Anda di halaman 1dari 27

bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

1. 1. 1.0 PENGENALANBahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira


abad ke tujuh. Padawaktu itu terdapat dua ratus bahasa yang dituturkan di kepulauan
tersebut.Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei,
Indonesia,Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di
Vietnam danKemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina,
Madagaskar, Taiwandan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.
Bukti konkrit yangpertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak
tahun 683,dengan terjumpanya empat buah batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang,
pada 683Masihi, di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi di Kota Kapur, Pulau
Bangka,pada 686 Masihi dan di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686
Masihi. Perkataan "Melayu" sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atauMalai,
yang bermaksud "Gunung"; dan "Gunung" itu pula ialah perkataan Melayumoden untuk
perkataan purbanya "Pnom". Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323)merujuk bangsa
atau bahasa Melayu sebagai Malaiur; catatan pegawai Portugis diMelaka, de Eradia
seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600,merujuk bahasa di Melaka
sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6lagi menyebutnya sebagai Mo-
lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. Satu daripada tinggalanilmu Melayu Funan (pada batu
bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yangbermula pada tahun 78M (609M)
yang terkenal ialah system angka perpuluhan yangada simbol sifar (yang sama sistemnya
seperti angka sekarang). Sebelum abad ke-8Mlagi Melayu Campa ada mencatatkan di
prasastinya tentang kemahiran mereka dalampelbagai bidang ilmu dan budaya dengan
mengelaskan ilmu-ilmu yang ada padamereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah
bidang sainsnya yang diistilahkannyasebagai horasastera iaitu astronomi, astrologi,
kosmologi dan yang berhubungdengannya seperti matematik dan fizik. Menurut Shahrir
Mohamad Zain, 2005, unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu
juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unitpanjang atau jarak, dinamai li
dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yangberasal dari istilah Inggeris (feet)
berasaskan panjang kaki seorang raja England abad
2. 2. ke-16. Perkara yang menarik adalah ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil
istilahdram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya,
drum.Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan
unitbilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra =
duadimensi, bhineka=dua aneka, tri- (tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera
=lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu),
danayuta/juta. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada
awalabad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat,
sebahagaiandaripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud
hanya mulaiabad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya.
Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayuterdapat banyak
manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI(sains, kesihatan,
kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmusihir dan ajaib).
Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadimanuskrip Melayu yang
terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobatdan ahlinya tabib.
Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia,bioteknologi,
bioperubatan dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sainsmoden ilmu-ilmu
yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifathipotesis dan sesuatu
hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahalharganya kerana semua
sains bermula dengan hipotesis. Satu lagi bidang kekuatanorang Melayu dahulu ialah
bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum),kosmogeni dan falak
(astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakatini ialah Kitab Abi
Masyar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada1209h/1794M.
Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernahmengungkapkan ilmu dalam
zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dandiberi kepercayaan, mampu
menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana mindabangsanya. Penggunaan bahasa melayu
semakin meluas kerana bahasa tersebut mudahdituturkan berbanding dengan bahasa yang
lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapatdalam bahasa Melayu yang dapat menerima
pengaruh bahasa-bahasa lain
3. 3. menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi
linguafranca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Pada zaman kerajaan
Sriwijayabahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran, perdagangan dan sebagai bahasa
ilmu.Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin
selamaenam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah
pusatpengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikel Penyusunan
SejarahBahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang
Sariyan.Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman
KesultananMelayu Melaka sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia hari ini bahasa Melayu
telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaansepertiperenggan 152 para satu perlembagaan
Malaysia, secara tidak langsung telahmengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu. Menurut ensiklopediakeluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa
bahasa Melayu sebagaibahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa
pengantar ilmupengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
moden sepertifizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang,
kesusasteraan, danagama. Menurut Nik Safiah Karim 2006, bahasa Melayu harus boleh
berfungsi sebagaibahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk
memperkatakanpelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam
bidangkejuruteraan, Bahasa Melayu harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus
untukmenerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan
elektronik,kejuruteraan mekanikal, dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini
berbeza puladengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan,
sejarah, larasseni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. Sebagai bahasa ilmu
BahasaMalaysia harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang
sesuaiuntuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak.
Misalnyaapabila memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah Bahasa Melayu
mempunyaiperbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai
untukmenyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa,
4. 4. perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan
danperangkaan. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
denganbahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa
Jepun,Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis, yang sudah lama berperanan sebagai
bahasailmu moden dengan jayanya. Menurut Ismail Hussein (1992) satu-satu bahasa
yangmencapai taraf sebagai bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting,
iaitukeintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang
tertentu.Dengan keintelektualan bahasa dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai
keupayaanmenyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan,
iaitumengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Ismail
Hussein(1992), kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah penggunaan
larassaintifik yang berusaha menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang
mencerminkankejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai, terutama
melalui perbendaharaan kata, dansebagainya melalui sistem bahasa. Seterusnya, bahasa
itu juga perlu mempunyai cirikesempurnaan, iaitu sifat-sifat yang menjadikan satu-satu
bahasa itu sesuai, tepat,tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaanya.
Bahasa yang sempurnaitu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan,
kelenturan, kepelbgaian,keberkesanan, dan keindahan. Akhir sekali bahasa itu harus
mempunyai ciri bahasa.Maksudnya bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan,
pendapat dan buahfikiran itu harus mempunyai perkataan yang sedap didengar, bertenaga
dan menarikdan dapat menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar. Bahasa
yangmengandungi unsur-unsur ini banyak terdapat dalam laras sastera. (Yahya Don,
2007) Bahasa dan budaya merupakan dua perkara berbeza, tetapi tidak dapatdipisahkan,
kerana bahasa merupakan cermin budaya dan identiti diri penuturnya. Halini bererti,
apakah bahasa dapat mempengaruhi budaya masyarakat atau sebaliknya?Sehingga bahasa
dapat menentukan kemajuan dan mematikan budaya bangsa.Bahasa adalah alat atau
perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk salingberkomunikasi, baik dari segi
tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat), dengantujuan menyampaikan maksud
hati atau kemahuan kepada lawan bicaranya atau orang
5. 5. lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat,
tingkahlaku, tatacara masyarakat, dan sekaligus mudah membaurkan dirinya dengan
segalabentuk masyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi
menjadifungsi umum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai
alatuntuk berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan
adaptasisosial. Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat
dannegara. Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya
yangdiungkapkan dalam bentuk kata-kata budi bahasa. Orang yang dikatakan tidak
tahubahasa bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui
adatberbahasa menurut konteks sosialnya. Selain itu, bahasa mencakupi keseluruhan
hidupmanusia sebagai alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan
tamadunserta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Bahasa juga sebagai
pembentukkeperibadian dan nilai manusia. (Hassan Ahmad, 2002) Kertas kerja ini akan
membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasailmu dengan memberi fokus
tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauhmanabahasa Melayu dapat
digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistempelajaran hari ini, masalah atau
punca yang membataskannya, dan langkah-langkahyang dijalankan untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dalam kajianini pengkaji akan menjelaskan tentang
fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa yangekspresif dalam berbagai bidang ilmu,
termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran
bangsa. Kajian ini juga seterusnya menjelaskantentang masalah- masalah yang dihadapi
dalam menjadikan bahasa Melayu sebagaibahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang
dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaranledakan maklumat pada masa kini. Langkah-
langkah perlu di ambil untuk menjaminbahawa bahasa Melayu hari ini masih releven
sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupasdalam kajian ini. Selain membincangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu, kertaskerja ini juga turut membincangkan bagaimana
bahasa digunakan hari-hari dalammasyarakat dan bagaimana manusia membentuk makna
berdasarkan kontekssosialnya.
6. 6. 2.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu di MalaysiaCeraian 152 daripada
Perlembagaan Negara baru yang pada ketika itu dikenali dengannama Persekutuan Tanah
Melayu menyebut bahawa Bahasa Kebangsaan ialahBahasa Melayu(BM) dan bahawa
bahasa ini akan mengambil alih Bahasa Inggeris(BI) sebagai bahasa rasmi yang tunggal
sepuluh tahun selepas merdeka yakni padatahun 1967. Apabila Sabah dan Sarawak
memasuki Malaysia syarat yang sama jugadikenakan, dan tarikh Bahasa Melayu
mengambil alih Bahasa Inggeris ialah 1973. Ketika zaman penjajahan, Bahasa Inggeris
merupakan bahasa pentadbiran yangrasmi dan juga bahasa persekolahan, ini merupakan
suatu keadaan yang umum bagisemua daerah yang dijajah oleh Inggeris, dan juga kuasa-
kuasa barat yang lain. Olehitu, Bahasa Inggeris mendapat kedudukan yang tinggi. Hal ini
mendatangkan kesanburuk ke atas perkembangan Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa
Melayu menjaditerbatas iaitu hanya digunakan sebagai bahasa perhubungan di rumah dan
bahasapengantar pada peringkat sekolah rendah. Akibatnya, Bahasa Melayu tidak
mempunyai peluang yang cukup untukberkembang menjadikan kedudukan sosialnya
lebih rendah daripada Bahasa Inggeris,dan dari segi fungsi, Bahasa Melayu dianggap
kurang kerana ketiadaan istilah-istilahyang lengkap dan bersifat khusus. Dorongan untuk
mempelajari Bahasa Melayu jugahampir tidak ada kerana kerana kemajuan sosial dan
ekonomi seseorang individu tidakbergantung kepada pengetahuan Bahasa Melayu tetapi
sebaliknya bergantung kepadapengetahuan Bahasa Inggeris yang ada dalam dirinya.
Bahasa Melayu yang diketahuiolehkebanyakan penutur ialah Bahasa Melayu Pasar ,
bahasa yang digunakan untukperhubungan di pasar dan tempat-tempat seperti itu.
Sewaktu Bahasa Melayu dipilih untuk diangkat sebgai bahasa kebangsaannegara baru
dan untuk mengambil alih Bahasa Inggeris sebgai bahasa rasmi yangtunggal, berlakunya
dua perkara iaitu:
7. 7. (i) Penubuhan satu badan untuk memproses perkembangan Bahasa Melayu bagi
membolehkannya memikul tugas-tugas baru, dan (ii) Proses melaksanakan Bahasa
Melayu sebagai alat perhubungan rasmi dan bahasa pengantar di institut-institut
pengajian. Majoriti daripada tugas pengembangan dan pembinaan Bahasa Melayu
dipikuloleh pihak Dewan Bahsa dan Pustaka iaitu badan perancangan bahasa yang
telahditubuhkan pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka bergerak sebagai
satubadan yang menjalankan atau yang mengawasi tiga aktiviti perancangan bahasa
yangberkaitan iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Pada peringkat
pelaksanaan,kegiatan-kegiatannya ialah yang terlibat dengan bahasa itu sendiri iaitu
penentuannorma misalnya norma melalui sistem tulisan, penyusunan tatabahasa dan
kamussama ada secara teknikal atau bukan teknikal dan juga penyebaran norma-norma
inikepada pengguna.2.1 Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu Selama berpuluh
tahun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengendalikanberbagai-bagai projek yang
bertujuan untuk mengembangkn Bahasa Melayu. Wujudnyausaha-usaha daripada Dewan
Bahasa dan hasil daripada hakikat bahawa bahasa itutelah digunakansebagai alat
perhubungan, alat pentadbiran, alat teknologi dan juga alatkebudayaan, Bahasa Melayu
boleh dikatakan telah mengalami proses yang mendalamdari segi pembinaan dan
pengembangannya. Selain itu, dalam beberapa bidang,kejayaan yang tinggi telah dicapai,
misalnya dalam bidang kodifikasi dan penyebaransistem ejaan dan istilah-istilah teknikal.
Demikian juga dengan kejayaan yangv agakmemuaskan yang telah dicapai dari aspek
unsur saling menterjemah denga BahasaInggeris dan beberapa bahasa moden yang lain.
Kini, konsep kerjasama antarabangsatelah dapat dibuktikan dalam perancangan bahasa
dengan kerjasama yang telah wujuddi antara Indonesia dan Malaysia.
8. 8. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa Bahasa Melayu telah mengalami beberapaperingkat
pembinaan dan pemgembangan yang agak mendalam pada segenapperingkat dan disertai
oleh bilangan penuturnya yang semakin banyak dan yang terdiridaripada berbagai-bagai
jenis kumpulan etnik. Ini telah banyak membawa perubahandalam bahasa itu sendiri.
Maka dengan ini juga bertujuan membicarakan aspekpembinaan dan pengembangan
bahasa dan aspek sifat multilingual penduduk-penduduknya dari segi penggunaan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa pengantar.2.2 Pelaksanaan Bahasa Melayu sabagai Bahasa
Pengantar Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang tercatat dalam Penyata
Razaktelah dilaksanakan pada tahun 1957 dan dasar ini telah disokong lagi oleh
PenyataRahman Talib pada tahun 1961. Di antara tahap-tahap yang penting dalam
prosespelaksaanan ini antaranya ialah penubuhan sekolah-sekolah menengah
berpengantarBahasa Melayu pada tahun 1963, pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai
bahasapengantar bagi mata pelajaran tertentu di sekolah-sekolah rendah jenis
kebangsaanpada tahun 1968 dan permulaan pelaksanaan berperingkat Bahasa Melayu
sebagaibahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah rwndah jenis kebangsaan pada
tahun1971. Pada peringkat sekolah menengah pula, Bahasa Melayu menjadi salah
satumata pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata
pelajarandalam pepepriksaan Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970,
denganpengambilalihan Sijil Peperiksaan Seberang Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM),Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib atau teras bagi semua
calonyang mengambil peperiksaan tersebut. Kini, banyak mata pelajaran telah diajar
denganmenggunakan Bahasa Melayu dan pelaksanaan sepenuhnya dasar ini ialah pada
tahun1983.
9. 9. Pada peringkat pengajian tinggi, pertukaran daripada Bahasa Inggeris kepadaBahasa
Melayu berlaku secara bernasur-ansur pada tahun-tahun enam puluhan dibeberapa
maktab perguruan terutamanya di Maktab Perguruan Bahasa dan dibeberapa jabatan di
Universiti Malaya khususnya di Jabatan Pengajian Bahasa Melayu.Pada tahun 1970,
Universiti9 Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang merupakansebuah universiti yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahsa pengantar yagtunggal. Namun kini, kesemua
pusat pengajian tinggi berada dalam berbagai-bagaiperingkat pelaksanaan dasar bahasa
kebangsaan merelisasikan matlamat menjadikanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
sekaligus menduduki peringkat BahasaKebangsaan.2.3 Bahasa Melayu sebagai Lambang
PenyatuanGarvin dan Mathiot (1968) berbicara tentang tiga fungsi simbolik sesuatu
bahasa bakuitu iaitu: (i) Fungsi penyatuan di mana bahasa baku bertindak sebagai alat
yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa
yang sama dan dengan demikian akan menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat
pertuturan atau bahasa. (ii) Fungsi pengasingan iaitu di mana bahasa baku diajukan
sebagai variasi yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama,
dengan demikian bertugas sebagai lambang identiti kebangsaan yang terasing, dan (iii)
Fungsi prestij iaitu di mana kewujudan atau kepunyaan satu bahasa baku menimbulkan
perasaan atau semangat megah bagi Negara.
10. 10. Di Malaysia bahasa kebangsaan atau bahasa baku iaitu Bahasa Melayu telahberusaha
untuk mecapai ketiga-tiga fungsi di atas. Walau bagaimanapun, sepertikebanyakan
negara-negara lain yang sedang membangun, fungsi utamanya ialah untukmenjadi faktor
penyatuan, satu lambang yang dicipta bagi menimbulkan satu identitiyang menurut
Fishman (1968): ... can lead to common mobilization and involvement above, beyond,
and at the expense of pre-existing ethnic-cultural peculiarities These languages may
and has become a symbol of supra-local ethnic-cultural identification, that is, of
ethniccultural identification at the nationality level.Peranan Bahasa Melayu sebagai
factor penyatuan disalurkan menerusi dasar pelajarankebangsaan, sebgaimana tercatat
dalam Akta Pelajaran 1961.2.4 Bahasa Melayu sebagai Pengucapan BudayaBahasa
Melayu secara umumnya merupakan bahasa komunikasi terutamanya dalamkalangan
masyrakat yang menggunkan Bahasa melayu sebagai bahasa ibunda dalamkomunikasi
sehari-harian. Namun demikian, sekadar demikian adalah tidak memadaibagi
memartabatkan Bahasa Melayu ini dengan sekadar menjadikannya sebagaibahasa
pengantar kebangsaan. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu ini diharap
dapatdiperluaskan penggunaannya dalam masyarakat intelektual secara meluas
terutamanyaselaras dengan perkembangan era moden ini. Ini merupakan satu usaha yang
harusdibina bagi menyatukan masyarakat Malaysia serta melaksanakan
tanggungjawabmemartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan..3.0 CIRI-
CIRI BAHASA ILMUTerdapat dua ciri yang penting dalm menjadikan sesebuah bahasa
itu sebagai bahasailmu. Menururt Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007) dalam
kertas kerjanya
11. 11. Bahasa Melayu Sebagai Bahas Ilmu cabaran Dan Harapan menyatakan bahawa
ciribahasa ilmu adlah keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Melalui ciri-
ciriini, kita dapat mencetuskan persoalan iaitu adakah bahasa melayu telah
mencapaistatus bahasa ilmu berdasarkan ciri-ciri tersebut? Persoalan ini akan terjawab
apabilakita mengkaji secara lebih mendalam terhadap bahasa Melayu.3.1
KEINTELEKTUALAN BAHASAKeintelektuaan bahasa dapat dtakrifkan sebagai
keupayaan untuk menyampaikan buahfikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu
mengungkap kesinambungan dankerumitan fikiran. Hal ini dapat dijelaskan lagi dengan
keupayaan bahasa Melayumenjadi bahasa saintifik yakni mempunyai kosa kata dalam
bidang atau laras-larastertentu. Hal ini dapat juga dilihat melalui pengembangan
perbendaharaan kata iaitumenambahkan istilah-istilah baharu yang mempunyai sifat
khusus yang mungkin sukardifhami oleh penutur-penutur biasa. Bukti yang menunjukkan
bahasa Mnelayu menjadi bhasa yang intelektualadalah seperti dalam bidang undang-
undang, ekonomi, perubatan, computer,kejuruteraan, pertanian, dan sains. Setiap bidang-
bidang ini mempunyaiperbendaharaan kata bahasa Melayu yang khusus dan saintifik. Hal
ini jelasmenunjukkan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu dan
berintelektual.Berikut merupakan contoh-contoh perbendaharaan kata bahasa melayu
yang khususbagi setiapa bidang-bidang ilmu:BIDANG ILMU CONTOH KOSA
KATA/AYAT YANG KHUSUSUNDANG-UNDANG Hal ehwal darurat ada terkandung
dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Fasal 1 perkara itu, apa yang
dimaksudkan dengan darurat adalah satu darurat besar yang mengancam keselamatan
atau kehidupan ekonomi Persekutuan atau mana-mana bahagian.PERUBATAN Bakteria
laktobasilus adalah bacteria bersifat gram
12. 12. positif, tidak berbentuk spora dan berkembang biakEKONOMI Aliran pertalian
antara organisasi perniagaan dengan pasaran ini disebut system pemasaran.KOMPUTER
Pangkalan Data Microsoft Acces, Memulakan Sistem.KEJURUTERAAN Ada tiga sistem
koordinat yang berlainan yang biasanya digunakan untuk menentukan kedudukan zarah
dalam ruang.PERTANIAN Pembiakan adalah proses memanjangkan kewujudan sesuatu
sepsis tumbuhan.SAINS Kolestrol adalah sebahagian daripada bahan sterol.Jadual di atas
jeals menunjukkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa yangmempunyai
keintelektualan bahasa dan seterusnya dianggap sebagai bahasa ilmu.3.2
KESEMPURNAAN BAHASACiri kedua dalam menjadikan sesuatu bahasa itu sebagai
bahasa ilmu adalahkesempurnaan bahasa. Kesempurnaan bahasa bermaksud sifat-sifat
yang menjadikansesuatu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi dan
kontekspenggunaannya. Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007),
kesempurnaanbahasa mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian,
keberkesanan dankeindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu harus mempunyai
peraturan-peraturanatau system seperti sebutan, peraturan pemakaian imbuhan, ayat dan
frasa.Contohnya, di dalam bahasa Melayu, perkataan rumah akan disebut rumah dan
tidakruhma atau mahru. Hal ini bermakna kestabilan bahasa perlulah berdasarkan
kepadarumus atau peraturan tatabahasa terutamananya dari aspek ejaan, sebutan
dansebagainya.
13. 13. Manakala dari segi kelenturan pula, bahasa sepatutnya mempunyai kesesuaiandengan
alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakatbahasa
tersebut. Contoh yang jelas adalah perkataan bahasa Inggeris yang terdapatdalam bahasa
Melayu telah dilenturkan apabila masayarakat bahasa Melayumenyebutnya seperti
university telah menjadi university dalam bahasa Melayu denganmngikut bunyi
fonemnya. Begitu juga denan sifat-sifat lain dalam kesempuranaan bahasa
iaitukepelbagaian yakni berfokuskan kepada sesuatu bahasa itu mempunyai
kepelbagaiandalam aspek penyampaiannya. Hal ini bermakna kepelbagaian ini barkait
rapat denganaspek intonasi, jeda dan sebagainya. Manakala sifat keberkesanan pula
merujukkepada bahasa yang sempurtna adalah bahasa yang tidak mempunyai
kekeliruanmaksud atau erti. Hal ini bermakna, setiap penyampaiab yang menggunakan
bahasatersebut haruslah jelas maknanya dan mesej yang ingin disampaikan. Sifat
kesempurnaan bahasa yang terakhir sekali adalah bahasa indah ataukeindahan bahasa.
Bangsa Melayu merupakans alahs atu daripada bahasa yangterkenal dengan sikaop sopan
santunnya serta berbudi bahasa yang tinggi.Berdasarkan konteks ini, jelas
memeperlihatkan bahawa bahasa melayu mempunyaibahasa yang indah dan lembut
dalam segenap hal perbincangan. Contohnya, untukmenegur seseorang, kita boleh
menggunakan bahasa yang halus dan penuh hemahtanpa menyakiti hati invidu yang
ditegur. Hal ini berlaku berdasarkan kebijaksaanpenutur tersebut untuk menggunakan
kosa kata yang sesuai dan lembut dalam setiaptutur bicaranya. Berdasarkan dua ciri
bahasa ilmu yang telah dijelaskan iaitu keintelektualanbahasa dan kesempurnaan bahasa,
secara tuntasnya, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri tersebut. Persoalan yang mungkin
timbul berdasarkan kedua-dua ciri ini adalahsejauh manakah kejayaan bahasa Melayu
menjadi bahasa ilmu pada hari ini?3.3 KEJAYAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI
PENGUCAPAN ILMU DAN BUDAYA
14. 14. Kejayaan bahasa Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat
melaluibeberapa aspek tertentu. Apabila membincangkan mengenai bahaasa Melayus
ebagaipengucapan ilmu dan budaya, minda penutur jati bahasa Melayu akan melihat
titikfokus perbincangan yang akan menjurus kepada pendidikan. Hal ini demkian
keranailmu dan pendidikan saling berkait rapat antara satu sama lain. Bahasa Melayu
sebagaipengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat menerusi bidang pendidikan. Kerajaan
telahmenentapkan bahawa bahasa pengantar di sekolah adalah bahasa Melayu kecuali
bagisekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai
bahasapengantar di sekolah.3.4 BAHASA MELAYU DI SEKOLAH Pendidikan di
Malaysia bermula dengan beberapa dasar yang penting yangberkait rapat dengan
ketetapan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalampendidikan. Contoh
jawatankuasa yang memainkan peranan yang penting dalammenjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar adalah Jwatankuasa Pelajaran1956, Jawatankuasa Penyemak
Dasar Pelajaran 1960 dan sebagainya. Peranan yangdimainkan dalam jawatankuasa ini
amat penting dan terbukti berkesan dengan kerajaanmewajibkan bahasa Melayu sebagai
subjek wajib lulus dan perlu diambil oleh semuapelajar di sekolah di Malaysia sehingga
ke hari ini. Setelah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah, ia
sekaligus telah mewujudkan budaya yang seragam dalam kalangan pelajar di sekolah.
Hal inibermakna setiap pelajar di sekolah kebangsaan akan menggunakan bahasa
Melayudalam interaksi mereka. Selain itu juga, setiap subjek yang diajar di sekolah
sepertiSejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan sebagainya
diajarmenggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian dan proses
Pengajarandan Pembelajaran. Secara tidak langsung, budaya di sekolah telah diwujudkan
melaluiinteraksi antara pelajar dan guru dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasapertuturan mereka.
15. 15. Namun, terdapat beberapa ancaman yang berlaku terhadap bahasa Melayu disekolah.
Perkara ini berlaku apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mencapaikemajuan
dengan pantas tanpa mengambil kira kepentingan bahasa melayu sebagaibahasa
pengantar ilmu khususnya melibatkan subjek sains tulen seperti sains, biologi,kimia, fizik
dan matematik. Perkara yang berlaku mengambarkan masa depan bahasamelayu sebagai
bahasa pengantar ilmu kurang diberi perhatian. Walau bagaimanapun,kesedaran para
pemimpin dan rakyat akan kesan buruk pelaksanaan PPSMImenunjukkan satu usaha
memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.3.5 BAHASA MELAYU DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGIUsaha memartabatkan bahasa melayu di Malaysia
bukan sahaja dapat dilihat padaperingkat sekolah malah pada peringkat universiti atau
pusat-pusat pengajian tinggipun menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
dalam bilik-bilik kuliah.Walaupun para pelajar digalakkan untuk menguasai bahasa asing
khususnya bahasainggeris namun bahasa melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam
urusanpentadbiran, perbincangan, ceramah dan kuliah. Di samping itu, bahasa melayu
masih berada pada tahap yang tinggi keranamenjadi teras untuk menentukan kelayakan
calon memasuki universiti-universititempatan. Dalam hal ini, para calon wajib lulus
kepujian sebagai syarat minimum untukmemohon melanjutkan pelajaran di peringkat
universiti. Dalam sesi temuduga, bahasamelayu digunakan sebagai medium komunikasi
antara calon temuduga denganpenemuduga. Selain kecekapan berbahasa inggeris,
kecekapan berbahasa melayumerupakan salah satu aspek yang paling penting dinilai
dalam sesi temuduga. Hal inimenunjukkan kepentingan penggunaan bahasa melayu
dalam pengajian di peringkatuniversiti sebagai medium penyebaran ilmu. Selain
digunakan di sekolah dan universiti, kepentingan bahasa melayu jugadiambil perhatian
oleh pemimpin dan masyarakat dengan adanya perlaksanaanprogram-program
intelektual. Contohnya, program Pertandingan Pidato AntarabangsaBahasa Melayu
(PABM) telah berjaya mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
16. 16. yang penting dipelajari. Jalinan usahasama antara Kementerian Pengajian
Tinggi,Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
danKementerian Pelancongan serta pihak swasta ini turut membayangkan betapa
utuhnyarasa cinta dan sayang kita terhadap bahasa Melayu. Program ini menjadi bukti
bahawakerajaan selama ini tidak berdiam diri dalam memperkasa bahasa Melayu
kepadamasyarakat sejagat. Pertandingan pidato ini membuktikan keupayaan bahasa
Melayu untuk pergijauh ke peringkat global. Bahasa Melayu telah diterima baik di
kebanyakan negara danperihal ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu boleh
memainkan peranan yangpenting dalam pembangunan tamadun saintifik dan prolifik di
peringkat antarabangsa.Pertandingan pidato ini juga memberi petunjuk yang jelas bahawa
bahasa Melayubukanlah bahasa yang boleh diperkecilkan peranan dan pengaruhnya. Pada
hari ini, diseluruh dunia, terdapat 129 buah pusat pengajian tinggi yang menawarkan
kursuspengajian bahasa Melayu, merangkumi 40 buah negara dari Amerika
Syarikatmerentasi kesemua tujuh benua menganjur ke negara New Zealand. Pendedahan
melalui pertandingan itu secara tidak langsung dapat menarik minatbangsa lain untuk
lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu bersertabudaya yang penuh
dengan kesopanan. Kerana itu, rakyat tidak perlu malu bercakapdalam bahasa Melayu
apabila berkomunikasi dengan orang luar yang berkunjung kenegara bertuah ini. Secara
tidak langsung, tindakan berani itu mampu mengangkatmartabat bahasa Melayu bukan
sahaja sebagai bahasa pengantara tetapi sebagaibahasa ilmu. Dalam konteks dunia pada
hari ini, bahasa Melayu telah diangkat sebagai salahsatu daripada 10 bahasa utama dunia.
Dengan angka lebih 280 juta orang penutur,bahasa Melayu diberi darjat yang tinggi
sebagai bahasa kelima terbesar di dunia. Faktaini memberi gambaran jelas bahawa bahasa
Melayu mempunyai pengaruh dan perananyang cukup besar dalam mewarnai landskap
pembangunan tamadun dunia.Sehubungan ini juga, kerajaan mahu keyakinan terhadap
potensi bahasa Melayu dalamsegenap bidang terus dipupuk dan diperteguhkan.
Kegigihan kerajaan
17. 17. memperkembang fungsi bahasa Melayu jelas menggambarkan hasrat kita untuk
terusmemperkasa bahasa Melayu kepada kedudukan yang lebih tinggi.3.7 Bahasa Melayu
Dalam Pengucapan Budaya Masyarakat Melayu.Bahasa dan budaya bergerak seiring.
Seawal abad ke-14 bahasa melayu telahdigunakan sebagai lingua franca antara negeri-
negeri melayu dengan dunia luar sepertiinggeris, china, portugis dan belanda. Sekaligus
membentuk budaya di mana bangsa-bangsa ini cuba berkomunikasi dan berinterksi dalam
bahasa melayu. Bahasa melayubukan sahaja menjadi wahana pengucapan dalam
ekonomi, ilmu, filsafat malah jugadigunakan dalam pengucapan sastera dan budaya.
Sastera dan budaya dalamsesebuah negara semestinya melibatkan bahasa sebagai
medium komunikasi. Bahasa dan budaya mempunyai maksud yang berbeza tetapi sangat
berkaitrapat antara satu sama lain. Hal ini demikian karena bahasa merupakan
cerminanbudaya dan identiti diri penutur. Kebudayaan adalah sistem yang mengatur
interaksimanusia di dalam masyarakat dan bahasa adalah suatu sistem yang berfungsi
sebagaisarana berlangsungnya interaksi itu. Oleh yang demikian, hubungan bahasa
dankebudayaan seperti anak kembar siam, dua fenomena tersebut sangat erat
sekalibagaikan dua sisi mata wang, sisi yang satu sebagai sistem kebahasaan dan sisi
yanglain sebagai sistem kebudayaan. Kerana itu bahasa tidak pernah lepas dari
konteksbudaya dan keberadaannya selalu dibayangi oleh budaya. Bahasa sangat
pentingkerana bahasa mampu mempengaruhi budaya sesebuah masyarakat selain
menjadifaktor jatuh dan bangunnya sesebuah negara bangsa. Perbincangan bahasa dalam
kebudayaan masyarakat adalah tidak lengkap jikahuraian mengenai maksud atau konsep
budaya tidak disentuh. Menurut Gooddenoughdalam buku Mudjia Rahardjo bertajuk
Relung-relung Bahasa mengatakan bahawabudaya suatu masyarakat adalah semua
perkara yang harus diketahui dan dipercayaioleh seseorang sehingga dia boleh bertindak
sesuai dengan norma dan nilai dalammasyarakat. oleh itu, budaya merupakan cara yang
harus dimiliki seseorang untukmelaksanakan kegiatan sehari-hari dalam hidupnya.
Tingkah laku manusia dalam suatu
18. 18. kumpulan masyarakat juga disifatkan sebagai budaya bagi masyarakat tersebut.
Dalamerti kata lain, budaya merupakan sesuatu kebiasaan atau kelaziman. Budaya
meliputipelbagai aspek termasuklah bahasa, adat dan perkahwinan, tingkah laku
danseumpamanya. Komunikasi dan interaksi dalam sesebuah masyarakat
semestinyamenggunakan satu bahasa yang difahami oleh seluruh kumpulan masyarakat
tersebut.Bahasa yang digunakan menjadi kebiasaan sebagai bahasa perhubungan,
pergaulandan seterusnya menjadi bahasa kebudayaan. Seperti yang dikatakan
sebelumnya, bahasa ialah alat pengucapan dalambudaya kita. Melalui bahasa Melayu kita
menghantar nilai-nilai, konsep-konsep budayabangsa Malaysia. Dalam bahasa itu
terkandung nilai-nilai budaya, atau pandangandunia bangsa Melayu. Kita dapat melihat
satu contoh yang nyata. Apabila Israelkembali ke negara asalnya, pemimpinnya
menghidupkan bahasa asalnya, Hebrew.Tujuannya ialah mengembalikan jatidiri orang
Israel. Setiap kanak-kanak diajarkanbahasa Hebrew itu. Dengan demikian, mereka
membina kembali bangsa Israel,jatidirinya, budayanya, agamanya, sistem politiknya dan
sistem pendidikannya. Denganmengembalikan semula bahasa Hebrew itu, bangsanya
hidup semula sebagai bangsayang bermaruah. Ini dibina kembali melalui bahasa Hebrew,
Bahasa KebangsaanRegim Israel. Daripada bukti sejarah kita dapat melihat peristiwa
hilang bahasa, hilanglahmaruah bangsa. Apabila bahasa Hawaii pupus, bangsanya juga
pupus. Pada hari iniusaha menghidupkan semula bahasa Hawaii mengalami kesukaran
sebab bangsaHawaii pun sudah tidak tulen lagi. Berlainan dengan bangsa Israel,
jatidirinya sangatkukuh. Apabila terpaksa merantau ke luar negara asalnya, mereka
mengekalkanjatidiri. Semasa di perantauan, mereka mengalami perubahan dan
penyesuaiansehingga dapat menjadi kaum yang dominan dalam negara-negara yang
didiaminya.Tetapi jatidirinya kekal. Apabila pulang ke negaranya, mereka masih belum
kehilanganciri jatidirinya yang penting, bahasa, nilai-nilai dan pandangan dunianya.
Sekarangmereka mengembalikan maruah bangsanya setelah menghidupkan semula
bahasaHebrew. Survival budaya sesuatu bangsa itu hanya melalui bahasanya.
Padabahasanya itulah terletaknya maruah bangsa itu.
19. 19. Dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di UKM yang lalu, Che Mazlan Saad,dari
JIM, menyampaikan sebuah kertas kerja bertajuk Isu-Isu Amalan Agama, MoralDan
Bahasa Melayu. Beliau mengatakan, usaha-usaha pemantapan budaya, amalanagama,
moral dan nilai hendaklah dilakukan melalui bahasa Melayu. Ini juga perludiambil berat
oleh IPT swasta. Kita dapat melihat bahawa istilah-istilah agama Islamsudah sebati dalam
bahasa Melayu. Penggunaan sebarang bahasa lain tidak akanmembawa isi yang sama.
Survival agama dan nilai hanya dapat diteruskan melaluibahasanya sendiri. Di negara
Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang dipersetujui untukdijadikan sebagai
bahasa pengucapan kebudayaan. Bahasa melayu menjadi bahasakomunikasi yang lazim
digunakan oleh rakyat untuk berhubung antara satu sama lain.Sebagai rakyat Malaysia
bahasa Melayu seharusnya dikuasai oleh seluruhwarganegara kerana bahasa Melayu
sudah menjadi bahasa lazim atau bahasakebudayaan orang Malaysia. Seiring dengan
definisi kebudayaan itu sendiri, iaitubahasa diwarisi secara kemasyarakatan. Bahasa
melayu bukan sahajamenggambarkan budaya berbahasa orang Malaysia malah dalam
bahasa melayu jugabanyak terkandung budaya lain seperti norma-norma masyaakat
melayu. Dalam masyarakat melayu, bahasa melayu bukan sahaja digunakan
sebagaimedium pergaulan untuk berurusan sahaja malah masyarakat melayu suka
bercerita,bersyair, berpantun bernyanyi menggunakan bahasa melayu. Budaya
masyarakatmelayu yang suka dengan keindahan sastera ini telah meningkatkan
keupayaanbahasa melayu menjadi bahasa pengantara, bahasa pergaulan dan bahasa ilmu
secaratidak lansungnya. Tambahan lagi puisi dan cerita-cerita rakyat lazimnya
disampaikanmelalui lisan.4.0 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.
20. 20. Walaupun kedudukan Bahasa Melayu sudah terjamin sebagai bahasa
kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan dan Dewan Bahasa dan
Pustaka(DBP) Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga asas perpaduan
mulamenempuhi cabaranya yang tersendiri. Meskipun telah menjadi bahasa
pengantarutama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta
bahasaperpaduan. Bahasa Melayu perlu disemarakkan dan diberi penghormatan
bagimemperkasakan kedudukannya. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkankemerosotan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu. Kemerosotan inilah
yang menjadicabaran kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan menjadi budaya
masyarakatMelayu. Antara faktor-faktor yang menjurus kepada kemerosotan itu
ialahkecenderungan dan kelaziman penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan
sepertiPPSMI, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang ditafsirkan
dalamPerlembagaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya, penggunaan bahasa
rojak,bahasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan bahasa dalam sembang di
internet,yakni pencemaran bahasa, dan jumlah penerbitan buku dalam Bahasa
Kebangsaanyang secara relatifnya rendah, dan kadar penterjemahan karya daripada
bahasa asingkepada Bahasa Kebangsaan yang secara relatifnya juga rendah dan
lambat.4.1 PPSMIPengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)pernah menjadi satu cabaran kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu.Berdasarkan realiti dalam bidang pendidikan kedudukan Bahasa Melayu
sebagaibahasa ilmiah semakin tergugat sejak kebelakangan ini. Apatah lagi
denganpelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI)
dalamBahasa Inggeris dan Dasar Bahasa di IPTA dan IPTS yang mula berubah.
Kedudukandan usaha untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi
tumpuanmelalui pelbagai program yang dirangka tetapi aspek untuk memperkasakan
21. 21. pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dinyatakan
secaralangsung. Pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah tidak dapat tidak telah
menggugatkedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu.
KedudukanBahasa Melayu sebagai bahasa sains dan matematik terjejas dengan
pelaksanaandasar ini. Kesannya kelak ke atas budaya, semua mata pelajaran sains dan
matematikdari peringkat pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi akan diajarkan
dalamBahasa Inggeris sepenuhnya. Hasilnya, pelaksanaan dasar ini akan
menjadikanperanan Bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi
akantersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad, khususnya
bagipendidikan tinggi (era selepas SPM) sedangkan bahasa Melayu telahpun
banyakmeneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah buku
pelbagaijudul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta
dibaikidari semasa ke semasa. Dalam konteks ini juga kedudukan Bahasa Melayu
sebagaibahasa ilmiah juga semakin mengecil khususnya dalam bidang sains dan
teknologi.Keadaan ini akan terus terbudaya sekiranya tidak disekat. Seharusnya kita perlu
berasabersyukur tatkala pengumuman PPSMI dimansuhkan dan diganti dengan
dasarMemperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM-MBI)
baru-baru ini.4.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Belum Terlaksana Sepenuhnya
Selain itu, perubahan dasar bahasa di peringkat IPT juga telah menyebabkanberlakunya
perbezaan yang ketara antara dasar Bahasa Melayu sebagai bahasapengantar dalam
sistem pendidikan. Hal ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji,Menyemak dan
Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju PendidikanTinggi Malaysia
(2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa walaupunBahasa Melayu telah
dijadikan bahasa pengantar di peringkat sekolah, keadaan diperingkat tinggi adalah
berbeza. Selama lebih satu dekad telah wujud dua sistem yangberbeza dengan ketaranya
di peringkat pendidikan tinggi: Bahasa Melayu sebagai
22. 22. bahasa pengantar di IPTA dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di
IPTS.Keadaan ini semakin terbudaya, lebih-lebih lagi perkembangan ini berlaku
selepaspelaksanaan Akta IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian
daripadamenggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris
telahdijadikan bahasa pengantar kerana institusi-institusi ini kebanyakannya
menawarkankursus-kursus IPT luar Negara. Namun begitu, dalam laporan yang sama
jawatankuasa ini turut memperakukansupaya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
digunakan sebagai bahasa rasmidigunakan dalam semua urusan rasmi dan Bahasa
Inggeris hendaklah digunakansebagai bahasa pengantar di IPT dalam semua mata
pelajaran sains, matematik danprofessional, manakala mata pelajaran lain hendaklah
diajar dalam bahasa yang palingberkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung di
dalam mata pelajaran tersebut.Natijahnya, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar semakin terpinggirdan sudah pasti untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmiah juga semakinsukar apabila semakin dipinggirkan di dalam institusi ilmu.
Kerisauan terhadapperkembangan ini turut dinyatakan oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad
(2004) iaitu dasarbahasa dalam sistem pendidikan negara berhubung dengan bahasa
Inggeris jelas, iaitubahasa ini hendaklah diajarkan sebagai bahasa kedua yang wajib di
sekolahkebangsaan. Dasar ini tidak berkata bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa
keduahendaklah dijadikan bahasa pengantar dalam apa jua mata pelajaran di sekolah.
Makajika keadaan ini berterusan, budaya masyarakat Melayu dalam mengamalkan
bahasaMelayu Jati akan terus terpinggir.4.3 Penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan
& penterjemahan karya daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan rendah dan
lambatPerakuan dan saranan agar penggunaan Bahasa Inggeris diperluaskan dalam
bidangpendidikan ini juga seakan-akan berlawanan dengan pelaksanaan Dasar Buku
Negarayang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Buku teks
danbuku-buku rujukan memainkan peranan penting di dalam pengajaran dan
pembelajaran
23. 23. dan sudah sepatutnya usaha menambah bilangan penerbitan bahan-bahan
tersebutdalam bahasa kebangsaan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Namun
jikadilihat dalam pelaksanaan dasar pendidikan kebelakangan ini dengan
pelaksanaanPengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)serta dasar penggunaan Bahasa Melayu di IPTA dan IPTS, keadaan sebaliknya
yangberlaku; sedang satu pihak berusaha untuk menterjemah karya asing kepada
BahasaMelayu, satu pihak lagi beralih kepada buku-buku Bahasa Inggeris sebagai
rujukan. Disini menampakkan pembaharuan yang dikemukakan dalam PIPP tidak sejajar
dengansituasi yang berlaku terhadap pelaksanaan dasar bahasa dalam sistem pendidikan
diperingkat Kementerian Pelajaran sendiri dan juga Kementerian pengajian Tinggi. Usaha
untuk memperbanyakkan penerbitan buku-buku dalam Bahasa Melayudan juga
penterjemahan karya asing kepada Bahasa Melayu sepatutnya akan lebihterangsang dan
bersemarak kerana adanya permintaan mendesak apabila bidangsains, matematik dan
professional ini diajarkan dalam Bahasa Melayu. Keadaan inilahyang berlaku apabila
Bahasa Melayu mula dijadikan Bahasa Pengantar sepenuhnya diIPTA pada awal 1980-an,
dalam tahun 1980 hingga 1983, DBP telah mencetaksebanyak 47 buah senarai istilah
yang boleh dikatakan dalam semua bidang kecualibidang-bidang khusus. Di samping itu
usaha-usaha ini diperlengkap oleh masing-masing universiti mengikut keupayaan mereka
untuk bidang-bidang yang lebih khususdan tinggi sesuai dengan peringkat pengajian
tinggi.4.4 Pencemaran BahasaSeperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan
kemajuan global telah banyakmengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah
hidup dengan komputer daninternet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail
dan sms dua istilah yangsudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan
sehubungan itu ramaiyang berurus niaga melalui internet. Perkataan terbaru sering
memasukiperbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih
dahulu.Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa
Melayu.Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang
negatif
24. 24. tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Keadaan
inisemakin terbudaya, bukti dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang
sekitar94 rencana utama termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen
yangmemperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek. Kini kita
sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas.Penyakit campur-
aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak yangboleh mengancam
budaya masyarakt Melayu khususnya. Bahasa rojak wujud dalamsesuatu ayat yang
diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itusemacam hidangan rojak.
Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapibahasa rojak menyebabkan
kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsaMelayu malu dipalunya. Paling
mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TVsekarang ungkapan-ungkapan seperti
e-mail, sms internet, software, hardware,ISDN, html, computer
website dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menyemarakkan penggunaan dan
mengukuhkan kecintaanterhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmisememangnya disokong tetapi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasailmiah mestilah disokong kuat oleh penggunaan dan pemakaian Bahasa
Melayusepenuhnya dalam menyampaikan ilmu. Barulah Bahasa Melayu akan
terusberkembang pesat dan usaha memperkayakan khazanah bahasa dalam bidang
ejaan,peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa akan
terusbercambah menjadi budaya masyarakat Melayu. Hal ini disebabkan,
pelaksanaanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya menuntut agar
langkah-langkah yang lebih gigih dilakukan terhadap persoalan-persoalan yang
ditimbulkan. Disamping itu, usaha memperkembangkan Bahasa Melayu dan
meningkatkankeupayaannya menjadi bahasa ilmiah bagi semua bidang ilmu perlu
diselaraskandengan perubahan dasar pendidikan dan pelaksanaannya di peringkat
KementerianPelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi .
25. 25. 5.0 Langkah Langkah Menangani Cabaran Yang Dihadapi Oleh Bahasa Melayu
Sebagai pengucapan Ilmu Dan Budaya. Apabila wujudnya cabaran, maka langkah
langkah untuk mengatasi cabaran ituperlu ada dalam usaha memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Antaracabaran cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu seperti yang telah dikupassebelum ini ialah, isu PPSMI, pelaksanaan bahasa rasmi
yang tidak secarasepenuhnya, iklim penerbitan buku bahasa Melayu yang suram dan
penterjemahanbuku bahasa asing ke dalam bahasa Melayu yang kurang serta isu isu
yang berkaitandengan pencemaran bahasa. Cabaran cabaran ini perlu diatasi supaya
tidak menjejaskan peranan bahasaMelayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya. Justeru
itu, langkah langkah segeraperlu diambil untuk menangani setiap cabaran yang berlaku.
Cabaran cabaran ini bisamemberi impak kepada peranan bahasa Melayu jika tidak
ditangani dengansewajarnya.5.2 Pemansuhan PPSMI Dan Pengenalan Dasar MBMMBI
Dapat MemartabatkanBahasa Melayu Sebagai Pengucapan Ilmu.PPSMI sebenarnya
gagal memberi manfaat kepada murid khususnya murid yangberasal dari luar bandar,
pedalaman dan dalam kalangan murid orang asli. Akibat daridesakan desakan pelbagai
pihak, maka pihak kerajaan telah memutuskan bahawapemansuhan PPSMI pada tanggal
8 Julai 2009 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.Dapatan kajian pada tahun 2007 mendapati,
skor purata pencapaian murid Malaysiadalam Matematik dan Sains telah merosot dengan
ketara. Terdapat tujuh faktor pemansuhan PPSMI. Antaranya ialah dengan melihatkepada
sejarah lampau. Sejarah membuktikan, belajar dengan menggunakan bahasaMelayu
masih mampu membuatkan rakyat negara ini menjadi doktor dan ahliprofesional yang
lain. Selain itu, kajian UNESCO ( 1958 ) jelas menunjukkan bahawapendidikan dalam
bahasa ibunda lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh
26. 26. didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai
perantaraanpengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek yang
dipelajari. Hasil kajian UNESCO ini jelas membuktikan betapa peranan bahasa ibunda
itusangat penting dan lebih berkesan digunakan dalam dunia pendidikan. Serentakdengan
pemansuhan PPSMI, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu MemperkukuhkanBahasa
Inggeris ( MBMMBI ) telah diperkenalkan dan bakal dilaksanakan pada tahun2012.
Dasar ini diperkenalkan untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagaibahasa
ilmu yakni bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Menurut bekas KetuaPengarah
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP),Dr, Hassan Ahmad, PPSMI bolehmelemahkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Justeru, pemasuhan PPSMI inimerupakan tindakan yang
sangat wajar.Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan oleh
UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) apabila berjaya melahirkan ramai siswazah
dalam bidangperubatan dan pelbagai bidang lain. Meskipun belajar dalam bahasa
Melayu, ramaigolongan profesional yang dihasilkan oleh UKM mahir berbahasa Inggeris
dengan baik.5.3 Menggiatkan Usaha Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Rasmi
Terutamanya Dalam Bidang pendidikan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
menjelaskan bahawa bahasa Melayumerupakan bahasa rasmi yang tidak boleh
dipertikaikan fungsi dan peranannya sebagaibahasa kebangsaan. Kedudukan bahasa
melayu dimantapkan lagi dengan adanya AktaBahasa Kebangsaan 1967. Menurut tafsiran
Seksyen 2 dan seksyen berkenaan dalamAkta 1966, bahasa Kebangsaan hendaklah
dijadikan bahasa pengantar di semuainstitusi pendidikan dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Namun, dalam seksyen 17(1) menteri mempunyai kuasa mengecualikan
penggunaan bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar di mana mana institusi pendidikan
yang lain. Perkara ini telahmenunjukkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pendidikan telahberubah.
27. 27. Institusi pendidikan swasta mempunyai kebebasan untuk memilih bahasapengantar
yang digunakan. Justeru, pihak institusi pendidikan swasta akan memilihbahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar dan berterusan meminggirkan perananbahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pedidikan. Akta Pendidikan 1996 dan AktaIPTS 1996 dilihat
bertentangan dengan usaha usaha meninggikan martabat bahasaMelayu sebagai bahasa
pengantar ilmu. Perkara inilah yang harus diberi perhatiansupaya martabat bahasa
Melayu tidak dijatuhkan. Apa yang perlu dilakukan adalhdengan meminda akta akta
berkaitan yang sedia ada supaya jangan terlalu memberikelongagran dan kebebesan
kebebasan kepada institusi pendidikan swasta memilihsendiri bahasa pengantarnya.
Menurut sumber dalam Berita Harian bertarikh 29 Jun 1998, terdapat usaha usaha yang
dilakukan berkaitan dengan perkara ini. Antaranya ialah, Kongres Bahasadan Persuratan
Melayu v 1998 membuat resolusi agar Akta Pendidikan 1996 dan AktaIPTS 1996
disemak dan diselaraskan tujuannya. Kongres beresolusi supaya Fasal 17dalam Akta
Pendidikan dan Fasal 41 Akta IPTS 1996 digugurkan. Kongres jugameminta supaya
dasar yang membenarkan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil digunakansebagai bahasa
pengantar di sekolah dan universiti dikaji da digugurkan. Selain itu,gesaan turut dibuat
supaya menggesa IPTS melaksanakan bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar. Menurut
Nik Safiah karim (1984 ), pencapaian taraf keintelektualan bahasaMelayu akan menjadi
lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasailmiah. Dewan Bahasa Dan
Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan LingusitikMalaysia telah menganjurkan
Seminar Tamadun Berbahasa Melayu Menjelang Tahun2020. Seminar yang telah
diadakan ini mengutarakan lima resolusi, iaitu bahasa Melayutelah diterima secara sah
dalam dokumen dokumen perundangan negara, sebagaibahasa Kebangsaan, bahasa
Rasmi dan juga bahasa pengantar ilmu. Usaha usahasebegini mampu mengembalikan
martabat bahasa Melayu sebagai bahasapengucapan ilmu yang unggul.
28. 28. 5.4 Memperbanyakkan Penerbitan Buku Buku Ilmiah dalam Bahasa Kebangsaan
Dan Menggiatkan Usaha Penterjemahan Karya Asing Ke dalam Bahasa Melayu.Dalam
usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu, DBP
perlumemainkan peranannya dengan jitu. DBP perlu menerbitkan lebih banyak buku
ilmiah.Jika terdapat banyak buku buku ilmiah diterbitkan dalam bahasa Melayu, dapat
dilihatbetapa tekalnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu. Selain
darimenerbitkan buku yang mencakupi pelbagai bidang ilmu, DBP perlu menerbitkan
lebihbanyak kamus, peristilahan dan buku glosari supaya dapat mengangkat
keupayaanbahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu. Penerbitan buku dapat
membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu.Perkara ini dapat emmpercepatkan
proses percambahan sesuatu ilmu itu dalambahasa Melayu. Selain dari penerbitan, DBP
dan Institut Terjemahan Negara perlumelakukan kerja kerja menterjemah buku dengan
giat. Apabila, terdapat banyak bukubahasa asing yang diterjemah ke dalam bahasa
Melayu, perkara ini dapatmenampakkan kehebatan pada bahasa Melayu itu
sendiri.Ledakan era teknologi maklumat kini banyak mempengaruhi manusia. Dunia
kinimerupakan dunia teknologi. Terdapat banyak istilah istilah khusus mengenai
bidangteknologi. Perkara inilah yang perlu diberi perhatian oleh DBP. DBP perlu
menterjemahistilah istilah tersebut ke dalam bahasa Melayu. Perkara seperti ini
dapatmengembangkan bahasa Melayu itu sendiri. Kekuatan da status bahasa
Melayuterletak pada sifat sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan
mengikutperedaran zaman. Menurut pakar bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan
sistembahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai
dayapengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden
telahmencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih
perlukanpemantapan.
29. 29. 5.5 Menangani Isu Pencemaran BahasaPencemaran bahasa merupakan isu yang
semakin serius dan perlu ditangani secaraberkesan. Dalam usaha menangani masalah ini,
undang undang berkaitan bahasaperlu diwujudkan. DBP pula diberi kuasa untuk
menghukum sesiapa sahaja yangmelakuka kesalahan bahasa bagi tujuan yang formal.
Iklan merupakan sesuatu yangdapat mempengaruhi manusia. Justeru, kawalan terhadap
bahasa iklan perlu dipantaudan bahasanya tidak ditulis sesuka hati kerana ia mampu
menjadi ikutan anak anakmuda. Peggunaan bahasa standard dapat megatasi kesalahan
peggunaan bahasaMelayu. Peraturan seragam perlu diwujudkan supaya penggunaan
bahasa Melayutinggi dapat diterapkan. Masalah pencemaran bahasa perlu ditangani sari
peringkat sekolah lagikhususnya sewaktu berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.Guru perlu memainkan peranan dan prihatin semasa mengajar. Jika
terdapat kesalahanpenggunaan bahasa, guru perlu menegur dan membetulkan bahasa
murid-muridnya.Setiap kesalahan perlu dibetulkan dan tidak boleh dibiar kerana ia boleh
menyebabkania menjadi suatu kebiasaan. Aktiviti kebahasaan perlu kerap diadakan
supaya gurudapat mengenal pasti kesalahan - kesalahan bahasa yang dilakukan
lalumembetulkannya. Pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Kesedaran dalam diri itu
perlu wujuddalam usaha menangani pencemaran bahasa. Misalnya, bahasa SMS, bahasa
dilaman sembang dan sebagainya, undang undang tidak boleh mengawal danmenyekat
mereka. Hanya mereka sahaja yang mampu mengawal kelakuan mereka.Justeru,
kesedaran dan kecintaan terhadap bahasa itu perlu wujud dalam diri sendiri.Bila sudah
cinta, pastinya mereka akan sayang akan bahasa ibunda mereka.Semuagolongan tidak
kira kecil besar, tua dan muda, semuanya perlu belajar menggunakanbahasa Melayu yang
betul dalam pertuturan serta dalam urusan seharian.
30. 30. 6.0 KESIMPULANMartabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan dan yang
akanmempertahankannya atau tidak adalah kehendak kita sendiri. Dalam usaha
kitamembina, tidak perlu ada usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan
menjadisia-sia. Bahasa Melayu perlu terus dipertahankan agar tidak pupus. Bahasa
Melayuperlu terus dikembangkan supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat
mencerminkanbangsa kita. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya
hingga menjadilingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana
sifatketerbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing.
Parasarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan
yangdihasilkan oleh sarjana Belanda dan British. Bahasa Melayu telah mengalami tiga
tahapperkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara
152Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu
sebagaibahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar
PendidikanKebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa
Melayu dalamsistem pendidikan negara. Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang
fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapatdalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya
sebagai bahasa wahana ilmu keranakemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap
pelbagai budaya ilmu.Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa
Melayu iaituperubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru
yang kurangproaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu,
ketiadaanpenguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
yangmengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan
bahasaMelayu, dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah. Langkah-langkah
untukmengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu
desakankepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil,
perancangankurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu,
Memberikuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan
danpenterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan
31. 31. kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa
isyaratMalaysia satu sumbangan ilmu.Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa
bahasa Melayu telah mencapaitahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya
maju dalam mencapai bahasailmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga
dengan pencapaiannya danbukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa
sendiri, ini telah terbuktiyang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat
mendaulatkanbahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa
sesuatu bahasatidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa
Melayumampu menjadi bahasa ilmu. Di samping itu, kesemua ini membuktikan
bahawabahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan
jikaterus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang
dapatmenjana minda bangsanya. Selain daripada wahana penyebaran ilmu, bahasa
jugaadalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling
dengantujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Melalui
bahasa,manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku,
tatacaramasyarakat, dan sekaligus mudah menyesuaikan dirinya dengan segala
bentukmasyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi menjadi
fungsiumum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alat
untukberekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi
sosial.
32. 32. Bibliografi :Abdul Hamid Mahmood (2007). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu:
Cabaran Dan Harapan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris.Asmah Haji Omar (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan 1995. Pengantarabangsaan Bahasa
Melayu melalui Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman UIAM. Kertas kerja Kongres
Bahasa Melayu Sedunia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 21-25 OgosDatuk
Zainal Abidin Bin Abdul Wahid (2001). Siri Bicara Bahasa Bil. 5: Bahasa, Pendidikan
Dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hassan Ahmad 16 Jun
2002: Mempertahankan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Ismail Hussein (1992).
Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul
Aziz (2007). Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun Dari Zaman Purba Ke Budaya
Elektronik. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Nik Safiah Karim
(1992). Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13. .Rustam A. Sani (1993).
Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd..Shahrir Mohamad Zain, Berita Harian Isnin, 17 Oktober 2005: Bahasa Melayu
sebagai Bahasa IlmuYahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala
Lumpur :PTS Professional, (Halalman 70-71.).
33. 33. Laman sesawang :http://akumelayutulen.blogspot.com/2009/04/bahasa-melayu-
sebagai-bahasa-ilmu_17.htmlhttp://ummahonline.wordpress.com/2008/05/22/bahasa-
melayu-sebagai-bahasa-
ilmu/http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://jurnalnajmu.wordpress.com/200
7/11/15/24/http://id.wikipedia.org/wiki/Budayahttp://www.jasa.gov.my/index.php/bm/me
dia/koleksi-artikel/5-field-issues/412-isu- bahasa-memartabatkan-bahasa-melayu-
sebagai-saluran-penguasaan- ilmu.htmlhttp://www.pkpim.net/modules/news/article.php?
storyid=17