Anda di halaman 1dari 1

Arahan: Baca dan fahami petikan di bawah, kemukakan idea utama yang

terdapat dalam petikan.

Memupuk Tabiat Membaca

Tabiat membaca haruslah dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah, Kalau
hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sehubungan dengan itu, ibu
bapa hendaklah menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Misalnya, ibu bapa
hendaklah menyediakan sebuah perpustakaan mini atau bilik bacaan di rumah
untuk menggalakkan anak-anak membaca. Apabila anak-anak selalu didedahkan
dengan aktiviti membaca, mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan amalan
membaca sebagai hobi mereka.

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyemai sikap rajin membaca buku
kepada diri sendiri agar dapat menjadi teladan kepada anak-anak. Apabila anak-
anak sering melihat ibu bapa mereka membaca, mereka juga akan terpengaruh
untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang gemar membaca. Ibu bapa
yang tidak suka membaca dan hanya menggalakkan anak-anak membaca
diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Oleh yang demikian,
ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana
acuan, begitulah kuihnya.

Selain itu, ibu bapa juga disarankan supaya rajin membawa anak-anak ke
perpustakaan atau kedai-kedai buku. Hal ini bertujuan untuk memberikan peluang
kepada anak-anak memilih buku buku yang diminati oleh mereka. Melalui kaedah
ini, ibu bapa dapat menyuburkan minat membaca dalam diri anak-anak mereka.

Justeru, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting sebagai


pendorong untuk menyemai minat membaca dalam diri anak-anak mereka. Hal ini
demi menjamin masa depan anak-anak mereka yang cemerlang.

Idea Utama:

1. _______________________________________________________

_______________________________________________________
2. _______________________________________________________

_______________________________________________________
3. _______________________________________________________

_______________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai