Anda di halaman 1dari 3

Pembangunan Komuniti

Perkhidmatan Pembangunan Komuniti

Perkhidmatan Perundingan dan Khidmat Masyarakat menumpukan perhatian kepada


penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti dan pemulihan dalam komuniti
melalui peningkatan penyertaan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta, para
sukarelawan dan komuniti tempatan melalui usaha Jabatan mewujudkan perkongsian bijak ke
arah memenuhi agenda sosial negara di mana kebajikan adalah tanggungjawab bersama. Di
samping itu, bahagian ini mengendalikan urusan pemberian geran serta mengawal kutipan
derma yang dikendalikan oleh NGO Kebajikan.

Objektif

Kanak-Kanak Tidak Terkawal

1. Mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi komuniti miskin melalui berbagai


aktiviti kerja komuniti serta memperluaskan program Pemulihan Dalam Komuniti

2. Meningkatkan program perkhidmatan dan pembangunan Pertubuhan Bukan Kerajaan


(Kebajikan Sukarela) melalui khidmat nasihat dan bantuan kewangan.

3. Menggerakkan penglibatan dan sumbangan berbagai sumber pengurusan dan


pengeluaran dari sektor korporat untuk keperluan kumpulan sasar.

4. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam bidang kerja sosial dan khidmat


masyarakat ke arah pembangunan kesukarelaan.

Perkhidmatan

1. Pembangunan Komuniti

Projek Penyertaan Komuniti

Projek diwujudkan pada tahun 1983 untuk memberi tumpuan ke arah mengukuhkan
komuniti setempat

supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif. Projek yang dilaksanakan
merangkumi aktiviti ekonomi, latihan kemahiran, pendidikan sosial, pendidikan
kerohanian dan khidmat masyarakat seperti :

Tenunan Songket

1. Kelas Jahitan
2. Kelas Bimbingan
3. Kelas Fardhu Ain
4. Taska
5. Kursus Keusahawanan
6. Kepimpinan

Tujuan
1. Menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti sasar dan masyarakat umum
dalam pembangunan setempat.

2. Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan
dalam aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti.

3. Memaksimakan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang


berdikari.

Program Briged Kebajikan Perdana

Pemulihan Dalam Komuniti

Rumah Kelompok

Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris

2. Pembangunan Pertubuhan Sukarela Kebajikan

Khidmat Nasihat

Bantuan Kewangan/geran

Kutipan Derma

Perkongsian Bijak

Penglibatan NGO

Penglibatan NGO dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial semasa dan
memenuhi keperluan sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan. Jabatan memberi
geran tahunan dan sokongan serta khidmat nasihat Jawatankuasa Pentadbir pertubuhan dan
ahli melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan
perkhidmatan yang disediakan.

Rumah Perlindungan Sosial


3. Penggalakan Penyertaan Korporat

Objektif utama adalah untuk mengerakkan penglibatan dan sumbangan berbagai sumber
pengurusan dan pengeluaran baik dari segi keperluan kewangan mahupun material, guna
tenaga dan kepakaran sektor korporat.

Menerusi kaedah ini ianya dapat merealisasikan konsep Perkongsian Bijak dalam kerja
kebajikan dan memanfaatkan kumpulan sasar dengan lebih berkesan.

Contoh aktiviti adalah seperti berikut:-

1. sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar.

2. perkongsian bijak antara Jabatan dan korporat dalam melaksanakan program.

3. Pembangunan Kesukarealaan

Penglibatan Masyarakat (Sukarela)

Program & Aktiviti (Perkhidmatan Luar)

Pertubuhan Bukan Kerajaan (Briged Kebajikan Perdana)

Institusi Kebajikan NGO

Latihan

Anda mungkin juga menyukai