Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

Umumnya tugas sebagai guru bahasa bukanlah suatu tugasan yang


mudah. Tambahan pula tidak semua murid-murid mempunyai kecekapan
dari segi pemahaman yang sama terhadap apa yang cuba disampaikan oleh
guru. Lebih-lebih lagi murid yang masih tidak tahu membaca ataupun buta
huruf. Ini seterusnya, menyulitkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, pelbagai usaha yang
dilakukan oleh guru bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan lagi tahap pemahaman murid.
Menurut Koh Boh Boon (1989), bahasa adalah khazanah ilmu dan
bacaan merupakan tiket untuk mendapatkan ilmu. Membaca merupakan
salah satu kemahiran yang sangat penting bagi memastikan murid-murid
dapat menimba ilmu. Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai oleh murid di
peringkat sekolah rendah, ia akan menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas akan terbantut. Gejala tidak boleh membaca
dan tidak mahir membaca memberikan kesan buruk kepada murid daripada
segi akademik dan sosial. Khathijah Rohani bt Mohd Yunus dan Zalizan Mohd
Jelas (1993), menyatakan penguasaan serta pencapaian murid dalam
matapelajaran lain akan terjejas apabila murid masih belum menguasai
kemahiran membaca ini.
Guru bahasa perlulah mempergiatkan lagi usaha dalam meningkatkan
keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Beberapa pendekatan perlu
diteliti bagi membantu murid mengatasi masalah membaca mahupun buta
huruf. Guru-guru Bahasa Melayu perlu memahami beberapa konsep di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Konsep Strategi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, strategi merupakan rancangan
yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai
matlamat atau kejayaan; dua (tiga) serampang strategi yang terdiri daripada
dua (tiga) rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan sekali
gus atau secara bersepadu. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk
kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang
kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif
pelajaran yang telah ditentukan. Untuk mencapai objektif-objektif
pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa
pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Analoginya cukup mudah, untuk mengajar murid cara-cara bermain
badminton, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang
digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah perlu
gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila
menerangkan cara-cara memegang raket badminton kepada murid patutkah
gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu,
apakah kaedah pengajaran yang boleh digunakan. Antara kaedah syarahan,
kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah perlu digunakan
terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang
lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi
mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru


mengajar murid-murid yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian,
kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Seorang guru perlu
rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar
kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, guru perlu
merangka strategi yang berbeza bagi kumpulan murid yang berbeza tahap
pemerimaan. Setiap bilik darjah juga mempunyai halangan serta rintangan-
rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah,
nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang
guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi
yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun
kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.

Guru-guru biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat


mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-
kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran
mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Yang lebih penting
adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. Strategi pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.

i. Penggabungjalinan
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada
bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa
dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek
tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan.

ii. Penyerapan
-Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu,
nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

iii. Penilaian
-Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil
pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua
jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif
(ujian pencapaian). Penilaian perlu dijalankan berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian
berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil
ke atas seseorang murid.

iv. Penggayaan
-Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti
asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu
sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang
sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan
potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti.

v. Pemulihan
-Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi
secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi.
Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-
murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.

Konsep Pendekatan

Menurut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah


yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi
masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara bagaimana
sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk
kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.
Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati
sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan
untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-
muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Guru tidak
boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini
dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu
tidak mencapai objektif.
Terdapat pelbagai jenis pendekatan yang akan dihuraikan dalam tajuk ini.
Setiap pendekatan adalah berbeza dari segi konsep dan cara penggunaannya
merujuk kepada keadaan murid-murid. Kesan daripada penggunaan pendekatan
yang sesuai ialah murid-murid akan mudah faham dan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan cepat dan mudah. Tujuan menggunakan pendekatan
yang sesuai ini ialah supaya guru-guru dapat mencapai objektif yang diharapkan.
Guru yang berkemahiran ialah guru yang bijak menggunakan pendekatan yang
tertentu di dalam pengajarannya. Empat jenis pendekatan dalam pengajaran bahasa
ialah induktif, deduktif, eklektif dan komunikatif.

i. Pendekatan Induktif
-Pendekatan induktif bermula dariapada spesifik kepada umum .
Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif
dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah
sesuatu generalisasi. Pendekatan Induktif melibatkan pengumpulan
dan pentafsiran maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap
maklumat ini akan berubah kepada kesimpulan. Murid dibimbing oleh
guru bagaimana untuk berfikir, mengkaji, mengenalpasti seterusnya
mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan.
Pengajaran dan pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh
membanu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan
pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh. Selain dalam
matapelajaran Bahasa Melayu, matapelajaran lain juga menggunakan
pendekatan ini iaitu seperti matapelajaran Matematik dan Sains
banyak menggunakan pendekatan induktif.
-Menurut B.Seaton(1982), pembelajaran melalui pendekatan ini
disamakan dengan seorang murid mengalami proses mental yang
mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu
kesimpulan. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif
adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada
murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.
Setiap guru boleh menggunakan gambar, video ataupun hasil karya
dalam penyampaian maklumat kepada murid-murid. Murid-murid juga
digalakkan mengemukakan contoh-contoh yang diketahui oleh mereka
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu,
soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat
kesimpulan. Soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan contoh-contoh
yang telah dipertunjukkan kepada murid-murid. Sebagai contoh,
Bagaimanakah anda menghadapi situasi banjir di rumah?. Seterusnya,
guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan
menganalisis contor agar generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih
memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum yang
diperoleh daripada fakta ataupun contoh khusus, guru perlulah
merancang aktiviti berkisar daripada contoh yang telah diberikan.
Secara umumnya, jenis pendekaran induktif digunakan bergantung
pada hasil pembelajaran yang diinginkan.

ii. Pendekatan Deduktif


-merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum
kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran
dimana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan
dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan
kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi
kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih
rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat
untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
-Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan pembelajaran
murid kepada hukum-hukum atau tertentu. Pendekatan ini bermula
dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu
dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis
hukum-hukum melalui contoh atau mengaplikasikan peraturan yang
telah diberikan. Secara ringkasnya, seorang guru akan mengemukakan
satu konsep, hukum atau kesimpulan dengan menerangkan definisi
sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas
kefahaman. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan contoh
tertentu daripada peraturan umum.

iii. Pendekatan Eklektif


- menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan
segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan
menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan
pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas
yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah induktif
lebih sesuai digunakan untuk segelintir murid manakala ada pula
murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah deduktif.
-Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan
memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses
pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan memberikan
contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada
pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan
memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan
kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya
lebih kepada pendekatan deduktif. Strategi pengajaran menggunakan
pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mirip
kepada pendekatan induktif ataupun P&P yang lebih mirip kepada
pendekatan deduktif. Pendekatan ini banyak digunakan dalam
pengajaran Sains dan Matematik. Guru boleh mengaplikasikan strategi
Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan dalam P&P. Kebanyakkan
guru akan menggunaka pendektan ini dalam aktiviti pemulihan dan
penggayaan.
iv. Pendekatan Komunikatif
-merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu
berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta
maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan
masyarakat sehari-harian. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang
penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan
komunikasi.Pendekatan ini wujud kerana pendekatan lain lebih
mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-
ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks
wacana. Hasilnya, pekajar tidak akan menguasai kecekapan
berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar
dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks
bahasa.
-Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan
dengan pengetahuan murid dalam aktiviti yang akan dilakukan . Setiap
guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid dapat
menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran
bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa
yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara
berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi
sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan


seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-
linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-
pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk
mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau
kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan
terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka
pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan
situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu
yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi
tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara
yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

Konsep Kaedah

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi


melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik.
Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan
berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai
sesuatu objektif pengajaran. Contohnya, kaedah deduktif bermula dengan
proses menyampaikan idea umum atau konsep keseluruhan dan diikuti oleh
maklumat spesifik seperti contoh-contoh yang dapat memantapkan
pemahaman murid tentang konsep berkenaan. Antara kaedah yang
dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru
adalah seperti yang berikut:

i. Kaedah Terus
-Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald
Palmer (1920-1935). Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip
mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Selain itu kaedah terus
mempunyai persamaan dengan kaedah askar dan diplomat semasa
Perang Dunia Kedua. Tujuan kaedah ini adalah membolehkan kanak-
kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara berkesan
dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari
dalam masyarakat dan persekitarannya.

ii. Kaedah Natural


-Kaedah ini adalah sama dengan kaedah terus. Cara
pembelajaran adalah sama seperti cara kanak-kanak mempelajari
bahasa pertama. Penyampaiannya disusun dan diperingkat-
peringkatkan. Keempat-empat kemahiran yang hendak dikuasai
perlulah mengikut prosedurnya iaitu didahului dengan aktiviti lisan,
kemudian bertutur dan seterusnya kepada membaca dan menulis.

iii. Kaedah Tatabahasa Terjemahan


-Kaedah ini merupakan kaedah klasik (Palmer). Ia dirancang
untuk memberi kemahiran menulis dan
bukan kemahiran bertutur (tidak mementingkan fonetik) dan
menekankan kepada ejaan dan penulisan dalam bahasa tersebut.
Kaedah ini juga menentukan perbendaharaan kata yang diberi
dipangkal pengajaran. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat
memahami tatabahasa sesuatu bahasa. Pada masa yang sama,mereka
juga dilatih menggunakan bahasa yang betul. Selain itu, murid-murid
juga boleh menterjemahkan bahasa asing ke dalam bahasa jati atau
sebaliknya dan seterusnya dengan perbendaharaan kata yang luas dapat
digunakan dalam penulisan.

iv. Kaedah Ajuk Hafaz


-Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara
demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan
dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru
bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz
beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam
ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

v. Kaedah Linguistik
-Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden
secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa.
Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan
fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk
ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk
daripada makna.
vi. Kaedah Kod-Kognitif
-Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang
yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem
bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu
dalam ilmu tatabahasa.

vii. Kaedah Bahasa Komuniti


-Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language
Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh
Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983)
murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori
bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-
model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami
sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.

viii. Kaedah Oral-Aural


-Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar
memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran
mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran
membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk
pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar
memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Teknik

Adalah prosedur yang telah didefinisikan dengan lebih jelas dan


digunakan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti. Terdapat lebih
daripada satu teknik boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah deduktif.
Contohnya, guru memulakan pengajaran dengan menggunakan teknik
penjelasan konsep dan diikuti dengan sumbangsaran contoh-contoh spesifik.
Mungkin juga guru boleh memulakan dengan teknik gambaran dan untuk
mengemukakan contoh, guru menggunakan teknik penyoalan atau soal
jawab. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
Teknik Drama
Teknik Permainan Bahasa
Teknik Perbincangan
Teknik Bercerita
Teknik Latih Tubi

Teori Pembelajaran

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu,


termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam
psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan
daripadanya akan datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkaitan
teori ini sebenarnya tidak asing lagi bagi kita, malahan ada kalanya
digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun
penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak
menepati maksud teori yang sebenar. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan
dengan teori?
Menurut Stanovich (1992) beliau telah memberi satu definisi tentang
teori, iaitu: set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk
menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian
akan datang. Manakala mengikut pendapat Cohen, R pula mendefinisikan
teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu
sama lain. Justeru, ia mengandungi definisi dan pernyataan yang
menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Oleh
itu, dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian atau
hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian. Sehubungan
itu, teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-
hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi
pendidikan. Justeru, melalui teori-teori pembelajaran ini, seseorang pengajar
akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar dan seterusnya akan
menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan
teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Oleh
itu, pada asasnya, teori-teori pembelajaran pada masa kini boleh
diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama iaitu behavioris, kognitif,
sosial dan humanis.

Rumusan

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi


pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran
untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik
akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

(3085 patah perkataan)


Rujukan
1) Abdul Aziz Abd.Talib, 2002, Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip, Kaedah dan
Teknik, Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributors Sdn. Bhd.
2) Asmah bt Hj. Ahmad, 1998, Pedagogi 1, Selangor:Longman Malaysia
Sdn.Bhd
3) Kamaruddin Hj. Husin, 1993 (cetakankeenam), Pedagogi Bahasa,
Selangor: Longman MalaysiaSdn. Bhd.
4) http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
5) http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu

Anda mungkin juga menyukai