Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Bunga mawar si bunga rampai,


Harum mekar menghiasai taman,
Wakil AADK sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Yang berusaha En. ......................................, En. ........................................, Penolong


Kanan Petang Tuan Haji Zainol Abidin bin Lebai Hassan, Penyelia Tingkatan 1 Pn
Rozita bt Abdul Latif, Penyelia Tingkatan 2 Pn Norashikin bt Harun, barisan guru-
guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul
pada hari ini untuk sama-sama mendengar perkongsian dan ceramah Kesedaran
Bahaya Dadah dari wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
doa yang akan dibaca oleh ................................................ Dipersilakan. *** Amin..
amin ya rabbal alamin.
Seterusnya para hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku dengan penuh semangat. ***
Untuk makluman para guru dan pelajar-pelajar, AADK merupakan sebuah organisasi
yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan penagih dadah, mencegah
masyarakat dari terlibat dengan dadah serta membanteras pengedaran dan
penyalahgunaan dadah. Pihak AADK ada menyediakan pameran berkaitan dadah
di ......................................... Para guru dan pelajar bolehlah berkunjung ke pameran
yang telah disediakan selepas majlis ini.
Pada hari ini kita amat bertuah kerana dapat mendengar perkongsian kisah
En. ................................... Beliau merupakan bekas penagih dadah yang kini
Alhamdulillah telahpun pulih. Tanpa membuang masa, saya dengan sukacitanya
menjemput En. .................................. untuk berkongsi kisah beliau. Dipersilakan. ***
Terima kasih En. ............................................. Semoga para pelajar dapat
mengambil iktibar dari perkongsian En. ................................... Ulasan
Seterusnya, saya ingin menjemput En. .................................................
iaitu ................................. untuk menyampaikan ceramah Kesedaran Bahaya
Dadah. Tuan dengan segala hormatnya dipersilakan. ***
Terima kasih En. ................................... Ulasan
Bagi melengkapkan majlis kita pada hari ini, saya ingin
menjemput ............................................... untuk mengetuai bacaan ikrar Anti
Dadah. Para pelajar diminta berdiri. ***
Terima kasih ....................................
Seterusnya, saya mempersilakan ...................................... untuk mendeklamasikan
sajak Anti Dadah. *** Terima kasih ...................................

Anda mungkin juga menyukai