Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN AMINAH 2

TEKS PENGACARA
HARI PRESTIJ DAN MESYUARAT AGONG
PIBG
TAHUN 2016

DISEDIAKAN OLEH,
DISAHKAN OLEH,

-----------------------------------
-----------------------------------

1
(NOR HIDAYATUL HAFIZAH BT KASNON) (ZAINUDIN BIN
KASMANI)

TEKS PENGACARA HARI PRESTIJ DAN PIBG

GILIR AGENDA TEKS


AN

1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati TN HAJI


jemputan dan ibu WAHAB BIN RIDWAN, PEGAWAI DAERAH JOHOR
bapa BAHRU dengan diiringi En. Mahfodz b abd hamid
(Yang Dipertua PIBG), En. Zainudin Bin Kasmani
(Guru Besar), barisan pentadbir dan AJK PIBG
Sekolah Kebangsaan TAMAN TUN AMINAH 2.

2. Kata Alu-aluan
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Pengacara Majlis
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Dihormati TN HAJI WAHAB BIN RIDWAN,


Pegawai Daerah Johor Bahru

Yang Berusaha En. ZAINUDIN B KASMANI


Guru Besar SK Tmn Tun Aminah 2,

Yang Dihormati En. MAHFODZ B. ABD Hamid


Yang Dipertua PIBG SK Tmn Tun Aminah 2,

Barisan Guru Penolong Kanan

2
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan dan hadirin


sekalian

Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh... dan selamat
pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini,


dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita
berkumpul dalam MAJLIS HARI PRESTJ DAN
MESYUARAT AGUNG PIBG pada tahun 2016 ini.

Untuk makluman hadirin, majlis pada kali ini


digabungkan atas idea dan hasil usaha guru besar
bersama warga Sk Tmn Tun Aminah 2 serta ajk
pibg pada tahun ini.

Untuk itu, Pihak majlis serta seluruh warga SK Tmn


Tun Aminah 2 , turut sama merakamkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh
hadirin dan hadirat khususnya kepada TN HAJI
WAHAB BIN RIDWAN, PEGAWAI DAERAH JOHOR
BAHRU kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan majlis yang kita
rencanakan pada hari ini.

3. Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz ALIAS B YAACOB. Dengan segala hormatnya

3
dipersilakan.
...................................................................
.........................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz
ALIAS B YAACOB atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak
adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah
keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu
bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada
kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi
pendidikan dalam usaha menjana modal insan
yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan


oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam
usaha melahirkan murid yang berketerampilan
bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

4. Ucapan Alu-aluan
Seterusnya, majlis menjemput En. En. ZAINUDIN B
oleh Guru Besar
KASMANI Guru Besar SK TMN TUN AMINAH 2,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan


.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


En. ZAINUDIN B KASMANI atas ucapan alu-aluan
itu tadi.

5. Ucapan Perasmian
Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat

4
dan ucapan yang akan disampaikan oleh TN HAJI
PPD
WAHAB BIN RIDWAN, PEGAWAI DAERAH JOHOR
BAHRU dan seterusnya merasmikan MAJLIS HARI
PRESTIJ bagi tahun 2016.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.



..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan ucapan terima kasih kepada TN HAJI WAHAB
BIN RIDWAN, PEGAWAI DAERAH JOHOR BAHRU
atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga
segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita
hayati dan ambil tindakan bersama.

6. PERSEMBAHAN
Tanjung emas sudah ternama ,
Istana Johor di kuala Danga,
Persembahan ACTION SONG meneruskan acara
sebagai halwa santapan telinga.

Dengan itu, marilah kita sama-sama menyaksikan


persembahan action song dari murid-murid Sk
Taman Tun Aminah 2.

Demikianlah tadi persembahan murid Sk Taman


Tun Aminah 2. Untuk makluman, persembahan ini
telah dibimbing oleh Puan Haziqah.

7. Majlis
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
Penyampaian
HADIAH AKADEMIK . Untuk itu, majlis menjemput
Cenderahati AJK
Yang Dihormati TN HAJI WAHAB BIN RIDWAN,
PIBG sesi
PEGAWAI DAERAH JOHOR BAHRU untuk
2014/2015
menyampaikan HADIAH Dengan diringi En
Zainudin B Kasmani selaku guru besar Sk Tmn Tun
Aminah 2.

5
Dipersilakan............................

(RUJUK LAMPIRAN)

Seterusnya bagi anugerah kecemerlangan 2015


pula dipersilakan ................

(RUJUK LAMPIRAN)

Seterusnya bagi penyampaian hadiah cenderahati


guru tahun 6 pula dipersilakan........

(RUJUK LAMPIRAN)

Seterusnya, majlis dietruskan lagi dengan


penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG
( guru ) sesi 2014/2015
Mendahului senarai dipersilakan................

(RUJUK LAMPIRAN)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang


Berhormat TN HAJI WAHAB BIN RIDWAN, PEGAWAI
DAERAH JOHOR BAHRU atas penyampaian
cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,


dipersilakan En. Zainudin Bin Kasmani untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada Yang
Dihormati TN HAJI WAHAB BIN RIDWAN.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

8. Majlis Penutup
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu

6
tadi, maka selesailah sudah MAJLIS HARI PRESTIJ
SK TAMAN TUN AMINAH 2, bagi tahun 2016

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK TMN TUN AMINAH


2, merakamkan penghargaan terima kasih kepada
TN HAJI WAHAB BIN RIDWAN, PEGAWAI DAERAH
JOHOR BAHRU atas kesudian meluangkan masa
pada pagi ini untuk merasmikan MAJLIS HARI
PRESTIJ. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,
guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Seterusnya, majlis berehat seketika sebelum


Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 . Majlis akan
bersambung semula pada pukul 10.00 pagi nanti.
untuk itu, dijemput Yang Dihormati TN HAJI
WAHAB BIN RIDWAN, PEGAWAI DAERAH JOHOR
BAHRU diringi guru besar serta YDP PIBG ke
kantin untuk menikmati sedikit jamuan.

SELEPAS REHAT :

Kami serahkan kepada EN MAHFODZ B ABD


HAMID untuk meneruskan agenda Mesyuarat
Agung PIBG SK TMN TUN AMINAH2 , kali ke-21
bagi tahun 2016.

9. CABUTAN
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara
BERTUAH
kemuncak iaitu cabutan bertuah...

Dengan itu dipersilakan En Mahfodz B Abd Hamid

7
untuk mencabut nombor nombor yang bertuah,

..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


________________ , atas penyampaian cenderahati
itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan En Zainudin B Kasmani


untuk mencabut nombor nombor yang bertuah,
dipersilakan

..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


______________, atas penyampaian cenderahati itu
tadi.

Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi


maka majlis kita telah sampai kepenghujungnya.

Sebelum mengakhiri majlis, kami selaku wakil


pihak sekolah memohon ampun dan maaf
sekranya ada kekurangan sepanjang kami
mengendalikan majlis ini. Semoga kita berjumpa
lagi pada majlis yang lain.

Sekian, terima kasih....

TAMBAHAN

8
9

Anda mungkin juga menyukai