Anda di halaman 1dari 1

Soalan 2 (b) - Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebahagian buruh pemugar beransur-ansur pergi. Tinggallah sekitar lima belas


keluarga, membentuk sebuah kampung kecil berumah teres di tengah estet. Beberapa
tahun kemudian, ketika pokok-pokok getah sudah tinggi melayup, hasilnya mula
ditoreh. Seminggu sekali, dikepalai Tuan Booth, kepingan getah dikandar puluhan
pekerja melintasi jalan kampung menuju ke bandar.
Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet
keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dulunya tanah
merah batu lada, sudah dikejabkan,tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang
berkeladak pada musim kemarau. Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-
kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun, lelaki kulit putih yang
gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal kerana kemurahan senyumannya,
kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo klonialnya tetap asing kepada kami.
Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya , Ahmad Mutawakkil yang sudah yatim
piatu itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke
perkarangan estet Tuan Booth. Eloklah....paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih
tu, belajar mencari makan sendiri. Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah
Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.

(dipetik daripada cerpen Cinta Ahmad Mutawakkildalam Antologi Sejadah Rindu,


Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud belajar mencari makan sendiri.. (2markah)

(ii) Nyatakan gambaran watak Tuan Booth seperti yang dinyatakan dalam petikan di
atas? (3 markah)
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar
masyarakat daripada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Skema Jawapan:
I) Maksud rangkai kata belajar mencari makan sendiri. ialah berdikari

ii) Watak Tuan Booth yang digambarkan dalam petikan ialah seorang lelaki kulit putih
yang gemar berseluar pendek, bertopi bulat dan terkenal kerana kemurahan
senyumannya.

iii) Satu latar masyarakat dalam petikan ialah latar masyarakat yang berdikari.
Contohnya Ahmad Mutawakkil berdikari mencari rezeki sendiri dengan bekerja di rumah
Tuan Booth.
Satu latar masyarakat dalam cerpen pula ialah latar masyarakat yang tidak berputus
asa. Contohnya masyarakat kampung yang tidak berputus asa membuka kampung
dengan penuh jerih dan payah.

Anda mungkin juga menyukai