Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : SINGA YANG SOMBONG (TAHAP 1)

Singa yang Sombong. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-


dengarkan Yang terdengar fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar
dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah
menjadi mangsanya.Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan
satuperjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas
lagi sombong itu. .Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. Wahai kawan-kawan,
kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita
yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir,
bagaimana hendak menewaskan singa itu. Ya, kami sedia membantu jawab haiwan
yang lain. Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba
tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. Selain saya, siapakah
yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-
masing tunduk diam.Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,
marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil
dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu..

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan


pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa
masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. Hai Singa
yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku. Kata Tebuan
dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa.
Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan
dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh semangat.
Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.Dengan pantas, Tebuan terbang
mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak
berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini.
Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat
Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin
beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat
gigitan Tebuan itu.Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat.
Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.

Ingat,

1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya
lemah.

2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah

3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita
fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bap akal yang
cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal..