Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

012
TOPIK
25 Karangan Jenis Berita
Sesuai Baik Cemerlang

Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu
ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.

ISI-ISI KARANGAN IK - 10
Format Berita tempat, tarikh, dan tajuk berita mesti dinyatakan dengan tepat dan jelas PK - 03
banyak syarikat terlibat pameran selama seminggu pelbagai jenis buku dipamerkan SA - 03
tujuan pameran, memupuk minat membaca merealisasikan Progam NILAM di sekolah PI - 03
pertandingan bercerita dan melukis terbahagi dua kategori tahap satu, tahap dua TB - 03
bahan keperluan disediakan hadiah : wang tunai, alat tulis sumbangan syarikat buku SE - 03
potongan harga istimewa suasana meriah mendapat sambutan yang menggalakkan

* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

BERITA TENTANG PAMERAN BUKU CETUSAN IDEA

KOTA BHARU, 14 Oktober Suatu pameran buku telah diadakan pada 31 Mei 2004
bertempat di Dewan Utama, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan
Chepa. Pameran ini telah dirasmikan oleh Datin Doktor Nor Hayati binti Abd. Rashid, Tempat, tarikh dan tajuk berita
mesti tepat/jelas.
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. (Format - 2 Markah)

Banyak syarikat dan kedai buku menyertai pameran ini. Pameran yang diadakan APA
selama seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Tajuk berita*
Pelbagai jenis bahan bacaan dipamerkan, antaranya ialah buku cerita, novel, buku
rujukan, dan majalah. BILA
Diadakan, berlaku
Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat SIAPA
membaca di kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, pameran itu juga merupakan
Yang menganjurkan
satu daripada langkah untuk menyahut dan merealisasikan Program NILAM di sekolah.
BERAPA
Sempena pameran buku ini, pertandingan bercerita dan melukis turut diadakan. Lama diadakan
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid
tahap satu manakala satu kategori lagi dikhaskan kepada murid-murid tahap dua. DI MANA
Tempat diadakan
Bahan bacaan, buku cerita, dan alat tulis untuk melukis disediakan bagi kedua-
dua kategori pertandingan. Para pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai, MENGAPA
buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka. Aktiviti dibuat, tujuan

BAGAIMANA
Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga istimewa sehingga Perjalanan aktiviti
50%. Suasana pameran sungguh meriah dan keadaannya riuh-rendah. Pameran buku Sambutan/Kejayaan
yang diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang
ramai. Semua pihak berpuas hati dengan kejayaan pameran kali ini.

MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (salah)
Emak mengekhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

2. Pekerja hotel itu sedang menglap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (salah)
Pekerja hotel itu sedang mengelap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}
CARTA MINI : KARANGAN JENIS BERITA 25 IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG