Anda di halaman 1dari 5

SMK PUTERIJAYA, JALAN PASAR, PUDU

55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
SOALAN SPM PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2
(BENGKEL CATAN)
TINGKATAN 5
TAHUN 2016

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran elektif yang diambil oleh pelajar-pelajar dari
aliran sastera di peringkat SPM. Salah satu penyebab kelemahan atau kegagalan pelajar di dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah mereka kurang memahami cara atau teknik
penghasilan gubahan fikiran (kertas 2) soalan SPM. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk
memberi pendedahan dan gambaran yang lebih dekat kepada pelajar-pelajar teknik penghasilan
dan gambaran idea menghasilkan gubahan mengikut kehendak soalan serta pendedahan
penggunaan alat dan bahan menghasilkan gubahan fikiran bagi memperolehi keputusanyang lebih
cemerlang untuk peperiksaan SPM tahun 2016 . Pendedahan teknik catan dan lukisan yang betul
akan disampaikan oleh guru yang mahir dan berpengalaman dalam mata pelajaran ini di samping
pelajar sendiri dapat mengaplikasi teknik dan kaedah menghasilkan gubahan dalam bengkel yang
diadakan melalui alat dan bahan yangdisediakan.. Diharapkan terlaksananya bengkel ini dapat
membantu pelajar-pelajar meningkatkan prestasi akademik dalam mata pelajar Pendidikan Seni
Visual

2.0 MATLAMAT

2.1 Memberi output yang memuaskan dan memanfaatkan semua murid dengan memberikan
pendedahan tentang teknik yang betul untuk menghadapi peperiksaan.

2.2 Memberi gambaran dan pendedahan yang lebih mendalam tentang teknik atau cara
menghasilkan gubahan fikiran yang betul mengikut skema permarkahan sebenar kepada
pelajar-pelajar yang berpotensi di samping menekankan teknik mengaplikasi alat dan
bahan yang betul dalam menghasilkan gubahan.

3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT

Tarikh : 29 September 2016 (Khamis)


Masa : 2.00 petang 4.00 petang
Tempat : Dewan Jaya, SMK Puterijaya

4.0 SASARAN

Murid Tingkatan 5C1 dan 5C2


5.0 OBJEKTIF

5.1 Meningkatkan peratus lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dari segi kualiti
dan kuantiti.
5.2 Pendedahan akan pentingnya subjek Pendidikan Seni Visual di peringkat yang lebih tinggi
5.3 Membantu pelajar-pelajar mengetahui soalan-soalan yang senang skor dan soalan yang
sentiasa menjadi pilihan dalam (Kertas 2) PSV
5.4 Mengaplikasikan kemahiran dengan sempurna kerana alat dan bahan yang disediakan
melalui peruntukan yang dirancangkan

6.0 KPI ( Indikator Output dan Outcome)

OUTPUT 1. 20% murid akan dapat meningkatkan pencapaian PSV terutamanya calon
SPM 2016.
2. Murid lebih bermotivasi dan berusaha untuk meningkatkan pencapaian
akademik dalam peperiksaan SPM.
3. Murid dapat menimba pengalaman baru dari segi kemahiran belajar dan
berkomunikasi.
OUTCOME 1. 90% minat murid terhadap seni dapat ditanam dalam jiwa dan murid faham
bahawa seni merupakan satu cabang keusahawanan menghargai seni dengan
aktiviti yang disediakan.
2. Meningkatkan keputusan SPM dari segi kualiti dan kuantiti.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH(RM)


1. Bayaran Penceramah 1 orang X RM200.00 200.00
JUMLAH RM200.00

Sumber Kewangan:

PCG Panitia Pendidikan Seni Visual: RM200.00

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi : Pn. Rose Haliza binti Kamaludin (Pengetua)

Naib Pengerusi : Pn. Kassnina binti Ghazali (PK Tadbir dan Kurikulum)

Pn. Noorliza binti Abdul Khair (PK HEM)

Pn. Sarimah bt. Mohd Yusof (PK Kokurikulum)

Pn. Rosefareida binti Abdul Samat (PK Tingkatan 6)

Penyelaras : Pn Nor Azian bt Abdul Aziz (Ketua Bidang Kemanusiaan)

Setiausaha : Cik Noor Ilyana bt Ismail (Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual)

AJK PELAKSANA :

Peralatan / Sistem Siaraya : Puan Afza bt Abdul Aziz

Dokumentasi : Cik Nooranisah bt Awang


Pn Asriah bt Mohd Shuid

Disiplin : Guru-guru Mata Pelajaran

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

i. Ketua Panitia/Penyelaras berbincang dengan Pengetua mengenai perancangan


program, sumber kewangan, dan sasaran
ii. Setiausaha menyediakan jadual aktiviti dan mengeluarkan surat jemputan kepada
penceramah

iii. Memaklumkan program kepada guru-guru dan murid-murid

iv. Melaksanakan program

v. Membuat penilaian program

9.1 JADUAL PELAKSANAAN

Tarikh / Masa Tempat Penceramah Tindakan

29/9/2016(Khamis) Dewan Jaya Encik Othman bin Abas Cik Noor Ilyana bt
Guru Pendidikan Seni Ismail
2.00-4.00 petang Visual SMK Bandar Tun
Razak.

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN


Pemantauan akan dilaksanakan melalui borang soal selidik dan pemerhatian Guru Kanan
Bidang Kemanusiaan semasa program berjalan. Laporan pemantauan akan direkodkan dalam
Buku Pemantauan Pentadbir. Diharap program ini akan dapat membantu meningkatkan
motivasi murid dan dapat mengaplikasikan teknik menjawab dalam peperiksaan akan datang.

Disediakan oleh:

..........................................
(NOOR ILYANA BINTI SIMAIL)
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

TARIKH : 30 Ogos 2016

ULASAN : Semoga program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mendapat sokongan serta kerjasama daripada semua murid, guru dan pihak
pentadbir.
_______________________________________________________________________________
*Diluluskan/Tidak Diluluskan :

(ROSE HALIZA BINTI KAMALUDIN)


Pengetua

TARIKH :