Anda di halaman 1dari 3
KETUA SETIAUSAHA SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia Aras 8, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8884 6072 62604 PUTRAJAYA Faks: 03-8888 5124 MALAYSIA. Laman Web: www.moe.gov.my Ruj. Kami :KPM.100-1/10/1 Jid. 7( ) Tarikh . ae 2017 SEPERTI EDARAN YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Tuan/Puan, LARANGAN PEMBERIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMAT (VIP) SEMASA PERASMIAN MAJLIS RASMI DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Perkara di atas adalah dirujuk 2. Adalah dimaklumkan bahawa, selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah (KSN KSU/KP) Bil. 1 Tahun 2017 pada 9 Januari 2017 dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 2 Tahun 2017 pada 11 Januari 2017 telah memutuskan bahawa amalan pemberian cenderahati kepada tetamu kehormat (VIP) semasa perasmian majlis rasmi di KPM hendaklah diberhentikan dan_dilarang sama sekali berkuatkuasa serta merta. Larangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PB 3.1 Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan. a Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memanjangkan larangan ini kepada semua Pusat Tanggungjawab di bawah seliaan masing-masing. Selain itu pihak YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan kepada pihak urus setia dan penganjur untuk tidak menyediakan cenderahati kepada tetamu kehormat yang dijemput bagi perasmian sesuatu majlis rasmi, 4. Sehubungan itu, pihak YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Tuan/Puan diminta untuk memastikan pematuhan kepada larangan ini bagi mengelakkan pembaziran sesuai dengan saranan Kerajaan supaya penjimatan dilaksanakan di semua peringkat. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” a SRI ALIAS BIN HJ AHMAD Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sk. vi vii Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Semua Setiausaha Bahagian Pengarah Bahagian Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Menteri Pendidikan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai