Anda di halaman 1dari 31

Tajuk Kajian:

ETIKA KAUNSELING ISLAM

Oleh:

NURUL ASMA BINTI WAHAP ( P72931 )

NURUL HAYATI BINTI SABRI ( P67923 )

SAKINAH BINTI MOHAMMAD ( P67997 )

MARIYAH BINTI MOHAMAD ( P68680 )

1.1 PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini, amalan kaunseling dan gelaran kaunselor


mudah dilakukan dan digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa
dikenalpasti kelulusan dan taraf pengajian kebanyakan mereka.
Maka suatu kawalan dan seliaan perlulah diadakan. Suatu akta yang
dikenali sebagai Akta Kaunselor 1998 telah diluluskan oleh Parlimen.
Akta tersebut telah mewajibkan pendaftaran ke atas setiap
kaunselor. (Siti Zalikhah 2002)

Dengan ini, etika kaunselor mula digariskan untuk memandu


kaunselor dan sesi kaunseling yang akan dijalankan. Kod etika
kaunselor yang telah digariskan merupakan etika yang diambil
daripada garis panduan Barat, dan diamalkan oleh seluruh kaunselor
muslim dan bukan muslim. Namun, permasalahannya adalah
apabila sebahagiannya tidak mesra syariat bagi kaunselor muslim
dan beberapa rujukan dan kajian terhadap kaunseling Islam
dilakukan dan mengemukakan etika-etika tambahan menurut
perspektif Islam. Maka, kertas kerja ini akan berfokus kepada etika
kaunselor menurut perspektif Islam yang dinyatakan oleh pengamal
dan sarjana bidang ini.

Maka, di sini dinyatakan objektif kertas kerja ini:

1.1.1 Mengenalpasti definisi kaunselor.

1.1.2 Mengkaji etika kaunselor yang diamalkan oleh kaunselor


masa kini.

1.1.3 Menganalisis etika kaunselor yang disebut oleh Islam


dan Etika Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).

1.2 METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian deskriptif iaitu secara kualitatif yang


menggunakan kaedah analisis data dan kandungan. Analisis
kandungan atau analisis data diertikan sebagai upaya mengolah
data menjadi informasi, sehingga karakteristik atau sifat-sifat data
tersebut mudah difahami dan bermanfaat untuk menjawab masalah-
masalah yang berkaitan dengan kegiatan kajian iaitu berkaitan etika
kaunseling Islam. Dengan demikian, teknik analisis kandungan
dapat diertikan sebagai cara melaksanakan analisis terhadap data
dan kandungan teks, dengan tujuan mengolah data tersebut
menjadi informasi, sehingga karakteristik atau sifat-sifat data mudah
difahami dan bermanfaat untuk menjawab masalah-masalah yang
berkaitan dengan kegiatan penelitian, baik berkaitan dengan
deskripsi data mahupun untuk membuat induksi.

1.3 TINJAUAN LITERATUR


Dalam meneliti konsep etika kaunselor menurut Islam dan Barat,
banyak tokoh yang telah mengemukakan pandangan mereka
berkaitan kaunseling dan penerapannya dalam norma-norma
kehidupan Islam. Dalam masa yang sama, tidak menolak secara
keseluruhan etika kaunseling yang dibawa oleh Barat, sepertimana
menurut Kamal (2000), walaupun terdapat perbezaan pandangan
antara Barat dengan pandangan Islam tentang tabii manusia, tidak
semestinya semua yang didatangkan dari Barat ditolak begitu
sahaja. Malah kita boleh menerima pandangan-pandangan yang
baik dan sesuai serta melihat secara terbuka mana-mana
pandangan yang kurang sesuai dengan membuat adaptasi yang
sesuai dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Etika disinonimkan dengan akhlak sebagaimana yang


dinyatakan di dalam penulisan Noor Arifah (t.th), akhlak dan etika
adalah benda yang sama yang melibatkan tingkah laku.
Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi sumber rujukan
akhlak dan etika itu sendiri. Sebagai contoh, akhlak dirujuk kepada
al-Quran dan as-sunnah yang mana menjadi dasar kepada kaum
muslimin dan musimat dan sesuai untuk sepanjang zaman,
manakala etika dicipta oleh manusia sendiri berdasarkan
pengamatan mereka dan mengikut kesesuaian masa dan tempat ia
diperlukan. Matlamat akhlak adalah ke arah kehidupan akhirat,
manakala etika hanya berfokus kepada kehidupan duniawi.

Begitu juga dalam penulisan-penulisan yang lain seperti


karangan Mizan Adiliah dan rakan-rakan (2011) berkenaan
kaunseling Islam. Dalam penulisan mereka, etika tidak disebutkan,
namun digantikan dengan memaknakannya dengan adab dan
akhlak yang bersandar kepada sifat-sifat yang patut ada pada
seorang kaunselor Muslim dan akhlak yang perlu diterapkan ketika
menjalankan sesi kaunseling yang berpandukan ajaran al-Quran dan
al-Sunah yang dilihat tiada dalam etika kaunseling yang
diperkenalkan Barat seperti memakai pakaian menutup aurat,
menjaga batas pergaulan berlainan jantina dan menjadikan agama
sebagai sumber panduan utama.

Menurut Mohd Salleh (1994) pula, kaunselor bukan hanya satu


profesion biasa, namun ia adalah juga sebagai pendakwah yang
perlu mengamalkan prinsip-prinsip dan menggunakan pendekatan
kaunseling seperti mana yang terkandung dalam al-Quran
berasaskan kefahaman tentang rukun Islam dan rukun iman, bagi
memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada klien untuk merancang dan
membuat keputusan. Tambahan itu, etika kerahsiaan dalam amalan
kaunseling walau dilihat sama dari konsep Barat dan Islam,
hakikatnya ia berbeza.

Rizal (2009) mengatakan bahawa dalam konteks kaunseling


barat, kerahsiaan haya menjurus kepada hal etika dan melibatkan
hubungan profesional sesama manusia sedangkan kaunseling dalam
perspektif Islam lebih menitikberatkan perihal hubungan manusia
dengan manusia dalam konteks dosa pahala yang turut menjurus
kepada hubungan vertikal manusia dengan Allah. Apa yang berlaku
dalam sesi kaunseling tidak hanya berakhir di bilik kaunseling sahaja
kerana ia mempunyai hubungan dengan alam akhirat.

Menelusuri secara umum mengenai etika, menurut Nordin dan


Mohamed Fadzil (2000), kod etika umumnya mengandungi tiga
perkara antaranya ialah satu kitab atau doktrin yang menggariskan
satu bentuk peraturan kepada ahli-ahlinya untuk bertindak mengikut
lunas-lunas dan peruntukan sistem yang dibenarkan. Ia adalah
manual kerja atau prosedur tugas ahli-ahlinya, dan yang terkandung
nilai-nilai murni di dalamnya untuk diikuti dan dipatuhi bagi
memberikan kebaikan dan keadilan maksimum kepada semua pihak
iaitu kaunselor mahupun klien. Begitulah kedudukan etika yang
sangat penting dalam profesion khususnya kaunselor bagi
memastikan kelancaran dan keberkesanan sesi yang dijalankan.
Etika kaunseling membatasi tingkahlaku kaunselor supaya tidak
bertindak secara melampau. (Mohammad Aziz Shah dan kawan-
kawan, 2009)

1.4 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian adalah hasil kajian yang ditemui oleh pengkaji


berkaitan bidang kajian iaitu Etika Kaunseling. Dalam dapatan kajian
ini akan dimulakan dengan mengemukakan definisi kaunselor
menurut perspektif Barat, Islam dan menurut Akta Kaunselor 1998.
Setelah itu, pengkaji mendatangkan definisi kod etika kaunselor dan
prinsip-prinsip umum kod etika, seterusnya membawa kepada
analisis kod etika kaunselor berdasarkan garis panduan yang
dibawakan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dan
Islam.

i) Definisi Kaunselor: Menurut Perspektif Barat

Kaunselor adalah salah satu rukun dalam kaunseling yang mana


merupakan individu yang memainkan peranan penting
mengendalikan sesi kaunseling. Individu ini mempunyai
pengalaman, kelayakan yang dikehendaki dan kemahiran-kemahiran
asas kaunseling dalam memberikan perkhidmatan kaunseling.

Kaunselor juga berperanan sebagai pembimbing, fasilitator,


dan pemudah cara. Ia mempunyai banyak peranan seperti
membimbing klien dalam membuat keputusan, mengumpul,
memilih dan menggunakan sebanyak mungkin maklumat bagi
membolehkan mereka membuat keputusan sesuatu tindakan dalam
menangasi masalah. (Mohamad Aziz Shah Mohamed Arip et.al 2009:
19)
Menurut (Rogers 1961), kaunselor adalah orang yang suka
menarik, suka bersahabat, dan seseorang yang memiliki
kepercayaan diri serta percaya kepada orang lain. Kaunselor
mempercepatkan kliennya dalam membuat pilihan yang paling baik
dan wajar, untuk kepentingan masa hadapannya (Tyler 1969).
Namun untuk menjadi kaunselor profesional dalam bidang
kaunseling menurut Jeantte A. Brown & Robert H. Pate (1983: 4)
adalah orang yang menjalani latihan yang khusus, yang berpegang
dengan profesional Code of Ethics of the American Personnel and
Guidance Association atau profesion yang serupa atau sesiapa yang
melihat kaunseling sebagai satu kerjaya.

Menurut Combs (1969) dalam kajiannya, kaunselor berkesan


dan tidak berkesan dibezakan dengan kepercayaan dan peribadi
serta sifat-sifat tersendiri seseorang kaunselor. Kaunselor
merupakan orang yang mempunyai kepercayaan pada dirinya untuk
menolong orang dan menganggap seseorang individu boleh diharap
atau dipercayai, bersahabat dengan ramai orang dan bersikap wajar.
Situasi ini merujuk kepada kaunselor adalah pemberi nasihat,
petunjuk dan bimbingan malah memberi maklumat-maklumat
pendidikan dan pembelajaran untuk klien membuat pilihan untuk
menentukan keputusan dalam mengambil tindakan. (Muhd. Mansur
Abdullah & S.Nordinar Mohd Tamin 1996: 120)

Manakala menurut Jeffery & Shepard (2011: 27), kaunselor


merupakan orang yang berpengalaman dalam pelarasan reaksi, isu-
isu pembangunan, dan masalah-masalah kehidupan harian
termasuk kerjaya, pendidikan, keluarga, peribadi, dan isu-isu harga
diri semasa melakukan intervensi terapi kepada klien.

Melalui pandangan-pandangan tokoh kaunseling barat


mengenai kaunselor dapat dirumuskan bahawa kaunselor
memainkan peranan penting dalam sesi kaunseling dengan
kewibawaan dan personalitinya dapat memberi bimbingan dan
nasihat kepada klien dalam menyelesaikan masalahnya. Penglibatan
kaunselor secara langsung dalam masalah klien menjadi faktor
utama keberkesanan kaunseling tersebut.

ii) Definisi Kaunselor : Menurut Perspektif Islam

Adawiyah Ismail (2008: 32) menerangkan kaunselor muslim


menurut perspektif Islam berdasarkan pandangan Imam al-Ghazali
(1998: 433) dalam bukunya Ihya Ulum al-Din iaitu, muhtasib
dianggap sebagi sebagai kaunselor. Muhtasib memainkan peranan
dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar yang dilengkapi
dengan ciri-ciri sebagai kaunselor bertujuan memberi bimbingan
dan membantu klien membuat keputusan dalam menyelesaikan
masalahnya dengan mengikut garis panduan syariat Islam bukannya
bersandarkan akal semata-mata. Kaunselor merupakan pihak yang
diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kaunseling sama ada
ditauliahkan oleh pemerintah atau secara sukarela (Adawiyah Ismail
2008: 33).

Menurut Aziz Salleh (1996: 23) kaunselor muslim merupakan


sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan, berilmu, pengalaman
dan boleh bersifat sebagai kaunselor kerana kaunselor bersifat
penolong sebagaimana dalam firman Allah s.w.t dalam surah al-
Taubah ayat 71.

Ertinya: Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan


perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi
setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat
kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan;
dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi
zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.

Aziz Salleh (1996: 33) juga menyatakan bahawa kaunselor


memainkan peranan sebagai tempat rujukan orang bagi mengadu
hal dan menyelesaikan masalah dengan motifnya membawa klien
itu ke arah jalan kebaikan dan keredaan Allah. Sifat-sifat kenabian
yang wajib ada dalam diri kaunselor ialah siddiq, amanah, tabliqh
dan fatanah untuk memainkan peranannya dengan sempurna.
Keperluan utama sebagai seorang kaunselor muslim adalah
menghayati dan mendalami konsep Tasawwur Islam yang mana
asasnya iaitu aqidah, syariah dan akhlak tidak dapat dipisah-
pisahkan antara satu sama lain dan hendaklah dilaksanakan secara
ikhlas dan ihsan (Ishammudin Haji Ismail 1996: 47).

Kaunselor muslim profesional merupakan individu yang


mendapat latihan dari segi teori dan praktikal dalam bidang
kaunseling dengan memenuhi ciri-ciri kaunselor Islam sebagaimana
ciri-ciri kaunseling Rasulullah s.a.w. Kaunselor dianggap sebagai
penolong kepada manusia yang memerlukan terapi dan memahami
tentang konsep insan dan keinsanan (Ishamuddin Hj Ismail 2000: 7)
serta dapat memenuhi kesihatan, psikologi, dan rohani orang yang
tidak boleh berfungsi dalam masyarakat kita yang semakin tidak
bersifat berperikemanusiaan (Amir Awang 1981: 11).
iii) Definisi Kaunselor: Menurut Akta Kaunselor 1998

Akta Kaunselor 1998 atau telah dikenali Akta 580 di mana akta ini
telah diwartakan pada 19 Mac 1998 yang telah diluluskan pada 22
Disember 1997 yang membawa penubuhan Majlis Kaunseling
Kebangsaan. Akta 580 ini bertujuan mengadakan peruntukan bagi
pendaftaran dan amalan kaunselor dan perkara yang berkaitan
dengannya (Mohamad Aziz Shah Mohamed Arip et. al 2009: 225).

Definisi kaunseling diertikan dalam akta sebagai satu proses


sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-
prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar
mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan,
kemajuan dan penyesuaian itu berterusan sepanjang hayat klien.
Berlaku pertikaian tentang definisi ini, adakah perubahan, kemajuan
dan penyesuaian berlaku sepanjang hayat klien dalam dunia realiti
dapat dicapai? Definisi ini boleh diubah dengan memikirkan bahawa
fakta pulih itu tetap dan perlakuan lama tidak berulang tiada
jaminan akan tetapi adanya perubahan, kemajuan dan penyesuaian
diri berbanding dengan masa lampau merupakan fakta yang lebih
terjamin.

Kaunselor merupakan seseorang yang mengadakan


perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan atau apa-
apa balasan. Manakala kaunselor berdaftar membawa maksud
seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 26 atau 27 (Akta
Kaunselor 1998).

Menurut Seksyen 22 dan 23, Undang-undang Malaysia AKTA


580 berkaitan dengan disyaratkan seseorang kaunselor perlu
berdaftar. Maka, (1) tiada seorang pun boleh:

(a) Mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan,


atau mengemukan dirinya sebagai mengamalkan atau
menjalankan atau bekerja sebagai kaunselor rmelainkan jika
dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang
dikeluarkan oleh di bawah Akta ini.

(b) Menggunakan gelaran kaunselor berdaftar atau apa-apa


gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin
semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa
dia seorang kaunselor berdaftar; atau kaunselor menggunakan
dan mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka
bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa
dia seorang kaunselor melainkan jika didaftarkan di bawah
Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh


disabitkan kesalahan dengan denda tidak melebihi tiga puluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya. Bahkan mereka boleh dikenakan pro siding
tatatertib di bawah Bahagian VI dan tidak berhak mendapat dalam
mana-mana mahkamah sebarang fee, caj atau saraan bagi
perkhidmatan kaunselingnya.

Klausa Seksyen 22 menyatakan tentang pengamalan


kaunseling dan penggunaan istilah kaunselor berdaftar. Berdasarkan
pernyataan ini, Othman Mohamed (2005: 291) menyatakan bahawa
ia memberi kesan yang meluas atas praktis pertolongan biasa yang
wujud antara badan sukarela bukan kerajaan dan juga keseluruhan
perkhidmatan kaunseling di sekolah dalam perkhidmatan
Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, JabatanKemajuan
Islam, Jabatan Perkhidmatan Awam dan semua institusi pengajian
tinggi di Malaysia.

Konklusinya, kaunselor dianggap sebagai orang yang


berupaya menolong klien dalam menjalani kehidupan dengan lebih
berkesan melalui interaksi psikologi dan bimbingan antara kaunselor
dan klien. Namun kaunselor berdaftar lebih meyakinkan klien,
memenuhi etika kaunselor, mempunyai fee yang ditetapkan serta
mematuhi undang-undang Malaysia berikatan dengan profesion
kaunselor.

iv) Definisi Etika dan Akhlak

Dalam membincangkan tentang kod etika kaunseling perlu


dijelaskan terlebih dahulu tentang maksud etika atau ethics.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, etika membawa maksud
prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan,
pekerjaan, dan lain-lain (Noresah Baharom, 2005). Dalam Kamus
Dewan edisi baru, etika membawa maksud kerja etik yang dijadikan
pegangan semasa menjalankan tugas (Sheikh Othman Sheikh Salim
1992).

Menurut Kitchener (2000), Ethics involves systematic


judgments of value regarding (how people ought to act toward one
another) yang menjelaskan bahawa etika melibatkan proses
membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi
mereka. Etika menyentuh persoalan berkaitan perkara yang baik
dan buruk, sama ada perlakuan atau nilai. Penetapan tingkah laku
itu perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat.

Etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat


moral manusia dan interaksi mereka. Etika menyentuh persoalan
berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun
nilai Gladding, S.T. (2000). Penetapan tingkah laku beretika perlulah
berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat
tempatan (Maznah Baba & Zainal Madon (2003).

Etika berbeza dengan moral, di mana etika bersifat reflektif


dan teoritikal, sedangkan moral bersifat aktiviti dan praktikal. Etika
akan mengkaji, menganalisa serta mengkritik moral yang sedia ada.
Etika adalah suatu penggubalan kod atau peraturan moral yang
baru untuk dijadikan panduan hidup oleh golongan manusia tertentu
(Mohd Nasir Omar, 2010: 22).

Berdasarkan takrifan di atas, maka dapat dirumuskan bahawa


etika adalah prinsip moral atau nilai-nilai baik dan buruk yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan dalam
sesebuah interaksi, berlandaskan agama dan kepercayaan.

Etika dalam Islam dipanggil sebagai akhlak. Akhlak adalah


istilah yang diperkenalkan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
Sebagaimana firman Allah s.w.t.: Sesungguhnya engkau
(Muhammad) mempunyai akhlak (khuluq) yang agung. (Al-
Quran,68: 4). Dari istilah etimologi, akhlak adalah kata jamal bagi
perkataan Arab, khuluq. Akhlak merujuk kepada tabiat semula jadi,
adat, perangai, susila, kebiasaan dan gaya hidup individu atau
kumpulan manusia (Ibn Manzur t.t. II: 1244-1248). Menurut Ibn
Miskawayh di dalam Mohd Naisr Omar (2010), akhlak adalah suatu
situasi yang terbentuk dalam diri seseorang manusia yang berfungsi
sebagai kuasa ekskutif yang mengarah individu tersebuat dalam
setiap tindakannya (Mohd Nasir Omar,2010: 24).

Al-Ghazali memberikan takrifan yang sedikit berbeza dengan


Ibn Miskawayh di mana menurut beliau, akhlak adalah suatu
disposisi yang mantap dalam jiwa (al-nafs) manusia dan segala
perbuatannya terhasil dengan mudah tanpa melibatkan daya
pemikiran dan deliberasi. Sekiranya disposisi tersebut menghasilkan
perbuatan yang mulia, iaitu terpuji menurut akal dan syariat, maka
disposisi tersebut dinamakan sebagai akhlak yang baik. Tetapi jika
sebaliknya, ia dipanggil akhlak buruk (al-Ghazali, 1976 III: 68).

Akhlak bukanlah ilmu atau makrifat tentang sesuatu kebaikan,


kerana ilmu tidak semestinya menjamin seseorang itu adalah baik
atau jahat. Akhlak juga bukan kekuasaan atau kudrat yang
membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan, kerana
kita tidak boleh menilai seseorang itu baik atau jahat melalui
kudratnya. Perbuatan seseorang juga tidak boleh dianggap sebagai
akhlak, kerana akhlak itu adalah suatu disposisi kejiwaan (Mohd
Nasir Omar, 2010: 24).

Maka. akhlak adalah suatu unsur dalaman dalam jiwa yang


merupakan dimensi rohaniah yang mendesak seseorang melakukan
sesuatu tindakan atau perbuatan. Akhlak itu adalah unsur dalaman,
manakala perbuatan adalah unsure luaran yang terhasil daripada
akhlak.

v) Kod Etika

Melihat kepada pengertian kod etika pula, ia ditakrifkan sebagai


suatu sistem tingkah laku bagi sesuatu pekerjaan (Maznah Baba &
Zainal Madon,2003 : 22), atau satu set standard, atau piawaian dan
prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan untuk
memberi panduan kepada ahli mengenai tingkah laku berinteraksi
antara ahli dengan orang luar organisasi berkenaan (Gladding, S.T.,
2000).

Kod etika juga boleh ditakrif sebagai tatasusila yang


menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang
dijalankan oleh ahli dalam sesesuatu profession dan ianya
merupakan standard asas bagi mencerminkan suatu praktis
profesional. Bidang kaunseling juga adalah suatu profesion yang
memiliki kod etikanya yang tersendiri. Kod etika berfungsi sebagai
ingatan kepada ahli dalam profesion supaya dibimbing dengan
peraturan, membina serta boleh menjaga martabat ahli, hak dan
keselamatan kliennya (Othman Mohamed,2005: 283).

Kod etika juga adalah satu alat bantuan dalam usaha


membuat kata putus berkaitan dengan isu dilema etika. Antara isu
penting ialah yang berkaitan dengan persoalan menjaga hak klien,
hak masyarakat, hak kebebasan, kerahsiaan, keistimewaan
penerimaan maklumat dan luahan profesional oleh kaunselor
(Othman Mohamed,2005: 284).

Dalam erti kata lain, Kod Etika ini bertujuan menyediakan garis
panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam
menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng
daripada standard perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan
standard perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan
profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu
dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga
merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang
sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor
(Ishamudin Ismail,116 : 109).

Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama


perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada harga
diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan
peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion
kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni. Kod
Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan
kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam
melaksanakan tanggungjawab (Persatuan Kaunseling Malaysia
(PEKAMA). 1994).

Walaupun kod etika diwujudkan bagi membantu kaunselor


dalam tatasusila profesion, namun sebenarnya kod etika ini
bukanlah suatu kod yang sempurna dan fleksible untuk semua
permasalahan klien. Ada sebahagian isu-isu yang tidak dapat
diselesaikan hanya dengan berpandukan kepada kod etika sahaja
tetapi dengan prinsip etika yang difahami oleh seseorang kaunselor
(Othman Mohamed,2005: 284).

Kebiasaannya kod etika sesuatu profesion itu ditentukan


berdasarkan nilai-nilai murni tempatan dan sejagat. Manakala kod
etika tersebut akan berubah mengikut keperluan atau situasi yang
mengfokuskan kepada penghargaan kendiri, digniti dan keunikan
individu. Yang mana kod etika ini ditentukan juga berdasarkan hak
dan peluang individu. Bidang kaunseling adalah seperti profesion
lain juga, mempunyai panduan perlakuan yang sesuai dan tidak
sesuai diamalkan dalam perlaksanaan tugas secara formal.
Kitchener dan Anderson (2011:7) mencadangkan model yang
membentangkan lima prinsip asas bagi penyelidik, ahli psikologi dan
kaunselor. Prinsip-prinsip ini adalah: authonomy (kebebasan
tindakan dan pilihan), beneficence (berbuat baik), non-maleficience
(mengelakkan bahaya), justice (keadilan), dan fidelity (menunaikan
janji/setia). Sebagaimana yang dinyatakan dalam Kod Etika
Kaunselor Lembaga Kaunseling Malaysia, prinsip-prinsip yang telah
dicadangkan ini menjadi suatu yang penting bagi pakar psikologi
dan kaunselor dalam kerja mereka. Model-model ini telah menjadi
garis panduan kepada dalam pembentukan kod etika bagi The
National Career Development Association (Persatuan Pembangunan
Kerjaya Kebangsaan).

Seseorang kaunselor yang berdaftar, bukan sahaja perlu


menguasai ilmu dan kemahiran kaunseling, bahkan perlulah
memiliki ciri-ciri personaliti serta nilai-nilai tertentu. Untuk
memastikan kelangsungan proses kaunseling, maka ia perlu dipandu
dan dibimbing oleh suatu sistem, peraturan, panduan atau tatacara
yang ditetapkan sesuai dengan proses kaunseling.

Bidang kaunseling mempunyai panduan dalam perlakuan dan


tindakan, mengawal sama ada sesuatu tindakan itu sesuai atau
tidak untuk diamalkan dalam perlaksanaan tugas secara formal.
Para kaunselor perlu kepada suatu panduan dalam profesion
kaunseling di Malaysia bagi melaksanakan tugasnya secara
profesional. Maka, kod etika kaunseling diwujudkan oleh PERKAMA,
Persatuan Kaunseling Malaysia, seterusnya Akta Kaunseling
diwartakan pada tahun 1998 (Maznah Baba & Zainal Madon,2003 :
21).
Kod Etika ini dibentuk berasaskan Kod Etika Persatuan
Kaunseling Amerika dan diubah suai kemudiannya telah disemak
sebanyak lima kali. Ini bagi memastikan ianya kemas kini dan
lengkap. Walau bagaimanapun, tidak ada Kod Etika yang dapat
menyelesaikan semua soalan dan isu dengan selengkap yang
mungkin. Oleh itu, seseorang kaunselor profesional perlu
menggunakan budi bicara dan prinsip moral, autonomy,
beneficence, nonmaleficence, justice, fidelity dan veracity
sepertimana yang digariskan di dalam Kod Etika Persatuan Psikologi
Amerika, ketika seseorang kaunselor perlu membuat keputusan di
luar skop Kod Etika ini (Lembaga Kaunselor. T.t.).

Sebuah Jawatankuasa Kod Etika telah dibentuk oleh Lembaga


Kaunselor yang mana anggotanya terdiri daripada Profesor Emeritus
Dato Abdul Halim Othman, Profesor Emeritus Dato Dr. Amir bin
Awang, Profesor Suradi Salim, Profesor See Ching Mey, Profesor
Madya Dr. Mohamad Fadzil Che Din dan Profesor Madya Dr. Fatimah
Yusooff. Kod Etika Kaunselor (KEK) Lembaga Kaunselor (Malaysia)
mempunyai lima tujuan utama, iaitu untuk:

1. menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk


bertindak secara profesional. Dengan yang demikian, mereka
dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik
serta memupuk nilai-nilai profesion kaunseling dengan cara
terbaik;
2. mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku
beretika serta amalan-amalan yang terbaik;
3. membolehkan Lembaga Kaunselor (Malaysia) menjelaskan
tanggungjawab etika semua kaunselor yang berdaftar dengan
Lembaga Kaunselor (Malaysia);
4. memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunselor
(Malaysia); dan untuk
5. menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan
mengenai etika yang ditujukan kepada kaunselor.
Seseorang kaunselor profesional, ketika mana beliau perlu
membuat keputusan di luar skop Kod Etika ini, maka beliau
seharusnya menggunakan budi bicara dan prinsip moral, autonomy,
beneficence, nonmaleficence, justice, fidelity dan veracity
sepertimana yang digariskan di dalam Kod Etika Persatuan Psikologi
Amerika (Lembaga Kaunselor. T.t.).

Autonomi bermaksud, seseorang itu berhak bertindak


mengikut kehendaknya. Prinsip ini melibatkan usaha seseorang
bertindak secara bebas berasaskan nilai dan kata putusnya. Ini
bermaksud, seseorang itu bertanggungjawab ke atas perlakuannya
sendiri. Apabila seseorang itu bertindak secara autonomi,
implikasinya beliau juga bertanggungjawab pada perlakuannya
kerana beliau sudah menjalankan kebebasan memilih dalam
membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini juga bermaksud seseorang
itu mempunyai keistimewaan bersendirian, yang bermaksud klien
berhak menerima layanan yang baik dari kaunselor, diberi peluang
menyatakan hak dan meluahkan sesuatu. Selain itu, prinsip yang
ditekankan dalam kod etika adalah prinsip membuat kebaikan atau
dipanggil sebagai beneficence. Prinsip ini difahami sebagai
membuat kebaikan dengan menjalankan proses kaunseling secara
berkesan dan berfaedah. Prinsip kerahsiaan maklumat perlu diberi
timbangan untuk menghadapi dilema etika (Othman
Mohamed,2005: 285-286).

Prinsip lain adalah persetujuan termaklum atau informed


consent adalah keadaan di mana klien berhak mengetahui prosedur
asas yang mereka lalui serta penjelasan tentang tujuan sesuatu
proses kaunseling itu dijalankan. Wajib bagi kaunselor
memaklumkan kliennya tentang prosedur dan klien berhak
mengemukakan pertanyaan tentang prosedur kaunseling. Klien juga
mempunyai hak untuk berundur atau tidak terlibat dengan proses
kaunseling pda bila-bilamasa sahaja. Prinsip keselamatan klien atau
dikenali sebagai non-maleficence juga adalah sangat penting dalam
sesebuah proses kaunseling. Ia juga membawa maksud tidak
memudaratkan klien atau orang lain dan tidak melakukan kerosakan
sepanjang proses kaunseling berlangsung. Prinsip ini menuntut
supaya apa sahaja aktiviti yang dijalankan tidak akan
mendatangkan bahaya. Oleh itu, seseorang kaunselor perlu prihatin
dalam mengatur sesebuah proses kaunseling agar tidak
mendatangkan sebarang bahaya dan risiko kepada dirinya, klien dan
masyarakat (Othman Mohamed,2005: 287).

Dalam prinsip keadilan, ia membawa mesej bahawa semua


insan adalah sama dan setiap orang diberi peluang untuk semua
orang agar memperolehi sesuatu tanpa ragu-ragu. Prinsip ini
berasaskan dua kriteria, iaitu sama dari segi keperluan dan sama
dari segi merit. Sama dari segi keperluan bermaksud, setiap insan
mendapat peluang yang tersendiri. Sama dari segi merit pula
bermaksud, setiap individu mendapat layanan yang sama mengikut
masalah yang dialami masing-masing. Seterusnya dalam fidelity
atau prinsip kesetiaan, ianya berasaskan kepada kesetiaan dan
ketaatan dalam hubungan sesam manusia, iaitu adanya janji untuk
melengkapkan sesuatu tindakan antara kedua-dua pihak. Hubungan
antara kaunselor dan klien melibatkan kepercayaan, kerahsiaan dan
perjanjian (Othman Mohamed,2005: 288).

Berdasarkan prinsip-prinsip asas dalam proses kaunseling ini,


seseorang kaunselor profesional masih perlu menggunakan budi
bicara dan prinsip moral, autonomy, beneficence, nonmaleficence,
justice, fidelity dan veracity sepertimana semasa membuat
keputusan di luar skop Kod Etika ini. Ini bagi menjamin
kelangsungan proses kaunseling dan mencapai objektif sesebuah
proses kaunseling.

vi) Analisis Kod Etika Kaunselor : PERKAMA dan Islam


Kod etika kaunselor yang diwujudkan oleh PERKAMA atau Persatuan
Kaunseling Malaysia adalah lebih lama sebelum Akta Kaunseling
1998 diwartakan. Di antara standard atau kod etika perlakuan
kaunselor yang digariskan oleh PERKAMA mengcakupi lima aspek
berikut :

1. Hubungan professional dengan klien, rakan-rakan


kaunselor, majikan, individu, dan profesion lain serta
masyarakat.

2. Penyediaan perkhidmatan persendirian yang


merangkumi aspek pengiklanan, pengurusan dan
pembayaran.

3. Penyelidikan dan penerbitan merangkumi etika


persetujuan subjek, dan penerbitan hasil.

4. Program latihan.

5. Penggunaan instrumen pengukuran dan penilaian


melalui kaedah mengendalikan instrumen dan mentafsir
keputusan ujian.

Adapun etika kaunselor yang telah disebut dengan jelas oleh


PERKAMA antaranya seperti berikut :

1- Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan


kepentingan klien, samada klien individu atau klien
korporat (organisasi) [Bahagian A (1)].

2- Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar


belakang sosiobudaya klien. [Bahagian A (3)].

3- Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah


memelihara kesejahteraan fisikal dan psikologi klien, dan
tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri
sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan
sebagainya atau dalam apa bentuk sekalipun. [Bahagian
A (4)]

4- Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien


mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan
kaunseling. [Bahagian A (6)].

5- Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkat


tahap kecekapan professionalisme masing-masing.
[Bahagian B (1)].

6- Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati,


adil dan terbuka terhadap rakan professionalnya.
[Bahagian B (2)].

7- Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan,


membantu serta membela rakan kaunselor yang
teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang
tidak beretika. [Bahagian B (4)].

8- Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati


unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
[Bahagian C (1)].

9- Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara


dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-
undang tersebut. [Bahagian C (2)].

10- Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen


yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia
berkhidmat. [Bahagian D (1) ].

11- Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan


prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan perkhidmatan organisasinya. [Bahagian B
(11) & (12)].
Ternyata sesetengah etika yang telah digariskan dalam Etika
PERKAMA menyamai apa yang telah dianjurkan oleh Islam, dan etika
yang telah disebutkan itu boleh disesuaikan dengan masyarakat
majmuk di Malaysia. Tetapi jika hendak digunakan khusus kepada
masyarakat Islam Malaysia ia perlu dibuat lebih terperinci lagi (Siti
Zalikha, 2002 : 32). Etika kaunseling yang dapat disaring dari
panduang syarak adalah sebagaimana berikut :

i) Kaunseling merupakan suatu amanah, Kaunselor


hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan
segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling
melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan
klien atau orang-orang dipersekitarannya.

ii) Tugas memberi bimbingan kepada orang yang


memerlukan sangat menitik beratkan nilai-nilai murni
dalam tugasannya, oleh itu KaunseIor hendaklah
berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan
membuktikan kemahiran serta kecekapan
profesionalismenya.

iii) Sebagaimana Islam menganjurkan itqan (bersungguh-


sunguh dalam melakukakn suatu pekerjaan) Kaunselor
hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur, serta
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan organisasinya serta hendaklah bersama-
sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya
untuk diri dan stafnya.

iv) Dalam kehidupan seharian kita Islam menganjurkan kita


memuhasabah diri, dalam etika ini pula Kaunselor
hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara
profesional dari masa ke masa.

v) Islam menganjurkan supaya menyuruh kepada yang


maruf dan mencegah perkara yang mungkar, oleh itu
kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah,
mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan
kaunselor yang tidak beretika.

Islam merupakan agama yang bersifat (syumuliyyah) mengcakupi


seluruh sudut kehidupan manusia. Bagi kaunseling belum ada satu
pertubuhan kaunseling mewartakan etika khusus kepada kaunseling
Islam. Oleh yang demikian Panduan Bertindak dijadikan sebagai
garis panduan bagi seorang kaunselor muslim untuk mengenali
perkara-perkara yang dilarang disisi syarak iaitu Haram dan
perkara yang dibenarkan di sisi syarak iaitu Halal. Di samping itu
terdapat perkara-perkara yang hukumnya Makruh iaitu perkara
yang dilarang di sisi syarak tetapi larangannya tidak mutlak, oleh itu
kedudukannya kurang daripada Haram, pelakunya tidak dikenakan
balasan seperti perlaku perkara yang diharamkan. (Siti Zalikha 2002
: 34-37).

i) Prinsip awal yang ditetapkan oleh Islam ialah asal


perkara yang diciptakan oleh Allah s.w.t ialah halal dan
harus, tidak diharamkan kecuali setelah terdapat nas
yang sahihi dan terang daripada Allah tentang
pengharamannya. Sekiranya tidak terdapat dalil yang
mengharamkan sesuatu perkara itu kekallah perkara
tersebut dengan hokum asalnya iaitu harus. Prinsip ini
diperoleh berdasarkan nas al-Quran dan al-Sunnah.

ii) Menghalalkan dan mengharamkan adalah hak Allah


s.w.t. Oleh itu sesiapa yang menghalalkan yang
diharamkan atau sebaliknya telah bertindak melampaui
batas kuasanya sebagai hamba Allah dan menjadikan
diri mereka sekutu Allah, maka pengikut golongan
tersebut adalah syirik.
iii) Menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan
perkara yang halal merupakan rakan syirik dan telah
melampaui batas.

iv) Pengharaman merupakan ekoran keburukan dan


kemudaratan. Oleh itu perkara yang dihalalkan
merupakan perkara yang baik untuk manusia.

v) Perkara yang dihalalkan tidak memerlukan kepada


perkara yang diharamkan. Sebagai contoh, diharamkan
bertenung nasib disebaliknya digalakkan seorang
muslim berdoa dan melakukan solat istikharah.

vi) Perkara yang membawa kepada haram maka hukumnya


haram. Sebagai contoh, diharam perzinaan maka
sebarang perlakuan yang boleh mendorong kepada
perzinaan adalah haram hukumnya.

vii) Sebarang helah bagi menghalalkan yang haram


hukumnya haram seperti mencipta nama untuk arak
bagi membolehkan manusia tidak menganggapnya
sebagai arak.

viii) Niat baik tidak meluluskan sesuatu yang haram.

ix) Jauhi perkara yang (syubhat) yang jelas haram dan


halalnya kerana ditakuti terjerumus ke dalam perbuatan
yang haram.

x) Perkara yang haram keseluruhannya (maksudnya tidak


ada pengecualian bagi golongan tertentu)

xi) Darurat membolehkan melakukan perbuatan yang


dilarang (sekadar keperluan)
Buku Kaunseling Islam, 2006 ada mengariskan tentang adab-adab
yang perlu dipatuhi oleh kaunselor muslim dalam memberi
pertolongan, di antaranya:

1. Mengucapkan salam dan bersalaman: Memberi salam


dan bersalaman merupakn identiti Muslim yang dikenali
seluruh dunia. Lebih daripada itu ia merupakan sunnah
mulia yang perlu diamalkan oleh setiap Muslim. Begitu
juga halnya dengan kaunselor Muslim, seharusnya
memulakan sesi pertemuan dengan salam dan
bersalaman bagi yang bukan ajnabi. Sebagaimana hadis
Nabi s.a.w Apabila bertemu dua orang muslim, maka
bersalaman (kedua-duanya) mengucapkan puji-pujian
kepada Allah dan memohon keampuan (Allah), nescaya
Allah ampunkan kedua-duanya (Hadis riwayat Abu
Daud)

2. Tempat dan suasana yang kondusif: Satu-satu sesi


pertemuan sebaiknya diadakan di tempat dan dalam
suasana yang kondusif untuk perbincangan atau
pertemuan. Ini penting bagi menjamin keselesaan klien
sekaligus lebih menjamin kebarangkalian pertemuan
yang Berjaya. Perhatian juga perlu diberikan kepada
mood klien, kaunselor perlu prihatin dan dapt
menyesuaikan metodnya dengan klien dan persekitaran.
Iman al-Ghazali mengkategorikan tempat dan suasana
pertemuan yang kondusif dalam (Adab as-sima) adab
mendengar. (al-Ghazali : 266-298)

3. Menggunakan perkataan yang baik dan lembut:


Perkataan yang baik lagi lembut dan lunak akan
menenangkan pendenga apabila mendengarnya. Nada
suara yang bersesuaian juga termasuk dalam adab ini.
Al-Quran banyak menyebut tentang saranan supaya
memilih perkataan yang lebut dan baik antaranya, Surah
al-Isra 17: 53, al-Baqarah 2:263.

4. Mengucapkan pertuturan yang teratur, jelas dan nada


yang sesuai: Pertuturan yang teratur dan jelas amat
penting dalam menjamin komunikasi yang berjaya di
semua peringkat samada dalam akademik, perniagaan,
sesi kaunseling atau sesi pertemuan social biasa. Ia juga
adalah salah satu sunnnah dan adab dalam
berkomunikasi.

5. Memilih jarak yang bersesuaian antara kaunselor dan


klien: Jarak yang diperlukan adalah mengikut kesesuaian
dan jangan terlalu jauh. Manakala pertuturan yang
disarankan pula adalah dengan menggunakan suara
yang perlahan, ini bermakna jarak antara dua orang
yang bercakap mestilah agak rapat sehingga
memungkinkan mereka mendengar dengan baik antara
satu sama lain. Sebagaiman perintah Allah dalam surah
Luqman 31: 19 yang bermaksud ..dan perlahankanlah
suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah
suara keldai

6. Menjauhi perkara yang sia-sia: Menjauhi perkara yang


sia-sia semasa sesi kaunseling. Perkataan yang sia-sia
yang tiada kaitan dengan teknik dan prosedur
kaunseling tidak akan memberi sebarang faedah kepada
kaunselor atau klien.

7. Mengadap wajah klien dan pandangan yang mesra:


Menghadap wajah seseorang (khususnya Muslim) serta
memandangnya dengan pandangan yang ceria ketika
bercakap dituntut dalam Islam.

8. Senyum dalam sesi pertemuan: Senyuman yang ikhlas


dalam sesi pertemuan akan menghasilkan suasana
tenang dan kondusif. Senyum (dan bermanis muka)
digalakkan dalam Islam apabila bertemu sesama Muslim
(khususnya) tidak kira pertemuan peribadi ataupun
terbuka.

9. Mengekalkan hubungan baik selepas sesi pertemuan:


Hubungan silaturrahim yang baik hendaklah dikekalkan
walaupun selepas tamat sesi pertemuan terutama
sesame saudara Muslim. Ini kerana dalam Islam
perhubungan sesama Muslim tidak tertakluk secara
rasmi sahaja, atau tempat dan masa tertentu. Firman
Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat 49: 10 yang
bermaksud Sebenanrnya orang-orang yang beriman itu
bersaudara

10. Bersangka baik: Bersangka baik bukan sahaja perlu


dalam sesi kaunseling malahan merupakan satu perintah
al-Quran yang perlu diamalkan sepanjang masa.
Sebaliknya sikap prejudis hendaklah dielakkan kerana ia
mungkin membawa kita kepada kesimpulan yang salah.

11. Menghormati klien dan empati: Dalam Islam


menghormati tetamu dan sesama manusia adalah satu
budi pekerti yang mulia. Muhammad Said Mubayyadh
dalam Adab al-Muslim fil Adat wal ibadat wal al-
muamalat juga memasukkan prihatin dan menjaga
perasaan orang lain dalam ketagori hormat. Berbisik
(najwa) di hadapan klien juga akan menimbulkan rasa
kurang senang di pihak klien (seperti dinyatakan dalam
al-Quran, al-Mujadilah 58 :9).

12. Kaunselor juga perlu mengambil kira situasi psikologi


dan emosi klien dan cuba berkongsi perasaan yang
sama dengannya dengan tidak menghampakan klien
yang memerlukan pertolongan: Seseorang kaunselor
hendaklah memenuhi permintaan klien untuk sesi
kaunseling ditahap maksima yang dia termampu.
Membantu klien memerlukan pertolongan akan
dikurniakan ganjaran yang tidak terhingga oleh Allah
s.w.t berdasarkan prinsip memenuhi hajat seseorang
(saudara sesama Islam). Menolong golongan bukan
Islam (malahan binatang) juga dikira satu kebajikan
kerana Islam itu agama yang penuh dengan belas
kasihan dan kasih sayang.

13. Memanggil klien dengan nama dan cara yang sopan:


Adab memanggil seseorang adalah dengan cara yang
sopan dan tidak memanggilnya dengan gelaran atau
cara yang tidak sopan.

14. Mengambil maklumat klien mengikut keperluan sahaja.


Seorang kaunselor tidak berhak untuk mengambil
maklumat klien yang tidak berkaitan apatah lagi perkara
yang mungkin mengaibkan klien atau yang tidak
direlakan oleh klien. Mengambil maklumat yang tidak
relevan menyalahi tuntutan hak asasi manusia dalam
Islam. Berdalilkan kepada nas al-Quran, surah al-Hujurat
49:11.

15. Kerahsiaan: Merahsiakan perkara yang mengaibkan


saudara sesama muslim menjadi tangungjawab kita,
bahkan kerahsiaan itu menjadi hak setiap individu
samada Muslim ataupun tidak. Oleh yang demikian,
setiap butiran maklumat yang didapati dari kes yang
dikendalikan olek kaunselor menjadi tanggungjawab
kaunselor untuk menjaga kerahsiaan tersebut. Allah s.w.t
juga berfirman dalam surah al-Hujurat 49: 12 yang
bermaksud .dan janganlah sebahagian kamu
mengumpat sebahagiannya yang lain

16. Kod berpakaian yang menepati syarak: Islam menitik


beratkan umatnya dalam penjagaan aurat serta tatacara
pemakaian, sehingga dalam kitab-kitab akhlak telah
dibincangkan khusus tentang adab-adab berpakaian.
Oleh itu, kaunselor seharusnya menitik beratkan soal
pemilihan pakaian yang menepati syarak apatah lagi
apabila melibatkan pertemuan antara lelaki dan
perempuan.

17. Agama sebagai sumber panduan utama: Setiap


kaunselor muslim seharusnya meletakkan agama
sebagai penyelesai kepada setiap permasalah yang
berlaku, agama merupakan jalan pulang kepada setiap
manusia. Tidak seharusnya tertumpu kepada teori atau
kaedah penyelesaian masalah yang telah dilontarkan
oleh barat. Ini kerana rujukan Islamik pasti akan
memberi petunjuk yang benar dan jelas bagi memandu
kita mendapatkan jalan penyelesaian bagi suatu
masalah. Sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisa
4: 65 yang bermaksud Maka demi Tuhanmu, mereka
tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan
engkau hakim dalam perselisihan yang timbul di antara
mereka, kemudian merekapula tidak merasa di hati
mereka keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan
dan mereka menerima keputusan itu dengan
sepenuhnya.

Berdasarkan kepada adab-adab yang telah disebutkan, jelas


kepada kita bahawa kaunselor sangat memainkan peranannya yang
penting bukan sahaja sebagai pembimbing yang membantu klien
menghadapi suatu masalah, bahkan dia boleh menjadi role model
atau contoh ikutan yang baik kepada setiap kliennya di dalam
mahupun di luar sesi pertemuan mereka.
1.5 KESIMPULAN

Ternyatalah di sini bahawa etika kaunseling merupakan perkara


utama yang perlu dipenuhi oleh para kaunselor yang ingin
menjalankan sesi kaunseling. Ia bukanlah satu garis panduan yang
merupakan pilihan kepada setiap kaunselor, namun ia melibatkan
akta dan perundangan yang mana menjadikan kewajipan kepada
setiap kaunselor untuk menurutinya.

Merujuk kepada Islam, setiap kaunselor muslim digariskan


beberapa tambahan panduan bertindak bagi memandu perjalanan
sesi yang akan dijalankan, agar bersesuaian dan mesra syariah
dengan berpandukan etika dan akhlak yang dipandu oleh al-Quran
dan al-Sunnah agar di akhir sesi kaunseling dapat mencapai
matlamat kebajikan dan kebahagiaan kaunselor mahupun klien
dunia dan akhirat.

1.6 RUJUKAN

Al-Quran.
Abu Hamid al-Ghazali. Ihya Ulum al-Din. Juzu kedua. Kiryat Putra:
Semarang Indonesia.
Abu Hamid al-Ghazali. 1976. Ihya Ulumuddin. 4 vols. Ter: Fzlul
Karim. Cairo: Muassasa al-Halabi wa sharaka lil-Nash wa al-
Tazwi.
Gladding, S.T. 2000. Counseling: A Comprehensive Profession. New
Jersey: Prentice Hall.
Ibn Manzur. T.t. Lisan al-Arab. Cairo: Dar Maarif.
Ishamuddin Ismail. 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari. Kuala
Lumpur: Pusat Ilmu Jelatek.
Kitchener, K. S. (2000). Foundations of Ethical Practice, Research,
and Teaching in Psychology. New York: Lawrence Erlbaum
Associates.

Kitchener, K. S. & Anderson, S. K. (2011). Foundations of ethical,


practice, research, and teaching in psychology and counseling.
New York: Routledge.

Lembaga Kaunselor. T.t. Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor


(Malaysia). Kuala Lumpur: Sebarau Enterprise KL.

Rizal Abu Bakar. 2009. Kaunseling daripada Perspektif Islam. Apa,


Mengapa dan Bagaimana. Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributor.
Mizan Adiliah, Wan Mohd Fazrul Azdi & Hanit Osman. 2006.
Kaunseling dalam Islam. Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia.
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip dan kawan-kawan.2009.
Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Mohd Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd Salleh Lebar. 1993. Bimbingan dan Kaunseling: Tugas Guru
dan Kemahiran Asas. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Noor Arifah Bujang. T.t.h. Akhlak Islam Dalam Kaunseling. T.tpt.
Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan. Edisi ke-4. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nordin Kardi dan Mohamed Fadzil Che Din. 2000. Eika Kaunseling.
Modul Pembelajaran Jarak Jauh, IDEAL. Serdang: Universiti
Putra Malaysia.
Othman Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam
Kaunseling. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA). 1994. Kod Etika Kaunselor.

http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/kodetika/kodetika.h
tm [25 November 2013].
Sheikh Othman Sheikh Salim. 1992. Kamus Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Siti Zulaikha Md Nor. 2002. Kaunseling Menurut Perspektif Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.