Anda di halaman 1dari 21

TOPIK 5 PEMBENTUKAN KELUARGA MUSLIM

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan cara pembentukan keluarga menurut pandangan Islam.


2. Menganalisis tanggungjawab dan peranan semua pihak yang terlibat dalam
institusi kekeluargaan.
3. Menghuraikan secara terperinci hak, kewajipan dan peranan anak lelaki dan
suami sebagai ketua keluarga dan wanita sebagai isteri dan anak perempuan.
4. Mengenalpasti ilmu dan kemahiran yang perlu ada bagi seorang lelaki dalam
merancang institusi keluarga dan wanita dalam membantu suami menjayakan
institusi kekeluargaan.
5. Menginterpretasikan ciri-ciri lelaki dan wanita yang layak memikul
tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dalam rumahtangga.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

5.1 Pembentukan Keluarga Muslim

Pembentukan Keluarga Peranan Wanita dalam


Institusi Keluarga

Peranan Lelaki dalam


Institusi Keluarga

JAPIM Page 1
PENGENALAN

Topik ini akan menjelaskan cara pembentukan keluarga menurut pandangan Islam,

diikuti peranan lelaki dan wanita dalam institusi kekeluargaan. Salah satu aspek penting

dalam persiapan untuk melalui hidup secara Islam adalah membina keluarga kita supaya

menjadi keluarga muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri keIslaman yang

sebenarnya sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi (bercirikan

tarbiyyah Islam) yang akan menjuruskan kepada kasih sayang, hormat menghormati serta

perlaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman

Sebelum dibincangakn pembentukan keluarga muslim, cuba anda


renungkan maksud keluarga, kemudian tuliskan dalam buku catatan
anda.

1. Pembentukan Keluarga Muslim

Keluarga merupakan satu institusi yang penting dalam masyarakat Islam. Keluarga

asas ialah suami, isteri dan anak. Keluarga berkembang apabila berlaku perkahwinan yang

kemuudiannya melahirkan anak-anak dan zuriat seterusnya. Dengan adanya kelompok

keluarga, terbentuk suatu masyarakat.

Pembentukan keluarga sangat diutamakan dalam Islam untuk membangunkan

sebuah tamadun manusia. Maka Islam telah meletakkan beberapa peraturan bagi menjamin

keluarga Islam itu sentiasa dalam keadaaan aman damai dan berkasih sayang antara satu

sama lain kerana melaluinyalah terbentuknya ummah yang bakal melahirkan khaira ummah.

Firman Allah:

Dan Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelum kamu dan Kami

berikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.

al-Rad, 13:38

JAPIM Page 2
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu

isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram

kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih sayang.

al-Ruum,30:21

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-

orang yang layak (berkahwin), dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan yang

perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-

Nya.

al-Nuur,24:32

Daripada dalil-dalil di atas, dapat dijelaskan bahawa tujuan Islam menggalakkan

pembentukan keluarga muslim adalah antaranya untuk :

1. Membentuk rumah tangga muslim yang membawa pemikiran islam(fikroh

Islamiayah), menjaga adab-adab Islam pada setiap fenomena kehidupan rumah

tangga dengan memilih istri yang sholehah yang dapat memberikan hak dan

kewajibannya baik dalam mendidik anak maupun pembantu RT serta mengajarkan

peda mereka asas-asas dan prinsip-prinsip Islam.

2. Berusaha mengetahui/memahami problema-problema dan tantangannya yang

dihadapi oleh individu, keluarga, masyarakat muslim serta mengetahui solusinya.

3. Memberi pendidikan dan pengajaran kepada wanita muslimah agar dapat

menjalankan peranannya dalam dakwah dan kehidupan karna wanita adalah

saudara kandung laki-laki yang mempunyai hak dan kewajiban yang sama.Orang

mukmin laki-laki dan mukmin Perempuan adalah pelindung satu sama lainnya

memerintahkan yang maruf dan melarang dari kemungkaran.

JAPIM Page 3
4. Perhatian terhadap masa anak-anak dan masa perkembangannya serta mendidik

atas dasar Islam dan kemajuan tekhnologi modern yang tidak bertentangan dengan

ruh islam dan ajaranya

Berdasarkan kepada hakikat di atas maka Islam melalui al-Quran dan hadith telah

mengatur asas-asas yang kukuh dan sistematik dalam membentuk institusi keluarga

sebelum dan sesudah perkahwinan. Secara keseluruhannya asas-asas pembentukan

institusi keluarga dapat digambarkan seperti dalam gambarajah di bawah :

1. Sebelum perkahwinan :

2. Memilih Pasangan Yang Baik 1. Setaraf


- Spritual dan fizikal yang baik - Bermaksud mempunyai
- Taat beragama dan berakhlak persamaan dr segi keadaan
mulia hidup.
- Aspek keturunan - contoh : Lelaki kaya berkahwin
- Kesihatan dgn wanita kaya dan sebagainya

3. Persetujuan Dan Kerelaan 4. Persediaan Kebendaan


Pasangan - Keperluan seperti berpendapatan
tetap, rumah dll

5. Pasangan Yang Harus Dikahwini

Haram Abadi Haram Sementara


1. Keturunan spt bapa dan ibu 1. Adik beradik isteri
2. Susuan spt ibu susuan 2. Perempuan bukan Islam
3 Pertalian keluarga seperti anak 3. Perempuan dlm iddah

JAPIM Page 4
2. Selepas perkahwinan :

3. Pemantapan Iman Dan Taqwa 1. Membentuk Suasana Kasih


- Keluarga mengamalkan ajaran Mengasihi dan Berkasih Sayang
Islam spt: solat, puasa dll - spt: hormat menghormati antara
suami / isteri / anak

2. Membina Pergaulan Yang Baik


- spt: bahasa yang baik, akhlak 3. Menjalankan Segala Amanah Dan
yang baik Tanggungjawab
- spt: Isteri menjaga urusan rumah
tangga, suami memberi nafkah
4. Mewujudkan Suasana Keadilan Dlm
Keluarga
- Suami terhadap isteri 5. Mendidik Dan Membentuk Keluarga
- Isteri terhadap suami Berakhlak Mulia
- Ibu bapa terhadap anak - Ibu bapa menerapkan nilai2 murni
- Anak terhadap ibu bapa dan berkakhlak baik

6. Mewujudkan Ketaatan Dan Kesetiaan


- Ketaan isteri terhadap suami
- Penghormatan suami terhadap isteri

Jika diteliti dengan lebih mendalam, proses pembentukan keluarga dalam Islam

bermula lebih awal daripada perkahwinan iaitu sejak mula mencari jodoh atau memilih

teman hidup. Memilih pasangan yang baik merupakan satu syarat dalam melahirkan sebuah

keluarga muslim yang bahagia. Allah swt telah menjadikan setiap makhluk memerlukan

pasangan seperti dalam firman-Nya :

Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya

berpasangan sama ada dan yang ditumbuhkan oleh bumi atau diri mereka ataupun

dari apa yang mereka tidak mengetahuinya

(Surah Yaasin : 36)

Islam telah memberikan garis panduan dalam memilih calon pasangan yang baik.

Islam menganjurkan supaya mencari dan memilih pasangan yang mempunyai sifat ruhaniah

dan fizikal yang baik seperti taat beragama dan berakhlak baik.

JAPIM Page 5
Sebelum perbincangan mengenai perkahwinan diteruskan, cuba anda
fikirkan contoh garis panduan memilih pasangan yang dianjurkan dalam
Islam.

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan.

Perkahwinan ialah satu ikatan keagamaan antara lelaki dan perempuan untuk

mengharuskan pergaulan melalui akad nikah dan ijab kabul. Firman Allah swt :

Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua,

tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil

maka cukuplah seorang sahaja.

(Surah al-Nisaa: 3)

Islam menggalakkan umatnya berkahwin dan berkeluarga untuk memelihara diri dan

mengawal nafsu, mendapatkan ketenangan jiwa, untuk melahirkan zuriat yang baik, untuk

meneruskan survival bangsa manusia yang menjadi khalifah Allah di bumi dan sebagai

mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w seperti sabda baginda :

Nikah itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku maka

bukan daripada golonganku

Berdasarkan hadith di atas, ulama merumuskan bahawa hukum berkahwin ialah

sunnah muakkad (sangat-sangat digalakkan). Ulama fiqh membahagikan hukum berkahwin

itu kepada lima iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

JAPIM Page 6
Berkemampuan dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi. Sekiranya tidak
Wajib
berkahwin boleh membawa ke lembah perzinaan

Sunat Berhajat serta cukup syarat dan berkemampuan

Haram Tidak cukup syarat dan tidak berkemampuan serta tidak bertanggungjawab.

Makruh Tidak mampu memberikan nafkah kerana sesuatu sebab.

Harus Hukum asal iaitu boleh samada iahendak berkahwin atau tidak.

Adakah anda faham apakah yang dimaksudkan dengan nikah?


berdasarkan beberapa rujukan, sila dapatkan pengertian nikah dari
sudut bahasa dan syarak?

Pembentukan keluarga selepas sesuatu perkawinan didasari dengan hak dan

tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh setiap anggota. Sebagai contoh, tanggungjawab

memberi nafkah sesebuah keluarga terletak di bahu suami / bapa kepada isteri dan anak-

anaknya. Nafkah yang dimaksudkan meliputi perbelanjaan makan dan minum, pakaian,

menyediakan tempat tinggal dan apa sahaja yang diperlukan dalam kehidupan suami isteri.

Allah s.w.t menegaskan di dalam firman-Nya :

Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan/minum dan pakaian kepada ibu

dengan cara yang patut (makruf)

(Surah al-Baqarah : 233)

Setiap anggota berhak mendapat hak masing-masing dengan saksama seperti yang

dinyatakan di bawah :

JAPIM Page 7
1. Hak suami :

Menjadi ketua dan pemimpin dalam rumah tangga.

Mendapat ketaatan daripada isteri dan anak-anak dalam hal

kebajikan.

Mendapat jaminan isteri terhadap rahsia kecacatan suami dan

menjaga maruah suami kepada orang lain.

Mendapat layanan zahir dan batin daripada isteri.

Mendapat kasih sayang isteri dan anak-anak.

Meminta izin suami sebelum keluar rumah.

2. Hak isteri :

Nafkah zahir dan batin

Pakaian dan tempat tinggal

Jaminan keselamatan dan kebajikan

Nasihat dan bimbingan daripada suami

Menutup rahsia dan kecacatan isteri daripada pengetahuan orang lain

Kasih sayang secukupnya.

3. Hak bersama

Suami dan isteri bersama-sama berhak menikmati mawaddah,

rahmah dan kebahagiaan hidup berumah tangga.

Suami dan isteri bersama-sama bertanggungjawab mengeratkan

hubungan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

Harta keluarga boleh diwarisi oleh salah seorang daripada kedua-

duanya apabila brlaku kematian.

JAPIM Page 8
Untuk mendapatkan kebahagian hidup di dunia dan akhirat, suami dan isteri harus

sama-sama bertanggungjawab untuk :

1. Mendalami ilmu agama

2. Selalu berbincang dalam segala hal untuk kebaikan bersama

3. Bersikap jujur dan menepati janji

4. Tolong menolong dalam hal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran

5. Saling bermaafan dan nasihat menasihati

6. Melakukan solat berjemaah dari semasa ke semasa dan memberikan

tazkirah

7. Bertawakal kepada Allah setelah berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan

Dalam pembentukan keluarga muslim yang bahagia, tanggungjawab bukan sahaja

terletak kepada suami dan isteri atau ibu bapa sahaja, malah anak-anak juga tidak terlepas

dalam memastikan tanggungjawab mereka terlaksana. Setiap anak mempunyai

tanggungjawab yang besar terhadap kedua-dua ibu bapanya. Antaranya :

1. Mentaati ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan Islam

2. Menyahut panggilan ibu bapa

3. Segera hadir apabila diperlukan

4. Bercakap dengan suara yang rendah dan bahasa yang baik

5. Selalu berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosa kedua-duanya lebih-

lebih lagi jika ayah dan ibu sudah meninggal dunia.

6. Laksanakan wasiat keduanya.

7. Selalu menyebut kebaikan ibu bapa dan merahsiakan keburukan keduanya.

JAPIM Page 9
Sebaliknya, ibu bapa juga harus melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan

kepada anak-anak iaitu :

1. Selalu berdoa agar dikurniakan anak yang soleh

2. Melafazkan azan dan iqamah pada telinga kiri anak yang baru dilahirkan

3. Berikan anak-anak nama yang baik atau mempunyai makna yang baik

4. Ibu hendaklah menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun

5. Mendidik anak dengan ilmu agama dan pengetahuan islam

6. Menyediakan makan dan minum, pakaian, tempat tinggal

7. Memberikan pendidikan yang sempurna

8. Memberikan kasih sayang yang secukupnya

9. Bersikap adil dengan anak-anak

10. Menguruskan perkahwinan mereka bila sampai masanya

Peranan, hak dan tanggungjawab keluarga dalam Islam cukup tersusun dan teratur.

Jika setiap peranan, hak dan tanggungjawab ini dapat dipikul dengan baik oleh setiap yang

berkenaan, insya-Allah kita akan berjaya membina sebuah tamadun yang tinggi.

Berdasarkan perbincangan di atas, kejayaan membentuk sebuah keluarga muslim

terletak di tangan setiap individu dalam keluarga terutama ibu bapa atau suami dan isteri.

Pelaksanaan hak dan tanggunjawab berterusan dan kesungguhan menjadi penentukan

kejayaan dalam mencapai matlamat pembentukan sebuah keluarga muslim yang digariskan

iaitu meneruskan penghayatan akhlak yang mulia dan mengekalkan kemuliaan bangsa

manusia sebagai kesinambungan generasi manusia.

Selain itu juga, pembentukan keluarga muslim yang berdasarkan garis panduan

yang ditetapkan Allah juga bakal mengecapi kebahagiaan anugerah Allah swt samada dari

segi jasmani, rohani serta perasaan cinta dan kasih sayang, melahirkan umat manusia yang

sentiasa berjuang untuk menegakkan hak dan menolak yang batil, memupuk semangat

perpaduan, tolong menolong dalam keluarga dan masyarakat dan akhirnya menjamin agar

perintah Allah terus dilaksanakan di muka bumi ini.

JAPIM Page 10
2. Peranan Lelaki dalam Institusi Keluarga

Peranan dan tanggungjawab yang ingin dilaksanakan oleh setiap individu lelaki dan

wanita mesti berlandaskan kepada kebolehan dan keupayaan diri supaya percanggahan

dan kelemahan dalam pelaksanaan tugas tidak wujud dalam pembentukan institusi keluarga

Islam. Berdasarkan kepada perspektif begini, maka Islam meletakkan lelaki sebagai ketua

keluarga, masyarakat dan negara. Tugas yang berat begini dipertanggungjawabkan kepada

lelaki adalah berdasarkan pada fitrah ciptaan Tuhan.

Justeru itu, Islam telah menetapkan antara tanggungjawab yang perlu ditunaikan

oleh seorang lelaki ataupun suami adalah :

1. Memimpin rumah tangga ke arah kecemerlangan dan kebahagiaan dunia an

akhirat

2. Menggauli isteri dengan baik

3. Bekerja untuk mencari nafkah keluarga

4. Menyediakan keperluan hidup yang cukup kepada keluarga seperti makanan

dan minuman, pakaian yang sesuai dan tempat tinggal yang selamat.

5. Menjaga dan mengurus kesihatan keluarga

6. Memberi kasih sayang dan pendidikan kepada ahli keluarga ke arah

keredhaan Allah

7. Memberi perlindungan keselamatan kepada ahli keluarga.

Berdasarkan kepada amanah dan tanggugjawab yang berat ini, lelaki perlu dididik

dengan didikan yang menjurus kepada pembentukan keperibadian muslim yang sejati

seperti yang telah digariskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ciri peribadi muslim yang

JAPIM Page 11
dikehendaki al-Quran dan as-Sunnah adalah peribadi yang saleh. Peribadi yang sikap,

ucapan dan tindakannya dihiasi dengan nilai-nilai yang datang dari Allah swt. Antara

sepuluh ciri peribadi muslim yang dinyatakan oleh Imam Hassan al-Banna adalah :

1. Salimul Aqidah (Aqidah yang bersih)

2. Shahihul Ibadah (ibadah yang benar)

3. Matinul Khuluq (akhlak yang kukuh)

4. Qowiyyul Jismi (jasmani yang kuat)

5. Muthaqqoful Fikri (pemikiran yang intelek)

6. Mujahadatul Linafsihi (berjuang melawan hawa nafsu)

7. Harishun Ala Waqtihi (pandai menjaga waktu)

8. Munazzhamun fi Syuunihi (teratur dalam suatu urusan)

9. Qodirun Alal Kasbi (memiliki kemampuan usaha sendiri/berdikari)

10. Nafiun Lighoirihi (bermanfaat bagi orang lain)

Teliti 10 ciri keperibadian muslim di atas dan cuba huraikan 5


daripadanya berdasarkan al-Quran dan hadith.

Setelah membincangkan 10 ciri keperibadian muslim di atas, dapat disimpulkan

bahawa antara ciri yang perlu ada pada seorang lelaki dalam membentuk sebuah institutsi

keluarga adalah :

1. Berpegang teguh pada syariat Islam

Lelaki yang soleh adalah seorang lelaki yang sentiasa berpegang teguh kepada

syariat Allah swt dalam segala urusan kehidupannya, menunaikan segala kewajiban

yang Allah telah tentukan kepadanya. Jika ia menjadi seorang suami, ia akan

melaksanakan kewajiban terhadap keluarganya dengan penuh tanggungjawab,

bersemangat, penuh perhatian serta berlapang dada.

JAPIM Page 12
2. Seimbang antara hak dan kewajiban

Seorang lelaki yang memiliki keperibadian muslim yang tinggi tidak memiliki sikap

yang tamak, tidak menuntut hak lebih banyak dari yang semestinya, bahkan dia

menerima dengan rela terhadap kekurangan-kekurangan yang ada dan tidak pernah

mensia-siakan kewajibannya. Malah, ia berusaha menunaikan kewajibannya

sebelum menuntut haknya.

3. Menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan dalam melayari rumahtangga

Lelaki yang berkeperibadian muslim yang tinggi akan berusaha membahagiakan

isteri dan rumahtangganya. Dalam kehidupan berumahtangga ia akan sentiasa cuba

berpegang kepada hadis Rasulullah saw yang berbunyi :

Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik

akhlaknya, dan sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap

istrinya .

(HR. Tirmidzi dan Abu Daud)

Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap istrinya, dan saya

adalah orang yang baik terhadap istri saya.

(HR. Tabrani dan Tirmidzi)

Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus

walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai

tanggungan isteri dan anak-anaknya tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapa tidak

boleh diabaikan. Sekiranya ibu bapanya miskin tidak berharta, sebagai anak wajiblah

membantu kedua ibu bapanya dan tidak menjejaskan nafkahnya kepada ahli keluarganya

sendiri. Ini adalah kerana keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredhaan ibu dan

bapa.

JAPIM Page 13
Anak lelaki perlu sentiasa bertanya khabar dan menziarahi kedua ibu bapanya di

kampung terutama sekiranya mereka telah tua dan uzur. Amalan ini penting kerana

kebahagiaan itu bukan terletak pada harta sahaja tetapi ianya terletak pada cinta dan kasih

kepada mereka semata-mata kerana mencari kasih sayang dan keredhaan Allah SWT.

Isteri tidak boleh menghalang atau menyekat perhubungan kasih sayang dan prihatin

suaminya kepada kedua ibu bapanya kerana hak anak tetapi wujud walaupun dia sudah

mempunyai keluarganya sendiri. Isteri harus menyayangi dan mengasihi ibu dan bapa

mertuanya dan dia tidak boleh hanya mementingkan ibu dan bapanya sahaja kerana ia

perlu menganggap bahawa ibu bapa mertuanya adalah sama seperti ibu dan bapanya

sendiri. Oleh itu seorang suami janganlah terlalu mengikut kehendak isterinya sekiranya dia

menghalang suaminya berbaik-baik dengan kedua ibu bapanya sendiri hingga dia tergolong

sebagai anak yang derhaka dan tidak mendapat rahmat daripada Allah swt.

Menggunakan sumber rujukan perpustakaan yang ada, cuba kenalpasti


ilmu dan kemahiran yang perlu ada bagi seorang lelaki dalam merancang
isntitusi keluarga muslim yang berjaya.

3. Peranan Wanita dalam Institusi Keluarga

Wanita merupakan makhluk Allah yang punyai keistimewaan tersendiri sehingga terdapat

satu surah di dalam al-quran yang di namakan surah an-nisa yang menceritakan tentang

perihal wanita dan hak-haknya. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang telah

meletakkan hak-hak wanita dengan sempurna. Wanita juga sering di gambarkan dengan

lambang kelembutan dan sifat kasih sayang yang semulajadi yang mana ianya merupakan

senjata untuk mencapai segala matlamat yang di impikan.

Tanggungjawab dan kewajipan Wanita menurut syariat Islam adalah :

JAPIM Page 14
1. Tanggungjawab sebagai hamba Allah

Dalam menjalankan ibadat, perempuan dan lelaki mempunyai tanggungjawab yang

sama. Tugas-tugas ini hanya berbeza dari beberapa segi bersesuaian dengan kudrat

wanita. Contohnya tugas berjihad di medan perang hanya diserahkan kepada kaum

lelaki tetapi wanita juga boleh turut serta ke medan perang untuk merawat orang

yang sakit serta menyediakan makanan.

2. Tanggungjawab sebagai isteri

Wanita yang telah berumah tangga wajib mentaati suaminya. Seorang isteri wajib

mentaati dan menunaikan hak suami mereka, sesuai dengan sabda Rasulullah:

Kalau seandainya aku menyuruh seseorang sujud kepada seseorang nescaya

aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya

(Al-Hakim)

Sekiranya seorang isteri dapat mentaati suami mereka dengan baik maka ini bererti

mereka telah menunaikan hak suami mereka dan mereka termasuk dalam golongan

wanita-wanita yang solehah.

3. Tanggungjawab sebagai pemimpin urusan rumah tangga

Mengurus rumah tangga bukanlah mudah. Tugas ini hanya boleh dilaksanakan

dengan sempurna oleh wanita sahaja. Wanita bertanggungjawab terhadap

pengurusan rumah tangga dan sentiasa berusaha menunaikan tugas dan kewajipan

ini dengan sebaik-baiknya. Rasulullah telah bersabda: Semua kamu pengembala

dan semua kamu akan bertanggungjawab terhadap yang digembalanyaWanita

adalah pengembala (pemimpin) dalam rumah tangga suaminya dan

bertanggungjawab atas pengurusannya

JAPIM Page 15
4. Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang

Allah telah menciptakan makhluk dengan tujuan agar masing-masing dapat

menunaikan fungsi kejadiannya mengikut ketentuan yang ditetapkan. Wanita telah

dikurniakan kemampuan dan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak-anak. Oleh

sebab itu, memberikan pendidikan kepada anak-anak adalah salah satu

tanggungjawab terbesar bagi wanita. Pendidikan anak-anak bermula dari rumah.

Islam telah memberikan kesempatan yang secukupnya kepada wanita untuk

menunaikan tanggungjawabnya

Justeru itu, peranan utama wanita dalam membentuk halatuju ummah adalah

bermula dari peringkat pembentukkan keluarga. Peranan wanita dalam keluarga atau rumah

tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah swt, sebagaimana firman-Nya yang

bermaksud :

Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang

berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara

manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi

pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar

lagi Maha Melihat.

( surah an-Nisaa-ayat 58 ).

Islam telah menggariskan beberapa tanggungjawab seorang wanita dalam

rumahtangga seperti :

1. Menjaga dan mengemas rumah

2. Menyediakan makanan untuk keluarga

3. Membersihkan pakaian suami dan anak-anak

4. Menjaga maruah diri dan keluarga

JAPIM Page 16
5. Menghias diri untuk suami

6. Mendidik anak dengan penuh kasih sayang

7. Mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan syarak

8. Menjaga harta suami iatu tidak membelanjakan harta dengan membazir

Selain itu, wanita sebagai kaum ibu adalah individu yang paling rapat dengan anak-

anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak

terletak ditangan mereka. Sekiranya diteliti peranan itu wanita sebagai ibu di dalam sistem

kekeluargaan bukanlah semata-mata untuk menjaga makan-minum, kesihatan dan

keselesaan hidup anak-anak tetapi juga yang terpenting ialah untuk mendidik, mengasuh

dan membimbing. Ini kerana kesan kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan

manafaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Watak dan

keperibadian anak-anak terletak sebahagian besar di atas isi dan cara pendidikan yang

diberikan oleh ibu bapa. Di dalam hal ini Rasullullah s.a.w dalam hadisnya mengatakan :

"Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu

bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi"

(Al-Hadis).

Seperti pembentukan keperibadian lelaki sebagai ketua rumahtangga, wanita juga

seharusnya memiliki ciri-ciri keperibadian muslimah selari dengan peranan mereka sebagai

pendidik kepada generasi anak-anak dalam sesebuah keluarga. Muslimah soleha yang

berakhlak mulia memiliki beberapa keperibadian yang indah seperti :

1. Bertakwa Kepada Allah swt dan mampu menjaga diri, anak-anaknya, serta harta

suaminya. Dalam al-Quran Allah swt berfirman yang maksudnya :

JAPIM Page 17
Sebab itu, Maka wanita yang saleh ialah yang taat kepada Allah lagi

memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah Memelihara

mereka.

(An Nisa:34)

2. Ia memiliki sifat sabar. Ia bersikap tabah dalam menghadapi pelbagai persoalan

kehidupan. Bahkan ia seharusnya pandai menghibur suaminya yang sedang di

rundung masalah. Bukan malah merumitkan suasana.

3. Sentiasa menjaga solat 5 waktu kerana solat 5 waktu adalah tiang agama. Muslimah

yang menjaga solatnya adalah muslimah yang mempunyai keimanan yang kukuh. Ia

akan kuat menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan.

4. Menjaga auratnya dengan baik. Ia tidak akan keluar rumah kecuali dengan izin

suaminya. Jika ia keluar, ia menutup aurat yang menjadi kehormatannya dan

suaminya. Allah SWT berfirman yang maksudnya :

Hai nabi. Katakanlah kepada isteri-isteri mu, anak-anak perempuammu dan

isteri-isteri orang beriman Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke

seluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk

di kenal. Karera mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun

lagi Maha Penyayang.

(Q.S Al Ahzab, 59)

5. Taat kepada suami, menghormatinya, mencintainya, menyayanginya, selalu

menampakkan wajah yang menyenangkannya dan selalu memberikan sokongan

kepada suami baik dalam urusan pekerjaan atau ibadah. Tidak mengherdik atau

mengeluarkan kata-kata buruk kepada suami. Tidak membicarakan aib-aib suami

kepada wanita lain. Ia sentiasa melakukan perbuatan yang diredhai suaminya. Rasul

SAW bersabda :

JAPIM Page 18
Tatkala seorang muslimah melaksanakan shalat 5 waktu, menunaikan puasa

wajib dan mematuhi suaminya, maka ia akan memasuki surga Tuhannya.

6. Mengasuh dan mendidik anak-anaknya dengan baik kerana wanita lebih dekat

kepada anak-anak daripada suami yang lebih banyak keluar untuk bekerja. Seorang

wanita solehah akan mengajarkan anak-anaknya membaca al-Quran, menanamkan

rasa cinta kepada Nabi saw beserta keluarganya. Mendampingi anak-anak dengan

lembut dan penuh cinta, menjauhkan mereka dari akhlak tercela serta mengajarkan

mereka rasa hormat kepada bapa sebagai ketua keluarga.

7. Menasihati suami yang sedang lalai dari ibadah dengan cara yang hikmah dan bijak.

Cara demikian lebih mudah diterima suami.

8. Memiliki prinsip hidup yang kuat. Ia tak mudah terpengaruh gaya hidup yang tidak

bercirikan kehidupan Islam yang sebenar. Sebagai muslimah ia harus tetap

berpegang teguh pada ajaran Islam baik dari segi berpakaian, tingkah laku dan

lainnya. Ia tidak perlu terikut-ikut gaya dan cara hidup moden yang merosakkan yang

dibawa oleh budaya barat. Rasulullah SAW bersabda :

Barangsiapa meniru gaya hidup suatu kaum, berarti ia termasuk golongan

tersebut.

9. Menjaga penglihatan dan kehormatannya. Ia tidak memandang laki-laki selain

suaminya. Kehormatannya di jaga demi suami. Ia bersolek hanya untuk suami. Ini

merupakan gambaran bidadari syurga seperti dalam firman Allah swt :

Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan

pandangannya dan kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan

perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.

(Q.S An Nuur:31)

JAPIM Page 19
10. bersikap wara dan menjauhi segala yang haram ataupun yang syubhat kerana ia

mmahami bahawa dari makanan yang baik dan halal akan lahir pula keperibadian-

keperibadian yang baik.

Kesimpulannya, wanita merupakan isteri bagi para suami dan ibu kepada anak-anak

perlu memahami kewajiban, bijaksana dalam membuat pembahagian masa, memiliki

kekuatan, kecekapan berfikir dan bertindak dalam melakukan tugas, amanah dan

tanggungjawab serta peranan dalam institusi keluarga.

Dewasa ini wanita yang bekerja sering menjadi isu punca berlakunya
pengabaian tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu dalam keluarga.
Bincangkan.

Rumusan

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat

dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan masyarakat dan negara tidak

akan sempurna. Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak yang

penting dalam pembinaan masyarakat. Sekiranya keluarga yang dibentuk beriman, maka

akan lahirlah masyarakat yang beriman dan begitulah sebaliknya.

Suami isteri, ibu bapa dan anak-anak merupakan komponen keluarga yang utama.

Allah s.w.t. telah menurunkan undang-undang kekeluargaan yang dipanggil munakahat

untuk memastikan anggota keluarga tersebut menjalankan hak dan tanggungjawab

masingmasing untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Selain itu, masyarakat

juga memainkan peranan yang penting dalam menjamin keamanan dan kedamaian sebuah

negara.

JAPIM Page 20
LATIHAN

1. Nyatakan tiga tujuan pembinaan institusi keluarga islam.

2. Bincangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan ibu bapa


kepada anak yang terkandung dalamn surah Luqman.

3. Apakah sifat-sifat yang perlu diambil kira dalam pemilihan bakal calon
suami atau isteri?

4. Nyatakan hikmah di sebalik fitrah kejadian lelaki sebagai ketua


keluarga.

5. Punca keruntuhan rumahtangga adalah kerana kurangnya kefahaman


tentang institusi kekeluargaan islam itu sendiri. Bincangkan.

JAPIM Page 21

Anda mungkin juga menyukai