Anda di halaman 1dari 3

Minggu : KETUJUH (22.08.2016 hingga 26.08.

2016)

TAJUK :

1) MASALAH

Pada minggu ketujuh, masalah yang saya hadapi ialah kelemahan murid membuat

persembahan powerpoint dalam masa yang ditetapkan. Saya sebagai guru, tidak dapat

mengenal pasti mengapakah murid-murid ini tidak dapat membuat persembahan

powerpoint dalam masa yang ditetapkan. Walhal, mereka tahu bagaimana menggunakan

komputer riba dan juga ilmu membuat powerpoint. Untuk memudahkan kerja aktviti

kumpulan ini, murid-murid juga dicampurkan dengan beberapa murid untuk memberikan

idea yang membentuk satu cerita.

Tetapi kenapa mereka masih menghadapi kelemahan dari segi menyiapkan persembahan

power point dlam masa yang ditetapkan. Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan

satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dalam kelas-kelas

saya. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas

dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang berdasarkan konsep pengajaran

abad ke-21 iaitu TMK.

2) ANALISIS MASALAH

Berdasarkan pemerhatian dan muhasabah yang saya lakukan. Saya dapati murid

Tahun 5 Gamelan B dan Tahun 5 Gamelan A boleh menguruskan masa dengan baik ketika

membuat sesuatu aktiviti yang berasaskan kumpulan. Murid-murid ini juga mempunyai ilmu

dalam TMK iaitu persembahan powerpoint. Tetapi apabila diberikan komuter riba dan masa

yang secukupnya, murid tidak dapat menyelesaikan aktiviti tersebut dalam masa yang

ditetapkan. Hal ini memberi kesukaran kepada guru untuk mencapai objektif yang telah

ditetapkan.
Dengan tinjauan, saya cuba mengenal pasti punca-punca masalah murid-murid

menghadapi masalah membuat persembahan power point menggunakan komputer riba

dalam masa yang ditetapkan. Heterogen persoalan yang timbul di dalam kotak fikiran saya

iaitu:-

. Apakah yang menyebabkan murid ini mengambil masa yang lama ketika membuat

powerpoint menggunakan komputer riba?

. Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini?

. Adakah saya perlu memperbaik kaedah pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah

ini?

Saya telah menyenaraikan beberapa dapatan bagi segala persoalan yang berlegar di

dalam minda saya iaitu :-

- Murid tidak dibiasakan dengan penggunaan komputer riba


- Ahli kumpulan tidak memberikan kerjasama yang secukupnya
- Murid harus ditekankan tentang pengurusan masa bagi setiap aktiviti.

3) CADANGAN UNTUK MEMPERBAIK

Menurut dapatan kajian daripada guru-guru yang telah berada di lapangan kerjaya

juga menghadapi maslah yang sama. Menurut teori-teori yang telah saya pelajari ketika

berada di institut, banyak sebenarnya jalan penyelesaian yang boleh digunakan bagi

mengatasi masalah ini.

Oleh itu, seseorang guru harus mengaplikasikan ataupun pernah membuat aktiviti

membuat powerpoint menggunakan komputer riba. Hal ini agar mengelakkan mereka

mengambil masa yang lama ketika membuat powerpoint.

Murid-murid harus sentiasa dibiasakan dengan penggunaan TMK agar mereka tidak

terasa gelojoh ketika menggunakan sesautu bahan berelektronik.


4) TEMPOH PENYELESAIAN

Saya akan cuba menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam masa seminggu

dengan mendapatkan nasihat, teladan dan saranan daripada guru pembimbing dan

sahabat-sahabat guru lain yang berprofesional dalam menangani masalah ini. Saya tidak

boleh membiarkan masalah ini berterusan dan membiarkan murid mengambil masa yang

lama ketika membuat aktiviti menggunakan komputer riba agar objektif pembelajaran dapat

dicapai pada pdp yang seterusnya.

5) PENILAIAN KEJAYAAN

Dalam melaksanakan cadangan penambahbaikan dan tindakan susulan bagi

menyelesaikan masalah ini, saya meminta kerjasama daripada guru pembimbing,

pensyarah pembimbing, dan rakan lain untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya.

RUJUKAN

- Pensyarah Penyelia
- Guru-Guru Sisp
- Sumber Internet- Blog Budak Kampung

Anda mungkin juga menyukai