Anda di halaman 1dari 2

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK

1.0 Pengenalan

Menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik (2002) Mata pelajaran


Pendidikan Muzik dirancang untuk mencapai matlamat kearah mempertingkatkan
perkembangan murid dari pelbagai aspek meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia.
Melalui usaha ini, ia seterusnya dapat menyediakan murid yang bukan sahaja
berpengetahuan dan kemahiran asas namun juga sihat dan aktif dari segi mental
dan fizikalnya. Subjek Pendidikan Muzik meliputi aspek Nyanyian, Gerakan,
Permainan Alat Perkusi dan Teori. Keempat-empat aspek ini sangat penting dalam
Pengajaran dan pembeajaran Muzik untuk melahirkan insan yang seimbang dan
aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif
dan psikomotor murid.
Minat dan kecenderungan merupakan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya murid akan lebih berfokus. Setiap individu
yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan menunjukkan pencapai
yang tinggi dalam perkara yang diceburi. Dalam proses pemilihan,minat
meminkan peranan yang sangat penting sebagaimana telah disarankan oleh Holland
(1973), dalam kajiannya iaitu pemilihan aktiviti adalah dipengaruhi atau didorong oleh
minat seseorang.

Latar Belakang

2.0 Latar Belakang Kajian


2.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pengkaji merupakan guru praktikal dalam mata pelajaran pendidikan muzik


sekolah rendah. Sepanjang praktikel yang lalu, pengkaji telah mengajar pendidikan
Muzik selama 3 bulan. Mengikuti pengalaman pengkaji, pengkaji mendapati
kebanyakan murid mengalami masalah dalam penguasaan nilai not muzik dengan
baik, oleh sebab itu, terdapat kebanyakan murid menepuk not yang berlainan
dengan nilai yang sama. Masalah ini biasanya berlaku pada murid-murid semasa
ingin menepuk corak irama. Dengan ini, murid-murid haruslah menguasai terlebih
dahulu nilai-nilai not muzik sebelum mereka diajar untuk menepuk corak irama. Oleh
hal yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa masalah ini perlu ditangani
dengan segera supaya semua murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran
dengan berkesan disamping dapat menarik minat murid untuk belajar semasa waktu
Pendidikan Muzik.

2.2 Fokus Kajian


Pengkaji memfokuskan kajian ini untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak
dapat menguasai nilai not muzik yang diberi melalui permainan Puzzle Pentagon.

Tajuk Kajian

Penggunaan Puzzle Pentagon dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap


nilai not muzik.

Soalan Kajian

1. Adakan penggunaan Puzzle Pentagon dapat meningkatkan penguasaan


murid terhadap nilai not muzik.

Objektif kajian

1. Mengkaji penggunaan Puzzle Pentagon dalam meningkatkan tahap


penguasaan murid terhadap nilai not muzik.

2. Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan Puzzle Pentagon dalam


meningkatkan penguasaan murid terhadap nilai not muzik.

Anda mungkin juga menyukai