Anda di halaman 1dari 14

3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Pelajar Abad ke 21

Corak pembelajaran bagi bilik darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah seiring
dengan peredaran zaman. Dengan teknologi moden yang semakin berkembang,
ternyata kemahiran yang diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga jauh berbeza
berbanding pelajar abad ke 20 suatu ketika dahulu. Jom kita tengok 3 kemahiran
penting yang diperlukan oleh pelajar untuk abad ke 21 ini.

Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar abad ke 21

1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi


Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi
terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi
dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur
lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi
yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad
ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.
2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan
bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada
pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah
perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka
diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih
mendatangkan manfaat kepada semua.
3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan
kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta
mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan
kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar
mengikut aras masing-masing.

6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21


Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita
selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan
adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang.
Dengan kewujudan pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan
lagi amalan pengajaran pada abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.
1. Menguasai Subjek

Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu
agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan
sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi

Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas.
Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid

Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk


faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya.
Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai
dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran

Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para
pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika
belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik
sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling

Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar.
Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi
perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan
untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu
yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu
ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir
dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu
seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk
belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu
membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.
10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21
Selasa, Januari 13, 2015 Hal Guru, Pembelajaran Abad 21 36 comments
Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan
haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga
keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan
penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut
adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau
pun penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan


- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan
pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat
mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka


- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka
mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan
sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


Subjek Perkara Catatan
Sains Tajuk : Jirim dan Bahan
Tingkatan Objektif Pembelajaran : Memahami sifat dan
- 2Persada
pembelajarankegunaan logam dan bukan logam
secara berkolaborasi merupakan kaedah
Hasil pembelajaran :
paling berkesan dalam
pembelajaran
Masa : 1. Menyenaraikan contoh logam dan bukan logam
3.05-4.152. Menyenaraikan sifat logam dan bukan logam
80 minit 3. menyenaraikan kegunaan logam dan bukan logam
Kriteria kejayaan:
1. Menyenaraikan 3 contoh logam dan bukan logam
2. Menyenaraikan 4 sifat logam dan bukan logam
3. menyenaraikan 2 kegunaan logam dan bukan
logam dan contohnya.
Nilai murni : Menghargai logam besi adalah adalah
salah satu sumber bahan mentah di Negara kita .

Strategi 1.Pembezaan
pembezaan Proses berdasarkan persekitaran
pembelajaran
( aktiviti Anchor)
2.Pembezaan keupayaan pelaja
r duduk dalam kumpulan
mengikut markah ujian 1
Pemula Aktiviti Suspen ABM dalam kotak
(10 minit) 1. Pelajar di minta membuka Bahan logam dan bukan
kotak yang telah disediakan di logan
atas meja
2. Pelajar mengaitkan pelajaran
hari ini berdasarkan bahan dalam
sampul surat .
3. Pelajar menjawab soalan
susulan yang di ajukan tentang
pelajaran yang lepas dan
mengaitkan pelajaran hari ini.
4. Guru berkongsi objektif
pembelajaran dan criteria
kejayaan dengan pelajar
Aktiviti 1 Mengenalpasti logam dan bukan ABM
(10 logam -Helaian yang di bekalkan.
minit) Koperati1. pelajar berbincang (slide dan yang terdapat
f dan menyenaraikan logam dan bukan dalam makmal)
kolaboratif logam yang secara berpasangan -Pembentukan kumpulan
Struktur Think . berpasangan.
Pair Share 2. Pasangan pelajar menyemak -AFL
jawapan . -Rujuk criteria kejayaan
3. Soaljawab dan
maklumbalas dari guru dan
pelajar.(Dialog berkesan)
4. Pelajar merujuk criteria
kejayaan

Aktiviti 2 Menjalankan eksperimen Mengeksperimen,


(30 minit) menyiasat sifat logam dan bukan Pemerhatian dan membuat
Koperatif dan logam dan kegunaanya. kesimpulan
kolaboratif 1. Pelajar dikumpulkan mengikut
Struktur minat dan menjalankan
Jigsaw dan eksperimen mudah mengikut
Round robin kumpulan mereka dan membuat
pemerhatian dan mendapat
kesimpulan maklumat sifat dan
kegunaannya dari eksperimen. Pengurusan Grafik CoRT PMI
1 alat pemikiran (Jigsaw)
CoRT 2. Pelajar menerangkan maklumat
digunakan. kepada rakan secara Soalan Anchor
bergilir( Round robin).
3. pelajar AFL - Soalan kuiz
melengkapkan Pengurusan Penilaian rakan
Grafik banding dan beza sifat
logam dan bukan logam dan
kegunaaannya.
4. Pelajar yang sudah selesai
boleh menjawab soalan anchor
5. Penaksiran kumpulan secara
bertulis 2 star 1 wish
6. Maklumbalas dari rakan
kumpulan dan guru.
7. Tampalkan hasil kerja pelajar
yang telah disemak
8. Pelajar menjawab soalan kuiz
untuk menguji kefahaman dan
Ukur Kefahaman Pelajar Guna Sistem Kad Trafik Light
Idea ini saya ambil daripada yang seorang guru yang menggunakan gelaran Sepatu
Putih bagi akaun Facebooknya dalam Cikgu Sains Kreatif. Menggunakan pendekatan
pembelajaran abad 21, maka terhasil lah Sistem kad atau sistem warna yang
menggunakan warna hijau, kuning dan merah. Ini adalah antara cara mudah bagi
mendapatkan respon pelajar tentang kefahaman terhadap topik yang diajar. Ada
kelainan.

Cara penggunaan nya adalah setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri daripada
warna hijau, merah dan kuning. Warna warna ini mempunyai maksud yang tersendiri.
Warna hijau bermaksud pelajar sudah faham mengenai objektif pembelajaran pada
hari tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru dengan pembelajaran. Dan
warna merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham dengan pembelajaran
pada hari tersebut.

Maka semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar yang mengangkat warna hijau, guru
akan terus fokus kepada pelajar yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat
warna merah dan kuning. Tetapi jika ramai pelajar yang mengangkat warna kuning
bermaksud guru perlu mengulangi semula pengajaran. Penyoalan boleh dipelbagaikan
dan juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu pelajar membuat kefahaman
mereka masing-masing.

Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan jika anda berminat untuk
mempraktikkan sistem traffic light ini di dalam kelas, adalah penilaian bagi pelajar
kelas hujung. Kadang-kadang mereka sendiri pun tak pasti penilaian apa yang
sepatutnya. Kemungkinan untuk mereka berpakat ramai-ramai mengangkat warna
hijau tentulah ada. Kerana takut disoal semula oleh guru! ;)

Sebagai penambahbaikan, ada rakan guru yang mencadangkan diletakkan emoticon


senyum bagi hijau, sedih untuk merah dan confuse untuk kuning. Sedikit perkataan
yang merangsang dan memotivasikan pelajar juga dapat diletakkan bagi
meningkatkan keyakinan pelajar. Jangan lupa laminate untuk digunakan bagi tempoh
yang lebih panjang. Selamat mencuba!
Konsep 4C Dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)
Pembelajaran Abad 21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin
ditekankan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan keperluan guru
untuk bergerak seiring dengan kehendak pelajar masa kini, maka pembelajaran abad
21 wajar diberi perhatian serius bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara.
Bagi mengetahui perkara yang perlu diberi perhatian dalam Pembelajaran Abad 21,
jom kita sambung baca artikel di bawah ini.

Yang pertama cg kena fahamkan apa yg dimaksudkan dgn pembelajaran PAK21.


Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada susunatur meja serta
penggunaan tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih
besar daripada itu. PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C.
Paling penting proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar.
C - Creativity
Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan,
kreatif pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi
kreatif terutamanya dari segi berfikir.

C - Critical Thinking
Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh
dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul.
Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu
menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif

C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka
yang lain. Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea
dan pandangan. Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-
Pair-Share dan lain-lain

C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga
pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran.
Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dll
membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.
BLOOM TAXONOMY KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik

Bilakah Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur

Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat

Pengetahuan Definisikan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas


tentang makna suatu perkataan khusus / istilah /
terminology

Di manakah Menyatakan kedudukan / tempat

Isikan Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang

Kenal pasti Memberi petunjuk atau makluman terhadap


sesuatu perkara / benda / pernyataan yang dikenali
atau dicam dengan jelas

Labelkan Menandakan dan / atau memberikan panggilan


yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah /
graf / carta / ilustrasi

Lengkapkan Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik pada


ruang kosong pada jadual / rajah / ayat yang
diberikan

Namakan Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu


benda / istilah / terminology / proses

Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan


penerangan lanjut / huraian / sokongan

Padankan Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan


rajah / symbol / maklumat tentang pernyataan
berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau
sebaliknya

Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks

Takrifkan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas


tentang makna suatu perkataan khusus / istilah /
terminology

Tandakan Meletakkan symbol yang dikehendaki

Tulis Mencatat huruf / angka / symbol yang khusus

Bagaimanakah Memperihalkan / memberi penerangan tentang


cara / keadaan / langkah / kejadian

Bilakah Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur

Bincangkan Memberi penerangan / pandangan daripada


pelbagai aspek

Buatkan Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji


Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat

Di manakah Menyatakan tempat / kedudukan

Fokuskan Memberi penerangan / pernyataan dengan


menumpukan kepada sesuatu aspek tertentu

Isikan Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang

Jelaskan Memberi penerangan tentang sesuatu dengan


sokongan supaya mudah difahami

Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong atau


membangkang

Lorekkan Melukis dengan garisan / corengan / coretan pada


kawasan / rantau / ruangan tertentu

Manakah Menyatakan pilihan

Mengapakah Memberi sebab

Kefahaman Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan


penerangan lanjut / huraian / sokongan

Padankan Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan


rajah / symbol / maklumat tentang pernyataan
berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau
sebaliknya

Pasangkan Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut


susunan prosesdur yang betul

Susun Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan


kaedah / prinsip / keperluan / keutamaan

Tafsirkan Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang


diberi

Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau


menjelaskan sesuatu dengan sebab

Terjemahkan Menukarkan sesuatu bentuk komunikasi kepada


suatu bentuk komunikasi lain

Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan bukti

Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai


dengan konteks berdasarkan pertimbangan/

Bezakan Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua


atau lebih perkara

Bincangkan Memberi penerangan / pandangan daripada


pelbagai aspek

Bundarkan Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada


kejituan tertentu

Cari Memberikan suatu nilai / kedudukan / perkara


secara mengenai pasti dengan menggunakan
kaedah tertentu atau menghitung secara ringkas

Gariskasarkan Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu


proses / tindakan

Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh / gambarajah / rajah

Laraskan Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan


penunjuk / tolok

Organisasikan Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah


dirancang untuk dilaksanakan

Peringkatkan Membuat pemeringkatan beberapa perkara


megikut aras / tahap tertentu

Pilih Menentukan maklumat yang terbaik


Aplikasi

Ringkaskan Menyatakan sesuatu ungkapan / pernyataan /


petikan secara pendek / padat dan mengekalkan
kandungan utama yang asal

Selesaikan Memberi beberapa fakta / ciri / konsep / prinsip /


teori secara spesifik / berbentuk poin tanpa
memberi hubungan / perkaitan / penerangan
lanjut bagi setiap satunya

Tentukan Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil


kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan

Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan bukti

Ulas Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik

Ungkapkan Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam


bentuk yang dikehendaki

Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu


aspek atau perkara yang dikomunikasikan

Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan


perbezaan antara dua atau lebih perkara

Cadangkan Memberi pandangan / idea / pendapat dengan


mempertimbangkan perkara positif atau negative

Analisis
Formatkan Menyediakan / menyusun maklumat mengikut
sesuatu prinsip / prosedur / peraturan tertentu

Galurkan Menghuraikan peristiwa atau fakta secara


kronologi

Gambarkisahkan Memberi penerangan dengan menggunakan


gambarajah

Huraikan Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan


panjang lebar / terperinci

Jadualkan Membuat susunan tentang perkara / maklumat /


acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang
telah ditetapkan

Klasifikasikan Mengumpulkan / membahagi-bahagikan /


melabelkan sesuatu kepada sesuatu kumpulan .
kategori berdasarkan kesamaan kualiti / criteria /
ciri / sifat

Lakar Memberi persembahan berbentuk rajah /


gambarajah / peta secara kasar dan tidak
memerlukan perincian

Laporkan Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan


secara lisah atau bertulis

Lukis Memberi persembahan berbentuk grafik / rajah /


gambar rajah / graf bagi menggambarkan suatu
benda atau perkara dengan menggunakan alat dan
mengikut ukuran atau skala tertentu

Plot Menanda / melukis titik-titik graf

Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah


berdasarkan pola atau corak tertentu

Rekodkan Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / data /


pemerhatian mengikut format

Tentusahkan Menyatakan kebenaran / ketepatan sesuatu dengan


memberikan bukti

Ukur Menggunakan alat pengukur untuk mendapatkan


nilai ukuran beserta unitnya

Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah / alat


tertentu

Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian

Hitungkan Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan


Sintesis algoritma (langkah-langkah tertentu) atau
menggunakan rumus

Hubungkaitkan Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa


ciri / faktor

Interpretasikan Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu


komunikasi

Rumuskan Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data /


maklumat / petikan

Sarankan Memberi pandangan / idea yang boleh


diaplikasikan dalam sesuatu situasi
Sediakan Mengadakan / mewujudkan / menyiapkan /
melengkapkan / menyusun sesuatu mengikut
format dan prinsip yang tertentu

Syorkan Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh


diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan
mempertimbangkan perkara positif atau negatif

Ubahsuai Membuat sesuatu perubahan dengan

Unjur Membina garisan mengikut unjuran sudut yang


ditetapkan

Bangunkan Menghasilkan satu aturcara / program yang


menggunakan perisian / kaedah yang sesuai
mengikut langkah-langkah tertentu

Ciptakan Menghasilkan / mewujudkan / menerbitkan


sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau
kreativiti
Penilaian
Deduksikan Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu

Nilaikan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara

Pamerkan Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan


dalam sesuatu perkara

Rekabentukkan Membuat garis kasar / lakaran / plan tindakan /


prototaip / model

Terbitkan Membina sesuatu dengan menunjukkan cara

Wajarkah Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara


dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada
kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan
Teknik Penyoalan KBAT

Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan yang berkesan


1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya
dan mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)

Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar


1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan
bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid

Contoh Soalan Untuk Menjelaskan Pemikiran


1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?2. Apakah yang anda
maksudkan dengan ... ?3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?4. Bolehkah
anda menjelaskannya dengan cara lain?5. Bolehkah anda menunjukkan saya cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan1. Mengapa anda terfikir bahawa
... ?2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?3. Apakah sebab-sebab anda ... ?4. Apakah
bukti yang kita ada untuk ... ?5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif1. Bolehkah anda menyatakan


pandangan anda dengan cara lain ... ?2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?3.
Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?4. Apa yang perlu kita
tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat1. Apakah susulan daripada
pernyataan anda ... ?2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah
dinyatakan sebelum ini ... ?3. Apakah akibat sekiranya ... ?4. Adakah terdapat
peraturan untuk ... ?5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau
tidak?

Amalan baik untuk guru dalam menyoal


1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan