Anda di halaman 1dari 7

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1.0 TAJUK KAJIAN


TEKNIK LALUAN TIKUS JANTAN
SATU KAEDAH MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN SUBTOPIK
SUSUNAN MEMASANG BENANG PADA BAHAGIAN ATAS MESIN JAHIT.

2.0 NAMA PENYELIDIK


TUMIRAH BT HASIMUN

3.0 NAMA SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (ERT) AZIZAH JOHOR BAHRU


4.0 REFLEKSI P & P YANG LALU

Saya mengajar di kelas 4FP bagi mata pelajaran Membuat Pakaian. Sebahagian besar
pelajar tidak mempunyai asas dalam menggunakan mesin jahit. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, didapati 5 daripada pelajar saya gagal menyiapkan
tugasan menjahit dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil jahitan mereka juga tidak
memenuhi kriteria pentaksiran ( benang putus, mata jahitan melangkau, mata jahitan
longgar). Selepas dikenal pasti didapati pelajar tidak dapat memasang benang mengikut
turutan yang betul.

Masalah yang dikenal pasti ialah :


i). Pelajar tidak memasang benang dengan turutan yang betul. ( menyebabkan jarum
jahit sering kali patah, mata jahitan berserabut.
i) Pelajar tidak dapat menghasilkan jahitan yang memenuhi kriteria pentaksiran
(mata jahitan melangkau,mata jahitan longgar)
ii) Pelajar tidak dapat menyiapkan jahitan dalam masa yang ditetapkan ( 1 jam)

Hal ini dapat dilihat dari hasil kerja pelajar, tingkah laku pelajar dalam kelas, soaljawab
lisan dan post test yang diberi sebaik sahaja tamat P & P.

Analisis yang didapati daripada hasil kerja pelajar :


i) Pelajar tidak mahir dalam memasang benang mengikut turutan yang betul
yang menyebabkan mata jahitan longgar, benang putus, mata jahitan
melangkau.
ii) Pelajar belum menguasai sepenuhnya nama-nama bahagian mesin jahit.

5.0 FOKUS KAJIAN


Daripada beberapa analisis yang telah dibuat pelajar tidak dapat menguasai kefahaman
dan kemahiran :

(i) Nama-nama bahagian mesin jahit


(ii) Memasang benang mengikut turutan.

Apabila ini berlaku, sudah pasti mereka akan gagal untuk menyiapkan jahitan mengikut
masa yang ditetapkan serta hasil jahitan juga tidak memenuhi kriteria pentaksiran. Ini
memungkinkan pelajar tidak berkesempatan untuk menyiapkan 11 modul jahitan yang
menyebabkan mereka terlepas peluang untuk mendapat gred yang baik dalam
Peperiksaan SPM.
Justeru bagi mengatasi masaalah ini saya akan fokuskan kepada Teknik Laluan Tikus
Jantan yang diharapkan dapat membantu pelajar memasang benang mengikut turutan
seterusnya boleh menyiapkan jahitan yang memenuhi kriteria pada masa yang ditetapkan.
6.0 OBJEKTIF
6.1 OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan kemahiran pelajar memasang benang pada bahagian atas mesin jahit
dengan turutan yang betul.

6.2 OBJEKTIF KHUSUS

(i) Mengenalpasti bahagian mesin jahit.


(ii) Memasang benang pada bahagian atas mesin jahit mengikut turutan.
(iii) Menyiapkan jahitan mengikut masa yang ditetapkan.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar 4 FP yang terdiri daripada 3 orang pelajar
perempuan dan 2 orang pelajar lelaki.

8.0 MERANCANG TINDAKAN

Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut :

AKTIVITI
TINDAKA
LANGKAH PELAKSANAAN
N

Guru menerangkan bahagian-bahagian atas mesin jahit 10 minit


(menggunakan mesin jahit sebagai ABM)
AKTIVITI 1
Pelajar menyebut semula nama-nama bahagian mesin
(mengenal jahit tersebut.
pasti bahagian
atas mesin 1. Tiang benang
jahit) 2. Laluan benang
3. Ceper penegang benang
4. Tuas benang
5. Jarum
AKTIVITI LANGKAH PELAKSANAAN TINDAKAN

AKTIVITI 2 Guru menunjukkan cara memasang benang pada


bahagian atas mesin jahit mengikut turutan yang betul.
( Teknik
Laluan Tikus Guru menunjukkan kaedah mengingat turutan memasang
Jantan benang menggunakan Teknik Laluan Tikus Jantan
Prosedur Turun Lalu Cari Tikus Jantan .
Memasang
Benang Pada
Mesin Jahit )

1.Turun

2. Lalu

3. Cari

30 minit
4. Tikus

5. Jantan
AKTIVITI LANGKAH PELAKSANAAN TINDAKAN

Guru mencabut semula benang yang telah dipasang pada


AKTIVITI 3 30 minit
mesin jahit.
(Pemerhatian)
Pelajar pergi ke mesin masing-masing dan meminta
memasang benang pada bahagian atas mesin jahit secara
individu.

Guru memantau dan menilai cara pemasangan benang


AKTIVITI 4 oleh pelajar.

(Penilaian) Penilaian bertulis (post test). Guru mengedarkan soalan


gambarajah mesin. Pelajar dikehendaki :
a) melabelkan arah turutan memasang benang
b) menyusun (1-5) nama-nama bahagian mesin
mengikut turutan memasang benang.

9.0 JADUAL PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI TERIKH/TEMPOH

1 Menaip edaran April


1 Menyediakan mesin jahit dan bahan April
3 Tarikh Pelaksanaan April
4 Melaksanakan Tindakan April
5 Analisis Data(post test & uji pemasangan benang Mei
seminggu selepas P & P)
6 Refleksi Kajian Mei
7 Menulis laporan kajian Mei
8 Membentangkan hasil kajian diperingkat sekolah Jun
(Panitia/sekolah)
9 Pemurnian Laporan Jun
10 Serahkan laporan ke BPTV Seperti yang diarahkan
10. KOS BAHAN

HARGA
BIL BAHAN KUANTITI KOS
SEUNIT
1 Benang Jahit 15 0.80 12.00

2. Jarum mesin 15 1.00 15.00

3. Kertas A4 30 1.00 1.00

JUMLAH 28.00

Anda mungkin juga menyukai