Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU


RIBU

Pengenalan
Kajian ini dilaksanakan sebagai sebuah instrument bagi mendapatkan
penyelesaian kepada isu penggunaan Frog VLE yang sangat minimum di SK Ulu
Ribu, Enggor, Perak Sekolah ini adalah merupakan sekolah SKM Gred B luar
Bandar. Ia mempunyai kekuatan guru seramai 13 orang termasuk Guru Besar.
Murid-muridnya adalah seramai 53 orang.

Jawatan Kuasa ICT sekolah ini berusaha keras untuk memastikan


penggunaan Frog VLE disekolah ini dapat dipertingkatkan. Kajian tindakan ini
dilaksanakan dengan harapan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Latar Belakang Kajian


Kajian dijalakan ke atas 13 orang responden guru, 23 orang responden murid
di tahap 2 dan 10 orang anggota PIBG. Ia bagi mendapatkan input data yang
menyeluruh agar punca sebenar dapat dikenalpasti dan diatasi.

Masalah Kajian
Berdasarkan temubual awal bersama Jawatan Kuasa ICT sekolah, pihak
JPN, PPD dan Pusat Kegiatan Guru telah beberapa kali memberi teguran tentang
penggunaan Frog VLE yang rendah di sekolah ini. Ia turut di sokong oleh surat
teguran yang bertarikh 15/09/2016, Rujukan: J. Pel. Pk(ICT)(09/001)Jld.5(44) yang
menegur dan mengarahkan pihak sekolah meningkatkan penggunaan Frog VLE dan
mengaksesnya secara berterusan.

Objektif Kajian
Melalui kajian tindakan ini, pihak Jawatan Kuasa ICT SK Ulu Ribu berharap
untuk mencapai objektif berikut:
1. Menentusahkan faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan
Frog VLE yang rendah.
2. Mengumpul data penggunaan harian Frog VLE secara purata bagi semua
responden terlibat.
3. Menghasil, mencadang, membantu perlaksanaan dan membuat
pemantauan program/kaedah intervensi bagi menyelesaikan isu
penggunaan Frog VLE yang rendah di sekolah ini.
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU
RIBU

Persoalan Kajian
Kajian ini diharap agar dapat merungkai persoalan-persoalan berikut:
1. Apakah faktor-faktor penyumbang kepada kekurangan penggunaan Frog
VLE?
2. Apakah kaedah-kaedah dan program yang sedang dilaksanakan untuk
meningkatkan penggunaan Frog VLE dan kelemahannya?
3. Apakah kaedah intervensi yang sesuai untuk dilaksanakan di Sekolah Ulu
Ribu agar perlaksanaannya mencapai keputusan yang baik?

Kepentingan Kajian
Kajian ini diharap dapat meningkatkan keyakinan pentadbir sekolah dan
seterusnya mencapai sasaran dan hasrat sekolah, PPD Kuala Kangsar serta JPN
Perak agar penggunaan Frog VLE di sekolah ini berada di paras yang memuaskan.

Capaian internet sekolah ini dijana oleh modem Streamix dengan kapasiti
2mbps dan dibayar melalui PKG Kati, Kuala Kangsar, Perak. Pusat akses sekolah ini
tidak dapat digunaka

Kajian Literatur
Kajian secara mendalam yang dijalankan oleh Tuan Haji Abdul Aziz
Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir, Papar, Sabah telah
menyumbang kepada sebahagian input bagi perlaksanaan Kajian Tindakan ini.
Beliau menegaskan akan betapa pentingnya ilmu ICT dan peranan semua pihak
dalam menjayakannya.
Seterusnya, pengggunaan Frog VLE yang rendah ini dapat dibuktikan melalui
rekod penggunaan notebook yang minimum serta rekod penggunaan yang disahkan
oleh pihak Pusat Kegiatan Guru.

Methodologi
3.1. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Temubual
berfokus dijalankan kepada kumpulan responden sasaran manakala
satu borang soal selidik diedarkan kepada warga sekolah dan komuniti
berhampiran tentang pengetahuan mereka mengenai Frog VLE dan
penggunaannya.
3.2. Kumpulan Sasaran : 13 orang Guru, 23 orang murid tahap 2
Borang Kaji Selidik : 100 orang warga sekolah dan penduduk Kg. Ribu
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU
RIBU

3.3. Persempelan:
3.3.1. Mengumpul data
Seramai 52 orang murid, 13 orang guru, 2 kakitangan
pentadbiran, 4 orang pekerja swasta, 10 orang anggota PIBG dan 19
orang warga Kg. Ribu telah diberikan borang soal selidik tentang Frog
VLE. Seterusnya, seramai 13 orang guru dan 23 responden murid
ditemubual bagi mendapatkan maklum balas lebih spesifik berkenaan
kajian. Proses berjalan selama 1 minggu. Temubual dibuat sesuai
dengan masa senggang guru-guru agar tidak mengganggu MMI.
3.3.2. Pemerhatian
Sebuah bilik digunakan sebagai alternatif kepada pusat akses
dan diletakkan notebook bagi penggunaan responden. PdP dijalankan
oleh guru-guru seperti biasa disamping menjurus penggunaan Frog
VLE. Pemerhatian ditumpukan kepada kualiti capaian, kebolehgunaan
alatan, pengetahuan sedia ada murid dan penyampaian guru.
3.3.3. Keesahan kualiti Capaian Data Internet.
Pihak sekolah telah menghubungi pihak TM yang merupakan
pembekal talian dan meminta mereka memastikan kelajuan paket dan
kualiti internet jangka panjang. Pada hari pemeriksaan halaju internet
mencapai 1mbps namun tidak stabil untuk masa yang panjang.

DAPATAN KAJIAN
4.1. Teknik Menganalisis Data
4.1.1. Data soal selidik dikumpulkan dan dikelaskan mengikut
kelompok responden dan jawapan yang diberikan. Respon dikategori
kan secara pukal sebagai negatif atau positif.

Responden Respon positif Respon Negatif


Guru (13) 13
Staf/Pekerja Swasta(6) 5 1
Murid((52) 31 21
Ibubapa/PIBG(19) 12 7

Jumlah 71 29

Secara umum, isu pengetahuan dan pemahaman tentang Frog VLE


bukanlah penyumbang utama kepada penggunaan yang rendah.
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU
RIBU

4.1.2. Hasil temubual pula telah dianalisa dan beberapa kategori


jawapan dibentuk bagi menunjukkan peratusannya secara lebih jelas.
Soalan Bil. Respon Peratus
Bersetuju telah mengetahui
94 94%
tentang FROG VLE
Telah menggunakan FROG
VLE sekurang- kurangnya 21 21%
sekali seminggu
Tidak menggunakan
keseluruhan tetapi
sebahagian sahaja 18 18%
daripada aplikasi
disediakan
Tidak mempunyai akses
35 35%
internet dirumah
Sering terganggu semasa
atas talian kerana talian
88 88%
tidak stabil atau terputus
terus
Tidak memahami keperluan
9 9%
FROG VLE
Tidak memahami
penerangan guru tentang 9 9%
akses FROG VLE
Memahami dan mengakses
FROG VLE secara kerap 3 3%
tanpa gangguan
Mencadangkan agar guru
memberi penjelasan 12 12%
semula tentang FROG VLE
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU
RIBU
Melalui data yang terkumpul, kajian ini mendapati bahawa responden mempunyai
kadar pendedahan yang baik terhadap aplikasi FROG VLE. Namun mereka tidak
mempunyai minat yang mendalam terhadap kemudahan tersebut. Gangguan talian
merupakan penyumbang terbesar kepada masalah kurangnya penggunaan FROG
VLE. Penggunaan FROG VLE juga didapati tidak dilaksanakan secara berterusan di
dalam kelas tetapi sebaliknya, guru-guru memilih untuk menggunakannya pada
kekerapan sekali dalam seminggu kerana masalah talian tidak stabil. Apabila banyak
notebook mengakses aplikasi secara serentak, talian akan menjadi lemah dan
sering mengakibatkan internet terputus dan mengganggu kelancaran PdP.

PROGRAM INTERVENSI GRAB THE GOLD STAR


Program ini adalah merupakan cubaan untuk memberikan seri kepada
penggunaan FROG VLE dengan menwarkan motivasi atau ransangan dalam bentuk
ekstrinsik. Satu jadual besar yang meletakkan gambar murid-murid serta ruangan
kosong disebelahnya. Setiap ruangan akan ditanda dengan setiap aplikasi yang
terdapat di dalam FROG VLE. Setiap murid akan menerima pelekat bintang gangsa
apabila mengakses dan menggunakan aplikasi yang sama antara 1 hingga 10 kali.
Seterusnya mereka boleh meningkatkannya kepada perak (11 hingga 30 kali) dan
emas (30 kali ke atas). Proses mendapatkan bintang ini akan berterusan untuk satu
tempoh penilaian dan murid yang tertinggi bilangan bintang emas dan mengakses
kesemua aplikasi akan menerima tawaran hadiah yang akan dibincangkan oleh
pihak sekolah bersama PIBG. Tempoh sehingga akhir tahun diberikan untuk
meningkatkan penggunaan FROG VLE tersebut.
Google My
Nama Murid Forum Kuiz Kalendar Dashboard
Tugasan YES mail
Drive
Asyraf
Azizi
Marhakim
Batrisya
Dyana
Sofea

Seterusnya, bagi masalah capaian, pihak sekolah telah menghubungi TM dan


Pusat Kegiatan Guru Kati. Mereka telah hadir bersama pegawai atasan Telekom
Malaysia Berhad dan membincangkan pelan menaik taraf capaian internet sekolah.
Pihak Syarikat YES.my telah hadir ke sekolah kemudiannya dan membuat kajian
capaian akses dan telah membuat pelan binaan pencawang untuk akses internet di
kawasan SK Ulu Ribu. Projek tersebut dijangka mengambil masa beberapa bulan
untuk disiapkan.
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU
RIBU

KESIMPULAN
Perlaksanaan Program Grab The Gold Star itu diharap akan menjadi
pemangkin kejayaan memastikan penggunaan secara maksimum dan berterusan
FROG VLE di SK Ulu Ribu. Adalah diharapkan, dengan pemasangan pencawang
baru dengan capaian talian yes.my, diharapkan penggunaan FROG VLE akan
semakin rancak dan berterusan di sekolah ini.
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU
RIBU

RUJUKAN / LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 : SOAL SELIDIK FROG VLE

NYATAKAN STATUS ANDA :________________________________________

(Pentadbir/Guru/Staf/Murid/Ibubapa/Pekerja)

Aplikasi manakah yang anda tahu ada dalam FROG VLE?

Forum

Kuiz

Kalendar

Laman

Google Drive

Dashboard Saya

Tugasan

YESmail
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU
RIBU
Dashboard Sekolah

Saya telah dimaklumkan tentang FROG VLE.

Ya, saya bersetuju.

Tidak, saya tidak bersetuju.

Saya tidak tahu.

Saya/Anak saya tahu ID dan PASSWORD untuk mengakses FROG VLE.

Ya, saya tahu Saya tidak tahu.

Saya / Anak saya pernah menggunakan FROG VLE sekurang-kurangnya sekali.

Ya.

Tidak.

Saya / anak saya memahami setiap fungsi pada FROG VLE.


Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas?

Ya, saya/anak saya memahami keseluruhannya

Tidak, saya/anak saya tidak memahami sebahagian fungsinya


KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU
RIBU
Saya/ anak saya tidak tahu fungsi di paparan FROG VLE

FROG VLE membuktikan kepada saya bahawa internet boleh dimanfaatkan untuk tujuan
pembelajaran.
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas?

Ya, saya bersetuju.

Tidak, saya tidak bersetuju.

Saya tidak tahu.

Berapa banyakkah masa dalam seminggu anda/anak anda habiskan untuk FROG VLE?
Sila pilih 1 jawapan daripada pilihan-pilihan berikut.

Saya tidak menggunakan FROG VLE.

Kurang daripada 10 minit.

10 hingga 20 minit.

30 minit.

1 jam atau lebih.


KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SK ULU
RIBU
Nyatakan didalam ruangan disediakan pendapat dan pengetahuan anda tentang FROG VLE.

Nyatakan didalam ruangan disediakan cadangan anda tentang meningkatkan penggunaan


FROG VLE di sekolah.

LAMPIRAN 2: CARTA GANTT PERLAKSANAAN PELAN TINDAKAN

SEPTEMBE
AKTIVITI JUN JULAI OGOS
R
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Mesyuarat Jawatan Kuasa
ICT
Penubuhan Pasukan
Kajian
Pemerhatian Prasarana
Soal Selidik
Sesi Temubual
Pemeriksaan Talian TM
Pemerhatian PdP dan
penggunaan FROG VLE
Analisis Data
Penyediaan Pelan
Intervensi
Pelaksanaan Intervensi UPS
R

Anda mungkin juga menyukai