Anda di halaman 1dari 76

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 PENGENALAN

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kokurikulum


pembelajaran di politeknik. Untuk persediaan para pelajar menjalani latihan industri
pelajar perlu mengambil dahulu modul soft skill. Pelajar juga disyaratkan lulus latihan
industri sebelum Sijil atau Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Malaysia. Pelajar
akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu semester bagi
mendedahkan pelajar-pelajar kepada suasana sebenar di tempat kerja yang berbeza
suasananya ketika pelajar-pelajar menuntut di politeknik.

1
1.1.1 PENDAHULUAN

Penekanan terhadap profesionalisme di negara ini semakin


dititikberatkan di dalam semua bidang dan di dalam konteks ini
bidang pendidikan tidak terkecuali. Pelbagai harapan telah disuarakan
oleh barisan pemimpin di dalam aspirasi negara untuk mencapai
tahap negara maju menjelang Wawasan 2020.

Profesion pembinaan memerlukan kefahaman yang paling


tinggi di dalam aspek teori dan kecekapan untuk mempraktikkannya.
Dalam merealisasikan harapan ini, kerjasama dan kesungguhan
semua pihak adalah amat penting. Disiplin diri perlu diterapkan supaya
objektif pelaksanaan dapat dicapai seterusnya melahirkan graduan yang berilmu,
berbudi dan berbakti kepada negara.

Program latihan industri adalah program luar kampus di mana para pelajar yang
akan menjalani program ini hendaklah memilih tempat atau menyerahkan kepada pihak
politeknik untuk mengaturkan tempat latihan industri sekiranya seseoarang pelajar itu
gagal menempatkan dirinya di salah sebuah firma mengikut tempoh masa yang
diberikan oleh pihak politeknik. Oleh itu, para pelajar disarankan supaya mencari
tempat yang sesuai dengan kursus yang diikuti atau bidang yang diceburi semasa di
politeknik supaya program ini dapat membantu serta memberi pengetahuan yang
berguna dan lebih praktikal kepada pelajar di dalam bidang yang diikuti. Secara tidak
langsung, ianya juga dapat membantu para pelajar memperoleh gambaran tentang
sesuatu kerja yang akan dilakukan kelak dan membolehkan para pelajar bersedia
memperbaiki kekurangan yang akan timbul di masa akan datang.

Dengan cara itu para pelajar dapat membuat perbezaan dengan keadaan yang
berlaku di politeknik berbanding dengan semasa menjalani latihan industri.

2
Ini disebabkan ketika berada di politeknik, kebanyakan pelajar hanya mempelajari ilmu
teori sahaja mengikut bidang yang mereka ceburi berbanding dengan program latihan
industri ini dimana mereka akan didedahkan dengan keadaan persekitaran pekerjaan
yang sebenar seperti bidang tugas yang berbeza, cara kerja, pengunaan prosedur serta
piawai yang ditetapkan dan sebagainya.

Sepanjang mereka mengikuti program latihan industri ini pelajar-pelajar adalah


tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat di mana mereka
menjalani latihan industri di samping tidak membelakangkan peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak politeknik.

1.1.2 LATAR BELAKANG LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar politeknik perlulah menjalani latihan industri selama satu


semester iaitu enam bulan. Pelajar adalah layak menjalani latihan industri setelah
mereka mendaftar modul latihan dan mendapat kedudukan baik atau kedudukan
bersyarat dalam peperiksaan akhir di tahap satu atau dua bagi sijil dan diploma.

Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan sama ada melalui Unit
Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) politeknik masing-masing atau membuat
permohonan sendiri untuk menjalani latihan industri sepanjang satu semester ini.

Pemilihan tempat latihan industri di jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi


swasta mestilah bersesuaian dengan bidang kursus latihan yang diambil oleh pelajar.

3
Hal ini untuk memastikan pelajar dapat mengaplikasikan segala teori-teori yang telah
dipelajari ketika pelajar menuntut di politeknik.

1.1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut :

i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.


ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di
politeknik dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama
pekerja.
iv. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
v. Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di industri.
vi. Menyediakan laporan rasmi dan tugas lain yang diarahkan oleh
politeknik.

1.1.4 OBJEKTIF LAPORAN

Setelah tamat menjalani latihan industri, setiap pelajar dikehendaki


menyediakan sebuah laporan. Laporan perlu dibuat berdasarkan apa yang telah pelajar
lalui dan lakukan ketika belajar sepanjang menjalani latihan industri. Laporan ini akan
diperiksa dan diserahkan kepada pensyarah-pensyarah yang berkenaan.

Objektif laporan ini dibuat adalah untuk :

4
i. Menilai sejauh mana pengetahuan, pengalaman, pengajaran yang
diperolehi dan difahami oleh pelajar sepanjang tempoh menjalani latihan
industri ini
ii. Menilai sejauh mana tumpuan, minat dan perhatian yang diberikan oleh
pelajar dalam menjalankan latihan industri ini.
iii. Menguji sejauh mana kemampuan pelajar untuk mengaplikasikan apa
yang dibuat dan dipelajari sepanjang tempoh latihan industri dalam
bentuk penulisan laporan.
iv. Memastikan pelajar telah memulakan latihan industri dengan
melaporkan diri dan menamatkan latihan industri dalam tempoh waktu
yang ditetapkan dengaan laporan ini dijadikan bukti kepada penamatan
latihan industri.
v. Selain daripada itu, pelajar boleh jadikan laporan ini sebagai satu bukti
yang menunjukkan bahawa pelajar mempunyai sedikit pengalaman
dalam bidang yang diceburi serta dapat membantu pelajar semasa ingin
memohon sebarang pekerjaan yang berkaitan.

1.1.5 KEPENTIGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan latihan yang berbentuk praktikal di mana setiap


pelajar yang mengambil kursus diploma perlu melaluinya selama satu semester iaitu
selama enam bulan. Dalam latihan ini pelajar-pelajar bukan sahaja dapat mendedahkan
diri ke dalam pekerjaan yang sebenar, malah dapat menggunakan dan mempraktikan
teori yang dipelajari. Pelajar juga dapat menambahkan serta memperbanyakkan
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

5
Dengan itu para pelajar dapat membuka minda untuk menerima, memahami dan
menyelesaikan masalah sesuatu arahan atau tugas diberikan serta mencari jalan
penyelesaian untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul.

Dengan latihan industri ini juga memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar untuk
menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang sebenar tidak semudah yang dipelajari sama ada
dalam bentuk teori mahupun amali. Melalui latihan industri ini, pelajar-pelajar dapat
menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sebagai bekalan untuk
menempuh alam kerja sebenar kelak.

Selain daripada itu, susah payah yang ditempuhi semasa menjalani latihan
industri sedikit sebanyak dapat member dorongan kepada para pelajar untuk terus
berusaha bagi mencapai kejayaan setinggi yang boleh.

Oleh itu, daya inisiatif perlu dimiliki oleh setiap pelajar sekiranya mahu
memajukan dan meningkatkan prestasi diri bagi menempuh alam pekerjaan yang
sebenar dan secara langsung menghadapi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

1.1.6 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Prosedur penempatan pelajar di sesebuah firma atau jabatan-jabatan kerajaan


adalah bergantung kepada para pelajar, sama ada memilih sendiri tempat latihan industri
atau meminta Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI) untuk mendapatkannya. Skop
latihannya berbeza-beza bagi setiap pelajar dan ianya bergantung kepada tempat pelajar

6
menjalani latihan industri serta mematuhi kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan
di firma-firma mahupun dengan jabatan kerajaan.

Saya telah memilih untuk menjalani latihan industri di MZah Perunding.


Sepanjang tempoh latihan industri di sini saya telah ditempatkan di tapak projek dan
saya telah didedahkan kepada kaedah dan cara-cara pembinaan jalan raya, jambatan dan
sebagainya. Selain itu, saya dapat mendisiplinkan diri saya untuk menjadi seorang yang
lebih penyabar dalam menyelesaikan kesulitan dalam kerja-kerja pembinaan jalan raya.
Pendedahan ini sedikit sebanyak memberi panduan dan pengalaman kepada saya untuk
berpeluang merasai alam pekerjaan yang sebenar.

1.1.7 CARA PENYUSUNAN LAPORAN

Dalam penghasilan laporan teknikal latihan industri ini, penyusunan yang teliti
telah dibuat mengikut Skema Garis Panduan Latihan Industri dan Penulisan Laporan.
Buku panduan ini telah diberikan kepada para pelajar yang akan menjalani latihan
industri sebagai sumber rujukan serta panduan dalam menghasilkan sebuah laporan
teknikal yang baik. Cara penyusunan laporan teknikal ini dibuat agar mudah difahami.
Di mana pada halaman kandungan disenaraikan seluruh isi kandugan dan bahagian
belakang atau lampiran dalam suatu susunan yang bersistematik. Ini memudahkan para
pembaca mencari bahagian-bahagian laporan dengan mudah.

1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

7
1.2.1 PENGENALAN ORGANISASI

MZah Perunding adalah sebuah syarikat pemilikan tunggal yang dimiliki oleh
Bumiputera penawaran firma perkhidmatan Malaysia dalam Kejuruteraan Awam dan
Struktur

1.2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

MZah Perunding telah ditubuhkan pada bulan Disember 2004 oleh Jurutera
Profesional Berdaftar Ir. Hj. Mohd. Zaim bin Abd. Hamid. Firma itu juga dapat
menawarkan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif dalam bidang Kajian,
Penyiasatan Tapak, Pengajian Teknikal, Asas Kejuruteraan, Kejuruteraan Struktur,
Kejuruteraan Bekalan Air, Jalan dan Saliran, Sistem Pembetungan, Penyediaan Kontrak,
Kelulusan Tender, Penyeliaan Tapak dan pengurusan.

Firma itu berusaha untuk operasi yang cekap dan berkesan di sebuah firma
perundingan kejuruteraan moden menggunakan teknik kejuruteraan moden dan alat
operasi termasuk keadaan seni Reka Bentuk Berbantukan Komputer (CAD) dan
merangka untuk meningkatkan reka bentuk dan mempercepatkan pengeluaran.

1.2.3 AHLI LEMBAGA PENGARAH

8
NAMA PEMILIK IR. HJ. MOHD ZAIM BIN ABD. HAMID
WARGANEGARA MALAYSIA
TAHUN KELAHIRAN 1962
KELAYAKAN ADV. DIP. CIVIL ENGINEERING (ITM) (1988)
MEMBER INSTITUTION OF ENGINEERS,
MALAYSIA (MIEM)
PROFESSIONAL ENGINEERING, MALAYSIA
(PE 9542)
REGISTERED AS ASEAN ENGINEER
(MEMBERSHIP NO : 02218)
REGISTERED AS ORDINARY MEMBER OF
REAM
(MEMBERSHIP NO : 02921)

1.2.4 AKTIVITI ORGANISASI

Menjalankan aktiviti perniagaan sebagai perunding professional dalam


kejuruteraan awam dan struktur.

Antara projek-projek yang pernah dikendalikan adalah :

JAN 1996 TO DECEMBER 2004 - PARTNER, NUSA NETWOR


Consulting Engineers

9
1. Cadangan Membina dan Menyiapkan 95 Unit Rumah Teres Kos Sederhana 1
Tingkat di atas Pecahan Lot PT2001-2095, Mukim Guntong, Daerah Limbat,
Jajahan Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. (RM 4.1M)
2. Cadangan Perumahan Kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor Di Atas Lot No
1819, Mukim Ampang Pecah Hulu Selangor (RM 4.0M)
3. Cadangan 174 Unit Rumah Berangkai 2 Tingkat Di Mukim Cheras Kuala
Lumpur Untuk Tetuan Syarikat Perumahan Pegawai-Pegawai Kerajaan Sdn.
Bhd.(RM 17.0M)
4. Cadangan Membina dan Menyiapkan Perumahan 101 Unit Yang Mengandungi
6 Unit Rumah Kedai 2 Tingkat, 7 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat, 20 Unit
Rumah Berkembar 1 Tingkat dan 68 Unit Rumah Teres 1 Tingkat di Chica, Kota
Bharu, Kelantan Darul Naim. (RM 4.0M)
5. Proposed Site Preparation Work and Other Related Work for Celcom
a) RBS, PCB, Kelantan (RM 2.5)
b) RBS, P.Mas, Kelantan
c) KBX, Pendek, Kelantan
6. Cadangan Membina Kompleks Ternakan Ayam di atas Lot 4414 HS(D) 124,
Mukim Pulau Kerengga, Daerah Marang, Terengganu. (RM 2.0M)
7. Cadangan Pembinaan Stesen Minyak
a) Petronas, R.Panjang, Kelantan (RM 2.9M)
b) Petronas Setiu, Terengganu
c) Mobil, Jln Sri Kembangan, Selangor
d) Mobil, Sg. Buloh, Selangor
8. Cadangan Pembinaan Padang Golf 18 lubang di Pulau Pupi, Tasik Kenyir, Hulu
Terengganu, Terengganu. (RM 1.5M)
9. Cadangan Membina dan Menyiapkan
a) 9 Unit Rumah Kedai/Pejabat 3 Tingkat, W. Bharu, Kelantan.(RM 3.6M)
b) 12 Unit Rumah Kedai Ketereh, Kelantan
10. Cadangan Membina Sebuah Bangunan Pejabat MPKT 2 Tingkat, Sebuah
Kantin, Garaj Kereta & Lori Di Atas Lot 10113, Gong Badak, Mukim Kuala
Nerus, Daerah Kuala Terengganu. (RM 2.0M)
11. Cadangan Membina dan Menyiapkan Medan Usahawan (Medan Serendah
Sekebun Bunga) 2 Tingkat di persekitaran Stadium Sultan Mohamed 1V, Kota
Bharu, Kelantan Darul Naim (RM 5.0M)
12. Cadangan Pembinaan Stadium Bandar Baru Selayang untuk Tetuan Majlis
Daerah Gombak Selangor Darul Ehsan. (RM 25.0M)

10
13. Membina & Menyiapkan Jalan Premix untuk Jalan 4, 2, 15,16,19,20,21 dan
Jalan 22, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul
Naim. (RM 6.0M)
14. Cadangan Pembinaan Jalan dan Longkang Blok F, Sebelah Masjid & Jalan
Radar Ribut di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Kota Bharu,
Kelantan D.Naim (RM 2.0M)
15. Naiktaraf Jalan ke Kawasan Perindustrian Semambu, Pahang Darul Makmur.
(RM 18.0M)
16. Pelaksanaan Projek Jalan Tok Adis, Fasa 2, Kuala Terengganu Secara Design &
Build & Rundingan Terus (RM 8.0M)
17. Cadangan Membina dan Menyiapkan Projek Sekolah SMK Astana, Kuantan,
Pahang Darul Makmur (RM 18.0M)
18. Cadangan Membina dan Menyiapkan Projek Sekolah SK Cedong Jaya, Maran,
Pahang Darul Makmur (RM 9.0M)
19. Cadangan Membina dan Menyiapkan Projek Sekolah SK Meranto, Gua
Musang, Kelantan Darul Naim (RM 90M)
20. Cadangan Membina dan Menyiapkan Projek Sekolah SK Seri Mahligai, Kuala
Krai, Kelantan Darul Naim (RM 9.0M)
21. Design, Construction, Completion And Commissioning Of The Proposed Kolej
Kejuruteraan Kubang Kerian (Kawasan Hospital Kota Bharu), Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim. (RM 16.0M)
22. Merekabentuk Dan Membina Projek Bekalan Air Kuala Krai, Kelantan Darul
Naim (RM7.7M)
23. Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Pusat Rakan Muda
a) di Lot PT10427, Mukim Chukai, Kemaman, Terengganu. (RM 12.0M)
b) di Lot 919 & 920, Mukim Luit, Daerah Maran,Pahang.

1.2.5 HALATUJU ORGANISASI

1.2.5.1 Visi

Bertindak balas kepada kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera


tekno-usahawan dalam sektor perkhidmatan

1.2.5.2 Misi

11
Untuk memahami keperluan khusus pelanggan dan mengambil perkhidmatan
professional kerja yang terbaik serta cara dan kaedah yang memenuhi permintaan
tertinggi

1.2.5.3 Objektif

Untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan,


memenuhi peraturan berkanun dan mencapai standard tertinggi amalan profesional

1.2.5.4 Matlamat

Menjadi peneraju utama syarikat penjagaan kesihatan global dengan


menghaasilkan penyelesaian perubatan berinovatif untuk menyembuhkan pesakit dan
menyumbang nilai melalui pengurusan klinikal yang terbaik dalam apa jua yang kita
lakukan.

1.2.5.5 Nilai-nilai Kita

1. Kita semua bertanggungjawab memberikan keputusan yang sungguh cemerlang


kepadaa rakan kongsi, pesakit dan rakan sekerja kita.
2. Kita adalah rakan kongsi yang sempurna, sentiasa bekerjasama dengan rakan
sekerja dan pelanggan untuk menjana idea berinovatif supaya dapat
menyelesaikan masakah kesihatan yang semakin mencabar.
3. Kita adalah professional yang sentiasa memberi perhatian serta komited
terhadap peningkatan kesihatan dan keselesaan pesakit seluruh dunia.
4. Kita berusaha untuk memahami sepenuhnya kehendak pasaran, pelanggan,
masyarakat dan pekerja kita.

1.2.6 CARTA ORGANISASI

12
-HBWSF H I R A J . I
ASEDTZMN
P UZ EOA GA H Z H A
UIAHDL
ERHADNMKFB R ML A
A IH A
LD I
O HC D
N
& F
B
H J H
T

GSUABEFIY ZL L U IM U AE B S A L
DNOOPCIIBH& B TA I F P T F S L S

AHNRK
BIFEYTSHAA B AN C DR K& E
YA SH U R I I
HPUM I N I P I
CIRANNC
LSUM I IA
N A I G
IT
SILUAS T N I
UTLR AN I
TUP I
NO N
AI
TL

13
BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, ia ringkaskan segala aktiviti semasa menjalani latihan industri.
Sepertimana yang dikehendaki oleh pihak akademik politeknik, setiap pelajar yang
menjalani pengajian di politeknik perlu menempuhi latihan industri dalam memenuhi
syarat yang ditetapkan oleh pihak politeknik itu sendiri. Dalam bab ini, ia menerangkan
sedikit sebanyak perkara yang membabitkan penglibatan pelajar dalam menjalani alam
pekerjaan yang sebenar. Dalam firma MZah Perunding ini, sedikit sebanyak
pengetahuan dan pengalaman dapat dikutip dan menjadi pedoman dalam meneruskan
latihan industri.

14
Ingin dikongsi bersama, dalam tempoh hmpir lima bulan di MZah Perunding amat
bermakna. Ini kerana, banyak ilmu yang dapat dikutip dan ini memberi kelebihan dalam
diri untuk lebih maju dan memahami dunia pekerjaan dengan lebih jelas. Ditempatkan
di tapak projek amat menyeronokkan. Dalam bab ini juga, segala aktiviti dinyatakan di
dalam bab ini mengikut urutan minggu.

2.2 JADUAL RINGKASAN AKTIVITI

Jadual di bawah adalah ringkasan daripada aktiviti yang telah saya lakukan
sepanjang saya menjalani latihan industri di MZah Perunding. Dari minggu pertama
hingga minggu terakhir.

MINGGU & TARIKH AKTIVITI MINGGUAN

1. Melaporkan diri di Mzah Perunding


2. Mengadakan perjumpaan dengan pegawai yang
bertanggungjawab untuk menyelia pelajar-pelajar
1
latihan industri dan memberikan penerangan
30 NOVEMBER 2014
seperti di bawah
HINGGA i. Disiplin diri
ii. Cara pemakaian di pejabat dan di tapak
4 DISEMBER 2014
3. Di tempatkan bersama-sama arkitek
4. Berjumpa dan berkenalan dengan pegawai dan
pekerja-pekerja di pejabat
5. Aktiviti membaca lukisan/pelan
6. Aktiviti menggunakan aplikasi AutoCad

1. Membuat lukisan menggunakan aplikasi AutoCad


2
sebagai latihan
7 DISEMBER 2014
2. Melawati tapak projek di Kok Lanas dan di telah
HINGGA
ditempatkan di sana untuk proses pembelajaran.

15
11 DISEMBER 2014 3. Diberikan penerangan mengenai projek yang
dijalankan dan pekerja-pekerja yang terlibat.

1. Penerangan mengenai cerucuk oleh En. Abdul


Rahman
i. Jenis-jenis cerucuk dan saiznya
3 ii. Penggunaanya dan kesesuaiannya untuk
14 DISEMBER 2014 digunakan
iii. Simbol di dalam lukisan
HINGGA
2. Penerangan mengenai struktur iaitu jambatan
18 DISEMBER 2014
dengan lebih jelas dan terperinci termasuklah
jenis-jenis rasuk dan bahgian-bahagiannya yang
terlibat.

1. Penerangan mengenai konkrit sambil melawat


4 tapak. Antaranya ialah :
i. Gred konkrit
21 DISEMBER 2014
ii. Nisbah bancuhan
HINGGA iii. Ujian-ujian konkrit
24 DISEMBER 2014
2. Pemilihan gred konkrit hendaklah mengikut
struktur yang hendak dibina.

5
27 DISEMBER 2014 CUTI BENCANA (BANJIR)
HINGGA
1 JANUARI 2015

1. Penjelasan dari En. Abdul Rahman mengenai


6
infrastruktur berserta contoh serta fungsinya yang
4 JANUARI 2015
tersendiri.
HINGGA

16
8 JANUARI 2015 2. Sesi mengenal jenis jentera yang digunakan serta
fungsinya sambil melawat di tapak bina.

1. Mempelajari mengenai penggunaan tanah sesuai


7
atau tidak sesuai dalam kerja binaan
11 JANUARI 2015
2. Memahami mengenai jenis batu-batuan bagi
HINGGA
setiap peringkat kerja yang dilakukan
15 JANUARI 2015 3. Penerangan tentang system saliran seperti
longkang dan pembetung

8 1. Memahami segala kerja dan perkara yang terlibat


18 JANUARI 2015 didalam kerja-kerja jalan, jentera yang digunakan
HINGGA serta peringkat-peringkat pembinaan jalan.
2. Mempelajari setiap ujikaji yang dilakukan bagi
22 JANUARI 2015
setiap lapisan permukaan jalan

1. Membuat lawatan ke tapak bina bagi kerja


9
pengorekan tanah lembut (Unsuitable Material)
25 JANUARI 2015
untuk digantikan dengan pasir dan tanah
HINGGA
2. Membuat lawatan ke tapak bagi kerja-kerja
29 JANUARI 2015
pemasangan kain hamparan TS40 (geotextile)
bagi kawasan tanah yang berlumpur.(USM)

1. Mengambil perhatian di tapak ketika kerja tanah


dilakukan seperti :
i. Kerja mengorek tanah permukaan
10
ii. Kerja mengorek tanah
1 FEBRUARI 2015
lembut/berlumpur(USM)
HINGGA iii. Kerja menggantikan USM
iv. Kerja menghampar hamparan TS40
5 FEBRUARI 2015
2. Memahami aras tanah yang perlu dikorek untuk

17
di tukar ganti

11 1. Mempelajari jenis jentera yang terlibat semasa


8 FEBRUARI 2015 kerja-kerja mencuci kawasan dilakukan
2. Memahami faktor keselamatan yang perlu
HINGGA
diambil kira semasa kerja tersebut dijalankan bagi
12 FEBRUARI 2015
mengelakkan kemalangan jiwa kepada orang
awam/penduduk setempat

1. Mempelajari penyusunan dan pemasangan


sangkar bagi perlidungan tebing sungai daripada
hakisan serta kaedah susunan batu ke dalam
12 sangkar.
2. Mengetahui perbezaan antara sangkar batu dan
15 FEBRUARI 2015
hamparan batu serta fungsi dan kesesuaian
HINGGA
penggunaanya.
18 FEBRUARI 2015
3. Mengikuti kerja-kerja menarik kabel bagi
menegaskan rasuk sebelum ia dilancarkan
4. Dapat mengetahui mesin dan jentera yang
digunakan untuk menyempurnakan kerja-kerja
menegangkan rasuk

1. Memantau kerja-kerja pelancaran rasuk


UHPC(DURA) di jambatan 1 bersama-sama
13 Encik Suhaidi(Resident Engineer) dan Encik
22 FEBRUARI 2015 Syarif (Projek Manager)
2. Mengambil bahagian dalam kerja menampal
HINGGA
simen bagi menutup lebihan kabel yang telah
26 FEBRUARI 2015
dipotong. (Grouting)

18
3. Mengetahui cara bancuhan dan bahan tambah
bagi kerja menampal simen(Grouting)

14
1 MAC 2015 1. Melibatkan diri dengan melakukan ujian tanah
HINGGA iaitu Fail Density Test (FDT) di setiap lapisan
5 MAC 2015 tanah yang telah ditambak.
2. Mempelajari prosedur kerja yang betul dan
membuat pengiraan bagi data yang telah diambil.

1. Melihat kerja-kerja mencuci kawasan bagi


kawasan yang terlibat untuk kerja-kerja
15 menambak tanah pada lapisan yang seterusnya.
2. Mermerhati kerja-kerja mengorek serta
8 MAC 2015
membuang tanah lembut (USM) untuk ditukar
HINGGA
ganti dengan tanah/pasir.
12 MAC 2015
3. Memantau kerja-kerja hamparan TS40
(geotextile) bagi kawasan bertanah lembut.
4. Melihat cara kerja menambak tanah dilakukan
bagi kawasan yang terlibat.

1. Mempelajari mengenai kaedah pengiraan


bancuhan konkrit di tapak bina.
16
2. Mendengar penerangan mengenai kegunaan
15 MAC 2015
borang Request For Information (RFI), iaitu
HINGGA
borang untuk catatan sebarang kerja yang
19 MAC 2015
dilakukan di tapak bina.
Setiap kerja-kerja struktur atau infrastruktur yang
dijalankan hendaklah dicatat ke dalam borang
tersebut (RFI) bagi mendapatkan kelulusan

1. Memantau kerja-kerja menambak tanah bagi

19
menggantikan USM (unsuitable material) bagi
17 lapisan tanah yang ke-6 (LHS).
2. Mengetahui jenis lori yang digunakan dalam kerja
22 MAC 2015
menambak tanah.
HINGGA
i. Jengkaut (Excavator)
26 MAC 2015 ii. Back Pusher
iii. Lori angkut

1. Memantau kerja-kerja mencuci kawasan bagi


18 pemasangan
pembetung (culvert)
29 MAC 2015
2. Mempelajari cara bagaimana kerja-kerja
HINGGA
penyambungan dan pemasangan pembetung
2 APRIL 2015
(culvert) dilakukan di tapak bina.
3. Melihat sendiri kerja-kerja pengorekan semula
pembentung (culvert) untuk penambahbaikan lagi
sistem saliran yang sedia ada di tapak bina.

1. Aktiviti pelancaran rasuk bagi jambatan 1 dan


19 jambatan 2 melibatkan rasuk UHPC(DURA)
2. Dapat mengetahui bagaimana prosedur-prosedur
5 APRIL 2015
melancaran rasuk dengan betul dan selamat
HINGGA
termasuklah penyediaan tapak bagi jentera iaitu
9 APRIL 2015
kren yang akan mengangkat rasuk tersebut.
3. Mengetahui bahawa hanya pekerja dan operator
yang mahir dan berpengalaman sahaja yang dapat
melakukan kerja ini

20 1. Menghadirkan diri di pejabat bagi menghabiskan


12 APRIL 2015 minggu akhir latihan praktikal
2. Membuat Estem untuk Ground Beam dan
HINGGA
Column bagi sebuah unit banglo berdasarkan
16 APRIL 2015

20
lukisan yang diberikan
3. Meninjau tapak projek bersama jurutera-jurutera
syarikat bagi Cadangan Membina Sebuah Stesen
Minyak di Daerah Peringat
i. Bacaan paras tanah bagi kawasan yang
terlibat
ii. Keadaan kawasan yang terlibat
iii. Peralihan tiang api yang perlu diberi
perhatian bagi kawasan yang terlibat
4. Menyiapkan laporan yang tertunda

21
BAB 3

UJIAN KEMAMPATAN TANAH (FIELD DENSITY TEST - FDT) & UJIAN


KANDUNGAN KELEMBAPAN (SPEEDY TEST)

3.1 OBJEKTIF

Untuk mendapatkan ketumpatan kering di tapak sebagai kawalan pemadatan


tanah.

22
3.2 TEORI

Apabila kerja-kerja pemadatan sedang dijalankan di tapak bina, adalah baik satu
ujian dijalankan bagi menentukan ketumpatan kering yang sedang dipadat di tapak
pembinaan. Dengan cara ini, darjah pemadatan dapat ditentukan sama ada ianya
mencapai piawaian atau spesifikasi yang diinginkan. Dengan ini, tindakan yang perlu
yang boleh oleh penguasa di tapak pembinaan.

3.3 RADAS/BAHAN

1. Pasir tumpat (density sand) - 3000g


2. Tukul
3. Pahat
4. Silinder berkon
5. Pita ukur
6. Berus
7. Beg plastik
8. Bekas (container)

23
Rajah 3.3a Peralatan Ujian Kemampatan Tanah

Rajah 3.3b Pasir yang ditimbang

24
3.4 KAEDAH

1. Penandaan untuk ujian FDT telah ditentukan oleh pihak JKR atau Jurutera
2. Plate diletakkan di atas penandaan yang hendak dikorek, kemudian korek
dengan menggunakan pahat sehingga kedalamannya mencapai 6 inci.
3. Sampel tanah yang telah dikorek tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam beg
plastik
4. Kemudian letakkan silinder besi berkon di atas plate mengikut lubang yang ada
pada plate dan masukkan standard sand ke dalam. Buka penutup yang terdapat
di bahagian bawah silinder besi berkon. Tutup semula penutup selepas
pergerakan pasir/standard sand telah berhenti.
5. Baki pasir tumpat yang tertinggal di dalam kon diambil dan dimasukkan ke
dalam beg plastik
6. Ulang langkah yang sama bagi penandaan yang berikut :
Kaedah ini dilakukan di tapak bina
7. Sampel tanah yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik tadi dimasukkan ke
dalam bekas dan ditimbang. Bekas perlulah ditimbang dahulu dan direkodkan.
Kemudian masukkan ke dalam oven selama 24jam.
8. Untuk mengetahui nilai peratusan di tapak, nilai ketumpatan kering maksima
dan kandungan lembapan optima tanah tersebut mestilah diperolehi telebih
dahulu. Jika nilai ketumpatan kering maksima dan kandungan lembapan optima
belum diperolehi, maka sampel tanah di tapak bina perlu dibawa ke makmal
untuk ujian Pemadatan Proctor.

25
3.5 LANGKAH-LANGKAH UJIAN KANDUNGAN KELEMBAPAN
(SPEEDY)

1. Pembersihan
Bersihkan bekas periuk dalam dengan berus dan kain

2. Timbang sampel
Timbang sampel sehingga tanda merah yang betul (selaras dengan rod)

3. Isikan sampel
Dimasukkan ke dalam sampel yang di sebelah bekas pan

4. Isikan penyerap
Letakkan 2-3 sudu penyerap di lain sisi bekas kuali, mengelakkan
percampuran sampel dan penyerap

5. Tutup penutup
Tutup penutup dengan mengunci 3 tombol plastik untuk memastikan
tidak ada kebocoran daripada bekas kuali

6. Mencampurkan
Campurkan sampel dengan penyerap dengan tegak dan berputar separuh
bulat (anti arah jam dan arah jam) pan selama 2-3 minit

7. Selepas mencampurkan

26
Apabila tolok telah berhenti meningkat, sentuh permukaan tolok dengan
jari untuk memastikan bacaan adalah stabil. Merekodkan bacaan dalam
%. (bacaan ref: skala luar (%) daripada peratusan berat basah)

8. Melepaskan tekanan
Selepas ujian, melepaskan prosedur dengan memutarkan tombol plastik
anti-arah jam satu persatu. Pastikan untuk membuka penutup menghadap
jauh dari badan untuk mengelakkan berbau gas

9. Nota penting
Untuk kandungan air yang tinggi iaitu lebih daripada 20%, ujian diulangi
dengan menggunakan berat tembaga standard yang ditetapkan seperti di
atas. Keputusan yang diperolehi daripada tolok kelembapan itu
hendaklah didarab dengan 2

Rajah 3.5a Peralatan Ujian Kandungan Kelembapan

3.5.1 LANGKAH BERJAGA-JAGA

27
Campuran dalam sampel dan penyerap akan membentuk gas yang mungkin
berbahaya. Elakkan dari api dan haba, tegas menjauhkan diri dari merokok
rokok semasa menjalankan ujian

3.5.2 PENENTU UKURAN

Penentu ukuran sendiri boleh dilakukan secara berkala atau apabila perlu dengan
membandingkan unit penguji ujian kelembapan terhadap kaedah pengeringan
ketuhar menggunakan tanah sama / sampel pasir.

FORMULA

1. Mass of sand in hole = 3000g mass of sand after test 459g


2. Bulk density of soil = (mass of excavated soil/mass sand in hole) 1.288
3. Dry density of soil = (bulk density of soil 100) / (100 + moisture content)
4. Relative compaction = (dry density of soil / 1.880) 100

28
BAB 4

KERJA-KERJA PASCATEGANGAN (POST TENSIONING WORKS)

4.1 PENGENALAN

Cadangan sistem pascategangan hendaklah menjadi sistem PSC Freyssinet K-Range


seperti yang dinyatakan di dalam risalah. Sistem ini telah digunakan di Malaysia lebih
daripada 40 tahun dan mewakili pembangunan sistem PSC Freyssinet yang telah
dimulakan lebih daripada 70 tahun yang lalu. Pascategangan adalah kaedah
memperkukuh (menguatkan) konkrit atau bahan-bahan lain dengan lembar keluli
kekuatan tinggi atau bar, biasanya dirujuk sebagai tendon. Aplikasi pascategangan
termasuk pejabat dan pangsapuri bangunan, struktur tempat letak kereta, papak ke
tanah, jambatan, stadium sukan, batu dan sauh tanah, dan air-kereta kebal.

29
Dalam banyak kes, pasca tegangan membenarkan pembinaan yang sebaliknya akan
menjadi mustahil kerana sama ada kekangan tapak atau keperluan seni bina.

Walaupun sistem pascategangan memerlukan pengetahuan dan kepakaran untuk


mereka-reka, memasang dan memasang khusus, konsepnya adalah mudah untuk
diterangkan. Bayangkan satu siri blok kayu dengan lubang digerudi melalui mereka, ke
mana band getah thread. Jika seseorang memegang hujung band getah, blok akan
mengendur. Pascategangan dapat dibuktikan dengan meletakkan kacang sayap pada
kedua-dua hujung band getah dan penggulungan band getah supaya blok ditolak ketat
bersama-sama. Jika seseorang memegang kacang sayap selepas penggulungan, blok
akan kekal lurus. Band getah diperketatkan setanding dengan tendon pascategangan
yang telah diregangkan oleh bicu hidraulik dan diadakan di tempat oleh peranti jenis
baji anchoring

4.2 BAHAN-BAHAN

4.2.1 PC STRANDS

PC strands adalah berdiameter 15.2 mm, 7 dawai bersantai rendah helai


mematuhi ASTM A416-80.

30
Lembar prategasan yang bergantung kepada ketersediaan hendaklah daripada
Southern PC Wire Sdn Bhd atau Kiswire Company Sdn. Bhd. Selain menjalankan
pemeriksaan kawalan kualiti dalaman dalam pembuatan, ia juga membekalkan barang
pembuatan sijil ujian dengan setiap gegelung pendirian.

4.2.2 BERLABUH (ANCHORAGES)

Semua berlabuh adalah PSC berlabuh jenis K-Range adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam risalah. Setiap berlabuh terdiri daripada besi tuang kelabu
GUIDE yang wujud di dalam struktur konkrit yang mengedarkan daya tendon PTA
blok hujung konkrit. Ke PANDUAN duduk BLOK yang berlabuh, yang ke dalamnya
lembar yang berlabuh dengan cara rahang, setiap dikunci ke dalam lubang tirus dalam
BESAR. Program Jaminan Kualiti meliputi pembuatan semua komponen berlabuh.

4.2.3 KERJA-KERJA JEREJAK

Jerejak yang berkualiti tinggi keluli tergalvani digunakan untuk melindungi


kabel dalam konkrit.

31
4.3 PERALATAN

Peralatan yang berikut boleh digunakan untuk kerja-kerja pascategangan :

PSC Frey sambil menegaskan jacks K700


Pam hidraulik penegangan
Grout Mixer
Pam Grout

Rajah 4.3a Mono Jacks

32
Rajah 4.3b Jacks K700

Rajah 4.3c Baji gripfast

33
4.4 KERJA-KERJA DI TAPAK

Perkakasan prategasan dibekalkan ke tapak dengan teliti dan diletakkan, ditekan


serta diturap. Kerja-kerja tapak terdiri daripada lima kategori :

4.4.1 MELETAKKAN DAN MENETAPKAN CABLE DUCT

Ia adalah amat penting untuk memastikan bahawa profil kabel ditandakan


dengan tepat (untuk toleransi + 10mm). Sebelum meletakkan duktus, bar sokongan
kabel hendaklah diikat kepada stirrups keluli, yang sebelum ini telah direka dan
dipasang oleh kontraktor utama. Sokongan kabel ditetapkan pada lat tempoh yang tidak
lebih daripada 1 meter.

Semua saluran perlu bersendi dengan Pengganding salur dan dimeteraikan


dengan pita secukupnya untuk mencegah kemasukan simen grout dalam konkrit.

Sambil menegaskan tuangan berlabuh hendaklah dipasang dengan kukuh pada


acuan dengan menggunakan bolt dan nat, lubang grouting hendaklah ditetapkan di
buntu dan lembar hendaklah diletakkan sebelum konkrit.

34
4.4.2 MELETAKKAN STRAND

Lembar bergelung hendaklah dipasang ke dalam gegelung gulana-pek supaya


helai boleh ditarik dari pusat keluar dengan sekurang-kurangnya usaha. Lembar itu
kemudian berjalan keluar mengikut panjang yang dikehendaki dan dipotong dengan
pemotong geseran kelajuan tinggi. Lembar dipotong kemudiannya menolak melalui
salur dengan tangan atau dengan sehelai penolak. Bilangan helai setiap saluran adalah
seperti yang dinyatakan dalam lukisan kedai.

4.4.3 KONKRIT

Ia adalah penting bahawa kontraktor tidak menggantikan bar sokongan kabel


atau kerusi bar dalam konkrit. Getaran Poker hendaklah disimpan jauh dari saluran
kabel untuk mengelakkan kerosakan / menumbuk duktus kemungkinan.

4.4.4 PRATEGANGAN

Prategangan akan bermula sebaik sahaja pemindahan kekuatan kiub yang


diperlukan ditentukan oleh Jurutera dicapai. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku
keperluan acuan pelucutan awal, sebahagian menekankan hendaklah dijalankan.

Dalam menekankan, tekanan jacking nominal 500 psi hendaklah digunakan


untuk setiap kabel untuk mengambil-up kabel kendur. Pengukuran sambungan kabel
akan menggunakan pita pengukur atau keluli pemerintah. Lanjutan diukur pada 500 psi

35
hendaklah diambil sebagai datum untuk ekstrapolasi dan pengiraan lanjutan sebenar
kabel.

Selepas menamatkan daripada menekankan, lebihan hendaklah ditampal dengan


pasir / simen grouting operasi berikutnya.

4.4.5 GROUTING

Operasi grouting akan bermula secepat mungkin selepas selesai operasi


menekankan. Komposisi Grout adalah 5 gelen air untuk 50 kg merangkul simen untuk 1
paket grout tambahan. Grouting hendaklah dipam melalui lubang grout di tempat
berlabuh buntu dan hendaklah meneruskan sehingga grout konsisten mengalir keluar
dari hujung yang bertentangan. Pada ketika ini outlet grout yang disekat-off, tekanan
grout yang meningkat kepada kira-kira antara 0.2N / mm2 untuk 0.4N / mm2 (30
hingga 60 psi) dan kemasukan grout yang dimeterai dan masih ditutup untuk tempoh
sekurang-kurangnya satu jam selepas grouting.

4.5 KELEBIHAN PASCATEGANGAN

Untuk menghargai sepenuhnya faedah pascategangan, ia membantu untuk tahu


sedikit tentang konkrit. Konkrit adalah sangat kuat dalam mampatan tetapi lemah dalam
tegangan, iaitu ia akan retak apabila daya bertindak untuk tarik selain. Dalam
pembinaan konkrit konvensional, jika beban seperti kereta dalam garaj tempat letak
kenderaan digunakan untuk papak atau rasuk, rasuk akan cenderung untuk
memesongkan atau mengendur. Pesongan ini akan menyebabkan bahagian bawah rasuk

36
memanjang sedikit. Malah pemanjangan sedikit biasanya cukup untuk menyebabkan
keretakan. Steel memperkukuh bar ("rebar") biasanya tertanam dalam konkrit sebagai
tetulang tegangan untuk menghadkan lebar retak. Rebar adalah apa yang dipanggil
"pasif" tetulang bagaimanapun; ia tidak membawa apa-apa berkuatkuasa sehingga
konkrit telah dipesongkan cukup untuk retak. Pascategangan tendon, di sisi lain,
dianggap "aktif" memperkukuh. Kerana ia dikenakan daya prategasan, keluli adalah
berkesan sebagai tetulang konkrit walaupun mungkin tidak akan retak. Struktur
pascategangan boleh direka untuk mempunyai pesongan yang minimum dan retak,
walaupun di bawah beban penuh.

37
BAB 5

KERJA-KERJA BAR TETULANG

5.1 PENGENALAN

Dalam kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi berbentuk
bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang. Konkrit biasanya tidak berupaya
menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan. Struktur struktur
seperti tiang , lantai, rasuk dan lain-lain bahagian sering mengalamai tegasan tegangan.
Oleh itu, konkrit biasa adalah tidak sesuai digunakan, maka ia diatasi dengan
menggunakan konkrit bertetulang (Reinforcement Concrete iaitu dengan
mencantumkan besi tetulang dengan konkrit.

38
5.1.1 JENIS BAR TETULANG

1. Keluli Lembut/Hot Rolled Mild Steel


2. Bar Berbunga / Deformed Bar
3. Tetulang Anyaman / BRC Steel Fabric
4. Dawai Keluli Tegangan Tinggi / High Tensile Wire

5.1.2 PENYIMPANAN BAR TETULANG

Bagi kegunaan di tapak, besi tetulang dihantar ke tapak. Apabila ia sampai ke


tapak ia perlu diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabila besi tetulang telah
sampai ke tapak bina, periksa keadaan bar tetulang itu dan perhatikan kadar karatnya
dan kebengkokkannya. Jika sekiranya kadar karat terlampau teruk, ia hendaklah
digantikan kerana kemungkinan ia akan merosakkan struktur bangunan. Bar-bar
tetulang hendaklah diletakkan di atas lapik mengikut pembahagian supaya ia tidak
berkarat dan mudah diambil untuk penggunaan. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan
sentiasa jauh dari kotoran minyak, tanah, karat dan lain-lain bahan. Tempat
penyimpanan besi tetulang di tapak projek.

Rajah 5.1.2a Penyimpanan bar tetulang

5.1.3 PEMBENGKOKAN BAR TETULANG

39
Lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan memainkan
peranan pada bahagian ini. Kerja pembengkokkan bar tetulang dilakukan mengikutnya.
Mesin pembengkok dapat dilihat dalam gambar dibawah.

Bar tetulang hendaklah dibentukkan cangkuk atau tambatan pada hujungnya.


Selepas ia dibengkokkan ia dihantar ke tapak dan dipasang ke dalam acuan. Bagi kerja
pemasangan ia diikat dengan menggunakan dawai halus yang berdiameter 1.63mm.

Rajah 5.13a Pembengkokan bar tetulang

5.1.4 PEMASANGAN TETULANG KELULI

40
Tetulang keluli yang dipasang pada struktur tiang, rasuk, dinding dan lantai
adalah perlu diikat dengan link. Kerja pengikatan adalah dilakukan dikawasan bawah.
Kerja-Kerja pengikatan link adalah seperti berikut :

i. Tetulang keluli yang hendak dipasang adalah diletakkan di atas dua


peranca
ii. Link akan dimasukkan kedalam sekeliling tetulang serta dijarakkan
mengikut details drawing besi.
iii. Seterusnya link diikat pada tetulang dengan dawai dengan cangkuk
pengikatnya

Rajah 5.14a Pemasangan tetulang keluli

5.1.5 SEMAKAN BAR TETULANG

41
Wakil P.P ataupun lebih dikenali dengan kerani tapak (Clerk Of Work) harus
menjalankan satu tugas yang penting dalam kerja-kerja konkrit ialah pemeriksaan besi
tetulang. Semakan semakan harus dubuat untuk memastikan tetulang disediakan
mengikut lukisan details besi. Kontraktor dikehendaki mengeluarkan permohonan untuk
pemeriksaan sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan. Permohonan tersebut lebih
dikenali dengan Request For Inspection(RFI).(Rujuk Lampiran 1.1.

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa RFI

1. Besi mestilah cukup berdasarkan lukisan struktur


2. Mestilah konkrit cover mematuhi syarat yang ditetapkan samaada dengan
spacing block dan lain-lain lagi
3. Meletakkan HYRID bertujuan untuk mengelakkan konkrit betul-betul
berada dalam kawasan konkrit

Rajah 5.15a Spacing block

42
Rajah 5.15b Hyrid

43
BAB 6

CERUCUK GEREK (BORE PILE)

6.1 PENGENALAN

Cerucuk gerek dibina dengan mengorek sebuah lubang bersaiz (diameter)


tertentu pada kedalaman yang diperlukan sebelum konkrit yang telah ditentukan
spesifikasinya dituang ke dalam lubang selepas kerja-kerja perletakan tetulang selesai.

44
6.1.1 PENDAHULUAN

Cerucuk gerek (Bore Pile) merupakan salah satu cerucuk yang digunakan dalam
pembinaan. Kaedah ini telah banyak dipraktikkan di negara-negara maju di dunia
seperti negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan termasuklah Singapura yang telah
menggunakan kaedah ini sejak tahun 1967 lagi. Teknologi ini digunakan kerana
keberkesanannya menanggung beban yang tinggi dan juga sesuai dengan semua jenis
tanah khususnya tanah lembut.

Cerucuk gerek ini bertindak sebagai asas untuk menahan beban yang
dipindahkan dari pile cap ke atasnya. Cerucuk gerek ini dibina dengan mengorek
lubang pada saiz (diameter) dan kedalaman tertentu di mana lapisan tanah keras (hard
layer) atau lapisan batu ditemui. Kemudian, ia dikonkritkan dengan kekuatan gred yang
telah ditetapkan selepas tetulang dimasukkan ke dalam lubang. Kaedah cerucuk gerek
ini juga menggunakan sejenis bahan yang berfungsi sebagai penahan dinding daripada
roboh yang dipanggil bentonite sullury. Selain itu, penyedutan keluar air dari bawah
tanah tidak diperlukan kerana kaedah penuangan konkrit yang dilakukan akan menolak
air dari dalam lubang keluar bersama bentonite sullury yang telah dimasukkan.

Pembinaan cerucuk gerek ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan kerana


struktur yang dibina dijamin kualiti dan ketahanannya. Namun terdapat juga kelemahan
yang perlu diperhatikan di mana cerucuk gerek memerlukan kos yang amat tinggi serta
memerlukan kepakaran dalam pembinaannya dan juga memerlukan masa yang agak
lama untuk disiapkan. Namun demikian, teknologi ini kerap dipraktikkan di negara kita
di atas permintaan oleh pihak-pihak yang tertentu.

45
6.2 KOMPONEN

Cerucuk gerek ini dibina dengan konkrit bertetulang dan ini menjadikannya
sebuah struktur atau cerucuk yang kuat dan kukuh. Komponen-komponen utama untuk
membina cerucuk gerek ini ialah :

6.2.1 KONKRIT

Konkrit adalah antara bahan utama yang digunakan untuk membuat cerucuk
gerek ini. Gred konkrit yang digunakan ialah jenis G40T. Ini bermakna konkrit yang
digunakan untuk membuat cerucuk gerek ini adalah konkrit yang berkekuatan tinggi
bagi menampung beban yang akan dikenakan. Konkrit ini juga mengandungi bahan
platisizer kerana kerja-kerja konkrit dilakukan di dalam air.

Sebelum itu, konkrit yang digunakan perlulah menepati spesifikasi yang telah
ditetapkan oleh JKR di mana jumlah slump yang dibenarkan ialah di antara 175mm
25mm. Setiap lori ready mix yang sampai akan diambil sampel konkrit dan dibuat
ujian penurunan (slump test).

Konkrit tersebut juga akan diambil sampel dan dibuat kiub untuk ujian kekuatan
tekanan di mana ujian kiub akan dilakukan mengikut spesifikasi JKR iaitu ujian pada
hari ke 7, 14 dan 28 hari. Setiap sampel kiub akan dilabelkan mengikut point cerucuk
tertentu dan ujian akan dilakukan di makmal JKR bagi mengetahui kekuatan yang
dicapai pada tempoh masa tertentu

46
6.2.2 TETULANG (REINFORCEMENT)

Tetulang merupakan bahan yang penting bagi menguatkan lagi kekuatan binaan
konkrit kerana ia akan memegang konkrit yang digunakan. Tetulang yang digunakan
dalam pembinaan cerucuk gerek ini bersaiz Y25 dan R12. Tetulang ini dipasang dengan
teliti di mana tetulang dipasang berbentuk silinder dan diameter tetulang ini bergantung
kepada diameter cerucuk gerek yang hendak dibina. Terdapat dua saiz diameter tetulang
yang dibina iaitu 800mm dan 900mm dan stirrup yang digunakan ialah jenis spirel
stirrup 225mm tengah ke tengah.

6.2.3 BAR PENJARAK (SPACER BLOCK)

Bar penjarak diletakkan pada tetulang yang berfungsi sebagai pelindung kepada
tetulang supaya terdapat jarak di antara tetulang dengan dinding tanah sebelum konkrit
dituangkan. Ia diletakkan pada jarak setiap 1.5 meter.

6.2.4 CECAIR PENGOREKAN (BENTONITE SULLURY)

Bentonite sullury merupakan bahan dalam bentuk cairan seperti lumpur yang
digunakan sebagai penopang kepada tanah parit yang dikorek supaya tidak runtuh
sewaktu proses pengorekan hingga ke proses penuangan konkrit.

Bentonite sullury yang digunakan untuk membina cerucuk gerek ini ialah
jenis BENTONIL GTC 4. Ia merupakan bentonite yang khusus untuk kegunaan kerja-

47
kerja kejuruteraan awam dan sebagai minyak penggali. Sifat-sifat utama bentonite
sullury ialah ia menghasilkan sejenis bahan seperti lumpur atau seperti simen mortar
dengan 45kg/m3 untuk 40 Marsh. Kadar alirannya apabila dituras adalah sangat rendah.
Nilai hasil turasan bentonite sullury ialah sebanyak 12ml. Ketinggian nilai kepekatan
bagi sifat plastiknya membolehkan bentonite sullury memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan. Apabila ia digunakan untuk kerja-kerja awam atau pembinaan, bentonite
sullury dapat memenuhi keperluan keadaan dalam pembinaan cerucuk gerek, dinding
diaphgram dan lain-lain di mana bentonite sullury berfungsi sebagai bahan yang
menahan tanah yang dikorek.

Kandungan kelembapan 9-11%


Isipadu pengampulan 14-16ml/g
Ketumpatan kelonggaran penguraian 0.8-0.005
Ketumpatan ketara penenggelaman 1.05-1.1
Ketumpatan berat spesifik 2.1
Nilai pH gel pada tahap 5% 9.8-10.5
Had kecairan pada Atterberg >400-450
Indek keplastikan (Analisis skrin di bawah air) 350-400
Kurang terperinci daripada 100 mesh 98-99%
Keledak pada skrin 7.4 2.2-2.5%

Jadual 6.2.4a Sifat teknikal bentonite sullury

6.3 PENGOREKAN

48
6.3.1 PENGOREKAN LUBANG

Pengorekan akan dilakukan pada kedalaman yang diperlukan dan seperti yang
ditetapkan oleh Pegawai Penguasa. Apabila pengiraan diperlukan oleh Pegawai
Penguasa, pihak kontraktor akan mengambil sampel tanah ketika lubang cerucuk
dikorek. Sampel tersebut akan dibawa ke makmal yang diiktiraf untuk tujuan ujian.
Sampel dan ujian akan dikeluarkan mengikut piawaian B.S 5930. Cerucuk tidak boleh
dikorek berdekatan dengan cerucuk yang baru dibina dan mengandungi konkrit yang
belum kering kerana ia akan menyebabkan kerosakan pada cerucuk tersebut.

6.3.2 KELONGSONG SEMENTARA (TEMPORARY CASING)

Kelongsong sementara yang disahkan kualitinya atau langkah lain yang diiktiraf
akan digunakan untuk mengekalkan kestabilan pengorekan lubang cerucuk yang
mungkin akan runtuh ketika kerja-kerja pengorekan dilakukan.

Kelongsong sementara akan dipastikan berada dalam keadaan tegak. Ia akan


disambung melalui penyambungan pada hujung kelonsong tersebut. Ketika kerja-kerja
konkrit dilakukan, ia perlu bebas daripada unjuran dalaman dan pengerasan konkrit di
mana ia mungkin akan mencegah formasi cerucuk semasa membentuk.

6.3.3 KESTABILAN PENGOREKAN

49
Penggunaan cecair pengorekan atau cecair tiang yang diiktiraf untuk
mengekalkan kestabilan pengorekan, aras cecair dalam pengorekan akan dikekalkan
supaya tekanan cecair sentiasa melebihi tekanan keupayaan oleh tanah dan air bawah
tanah.

Kelongsong sementara yang mencukupi akan digunakan dalam penyambungan


dengan kaedah memastikan kestabilan lapisan batu (strata) menghampiri aras tanah
sehingga konkrit siap dimasukkan. Aras cecair akan dikekalkan pada aras tidak kurang
dari 1 meter di atas aras air tanah.

Dalam sesuatu keadaan apabila lubang cerucuk yang telah dikorek kehilangan
cecair bentonite sullury dengan cepat, pengorekan tersebut akan ditimbus kembali
dengan segera dan arahan dari Pegawai Penguasa akan didapatkan terlebih dahulu untuk
menyambung semula kerja-kerja pengirekan pda lokasi tersebut.

6.3.4 PEMERIKSAAN

Untuk lubang pengorekan yang kering, setiap lubang akan diperiksa terlebih
dahulu sebelum dimasukkan tetulang dan konkrit ke dalamnya. Pemeriksaan akan
dilakukan bermula dari permukaan tanah kerana terdapat kes di mana diameter lubang
yang dikorek kurang dari 750mm dan lubnag mesti melebihi 750mm.

Peralatan yang mencukupi mengikut B.S 5930 akan disediakan untuk


membolehkan pihak kontraktor dan Pegawai Penguasa turun (dengan bantuan alat) ke
dalam lubang yang dikorek untuk tujuan pemeriksaan. Dan untuk lubang yang berair,

50
lubang akan diisi dengan cecair pengorekan atau air, alat probe yang sesuai akan
disediakan untuk memastikan kerataan dan kecucian asas cerucuk tersebut.

6.4 TETULANG

6.4.1 PENYAMBUNGAN BESI TETULANG

Besi tetulang akan mencapai kekuatan maksima melalui penyambungan


menyilang di antara bar tetulangnya. Penyambungan tersebut dilakukan agar tiada
penggantian tempat berlaku pada tetulang ketika pembinaan cerucuk dan ruang bar
tetulang akan dikekalkan agar tidak menghalang kerja-kerja konkrit.

6.4.2 KEDUDUKAN TETULANG

Blok pemisah (spacer block) yang mencukupi, tiub pengawal dan perletakan
wayar akan disediakan untuk mengekalkan besi tetulang pada kedudukan yang
ditetapkan.

Apabila kelongsong sementara digunakan, tetulang yang telah dijaring akan


dimasukkan dengan lebih dalam sekurang-kurangnya1.0 meter dari kelongsong agar
pergerakan tetulang ketika penarikan kelongsong adalah minima.

6.5 KERJA-KERJA KONKRIT

51
6.5.1 KEBOLEHKERJAAN KONKRIT

Kebolehkerjaan konkrit akan ditentukan oleh ujian penurunan (slump test)


berdasarkan M.S 26 di mana penurunan (slump) yang dicadangkan dengan terperinci
bagi setiap keadaan konkrit akan dispesifikasikan dalam jadual di bawah. Ujian
penurunan dikira pada masa konkrit dikeluarkan untuk dimasukkan ke dalam lubang
pengorekan.

Jenis Keadaan Yang Digunakan Penurunan (mm)


Meletakkan ke dalam lubang yang
tidak berair. 75 hingga 125
Ruang kedudukan tetulang yang
luas untuk pergerakan bebas di
antara tetulang.
Kedudukan tetulang yang tidak
luas dan tidak membenarkan bar
tetulang bergerak bebas.
Aras pembentukan konkrit dengan 100 hingga 175
menggunakan casing.
Diameter cerucuk kurang daripada
600mm.
Konkrit yang dimasukkan dengan
menggunakan paip tremie di 150 hingga runtuh
bawah air atau cecair pengorek.
Jadual 6.5.1a Penurunan (slump) bagi setiap keadaan konkrit

6.6 PENARIKAN KELONGSONG

6.6.1 ARAS KONKRIT

52
Ketika kelongsong sedang ditarik keluar, kuantiti konkrit yang mencukupi akan
dikekalkan di dalamnya untuk memastikan tekanan dari air luar, cecair pengorek atau
tanah melebihinya dan cerucuk tersebut serta kelongsong tidak akan tercemar. Konkrit
tidak akan dimasukkan bersama di dalam lubang apabila bahagian bawah kelongsong di
angkat ke atas konkrit. Konkrit akan diletakkan secara berterusan bersama-sama dengan
proses penarikan kelongsong sehingga aras konkrit yang diperlukan dicapai.

Langkah-langkah keselamatan akan diambil dalam semua keadaan di mana


pengeluaran air atau cecair pengorekan boleh menyebabkan kelongsong tersingkir
kerana penggantian oleh air mengalir ke dalam kedudukan terakhir ke atas dinding
batang cerucuk. Double casing digunakan dalam pengorekan dan kaedah kerja yang
dicadangkan akan diluluskan oleh Pegawai Penguasa.

6.6.2 PENARIKAN BERGEGAR

Penggunaan penarik bergegar akan membenarkan kelongsong dikeluarkan


dengan mudah dan mengurangkan gangguan semasa penarikan dilakukan seperti kabel
putus dan sebagainya. Penarikan perlu dilakukan dengan bantuan vibro hammer.

6.7 KAEDAH PEMBINAAN CERUCUK GEREK

6.7.1 KERJA-KERJA AWALAN

53
6.7.1.1 PENYEDIAAN TAPAK

Penyediaan tapak merupakan satu perkara yang mustahak dalam menjalankan


sesebuah projek pembinaan. Ini kerana susun atur tapak yang kemas dan teratur akan
memberikan impak yang baik dan keberkesanan kerja yang dilakukan. Oleh yang
demikian, keadaan tapak bina haruslah dirancang terlebih dahulu sebagai kerja-kerja
awalan pembinaan. Kedudukan laluan sementara, tempat menyimpan peralatan
pembinaan, penyimpanan bahan-bahan yang digunakan dan juga tempat menyimpan
jentera dan juga mesin yang digunakan perlulah ditempatkan di tempat yang betul bagi
memudahkan kerja dan mengelakkan berlakunya kesesakan apabila kerja-kerja
pembinaan dilakukan. Selain itu, kawasan pembinaan juga perlu sentiasa berada dalam
keadaan yang bersih dan kemas. Kerja-kerja awalan ini melibatkan pembinaan dan juga
struktur sementara dan kekal iaitu :

i Pejabat dan bengkel


ii Kawasan pembuangan sisa penyingkiran pasir dari bentonite
iii Kawasan stor
iv Kawasan lapang untuk penyimpanan dan pembentukan tetulang
v Kawasan menyimpan casting beam

Selain itu, pembinaan cerucuk gerek ini akan membabitkan laluan-laluan


bekalan air, bekalan elektrik dan telekom. Oleh demikian, kerja-kerja pemindahan utiliti
ini perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum bermulanya kerja-kerja pembinaan cerucuk
gerek. Selain daripada pemindahan utiliti, jalan raya sementara juga perlu disediakan
kerana pembinaan jambatan ini akan dibina melalui arah jalan lama.

6.7.1.2 UJIAN TAPAK

54
Setelah kerja-kerja awalan dilakukan, satu ujian sampel tanah (soil
investigation) perlu dilakukan pada tempat atau kawasan yang akan dibina bagi
mengetahui keadaan tanah. Ujian ini dilakukan dengan cara membuat penggalian pada
setiap tempat pile cap yang akan dibina dengan menggunakan mesin Multi Speed
Rotary Spindle (Y.W.E) bagi mendapatkan sampel tanah. Setiap sampel pada
kedalaman yang berbeza akan diambil dan dibawa ke makmal ujian. Ujian ini bertujuan
bagi mengetahui keadaan tanah pada setiap kedalaman yang digali contohnya kita dapat
mengetahui mungkin terdapat ruang kosong (cavity) pada kedalaman beberapa meter.
Setelah keputusan ujian dikeluarkan, aktiviti penggalian lubang cerucuk gerek boleh
dijalankan.

6.7.2 KERJA-KERJA PENGOREKAN

Kerja-kerja pengorekan lubang dilakukan dengan menggunakan jentera


pengorek Casagrande RM21 Mechanical Rotary yang berkuasa tinggi dan boleh
mencapai sehingga 2500 mm diameter dan mampu mencecah sehingga kedalaman 82
meter dalam.

Sebelum kerja-kerja pengorekan (bore) dilakukan, point yang hendak dikorek


akan ditandakan terlebih dahulu supaya tidak berlaku kesilapan pengorekan. Kesilapan
pengorekan akan memberikan kesan buruk kerana pengagihan beban yang tidak sekata
akan berlaku dan secara tidak langsung akan mengurangkan keupayaan struktur yang
dibina. Pengorekan dilakukan dengan menggunakan alat gerudi yang dipanggil augers
dipasang pada mesin pengorek. Saiz mata gerudi bergantung pada saiz lubang yang
hendak dikorek. Cerucuk gerek untuk pembinaan jambatan ini telah direkabentuk
kepada dua saiz iaitu 800 mm dan 900 mm diameter.

55
Mata gerudi (auger) diletakkan tepat pada titik yang telah ditanda dan ketegakan
kelly bar diperiksa terlebih dahulu dengan menggunakan spirit level agar
kedudukan kelly bar betul-betul dalam keadaan tegak. Setelah pemeriksaan selesai
dilakukan, kerja-kerja pengorekan lubang boleh dilakukan. Semasa kerja-kerja
pengorekan, lubang perlu diperhatikan dengan teliti bagi memastikan keadaan lubang
yang dikorek adalah stabil.

Setelah pengorekan dilakukan pada kedalaman tertentu, kelongsong sementara


perlu dimasukkan ke dalam lubang bagi mengelakkan berlakunya runtuhan tanah
semasa kerja-kerja pengorekan diteruskan. Bentonite sullury dimasukkan sekali ke
dalam lubang tersebut sebagai menggantikan tanah yang dikorek keluar. Pengorekan
dilakukan sehingga mencapai kedalaman yang dikehendaki. Tanah yang dikorek akan
diambil sampel pada kedalaman yang berbeza untuk tujuan ujian.

6.7.2.1 KAEDAH PENGOREKAN

Secara amnya, dalam pembinaan cerucuk gerek ini memerlukan pengorekan


tanah pada kedalaman tertentu. Semasa proses pengorekan dilakukan, akan wujud
pelbagai masalah di mana ia akan mengganggu dan melambatkan kerja-kerja
pembinaan. Di antara masalah yang sering dihadapi ketika kerja-kerja pengorekan
sedang dilakukan ialah terdapat batu besar di dalam tanah dan juga ruang kosong

56
(cavity). Oleh yang demikian, kaedah yang digunakan bagi mengatasi masalah ini
diterang berpandukan gambarajah dan penerangan di bawah :

1 Batu

Langkah 1

Sekiranya terdapat batu besar yang menghalang kerja-kerja pengorekan


dilakukan, double casing akan digunakan untuk meneruskan kerja-kerja
tersebut.

Langkah 2

Masukkan kelongsong yang lebih besar daripada saiz sebenar kerana apabila
kerja-kerja pemecahan dan membawa naik batu dilakukan ia akan menyebabkan
lubang menjadi lebih besar daripada kelongsong sebenar. Selepas itu,kelongsong
sebenar dikeluarkan dan kerje pemecahan batu dilakukan.

Langkah 3

Selepas kelongsong dalam dikeluarkan, pahat pengetuk 5 tons akan digunakan


untuk memecahkan batu tersebut dan dikeluarkan dengan menggunakan
bucket pengorek yang dipanggil Tungsten Carbicle Teeth.

Langkah 4

Selepas batu tersebut dipecahkan, kelongsong sebenar dimasukkan ke dalam


lubang melalui kelongsong yang lebih besar untuk meneruskan kerja-kerja
pengorekan dilakukan. Selepas kerja-kerja konkrit dilakukan, kelongsong 1000
mm akan dikeluarkan daripada lubang tersebut.

2 Ruang kosong (cavity)

57
Langkah 1

Sekiranya terdapat ruang kosong (cavity) semasa kerja-kerja pengorekan atau


memecahkan batu sedang dilakukan, double casing perlu digunakan untuk
meneruskan kerja-kerja tersebut.

Langkah 2

Masukkan kelongsong yang lebih besar daripada saiz sebenar kerana apabila
kerja-kerja pemecahan dan membawa naik batu dilakukan ia akan menyebabkan
lubang menjadi lebih besar daripada kelongsong sebenar. Selepas itu,kelongsong
sebenar dikeluarkan dan kerje pemecahan batu dilakukan.

Kerja-kerja pengorekan akan dibawa keluar menggunakan tungsten carbide


bits untuk membesarkan kawasan yang telah dikorek supaya saiz kelongsong
sebenar dapat masuk ke dalam lapisan batu yang telah dipecahkan.

Langkah 3

Selepas pembesaran lubang, kelongsong dalam (actual casing) akan dimasukkan


ke lapisan batu yang seterusnya. Batu yang telah dipecahkan bersama tanah
dikorek dan dikeluarkan untuk membentuk satu lubang cerucuk gerek.

Langkah 4

Selepas batu penghabisan dipecah dan dikeluarkan, jaringan tetulang akan


dimasukkan ke dalam lubang dan kerja-kerja konkrit dilakukan. Kelongsong
dalam akan dikeluarkan dan diikuti dengan kelongsong luaran. Ketika kerja-
kerja pengeluaran kelongsong dilakukan,pastikan aras konkrit berada di atas aras
tanah. Sekiranya aras konkrit lebih rendah daripada aras tanah, tambah konkrit
dengan menggunakan bucket di atas kelongsong dan jika terdapat kawasan
beruang (cavity) kosong dan kuantiti konkrit tidak mencukupi 100% maka
kelongsong akan dimasukkan atau dibiarkan di dalam lubang cerucuk tersebut
bagi mngelakkan daripada sebarang masalah atau kesan sampingan terhadap
cerucuk tersebut.

58
6.7.2.2 PEMBUANGAN SISA TANAH

Setiap kali kerja-kerja pengorekan dilakukan ia akan menghasilkan kuantiti sisa


tanah yang banyak. Oleh demikian, satu tempat khas disediakan untuk menyimpan
tanah ini. Sebelum sisa tanah ini diangkut dan dihantar dahulu di sekitar kawasan yang
dikorek. Oleh kerana tanah yang dikorek basah disebabkan terdapat cecair dalam lubang
cerucuk gerek, ia ditempatkan di satu kawasan lapang bagi tujuan pengeringan sebelim
dihantar ke tempat penyimpanan tanah. Lori-lori pengangkut digunakan untuk
memindahkan sisa tanah tersebut ke kawasan pengeringan dan juga kawasan
penyimpanan.

6.7.3 PENANAMAN KELONGSONG SEMENTARA

6.7.3.1 JENIS KELONGSONG YANG DIGUNAKAN

Kelongsong sementara (casing) ialah satu komponan dimana ia akan


menyokong dimana ia akan menyokong tanah yang telah dikorek daripada runtuh.
Selain itu, kelongsong sementara ini adalah dari jenis besi tumpat dan tebal serta tahan
terhadap tekanan yang dikenakan ke atasnya ketika getaran dilakukan semasa proses
penanaman kelongsong dilakukan. Panjang kelongsong sementara ini adalah 12 m
panjang dan 900 mm diameter. Terdapat juga kelongsong yang bersaiz 800 mm bagi
pembinanan tension pile untuk membuat ujian cerucuk (test pile).

59
Penanaman kelongsong sementara ini dilakukan selepas kerja-kerja pengorekan
selesai dilakukan. Sebelum kelongsong ditanam ke dalam lubang yang telah dikorek,
plumbub akan dipasang terlebih berdekatan dengan lubang yang hendak dimasukkan
kelongsong. plumbub ini akan digantungkan pad sebatang besi yang berdiri tegak dan
kelongsong akan di tegakkan mengikut ketegakan benang plumbub tersebut. Ini
bertujuan untuk memastikan keadaan kelongsong sementara yang ditanam berada dalam
keadaan tegak dan tepat.

6.7.3.2 PENGGUNAAN VIBRO HAMMER

Penanaman kelongsong sementara ini memerlukan bantuan vibro hammer


untuk menekan kelongsong tersebut masuk ke dalam lubang. vibro hammer bertindak
sebagai penggetar di atas casing dan akan menekannya masuk ke dalam tanah.
Kelongsong dimasukkan satu persatu dan apabila sampai ke hujung ia akan disambung
dengan kelongsong seterusnya dengan cara pateri (welding).

6.7.3.3 PENYAMBUNGAN KELONGSONG

Sebelum ia disambungkan, permukaan hujung kelongsong perlu diratakan


terlebih dahulu dan api gas yang bersuhu tinggi digunakan bagi memotong hujung
kelongsong tersebut menjadi rata. Setelah siap barulah ia disambungkan dengan cara
mematerikan (welding) di sekeliling kelongsong tersebut pada ketebalan yang sesuai
supaya penyambungan yang dilakukan kuat dan tidak patah apabila digegarkan. Semasa
proses penyambungan dilakukan, kren akan memegang kelongsong yang sedang
disambungkan bagi mengelakkan daripada terbalik.

60
6.7.4 PEMASANGAN TETULANG

6.7.4.1 REKABENTUK TETULANG

Tetulang yang digunakan ialah Besi Tegangan Tinggi atau High Tensile (Y)
yang berdiameter 25 mm sebagai tetulang utama dan juga Besi Jenis Mild Steel
berdiameter 12 mm sebagai besi link atau stirrup. Penggunaan tetulang ini
berdasarkan standard piawaian yang telah ditetapkan oleh BS 4449. Panjang tetulang
utama yang digunakan ialah 12 m dan bore pile yang besaiz 800 mm diameter.
Memerlukan 11 batang besi tetulang manakala bore pile yang bersaiz 900 mm
diameter pula memerlukan 13 batang.

Tetulang ini akan diikat dengan link bulat (helical link). Besi link dibentuk
dengan menggunakan mesin pembentuk. Kemudian, ia dipaterikan pada tetulang utama
dengan jarak 200 mm diameter tengah ke tengah.

Pertindihan juga dipaterikan dengan kemas dan teliti supaya tetulang tidak rosak
apabila diangkat semasa proses perletakkan tetulang dalam lubang. Bar penjarak
(Spacer Block) perlu dipasang pada tetulang sebagai penahan daripada tetulang
terkeluar semasa kerja-kerja konkrit dilakukan.

6.7.4.2 PERLETAKAN TETULANG

61
Sebelum jaringan tetulang diletakkan ke dalam lubang bore pile, ia perlu
diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan pemasangan yang dilakukan betul dan
mencukupi seperti mana yang terdapat dalam spesifikasi.

Tetulang diangkat dengan menggunakan kren dan dimasukkan ke dalam lubang


cerucuk gerek dengan perlahan-lahan. Terdapat tiga bahagian jaringan tetulang dan
setiap satu berukuran 12 m panjang. Jaringan tetulang yang pertama dimasukkan
terlebih dahulu di mana jaringan tetulang ini tidak dipasang dengan permanent casing
kerana lapisan bawah adalah lapiasan batu.

Jaringan tetulang yang dimasukkan akan disekat dengan meletakkan besi


penahan pada celah-celah jaringan tetulang agar ia tidak masuk terus ke dalam lubang.
Jaringan tetulang kedua diangkat dan disambungkan pada tetulang pertama dengan cara
mematerikan tetulang tersebut. Tetulang kedua ini mempunyai Permanent Casing
kerana di bahagian tengah lubang terdapat ruang-runag kosong (cavity).

Pemasangan tetulang akhir dilakukan denagn cara yang sama dan ia tidak
mempunyai Permanent Casing kerana tanah lapisan atas stabil dan mampat. Jaringan
tetulang ini perlu dipastikan berada pada tengah-tengah lubang dan pemeriksaan perlu
dilakukan selepas kerja-kerja perletakan selesai. Semua tetulang ini diturunkan dengan
perlahan-lahan bagi mengelakkan kerosakan pada struktur tetulang.

6.7.5 PERLETAKAN PAIP TREMIE

Paip tremie adalah paip yang digunakan untuk menyalurkan konkrit ke dalam
lubang cerucuk gerek dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai pemampat konkrit.
Paip Tremie ini berukuran 1m, 2m, dan 3m panjang dan berdiameter 200mm. Ia

62
disambungkan dengan cara mencantumkan paip tremie dengan bantuan kabel yang
dimasukkan pada lubang di hujung paip tersebut.

Sebelum pemasangan paip dilakukan, ia perlu disapu dengan minyak gris


bertujuan memudahkan kerja-kerja menyambung dan menanggalkan paip tersebut di
samping menjaga alur pada paip. Paip tremie dipasang dengan bucket berjaring
yang berbentuk seperti corong bagi memudahkan kerja-kerja menuang konkrit ke dalam
lubang. Selain itu, ia juga bertindak sebagai penapis konkrit sekiranya terdapat konkrit
yang berketul.

6.7.6 PENUANGAN KONKRIT

Penempahan konkrit yang digunakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan


dengan kelulusan kontraktor utama. Bancuhan konkrit yang digunakan diklasifikasikan
sebagai tremie mix dengan ujian penurunan (slump test) sebanyak 175 mm 25 mm
dan gred 40. Konkrit yang digunakan didapati daripada batching plant berdekatan
yang terletak kira-kira 12 km dari tapak bina dan ia dihantar dengan menggunakan lori
pembancuh konkrit. Campuran konkrit akan diisi dengan pelambat pengeras konkrit
retarder iaitu sejenis bahan tambah konkrit untuk memberikan masa yang lebih
fleksibel untuk lori pembancuh tiba di tempat penuangan.

Sewaktu proses penuangan dilakukan, paip tremie akan ditenggelamkan bagi


memastikan sekurang-kurangnya 2 m bakinya berada dalam konkrit dan ia diangkat dan
diturunkan dengan menggunakan kren dalam keadaan konkrit sedang dituang ke
dalamnya. Secara tidak langsung, paip tremie ini bertindak sebagai pemampat konkrit
di dalam lubang cerucuk gerek. Kerja-kerja konkrit perlu dilakukan tanpa henti bagi
mengelakkan pengerasan konkrit berlaku.

63
Bentonite sullury yang berada di dalam lubang cerucuk gerek akan mengalir
keluar bersama lumpur semasa kerja-kerja konkrit dilakukan. Ini kerana kemampatan
konkrit yang lebih padat akan mengisi ruang-ruang di dalam lubang tersebut dan pada
masa yang sama ia akan menolak air yang bercampur dengan bentonite itu keluar dari
lubang tersebut. Konkrit akan dianggap penuh apabila konkrit yang dituang itu
tersembur keluar ke permukaan lubang bersama dengan aggregate yang terkandung di
dalam konkrit tersebut. Sewaktu proses konkrit, data penghantaran dan aras konkrit
akan direkod serta disimpan.

Setelah konkrit yang dimasukkan ke dalam lubang penuh, kelongsong akan


ditarik naik bagi membenarkan konkrit jatuh ke bawah dan lebih mampat. Semasa
penarikan, gegaran mesin vibro hammer digunakan bertujuan untuk memudahkan
penarikan dilakukan di samping memampatkan konkrit yang berada di dalam lubang
cerucuk gerek. Aras konkrit di dalam kelongsong diukur dan pengisian konkrit
diteruskan tetapi tidak menggunakan paip tremie kerana corong lori konkrit akan
dihalakan terus ke mulut kelongsong tersebut.

6.7.7 PENARIKAN DAN PEMOTONGAN KELONGSONG SEMENTARA

Kelongsong sementara adalah komponen yang digunakan sebagai acuan dalam


pembinaan cerucuk gerek. Semua kelongsong sementara perlu dicabut secepat yang
mungkin ataupun pada hari sama kerja-kerja konkrit selesai. Ini kerana konkrit akan
semakin mengeras dan kelewatan menarik kelongsong akan menyebabkan konkrit yang
memegang kelongsong tersebut terangkat bersama ketika dicabut keluar ataupun
kelongsong tidak dapat dikeluarkan. Keadaan ini boleh merosakkan struktur yang
dibina.

64
Vibro Hammer digunakan semasa kerja-kerja mengeluarkan kelongsong.
Vibro Hammer ini akan memegang dan menggegarkan kelongsong tersebut sementara
kren akan menarik keluar kelongsong tersebut secara perlahan-lahan. Kelongsong perlu
ditarik dengan cara menariknya naik dan kemudian ditolak masuk semula bagi
melonggarkan lekatan tanah dan konkrit pada dinding kelongsong tersebut.

Apabila sampai pada ketinggian tertentu atau pada tempat penyambungan


kelongsong, ia dipotong terlebih dahulu kerana kelongsong yang digunakan adalah
panjang. Oleh yang demikian, ia akan dikeluarkan satu demi satu setelah dipotong.
Pemotongan kelongsong ini dilakukan dengan menggunakan api yang bersuhu tinggi.
Dan kren akan memegang kelongsong, yang telah dikeluarkan tadi daripada terbalik
atau masuk semula ke dalam lubang.

Setelah pemotongan kelongsong dilakukan, ia akan ditarik keluar dan diletakkan


di tempat yang sesuai supaya tidak mengganggu kerja-kerja lain dijalankan. Cerucuk
gerek yang telah siap akan dibersihkan kawasan sekelilingnya agar nampak lebih kemas
dan bersih.

6.8 MASALAH DAN LANGKAH MENGATASI

Masalah utama yang sering dihadapi semasa proses pembinaan cerucuk gerek
ini ialah tanah runtuh. Apabila tanah runtuh ke dasar lubang, maka tanah tersebut perlu
dikorek semula dan melambatkan proses pembinaan. Keadaan ini berlaku kerana :

65
6.8.1 LAPISAN TANAH YANG BERBEZA

Lapisan tanah yang dikorek adalah berbeza-beza seperti tanah lumpur dan pasir.
Pada kebiasaannya, ikatan tanah pasir tidak kuat dan selalunya akan runtuh apabila
terdapat gegaran dan apabila dikenakan daya.

LANGKAH MENGATASI

Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menghentikan segala
aktiviti berhampiran seperti aktiviti penanaman cerucuk konkrit yang menghasilkan
gegaran yang kuat.

6.8.2 KUALITI BENTONITE YANG RENDAH

Kualiti bentonite hendaklah dipastikan berada pada tahap yang baik


berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan. Bentonite yang terlalu banyak bahan
asing dan terlalu banyak bercampur dengan lumpur akan hilang kebolehkerjaannya jika
penggunaan terlalu kerap dan tidak dibersihkan dengan baik.

LANGKAH MENGATASI

66
Masalah ini dapat diatasi dengan menjaga kualiti bentonite sullury dan perlu
dipastikan ia berada dalam keadaan baik dengan melakukan lebih kerap ujian ke
atasnya. Melalui ujian ini, bentonite sullury yang tidak berkualiti lagi boleh dibuang
dan bancuhan baru perlu dibuat.

6.8.3 KEHILANGAN KONKRIT

Masalah kehilangan konkrit sering berlaku apabila permanent casing hanya


dimasukkan pada sebahagian ataupun pada kedalaman tertentu sahaja. Di dalam lubang
yang telah dikorek mungkin terdapat (cavity) yang akan menyebabkan konkrit yang
dituang ke dalam lubang mengalir masuk ke dalam ruang tersebut. Ini akan
menyebabkan kerugian pada pihak kontraktor.

LANGKAH MENGATASI

Oleh kerana penggunaan permanent casing memerlukan kos yang tinggi bagi
setiap satu lubang cerucuk gerek yang dibina, maka pemeriksaan tanah perlu dilakukan
terlebih dahulu sama ada lubang tersebut memerlukan permanent casing atau tidak.
Dengan kaedah ini sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos yang perlu ditanggung
oleh kontraktor yang berkenaan.

67
6.9 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pembinaan sebatang cerucuk gerek adalah agak rumit


dan memerlukan kepakaran dalam bidang tersebut kerana pembinaannya memerlukan
pengawasan yang rapi dan teratur kerana sekiranya ia dibina dengan tanpa mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan, ia mungkin akan mendatangkan kesan buruk pada
masa akan datang. Selain itu, pemantauan juga perlu dilakukan dari masa ke semasa
bagi memastikan keadaan tapak bina tidak tercemar kerana dalam pembinaan cerucuk
gerek ini menggunakan bentonite sullury.

Selain itu, pembinaannya memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan
jika dibandingkan dengan pembinaan cerucuk jenis lain seperti spun pile, R.c pile
dan sebagainya. Dijangkakan pembinaan cerucuk gerek ini memerlukan 1-2 hari untuk
disiapkan bagi sebatang cerucuk. Keadaaan ini menyebabkan pembinaan projek
berjalan dalam kadar perlahan.

Walaupun pembinaan cerucuk jenis ini memerlukan kos yang tinggi kerana
kedalaman bagi sebatang cerucuk tidak dapat dijangka kedalamannya dan mungkin
akan mengalami pelbagai masalah semasa proses pembinaannya. Namun, pembinaan
cerucuk jenis ini telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak kerana kualiti kekuatan
dan ketahanannya yang telah terbukti.

68
BAB 7

KESIMPULAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan keberkatannya dapat saya menjalani dan


menamatkan latihan industri di Mzah Perunding untuk sesi JUN 2012 dengan jayanya.
Syukur juga kehadrat-Nya saya dapat menyiapkan buku laporan latihan industri untuk
tatapan semua seperti mana yang sedia maklum. Selama lebih kurang 20 minggu saya
berada di sini, saya mendapat pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
yang amat berharga. Ketiga-tiga perkara ini sangat berharga dan penting untuk bekalan
saya ketika menempuhi alam pekerjaan nanti. Kini saya telah memahami dan mula
merancang bagaimana hendak melalui alam pekerjan nanti. Saya sangat menghargai
usaha politeknik kerana mewujudkan modul latihan industri kepada pelajarnya.

69
Ini kerana jika diteliti, banyak faedah dan manfaat diperolehi oleh pelajar ketika
mereka menjalani latihan industri. Semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar
dapat mengaplikasikan ilmu teori yang diperolehi di politeknik untuk dilakukan secara
amali pula. Pengaplikasian ini dapat dilakukan apabila pelajar melakukan tugas dan
kerja yang telah diberikan oleh penyelia semasa menjalani latihan industri ini.

7.1 KESIMPULAN

Pelajar yang hanya memahami sesuatu subjek secara teori sahaja tanpa tahu cara
mempraktikkannya amatlah susah untuk bersaing dengsn mereka yang tahu cara
mempraktikkannya. Bagaimana kita hendak bersaing dengan mereka ketika kita hendak
mencari kerja kelak. Seperti yang kita sedia maklum, pihak majikan bukan sahaja
mahukan pekerja yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi tetapi berupaya
mengaplikasikan pengetahuan secara praktikal. Hanya dengan menghantar pelajar
menjalani latihan industri sahaja dapt membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka secara amali.

Cara berkomunikasi dengan baik juga perlu untuk menghindarkan sebarang


masalah daripada berlarutan seperti sebelum memulakan kerja satu perjumpaan perlu
diadakan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pekerja. Keadaan ini boleh
menghindarkan daripada syarikat atau firma mengalami kerugian yang disebabkan oleh
masalah yabg tidak dapt dikenalpasti dan lebih buruk jika tidak dapat diatasi contohnya
kerosakan yang berlaku pada peralatan kerja.

Semasa menjalani latihan ini juga pelajar melakukan pelbaagai kerja dari
menyiapkan laporan akhir latihan industri, menyemak kerosakan-kerosakan, membaik

70
pulih, menganalisakannya sehinggalah dapat mengatasi kerosakan tersebut serta dapat
mengenali jenis-jenis mesin. Oleh itu pelajar tidak hanya melakukan kerja dan tugas
mengikut bidang masing-masing malah pelajar turut sama melakukan kerja-kerja yang
melibatkan bidang lain seperti mekanikal, elektrikal dan pengurusan. Ini menjadikan
pelajar seorang yang serba boleh dalam melakukan pelbagai tugas serta kerja yang
dikehendaki dan diperlukan oleh pihak majikan.

Sebagai konklusinya, kita tidak dapat menolak fakta bahawa modul latihan
industri ini amatlah berguna kepada pelajar. Di samping melengkapkan silibus
pembelajaran, pelajar juga memperolehi banyak manfaat daripadanya. Saya berharap
agar pihak politeknik akan meneruskan lagi program latihan industri.

71
BAB 8

KOMEN DAN CADANGAN

Latihan industri yang dibuat ini telah banyak memberi faedah dan manfaat yang
besar kepada para pelajar. Ini kerana pelajar telah mendapat pendedahan terhadap alam
pekerjaan yang sebenar. Latihan industri yang dibuat ini membantu pelajar menyiapkan
serta menyediakan diri bagi menempuhi alam pekerjaan apabila menamatkan pengajian.

Tempoh latihan industri yang dibuat selama lebih kurang 20 minggu ini benar-
benar memberi masa dan ruang yang secukupnya dan tempoh tersebut dirasakan sangat
sesuai bagi pelajar menjalani latihan industri ini dan diharapkan tempoh ini dikekalkan
oleh pihak politeknik. Ini disebabkan pelajar mendapat masa yang secukupnya bagi
mempelajari pelbagai perkara semasa menjalani latihan industri ini.

72
Semasa menjalani latihan industri di MZah Perunding, banyak pengalaman
serta ilmu pengetahuan yang terbaru diperolehi untuk panduan pada masa hadapan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam latihan industri.

Melalui ruangan dapatan dan cadangan ini, ingin saya mengambil kesempatan
untuk mengemukakan seberapa boleh yang mungkin agar dapt membantu pihak yang
berkenaan dalam sesi latihan industri pada masa yang akan datang. Di ruangan ini akan
saya mengemukakan komen serta cadangan untuk kedua-dua pihak iaitu Politeknik
Kota Bharu dan Mzah Perunding.

8.1 POLITEKNIK KOTA BHARU

Pertama sekali untuk pihak Politeknik Kota Bharu, saya ingin mengesyorkan
supaya memberi peluang kepada pelajar Kejuruteraan Awam menjalani latihan industri
di MZah Perunding memandangkan semuanya bersangkutan dengan bidang
kejuruteraan di atas. Saya merasakan amat perlu bagi seseorang itu ditempatkan pada
tempat yang benar-benar sesuai dengan bidang yang diceburi.

Saya juga ingin mencadangkan agar pihak yang terlibat dengan latihan industri
dapat mengadakan lawatan pemeriksaan dengan cara berulang kali ke tempat-tempat
pelajar menjalani latihan industri. Dengan ini pihak terlibat akan mengetahui sendiri
masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar ketika menjalani latihan industri.
Mungkin pihak yang terlibat dapat memberi nasihat atau pandangan tentang masalah
yang timbul supaya ianya tidak berlarutan yang boleh menyebabkan latihan industri
pelajar terganggu.

73
Pihak Politeknik Kota Bharu juga diharapkan agar meluaskan tentang
penggunaan AutoCAD kerana di dalam bidang kejuruteraan awam ianya sangat penting.
Hal ini kerana, kebanyakan pelajar tidak dapat menggunakan AutoCAD semasa berada
di alam pekerjaan. Ramai yang terpaksa mengambil kursus khas di luar untuk
penggunaan perisian AutoCAD.

Selain itu, pihak Politeknik Kota Bharu juga diharapkan agar mewujudkan satu
modul khas untuk cara-cara membaca lukisan kejuruteraan awam kerana ianya amat
penting terutama bagi meraka yang bekerja di dalam tapak pembinaan.

8.2 MZAH PERUNDING

Kepada pihak MZah Perunding, pertama sekali saya ingin mencadangkan agar
pihak yang terlibat dengan pelajar latihan industri dapat mengekalkan jadual tugasan
dengan tujuan untuk membina pelajar. Ini kerana semasa saya menjalani latihan
industri, sesuatu kerja yang hendak dilakukan itu tidak tersusun, seterusnya
pembahagian kerja untuk pekerja firma mengambil masa yang agak lama.

Saya juga berharap agar pihak firma, terutamanya pihak yang mengendalikan
pelajar latihan industri dapat meneruskan perjumpaan dengan para pelajar seperti yang
pernah saya lalui sebelum ini. Dengan ini pihak yang terlibat dapat mengetahui aktiviti
yang dilakukan oleh para pelajar. Keadaan ini boleh menyelesaikan sebarang masalah
yang dihadapi oleh pelajar supaya ianya tidak berlarutan dan boleh mendatangkan
masalah kepada kedua-dua belah pihak.

74
Saya turut berpuas hati terhadap kerja yang diarahkan semasa menjalani latihan
industri, kerana ianya tidak tertumpu pada satu bahagian sahaja. Apabila didedahkan
kepada semua bahagian, pengetahuan yang diperolehi adalah lebih banyak dan
menyeluruh.

Walaubagaimanapun, kerjasama dan rasa bertanggungjawab adalah merupakan


aset penting bagi semua pihak yang terlibat dalam latihan industri ini termasuk pelajar
seperti saya sendiri. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menjalani
serta menamatkan latihan industri di MZah Perunding dan segala usaha serta bantuan
dari semua pihak saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

75
BIBLIOGRAFI

1 Modul Politeknik Kota Bharu


2 R. Whitlow 3rd ed. (1995), Basic Soil Mechanichs, P. cm Longman
3 Van Impe (ed) (1988), Deep Foundation on Bored and Auger Piles, Balkema,
Rotterdam, ISBN 9061918146
4 S. Joseph Spigolon, PHD, PE. Copyright (2001), The Mc Graw-Hill Civil
Engineering PE Exam Depth Guide, Geotechnical Engineering
5 Karl Terzaghi, Ralph Gholamreza Mesri 3rd ed (1996), Soil Mechanics in
Engineering practice, Longman
6 http://en.wikipedia.org/wiki/Bentonite
7 http://www.geoforum.com/info/pileinfo/images/large1.Jpg
8 http://www.franki.co.gg/index.html

76