Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

PENGHARGAAN 2

1.0 PENGENALAN 2
2.0 TUGASAN 1 :
A. PENULISAN INDIVIDU
2.1 HURAIAN MENGENAI SEJARAH 3
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
MELAYU,CINA DAN INDIA.
3-5
2.2 KESAN POSITIF HASIL DARIPADA
INTERAKSI TAMADUN
5-7
B. PENULISAN BERKUMPULAN

2.3 PERBANDINGAN ANTARA KETIGA-TIGA


TAMADUN DARI SEGI SOSIO BUDAYA,
EKONOMI DAN PENDIDKAN

3.0 RUMUSAN 7

4.0 RUJUKAN 8

PENGHARGAAN

1
Selamat sejahtera. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan saya yang telah diusahakan selama ini . Ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan
kajian saya ini. Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, En.Mohamad Yusri Bakir
kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Jasa
beliau yang akan saya kenang..

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung
atau tidak langsung sepanjang tugasan saya dijalankan dan dibentangkan. Sekian terima
kasih.

1.0 PENGENALAN

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan


berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula
dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum
membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai,
pemikiran, institusi dan keinsanan.

Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini
kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun yang
terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun
daripada berbagai-bagai aspek yang telah memberi impak dalam kehidupan manusia. Secara
umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan sikap saling hormat-
menghormati di antara tamadun.

3.0 TUGASAN 1
A. PENULISAN INDIVIDU
3.1 Huraian Mengenai Sejarah Interaksi Antara Tamadun Melayu,Cina Dan India.

2
Menurut Ibn Khaldun (732H 808H) tamadun bermaksud pembangunan bandar yang
subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik,
sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan
serta puisi dan pengajian Islam.

Hubungan China dengan Alam Melayu wujud sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M.).
Pemerintahan Dinasti Tang (618-907M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara
luar melalui jalan laut dari Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, Jawa.
Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu,
perusahaan sutera, membuat tembikar dan pertukangan logam. Terdapat du acara berlakunya
interaksi iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku
melalui hubungan diplomatik, aktiviti perdagangan dan juga emigrasi / imigrasi

Interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun India berlaku apabila pengaruh India mula
dengan perdagangan dimana kesultanan melayu melaka, pedagang India merupakan
golongan pedagang yang utama. Mereka datang daripada Kalingga, Benggala dan Gujerat.
Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari
golonmgan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka.
Interaksi antara Tamadun India dan Cina berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan
dan keagamaan. Agama Buddha disebarkan ke negara China melalui interaksi ini.

3.2 Kesan Positif Hasil Daripada Interaksi Di Atas

Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah menjalin hubungan
diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah berdagang ke China. Zaman keagungan
Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan China penting agar Melaka selamat

Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina telah memberi kesan dari segi
kepercayaan, dimana agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China. Sami dari China
menetap di India untuk mempelajari kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali
sehingga berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar Tripitaka. Selain
itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi iaitu
kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India
turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya.

3
Karya perubatan India diterjemah ke dalam bahasa Cina. Manakala, Tamadun India
melalui perkembangan teknologi membuat kertas, bahan letupan, percetakan dan penggunaan
kompas dari Tamadun China. Dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian. Bidang
fonetik di China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui
ajaran Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali banyak
mempengaruhi kesusasteraan China. Interaksi di antara kedua-dua tamadun ini berlangsung
secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam
bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat
tebu ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan
perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, China membawa kemahiran
membuat tembikar serta pertukangan logam. Selain itu, Tamadun Melayu juga mewarisi Cina
Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya
mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi
oleh perkataan Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan juga turut
dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan menggunakan tangan.
Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka
seharian.

Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan dari aspek perubatan dan teknologi
yang dibawa oleh Tamadun Cina. seperti yang kita ketahui, rawatan akupuntur dan herba
adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan yang mengikut kepercayaan
masyarakat Cina. Perubatan herba Cina menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat
mengubati penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Dalam bidang teknologi, Tamadun China
membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain
daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan dan lilin.

Seterusnya ialah interaksi di antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India. Interaksi
kedua-dua tamadun ini telah bermula sedari abad ke-3 SM. Buktinya, bahan bertulis dari India
ada menyebut tentang Malayadvipa yang bermaksud Semenanjung Melayu. Para pedagang
dari India ke Tanah Melayu bagi mendapatkan emas sementelah mereka menggelarkan Tanah
Melayu Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. Hasil daripada interaksi ini, agama Hindu
dan Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya

4
memegang kepercayaan animisme. Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah Candi Bukit
Batu Pahat di Lembah Bujang ketika kerajaan Chola menguasai Kedah.

Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur konsep ketuhanan
agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep Dewaraja . Struktur masyarakat dalam
masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam
masyarakat di mana terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan
dengan rakyat biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam
kehidupan masyarakat Melayu.

Tamadun Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang diubah sedikit menjadi
kosa kata bahasa Antara contoh bahasa Sanskrit yang mempengaruhi bahasa Melayu lama
ialah bhakti (bakti), prakara (perkara) dan vela (bila). Unsur terakhir yang dipengaruhi dalam
interaksi ini ialah kesusasteraan. Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana
dan Mahabhrata. Hikayat Seri Rama diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala versi
tempatan bagi Epik Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa, Hikayat Panda
Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya sastera Melayu tradisional begitu mementingkan aspek
kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja serta penyelitan unsur mitos dan epik. Karya
sastera ini turut diadaptasi ke dalam wayang kulit.

B. PENULISAN BERKUMPULAN
2.3 PERBANDINGAN ANTARA KETIGA-TIGA TAMADUN DARI SEGI SOSIO BUDAYA
EKONOMI DAN PENDIDKAN

Pada awal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan


tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab. Perkembangan pendidikan
ini sangat perlahan yang mana diusahakan oleh guru-guru agama. Pendidikan tamadun
Melayu memberi keutamaan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari kemahiran
daripada ibu bapa dalam bidang pertanian, perikanan dan kraftangan. Bahasa Melayu
merupakan bahasa penghantar bagi tamadun melayu. Ketika Tamadun India pendidikan hanya
didominasikan oleh kaum lelaki .Golongan wanita tidak diberi peluang dalam
pendidikan.Pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda.Bahasa
Sanskrit. Matlamat pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk
menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tamadun india dan Tamadun Melayu
tidak mempunyai apa-apa peperiksaan seperti tamadun cina. Kanak-kanak mula bersekolah
semasa berumur 7 tahun. Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan

5
pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan. Seterusnya sistem percetakan telah
diperkenalkan.Pendidikan di China. Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil
peperiksaan. Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan menjadi pegawai dan
pentadbiran Peperiksaan dikendalikan dengan ketat. Matlamat pendidikan ketiga-tiga tamadun
adalah berbeza.

Sistem ekonomi tamadun india terbahagi kepada dua . Yang pertama adalah
sistem ekonomi sara diri. Orang Aryan memainkan peranan penting dalam perkembangan
kegiatan pertanian dan penternakan. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang
musim. Sistem ekonomi yang kedua ialah dari segi sistem ekonomi komersial. Padi, tebu dan
kapas telah ditanam secara meluas. Hasil yang berlebihan juga dijual kepada orang lain atau
ditukar dengan orang lain untuk memperolehi barang keperluan yang lain(sistem bater).
Perlombongan turut diusahakan. Di laut mereka mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan
garam. Kemajuan dalam sistem pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan
pengeluaran bijirin. China lebih banyak mengeksport dari mengimport, menyebabkan China
bertambah kaya.

Sistem Ekonomi tradisional masyarakat Melayu bergantung kepada pertanian. Konsep


pertanian ini meliputi bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, memburu dan
memungut hasil hutan. Padi menjadi makanan utama mereka. Mereka juga memungut hasil.
Perkembangan perdagangan telah menyebabkan kemunculan beberapa perdagangan di Alam
Melayu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan Melaka terus menjadi pusat
perdagangan antarabangsa. Nilai yang hampir sama jika dibandingkan antara tamadun seperti
menolak amalan rasuah, penipuan, dan penindasan. Sebagai gantinya, amalan-amalan murni
dalam kegiatan ekonomi seperti membuat kebajikan, bersedekah dan membela golongan
miskin dan lemah amat dianjurkan dalam setiap agama.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, sosio budaya memberi maksud hubungan
mesyarakat dengan budaya seperti cara hidup,adat resam, adat istiadat dan lain-lain. Ketiga-
tiga tamadun ini mempunyai persamaan dari segi mempercayai dan mempraktikkan aspek adat
dan kepercayaan atau lebih dikenali sebgai pantang larang. Dalam era globalisasi masa kini,
pantang larang amat disishkan daripada golongan muda. Hanya golongan yang tua sahaja
banyak mengamalkan pantang larang ini. Pantang larang diturunkan secara lisan secara turun

6
temurun dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Pantang larang ini dibuat adalah
untuk melahirkan insan bermoral dan menyekat seseorang itu membuat kejahatan.

Dari segi adat dan kepercayaan berkaitan perkahwinan melayu, adat yang
disampaikan orang tua ialah ialah melarang pasangan yang bertunang untuk keluar berdua. Ia
adalah untuk mengelakkan firnah atau tuduhan aripada masyarakat sekeliling. Hal ini juga
dilakukan untuk menjaga nama baik kedua-dua belah pihak. Menurut orang tua-tua, adat ini
dibuat adalah untuk menimbulkan perasaan rindu antara dua mempelai dimana perasaan ini
dipercayai akan menambah seri muka pengantin untuk kedua-duanya sekali. Di samping itu,
pantang ini juga dibuat untuk mengelakkan zina. Hal ini adalah kerana individu yang dalam
tempoh bertunang banyak ujiannya. Pasangan pengantin juga tidak digalakkan untuk
berkunjung ke rumah orang lain selama tempoh pantang takut terkena ilmu jahat dari orang
lain.

Dari segi tamadun India pula, boleh dilihat dari majlis merisik. Bakal pasangan
akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Namun begitu, ketika rombongan bakal
pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak
sopan. Hal ini kerana perempuan dilambangkan sebagai individu yang suci dan pemalu. Bagi
perkahwinan Cina pula, ditegah untuk memakai baju bewarna hitam kerana mereka
menganggap hitam sebagai pembawa nasib malang. Pantang larang ini terjadi kerana, majlis
perkahwinan merupakan majlis bagi meraikan penyatuan dua cinta antara dua hati.

3.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan
ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Sifat keterbukaan mereka telah
membawa kegemilangan untuk tamadun mereka. Oleh itu, manusia juaga perlu mengamalkan
sikap keterbukaan ini supaya dapat menerima sesuatu yang positif dalam kehidupan mereka.
Satu hal yang penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita
tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban.
without contact, fusion, inheritence and transmission of various different cultures, civilization
would undergo no development.

7
5.0 RUJUKAN

Afifah Abu Yazid, (2004). Pengajian Tamadun Asia. Pahang Darul Makmur:

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Faizurah Hj. Basri et.al, (2008). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:

Perkembangan dan Isu Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Pusat


Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

Khalif Mu`ammar (2003). Tamadun Islam dan Tamadun Barat: Di mana Letaknya

Konflik?Dalam Ahmad Mohamad Said (et al.). Islam dan Isu-isu Ketamadunan. Kolej

Dar al-Hikmah.

Sanusi, S. B. (2009, Ogos 10). Interaksi antara tamadun. Retrieved from

http://72.14.235.132/search?q=cache:MsFlx1H4GZgJ:www.ppl.upm.edu.my/index.php%
3Foption%3Dcom_docman%26task%3Ddoc_download%26gid%3D2550%26Itemid%
3D176+interaksi+tamadun&hl=en&ct=clnk&cd=25&gl=my

Subramanian, M. (2012, April 12). Teori Pembelajaran Sosial. Retrieved from

http://www.google.com.my/search?
hl=en&q=interaksi+tamadun&btnG=Search&meta=http://www.ums.edu.my/ppib/sarip_no
taringkasTITAS.htm

Fadilah, N. (2015, April 29). Teori Belajar Humanistik Dan Implikasinya Dalam Pembelajaran.

Retrieved fromhttp://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-

tamadun.html

Anda mungkin juga menyukai