Anda di halaman 1dari 8

KOKURIKULUM-PERSATUAN/KELAB

PROFIL DIRI

NAMA : RANJINI A/P VALAUTHAN

NO. K/P : 940202-08-6464

UNIT : PISMP PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER : 6

KURSUS ELEKTIF : PENDIDIKAN JASMANI & SEJARAH

AMBILAN : JANUARI 2014

ALAMAT RUMAH : NO.787, JLN.DEPU, TMN.BERNAM, TG.MALIM,

PERAK.

NO. HP : 016-9414502

E-MEL : anju2_2@hotmail.com

RANJINI VALUTHAN_PISMP BM SEMESTER 6_2016 1


KOKURIKULUM-PERSATUAN/KELAB

LAPORAN REFLEKSI LAWATAN KELAB PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KE TASIK


KENYIR, TERENGGANU

Tarikh : 05-07 OKTOBER 2016


Hari : RABU-JUMA
Tempat : TASIK KENYIR, TERENGGANU

Semua guru pelatih PISMP Semester 6 Ambilan Januari 2014 yang mengambil
kursus wajib WAJ3131 telah mengadakan satu lawatan mewakili kelab Pendidikan Alam
Sekitar sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan rasa mencintai alam sekitar dalam
kalangan ahli kelab ini. Seramai 80 orang guru pelatih dari unit Pengajian Melayu, Pengajian
Cina dan Pengajian Pemulihan telah bergabung dan bekerjasama untuk mengelola sebuah
lawatan ke Tasik Kenyir, Terengganu bermula dari 05 Oktober 2016 hingga 07 Oktober 2016
iaitu tiga hari dua malam bersama-sama 06 orang pensyarah dari Jabatan GERKO, Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Lawatan ini merupakan antara aktiviti kelab yang harus dilaksanakan kerana
pelaksanaan lawatan ilmiah ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi jam kredit malah
turut membantu memberikan maklumat yang amat berguna kepada kami semua tentang
pengurusan dan pentadbiran sukan. Kami percaya segala ilmu dan pengalaman yang bakal
diperoleh sepanjang lawatan ini akan memberikan impak yang positif lebih-lebih lagi apabila
kami bergelar seorang guru kelak.yang harus dilaksanakan bagi memenuhi jam kredit.
Tujuan utama kami menjalankan program ini adalah untuk mendedahkan para guru pelatih
dengan pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
dan program-program mesra alam di samping mengurus dan mengelelo suatu program
persatuan atau kelab. Lawatan sebegini turut menggalakkan para ahli kelab untuk
melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program lawatan ini serta
memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan
menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti
mesra alam.

SEBELUM PELAKSANAAN LAWATAN

Dengan ini, kami telah memulakan tugasan yang diberi oleh pensyarah iaitu selama
2 bulan sebelum tarikh lawatan sebenar yang ditetapkan. Pada mulanya, kami telah
mengadakan mesyuarat untuk memilih Ahli Jawatankuasa Induk serta ahli jawatankuasa

RANJINI VALUTHAN_PISMP BM SEMESTER 6_2016 2


KOKURIKULUM-PERSATUAN/KELAB

kecil bagi kelab dan seterusnya ahli jawatankuasa khsus bagi lawatan dengan
menggabungkan guru-guru pelatih dari ketiga-tiga kelab. Setelah melantik ahli
jawatankuasa, seterusnya adalah proses mengagihkan tugas kepada setiap individu supaya
program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya telah memegang jawatan sebagai
Naib Setiausaha bagi kelab Pendidikan Alam Sekitar serta AJK Aktiviti bagi lawatan tersebut
yang dirancang untuk dijalankan dalam tempoh masa tiga hari bersama-sama dua orang
ahli kelab yang lain.

Secara jujurnya, saya pada mulanya agak kurang faham tentang perkara yang saya
perlu dilaksanakan sebagai seorang ahli jawatankuasa aktiviti lawatan ini kerana saya tidak
mempunyai pengalaman sebelum ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya sentiasa berjumpa
pensyarah kelab kami iaitu Puan Thirumagal dan pengerusi program saudara Sharudin dari
unit Pemulihan dan juga tidak terlepas saudara Uvarajah dari unit Pengajian Melayu selaku
pengerusi kelab Pendidikan Alam Sekitar bagi menyelesaikan keraguan atau masalah yang
timbul apabila yang merancang aktiviti yang sesuai dilaksanakan sepanjang berada dalam
boat house di Tasik Kenyir.Saya juga telah melayari internet untuk memperoleh maklumat
lanjut tentang persekitaran Tasik Kenyir.

Daripada hasil pencarian, saya dapati bahawa Tasik Kenyir merupakan destinasi
pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik
buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir
pada tahun 1985. Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira
55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar.
Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang
tidak ditenggelami air. Selain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga terkenal sebagai
destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik,
jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung,
gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk
diterokai. Keunikan dan keindahan alam di Tasik Kenyir sentiasa menarik kehadiran
pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Banyak lokasi menarik dan pelbagai
aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Dengan menaiki bot laju, seseorang itu memerlukan
empat hingga lima hari untuk melawat sebahagian besar tempat-tempat menarik. Dua pintu
masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi dan Jenagor. Tasik Kenyir juga
merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong. Pelbagai urusan
penempahan bot dan tempat penginapan boleh dibuat di Pengkalan Gawi. Maklumat-

RANJINI VALUTHAN_PISMP BM SEMESTER 6_2016 3


KOKURIKULUM-PERSATUAN/KELAB

maklumat yang telah dikumpul amat berguna untuk merancang aktiviti LDK yang
bersesuaian bagi saya.

Kami telah melaksanakan beberapa tugas sebelum menjalankan pertandingan ini.


Pertamanya, kami telah menyediakan satu kertas kerja bagi lawatan ini dengan sistematik
dan lengkap dengan berpandukan beberapa contoh kertas kerja. Kerja kerja tersebut perlu
dilengkapi dengan objektif, anggaran perbelanjaan, rancangan aktiviti dan sebagainya.
Selepas menyediakan kertas kerja tersebut, kumpulan kami telah berjumpa pensyarah dan
pengerusi untuk memeriksa kertas kerja tersebut sama ada betul atau mempunyai sebarang
masalah. Selepas mendapat persetujuan daripada pensyarah dan pensyarah telah
berjumpa pengarah untuk meluluskan kertas kerja yang kami telah dibuat. Pensyarah telah
memberi beberapa cadangan untuk menambahbaikan kertas kerja tersebut. Dengan itu,
saya telah membetulkan kesilapan yang disuruh oleh pensyarah dengan serta- merta dan
menghantar kepada setiausaha melalui email

.Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kami telah membuat satu senarai aktiviti dan
juga telah merangka satu jadual masakan bagi memudahkan perjalanan pengurusan kami
sepanjang lawatan ini. Antara aktiviti LDK yang dirancang ialah pembentangan projek
berdasarkan tugasan ahli jawatankuasa lawatan, aktiviti ice breaking, permainan police
killer, permainan menyambung lagu danaktiviti mencari harta karun. Kami seramai 20 orang
termasuk seorang pensyarah pembimbing kami telah menginap dalam houseboat Sri
Gagau sepanjang berada di situ selama tiga hari dua malam. Antara lokasi lawatan yang
disediakan oleh pihak pengurusan houseboat Sri Gagau dalam package penginapan kami
ialah Taman Tema Air Tasik Kenyir, Santuari Kelah Sungai Petang dan Taman Herba. Jadi
kami telah merancang aktiviti yang hendak dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan oleh
pihak pengurusan houseboat di Tasik Kenyir.

Perancangan awal yang rapi sebegini sangat penting bagi mengelola suatu
persatuan atau kelab setelah dilantik menjadi guru sebenar di sekolah pada masa akan
datang. Segalam pengetahuan yang ditimpa melalui pengalaman sebegini dijadikan bekalan
pengetahuan masa depan. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan bagi
mempelajari kaedah pembelajaran Alam Sekitar di sekolah nanti. Dengan menganjurkan
lawatan sebegini seseorang guru akan dapat memupuk minat murid tentang alam sekitar
kerana murid-murid akan lebih mudah mengingati sesuatu perkara atau benda yang
dipelajarinya menerusi lawatan. Lawatan juga memberi peluang kepada murid pendidikan
khas terutamanya untuk belajar mengenali hidupan flora dan fauna serta belajar
berkomunikasi dengan orang di sekeliling. Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelas

RANJINI VALUTHAN_PISMP BM SEMESTER 6_2016 4


KOKURIKULUM-PERSATUAN/KELAB

yang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu tempat, kawasan, bangunan atau
apaapa yang memberi ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-
nantikan oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan baru.

SEMASA PELAKSANAAN LAWATAN

Pada pagi 05 Oktober 2016, tepat jam 8.30 pagi, semua guru pelatih telah berkumpul
dan kami telah bersarapan di kafe IPKTAA bersama-sama pensyarah pembimbing kami.
Tepat pada pukul 9.30 pagi, semua telah berkumpul di Astaka IPGKTAA untuk memulakan
sebelum menaiki bas. Pengelolaan lawatan ini adalah salah satu aktiviti atau program yang
harus dilaksanakan di bawah subjek WAJ3131 iaitu Pengurusan Kokurikulum-
Persatuan/Kelab. Tujuan utama kami menjalankan program ini adalah untuk mempamerkan
nilai-nilai murni serta amalan sikap positif secara berterusan melalui penglibatan aktif dalam
aktiviti kelab Pendidikan Alam Sekitar. Selain itu, lawatan ini turut membuka peluang kepada
para guru pelatih yang telah mengambil bahagian untuk mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran pengurusan dalam melaksanakan aktiviti kelab sekaligus saranan untuk
memupuk kebersamaan.

Pada hari pertama kami seramai 80 orang guru pelatih bersama-sama pensyarah
pembimbing telah bertolak dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan pada 8.30 pagi dengan
menaiki bus syarikat persendirian yang telah diuruskan oleh ahli jawatankuasa
pengangkutan lawatan ini. Perjalanan kami ke Tasik Kenyir, Terengganu telah mengambil
masa lebih daripada tiga dari Kuala Lipis. Kami telah bersinggah di Perhentian Gua Musang
untuk makan tengah hari. Dalam pukul 4.30 petang kami telah sampai di pangkalan Tasik
Kenyir dan penginapan kami di situ telah diuruskan oleh pihak houseboat Sri Gagau. Sebaik
sahaja melawat houseboat Sri Gagau yang diberikan kepada kami, kami telah mula untuk
memasak mengikut jadual yang ditetapkan oleh AJK Makanan. Kumpulan masakan menu
makan malam untuk hari tersebut telah saya ketuai bersama-sama lima orang rakan
seperjuangan lagi. Pada malam tersebut juga kami telah menjalankan satu sesi LDK dalam
houseboat tersebut.

Pada keesokkan harinya pula, kami telah melawat beberapa tempat seperti Taman
tema air Kenyir dan Taman herbal. Para guru pelatih telah berasa sungguh seronok untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di Taman Tema Air Kenyir. Di Taman Herbal pula
kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis tumbuhan yang digunakan dalam perubatan
tradisional sebagai herbal. Taman Herba ini merupakan produk pelancongan yang
dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sejak tahun 1995

RANJINI VALUTHAN_PISMP BM SEMESTER 6_2016 5


KOKURIKULUM-PERSATUAN/KELAB

dengan meliputi kawasan seluas 15.84 hektar. Purata pelancong yang datang ke Taman
Herba di Pulau Sah Kecil ini ialah seramai 20,000 orang dengan purata 2,000 orang
pelancong sebulan.Ramai daripada kalangan guru pelatih rombongan kami telah membeli
herbal tradisional di situ sebagai satu cara untuk menunjukkan sokongan kami kepada
pembangunan taman herbal tersebut.

Pada hari yang sama rombongan kami, terutamanya para penghuni houseboat Sri
Gagau telah menimpa satu trajedi yang sungguh menggerunkan. Lebih kurang 15 orang
dalam kapal tersebut telah mengalami keracunan makanan dan terpaksa dibawa balik ke
pangkalan dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu dalam keadaan yang begitu serius.
Pensyarah pembimbing kami turut menghadapi masalah yang sama turut dibawa ke
hospital.Akibat trajedi tersebut pada malam berkenaan kami terpaksa pulang ke pangkalan
dan tidak dapat melawat Santuari Kelah Sungai Petang yang terletak di Sungai Petang,
Tasik Kenyir. Jarak Perjalanan ke Pusat Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km
dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui
Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja.Akibat masalah kesihatan kami
tidak dapat meneruskan aktiviti seterusnya pada keesokkan hari. Kami juga menjalankan
satu sesi refleksi sebagai LDK dalam kapal kami. Walaupun peristiwa tersebut yang telah
berlaku itu suatu yang di luar jangkaan kami, kami sememangnya menerima peristiwa
tersebut sebagai satu pengalaman juga.

Semasa pelaksanaan lawatan ini saya sedar bahawa sesungghnya lawatan sebegini
ada pelbagai impak positif yang timbul menerusi aktiviti luar darjah ini terutama kepada
pelajar. Melalui lawatan ilmiah ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat saya nyatakan.
Antaranya impak positifnya ialah hubungan guru pelatih dengan pensyarah menjadi lebih
rapat. Keakraban ini terjalin kerana guru pelatih dan pensyarah perlu berinteraksi apabila
merancang aktiviti seperti ini untuk satu tempoh yang lama. Pada masa yang sama
hubungan ini menyebabkan pensyarah lebih memahami para guru pelatih dan boleh
membantu mereka untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik menerusi pemahaman
sebegini. Jelaslah, aktiviti lawatan sambil belajar ini mempunyai impak seperti menyelam
sambil minum air kepada semua pihak terutama pelajar. Ternyata, aktiviti seperti adalah
sangat sesuai untuk dijalankan di sekolah kelak

SELEPAS PELAKSANAAN LAWATAN


Pelaksanaan aktiviti persatuan ini menjadi satu komponan penting dalam sistem
pendidikan guru yang boleh meningatkan sikap positif dan nilai-nilai murni seperti yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan. Lawatan Kelab Pendidikan Alam Sekitar ini adalah

RANJINI VALUTHAN_PISMP BM SEMESTER 6_2016 6


KOKURIKULUM-PERSATUAN/KELAB

penting untuk memenuhi keperluan penilaian dan pentaksiran serta memenuhi keperluan
Kursus iaitu WAJ3131. Ia juga penting untuk mengukuhkan kemahiran pengurusan dalam
kalangan pemimpin muda dalam penubuhan kelab dan Persatuan Pendidikan Alam Sekitar
dan mengukuhkan kemahiran merancang program dan melaksanakan aktiviti persatuan
pengguna semasa menjadi pemimpin di sekolah. Ia juga akan membantu guru untuk
menambah pengetahuan baru dalam kalangan guru pelatih tentang ilmu kepenggunaan
untuk diaplikasikan di sekolah kelak.

Selain itu, pengalaman menguruskan lawatan ini juga meningkatkan kreativiti


dan keyakinan diri dalam perancangan dan pengurusan aktiviti persatuan. Semasa
mengendalikan dan menguruskan pelbagai aktiviti dalam lawatan, saya telah menghadapi
pelbagai rintangan dan keraguaan. Rintangan dan keraguan tersebut menjadi halangan bagi
saya untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Tetapi, ia memberi peluang bagi saya untuk
mencari penyelesaian supaya saya boleh menyiapkannya dengan berjaya. Dengan itu, saya
dapat meningkatkan dan mengukuhkan keyakinan diri saya dalam dalam merancang dan
menguruskan aktiviti persatuan. Selaras dengan itu, saya amat yakin bahawa pengalaman
ini akan membatu saya semasa saya mengendalikan aktiviti persatuan di sekolah nanti.

Di samping itu, lawatan ini memberi peluang kepada saya untuk menghayati nilai-
nilai murni serta mengamalkan sikap positif secar berterusan melalui penglibatan dalam
aktiviti. Antara nilai murni yang disemaikan adalah cinta akan alam sekitar. Alam sekitar
adalh kahzanah negara yang sangat bernilai. Selain membantu negara dengan
menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara, alam sekitar adalah membantu
manusia untuk menjalankan kehidupan dengan aman dan selesa. Ia adalah sebahagian
daripada kehidupan kita. Kita memerlukan udara oksigen yang bersih untuk bernafas. Tanpa
pokok-pokok hijau yang mewarnai negara kita, kita tidak boleh mendapat oksigen tersebut.
Alam sekitar juga memberikan sumber makanan yang bersih dan berkhasiat kepada
manusia seperti kacang panjang, tomato, bendi dan buah-buahaan. Ia membatu kita untuk
mengekalkan tahap kesihatan badan kita dengan membekalkan sumber vitamin yang
diperlukan oleh badan kita. Oleh itu, saya menyedar bahawa ia adalah tanggungjawab kita
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar di negara kita.

Tuntasnya,saya dapat belajar dan mengkaji tentang pengetahuan, kemahiran, dan nilai
profesionalisme keguruan terutamanya dalam merancang, mengurus, mengendalikan hal
ewhal berkaitan dengan persatuan. Dengan membuat pengajian tentang perkara-perkara
tersebut,saya telah mengukuhkan pengetahuan saya tentangnya dan percaya ia akan
membantu saya pada masa hadapan sebagai bakal pendidik.Selain penerokaan ilmu,saya
dapat banyak pengalaman yang berharga yang boleh membantu saya semasa menghadapi

RANJINI VALUTHAN_PISMP BM SEMESTER 6_2016 7


KOKURIKULUM-PERSATUAN/KELAB

alam pekerjaan saya sebagai seorang guru.Contohnya,sebagai seorang pendidik saya perlu
sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu bidang lain.Hal ini dapat membantu saya untuk
menjadi pendidk yang berketerampilan dan dapat menggunakannya semasa ia diperlukan.
Selain itu,saya sebagai seorang bakal guru tidak harus menangguh sesuatu kerja yang
diberikan. Hal ini kerana perbuatan ini akan menyebabkan kita membuat sesuatu kerja pada
masa terakhir secara tidak berkualiti serta gagal mencapai kehendakan tugasan itu. Akhir
kata,saya harap tugasan ini memenuhi harapan dan syarat pensyarah untuk mendapat
markah yang terbaik dan memberi manfaat kepada semua orang.

Tuntas kata, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan
akan menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman
di sepanjang penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu
perspektif yang positif terhadap gaya pembelajaran yang berkesan, bekerja
secara kumpulan dan sebagainya. Lawatan ke Tasik Kenyir ini telah banyak
member manfaat dan menambahkan lagi pengetahuan yang amat berguna.
Pengelolaan lawatan sebegini benar-benar memberi kesedaran dan keyakinan
kepada saya bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan dan mudah sekiranya seseorang guru itu menguasai dalam aspek ilmu
pengetahuan.Diharapkan segala ilmu yang dipelajari melalui kursus ini mampu
saya manfaatkan dengan sebaiknya dalam mendidik anak bangsa. Saya juga
sangat berbangga dan berpuas hati dengan rakan-rakan yang lain kerana
mereka mudah mendengar arahan dan agak menepati masa. Segala kekurangan
sepanjang pertandingan tersebut yang telah saya nyatakan bukanlah bertujuan
untuk mencari kesalahan atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya
adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada diri sendiri agar tidak
melakukan perkara yang sama pada masa hadapan kelak.

Sekian,terima kasih.

RANJINI VALUTHAN_PISMP BM SEMESTER 6_2016 8