum membeli, maka kita sudah dapat
mengelakkan sifat bias yang memang ada dalam diri kita.

Bias ini sangat bahaya. Bias boleh datang dari macam-macam sumber. Misalnya kita bias
terhadap sesebuah syarikat sebab ada pakar saham sebut syarikat itu bagus, harga saham
pasti naik. Kita bias sebab kita suka produk dia. Kita bias sebab kita tidak suka pengerusi
syarikat itu tak sama aliran politik dengan kita. Bias sebab isu agama dan warna kulit. Dan
seterusnya.

Contohnya, jika saya sebut Felda Global Ventures Berhad, apakah bias yang kita ada ?
Bagaimana pula bias kita dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar
alBukhary ?

Berapa Syarikat Yang Kita Kena Beli Pada Sesuatu Masa?

Secara umumnya, ada 2 sekolah pandangan.

1. Jika kita benar-benar faham dan yakin dengan analisis yang kita buat, maka fokus
kepada 3 ke 5 buah syarikat sahaja.

2. Beli sebanyak mungkin syarikat, berdasarkan modal yang kita ada.

Atau pun jika tuan tidak dapat membuat keputusan berbentuk subjektif sebegitu, tanya
kepada diri sendiri berapa yang sanggup kita rugi. Andaikan tuan hanya mempunyai RM
10,000 dan hanya sanggup rugi RM 2,000 , maka modal / rugi.

RM 10,000 / RM 2,000 = 5. Maka, beli 5 syarikat sahaja.

Jadi, jika ada RM 50,000 dan masih sanggup rugi RM 2,000 sahaja, maka jawapannya dapat
beli sehingga 25 syarikat serentak.

Ia terserah kepada diri kita sendiri.

Hati-Hati Tips Saham

Hari ini terlalu mudah kita menerima tips-tips saham.

70
Menerusi emel, laman sosial, telefon bimbit, laman web, laporan broker dan lain-lain lagi.
Maka, pastikan tuan membuat analisa terlebih dahulu sebelum menggunapakai tips-tips
tersebut. Elakkan diri dari menjadi mangsa tips-tips saham sindiket.

Ada Banyak Cara Melapah Daging

Saya sama sekali tidak menyatakan menyatakan bahawa apa yang saya sediakan ini adalah
cara yang paling hebat. Tidak sama sekali. Cuma saya menyusunnya untuk pelabur baru
atau untuk mereka yang baru hendak bermula dengan kaedah analisa fundamental.
Sekurang-kurangnya ini adalah kaedah asas yang perlu tuan tahu.

Ada banyak lagi kaedah membuat penilaian syarikat. Seperti membuat penilaian dengan
menganggarkan nilai intrinsik (intrinsic value) atau kaedah-kaedah penilaian yang lain. Maka
kita tidak sepatutnya berhenti belajar sampai di sini sahaja. Sila baca buku Panduan Bijak
Melabur yang ditulis oleh rakan saya, Tuan Razali Razman.

Seterusnya boleh juga baca buku-buku yang ditulis untuk pasaran Amerika dan Eropah.
Namun, buku-buku tersebut ditulis bukan dalam suasana Malaysia dan ada di antara buku-
buku tersebut yang bersifat terlalu advance dan kurang sesuai dibaca oleh pelabur baru.

Semua Orang Boleh Dapat Untung

Ada 2 jenis untung.

1. Untung kerana nasib. Tak dapat buat secara konsisten.

2. Untung kerana ilmu. Dapat dibuat berulang kali dan konsisten.

Fokus kita adalah untuk mendapatkan untung kerana ilmu. Dan mendapatkannya dengan
konsisten. Malangnya, ramai tidak dapat memperoleh untung disebabkan 2 perkara juga.

1. Kecut perut dengan aktiviti roller-coaster harga di dalam pasaran saham.

2. Tidak mempunyai masa untuk membuat analisa saham.

Oh, ada satu lagi perkara. Namanya opportunity loss. Ini dapat berlaku apabila kita tak beli
saham.

Misalnya pada 10 bulan yang lepas, kita mendapati ada 2 syarikat yang berkualiti dan
kedua-duanya sedang dijual murah, syarikat A dan syarikat Z. Setelah bertenang, kita pun
mengambil keputusan nak beli syarikat Z. Namun, harga syarikat A yang naik lebih cepat
menghampiri nilai. Kerugian ini lebih banyak berlaku. Cuma kita tak berapa nak sedar.

Selain itu opportunity loss juga berlaku apabila kita membiarkan duit tunai yang melebihi
keperluan, dibiarkan sahaja dalam akaun simpanan biasa. Dan ini merupakan kesilapan
yang paling besar!

Bak kata Sir John Templeton:

71
The only way to avoid mistakes is not to invest - which is the biggest mistake of all.

Roller-Coaster Harga

Ini adalah fitrah pasaran saham.

Kita dapat beli murah sebab adakalanya sentimen menjatuhkan harga tetapi syarikat masih
kekal sebagai satu syarikat yang ada kualiti. Seterusnya kita dapat membuat lebih untung
sebab kita berani untuk membeli syarikat-syarikat ini ketika murah, ketika orang lain tidak
peduli. Ketika orang lain takut untuk membeli.

Malah, jika kita mahu memegang saham sesuatu syarikat untuk tempoh yang panjang,
harga terus susut, cuma tingga 90% atau 70% dari harga yang kita beli. Boleh jadi juga
selepas kita beli, harga terus jatuh dan jatuh, bukan sikit-sikit tetapi juga sehingga 50%.

Jika tak berani, jangan melabur.

Jika asyik nak salahkan orang lain, jangan melabur.

Jika tak mahu menerima dan belajar dari kesilapan diri sendiri, jangan melabur.

Amaran telah diberi. Amaran telah diberi. Amaran telah diberi.

Mesti Ada Komitmen, Cuma Tak Perlu 'Kerja' Setiap Hari

Kita tidak perlu membuat analisa saham setiap hari.

Secara matematiknya, jika 1 hari kita analisa satu syarikat, setahun kita sudah ada data
untuk 365 syarikat. Selepas 3 tahun kita dah menganalisa semua syarikat di Bursa Malaysia.

Kita juga tidak perlu menghabiskan masa menghadap harga saham atau menghadap carta-
carta saham setiap hari. Adalah lebih baik kita meneliti sendiri bisnes syarikat yang kita
beli. Contohnya, pergi ke gedung-gedung pusat membeli-belah dan lihat sendiri sejauh
mana syarikat berkaitan tersebut dipenuhi orang. Sejauh mana produk dan perkhidmatan
syarikat tersebut laris di pasaran.

Warren Buffett sendiri mengira berapa ramai orang yang menggunakan kad American
Express di sebuah kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli saham syarikat
American Express.

Kita tidak perlu menghabiskan duit untuk membeli data-data yang mahal.

Data-data yang kita peroleh dari laporan kewangan, pengalaman kita


dan pengalaman orang lain terhadap sesuatu syarikat itu adalah memadai. Jika kita tidak
suka, kenapa kita membayar servis mereka setiap bulan bukan? Ilmu pelaburan bukan ilmu
nak buat roket. Tetapi barangkali kita terlalu sibuk dengan urusan kerja lain, maka kita tidak
dapat melakukannya.

72
Kita tidak perlu menjadi seorang profesional dalam pasaran saham seperti menjadi seorang
fund manager, analyst, remisier dan sebagainya tetapi cukup dengan menetapkan
komitmen khas untuk menguruskan pelaburan sendiri.

Seminggu sekali. Sebulan sekali. 3 bulan sekali. Ataupun setahun sekali.

Jika itu pun tidak dapat buat, ya, mungkin pelaburan dalam skim-skim amanah saham lebih
baik untuk kita. Carilah ejen-ejen yang tuan yakin dan percaya. Ia adalah pilihan. Pilihan
yang mempunyai harganya sendiri.

Masa Menjual Saham

Saya mencadangkan 2 cara untuk menjual saham.

1. Faktor bisnes, atau

2. Faktor penilaian.

1. Bisnes Sudah Tidak Macam Dulu

Andaikan Helmi berniaga burger bakar.

Masa zaman burger bakar mula-mula naik dulu, semua orang nak rasa burger bakar.
Pengusaha-pengusaha burger bakar pun jadi terkenal, masuk televisyen dan surat khabar.
Maklumlah, beratur panjang orang di gerai burger bakar walaupun penuh asap, melekat bau
asap di baju. Nak rasa punya pasal. Maka peniaga-peniaga burger biasa pun terasa nak
menjual burger bakar juga.

Itu cerita dulu. Zaman burger bakar baru bermula. Bila semua orang dah rasa burger bakar
tersebut, maka burger bakar pun sambutannya jadi macam burger-burger lain yang dijual.
Tak perlu beratur pun. Orang datang membeli dah dapat dikira dengan jari. Masyarakat kita
bukan pemakan burger setiap hari. Kita adalah masyarakat yang makan nasi. Maka
fenomena burger bakar itu hanya sementara sahaja.

Ini namanya bisnes sudah tidak macam dulu.

Cara untuk kita melihatnya adalah melalui trend pendapatan syarikat. Boleh juga gunakan
pendapatan sesaham atau EPS. Dapatkan trend pendapatan untuk tempoh 5 10 tahun.
Adakah pendapatan syarikat masih seperti dulu, konsisten meningkat dari tahun ke tahun?
Atau sudah beberapa tahun pendapatan menurun? Atau pencapaiannya macam yo-yo?

Jika menggunakan EPS, data sehingga 10 tahun lepas ada dalam buku Malaysia Stock
Market Performance. Jadi jika kita melihat trend EPS semakin tahun semakin menurun dan
tidak naik-naik itu tanda syarikat itu sudah tidak seperti dulu.

Sila lihat dua (2) gambar seterusnya. Spritzer Berhad dan Pelikan International Corporation
Bhd. Kedua-dua syarikat ini mempunyai aktiviti bisnes yang mudah faham iaitu menjual air
minuman dan juga alat tulis. Namun mempunyai nasib yang berbeza.

73
(1) Rekod EPS Spritzer Berhad

74
(2) Rekod EPS Pelikan International Corporation Bhd

Selain melihat trend EPS, kita juga dapat merujuk trend total equity atau pun trend NTA
untuk menilai prestasi bisnes

2. Harga Sudah Tinggi Berbanding Petunjuk Nilai

Kita merujuk kepada nisbah PE.

Secara umumnya, sesebuah syarikat yang sedang dijual pada julat harga yang wajar adalah
sekitar 10 kali pendapatan. Atau PE 10. Manakala jika ia sedang dijual di bawah PE 10, maka
kita dapat mengatakan yang ia sedang dijual murah. Apabila mencecah PE 15, ia sedang
dijual mahal.

Penilaian PE ini merupakan penilaian relatif sahaja dan ia bukan penilaian mutlak seperti
menggunakan penilaian nilai intrinsik. Justeru, harga masih dapat terus naik hari demi hari.
Sehingga mencecah PE yang lebih tinggi dari 15.

Pada masa yang sama, ia juga tidak menjamin PE sesebuah syarikat mesti mencecah 15
baru dikatakan mahal. Ada kemungkinan PE sesebuah syarikat itu cuma akan naik sehingga
PE 11 sahaja. Kerana penilaian PE adalah penilaian relatif.

Contohnya, harga rumah teres dua tingkat di Damansara adalah lebih mahal berbanding
rumah yang sama di Kajang. Namun, adakah ini bermaksud, harga rumah di Damansara
tidak dapat naik lagi? Seperti mana yang kita perhatikan sejak lebih 10 tahun lepas harga
rumah semakin naik dan harga rumah semakin mahal pada 2014, sama ada di Kajang atau
Damansara.

Begitu juga dalam pasaran saham, kenaikan harga juga dapat berlaku sebegitu. Walaupun
PE telah mencecah 30, harga semakin naik. Walaupun PE mencecah 50, orang lain masih
membeli saham tersebut.

Bagi seorang pelabur, kita tahu situasi sedemikian adalah situasi yang tidak rasional dan
kita mesti mengelakkan diri dari membeli saham yang sedang dijual pada penilaian yang
tinggi sebegitu. Biarlah apa orang kata, tapi kita fokus mengelakkan rugi terlebih dahulu.

Apabila berlaku situasi sedemikian, maka kita faham bahawa fasa spekulasi sedang berlaku
atau ada juga yang menyebut sebagai fasa bubbles. Buih... sekali meletup.

Pop!

Habis hilang semua.

17.Tentang Warrant Saham, IPO, Cleansing & Zakat Saham

by SUZARDI MAUL AN

Bukan semua yang dijual di Bursa Malaysia adalah saham

75
Selain saham, Bursa Malaysia juga ada produk derivatif seperti futures,warrant, dan
structured warrant.

Selain itu real estate investment trust (REIT) serta exchange traded fund (ETF). Ekuiti
(saham), derivatif, bon / sukuk semuanya dikenali sebagai pasaran modal.

Produk futures market yang popular di Malaysia adalah FCPO. F is for futures. Tetapi nak beli
produk ini perlu buka akaun lain, iaitu derivatives trading account melalui futures broker
representative. Futures trading adalah di luar skop tutorial online saham ini.

Tentang Warrant Saham

Konten seterusnya adalah untuk subscriber sahaja. Jika masih belum menjadi subscriber, sila
klik link berikut untuk membuat pembelian - pakdi.my/beli

Apa itu warrant ?

Stock warrants adalah hak untuk membeli sesuatu saham. Beli hak untuk membeli saham
pada harga tertentu pada masa hadapan.

Kita gunakan syarikat BIMB Holdings yang ada menerbitkan warrant saham.

76
Melalui gambarajah di atas:

Harga saham BIMB: RM 3.450


Harga warrant BIMB: RM 0.275

Maksudnya, dengan membeli warrant BIMB harga RM 0.275, kita boleh membeli saham
BIMB di masa hadapan pada harga RM 4.72

"Eh, buat apa nak beli pada harga RM 4.72 kalau boleh beli sekarang pada harga RM 3.45 ?"

Sebab itu warrant ada tarikh luput. RM 4.72 itu adalah harga exercise price. Warrant BIMB ini
disenaraikan pada 11 Disember 2013 dan akan tamat pada 4 Disember 2023. Maksudnya
apa ?

Sebagai pelabur, sekiranya kita membeli warrant BIMB bermaksud dalam tempoh 10 tahun
lagi kita yakin harga saham BIMB boleh naik lebih tinggi dari RM 4.72. Jadi kita nak lock
harga RM 4.72 sekarang, nanti mungkin pada 2018 harga saham BIMB naik menjadi RM
5.00, apabila kita exercise warrant tersebut, terus dapat untung RM 0.28 sesaham.

Namun bagi seorang spekulator, mereka beli warrant sama dengan sebab mereka beli
saham. Maksudnya, kalau beli pada harga RM 0.275, mahu jual semula pada harga RM 0.35.

77
Selain itu, modal yang diperlukan untuk membeli warrant adalah rendah.

Sekiranya mahu membeli 1,000 unit saham BIMB, pada harga RM 3.45 , maka modal yang
diperlukan adalah RM 3,450. Manakala 1,000 unit warrant BIMB, pada harga RM 0.275 cuma
RM 275.

Andaikan harga naik menjadi RM 3.80, maka pembeli saham BIMB untung 10.14%.Manakala,
jika harga warrant naik menjadi RM 0.35 maka pembeli warrant pula untung 27.27%.

Jika harga jatuh, menjadi RM 3.20, maka pembeli saham BIMB rugi 7.25%. Manakala, jika
harga warrant jatuh menjadi RM 0.22 maka pembeli warrant rugi 20%.

Sekiranya, kita membiarkan sahaja warrant itu luput, maka modal kita habis semuanya
100%.

BIMB Holdings Berhad (BIMB 5258) adalah syarikat yang memiliki Bank Islam dan Syarikat
Takaful Malaysia Berhad. Ia merupakan satu syarikat yang berstatus patuh
Shariah. Manakala BIMB-WA atau 5258WA adalah warrant. W is for warrant. Kedua-duanya
adalah patuh Shariah kerana BIMB Holdings adalah patuh Shariah.

Tentang Call Warrant

Selain warrant, ada juga call / put warrant.

Di Bursa Malaysia lebih dikenali sebagai structured warrant.

Contohnya adalah seperti berikut:

78
Apa-apa yang mempunya kod C... di hadapannya itu adalah structured warrant.

Structured warrant adalah produk yang jatuh dalam aktiviti maysir di Bursa Malaysia.
Justeru, structured warrant adalah tidak patuh Shariah. Walaupun mother share (dalam
situasi ini TNB) adalah patuh Shariah.

79
Walaupun masih sama tetap ada exercise price, tarikh luput tetapi disebabkan warrant
berstruktur ini dikeluarkan oleh bank pelaburan, dan bukannya syarikat itu sendiri maka
ia tidak boleh ditukar menjadi mother share.

Jangan beli structured warrant.

Tentang Initial Public Offerings (IPO)

Barangkali kita ada menerima maklumat dari syarikat broker tentang IPO.

Tutorial online ini tidak ada cara-cara membeli IPO.

Seperti mana yang saya telah ceritakan sebelum ini, IPO merupakan cara syarikat
menambah modal perniagaan. Syarikat yang membuat IPO cuba mendapatkan sebanyak
mungkin modal perniagaan. Manakala bank pelaburan yang menguruskan IPO tersebut,
cuba mendapatkan sebanyak mungkin komisyen atau fi dari IPO tersebut.

Buat IPO adalah bisnes. Big business.

Justeru, mereka (bank) sudah pasti mencari jalan untuk membolehkan harga IPO yang
ditawarkan setinggi mungkin kepada bakal pembeli IPO. Lebih tinggi lebih untung kepada
pihak yang menjual. Dalam erti kata lain, selalunya IPO ini ditawarkan pada harga yang
melebihi nilai. Jadi kita tidak berpeluang membelinya pada harga diskaun.

Para pegawai bank pelaburan ini adalah mereka yang bijak pandai.Mereka belajar di
universiti-universiti terkemuka. Ivy league. Tak mungkin mereka mahu menjual sesuatu pada
harga yang lebih rendah dari nilai. Dealer kereta second hand pun pandai buat bisnes. Beli
kereta dari kita murah, jual semula pada harga lebih tinggi.

Bagi pelabur biasa, sukar untuk membuat penilaian IPO kerana maklumat yang kita ada
tidak mencukupi. Prospektus itu dalam bahasa lainnya adalah marketing brochure. Cuma
tak jual pinggan mangkuk, multivitamin dan pakaian dalam sahaja macam MLM.

Jadi, saya tidak beli IPO sebab saya tidak tahu cara yang memuaskan untuk membuat
penilaian. Saya cuma pelabur biasa sama seperti tuan yang tidak mempunyai insider
information.

Terpulanglah kepada tuan jika masih nak beli IPO.

Untuk para pelabur Bumiputera, boleh search di Google, cara membeli IPO menerusi kuota
mengikut peruntukan undang-undang yang diselia oleh Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) atau sila rujuk remisier / dealer masing-masing.

Status Saham Berubah Menjadi Tidak Patuh Shariah.

Status patuh Shariah saham di Malaysia disemak dua kali setahun.

80
Iaitu setiap hari terakhir bulan Mei dan November setiap tahun.

Jadi situasi masa beli, saham tersebut berstatus patuh Shariah. Kemudian, status
Sharianya berubah. Situasi ini dapat berlaku. Ada banyak faktor kena saham itu boleh
berubah menjadi tidak patuh Shariah. Ia di luar kawalan kita. Maka ini adalah panduannya.

1. Jika pada hari pengumuman status saham kita berubah, sudah tidak lagi Shariah
compliant dan pada masa yang sama harga semakin naik. Maka, kita cuma
dibenarkan untuk mengambil untung capital gain sehingga harga hari pengumuman
itu sahaja. Esok juga masih naik harga, untung sudah tidak dapat masuk dalam poket
lagi.

2. Begitu juga dengan dividen saham. Jika kita menerima dividen selepas tarikh
pengumuman tersebut, maka dividen tersebut juga tak boleh masuk poket sendiri.

3. Kesemua keuntungan (capital gain + dividen) selepas tolak kos ini mesti diberikan
kepada badan-badan kebajikan, masjid dan pusat zakat misalnya. Tak boleh guna
untuk kepentingan diri sendiri.

Ini kes untung. Bagaimana jika tengah rugi? Berikut adalah panduan seterusnya.

1. Dari sudut keutamaan, jual juga. Afdhal bak kata ustaz.

2. Namun, Majlis Penasihat Shariah SC membenarkan tunggu hingga harga naik semula
(itu pun kalau harga naik semula) dan dapat semula modal asal + kos transaksi.
Selebihnya jika ada untung, tak boleh ambil.

Proses ini dipanggil cleansing.

Zakat Saham

Dari sudut zakat bisnes, taksiran zakat dibuat atas dua kaedah. Iaitu:

1. Modal berkembang (capital growth)

2. Modal kerja (working capital)

Untuk membuat taksiran zakat bisnes, kita merujuk kepada perkara-perkara yang bersifat
harta dan beban kewangan seperti yang dicatat dalam rekod perakaunan, iaitu menerusi
balance sheet. Sebagai pelabur pun kita melihat kekuatan aset. Zakat juga melihat nilai
aset.

Majlis Penasihat Shariah Bursa Malaysia menyatakan, sekiranya syarikat berhad ada
membayar zakat bisnes pada tahun tersebut, maka sebagai pelabur saham kita tidak wajib
lagi membayar zakat. Ini adalah untuk mengelakkan zakat berganda ke atas aset yang
sama, dan ia dilarang dalam Islam. Jadi, kita perlu semak laporan kewangan syarikat terlebih
dahulu untuk mengetahui syarikat yang kita beli membayar zakat atau tidak.

81
Malangnya tidak semua syarikat membayar zakat. Justeru, sekiranya kita membeli syarikat-
syarikat yang tidak membayar zakat, maka kita selaku pemegang saham masih wajib
membayar zakat. Jadi, bagaimana kita nak bayar zakat saham?

Saham yang kita jual dan beli pada hari ini adalah sejenis aset moden. Ulama sepakat
menyatakan bahawa saham adalah zakatable asset (aset yang wajib dibayar zakat). Apa
yang mereka tidak sepakati adalah bagaimana untuk membuat taksiran zakat saham.

Secara umumnya ada 3 pandangan di kalangan ulama semasa:

1. Taksiran yang sama seperti taksiran aset emas.

2. Taksiran yang sama seperti taksiran aset pertanian.

3. Taksiran yang sama seperti taksiran aset bisnes.

Malah ada juga kaedah pentaksiran berdasarkan niat. Niat nak simpan saham itu lama (buy
& hold) atau niat nak berjual beli dalam tempoh yang singkat. Saya lebih suka berpegang
pada pendapat bahawa taksiran zakat saham sama seperti membuat taksiran aset bisnes
kerana apabila kita membeli saham, bermaksud kita membeli bisnes.

Saya cadangkan tuan terus merujuk kepada Majlis Agama di negeri masing-masing untuk
pengiraan zakat saham. Di Malaysia, pusat-pusat zakat cenderung menggunakan kaedah
yang menyamakan taksiran saham seperti taksiran emas. Sila ke laman web berikut untuk
rujukan seterusnya:

-- Panduan Zakat Saham di Bursa Malaysia

18.Pelabur Membuat Analisa Bisnes, Bukan Analisa Pergerakan Harga Saham

by SUZARDI MAUL AN

To achieve satisfactory investment results is easier than most people realize; to achieve
superior results is harder than it looks. - Benjamin Graham

Saya sudah berkongsikan bab sains pelaburan.

Namun, jika pelaburan saham adalah semudah itu, maka sudah pasti ramai yang telah
menjadi kaya raya dengan saham. Kunci utama untuk membuat lebih untung adalah
memahami bisnes itu sendiri.

Ingat, beli saham = beli bisnes.

Ada banyak cara melihat bisnes. Kita kena bermula dengan melihat dari perspektif pemilik
syarikat. Dalam bab ini saya kongsikan seni-seni pelaburan yang diamalkan oleh pakar-pakar
pelaburan. Sila gunakannya mengikut kesesuaian untuk membangunkan seni pelaburan kita
sendiri.

82
Seperti yang telah disebutkan, pelabur yang juga seorang pekerja di sektor oil & gas
barangkali tidak memahami syarikat yang menjual barang harian sebaik seorang pelabur
suri rumah, dan sebaliknya.

15 Soalan Bisnes Philip A Fisher

Philip A Fisher merupakan salah seorang dari 4 individu penting dalam hidup Warren Buffett.
Persoalan bisnes beliau antaranya:

1. Adakah syarikat mempunyai produk atau servis yang mempunyai potensi pasaran yang
mencukupi bagi membolehkan jualan meningkat dengan memberangsangkan untuk tempoh
beberapa tahun?

Syarikat yang mahu berkembang pada kadar yang luar biasa perlu dapat memenuhi
kehendak pasaran yang besar dan berkembang.

2. Adakah pengurusan syarikat bertekad untuk meneruskan pembangunan produk atau


proses yang dapat menambah jumlah jualan walaupun produk sedia ada telah pun banyak
dimanfaatkan?

Semua pasaran akan menjadi matang dan untuk berkembang pada kadar yang lebih tinggi
dari kebiasaan, syarikat perlu terus membangunkan produk baru, mengembangkan pasaran
sedia ada atau memasuki pasaran baru.

3. Adakah bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat tersebut efektif


dibandingkan dengan saiznya?

Untuk membangunkan produk baru, R&D perlulah efisien dan efektif.

4. Adakah syarikat mempunyai rangkaian jualan yang lebih baik dari syarikat lain?

Dalam suasana persaingan bisnes yang hebat, tidak banyak produk dan servis yang dapat
memenuhi potensi tanpa pakar jualan.

5. Adakah syarikat mempunyai margin keuntungan yang baik?

Sesebuah syarikat boleh menunjukkan kadar perkembangan yang menakjubkan tetapi


perkembangan tersebut mestilah memberi untung kepada pemegang saham pada masa
yang sama.

6. Apakah yang dilakukan oleh syarikat untuk mengekalkan atau membaiki margin
keuntungan?

Perkara yang lebih utama untuk seorang pelabur adalah keuntungan masa hadapan dan
bukannya keuntungan masa lalu. Inflasi menyebabkan kos operasi bertambah, pesaing akan
terus menekan margin untung. Pelabur perlu mengambil perhatian strategi mengurangkan
kos seterusnya menambah margin untung untuk jangka masa panjang.

83
7. Adakah syarikat mempunyai pekerja buruh yang gembira?

Syarikat yang lebih untung selalunya mempunyai hubungan pekerja dan pengurusan yang
lebih mesra berbanding syarikat yang kurang mesra pekerja. Justeru, pelabur perlu
mengambil perhatian isu perhubungan pengurusan kanan dengan pekerja bawahan.

8. Adakah syarikat mempunyai kakitangan pengurusan yang gembira?

Pengurusan yang gembira juga adalah sama penting. Syarikat perlu membentuk budaya
yang betul bagi golongan pengurusan. Ini adalah amat penting bagi syarikat yang dikawal
oleh keluarga pengasas di mana sekiranya ada pengurus yang lebih berwibawa dan layak
berbanding ahli keluarga, pengurus tersebut perlu diutamakan. Gaji pengurusan juga perlu
sekurang-kurangnya pada paras industri dan disemak sentiasa tanpa perlu menunggu untuk
diminta atau didesak.

9. Adakah syarikat mempunyai sekumpulan pengurusan yang mencukupi?

Syarikat berkembang bukan seminggu dua. Malah dapat berkembang berpuluh tahun. Maka
adalah sangat penting syarikat mempunyai sekumpulan pengurus yang dapat dibangunkan
bakat mereka sepenuhnya.

10. Sejauh mana keberkesanan kos analisis dan kawalan akaun syarikat?

Syarikat tidak dapat memberikan keuntungan yang banyak sekiranya mereka gagal
menjejak kos sebaik mungkin pada setiap peringkat operasi.

11. Apakah perkara utama yang membezakan syarikat dengan pesaingnya?

Ini adalah perkara kritikal yang dapat memberikan maksud penting. Kenapa syarikat dapat
menjadi lebih menguntungkan berbanding pesaingnya.

12. Adakah syarikat melihat untung jangka masa pendek atau jangka masa panjang?

Syarikat yang mengutamakan untung jangka masa panjang mesti menjadi keutamaan.
Pengurusan syarikat tidak sepatutnya terikut-ikut untuk mengikut unjuran untung jangka
pendek yang dibuat oleh para penganalisa saham.

13. Adakah syarikat, untuk tempoh masa yang dapat dilihat, memerlukan modal ekuiti
tambahan sehingga menyebabkan manfaat pemegang saham sedia ada menjadi semakin
sedikit?

Pelabur perlu mencari syarikat yang mempunyai pegangan tunai yang mencukupi atau
mempunyai keupayaan membuat pembiayaan tambahan untuk mengembangkan syarikat
tanpa perlu mengurangkan manfaat pemegang saham sedia ada.

14. Adakah pengurusan syarikat sentiasa jujur kepada para pelabur, sama ada ketika
mendapat untung atau rugi?

84
Setiap syarikat, sehebat mana pun syarikat tersebut pasti mengalami zaman susah. Maka
kejujuran pengurusan adalah sangat penting supaya mereka tidak menyembunyikan
maklumat penting daripada para pelabur.

15. Adakah syarikat mempunyai pengurusan yang berintegriti?

Pelabur perlu mengelakkan diri daripada membeli syarikat yang mempunyai integriti
pengurusan yang meragukan.

13 Kriteria Peter Lynch

Pelabur lagenda Peter Lynch pula menggariskan 13 ciri-ciri berikut:

1. Nama yang biasa-biasa, malah membosankan

Bisnes yang berjaya bukan kerana menjual nama syarikat tetapi menjual produk / servis
yang memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan mereka.

2. Bisnes yang biasa-biasa

Selain nama syarikat yang biasa, syarikat ini juga membuat sesuatu bisnes yang biasa-biasa
sahaja. Operasi bisnes yang tidak memerlukan orang bijak pandai menguruskannya.

3. Bisnes yang membosankan

Lebih bosan lebih bagus. Bisnes yang tidak nampak hebat. Bisnes yang nampak kotor pada
pandangan ramai. Bisnes yang tidak menarik para eksekutif lulusan MBA dan universiti
terkemuka dunia.

4. Syarikat spinoff

Syarikat ini adalah pecahan dari syarikat yang mempunyai pelbagai industri. Contohnya,
syarikat utama terlibat dalam sektor pembinaan, sektor minyak, sektor automatif, sektor
peladangan dan lain-lain. Kemudian, salah satu divisyen bisnes tersebut dijadikan syarikat
awam sama seperti syarikat utamanya di Bursa Malaysia.

5. Belum dimiliki oleh pelabur institusi dan analyst saham tidak mengikutinya.

Jerung-jerung belum membelinya lagi. Jika ada laporan terakhir analyst pun barangkali 3
tahun yang lepas. Laporan syarikat broker mengabaikan syarikat-syarikat ini.

6. Terlalu banyak khabar angin

Sudah tentu khabar angin tersebut berkaitan cerita yang kurang elok. Maka, berbaloi kita
mencari fakta-fakta yang wangi disebalik longgokan khabar angin yang berbau busuk.

7. Bisnes orang mati

85
Peter Lynch mencadangkan bisnes yang terlibat dengan kematian orang. Syarikat sebegini
pernah ada didagangkan di Bursa Malaysia, NV Multi Corporation Berhad.

8. Sektor yang sudah tiada perkembangan (no growth)

Sektor yang sudah tiada siapa ingin masuk ke dalamnya kerana sudah tepu, sudah tidak
dapat berkembang. Justeru, tidak banyak pesaing mahu masuk. Namun, permintaan
terhadap produk / servis dalam sektor ini sentiasa ada.

9. Bisnes yang ada niche

Syarikat yang fokus dalam sesuatu bidang bisnes sahaja. Ia tidak melakukan terlalu banyak
perkara dalam satu masa. Jika jual alat tulis, maka jual alat tulis sahaja dan bukannya
membuat bangunan pada masa yang sama.

10. Orang sentiasa membeli produk / servis tersebut

Bisnes yang sentiasa mempunyai permintaan harian terhadap produk / servis tersebut.
Bukan bisnes yang orang memiliki produk dan servisnya cuma sekali seumur hidup.

11. Syarikat yang menggunakan teknologi

Syarikat ini adalah pengguna teknologi dan bukan syarikat yang mencipta teknologi.
Syarikat yang mendapat manfaat dari persaingan sesama syarikat teknologi, seterusnya
merendahkan kos.

12. Pemilik / pengurus kanan membeli lagi saham syarikat

Saham dijual kerana pelbagai sebab. Anak masuk universiti, mahu berkahwin (lagi), masuk
hospital, beli rumah dan seterusnya. Namun pemilik saham yang besar dan pengurusan
kanannya, jika menambah saham yang mereka ada, hanya ada satu sebab sahaja. Iaitu ...

13. Syarikat membuat aktiviti buy-back shares.

Mari kita buat pengiraan. Andaikata syarikat ABC Berhad memperoleh pendapatan RM 100
juta, dan pada 2011, syarikat mempunyai 60 juta unit saham (shares outstanding). Setelah
membuat aktiviti ini, pada 2012 pendapatan meningkat 110 juta dan shares outstanding
adalah 50 juta unit saham sahaja.

Berapakah pendapatan sesaham, pada 2011 dan 2012 ?

16 Soalan Christopher Browne

Beliau merupakan Managing Director, Tweedy, Browne Company LLC. Syarikat yang
diasaskan oleh bapanya bersama rakan-rakan, Howard Browne. Syarikat ini pernah menjadi
syarikat broker kepada Benjamin Graham dan 2 orang anak muridnya Walter Schloss dan
Warren Buffett.

86
Ini adalah persoalan-persoalan beliau.

1. Adakah syarikat dapat menaikkan harga produk dan orang masih membeli?

2. Adakah syarikat dapat menjual lebih produk?

3. Berapa lama syarikat dapat mengekalkan margin untung jika kekal dengan kadar
jualan sedia ada?

4. Adakah syarikat mampu mengawal kos operasi?

5. Sekiranya jualan naik, apakah kesan kepada untung bersih?

6. Adakah syarikat dapat mengekalkan keuntungan sedia ada, paling tidak sama untung
dengan pesaing?

7. Adakah syarikat mempunyai perbelanjaan syarikat yang tidak berulang?

8. Adakah syarikat mempunyai operasi anak syarikat yang dapat ditutup sekiranya anak
syarikat tersebut tidak menguntungkan?

9. Adakah syarikat selesa dengan saranan analyst saham?

10. Adakah syarikat mampu berkembang untuk tempoh 5 tahun akan datang? Jika ya,
bagaimana?

11. Apakah pelan syarikat dengan lebihan tunai yang ada?

12. Apakah yang bakal dilakukan oleh para pesaing?

13. Bagaimana kedudukan kewangan syarikat berbanding dengan para pesaing?

14. Berapakah nilai syarikat itu jika dijual hari ini, 100% ?

15. Adakah syarikat merancang untuk membuat shares buy-back?

16. Apakah yang sedang dibuat oleh pemilik / pengurusan kanan syarikat? Menambah
pegangan saham atau menjualnya?

Analisa Bisnes

Benjamin Graham berkata,

"Investment is most intelligent when it is most businesslike."

Soalan-soalan di atas adalah mengenai bisnes.

Lagi banyak yang kita tahu tentang sesuatu bisnes itu maka lebih baik untuk pelaburan kita.
Beginilah cara sebenar pakar pelaburan saham.

87
Tidak semua orang diberikan bakat berbisnes, atau mempunyai DNA bisnes. Justeru, bagi
kita yang kekurangan bakat bisnes, kita masih dapat memperoleh keuntungan bisnes
dengan cara lain, iaitu memiliki sebahagian keuntungan bisnes yang diuruskan oleh mereka
yang berbakat dalam bisnes.

Maka selepas ini lebih baik kita menyebut apa yang kita buat adalah pelaburan dalam
bisnes, dan bukannya pelaburan saham. Supaya kata-kata tersebut lebih membantu kita
dalam mencari bisnes-bisnes berkualiti.

Namun untuk membeli bisnes yang baik menerusi pasaran saham seterusnya membuat
keuntungan dalam pelaburan saham, kalian kini telah mempunyai asas yang diperlukan
untuk melangkah dengan lebih jauh.

19.Strategi Pelaburan Saham Untuk Orang Sibuk

by SUZARDI MAUL AN

Pelaburan saham dapat terbahagi kepada dua strategi asas.

Strategi defensif.

Strategi agresif.

Nota tutorial sebelum ini semuanya adalah berkaitan strategi agresif. Iaitu kita mahu dapat
lebih dari 8% setahun secara terkompaun.

Nota tutorial ini adalah tentang strategi defensif. Iaitu kita mendapat pulangan yang ~8%
atau yang menyamai seperti pulangan indeks saham.

Strategi ini juga dinamakan sebagai strategi pelaburan indeks, satu strategi pelaburan yang
sangat sesuai untuk majoriti mereka yang tidak punya banyak masa & cukup kemahiran
untuk menguruskan pelaburan yang lebih agresif. Jadi, kita mulakan dengan apa yang
dinamakan dengan memahami apa itu ...

Kuala Lumpur Composite Indeks (KLCI)

Konten seterusnya adalah untuk subscriber sahaja. Jika masih belum menjadi subscriber, sila
klik link berikut untuk membuat pembelian - pakdi.my/beli

Macam mana nak tahu prestasi saham secara umum di Bursa Malaysia ?

Maka satu penanda aras atau indeks-indeks saham ini diwujudkan untuk mengukur prestasi
saham yarikat-syarikat ini secara berkelompok mengikut saiz atau sektor. Indeks saham
yang sering dilaporkan di media-media adalah FTSE Bursa Malaysia KLCI.

KLCI merupakan indeks yang mengira turun naik harga saham secara agregat, untuk 30
syarikat yang paling besar mengikut saiz modalnya. 30 syarikat ketika saya menyediakan
tutorial ini ialah:

88
Sumber: Maybank Investment.

Namun KLCI merupakan indeks yang bercampur antara syarikat-syarikat berstatus patuh
Shariah dan yang tidak.

Jadi apabila media melaporkan KLCI naik 10 mata, atau turun 25 mata, apa yang berlaku
sebenarnya syarikat-syarikat yang berstatus indeks ini secara majoritinya naik atau turun
harganya. Ia tidak menggambarkan kesemua 900 lebih syarikat di Bursa Malaysia adalah
naik atau turun.

Ya, cuma 30 syarikat bersaiz besar tertentu sahaja.

Syarikat-syarikat yang berstatus indeks (index constituents) ini berubah-ubah mengikut


kiraan yang ditentukan oleh penyelia indeks sedia ada, iaitu FTSE. Ada kriteria tertentu yang
digunakan oleh FTSE untuk menentukan sama ada sesuatu syarikat itu layak memasuki
sesuatu indeks atau tidak. Indeks-indeks lain yang ada di Bursa Malaysia adalah seperti
berikut:

+ FTSE Bursa Malaysia KLCI Index


+ FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index
+ FTSE Bursa Malaysia Top 100 Index
+ FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index
+ FTSE Bursa Malaysia Asian Palm Oil Plantation Index (USD & MYR)

89
1. Beli 1-3 Syarikat Berkaitan Indeks Seperti Di Atas

Indeks lepas jatuh.

Naik semula

Syarikat-syarikat yang menjadi komponen KLCI adalah syarikat-syarikat bermodal besar,


yang sudah pasti menjadi penyumbang utama kepada pengiraan kasar pendapatan ekonomi
negara.

Jadi, walaupun indeks mengalami kejatuhan teruk, selagi mana struktur ekonomi negara kita
adalah baik maka syarikat-syarikat ini akan terus membuat untung, seterusnya
membuatkan indeks akan naik semula selepas kejatuhan teruk KLCI. Tidak ada perkara yang
dapat naik setiap masa tanpa mengalami kejatuhan sementara.

Maka, setiap kali berlaku kejatuhan yang teruk, kejatuhan yang dahsyat sehingga
menyebabkan mata indeks jatuh beratus-ratus mata, beranikan diri untuk
membeli syarikat-syarikat yang menjadi komponen indeks.

Ya, beli ketika orang lain bercerita teruknya kejatuhan pasaran saham!

Semak syarikat-syarikat indeks yang berstatus patuh Shariah dan beli antara 5 ke 10
syarikat mengikut modal yang kita ada. Beri masa 3 tahun kerana lepas berlaku kejatuhan
teruk, pasaran tidak terus menaik. Ia mengambil masa.

Kerbau naik tangga. Hanya beruang terjun tingkap!

Prestasi Dividen Syarikat-Syarikat Indeks

Kelebihan seterusnya membeli syarikat-syarikat indeks adalah kebanyakan (tidak semua)


daripada syarikat-syarikat ini memberikan dividen.

90
Sumber: Klik Sini

Ketika tutorial ini ditulis, mata KLCI adalah tinggi. Walaupun tinggi, masih ada syarikat
berkaitan indeks yang dapat memberikan dividen lebih dari 3%.

Dividen yield sepertimana yang boleh dilihat dalam gambarajah di atas, berkait rapat
dengan harga. Justeru, jika kita membeli syarikat-syarikat ini pada harga yang rendah,
dengan syarat prestasi pendapatan syarikat masih sama, maka kita dapat memperoleh
pulangan dividen yang lebih tinggi. Berikut adalah sejarah kadar dividen Telekom Malaysia
Berhad.

2007: 4.4 % - 3.7%


2008: 6.1% - 3.8%
2009: 8.1% - 5.4%
2010: 6.4% - 5.4%
2011: 5.8% - 3.7%
2012: 4.3% - 3.0%
2013: 4.3% - 3.7%

91
Kejatuhan indeks semasa krisis sub-prima 2008 menyaksikan kadar dividen yang diberikan
oleh Telekom Malaysia dapat mencecah 8.1% kerana harga sahamnya jatuh. Sementara
menunggu kenaikan semula harga syarikat-syarikat seperti ini, kita dapat menikmati
pulangan dividen yang tinggi.

2. Beli Exchange Traded Fund (ETF)

Untuk pelabur yang bermodal lebih kecil dan tidak dapat membeli syarikat-syarikat indeks
dengan banyak, maka pilihan lain adalah membeli kaunter exchange traded fund (ETF).

Sehingga nota ini disediakan ada dua ETF yang patuh Shariah yang telah dapat kita beli
iaitu Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 Index atau lebih dikenali sebagai
MyETFDJ dan MSCI Malaysia IMI Islamic High Dividend Yield 10/40 Index (MyETF-
MMID).

Seandaiknya MyETFDJ dijual pada harga RM 1.135. Maka untuk membeli 1 lot (100 unit)
MyETFDJ cuma RM 113 sebelum kos-kos berkaitan lain. Maka, sekiranya kita mampu
menyimpan RM 100 sebulan, selepas 10 bulan kita dah dapat membeli sebanyak mungkin
unit MyETFDJ dengan modal RM 1,000.

Dimudahkan cerita, ETF adalah seperti skim saham amanah, cuma kita berjual beli menerusi
Bursa Malaysia dengan kos yang lebih rendah. Ya, beli sama seperti saham-saham yang lain.

Sama seperti syarikat yang lain, ia juga ada memberikan dividen.

MyETF membeli syarikat-syarikat indeks juga, dan ia lebih mudah diuruskan kerana kita
cuma perlu membeli satu kaunter sahaja. Justeru setiap kali indeks KLCI mengalami
kejatuhan teruk kita boleh juga terus membeli MyETF dengan banyak.

Untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai MyETF sila ke laman web berikut iaitu
http://www.myetf.com.my/

Pelaburan Indeks: Strategi Orang Sibuk

KLCI tidak jatuh teruk setiap hari.

Justeru, kita memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk membeli syarikat-syarikat
berkaitan indeks kerana kita perlu tunggu sehingga KLCI jatuh dengan teruk barulah dapat
membeli.

Saya juga suka menyebut strategi ini sebagai strategi orang malas beli saham. Buka share
trading account siap-siap, sementara KLCI tengah naik dengan banyak jangan beli dulu,
simpan sahaja duit dalam akaun simpanan Tabung Haji atau ASB, dan apabila berita
menggambarkan ekonomi dunia sudah runtuh, beranikan diri untuk membeli saham
syarikat-syarikat indeks atau pun MyETF.

92
Ya, semalas itu. Tidak perlu buat analisa lebih-lebih. Cuma kena ada sedikit semangat
seorang perwira, iaitu sifat berani ketika semua pihak berkata yang buruk-buruk tentang
ekonomi dunia, ekonomi negara dan pasaran saham.

Amacam ...

Ada berani beli masa pasaran jatuh teruk ?

20.Dah Ada Modal Pelaburan, Jalan Terus

by SUZARDI MAUL AN

Alhamdulillah.

Kalian kini dapat memulakan pelaburan saham sendiri dengan langkah kanan.

Saya rumuskan 12 perkara:

Konten seterusnya adalah untuk subscriber sahaja. Jika masih belum menjadi subscriber, sila
klik link berikut untuk membuat pembelian - - pakdi.my/beli

1. Membeli saham adalah membeli bisnes. Apa yang kita cari dalam bisnes ?

o Bisnes yang kurang hutang atau tidak berhutang

o Bisnes yang buat untung untung dan untung!

2. Mesti berani menaiki roller-coaster semasa membuat pelaburan saham.

3. Beli bisnes yang kita faham sahaja. Ia cuma di hadapan mata.

4. Tetapkan pulangan pelaburan yang realisitik.

5. Beli yang halal-halal sahaja

6. Beli pada harga diskaun.

7. Sama ada dibandingkan dengan aset nyata.

8. Atau, dibandingkan dengan pendapatan.

9. Atau, kedua-duanya sekali.

10. Jual semula ketika harga mahal.

11. Perlu beri komitmen khas.

93
12. Jika tak mampu buat semua di atas, beli indeks!

Oh ya, saya tak menjamin keuntungan setiap kali berjual beli saham. Tutorial ini adalah
untuk membantu kalian mula menjadi seorang pelabur saham dengan cara yang lebih baik
dari sekadar mencari tips-tips saham.

Kita tidak lagi menjadi kaki judi dalam pasaran saham seterusnya tidak lagi meleburkan duit
yang telah kita kumpul dengan susah payah, dengan penat jerih, dengan segala kudrat dan
tenaga, dengan sia-sia begitu sahaja. Kini kita merupakan seorang pelabur.

Semua orang nak buat duit. Tetapi jalannya panjang. Selalunya sesat jalan dulu baru jumpa
jalan yang betul. Sebabnya kita ingat buat duit ini ada jalan short-cut.

Langkah pertama adalah uruskan duit gaji dulu dengan baik sebelum mula melabur. Maka,
perjalanan kita dapat menjadi lebih cepat dan mudah. Sila dapatkan ebook Panduan
Cashflow untuk menguruskan duit gaji. Sila ke http://www.panduancashflow.com

Pasaran saham adalah tempat duit buat duit. Bukan tempat, tiada duit, nak buat
duit.

Mulakan pelaburan dengan modal yang kita sanggup hilang semua dulu. Duit lebih. Free
cashflow. Duit simpanan khas untuk pelaburan. Misi pertama pelaburan tuan adalah
membuat satu portfolio saham yang membeli sehingga 5 syarikat sahaja terlebih
dahulu dengan modal tersebut.

Seterusnya beri masa modal bekerja untuk kita sehingga tempoh 3 tahun untuk melihat
hasil pelaburan. Kemudian, sekiranya masih gagal buat untung secara konsisten dalam
tempoh tersebut, barangkali rezeki pelaburan bukan dalam pasaran saham. Jangan terus
meleburkan duit dengan sia-sia.

Jika tuan rugi, tuan rugi setakat sebahagian modal sahaja dan tuan telah mencuba.

Jika tuan untung, maka potensinya adalah besar

Don't be too timid and squeamish about your actions. All life is an experiment. The more
experiments you make the better. Ralph Waldo Emerson

Selamat datang ke dunia pelaburan saham.

May the profit be with you.

21.Analisa Saham Menggunakan BursaMarketPlace.com

by SUZARDI MAUL AN

Sebelum ini saya menyarankan analisa saham dibuat menggunakan sumber-sumber berikut:

1. Penyata kewangan tahunan syarikat

94
2. Laman web Financial Times

3. Buku Stock Performance Guide Malaysia

Perubahan di Financial Times

Kemudian, apa yang berlaku laman terhadap web Financial Times telah pun berubah, kita
tidak dapat mendapat maklumat kewangan syarikat secara percuma lagi.

Setakat ini masih ada 'bug' dalam laman web berkenaan yang membolehkan kita terus
menggunakannya. Sila gunakan link berikut:

http://markets.ft.com/research/Markets/Tearsheets/Financials?
s=FIAMMA:KLS&subview=Overview

Untuk melihat laporan kewangan yang syarikat lain, cuma tukar sahaja kod syarikat.

Sebagai contoh, saya mahu melihat kedudukan kewangan syarikat Petronas


Dagangan Berhad. Kod di Bursa Malaysia adalah PETDAG. Jadi saya perlu ubah sahaja
FIAMMA menjadi PETDAG seperti gambarajah di bawah:

Namun, jika pihak FT menyedari perkara ini, maka kita tak dapat menggunakannya lagi
secara percuma.

Melanggan ShareInvestor WebPro

Seterusnya, bermodalkan RM 240/tahun kita dapat melanggan Shareinvestor WebPro di


www.shareinvestor.com.my, laman web ini memudahkan banyak kerja kita. Untuk melihat
plan tersebut, sila terus ke http://www.shareinvestor.com/membership/plans_webpro.html

Analisa Saham di BursaMarketPlace.com

Baru-baru ini Bursa Malaysia telah membuat satu inisiatif yang baik untuk memberikan
maklumat saham di poket kita. Hanya dengan melayari BursaMarketPlace.com

Dari laman utama > The Market > Stocks dan menggunakan carian Stock Quick Finder,
maka kita dapat mencari syarikat berhad yang kita mahu.

95
Ia membawa kita ke ...

96
Dan kita dapat terus mendapat maklumat kewangan dengan klik 'Financials'.

Ratio kewangan syarikat telah pun dikirakan untuk kita, dan kita dapat menumpukan untuk
membuat analisa bisnes dari menghabiskan masa mengumpul data.

Selain itu ada juga maklumat-maklumat lain yang dapat kita baca menerusi menu yang
disediakan.

Selamat menganalisa!

22.Fiamma Holdings Berhad 2014

by SUZARDI MAUL AN

Saya memberi contoh analisa sebelum ini dengan menggunakan syarikat Fiamma Holdings
Berhad.

Syarikat ini tutup buku pada setiap 30 September, maka sudah sampai masanya kita
membuat penilaian tahunan.

Semasa membuat semakan, kita ulang sahaja proses yang sama seperti yang yang sudah
ditunjukkan sebelum ini.

97
Tuan perlu sentiasa mengutamakan aspek bisnes dahulu dan bukannya maklumat
pasaran saham i.e. pergerakan turun naik harga. Tuan dapat klik imej untuk
membesarkannya.

1. Fiamma Holdings Berhad masih syarikat yang mudah difahami. Berikut adalah maklumat
syarikat yang ada dalam laman web mereka:

Bisnes Fiamma ini tidak kompleks. Kita dapat melihatnya di hadapan mata. Barangkali di
rumah kita sendiri kita membeli barangan elektrik berjenama ELBA & FABER.

2. Seterusnya, cari maklumat PE & NTA. Atau, untuk NTA dapat gunakan ratio berikut; Price
to Tangible Book Value atau Price to Book Value.

Sekiranya sesebuah syarikat itu tidak mempunyai hutang yang besar, maka nilai Tangible
Book Value dan Book Value adalah hampir sama. Maka sedikit perbezaan adalah tidak
mengapa.

BursaMarketPlace.com telah menyediakan kiraan-kiraan tersebut.

98
Jadi, PE bawah 10 dan Price to Tangible Book Value bawah 1. Ini menunjukkan secara
umumnya saham syarikat Fiamma sedang dijual pada harga yang murah.

3. Maka, lihat penilaian seterusnya pula iaitu berkaitan hutang. Current Ration dan Debt to
Equtiy Ratio. Laman web Financial Times ada mengirakan kedua-duanya:

99
Sekali lagi, menepati kriteria. Current Ratio melebihi 2 dan DE Ratio di bawah 1.

Langkah seterusnya lebih sukar dan memerlukan pertimbangan bisnes yang baik.

4. Lihat trend untung bisnes.

Ingat, tujuan bisnes adalah buat untung. As simple as that. Jadi, kita perlu beli syarikat
yang buat untung dan untung tersebut adalah konsisten. Jika, aliran untungnya
sentiasa menaik adalah lebih baik.

Lihat net income dan jangan biasa menggunakan EPS. Ini dari BursaMarketPlace.com

Manakala, Financial Times ada menyediakan graf:

100
Ka-Ching!

Selagi mana orang masih membeli rumah baru, sudah tentu Fiamma memperoleh
tempiasnya. Rumah baru adalah rumah kosong, orang perlukan banyak barangan eletrik
untuk mengisi keperluan rumah tersebut.

Sebab itu adalah sangat penting tuan faham operasi bisnes sesebuah syarikat. Kembali
kepada langkah 1. Dari kefahaman bisnes, tuan dapat membuat satu jangkaan yang wajar
tentang situasi sesebuah syarikat.

Tak faham, jangan beli.

5. Baru tengok harga saham.

101
Harga saham tengah jatuh!

Dari harga setinggi RM 2.50 sesaham pada 29 September 2014 dan kini dijual di bawah RM
2.00 sesaham.

Ini adalah masa terbaik untuk beli (jika masih belum beli) atau tambah lagi pembelian jika
sudah beli sebelum ini.

Sebagai pelabur, tuan membeli bisnes yang bagus-bagus. Pedulikan harga saham. Harga
saham memang turun naik. Harga saham bukan nilai.

Harga saham jatuh, dan nilai syarikat bertambah, masa membeli..

Apabila harga saham mulai melebihi nilai syarikat, baru kita menjual.

23.Felda Global Ventures Holdings Berhad : Kajian Kes

102
by SUZARDI MAUL AN

Selaku pelabur, antara berita yang menarik perhatian adalah kejatuhan harga saham
sesebuah syarikat.

Sebabnya mudah, ia adalah peluang untuk membeli.

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) adalah sebuah syarikat yang harga sahamnya
jatuh teruk.

Ini adalah maklumat asas yang kita dapat baca:

+ Harga IPO FGV 2012: RM 4.45 (runcit).


+ Hari pertama 28/06/2012: Tutup pada harga RM 5.30
+ Harga terendah: 27 May 2015 - RM 1.90

Kejatuhan harga FGVH hampir 60%.

Ditambah pula rekod dividen lepas yang diberi adalah 10 sen sesaham, maka dividen yield
adalah sangat menarik, iaitu ~ 5%.

Kedua perkara ini adalah cukup untuk menarik minat pelabur supaya menyiasat lebih
tentang FGVH, adakah berbaloi untuk beli atau tidak.

Kembali kepada kaedah yang digunakan dalam tutorial ini.

Berdasarkan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2014.

1. DE ratio adalah dibawah 1. Iaitu 0.7159


2. Current ratio pula tidak menepati kriteria kerana kurang daripada 2. Iaitu 1.67
3. PE, 21. Tidak menepati kriteria.
4. NTA, 1.33 - 1.46
5. Seterusnya maklumat di bawah yang tidak bagus

103
Jadi, jelas kepada kita, kejatuhan keuntungan FGVH (petunjuk nilai) membawa kepada
kejatuhan harga FGVH.

Apabila untung jatuh, takkan pemberian jumlah dividen masih kekal ? Jika kekal 10 sen,
sudah pasti kita perlu bertanya, duit mana pula yang dipakai oleh pengurusan syarikat ?

Bukan sahaja harga jatuh, nilai syarikat pun turut jatuh.

Kita mengatakan tidak untuk syarikat seperti ini.

24.Pelaburan Indeks 2015

104
by SUZARDI MAUL AN

Post ini perlu dibaca dengan 2 post yang lain:

1. Keluar Shopping Mencari Jualan Murah (2)

2. Strategi Pelaburan Saham Cara Orang Malas

Post ini juga perlu dibaca sekali dengan berita yang telah dipaparkan di Pakdi.net

1. Kerajaan Memperuntukkan RM 20 Bilion Untuk Pasaran Saham

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mencatat mata tertinggi 1,867.53 pada 27
April 2015.

Kemudian, KLCI menjunam sehingga 1,503.68 pada 25 Ogos 2015.

Kejatuhan 19%.

Saya yakin tuan telah bertindak berdasarkan apa yang saya kongsikan dalam tutorial online
ini. Iaitu membeli ketika orang takut untuk membeli. Dan ia telah pun diperingatkan
dari masa ke masa dalam laman sosial.

Kejatuhan KLCI ini ditunggu bagi mereka yang bersedia.

Dan untuk strategi indeks, dalam erti kata lain, strategi orang malas, iaitu tuan tak perlu cari
data-data hutang syarikat, untung syarikat dan sebagainya, peluang telah pun
memunculkan diri. Maka tahniah saya ucapkan kepada kalian yang telah bertindak ketika
kejatuhan KLCI baru-baru ini.

Dengan merujuk kepada link yang sama, yang telah saya kongsikan sebelum ini, mula-mula
rujuk ...

105
106
Imej bertarikh 9/10/2015, sumber: Klik sini

Syarikat berwarna pink adalah syarikat tidak Shariah Compliant.

Tuan yang berani bertindak ketika "kekecohan pasaran saham" baru-baru ini, beli syarikat
berkaitan indeks yang PE ratio ~10 (Kalau dapat PE yang bawah 10 lagi bagus), maka
tuan dapat menghasilkan keuntungan sebegini, tidak termasuk keuntungan dividen.

IOIPG merujuk kepada IOI Properties Group (9/10/2015)

Dan jika tuan nak fokus kepada MyETF sahaja pun, tuan dapat beli pada sekitar harga 1.03 -
1.05 dan pada 9/10/2015 ia telah pun berada pada paras 1.14. Keuntungan kira-kira 8%
dalam tempoh tidak sampai 2 bulan. Sila rujuk imej di bawah.

107
Ok!

Jumpa lagi.

25.Fiamma Holdings Berhad 2015

by SUZARDI MAUL AN

Kemaskini 20 April 2016

Apabila kita dah mempunyai pegangan saham, maka kena sentiasa rujuk laman web Bursa
Malaysia.

Di situ, kita dapat baca semua update berkaitan syarikat yang kita miliki.

Circular to shareholders pun ada dihantar melalui pos, tapi lambat sampai ke peti surat kita.
Tapi siapa buka akaun nominee tak dapat surat-surat tu. Pemegang CDS direct account
sahaja.

Maka rajin-rajinlah melawat laman web Bursa Malaysia.

108
Selain itu juga kena keep in touch dengan remisier / dealer. Bukan sampai kena jadi kawan
baik, jemput dia pergi kenduri, kawan Facebook tapi ada nombor telefon pejabat, alamat
emel misalnya. Saya suka berurusan dengan mereka ketika waktu pejabat kalau ada
keperluan teknikal mengenai akaun.

Konten seterusnya adalah untuk subscriber sahaja. Jika masih belum menjadi subscriber, sila
klik link berikut untuk membuat pembelian - pakdi.my/beli

Maka berdasarkan pengumuman di Bursa Malaysia pada 4 April 2016, ex-date corporate
exercise Fiamma Holdings Berhad adalah pada 14 April 2016. Pemegang saham Fiamma
Holdings Berhad mendapat 2 perkara.

Sila rujuk: Fiamma Holdings Berhad @ Bursa Malaysia

Apa yang terjadi pada 14 April 2016 ?

Sekiranya kita telah memiliki saham pada 14 April 2016 kita dapat perhatikan harga saham
telah berubah dari harga tutup pada 13 April 2016 RM 2.10, menjadi RM 0.70.

Tapi unit saham belum berubah. Sekiranya kita memiliki 6,000 unit saham, maka belum ada
perubahan kerana entitlement date ialah pada 18 April 2016. Maka, perubahan ini cuma
nampak pada 19 April 2016. Ini yang berlaku.

i. Bonus; setiap 2 saham dapat 1.

Kiraannya adalah seperti berikut, 6,000 2 = 3,000.

Maka, selepas kita terima saham percuma ini, maka pegangan saham kita menjadi 9,000
unit.

ii. Share split; setiap 1 saham dipecahkan menjadi 2

Maka, 9,000 x 2 = 18,000


.

Tapi ada masalah teknikal lain yang timbul, dalam online trading platform tidak update
average price yang kita beli. Bila tak update, kita susah nak track performance.

Kalau akaun kita tak update secara automatik, maka kena telefon remisier / dealer yang
menjaga akaun dan minta bantuan mereka. Average price ini sebenarnya boleh diedit
secara manual dalam online platform masing-masing, dan kita kena minta tunjuk ajar
mereka.

Maka berdasarkan catatan jurnal pelaburan kita, andaikan ini yang berlaku.

Pembelian pertama; RM 1.70 x 2,900 unit = RM 4,930


Pembelian kedua; RM 1.76 x 2,100 unit = RM 3,696
Pembelian ketiga; RM 1.70 x 1,000 unit = RM 1,700

109
Kesemuanya berjumlah RM 10,326 untuk 6,000 unit. Semua maklumat ini asalnya dah tulis
dalam sistem. Tapi kerana tak semua akaun update automatik, maka kena lah kira sendiri
average buy yang baru. Oleh kerana sudah dapat bonus dan berlaku share split, maka untuk
mengetahui average buy yang baru adalah mudah sahaja, RM 10,326 18,000 = RM
0.574

Bila dah dapat harga average buy yang baru ini, maka senang nak kira berapa profit / (loss)
kita untuk masa akan datang.

Selain buat investment journal sendiri, boleh juga gunakan apps / laman web yang ada
menyediakan perkhidmatan pengurusan portfolio ini. Misalnya laman web Financial Times.
Kita boleh track portfolio kita sendiri.

Dan catat semua pembelian kita.

Nanti Financial Times dapat laporkan macam ini.

110
Berdasarkan catatan ini, Fiamma telah memberikan pulangan 29% [capital gain + dividen]
dalam tempoh lebih sedikit dari 2 tahun untuk portfolio Pakdi.my; bersamaan kira-kira
13.58% CAGR.

Yeay!

Dah dapat lebih dari return TH, ASB untuk tempoh 2 tahun ini. Kalau nak realised profit
capital gain, itulah hasilnya. Tapi persoalannya...

Kenapa nak jual Fiamma ?

Kalau jual Fiamma, nak beli syarikat apa pula ?

Kalau tiada jawapan, hold sahaja.

111
--

Nota asal bertarikh 21 Februari 2016.

Sekarang mari kita tengok apa yang berlaku kepada syarikat ini pada 2015.

Tuan perlu merujuk kepada laporan tahunan dan lain-lain dokumen yang ada diberikan, atau
sila klik link di bawah:

-- Bursa Malaysia: Fiamma Holdings Berhad

1. Keuntungan syarikat

Rujuk muka surat 8.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) adalah sebanyak RM 75.42 juta berbanding RM 63.18 juta
pada 2014.

Keuntungan ini datang dari:

112
Trading & services : 59.4%

Property development: 4.1%

Investment properties: 32.9%

Apa yang perlu dilihat adalah apa yang dimaksudkan dengan investment properties ?

Syarikat ini berterus terang dengan menyatakan apa yang berlaku adalah kenaikan fair
value dari pelaburan hartanah di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Iaitu Menara Centara setinggi
23 tingkat ini dinilaikan semula mengikut harga semasa.

Itulah perakaunan.

Kenaikan nilai hartanah ini tidak memberikan apa-apa makna kepada kita melainkan
syarikat mahu menjual hartanah tersebut dan memberikan keuntungan tunai kepada
pelabur semula.

Maka sebelum pergi jauh, jumlah PBT sepatutnya adalah RM 75.42 - RM 24.84 = RM 50.58

Apakah kesannya?

Ia mempengaruhi keuntungan bersih seperti yang dilaporkan RM 56.54. Jumlah ini perlu
disesuaikan kepada situasi yang sebenar.

Maka jumlah PBT yang kita kira adalah RM 50.58 itu tadi kita tolak dengan jumlah cukai
yang dibayar (m.s. 40) RM 14.82 maka jumlah keuntungan bersih menjadi RM 35.76 juta.
Pada 2014, keuntungan kepada pemilik syarikat adalah RM 41.40 juta.

Kiraan ini menjadikan EPS adalah 35.76 145.53 = RM 0.25

Pada harga RM 2.35 dan EPS RM 0.25, maka nilai PE adalah 9.4

2. Dividen

Syarikat mencadangkan dividen sebanyak 7.5 sen sesaham.

Tarikh ex-date 10 Mac 2016.

Jika ada membeli 1000 unit saham, maka pendapatan dividen adalah RM 75.

Yield pula bergantung kepada harga belian masing-masing. Pembelian pada

RM 1.50, dividen yield 5%

RM 1.70, dividen yield 4.4%

113
RM 1.90 dividen yield 3.94%

3. Kenapa harga saham melonjak ?

Ada dua sebab.

Pertama: Fiamma memang dah lama undervalue

Jadi, seperti mana yang telah ditulis dalam nota sebelum ini, syarikat yang bagus akan
kembali ke nilai wajarnya. Iaitu sekitar PE 10.

Fiamma telah pun menghampiri nilai tersebut.

Kedua: Cadangan share split dan bonus issue

Ini adalah catalyst yang mempercepatkan kenaikan harga.

Malah dapat menjadikan harga saham Fiamma terus melonjak.

Cadangan ini dibentangkan pada 23 Februari 2016, dan jika EGM mempersetujuinya, maka
share split dan bonus issue akan berlaku.

Sila rujuk Circular to Shareholders yang diterima atau dalam link yang telah diberikan di
atas.

Cadangan Share Split 2 - 1

Kesannya adalah :

Setiap 1 unit menjadi 2 unit.

Outstanding shares bertambah.

Berdasarkan harga RM 1.70, harga berubah menjadi RM 0.85

Cadangan Bonus Issue; Setiap 2 unit dapat 1

Kesannya adalah:

Setiap 2 unit dapat lagi tambahan 1 unit percuma

Authorised capital bertambah

Outstanding shares bertambah

Berdasarkan harga RM 0.85 di atas, harga berubah menjadi RM 0.567

114
Kenapa Syarikat Nak Buat Begitu ?

Kalian sebenarnya boleh baca sendiri dalam circular yang diberikan.

Dan inilah apa yang dikatakan kenapa saham itu adalah pelaburan dalam harta yang
berkembang atau harta produktif.

Share split secara umumnya nak menambah liquidity untuk saham Fiamma. Sebelum
share split kena beli RM 1.70, lepas share split dapat beli RM 0.85, nampak sahaja murah
tetapi sebenarnya sama sahaja. Value tidak berubah.

Ia ibarat beli pizza dengan 3 orang lagi kawan. Mulanya setiap seorang dapat suku dengan 4
potongan i.e. 1 potong seorang dan disebabkan ada yang kata, "Eh, besar nya potongan
pizza, tak mampu nak makan habis ni," Lantas dia pun ambil pizza cutter dan jadikannya 8
potongan pula i.e. 2 potongan seorang. Tapi sebenarnya masih tetap sama 25% seorang.

Bonus issue pula syarikat menggunakan reserved tunai yang ada.

Syarikat tak beri lebih dividen kepada pemegang saham sebaliknya beri unit saham
percuma.

Kesan kepada pelabur tidak berapa nampak untuk tempoh yang singkat. Pendek cerita,
syarikat bila buat bonus issue, pengurusan yakin untung masa depan bertambah sebab
kalau tak yakin, macam mana nak menjawab pula tahun-tahun depan dalam AGM kalau EPS
makin jatuh.

Betul Ke Untung Masa Depan Bertambah Pakdi ?

Hmm...

Difficult to see. Always in motion is the future,

Dari operasi trading & services barangkali tidak ada banyak perubahan.

Kemungkinan besar, sikap optimis ini datang dari operasi property development.

Projek perumahan di Kota Tinggi.

Projek perumahan & komersil di Johor Bahru

Redevelopment warehouse di Bandar Manjalara menjadi unit komersil

Cadangan projek baru di Jalan Yap Kwan Seng

Cadangan projek baru di Jalan Sungai Besi

115
Sekiranya kalian membeli saham Fiamma Holdings Berhad menggunakan direct account,
barangkali dapat hadir AGM dan EGM pada 23 Februari 2016 di Wisma Fiamma, Bandar
Manjalara.

116