Anda di halaman 1dari 7

PERSEKITARAN KELAS YANG KONDUSIF

Kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan persekitarannya. Oleh yang demikian


pergurusan bilik darjah sangat penting dalam mengatasi masalah gangguan emosi
murid. Kaijan menunjukkan cara menyelaras persekitaran pembelajaran tidak lagi
berfokus kepada peraturan yang ketat untuk mengawal tingkah laku murid. Kini cara
itu lebih bertumpu kepada keupayaan guru mewujudkan, melaksana dan
mengekalkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran
ini mempunyai keupayaan untuk meransang minat dan semangat murid untuk terus
belajar dan mampu mengawal gangguan emosi murid di dalam bilik darjah.

Antara aspek-aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah :

I. Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan mudah dan
cepat

- Susunan mesti memberikan peluang kontak mata antara guru dengan


murid. Elakkan susunan yang menghalang pergerakan guru ke tempat
duduk murid. Susunan sebegini membantu guru untuk sentiasa
mengawasi tingkah laku dan emosi murid di dalam bilik darjah itu.

II. Kedudukan guru berhampiran dengan murid

- Kedudukan guru seharusnya berhampiran dengan sebilangan besar murid


di dalam kelas supaya dapat memberikan peluang kepada guru
berinteraksi dengan murid-muridnya. Murid yang mempunyai masalah
atau gangguan emosi dapat menceritakan masalah mereka kepada guru
dengan mudah.

III. Kenal pasti ruang di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti tertentu

- Guru perlu kenal pasti sudut-sudut khas di dalam bilik darjah khusus untuk
aktiviti tertentu, misalnya satu ruang kosong di mana murid boleh duduk
di atas lantai dan mendengar cerita atau ruang membaca atau ruang
komputer. Ruang ini penting dalam memberi peluang kepada murid untuk
meluahkan perasaan yang terkumpul dalam bentuk cerita atau lakonan.
Hasil daripada penceritaan tersebut, guru akan dapat mengenal pasti
masalah yang melibatkan emosi murid-murid.

IV. Memberi perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan dan perabot.

- Guru perlu memastikan kesemua alat elektrik seperti lampu dan kipas
berfungsi supaya murid dapat berada dalam keadaan yang selesa. Hal ini
perlu diberi penekanan kerana keadaan yang panas kadang kala akan
menyebabkan murid berasa tidak selesa seterusnya akan mendatangkan
ganggaun emosi kepada murid. Kebersihan sesebuah bilik darjah juga
mempengaruhi tahap emosi murid. Murid akan lebih tertekan dengan
sesuatu masalah sekiranya berada dalam keadaan bilik darjah yang kotor.

V. Pendekatan murid kepada pembelajaran berbeza

- Setiap murid ada daya pembelajaran sendiri. Gaya pembelajaran ini


menentukan cara murid menyusun maklumat, berfikir, mengingati,
membuat inferens, menerima konsep baharu dan menyelesaikan
masalah. Murid juga belajar pada kadar yang berbeza . pada
kebiasaanya, guru tidak berfokus kepada gaya pembelajaran yang
berbeza tetapi cenderung menyalahkan latar belakang dan sikap murid
sendiri apabila murid tidak menunjukkan minat atau memperoleh
pencapaian yang rendah. Hal ini sekaligus meningkatkan lagi gangguan
emosi murid dalam bilik darjah.

VI. Jadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-
murid

- Guru boleh berbincang dengan murid untuk menjadiakn bilik darjah


sebagai satu tempat yang seronok dan memotivasikan murid. Di samping
itu, keselamatan dari segi emosi dan sosial juga perlu diambil kira.
Perasaan takut dan terancam di dalam bilik darjah akan mengganggu
emosi murid-murid.

Kesimpulannya, peranan guru dalam menangani gangguan emosi murid kurang


berkesan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah seperti yang kita sedia maklum,
susunan bilik darjah penting dalam memberi peluang kepada guru untuk mengwasi
murid-murid yang bermasalah tingkah laku atau gangguan emosi. Namun begitu,
susunan bilik darjah di sekolah sukar untuk diubah berikuatan keadaan kelas yang
mempunyai keluasan yang agak terhad di samping adakalanya kelas tersebut
mempunyai dua sesi. Keadaan sebegini sekaligus telah menyukarkan seseorang
guru itu untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang membenarkan guru untuk
memantau murid. Selain itu, bagi aspek kedua dalam mewujudkan persekitaran
yang kondusif ialah kedudukan guru perlulah berhampiran dengan murid yang
mempunyai masalah gangguan emosi. Dalam hal ini, seperti yang kita sedia maklum
setiap kelas mempunyai jumlah murid yang agak ramai sehinggakan mampu
mencecah kepada 50 orang. Seituasi sebegini menyebabkan guru tidak mampu
untuk mengfokuskan keada seseorang murid sahaja dalam satu-satu masa. Malah
sekiranya, guru hanya mengfokuskan kepada murid yang mempunyai masalah
gangguan emosi, maka ianya secara tidak langsung menunjukkan guru seperti
memlih bulu pada pandangan murid lain. Bahkan juga, aspek ketiga ialah guru
perlu kenal pasti ruang di dalam bilik darjah untuk aktiviti tertentu seperti sudut untuk
bercerita. Pada pandangan kami, guru pada masa sekarang amat peka dengan
keperluan murid dalam melahirkan emosi. Namun begitu, untuk mewujudkan sudut
aktiviti dalam setiap kelas merupakan sesuatu yang agak sukar kerana ianya
melibatkan masa dan kewangan. Dalam isu masa, seperti yang kita dapat
perhatikan, setiap aktiviti yang melibatkan penceritaan kadang kala mengambil masa
yang agak lama seterusnya akan menyebabkan guru tidak boleh mengfokuskan
kepada aspek pembelajaran lain. Malah kekangan masa guru sekarang yang
mempunyai pelbagai tugas dan lebih kepada mengfokuskan keputusan peperiksaan
menyebabkan aktiviti bercerita di dalam kelas tidak dapat diwujudkan. Selain itu,
dalam aspek kewangan, setiap sudut juga memerlukan kos yang agak tinggi untuk
meletakkan tikar getah, karpet, buku-buku atau lain-lain lagi yang sesuai bagi sudut
pembelajaran.

Tambahan pula, dalam aspek guru perlu memberi perhatian kepada pencahayaan,
pengudaraan dan perabot dalam dilaksanakan oleh guru dengan baik sekali di
samping dapat mengurangkan tekanan emosi murid semasa di dalam kelas. Malah,
guru perlu lebih kreatif untuk menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok
dan selamat untuk muird-murid. Hal ini kerana, ada kalanya, guru lebih bersifat
diktator dan hanya menyalahkan murid dalam sesuatu perkara. Persekitaran seperti
ini adakalanya membuatkan murid lebih tertekan dan seterusnya akan mengalami
gangguan emosi yang teruk hasil daripada persekitaran yang sentiasa mendesak.

Oleh itu, harapn kami ialah, guru perlu ambil inisiatif dalam memastikan persekitaran
bilik darjah mereka kondusif. Hal ini kerana, persekitaran merupakan nadi utama
dalam menghasilkan murid yang bebas daripada gangguan emosi.

KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi berkesan merupakan asas pendekatan dalam mengatasi gangguan


emosi murid. Kemahiran komunikasi berkesan memberikan peluang guru bersikap
mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat
merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Kemahiran dalam komunikasi
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kemahiran menghantar maklumat dan
kemahiran menerima kalumat. Kemahiran menghantar maklumat termasuklah
pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai. Penggunaan
bahasa yang sesuai juga melibatkan guru perlu memandang ke arah murid dan
mewujudkan kontak mata apabila bercakap. Apabila menegur murid, teguruan harus
berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid. Kemahiran menerima
maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam komunikasi berkesan.
Seseorang murid akan berasa dirinya dihormati dan penting apabila guru member
perhatian kepada masalahnya. Semasa mendegar, guru perlu sensitf terhadap apa
yang dikatakan oleh murid dan memberikan respon yang wajar terutamanya dalam
aspek gangguan emosi. Seterusnya komunikasi dua hala turut menggalakkan
interaksi antara guru dengan murid. Melalui komunikasi dua hala guru dapat
menyampaikan mesej dengan betul dan diterima oleh murid-muridnya. Murid melihat
gurunya sebagai seorang yang perlu dihormati dan pada masa yang sama murid
boleh berkongsi pendapat dan masalah.

Kesimpulan daripada komunikasi berkesan ini ialah kami emrasakan komunikasi


berkesan sentiasa diterapkan di setiap sekolah. Malah setiap guru juga telah
dipenuhkan dengan ilmu berkaiatan komunikasi dan cara untuk berinterkasi dengan
murid-murid. Hal ini jelas menunjukkkan isu dalam komunikasi tidak timbul lebih-
lebih lagi pada masa kini pelbagai program dirancang untuk merapatkan hubungan
antara guru dan murid. Sebagi contoh, program Sekolah Penyanyang merupakan
salah satu bentuk dalam menghasilkan komunikasi berkesan. Penyayang membawa
maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas
kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah
seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai
kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa
murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing,
dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.Membudayakan amalan
penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid,
ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Hasil daripada Sekolah Penyayang ini secara
tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid seterusnya
megelakkan gangguan emosi dalam diri murid.

6.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya


mencari maklumat dan seterusnya menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk kerja kursus
ini adalah berkaitan peranan guru dalam menangani masalah gangguan emosi
murid. Saya dikehendaki mengkaji dengan mendalam tentang langkah menangani
gangguan emosi disamping penerangan tentang sejauhmanakah ianya dapat
dilaksanakan. Sebagai seorang guru, pemahaman mengenai langkah dalam
mengatasi gangguan emosi amatlah penting dalam melengkapkan ilmu seorang
guru . Dengan adanya ilmu sebegini maka saya lebih yakin untuk melangkah
sebagai seorang guru yang hebat pada masa akan datang. Sudah menjadi
kebiasaan setiap tugasan pasti ada cabaran dan pengalaman yang tersendiri.
Namun sebagai seorang bakal guru, perkara ini seharusnya dipandang positif.

Melalui tugasan ini dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah antara rakan-
rakan kelas . Saya dapat bersama-sama bantu membantu mencari maklumat dan
memerah keringat dalam memastikan kerja kursus ini bertepatan dengan kehendak
pensyarah pembimbing. Bagi saya proses untuk mendapatkan maklumat berkaitan
tajuk ini agak sukar berikutan kekurangan buku di perpustakaan. Namun saya dapat
mengumpulnya melalui internet dan nota pensyarah. Malah saya juga telah
berbincang dan bertanya beberapa soalan daripada senior yang telah mempunyai
pengalaman menyediakan kerja kursus ini. Walaupun proses mencari maklumat
agak sukar, namun saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada pensyarah
iaitu En Khalid bin Abdullah kerana tidak jemu dalam memberi tunjuk ajar kepada
saya. Dengan adanya perbincangan yang kerap antara ahli kelas, maka maklumat
yang diperlukan mencukupi dan lengkap. Malah kolaborasi antara saya dan
pensyarah dapat menguatkan lagi input-input yang terdapat dalam tugasan ini.

Selain itu , tugasan ini memberi maklumat baru berkaitan dengan tugas guru
dalam menangani gangguan emosi murid . Seterusnya saya dapat
mengaplikasikannya dalam menggalas tanggungjawab seorang guru kelak. Tugasan
ini memberi input yang amat berharga terutamanya berkaitan tanggungjawab guru
dalam memastikan murid mampu mengetengahkan potensi diri yang ada dalam diri
mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) . Oleh yang
demikian saya harap saya dapat menerapkan setiap langkah dan cara yang telah
ditetapkan.

Pengalaman dan cabaran yang dihadapi ini akan menjadi peransang kepada saya
untuk menjadi lebih baik dan tidak mudah berputus asa dalam melengkapkan
sesuatu kerja. Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung . Saya juga berharap, kerjaya guru akan menjadi profesion yang
dipandang tinggi seterusnya memberi sumbangan yang besar kepada negara. Saya
juga memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan sepanjang pembikinan kerja
kursus ini. Saya berharap pensyarah pembimbing berpuas hati dengan hasil kerja ini

Disediakan oleh,

(SITI INTAN FARAHANA BT MHD FAUZY)