Anda di halaman 1dari 12

Topik Terma dan

3 Syarat
Pekerjaan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti terma yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 dan
juga yang dipersetujui secara bersama oleh majikan dan pekerja
tetapi tidak dinyatakan dalam Akta ini;
2. Mengenal pasti tiga sumber undang-undang yang menyentuh
tentang terma kontrak pekerjaan;
3. Membezakan antara terma dan syarat pekerjaan; dan
4. Membezakan antara terma tersirat dan terma nyata.

PENGENALAN
Selain daripada menyediakan peruntukan undang-undang yang berkaitan
dengan hubungan majikan-pekerja, Akta Kerja 1955 (EA 1955 Employment Act
1955) juga mempunyai peruntukan mengenai terma dan syarat berkenaan
dengan pekerjaan. Antara peruntukannya adalah seperti yang berikut:

(a) Masa bekerja (termasuk kerja lebih masa);


(b) Gaji;
(c) Hari rehat;
(d) Cuti umum;
(e) Cuti tahunan, cuti sakit dan cuti bersalin; dan
(f) Pemberhentian dan faedah bersalin.
Copyright Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN 41

Apa yang membezakan antara kontrak perkhidmatan berbanding kontrak biasa


adalah terma dan syarat kontrak perkhidmatan tidak hanya terhad kepada apa
yang terkandung dalam dokumen kontrak yang dibuat oleh pihak berkenaan.
Sebaliknya, terma dan syarat kontrak perkhidmatan boleh didapati sama ada
secara nyata atau tersirat dalam kontrak yang dipersetujui oleh majikan dan
kesatuan sekerja atau dalam EA 1955.

3.1 AKTA KERJA 1955


Terma dan syarat pekerjaan diperlukan sebagai asas dalam membentuk
perhubungan antara majikan dan pekerja. Majikan perlu menyediakan terma
dan syarat pekerjaan ini, supaya pekerja mempunyai pengetahuan terlebih
dahulu tentang hak dan tanggungjawab mereka selama dalam tempoh
perkhidmatan. S. 7 EA 1955 menetapkan terma pekerjaan mestilah lebih
menyebelahi pekerja. Sekiranya terma pekerjaan yang disediakan oleh majikan
kurang menguntungkan pekerja daripada yang telah ditetapkan oleh EA 1955
atau mana-mana peraturan, maka terma tersebut akan digantikan mengikut apa
yang diperuntukkan oleh Akta atau peraturan yang berkenaan. Dengan kata
lain, terma yang lebih berfaedah dalam EA 1955 hendaklah diguna pakai ke atas
terma yang kurang menggalakkan dalam kontrak pekerjaan.

Seksyen 7A EA 1955 menyatakan bahawa tiada apa-apa yang boleh menghalang


majikan dan pekerja daripada menetapkan terma dan syarat pekerjaan yang
lebih menguntungkan pekerja daripada apa yang diperuntukkan oleh Akta ini
atau mana-mana peraturan yang berkenaan.

3.2 TERMA YANG TIDAK TERKANDUNG


DALAM AKTA KERJA 1955
Menurut Seksyen 7B AK 1955, tiada apa-apa boleh menghalang majikan dan
pekerja daripada membuat persetujuan bersama untuk memasukkan terma dan
syarat pekerjaan yang tidak terkandung dalam Akta ini. Terma tersebut boleh
terkandung dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


42 TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN

Dalam kes Leng Huat Omnibus Co Sdn Bhd lwn Transport Workers Union
(Award 23/1973), mahkamah memutuskan:
(a) Terma dan syarat yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 merupakan
keperluan minimum yang mesti dipenuhi oleh majikan terhadap
pekerjanya; dan
(b) Kontrak perkhidmatan atau perjanjian boleh mengandungi faedah yang
lebih baik daripada yang dinyatakan dalam akta atau memasukkan apa
yang tidak dinyatakan dalam Akta.

Dalam kes Equatorial Hotel lwn National Union of Hotel, Bar dan Restaurant
Workers (Award 88/1982), mahkamah menyatakan bahawa Akta Kerja 1955
hanya menyediakan peruntukan asas bagi kontrak perkhidmatan. Ia hanya
meliputi:
(a) Bayaran gaji minimum untuk dibayar;
(b) Cuti rehat dan cuti umum;
(c) Jumlah gaji;
(d) Jam bekerja dan jumlah hari bekerja;
(e) Penamatan kontrak;
(f) Tempoh percubaan (jika ada); dan
(g) Terma umum yang menyatakan pekerja perlu mematuhi segala arahan,
peraturan dan sebarang tatacara yang dikeluarkan oleh pihak majikan
dari semasa ke semasa.

Pada masa kini, pelbagai jenis elaun dan faedah tambahan yang tidak
terkandung dalam Akta, dijanjikan kepada pekerja. Oleh itu, pekerja dibenarkan
membuat permohonan ke mahkamah jika majikan gagal menyediakan semua
kemudahan tersebut. Namun, sudah tentu pekerja memerlukan kesedaran dan
pengetahuan sewajarnya bagi menyuarakan dan mendapatkan hak mereka.

AKTIVITI 3.1

Selain daripada perkara asas yang dinyatakan dalam kontrak


perkhidmatan, apakah aspek lain yang anda fikir boleh dipersetujui
bersama oleh majikan dan pekerja?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN 43

3.3 PEMAKAIAN PERJANJIAN KOLEKTIF,


KONTRAK PERKHIDMATAN DAN AKTA
KERJA 1955
Seksyen 17 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (IRA 1967 Industrial
Relations Act 1967) ialah peruntukan yang mandatori. Seksyen ini
memperuntukkan perkara yang berikut:

Peruntukan
Perjanjian kolektif yang telah diberi perakuan oleh mahkamah akan disifatkan
sebagai award dan hendaklah mengikat seperti yang berikut:
(a) Pihak yang membuat persetujuan termasuklah dalam sebarang kes
yang mana pihak tersebut ialah kesatuan sekerja majikan, kesemua ahli
kesatuan sekerja yang perjanjian itu berkaitan dan pengganti, pemegang
serah hak atau penerima pindahan mereka; dan
(b) Kesemua pekerja yang bekerja atau kemudian diambil bekerja dalam
pengambilan atau sebahagian daripada pengambilan yang perjanjian
itu berkaitan.

Oleh itu, perjanjian kolektif yang dimasuki oleh majikan dan pekerja mengikat
majikan, kesatuan sekerja pekerja dan semua pekerja terlibat. Walau
bagaimanapun, sekiranya kandungan perjanjian kolektif tidak menyebelahi
pekerja, terma yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 akan terpakai. Hal ini
telah diputuskan dalam kes Palmex Industries Sdn Bhd lwn S Poobalan (Award
215/1984).

Prinsip yang sama digunakan jika kandungan perjanjian kolektif tidak menyebut
terma asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta, maka terma dalam Akta
akan diguna pakai. Selain daripada kaedah dan peraturan yang diperkenalkan
oleh majikan dari semasa ke semasa, kontrak perkhidmatan boleh diguna pakai
secara bersama dengan perjanjian kolektif yang dipersetujui antara majikan dan
kesatuan sekerja pekerja. Kesimpulannya, terma dan syarat kontrak
perkhidmatan boleh diperoleh daripada sumber yang berikut:

(a) Kontrak perkhidmatan persendirian;


(b) Perjanjian kolektif; dan
(c) Akta Kerja 1955.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


44 TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN

Dalam kes Len Seng Omnibus Co Ltd lwn TWU (IC Award No. 43/1972),
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perjanjian kolektif sahaja tidak
mewujudkan kontrak perkhidmatan. Ia mesti wujud bersama-sama dengan
kontrak perkhidmatan. Terma dalam perjanjian kolektif boleh menjadi
sebahagian daripada kontrak perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kedua-
dua dokumen mesti mengandungi terma yang tidak boleh kurang daripada
apa yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955. Hal ini kerana Akta ini
memperuntukkan terma minimum yang mesti dipatuhi oleh majikan.

3.4 PERBEZAAN ANTARA TERMA DAN


SYARAT PEKERJAAN
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan terma?

Definisi
Terma dalam kontrak perkhidmatan ialah hasil daripada rundingan yang
berlaku antara majikan dan pekerja. Ia merujuk kepada tanggungjawab yang
telah dipersetujui oleh pihak berkenaan dalam kontrak.

Apabila seseorang ditawarkan pekerjaan di suatu tempat, perkara asas yang


berkaitan dengan pekerjaan tersebut akan dirundingkan dengan majikan seperti
bayaran gaji, skop tugas, cuti tahunan dan masa bekerja. Hasil rundingan
tersebut dikenali sebagai terma kontrak perkhidmatan. Pada dasarnya, terma
kontrak perkhidmatan meliputi aspek penting seperti bonus, gaji (tidak
termasuk elaun), masa bekerja, kerja lebih masa, faedah cuti, kaedah penamatan
kontrak atau pemecatan pekerja.

Kemungkiran kepada mana-mana terma oleh pekerja membolehkan majikan


untuk menamatkan kontrak perkhidmatan. Sebaliknya, kemungkiran mana-
mana terma oleh pihak majikan boleh menyebabkan pekerja dianggap dipecat
secara konstruktif.

Walau bagaimanapun, syarat memberi maksud yang berbeza.

Definisi
Syarat merupakan suatu arahan yang diberikan oleh majikan kepada
pekerjanya dari semasa ke semasa.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN 45

Di sini, majikan tidak perlu memperoleh persetujuan daripada pekerja jika dia
merasakan syarat sedia ada perlu ditukar. Contohnya, majikan boleh
mengarahkan pekerja untuk memakai pakaian seragam pada setiap hari bekerja.
Namun, arahan ini boleh ditukar dengan tidak mewajibkan pemakaian pakaian
seragam pada hari Sabtu.

Dalam kes Brenda Dunne Ltd lwn Pitzpatrick (1958), maksud syarat diterangkan
seperti yang berikut:

Definisi
Keadaan fizikal di tempat pekerja bekerja, seperti yang melibatkan perkara
keselamatan dan keselesaan fizikal.

Definisi ini cukup untuk merangkumi semua bentuk persediaan berkaitan


dengan kebajikan pekerja seperti keselamatan, kesihatan dan keselesaan fizikal.
Contohnya, penubuhan kelab sukan, persatuan drama, penyediaan kabinet
untuk menyimpan barang, bilik mandi, penyaman udara, pengaliran udara yang
bersih, masa rehat dan sebagainya. Memandangkan perkataan syarat adalah
luas, ia merangkumi pelbagai perkara mengikut kesesuaian masa.

Ini jelas menunjukkan bahawa terma adalah lebih penting daripada syarat. Hal
ini kerana perlanggaran syarat seperti kegagalan menyediakan kemudahan tidak
akan membolehkan pekerja membuat tuntutan sebagai kes pemecatan
konstruktif. Sebaliknya, bagi perlanggaran sesuatu terma kontrak boleh
dijadikan asas untuk menuntut pemecatan konstruktif. Memandangkan terma
lebih penting, maka perbincangan selanjutnya akan memfokuskannya.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak perkhidmatan dan


perjanjian kolektif?

2. Terangkan perbezaan antara terma dan syarat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


46 TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN

3.5 PEMBAHAGIAN TERMA


Huraian tentang pembahagian terma ditunjukkan dalam Rajah 3.1 yang berikut:

Rajah 3.1: Pembahagian terma

Umumnya, terma boleh dibahagikan kepada dua, iaitu, terma nyata dan terma
tersirat. Penerangan lanjut tentang jenis terma ini akan dibincangkan dalam
subtopik yang berikut.

3.5.1 Terma Tersirat


Tahukah anda apakah definisi terma tersirat?

Definisi
Terma tersirat ialah terma yang dianggap wujud oleh undang-undang,
walaupun ia tidak dinyatakan dalam perjanjian atau kontrak perkhidmatan.

Ada beberapa terma tersirat yang telah diakui sebagai sebahagian daripada
kandungan kontrak perkhidmatan. Walaupun tidak disebutkan dalam kontrak
perkhidmatan, ia mengikat kedua-dua majikan dan pekerja. Terma ini
kebiasaannya berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab majikan dan pekerja.
Dua terma telah dikenal pasti seperti yang berikut:

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN 47

(a) Terma Tersirat bagi Majikan


Berikut adalah huraian bagi dua terma yang telah dikenal pasti:

(i) Majikan tidak boleh mengarahkan pekerja melakukan sesuatu


tindakan yang menyalahi undang-undang
Walaupun pekerja perlu mematuhi arahan majikan, ini tidak
meliputi arahan yang menyalahi undang-undang. Pekerja hanya
terikat untuk melaksanakan arahan majikan yang selari dengan
undang-undang sahaja. Contohnya, kerani tidak boleh diarahkan
supaya menyekat pemotongan caruman kepada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja.

(ii) Menjadi tugas majikan untuk menyediakan kerja kepada pekerja


Dalam kontrak perkhidmatan, pekerja perlu melakukan tugas
sebagaimana diarahkan oleh majikan dan sebagai balasan, majikan
mesti membayar upah kepada pekerja terbabit.

Dalam kes Turner lwn Sawdon (1901), mahkamah memutuskan bahawa


majikan tidak mempunyai kewajipan untuk menyediakan kerja kepada
pekerjanya. Tanggungjawab tersebut hanya timbul jika majikan
mengambil pekerja yang diupah melalui pembayaran komisen atau
mengikut tugas yang dilaksanakan.

Dalam kes Breach lwn Epsylon Industries Ltd (1976), mahkamah


sebaliknya mengambil pendekatan yang berbeza. Tanggungjawab
menyediakan kerja kepada pekerja adalah penting bagi menentukan
status pekerja dan juga insentif yang sepatutnya diterima.

(iii) Menjadi kewajipan majikan untuk menyediakan sistem kerja yang


selamat dan betul
Dalam kontrak perkhidmatan, majikan hendaklah menyediakan
tempat kerja yang mempunyai sistem kerja yang selamat. Kewajipan
ini termasuklah mengelakkan pekerja daripada terdedah kepada
risiko kecederaan yang tidak diingini.

Dalam kes G. Theong Wee Meow lwn Goh Poh Chan (1981), seorang
pekerja meninggal dunia akibat terhidu gas beracun yang datang dari
perigi di mana pekerja tersebut bekerja. Sebelum kes kematian ini, telah
berlaku kejadian yang pekerja lain pengsan semasa bekerja di tempat
yang sama dan majikan telah menyedari hal ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


48 TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN

Mahkamah memutuskan majikan bertanggungan terhadap kematian


pekerja terbabit kerana majikan mengetahui keadaan tempat kerja yang
tidak selamat dan telah gagal memberikan sebarang amaran tentang
keadaan bahaya ini.

Dalam kes Lian Ann Lorry Transport and Forwarding Sdn Bhd lwn
Govindasamy (1982), seorang pekerja telah mengalami kecederaan yang
serius semasa memunggah permaidani dari lori.

Mahkamah memutuskan majikan gagal memastikan keselamatan di


tempat kerja bagi tujuan kerja memunggah permaidani dari lori.

Berdasarkan kes yang dibincangkan tadi, dapat diringkaskan bahawa


majikan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat kerja yang selamat
dan mengekalkan keadaan itu. Sekiranya pekerja mengalami kecederaan
akibat kecuaian mereka sendiri sedangkan majikan telah menyediakan
semua langkah keselamatan yang sepatutnya, maka majikan tidak akan
dipertanggungjawabkan.

(b) Terma Tersirat untuk Pekerja


Sebagaimana majikan, pekerja juga mempunyai terma tersirat yang mesti
dipatuhi seperti yang berikut:

(i) Pekerja mesti sentiasa ikhlas dan taat kepada majikannya


Pekerja mesti melaksanakan semua arahan yang diberikan oleh
majikannya. Hubungan antara majikan dan pekerja mesti dalam
keadaan yang baik dan memerlukan keikhlasan dan ketaatan supaya
dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik. Ini
bermaksud pekerja mesti dalam semua keadaan melakukan perkara
yang munasabah bagi menjaga kepentingan majikannya.

(ii) Pekerja tidak boleh membongkar atau menyebarkan maklumat


rahsia majikan
Menjadi terma tersirat bahawa pekerja mesti melindungi majikan
dengan tidak mendedahkan maklumat rahsia majikan. Bahkan
tanggungjawab ini masih berlangsung setelah seseorang telah
berhenti kerja.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN 49

Mengikut kes Faccienda Chicken Ltd lwn Fowler (1986), mahkamah


menerangkan bahawa sekatan perdagangan (restraint of trade) boleh
dikenakan oleh majikan terhadap bekas pekerjanya daripada
membongkar, menggunakan atau menyebarkan maklumat rahsia bekas
majikan kepada orang lain. Ini boleh berlaku terutamanya jika bekas
pekerja memegang jawatan yang tinggi dalam organisasi. Dalam kes
sebegini, pekerja dianggap mempunyai banyak maklumat penting
majikan dan mempunyai kecenderungan untuk menzahirkannya
kepada orang lain.

(iii) Pekerja juga perlu menzahirkan maklumat rahsia mengenai majikan


dalam pada setiap waktu
Ini tidak bermaksud pekerja tidak jujur kepada majikannya.
Pendedahan maklumat rahsia majikan adalah perlu jika melibatkan
kepentingan umum seperti maklumat yang berkaitan dengan
kegiatan jenayah atau penipuan. Walau bagaimanapun, pendedahan
maklumat rahsia ini menjadi tidak praktikal kerana boleh
menyebabkan pekerja dipecat oleh majikan.

AKTIVITI 3.2

Nyatakan keadaan yang membenarkan pekerja menzahirkan maklumat


rahsia majikannya.

(iv) Pekerja mesti melakukan tugas yang diberikan dengan penuh


berhati-hati dan cekap
Pekerja juga mempunyai tanggungjawab tersirat untuk
melaksanakan kerjanya dengan berhati-hati dan menggunakan
sepenuhnya kemahiran yang ada. Contohnya, pemandu mempunyai
tanggungjawab untuk menjaga dan memandu kenderaan majikannya
dengan berhati-hati.

Dalam kes Lister lwn Ramford Ice Ltd (1957), seorang pemandu telah
melanggar rakan sekerjanya dan mangsa telah mengambil tindakan
mahkamah terhadap majikan mereka. Selepas majikan membayar ganti
rugi kepada mangsa, majikan telah membuat tuntutan terhadap
pemandu iaitu pekerjanya kerana cuai semasa melaksanakan tugasnya.
Dia didakwa telah gagal melakukan tugasnya dengan penuh berjaga-
jaga dan berhati-hati.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


50 TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN

Dalam kes Majlis Perbandaran Pulau Pinang lwn Lin Soo Eng (1991),
prinsip undang-undang yang sama telah diguna pakai. Dalam kes ini,
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa majikan tidak dikenakan
tanggungan bersama (vicarious liability) akibat kecederaan atau
kerugian yang dialami oleh pihak ketiga yang telah disebabkan oleh
pekerja yang cuai semasa menjalankan tugas.

Oleh itu, pemandu tersebut telah diarahkan oleh mahkamah supaya


membayar kembali ganti rugi kepada majikannya.

Maka, seorang pekerja mesti berhati-hati dan sentiasa menjaga


kepentingan majikannya dalam sebarang pekerjaan yang melibatkan
perniagaan dan urusan majikannya. Ini adalah selari dengan terma tersirat
yang berkaitan dengan sikap berhati-hati dalam melaksanakan tugas
kepada majikannya sepanjang tempoh perkhidmatan.

Untuk memantapkan kefahaman anda, sila jawab soalan dalam Semak


Kendiri 3.2.

SEMAK KENDIRI 3.2


1. Apakah yang dimaksudkan dengan terma tersirat dan apakah
terma tersirat yang terpakai dalam kontrak perkhidmatan?

2. Terangkan peruntukan dalam Akta Kerja 1955 yang boleh


ditafsirkan sebagai terma tersirat dan bolehkah terma yang tidak
dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 menjadi sebahagian daripada
terma kontrak perkhidmatan?

3.5.2 Terma Nyata


Tahukah anda apakah definisi terma nyata?

Definisi
Terma nyata merupakan terma yang dinyatakan secara jelas dalam kontrak
perkhidmatan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN 51

Terma nyata menjadi sebahagian daripada kontrak perkhidmatan. Ia boleh


dibahagikan kepada yang berikut:

(a) Terma pekuniari (terma yang berkaitan kewangan); dan


(b) Terma bukan pekuniari (terma yang bukan berkaitan dengan kewangan).

Perbincangan lanjut tentang terma nyata adalah dalam Topik 4.

Terma yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 termasuklah masa bekerja
(termasuk kerja lebih masa), gaji atau upah, hari rehat, cuti umum, cuti
tahunan, cuti sakit, cuti bersalin dan pemberhentian dan faedah bersalin.
Manakala antara terma yang dipersetujui antara majikan dan pekerja tetapi
tidak didapati dalam Akta, termasuklah elaun dan faedah tambahan lain.

Tiga sumber utama peruntukan undang-undang berkaitan dengan terma


kontrak pekerjaan adalah kontrak perkhidmatan individu, perjanjian
kolektif dan Akta Kerja 1955.

Terma dalam kontrak perkhidmatan ialah hasil daripada rundingan yang


berlaku antara majikan dan pekerja. Ia merujuk kepada tanggungjawab yang
telah dipersetujui oleh pihak dalam kontrak. Syarat pula ialah suatu arahan
yang diberikan oleh majikan kepada pekerjanya dari semasa ke semasa.

Terma tersirat ialah terma yang dianggap wujud oleh undang-undang


walaupun ia tidak dinyatakan dalam perjanjian atau kontrak perkhidmatan.
Manakala terma nyata merupakan terma yang dinyatakan secara jelas dalam
kontrak perkhidmatan.

Syarat perkhidmatan Terma perkhidmatan


Terma nyata Terma tersirat

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai