Anda di halaman 1dari 4

Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara.

Menurut Ee Ah Meng (2012), peranan guru adalah begitu rumit. Sebagai seorang
warga pendidik, guru juga hendak memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat
dan objektif yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun kerajaan. Guru
Pendidikan Moral adalah pihak terutama yang bertanggungjawab dalam merealisasikan
aspirasi negara. Hal ini kerana guru pendidikan moral adalah guru yang memberi fokus
terhadap sahsiah murid lebih daripada guru-guru lain. Antara asipirasi negara yang hendak
dicapai oleh guru pendidikan moral adalah Falsafah Pendidikan Negara (FPK), Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Rukun Negara dan Wawasan 2020.

Intipati FPK adalah mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani, emosi dan jasmani. Bagi merealisasikan intipati ini, guru pendidikan moral
hendak membimbing para murid dari awal persekolahan. Bimbingan guru dapat
mengelakkan murid-murid daripada melibatkan diri dalam masalah sosial ataupun gejala
negatif. Apabila murid menghadapi masalah, dia akan terus berjumpa dengan guru
Pendidikan Moral untuk menerima bimbingan jika guru tersebut mahir dalam memberi
bimbingan kepada para murid serta mempuyai keyakinan terhadap muridnya. Seorang guru
hendak memperkembangkan potensi individu yang terdapat dalam seseorang murid.
Guru peka dalam menggunakan kepakaran dan pemikiran kreatif mereka untuk mencipta
dan membina bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keupayaan dan kebolehan para
murid. Dengan ini, guru dapat mengenali potensi yang tersembunyi dalam murid. Beliau
akan melatih dan memperkembangkan potensi itu dengan kebolehan diri sendiri dalam
bidang ataupun bidang lain.

Intipati utama yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) adalah kemahiran berfikir guru dan murid terutama dalam konteks
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Tujuan utama Pendidikan abad ke-21 adalah
menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Untuk memenuhi
keperluan ini, guru Pendidikan Moral secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan
kandungan kurikulum dan kompetensi pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif, guru Pendidikan Moral

4
dapat menggalakan murid untuk berfikir aras tinggi bagi nilai yang telah diajar gurunya.
Apabila murid mula berfikir aras tinggi bagi nilai moral yang telah dipelajari, mereka akan
mengamalkan nilai tersebut dalam kehidupanya serta mencapai matlamat-matlamat PPPM
2013-2025 iatu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Dalam usaha merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,


guru Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan yang penting kerana mereka
adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di
sekolah, tidak seperti guru-guru lain yang hanya menggabungjalin nilai-nilai murni ke dalam
matapelajaran teras. Sebagai contoh, bagi merealisasikan prinsip ketiga Rukun Negara,
Kesopanan dan Kesusilaan guru hendak mengamalkan personaliti sosial dengan
mengamal budi bahasa yang baik. Guru tersebut akan menjadi suri teladan yang kepada
muridnya dengan menunjukan tingkah laku yang berpositif seperti pakaian yang kemas,
cara bertuturan, memperkongsian maklumat dan lain-lain. Secara tidak langsung, guru
dapat mencapai prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dalam kalangan murid.

Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana


warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap
etika paling tinggi adalah antara intipati yang terdapat dalam Wawasan 2020. Selain
daripada mengajar ilmu, seorang pendidik harus memainkan peranan untuk mewujudkan
masyarakat bermoral dan beretika dalam negara kita. Bagi mewujudkan masyarakat
bermoral dan beretika, murid perlu juga menghayati nilai-nilai lain seperti toleransi,
hemah tinggi, bekerjasama dan lain-lain. Oleh ithu, guru pendidikan moral harus
menerapkan nilai yang selain daripada nilai bagi pengajaran pada hari tersebut. Guru
pendidikan moral boleh menyampaikan nilai-nilai kepada para murid secara bersampingan
semasa menjalankan aktiviti kumpulan ataupun menjalankan amali. Hal ini akan
menggalakan murid untuk menghayati semua nilai pada waktu yang sama dan mewujudkan
masyarakat bermoral dan beretika secara tidak langsung.

Konklusinya, negara kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk


melahirkan murid yang berinsan murni dan menjayakan mereka dalam pelbagai bidang.
Kemajuan Negara kita adalah perkara yang bergantung pada kemajuan murid-murid
ataupun remaja di Negara kita. Kita sebagai warga pendidik, kita harus memahami dan

5
memainkan peranan kita dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan masyarakat yang
bermaju dalam kehidupan. Guru Pendidikan Moral perlulah berusaha secara berterusan
untuk mencapai objektif dan matlamat yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dan kerajaan bagi memajukan para murid dalam kehidupanya dan bidang-bidang
tertentu.

6
Buku

Ee, A. M. (2012). Bimbingan dan Kaunseling I. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Laman Web

Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2016,

December 19). Retrieved from http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-

pendidikan-kebangsaan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 - Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM). (2016, December 19). Retrieved from

http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-pembangunan-pendidikan-

malaysia-2013-2025

Sekretariat Rukun Negara | Portal Rasmi Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

(JPNIN). (2016). Retrieved from

http://www.jpnin.gov.my/ms/kenegaraan/sekretariat-rukun-negara

Wawasan 2020, 1991-2020 | Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi. (2017, March 7).

Retrieved from http://www.epu.gov.my/ms/dasar-utama/wawasan-2020