Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

MAJLIS MOHON RESTU


CALON UPSR 2016
SK FAJAR HARAPAN

Tarikh :
02 September 2016 (Jumaat)
Masa :
7.30 pagi
Tempat :
Surau SK Fajar Harapan

1.0 PENGENALAN 17 Oktober 2012 (Rabu)


3.30 Petang
Dewan Bendahara
IPG Kampus Sultan Mizan
Majlis Mohon Restu calon UPSR 2016 merupakan langkah dan persediaan
terakhir yang dirangka di dalam program Peningkatan Akademik Tahun 6 2016 bagi
tahun ini. Program ini diadakan untuk menyediakan calon UPSR dari segi fizikal dan
mental sebelum menduduki peperiksaan sebenar.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Majlis Mohon Restu ini adalah kerana restu yang datang dari ibu
bapa dan guru serta motivasi yang diberikan mampu menjadi kekuatan kepada pelajar
untuk menghadapi peperiksaan di samping sokongan berterusan dari pihak
sekolah.Selain itu,ia dapat membimbing dan memupuk nilai budi serta menghargai
sikap ibu bapa dan guru.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memohon restu dari guru untuk memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan
menghadapi peperiksaan UPSR 2016.
3.2 Menyemai perasaan menghargai,bersyukur dan berterima kasih kepada guru
dan pihak sekolah
3.3 Membina hubungan erat antara sesama pelajar,guru dan warga sekolah supaya
berlapang dada menjelang peperiksaan UPSR 2016.

4.0 PERINCIAN PROGRAM

Tarikh : 8 September 2016


Hari : Jumaat
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Surau SK Fajar Harapan

5.0 KUMPULAN SASARAN

Calon UPSR 2016 SK Fajar Harapan seramai 84 orang.

6.0 TENTATIF PROGRAM


02 September 2014 (Jumaat)

7.30 Pagi - Guru dan pelajar mengambil tempat


7.45 Pagi - Ucapan daripada pihak pentadbir SK Fajar Harapan
8.00 Pagi - Bacaan Yaasin & Solat Hajat
8.30 Pagi - Sesi bersalaman antara guru dan murid
9.00 Pagi - Pemberian cenderahati kepada murid oleh pihak pentadbir
9.30 Pagi - Majlis bersurai

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Puan Saabi Binti Hasin


Guru Besar
Pengerusi I : Puan Hajah Zainon Binti Mad Jan
Penolong Kanan I
Pengerusi II : Encik Jumarno Muhammad
Penolong Kanan HEM
Pengerusi III : Encik Frankclin Johanes
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Penyelaras : Mohd Hafizuddin Bin Sulong
Bendahari : Encik Muhamad Suffian Ezri Bin Abdul Malek
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN ANGGRAN KOS (RM) JUMLAH (RM)

1. Pensel 2 batang/ murid RM0.40 x 168 RM67.20


=RM 67.20

2. Pemadam RM0.50 x 84 orang murid RM42.00


=RM 42.00
3. Pengasah Pensel RM0.20 x 84 murid RM 16.80
=RM 16.80
4. Pembaris RM0.60 x 84 murid RM 50.40
=RM 50.40
5. Sarapan RM2.00 x 84 murid x 4 hari RM 672.00
(roti/sandwich + teh ) =RM 672

JUMLAH BESAR (RM) RM 848.40

9.0 PENUTUP

Semoga Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2016 dapat mencapai objektif serta
mendapat kerjasama dari semua pihak baik dari murid,guru dan pihak sekola. Semoga
program yang diatur ini dapat memberi impak positif khususnya kepada calon UPSR
Tahun 6, SK Fajar Harapan serta mereka mendapat keputusan yang cemerlang.
Disediakan oleh,

........................
Mohd Hafizuddin Bin Sulong
Penyelaras
Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2016
Sk Fajar Harapan,Lahad Datu

Diluluskan oleh,

..
Puan Saabi Binti Hasin
Guru Besar
SK Fajar Harapan,Lahad Datu

Dengan ini saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN


Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2016 SK Fajar Harapan.

Ulasan : _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai