Anda di halaman 1dari 3

6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21

Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan


pembelajaran kita selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan
apa yang kita lakukan adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan
kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai teknologi
terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran pada
abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.

Saya kongsikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad
21. Selamat beramal!

1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar.
Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk
menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam
kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi


Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru
untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi
mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai
perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi
para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon
pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi
dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan
pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan
juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja.
Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling
dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah
satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang
mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka
guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik
minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game,
aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran
di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai