Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
FOLIO
Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin merakamkan sejuta kesyukuran kepada Allah s.w.t yang
memberikan kekuatan untuk saya menjalankan program ini. Keduanya, saya ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir yang
memberikan sepenuhnya kerjasama untuk saya menjalani program ini.
Saya berharap agar folio ini dapat memberikan saya gambaran yang lebih baik
tentang tugas-tugas guru yang bakal saya lalui. Sekian.
Pengenalan
Pendahuluan
Secara global, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti
pendidikan yang dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid.
Faktor guru juga banyak diperkatakan dalam keperluan Pendidikan Abad ke-21 yang
menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan. Seiring dengan keperluan
pendidikan abad ke-21peranan utama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah
sebagai:
Oleh yang demikian, BPG sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru
bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang
berkualiti. Sehubungan itu, BPG perlu membangunkan satu Program Pembangunan
Guru Baharu (PPGB) yang berstruktur dan komprehensif dalam merealisasikan
agenda baru pendidikan yang berkaitan dengan melahirkan guru yang berkualiti dan
relevan dengan keperluan pendidikan kini dan akan datang.
PPGB merupakan salah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang telah dirancang
dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru yang telah diadakan di BPG
pada 8 Mac 2010 hingga 2 April 2010. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap cadangan semua inisiatif meningkatkan
kualiti guru pada 2 April 2010.
PPGB ini akan memberikan kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid.
Melalui program pembangunan yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat
diterapkan kepada GB agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara
lebih sistematik. GB akan dibimbing oleh guru berpengalaman serta pihak pentadbir
sekolah untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan lebih
berkesan dan profesional. Justeru, satu modul yang komprehensif telah
dibangunkan dan dijadikan panduan untuk diguna pakai oleh semua pihak yang
terlibat ke arah memartabatkan profesion keguruan, khasnya GB di negara ini.
Pelaksanaan PPGB ini dijalankan berasaskan sekolah oleh pentadbir sekolah
dengan bantuan guru berpengalaman (senior teachers).
Rasional
Masalah utama yang dihadapi oleh GB yang baru ditempatkan di sekolah adalah
untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar. Di samping itu, GB
perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab memenuhi keperluan kumpulan
murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang (Bartell, 2005).
Kursus praperkhidmatan yang dilalui oleh GB hanya merupakan asas untuk guru
memahami konsep dalam P&P dan tidak dapat menyediakan mereka untuk
menghadapi realiti sebenar dalam bilik darjah. Di samping itu, seseorang guru harus
terus meningkatkan pengetahuan masing-masing selaras dengan perkembangan
dunia pendidikan semasa. GB perlu dibimbing untuk mengaplikasi semua
pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti pengajaran guru
merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid (Laura et al.,
2006).
Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai
pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai
pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program
pembangunan. Dengan cara ini, profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermula
daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali
pertama.
2. PROFIL SEKOLAH
2.1. Maklumat Asas Sekolah
2.2. Logo, Misi, Visi dan Piagam Sekolah
2.3. Carta Organisasi
2.4. Lampiran
2.4.1. Pelan Sekolah
2.4.2. Takwim Sekolah
GURU BESAR
Tugas Guru Besar
A. Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung
dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan
guru di sekolah sebagaimana berikut:
1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan
semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi
semua kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan,
persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan
kursus dalam jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal
percutian kakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja
dan tugas kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan
sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan
bukan guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas,
dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di
sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang
teratur dan sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun
dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan
sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala
keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah
yang melibatkan guru dan kakitangan.
17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan
kerajaan yang lain.
B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus
dan perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran
yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber
pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang
dilakukan oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji,
elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan,
Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk
audit akaun sekolah secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-
pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan
penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan
dengan teratur dan kemas kini.
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa,
wang runcit dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan
sempurna mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan
menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.
A. Bidang Tugas:
B. Senarai Tugas:
1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya
berjalan dengan lancar dan berkesan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara
teratur dan baik.
4. Dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber,
makmal dan bengkel.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan itu dilakukan dengan baik dan membimbing dalam latihan mengajar
bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam
menjalankan tugas-tugas harian mereka.
6. Kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan
mencadangkan tindakan susulan dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal
yang berkaitan dengan djian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan
tindakan susulan.
7. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan yang ada di sekolah.
8. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
9. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-
lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.
10. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian
bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami
kecemasan.
C. Pentadbiran:
1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru
sekolah adalah adil dan saksama.
2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan
untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga
perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti
sepanjang tahun.
5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam
menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur
bagi sekolahnya.
8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama,
sukan dan permainan dan sebagainya.
9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap
salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan
juga perbincangan.
10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan
juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.
F. Kantin:
1. Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid.
G. Buku Teks:
1. Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku
rujukan sekolah.
H. Tugas-Tugas Lain:
1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah
sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke
semasa.
2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang
diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan
ataupun
yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
3. Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru
Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
A. Bidang Tugas:
B. Senarai Tugas:
Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di
sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan
memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas
tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi
dokumen dan borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan
bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil
berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan
kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir
sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam
menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.
C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat
sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan
oleh guru, kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan
bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang
melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap
mengenai pelajar terlibat.
E. Program Perlindungan:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di
sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna
seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin
sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan
kebersihan di kalangan pelajar.
F. Skim Pinjaman Buku Teks:
1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para
pelajar yang bakal menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan,
pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.
H. Kokurikulum:
Sukan Dan Permainan:
Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang
bercorak akademik.
Pasukan Pakaian Seragam:
C. PENGURUSAN:
1. Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
3. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah
diambil penjelasan.
4. Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
5. Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
6. Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan
pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
7. Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.
8. Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
9. Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan
program khas untuk mereka.
D. PEMBANGUNAN DIRI STAF:
1. Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
2. Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah
bagi kemudahan pelajar.
3. Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4. Menyelaras kurikulum/kokurikulum bersepadu.
G. KELAB/PERSATUAN:
1. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik.
3. Pengurusan
mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
Kebanyakan bilik darjah tidak dilengkapi dengan pemancar LCD. Sekolah ini turut
dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan yang baik dari segi perkhidmatan
untuk guru dan juga untuk murid. Contohnya kemudahan mesin fotostat dan faks.
Staf-staf sokongan di pejabat banyak membantu guru-guru dalam mengendalikan
kerja-kerja yang memerlukan mesin tersebut.
Ibu bapa atau penjaga boleh berhubung dengan pihak sekolah secara bersemuka,
melalui telefon. Pihak sekolah sentiasa menitikberatkan pandangan serta pendapat
ibu bapa kerana ia merupakan tanggungjawab sekolah untuk mendidik dan menjaga
keselamatan anak mereka. Sebagai contoh, semasa mesyuarat agung PIBG yang
diadakan semua usul yang dikemukan oleh ibu bapa telah dibincang bersama untuk
kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu pihak penjaga dan pihak sekolah.
Kekuatan
Pada pendapat saya, kemudahan perkhidmatan mesin fotostat dan faks memainkan
peranan yang besar dalam pembangunan bahan-bahan mengajar untuk P&P. Guru-
guru dapat membuat salinan lembaran kerja bagi setiap murid di dalam kelas.
Seperti yang dimaklumkan, pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum
balas yang diterima daripada ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk
bertindak serta merta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua
belah pihak. Ini kerana hak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti
pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah dapat dipertingkatkan.
Kelemahan
Pemancar LCD jarang digunakan oleh guru-guru termasuk saya mungkin kerana ia
memakan masa yang banyak untuk disiap sediakan. Secara umumnya, pengurusan
teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah ini adalah baik. Namun begitu,
terdapat beberapa aspek yang boleh dibaik pulih bagi memantapkan lagi
pengurusan ICT. Pada pendapat saya, guru-guru boleh diberi pendedahan tentang
cara-cara menggunakan pemancar LCD di dalam kelas secara maksima dan
berkesan. Selain itu, saya mencadangkan supaya pemantauan dan
penambahbaikan fasiliti komputer dilakukan dengan lebih kerap supaya kemudahan
akses kepada ICT dapat dipertingkatkan. Pengurusan ICT yang baik akan
malancarkan perjalanan P&P, sekaligus memajukan lagi pembangunan sekolah ini.
Sekolah juga boleh mewujudkan blog atau laman web supaya ibu bapa dapat sama-
sama menyaksikan pencapaian murid-murid secara virtual. Dengan cara tersebut,
ibu bapa dapat menonton video atau melihat gambar anak-anak mereka di samping
memberi pendapat. Sekolah ini mempunyai blog tetapi ia kurang diaktifkan. Selain
itu, pihak sekolah juga boleh menampal gambar-gambar penglibatan murid di papan
kenyataan di sekolah untuk tontonan ibu bapa. Secara tidak langsung, mereka akan
lebih menghargai pencapaian sekolah dalam mendorong anak-anak mereka menjadi
murid yang berjaya.
LAPORAN HARI PERTAMA
4 Aspek : Kewangan