Anda di halaman 1dari 27

PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

1.0 PENGENALAN KEPADA POLITIK


Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam rangka
memahami bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural
seperti di Malaysia. Hal ini kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa,
pembentukan dan pelaksanaan dasar . politik memberikan kuasa kepada sesuatu
kelompok atau rejim untuk melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan landasan
pemikiran atau ideologi mereka. Selepas memperoleh kemerdekaan 1957, Malaysia
ialah negara yang mengamalkan sistem politik dan pemerintahan serta kerajaan
yang berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.
Dalam sistem demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan raya secara berkala yang
diadakan sekali dalam tempoh lima tahun. Pilihan raya diadakan bagi
memperbaharui mandat yang diperoleh bagi sesebuah kerajaan memerintah yang
berasaskan prinsip demokrasi. Sistem demokrasi dan amalan pilihan raya
mengizinkan kewujudan dan penubuhan parti-parti politik bagi tujuan bertanding
dalam pilihan raya. Setiap parti politik yang ditubuhkan mempunyai asas-asas serta
prinsip perjuangannya yang tersendiri. Hal ini termasuklah yang berasaskan
ideologi tertentu dan parti-parti tang berteraskan kepentingan etnik dan
perkauman.

Sejak merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia rata-rata


ditubuhkan berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC.
Namun begitu, sejarah menunjukkan bahawa parti-parti ini walaupun ditubuhkan
berasaskan kepentingan dan perjuangan kaum, tetapi telah berupaya membentuk
gabungan dalam sesuatu kerja sama permuafakatan politik dikenali sebagai
Perikatan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa. Keadaan ini berlaku atas
keperluan demokrasi juga kerana penggabungan akan memberikan peluang
sesuatu perikatan itu mendapat sokongan yang lebih besar dan seterusnya
mengekalkan kuasa. Sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, gabungan
perikatan parti-parti berasaskan kaum yang menyertai pilihan raya atas nama
PERIKATAN dan kemudiannya BARISAN NASIONAL telah memenangi 12 kali pilihan
raya dan memegang tampuk pemerintahan negara sehinggalah sekarang. Perkara
yang hendak ditekankan di sini adalah kepentingan serta peranan parti-parti politik
dalam konteks perhubungan antara kaum. Lazimnya, Parti-parti yang ditubuhkan
untuk kepentingan-kepentingan yang dirasakan perlu dalam masyarakat majmuk .
Sehubungan itu, isu-isu seperti ketidakadilan sosial, kesaksamaan, diskriminasi dan
seumpamanya sering menjadi perdebatan serta menghangatkan polemik hubungan
kaum di Malaysia.
Situasi ini ditambah lagi dengan kandungan Perlembagaan Persekutuan
yang memperuntukkan beberapa bahagian yang secara langsung memberikan
keistimewaan kepada kaum Melay dan bumiputera secara tidak dirancang kerana
perkara ini terhasil daripada permuafakatan politik antara kaum utama dalam
negara ini yang terlibat dalam proses menuntut kemerdekaan. Bagi mereka yang
tidak benar-benar memahami sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan
proses permuafakatan itu berlaku serta persetujuan itu dicapai antara pemimpin
kaum-kaum yang terdapat di tanah Melayu pada waktu itu, mereka melihat
perlembagaan itu dari sudut unsur unsur yang boleh ditafsirkan sebagai
diskriminasi. Akan tetapi , bagi warga Malaysia, hal ini seharusnya tidak berbangkit
lagi sesudah negara menempuh era pasca kemerdekaan selama 5o tahun . hal ini
kerana, perkara itu merupakan sebahagian daripada sejarah unik negara ini yang
memperlihatkan kesediaan setiap pemimpin kelompok dan kumpulan suku kaum
yang akan ada dalam nagara pada waktu itu bermuafakat dan menerima konsep
perkongsian seperti mana yang dipersetujui sebagai sesuatu kontrak sosial.

Walaupun parti-parti politik yang ditubuhkan berteraskan kaum, dengan


semangat toleransi dan kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum yang ada di tanah
Melayu ketika itu bersedia memberi dan menerima serta bertolak ansur dalam
perkara-perkara dalam perkara-perkara yang melibatkan perbezaan, serta pada
waktu yang sama bersedia berkorban atas asas dan hasrat mahu membina negara
dan masyarakat yang aman dan harmoni. Sehingga kini parti politik yang
berasaskan kaum masih terus wujud dan berperanan dalam sistem politik negara.

Dalam konteks hubungan antara etnik, idealnya parti-parti politik yang


ditubuhkan itu harus bersifat merentas kaum. Akan tetapi, realiti kehidupan
masyarakat selalunya tidaklah sedemikian rupa. Hal ini mungkin disebabkan sifat
semula jadi manusia yang sentiasa berasa terancam. Keadaan ini ditambah pula
dengan ketidakseimbangan hubungan antara kaum yang terdapat di negara ini
seperti hubungan majoriti-majoriti , jarak sosial dan budaya yang berbeza dan
sebagainya.

2.0 PENGENALAN KEPADA PERMUAFAKATAN POLITIK


Bagi memahami persoalan hubungan timbal balik antara pembangunan
politik dan hubungan etnik, kita perlu menyentuh beberapa aspek kemajmikan
masyarakat Malaysia yang mewarnai proses politik di Malaysia. Kemudian, bab ini
akan menghuraikan evolusi langkah-langkah memupuk hubungan etnik yang
harmonis secara formal melalui institusi dan tindakan politik. Institusi dan tindakan
politik yang dimaksudkan ialah reaksi terhadap Melayan Union, perjanjian
persekutuan, penggubalan perlembagaan, pembentukan parti politik, pilihan raya
dan kerjasama parti-parti politik membentuk gabungan. Permuafakatan,
kefahaman, kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsure-unsur utama yang
perlu dicapai dalam usaha negara Malaysia kearah pembentukan 1Malaysia. Hal ini
kerana, hubungan etnik yang harmoni dan sihat memainkan peranan penting dalam
konteks pembangunan politik negara. Hubungan etnik di negara ini telah terjalin
sejak sebelum merdeka lagi. Dari zaman penjajahan British sehingga Perang Dunia
Kedua, hubungan etnik telah melalui pasang surut seiring dengan perkembangan
politik semama. Keadaan bertambah baik apabila usaha kearah mencapai
kesepakatan dan kompromi politik dimulakan selepas Perang dan menjadi lebih
rancak lagi pada tahun 1950-an di Semenanjung Malaysia.

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan


untuk memupuk semangat kerjasama dan penyatuan penduduk berbilang kaum
dalam pembangunan politik negara. Secara umumnya, proses politi di Sabah dan
Sarawak diwarnai oleh pertubuhan parti-parti politik berasaskan kepentingan
kelompok etnik tertentu sejak penghujung tahun 1950-an, namun pada masa yang
sama usaha-usaha untuk memupuk perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut
dijalankan hingga kini. Walaubagaimanapun, usaha pihak kerajaan tercabar apabila
berlakunya. Peristiwa 13 Mei 1969 kerana ketidakseimbangan tahap pembangunan
politik, social dan ekonomi antara etnik dengan wilayah di Malaysia. Ketegangan
etnik sekali lagi dirasai oleh rakyat Malaysia ketika berlaku Peristiwa Kampung
Medan pada Mac 2001.

Walaubagaimanapun, atas usaha gigih yang dijalankan oleh pelbagai pihak


di Malaysia dan melaui berbagai-bagai saluran seperti pembangunan politik, negara
kita pada hari ini bukan sahaja dapat menikmati kestabilan politik, malah sedang
menuju kearah penyatuan dan keharmonian etnik. Keadaan ini membantu
mencapai perpaduan penduduk berbilang kaum dan meletakkan landasan asas bagi
Malaysia menuju kearah pembentukan 1Malaysia yang dikemukan oleh Perdana
Menteri Malaysia dalam hasrat beliau untuk melahirkan sebuah negara Malaysia
yang unggul dan disanjung tinggi.

3.0 MODENSASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK


Konsep modensasi merujuk kepada suatu proses dimana tranformasi
ataupun perubahan berencana dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
Modensasi mengandungi dua aspek utama, iaitu pembangunan ekonomi dan
pembangunan politik. Pembangunan ekonomi dan politik merupakan perubahan
bencana yang melibatkan perubahan dalam aspek-aspek tertentu yang membawa
kepada peralihan daripada bentuk ekonomi dan politik yang lama( tradisional)
kepada yang baharu ataupun moden. Pembinaan negara bangsa dapat di capai
melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down seperti penghayatan ideologi
negara, penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan, dan
pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol-simbol dan retual negara.
Namun demikian, untuk mengukur pencapaian pembinaan negara bangsa bukanlah
suatu tugas yang mudah, berbanding dengan ukuranpencapaian pembangunan
ekonomi yang dapat diukur denang-ukuran-ukuran perangkaan dan stastitik.
Biasanya penilaian terhadap dasar-dasar awam yang dilaksanakan menjadi asas
kepada pengukuran kejayaan atau pencapaian pembinaan negara bangsa.

Selain bermatlamatkan pembinaan negara bangsa, pembangunan politik


turut melibatkan perubahan dalam aspek struktual dan budaya sehinggan
membawa kepada perubahan sistem politik masyarakat. Secara umumnya
pembangunan politik dalam konteks ini berlangsung melalui tiga proses utama:
perbezaan struktur politi: sekularisasi budaya politik: dan peyertaan politik yang
besar oleh rakyat. Pembangunan politik dalam konteks mewujudkan amalan
demokrasi dianggap tercapai apabila terdapat kompenen-kompenen berikut dalam
suatu sistem politik, iaitu parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau parlimen,
perlembagaan negara dan pilihan raya. Pada dasarnya, kewujudan keempat-empat
unsur tersebut menjadi ukuran sama ada suatu negara sudah atau belum
mengamalkan amalan demokrasi. Secara ringkasnya, pembinaan negara bangsa
dan perubahan dalam aspek struktural dan budaya merupakan dua hal yang saling
mempengaruhi dalam menentukan tercapainya pembangunan politik dalam
sesebuah negara yang terbilang.

4.0 MENUJU PEMUPUKAN KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK


4.1 Jawatankuasa perhubungan kaum/communities liaison committee
(CLC)
Januari 1949, pengabungan usaha diantara dato onn jaafar dan gabenor
jeneral british di asia tenggara iaitu malcom Macdonald, CLC ditubuhkan dengan
matlamat untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam
kalangan pelbagai etnik ditanah melayu. CLC mempunyai beberapa anggota yang
terdiri daripada lima orang pemimpin melayu, empat orang wakil cina, seseorang
wakil india,serani,Ceylon dan eropah masing-masing dengan e.e.c thuraisingham
(juga wakil orang Ceylon) adalah pengerusi CLC. Malcom pula bertindak sebagai
penasihat dan pengawai perantara CLC dengan kerajaan british. CLC merupakan
pertubuhan separa politik. Ianya adalah kerana perkembagannya dalam setiap
perjumpaan yang diadakan didalam pengawasan British. Selain itu, anggota CLC
terdiri daripada pemimpin politik dan ahli pentadbiran.

Kesepakatan dapat ditonjolkan melalui isu pendidikan dimana sistem


pendidikan bukan bercorak perkauman dengan pengguna bahasa inggeris dan
bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran sama ada
sekolah rendah kerajaan ataupun bantuan kerajaan. Ianya adalah merupakan satu
cara terbaik yang diperolehi kesetian dan kerjasama antara etnik. Bukan itu saja isu
kerayatan juga merupakan isu kontroversi antara orang dengan orang melayu yang
turut sama dibingcang didalam CLC. Dalam hal ini telah dipersetujui bahawa hak
kerayatan berdasarkan prinsip jus soli harus diperluaskan kepada orang bukan
melayu yang dilahirkan dipersekutuan tanah melayu dan singapura, menumpukan
taat setia sepenuh kepada tanah melayu dan mengangap Negara ini sebagai
tempat tinggal tetap. Bagi kerjasama ekonomi pula, CLC juga mendapat
persetujuan diantara ahlinya dan hasilnya, Rural and industrial development
authority (RIDA) dibentuk pada tahun 1950 dan Dato onn jaaffar dilatik sebagai
pengerusi.

CLC juga telah memberikan perhatian kepada hubungan politik orang


melayu dan orang bukan melayu seperti pengambilan orang bukan melayu dalam
perkhimatan kerajaan serta pengenalan pilihan raya tempatan. CLC juga telah
mencadangakan dasar sama rata antara semua etnik dalam politik Negara dengan
berteraskan demokrasi dan hak asasi manusia demi mewujudkan kerjasama dan
hubungan etnik yang mengalakan. Perkara ini dilakukan dengan pemberian latihan
dalam pentadbiran kepada semua etnik dan keterbukaan peluang kepada orang
bukan melayu untuk melibatkan peluang dalam sektor perkhimatan awam serta
politik. Walaubagaimanapun usaha yang telah dijalankan oleh CLC dalam mencapai
revolusi terhadap isu-isu ini dalam masyarakat majmuk di Malaysia hanya sampai
separuh jalan sahaja kerana berikutan krisis Dato onn jaafar dengan umno. Krisis
ini berkaitan usul pembukaan keanggotaan umno kepada kaum bukan melayu yang
mendapat tentangan daripada umno dan orang melayu.

4.2 Independence Of Malaya Party(IMP)


Pada tahun 1948 iaini selepas penubuhan persekutuan tanah melayu. Dato
onn mencadangkan satu dasar politik baharu dengan orang melayu sebagai teras
dan umno dijadikan sebuah parti politik kebangsaan, iaitu united malayan national
organization(umno) dengan membuka keahliannya kepada seluruh rakyat tanah
melayu. Akan tetapi cadangan yang disuarakan tidak diterima oleh ahli-ahli umno
ini kerana umno khuatir serta bimbang umno akan hilang sifat kemelayuan dan
kehilangan perlindungan hak dan kepentingan orang melayu. Setelah perkara
tersebut mendapat tentangan daripada ahli-ahli umno dan orang melayu sewaktu
itu. Datoonn mengambil keputusan untuk keluar dari umno pada tahu 1951.

Setelah kesepakatan antara ahli umno gagal dirunding dan mendapat


bantahan hebat dari ahlinya, dato onn melangkah ketangga yang berlainan demi
memperjuangkan dasar kerjasama antara etnik dalam politik ditanah melayu. Dato
onn telah menubuhkan independent of malaya party(imp). Penubuhan imp dibentuk
di hotel majestic, kuala lumpur pada 16 september 1951 telah mendapat sokongan
daripada pemimpin bukan melayu yang penting. Mereka bersependapat bahawa
imp merupakan satu jalan kearah menjalin kerjasama antara pelbagai etnik dalam
perkembangan politik di tanah melayu. Bagaimanapun, orang cina lebih berminat
untuk menyertai mca yang telah ditubuh pada 27 februari 1949 kerana terdapat
pihak yang kurang bersetuju dengan perjuangan dato onn bahawasanya orang
melayu menjadi teras politik dan sebaliknya mereka menginginkan politik sama
rata. Lain pula kepada kaum india kerana sebahagian orang india ramai yang
menanggotai mic, ini kerana mereka menginginkan kemerdekaan tanah melayu dan
segera untuk berlawan dengan dasar yang dibawa oleh dato onn.
Walaubagaimanapun, imp gagal menarik minat orang melayu oleh kerana
mereka tidak yakin terhadap kensop yang dibawa oleh datoonn. Akhirnya imp
gagal mendapat tempat dan ruang arena politik negara dengan hanya memenagi
dua kerusi sahaja dalam pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur pada tahun
1952. Kemudian imp terkubur pada tahun 1953 akibat pembubaran yang dilakukan
olehnya kerana tidak kurang mendapat sambutan. Dato onn meneruskan usahanya
dengan membawa dasarnya dengan menubuhkan parti negara pada tahun 1954.

4.3 Perikatan UMNO-MCA-MIC


Perkongsian kuasa politik antara parti politik bermula pada january 1952
apabila dua parti terbesar dimalaysia, iaitu umno dan mca bersetuju untuk
berkerjasama dan bertanding dalam pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur yang
diadakan pada 16 februari 1952 bagi menandingi im, sebuah parti bukan
perkauman. Persetujuan untuk membentuk sebuah pakatan kerjasama antara orang
melayu dengan cina yang dikenali sebagai perikatan umno-mca adalah hasil usaha
yang dijalankan oleh kolonel H.S lee, yang dipertua mca cawangan selangor dengan
dato yahya bin abdul razak, pengerusi jawatankuasa pilihanraya umno cawangan
kuala lumpur. Parti-parti politik yang yang bertanding dalam pilihan raya tersebut
ialah perikatan umno-mca, imp, parti buruh selangor, persatuan penyewa rumah
dan calon bebas untuk merebut kerusi majlis tersebut bagi kawasan sentul,
bangsar, imbi dan petaling jaya. Pilihan raya yang berlagsung itu telah
memperlihatkan penduduk telah mula menerima kerjasama etnik dalam proses
politik negara dengan perikatan telah memenangi mejoriti kerusi dalam pilihan raya
itu. Pada oktober 1954, perikatan umno dan mca telah mendapat tarikan oleh parti
yang dipelopori oleh kaum india iaitu mic dengan menyertai parti perikatan ini
berikutan ketiga-tiga parti ini telah mencapai satu kesefahaman dan kerjasama bagi
membina sesebuah negara bagsa yang bersatu serta memperjuangkan
kemerdekaan tanah melayu sewaktu itu.

Pada 27 julai 1955 pilihan raya persekutuan yang pertama berlangsug


dengan disertai oleh beberapa parti politik. Hasilnya daripada semangat yang
tonjolkan dan kerjasama perpaduan yang semakin erat dalam kalangan tiga etnik
yang membolehkan parti perikatan ini telah memenagi hampir kesemua kerusi yang
dipertandingkan dengan 51 kerusi daripada 52 kerusi. Oleh yang disebabkan itu
parti ini telah melayakan perikatan membentuk kerajaan dan memperjuangkan
kemerdekaan tanah melayu daripada jajahan british. Kejayaan yang dicapai itu
telah merdekakan tanah melayu pada 31 0gos 1957 yang memperkuatkan lagi
kedudukan parti perikatan sebagai parti yang mendapat sokongan ramai dan
pelbagai etnik di tanah melayu. Populariti parti ini terbukti apabila piliha raya yang
diadakan pada tahun 1959 dengan memenangi 74 kerusi yang dipertandingkan
daripada 104 kerusi.
Selang beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1974, perikatan telah
menukar nama partinya kepada barisan nasional(bn) bagi mengukuhkan kerjasama
antara etnik dalam parti-parti politik dimalaysia supaya kumpulan etnik mendapat
pertimbangan yang sewajarnya dalam proses politik dimalaysia. Bagi pihak orang
melayu dari sebelum merdeka hingga kini, terdapat pas yang bertindak menjaga
kepentingan orang melayu dan islam dengan kekuatanya dinegeri-negeri yang
majoriti penduduknya orang melayu iaitu kelantan, terenganu, kedah dan
perlis.bagi pihak orang bukan melayu, terdapat jugak beberapa orang parti
pembangkang yang mewakili luahan tidak puasan jati mereka, iaitu peoples
progresif party (ppp) dan parti gerakan rakyat(gerakan) sebelum tahun 1974,
manakala kini parti bukan melayu yang aktif ialah democratic action party(dap)
yang masih mempersoalkan tentang keistimewaan melayu dan bantuan yang
disalurkan oleh kerajaan bn meningkatkan taraf hidup orang melayu.

Pada hari ini, parti keadilan rakyat (pkr) yang muncul sebagai sebuah parti
berbilang etnik dibawah kepimpinan datuk seri anwar ibrahim turut
memperjuangkan kesaksamaan dan keadilan bagi semua etnik di malaysia
termasuklah penduduk di sabah dan sarawak.Menjelang pilihan raya umum ke 12
pada mac 2008, dap, pkr, dan pas telah mencapai kesepakatan tanpa mengira
batasan perkauman untuk membentuk pakatan rakyat supaya dapat bersaing
dengan bn dalam memenangi sokongan pengundi dalam pilihan raya tersebut.
Kemunculan pakatan rakyat dalam politik mula mengubahsuasana politik dan
mempengaruhi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan bn negara ini. Selain itu,
menjelang pilihan raya yang dipimpin beberapa orang peguam india. Hindraf juga
menjadi faktor kepada kegagalan bn untuk memenangi 2\3 daripada kerusi yang
dipertandigkan pada pilihan raya 2008. Ini kerana terdapat beberapa pihak yang
tidak berpuas hati dan mengkritik tindakan kerajaan meleraikan perhimpunan
hindraf dengan mengunakan internal security act (isa) untuk menahan pemimpin
hindraf.

Hindraf menrupakan sebuah pertubuhan yang mengambungkan 30 buah


pertumbuhan hindu bukan kerajaan untuk mempertahankan hakdan warisan
komuniti hindu dalam malaysia yang mempunyai penduduk yang berpelabagai latar
belakang. Hindraf diistiharkan sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan haram
oleh kerajaan malaysia pada 15 oktober 2008 kerana kerajaan mempunyai bukti
bahawa hindraf telah digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang dan
boleh menjadi satu ancaman kepada aturan umum dan moraliti.

5.0 KERJASAMA POLITIK DI SABAH


Perkembangan politik berparti di Sabah hanya bermula apabila Gagasan
Malaysia dikemukakan pada Mei 1961 yang telah mendorong kumpulan etnik
menubuhkan parti masing-masing bagi melindungi dan mempertahankan hak dan
kebajikan mereka dalam negara baharu, Malaysia. Parti politik yang pertama
ditubuhkan ialah sebuah parti kaum Kadazan iaitu United National Kadazan
Organisation (UNKO) pada Ogos 1961. Setelah itu, ianya diikuti oleh parti
Bumiputera Islam, United Sabah National Organisation (USNO) pada Disember
1961, United National Pasok Momogun Organisation (Pasok Momogun) oleh kaum
Murut pada tahun 1962, Borneo Utara National Party (BUNAP) yang kemudian
ditukar kepada Sabah National Party (SANAP) hasil gabungan United Party dan
Democratic Party yang ditubuhkan oleh orang Cina pada tahun 1962. Untuk
memastikan kepentingan setiap kumpulan etnik di Sabah tidak terjejas dalam
pembentukan Malaysia, UNKO, USNO, Pasok Momogun dan SANAP telah bersetuju
bekerjasama membentuk Parti Perikatan Sabah supaya setiap kumpulan etnik
utama mempunyai perwakilan dalam proses perkembangan politik negara. Pada Jun
1964, dua kumpulan etnik utama, iaitu Kadazan-Dusun dan Murut yang diwakili oleh
UNKO dan Pasok Momogun telah mencapai persetujuan kerjasama bagi
mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera bukan Islam di Sabah. Gabungan
ini telah membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO).

Sementara itu, dari tahun 1963 hingga 1967, persaingan politik antara
penduduk Bumiputera Islam yang diwakili oleh USNO di bawah pimpinan Tun
Mustapha dengan golongan Bumiputera bukan Islam diwakili UNKO/UPKO pimpinan
Datuk Donald Stephen telah mendominasi perkembangan politik di Sabah. Selepas
itu, pelantikan Datuk Donald Stephens dari UNKO sebagai Ketua Menteri Sabah
yang pertama pada tahun 1963 telah mendatangkan kritikan daripada Yang
Dipertua Negeri, Tun Mustapha yang tidak puas hati dengan pelantikan itu kerana
jawatan itu sepatutnya disi oleh calon dari USNO mendapat 16 kerusi dan UNKO 12
kerusi. Kerajaan UNKO dan Donald Stephens tidak dapat menjalankan pentadbiran
dengan baik kerana tiada sokongan daripada Yang Dipertua Negeri dan kerjasama
antara golongan Bumiputera Islam dengan Bumiputera bukan Islam tidak dapat
dicapai.

Perselisihan etnik turut berlaku antara Bumiputera bukan Islam dan bukan
Bumiputera apabila UPKO membuka cawangan di kawasan Sabah Chinese
Association/SCA dan USNO seperti di Sandakan dan Semporna. Hal ini
menyemarakkan lagi krisis dalam kerajaan Donald Stephen dengan orang Cina
Sabah yang akhirnya membawa kepada pakatan SCA (orang Cina) dengan USNO
(orang melayu). Perselisihan antara dua orang pemimpin Bumiputera, Donald
Stephens dengan Tun Mustapha atas isu kelulusan permit dan lessen balak, isu
penggantian setiausaha kerajaan negeri dan dasar Donald Stephens yang dianggap
lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun telah membawa
kepada campur tangan kerajaan Persekutuan. Krisis itu berakhir dengan Donald
Stephens diminta melepaskan jawatannya dan Peter Lo dari SCA dilantik sebagai
Ketua Menteri Sabah buat sementara. Selepas pilihan raya umum tahun 1967, atas
kerjasama USNO dengan SCA, Tun Mustapha telah Berjaya mendapat kuasa
pentadbiran dan menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru, maka sebuah kerajaan di
bawah pimpinan Bumiputera Islam dengan kerjasama orang Cina (SCA) berjaya
diwujudkan.

6.0 KERJASAMA POLITIK DI SARAWAK


Perkembangan parti politik di Sarawak pada peringkat awalnya adalah
sangat unik kerana sifat keetnikan yang amat ketara dalam penubuhan parti politik.
Setiap kumpulan etnik telah menubuhkan parti politik mereka bagi memajukan dan
menyuarakan aspirasi etnik masing-masing. Walaupun kecenderungan parti politik
pada awalnya tidak mengehadkan keanggotaannya kepada sesuatu etnik tetapi
parti itu sebenarnya adalah didominasikan oleh etnik tertentu sehingga lama-
kelamaan parti itu menjadi sebuah parti yang mewakili kepentingan kumpulan etnik
tertentu. Di Sarawak, parti politik yang pertama ditubuhkan ialah Sarawak United
Peoples Party (SUPP) pada Jun 1959 yang diusahakan oleh sekumpulan orang Cina
dengan diketuai oleh Ong Kee Hui. Setelah penubuhan SUPP, wujud pula parti-parti
politik lain seperti parti Bumiputera Islam (Melayu) iaitu Parti Negara Sarawak
(PANAS) pada tahun 1960 oleh golongan perabangan dari Kuching dan parti
Bumiputera bukan Islam, iaitu Sarawak National Party (SNAP) pada tahun 1961 oleh
beberapa orang pemimpin Dayak dari kawasan Skrang-Saribas.

Senario politik di Sarawak menjadi lebih menarik pada tahun 1962 apabila
orang Melayu dan orang Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan sebuah lagi
parti yang dikenali sebagai Barisan Rakyat Jati Sarawak ( BARJASA), Parti Pesaka
Anak Sarawak ( PESAKA) oleh beberapa orang pemimpin Iban dari kawasan Rejang
dan penubuhan Sarawak Chinese Association (SCA) oleh sekumpulan ahli
perniagaan Cina yang kaya. Dalam memastikan suara setiap etnik utama di
Sarawak mendapat tempat dalam perkembangan politik menjelang pembentukan
Malaysia, PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan SCA telah bersetuju membentuk satu
pakatan yang dikenali sebagai Parti Perikatan Sarawak pada 22 Oktober 1962
dengan SUPP sebagai parti pembangkang. Walaupun pembentukan Parti Perikatan
Sarawak amat perlu dalam sebuah masyarakat berbilang etnik demi mencapai
keharmonian etnik dalam politik Sarawak tetapi rasa kecurigaan antara dua parti
Bumiputera Islam, iaitu PANAS dengan BARJASA telah menyebabkan PANAS
akhirnya mengambil keputusan keluar dari Parti Perikatan Sarawak pada 15 April
1963 dan seterusnya berjuang sebagai parti pembangkang bersama SUPP.

Pada Disember 1966, dua parti politik yang didominasikan oleh orang
Melayu dan Melanau, iaitu PANAS dan BARJASA telah bergabung membentuk Parti
Bumiputera dan kerjasama politik ini kemudian dilanjutkan dengan kaum Dayak
melalui PESAKA bagi membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada
Januari 1973. Selepas pilihan raya tahun 1970, semua parti politik di Sarawak telah
bersetuju menyertai Parti Perikatan Sarawak termasuklah SUPP. Kesepakatan antara
parti politik di Sarawak telah membolehkan Perikatan Sarawak menjadi anggota
Barisan Nasional. Penerimaan SUPP oleh golongan Bumiputera sebagai rakan pilihan
untuk menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas pilihan raya tahun 1970
mencerminkan kompromi politik antara etnik telah bermula dalam proses politik di
Sarawak. Bagaimanapun, selepas Malaysia dibentuk, Stephen Kalong Ningkan dari
SNAP telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama pada tahun 1963,
tetapi kepimpinan Ningkan dicabar oleh komponen Parti Perikatan Sarawak atas isu
tanah, iaitu pengenalan undang-undang yang membenarkan kaum Cina membeli
tanah masyarakat Bumiputera. Hubungan tegang juga wujud antara kerajaan
Ningkan dengan kerajaan Persekutuan kerana percanggahan dasar mengeai isu
penggantian pegawai British dengan pegawai dari Semenanjung dan isu
pengekalan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak oleh
Ningkan. Krisis tahun 1966 ini berakhir apabila Ningkan dipecat daripada jawatan
Ketua Menteri dan diganti dengan Penghulu Tawi Sli. Krisis ini menyebabkan SNAP
keluar dari Perikatan dan PANAS menyertai Perikatan semula.

7.0 KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN 1


MALAYSIA

7.1 RUKUN NEGARA


Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedari pihak kerajaan bahawa masih
terdapat jurang perbezaan antara etnik dari pelbagai aspek dalam masyarakat di
Malaysia. Setiap kaum masih lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa
adanya satu ideology kebangsaan yang boleh mengikat dan menyatukan mereka
bersama. Dalam usaha membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan
meningkatkan semangat cintakan negara yang dikenali sebagai Rukun Negara telah
dicipta.

Ideologi ini dicetuskan dalam mensyuarat Majlis Perundingan Negara (MPN)


yang pertama pada 27 Januari 1970 ketika negara di bawah pentadbiran Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN). Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan dibuat
pindaan beberapa kali oleh MPN, sebelum diluluskan oleh MAGERAN dan kemudian
diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 ketika
sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Rukun Negara sebagai ideology kebangsaan Malaysia mengandungi lima


objektif seperti mencapai perpaduan yang erat dalam kalangaan seluruh
masyarakat, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat
yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan membina sebuah
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Untuk mencapai objektif tersebut, prinsip-prinsip yang terkandung dalam


Rukun Negara perlu dihayati sepenuhnya oleh semua etnik dalam masyarakat. Lima
prinsip utama yang termaktub dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada
Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan
Undang-Undang, dan Kesopanan Dan Kesusilaan. Keperayaan Kepada Tuhan iaitu
prinsip ini membawa maksud setiap orang mempunyai agama ataupun
kepercayaan sendiri. Agama dan kepercayaan sangat penting kerana setiap agama
menyeru manusia supaya berbuat baik dan menghindari perbuatan yang keji.
Manakala Kesetiaan Kepada Raja dan Negara iaitu prinsip ini menuntut kesetiaan
penduduk yang unggul dan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negara supaya
dapat melahirkan penduduk yang sedia berkorban negara. Selain itu, Rukun Negara
yang ketiga ialah Keluhuran Perlembagaan iaitu setiap rakyat mesti menghormati
dan menghargai kandungan perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan
merupakan undang-undang tertinggi negara ini. Rakyat seharusnya mematuhi dan
mempertahankan kemualiaan dan ketinggian Perlembagaan Persekutuan yang
menyentuh tentang kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja, agama Islam
sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, kedudukan
istimewa orang-orang Melayu, hak asasi rakyat, dan sebagainya.

Manakala Kedaulatan Undang-Undang ialah Rukun Negara yang ke-4 iaitu


undang-undnag merupakan tonggak keadilan yang berperanan menjamin kebebsan
asasi dan memberikan perlindungan kepada setiap orang dalam usaha mewujudkan
keadilan dalam kalangan masyarakat. Rukun Negara yang terakhir iaitu Kesopanan
dan Kesusilaan iaitu prinsip ini menyeru setiap anggota masyarakat supaya saling
menghormati, berakhlak mulia dan menggelakkan daripada menyentuh perkara-
perkara sensitif dalam menjamin kesejahteraan dan kehormonian hidup.

Rukun Negara menjadi rujukan dan garis panduan penting bagi sebarang
dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Berpandukan prinsip
tersebut, setiap dasar dan keputusan dapat dibuat atas rasa sedar, rasional dan
mengikut undang-undang serta peraturan supaya perpaduan etnik dapat tercapai.
Pihak kerajaan telah menggunakan Rukun Negara sebagai instrument untuk
mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan membimbing
masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan mewujudkan perpaduan
berdasarkan hak, peranan dan tanggungjawab yang digariskan dalam Rukun
Negara. Rukun menjadi peraturan dan norma hidup yang amat penting kepada
setiap anggota masyarakat di Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan kelompok pelbagai etnik di negara ini.
7.2 Pembentukan Barisan Nasional (BN)
Untuk mengukuhkan lagi penyatuan kaum melalui politik selepas Peristiwa
13 Mei 1969, kerajaan Perikatan berpendapat bahawa kerjasama dengan parti-parti
pembangkang perlu diadakan agar satu ikatan kerjasama politik antara pelbagai
etnik dan parti dapat diwujudkan. Atas keperluan itu, kerajaan telah
memperkenalkan sistem kerajaan campuran sebagai satu cara untuk
menggabungkan fahaman politik antara etnik melalui penggabungan parti-parti
politik kerajaan dan pembangkang supaya memantapkan kerjasama etnik serta
kestabilan politik negara. Kerajaan campuran pertama yang dibentuk adalah
Perikatan dengan sebuah parti pembangkang, iaitu Gerakan pada Februari 1972
supaya memudahkan kerajaan mengimplementasikan dasar-dasar sosioekonomi di
seluruh negara. Pada 1 Mei 1972, kerajaan campuran telah dibentuk di negeri
Perak, iaitu antara Perikatan dengan Parti Progresif Rakyat (PPR). Setelah beberapa
rundingan diadakan, pada 27 Disember 1972, satu persetujuan telah dicapai untuk
mewujudkan sebuah kerajaan campuran antara Perikatan dengan Parti Islam Se-
Malaysia (PAS), bekas anggota Perikatan satu ketika dahulu. Parti-parti politik yang
turut menyertai kerajaan campuran di Sarawak ialah Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu (PBB), Sarawak National Party (SNAP) dan Sarawak United Peoples Party
(SUPP). Di Sabah, kerajaan campuran telah disertai oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah
(PBRS), Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Kemajuan Sabah (SAPP) selepas
tahun 1970. Gabungan Perikatan dengan parti-parti pembangkang tersebut telah
meluaskan perkongsian politik hingga melibatkan 12 buah parti politik dari
Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan
didaftarkan pada 1 Jun 1974.

BN telah mengambil bahagian dalam pilihan raya tahun 1974 dengan


menggunakan symbol dacing dan menggunakan enam isu utama dalam kempen
pilihan raya berkenaan iaitu perpaduan, ekonomi, dasar luar negeri, keselamatan,
agama dan perkhidmatan sosial. BN telah Berjaya dalam pilihan raya tahun 1974
dengan memenangi 104 daripada 114 kerusi yang dipertandingkan dan dapat
menerajui pemerintahan di Malaysia. Kini, BN mengandungi 14 anggota parti
komponen dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menunjukkan wujudnya
pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik.

7.3 Pembentukan Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat atau dikenali sebagai Peoples Pact/Peoples Alliance
dibentuk pada 1 April 2008 setelah melihat hasil perjuangan mereka dan sokongan
rakyat kepadanya. Idea membentuk pakatan ini lahir ketika kempen pilihan raya ke-
12 pada tahun 2008. Pakatan politik ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai
persetujuan bekerjasama sebagai Barisan Rakyat (People Front / Barisan Alternatif)
semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. Setiap komponen parti yang
pad asasnya mempunyai ideology perjuangan tersendiri tetapi akhirnya telah
berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan mempertahankan
kepentingan semua kumpulan etnik di Malaysia. Bagaimanapun, parti-parti politik
itu bersetuju mencapai kerjasama politik bagi bersaing dengan kerajaan Barisan
Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Persetujuan kerjasama mereka juga
adalah untuk membuktikan pakatan mereka itu turut dapat memperjuangkan
kepentingan rakyat dan membawa kemajuan kepada rakyat serta negara.

Pakatan kerjasama PKR, DAP dan PAS telah Berjaya memenangi sokongan
rakyat berbilang etnik dan mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga dalam
pilihan raya 2008. Kerjasama ketiga-tiga parti politik tersebut telah memenangi 82
kerusi Parlimen di mana DAP memperoleh 28 kerusi, PKR memenangi 31 kerusi dan
PAS mendapat 23 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam
pilihan raya 2008. Bagi kerusi DUN pula, mereka memperoleh 196 kerusi daripada
jumlah 505 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya. Pakatan rakyat telah
Berjaya menguasai kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan
Selangor ketika pilihan raya 2008. Pakatan Rakyat berikrar memperjuangkan hak
dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira etnik seperti yang termaktub dalam
perlembagaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga dibentuk sebagai sebuah gabungan
parti politik daripada berbilang etnik yang diwujudkan untuk membela nasib rakyat
yang terpinggir dan tidak terbela di bawah pimpinan Barisan Nasional. Ideologi
Pakatan Rakyat ialah keadilan sosial, kemajuan, demokrasi sosial dan kebajikan
awam.

7.4 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan di
Malaysia pada 16 Februari 2004 merupakan satu kursus latihan yang dijalankan
oleh kerajaan untuk pembinaan sahsiah diri dalam kalangan rakyat Malaysia
khasnya golongan belia. Selain itu, PLKN bermatlamat untuk membina dan
mengukuhkan semangat patriotism dalam kalangan generasi muda, menyatukan
golongan muda dari pelbagai etnik dan menyediakan golongan belia bagi
menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. Idea untuk mengadakan PLKN ini
dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri
oleh pelbagai golongan masyarakat termaksuklah orang awam, pelajar, tokoh, ahli
akademik, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, badan berkanun, ketua
dan pegawai kanan jabatan kerajaan, wakil rakyat dan menteri-menteri.
Sehubungan dengan itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan
Tenaga (JKMKT) dengan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai
oleh tujuh orang Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri
dan lima Timbalan Menteri ditubuhkan dalam Mensyuarat Kabinet pada 30 Oktober
2002. JKMKT dipertanggungjawabkan mengkaji keperluan perlaksanaan Program
Latihan Khidmat Negara.

Tanggungjawab Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN) adalah menggubal


dasar peraturan mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara,
merancang, menyelaras dan memantau mengenai pelaksanaan Program Latihan
Khidmat Negara, merancang dan menyelaras keperluan guna tenaga kerja,
infrastruktur, kemudahan, peralatan dan kelengkapan latihan yang diperlukan untuk
Program Latihan Khidmat Negara, membangunkan dan menyeleggara system
maklumat serta menyimpan rekod-rekod mengenai peserta-peserta Program
Latihan Khidmat Negara, merancang, menyelaras dan melaksanakan Program
Latihan Khidmat Negara, dan mengkaji, menilai kebersanan pelaksanaan Program
Khidmat Negara dan Akta latihan Khidmat Negara 2003 atau disebut akta 628
diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 25 Jun 2003 dan Dewan Negara pada 7 Julai
2003.

Sehingga tahun 2005, PLKN telah mendapat sambutan dan kejayaan


daripada masyarakat kerana program ini telah disertai oleh seramai 135, 700 orang
belia berbilang etnik di kem-kem latihan PLKN yang ditubuhkan di seluruh negara.
Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang berumur 18 tahun pada tahun latihan
dipilih untuk menyertai PLKN. Namun, mereka yang bermasalah tertentu boleh
memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk mengikuti PLKN.

PLKN dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah digariskan seperti


meningkatkan semangat patriotism dan cinta akan negara dalam kalangan generasi
muda atau remaja Malaysia. Selain itu, mempertingkatkan perpaduan etnik serta
integrasi nasional, membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai
murni, menanam semangat kesukarelawan dalam kalangan remaja dan melahirkan
generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.

8.0 KEMAJMUKAN ETNIK DALAM PROSES POLITIK DI MALAYSIA


Sebelum perbincangan lebih mendalam tentang proses politik di Malaysia
dibuat, elok kiranya beberapa aspek kemajmukan masyarakat Malaysia disentuh.
Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan
kemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek demodrafi tidak hanya memperlihatkan
betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut
mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah


penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu
merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus,
sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya
adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau
dan Orang Ulu di Sarawak dan Kadazandusun, Murut, dan Bajau di Sabah.

Secara keseluruhan, penduduk etnik Melayu merupakan kelompok majoriti


di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, penduduk etnik Melayu bukan penduduk
majoriti di setiap wilayah atau negeri. Mesalnya, Pulau Pinang merupakan sebuah
negeri yang mempunyai komposisi penduduk yang agak seimbang menurut
kelompok etnik kerana tiada satu kelompok etnik yang dapat dikatakan majoriti.
Jumlah penduduk etnik Melayu dan etnik Cina hamper sama banyak dan selebihnya
merupakan penduduk di negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis menunjukkan
bahawa etnik Melayu merupakan penduduk yang majoriti. Di negeri Kelantan
misalnya, lebih daripada 90 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk terdiri
daripada etnik Melayu. Di negeri Melaka, Johor dan Selangor menunjukkan keadaan
yang agak berbeza, yang mana jumlah penduduk etnik Melayu hanya berjumlah
sekitar 51 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Sesuai dengan keadaan demografi yang telah dihuraikan dapat dikatakan


bahawa Malaysia, pada umumnya, merupakan sebuah negara yang kaya dengan
kepelbagaian budaya. Di Semenanjung Malaysia, terdapat budaya dan cara hidup
Melayu, Cina, India, masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, Portugis
di Melaka, Serani di Pulau Pinang dan Thai di negeri-negeri utara Semenanjung. Di
Sabah terdapat kira-kira 32 golongan etnik manakala di Sarawak terdapat lebih 20
golongan etnik yang mengamalkan cara dan gaya hidup yang berbeza-beza. Justeru
kepelbagaian ini, kesemua perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru
Cina, Deepavali, Hari Wesak, Gawai, Pesta Keamatan dan Hari Natal merupakan
perayaan yang disambut dengan meriah di negara ini.

Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa


lalu, sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar
bandar. Namun, keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke
bandar yang bermula sejak tahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih
tinggal di luar bandar, kebanyakkannya terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian
dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial. Manakala
sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam pelbagai sektor seperti
sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam sektor
prdagangan dan perniagaan.

Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung.


Masyarakat ini menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme,
Kristian, Taoisme dan Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor
perdagangan dan perkhidmatan. Dari segi petempatan, sebahagian besar orang
Cina tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Klang. Orang India pula
merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada masa lalu,
sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa kini,
terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai
pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan
Bandar. Dalam kategori etnik India, terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh,
Tamil, Malayali dan Singhala. Secara umum, etnik India di negara ini merupakan
penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.

Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian


antropologi ialah Orang Asli. Kebanyakkan Orang Asli merupakan penduduk di
kawasan pedalaman di beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut
kepercayaan tradisional, animism, Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat
kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau
Pinang, masyarakat Portugis di Melaka dan Thai di beberapa negeri di utara
Semenanjung. Kesemua masyarakat minority tersebut mempunyai budaya yang
unik, seperti budaya masyarakat Baba-Nyonya yang mencerminkan percantuman
elemen-elemen budaya Cina dan budaya Melayu. Budaya masyarakat Portugis di
Melaka pula mencerminkan percantuman antara budaya Portugis dan budaya
masyarakat tempatan.

Di Sarawak, orang Dayak merupakan penganut kepercayaan tradisional dan


Kristian, sementara sebilangan kecil sahaja yang menganut agama lain,
terutamanya Islam. Secara umum, orang Dayak merupakan penduduk luar bandar,
namun keadaan tersebut mula berubah semenjak tahun 1970-an. Bagi mereka yang
tinggal dikawasan pedalaman dan luar bandar, aktiviti utama ialah pertanian.
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang bekerja sebagai buruh upahan dalam
sektor pembalakan. Seperti kelompok Melayu dan Bumiputera lain, sebilangan kecil
daripada mereka juga telah berjaya menerokai sektor baharu, sama ada
perdagangan atau sektor komersil di bandar-bandar utama negeri berkenaan.

Orang Melayu juga merupakan penghuni luar bandar dan mereka tinggal di
perkampungan, terutama di pinggir bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu.
Aktiviti utama bagi mereka yang tinggal di luar bandar ialah pertanian. Bagi mereka
yang tinggal di bandar, kebanyakannya tertumpu di sektor perkhidmatan awam.
Orang Melanau yang merupakan penduduk pantai Sarawak menganut agama Islam,
Kristian dan juga kepercayaan tradisional. Bagi mereka yang masih tinggal di
kawasan luar bandar, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani serta
pengusaha sagu. Kebanyakannya orang Cina di Sarawak menetap di kawasan
bandar, terdapat sebilangan kecil yang tinggal di kawasan luar bandar. Kegiatan
ekonomi mereka tertumpu kepada aktiviti perdagangan, terutama di bandar-bandar
utama. Orang Cina menganut pelbagai agama.

Di Sabah, Bumiputera Kadazandusun menganut agama asal masyarakat


berkenaan dan Kristian ( namun terdapat juga yang menganut agama Islam
terutamanya di Ranau ), sementara etnik Bajau, Murut dan peribumi lain menganut
agama Islam di samping terdapat juga yang beragama asal dan Kristian. Purata
bilangan penduduk yang menganut Islam dan Kristian dalam kalangan etnik
Bumiputera ini hamper sama jumlahnya. Kebanyakan daripada mereka terdiri
daripada penduduk luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri sebagai
aktiviti utama, di samping mencari hasil hutan. Di bandar-bandar, mereka tertumpu
kepada sektor perkhidmatan awam walaupun bilangan dan peratusan antara
kelompok etnik berbeza serta berubah-ubah dari semasa ke semasa. Hal ini terjadi
ekoran peluang pekerjaan yang terbuka luas sejak pembangunan ekonomi
berlangsung dengan baik di Sabah.

Masyarakat Cina di Sabah pula tertumpu di pusat-pusat bandar utama.


Kebanyakan mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan dan sektor komersil.
Mereka merupakan penganut pelbagai agama. Di Sarawak, komposisi jumlah
penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti dalam kalangan penduduk.
Secara umum, tidak terdapat satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di
Sarawak. Menurut perangkaan tahun 2004 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,
penduduk di Sarawak berjumlah 2,181 juta orang. Etnik Dayak, Melayu dan Melanau
merupakan kelompok peribumi yang membentuk 73.2 peratus daripada keselruhan
penduduk Sarawak. Kelompok etnik Cina berjumlah kira-kira 26.5 peratus dan etnik
India hanya sekitar 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Etnik
Dayak merupakan kelompok etnik terbesar, yang mewakili lebih kurang 44.3
peratus daripada penduduk Sarawak. Etnik Melayu pula terdiri daripada 23.2
peratus dan Melanau 5.7 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Dalam
kategori etnik Dayak, terdapat sub-etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Orang Ulu
merupakan kategori yang mewakili kira-kira 20 kelompok peribumi kecil seperti
Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan / Penan, dan lain-lain.

Di Sabah, tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi saiz


penduduknya. Empat kelompok peribumi dan Melayu tidak jauh berbeza dari segi
persatuan. Sebagai contoh, pada tahun 2004, Kadazan Dusun merupakan etnik
terbesar (24.8 peratus) dan Melayu (18.5 peratus). Kebanyakan Kadazan Dusun,
Bajau, Murut dan peribumi lain merupakan penduduk luar bandar dan persisiran
sementara kebanyakan etnik Cina menduduki bandar-bandar utama di negeri
berkenaan.
Secara keseluruhan, berlandaskan banci, penduduk di Malaysia dapat dikategorikan
kepada kelompok etnik yang berbeza-beza. Setiap kelompok etnik mempunyai
amalan budaya yang tersendiri. Mereka tidak hanya dapat dibezakan berdasarkan
aspek kepercayaan atau agama, tetapi juga daripada aspek lain. Pada masa yang
sama, aspek demografi turut mempunyai pengaruh terhadap demografi politik dan
proses politik negara kerana dalam aspek tertentu, politik ditentukan oleh bilangan,
misalnya jumlah pengundi di kawasan tertentu dan jumlah penduduk yang
menganggotai sesuatu parti politik.

Aspek demodrafi politik di Malaysia dapat dilihat berdasarkan


perkembangan dan angka-angka rasmi pilihan raya di Malaysia yang sudah
berlangsung sejak tahun 1959. Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat dalam pilihan
raya pada tahun 1999 dan 2004. Dewan Rakyat kini mempunyai 219 wakil dan
beberapa pemerhatian dapat disimpulkan. Pertama, dominasi etnik Melayu dalam
politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu
mempunyai 125 kerusi, di mana etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di
kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi
majoriti peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu atau Bumiputera dalam politk
negara adalah 156 (71.2 peratus) kerusi.

Sementara etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti pengundi di 23


(10.5 peratus) kawasan parlimen. Tujuh (3.2 peratus) lagi kerusi parlimen Cina
terletak di Sabah (1) dan Sarawak (6). Hal ini menjadikan kerusi parlimen Cina
sebanyak 30 (13.7 peratus). Tiada satu pun kerusi parlimen di seluruh Malaysia
yang mempunyai majoriti pengundi India. Daripada jumlah 219 kerusi parlimen,
terdapat 33 (15.1 peratus) merupakan kerusi plural. Ini bermakna, di kawasan
parlimen berkenaan tidak terdapat suatu kelompok etnik yang mewakili majoriti
pengundi di tempat berkenaan. Daripada jumlah tersebut, 15 mempunyai pengundi
Melayu (Semenanjung) terbanyak dan tiga mempunyai pengundi Melayu (Sabah),
tetapi pengundi mereka adalah kurang daripada 50 peratus. Begitu juga di 14
kawasan, pengundi Cina (Semenanjung) merupakan pengundi terbanyak di 11
kawasan sementara Cina (Sabah) adalah terbanyak di tiga kawasan parlimen di
negeri berkenaan.

Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya terdiri


daripada kelompok etnik ertentu memang tidak dapat dielakkan kerana faktor pola
taburan penduduk yang ditentukan oleh beberapa faktor lain, seperti sejarah,
ekonomi dan selainnya. Yang lebih penting diberikan perhatian ialah kemampuan
parti-parti komponen dalam parti pemerintah, iaitu Barisan Nasional mencipta
formula penduduk sebenar. Hal ini penting kerana dalam perjalanan sejarah
pembentukan negara bangsa Malaysia, amalan kerjasama politik dan perkongsian
kuasa sudah lama diamalkan dan masih diteruskan sehingga kini.

9.0 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA


Dalam bidang politik, usaha bagi mencapai perpaduan dan integrasi etnik
masih dijalankan dengan giat. Segala usaha dan proses pilitik di negara ini telah
berjaya membawa semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran.
Pada tahap tertentu, kejayaan Malaysia dalam usaha memupuk integrasi sosial
telah menjadi contoh kepada beberapa buah Negara luar yang kagum dengan
kemampuan pemimpin negara mewujudkan suasana yang harmonis dan aman
damai. Secara beransur-ansur, suasana dan kejayaan dalam bidang politik turut
dapat diterjemahkan sepenuhnya kepada bidang lain terutama dari segi
kemasyarakatan dan dalam kehidupan seharian pelbagai etnik. Perpaduan dan
integrasi ialah proses semula jadi dan boleh berlaku dengan sendiri apabila individu-
individu yang terlibat melihat faedah daripada proses tersebut. Di negara kita,
proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan langsung Kerajaan dengan
dasar-dasar bersifat top-down. Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasar yang
selanjutnya, iaitu Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara
merupakan suntikan penting daripada Kerajaan yang cuba mewujudkan perpaduan.

Kesemua dasar yang dirangka oleh kerajaan menyediakan peluang supaya


semua etnik berada dalam satu ruang fizikal yang sama, sama ada dalam bidang
ekonomi, pendidikan, atau perkhidmatan awam. Proses menemukan semua etnik
adalah amat penting. Hal ini, adalah kerana proses perpaduan dan integrasi kini
sering membayangkan pembentukan bangsa Malaysia yang wajar dikejar dan
dicapai menjelang tahun 2020. Memang tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku
banyak perbincangan antara pelbagai pihak tentang bentuk bangsa Malaysia yang
diidamkan pada tahun 2020. Cuma, perbincangan itu sebahagian besarnya
digerakkan dari atas dan bukan dari akar umbi.

Dalam pembangunan ekonomimemang wujud ukuran tertentu yang boleh


dijadikan penanda aras pencapainnya. Misalnya, sepanjang tempoh 1980-an, turun
naik pencapain ekonomi diukur berdasarkan kadar pertumbuhan ekonomi tahunan.
Sebaliknya, bukan mudah untuk mengukur pencapaian perpaduan nasional dari
segi ukuran yang berasaskan perangkaan. Apa yang mampu kita lakukan adalah
untuk melihat perlaksanaan dan prestasi setiap dasar yang menyentuh soal
perpaduan negara.
Dasar Pelajaran Kebangsaan misalnya, yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa penghantar ialah salah satu langkah untuk mewujudkan perpaduan.
Namun kita tahu, tidak semua rakyat Malaysia menghantar anak ke sekolah aliran
kebangsaan yang menggunakan Bahasa melayu sebagai bahasa penghantar.
Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa bebas memilih menghantar anak mereka ke
sekolah berbahasa penghantar Mandarin, Tamil, atau Inggeris yang diizinkan wujud
oleh Kerajaan. Namun begitu, boleh dirumuskan bahawa mereka yang mengikuti
sekolah aliran kebangsaan mempunyai peluang yang lebih baik untuk berinteraksi
tanpa mengira etnik dan terlibat dalam usaha mewujudkan perpaduan nasional.

10.0 CABARAN DAN SARANAN DALAM MENINGKATKAN HUBUNGAN


ETNIK
Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik
dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang
diwakilinya. Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati
dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik
tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman
seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi
dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kea rah masyarakat yang
bersatu padu.

Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di Malaysia ekoran


daripada hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan pelbagai
parti politik, namun pada umumnya politik perkauman masih mewarnai politik
Malaysia yang dapat dilihat dalam tuntutan-tuntutan dan isi hati yang disuarakan
oleh etnik-etnik tertentu melalui wakil mereka daripada parti pemerintah atau
pembangkang.

Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam jiwa masyarakat sejak
kecil lagi bagi mewujudkan jalinan integrasi yang utuh dan murni dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan keagamaan . hal
ini boleh dilakukan melalui pemupukan kesedaran, pendidikan dan program-
program pembangunan masyarakat.

Dalam menuju wawasan 2020 dan pembinaan 1 Malaysia tindakan yang


paling penting adalah mengukuhkan lagi kerjasama dan penyatuan etnik
berdasarkan pengalaman dan acuan Malaysia dalam membina perhubungan etnik
yang harmoni dengan mempertingkatkan tahap kepekaan etnik dalam kalangan
rakyat pelbagai budaya.

Peranan dan penglibatan pemimpin parti politik adalah sangat penting


dalam konteks menjalin hubungan etnik yang sihat dalam pembangunan politik
negara. Justeru , pemimpin kesemua parti komponen BN dan Pakatan Rakyat boleh
memberikan input dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan bagi
mengkaji keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat pelbagai etnik,
termasuk suku etnik di Sabah dan serawak dan seterusnya mencari penyelesaian
terhadap isu-isu yang berbangkit, mereka juga harus berupaya meyakinkan
penyokong masing-masing untuk bersikap lebih rasional apabila menyuarakan dan
menguruskan perkara-perkara yang berhubung kait dengan masalah etnik.

Kesediaan bekerjasama dalam politik dan pentadbiran serta kemampuan


mengatasi persoalan kemiskinan dan kepinggiran di bandar dan luar bandar perlu
diberi perhatian utama oleh pemimpin serta kerajaan jika keharmornian etnik yang
dikecapi sekarang ini mahu dikekalkan dan ditingkatkan.

Perpaduan antara etnik dalam kalangan rakyat dan pemimpin politik atau
parti politik yang kukuh dan terjalin secara ikhlas adalah perkara terpenting yang
perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dalam
memastikan konsep 1 Malaysia serta matlamat wawasan 2020 tercapai.

11.0 TSUNAMI POLITIK

Keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti
pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan
majoriti mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen. Selain itu BN
gagal untuk mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor,
Perak Kedah dan Pulai Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di
bawah pemerintahan PAS. Semua kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh
pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan
Rafique. Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga dirobek sedikit demi
sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga.

Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor
yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa
apabila DAP mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS
pula mendapat dua kerusi DUN. Peralihan undi yang besar kepada pakatan
pembangkang tanpa dijangka itu, menyebabkan ramai penganalisa politik
menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai Tsunami. Buat pertama kalinya Barisan
Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen dan
mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969. Pakatan BN yang ditubuhkan
sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan pada pilihanraya 1969
akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.

Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada
pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan
pembangkang. Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila
menjadi ketua BN pertama yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga.
Keputusan pilihanraya umum 2008 juga menyaksikan beberapa menteri dan
timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut.

Sementara itu, Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama
bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai
Siput semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar. Manakala
Zainuddin Maidin yang menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh
Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan
kemenangan Khalid Samad.

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat
sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam
bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga
mereka di parlimen. Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani
dengan kenaikan kos hidup yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol,
pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah menyebabkan ramai yang
hidup menderita. Tambahan lagi apabila wujudnya watak-watak jahat seperti
Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah
menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar
kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.

Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk


memanfaatkan suasana tersebut. Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di
parlimen agar mereka tidak boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah
berjaya membuahkan hasil. Lim Guan Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu
kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan DAP tidak mungkin mengalahkan BN
dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen.

Selain itu, Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah
dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN
di parlimen harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan
sesuka hati. Di kalangan orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk
menukar kerajaan baru secara drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan.
Akan tetapi, kalau sekadar untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka
bersedia melakukannya. Peningkatan kos kehidupan adalah pendorong utama bagi
kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di parlimen dikurangkan,
harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di


parlimen, maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama
dengan kuasa dua pertiganya. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penganalisis
politik, beberapa orang yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan
pilihanraya diumumkan. Mereka sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan
kalah seteruk ini apabila memenangi hanya 140 kerusi parlimen berbanding dengan
pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di parlimen.

Pertembungan di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah perkara yang
sudah diketahui umum. Semenjak projek jambatan bengkok dibatalkan, Mahathir
tidak henti-henti menyerang perdana menteri yang beliau lantik menggantikannya
pada tahun 2003. Mahathir memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana
melantik Abdullah sebagai penggantinya. Malah bekas perdana menteri itu pernah
memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapannya melantik Abdullah yang
dikatakan membawa Malaysia ke arah kehancuran.

Selain itu juga, peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara adalah salah
satu kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa budak tingkat empat
(merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya) menguasai Abdullah.
Beberapa hari sebelum pilihanraya, apabila ditanya oleh wartawan tentang
kemungkinan Khairy akan memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara
selepas pilihanraya umum, Mahathir berkata Malaysia akan menuju kemusnahan.

Mahathir sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat disingkirkan jika BN
mengalami prestasi yang buruk dalam pilihanraya umum. Maka Mahathir pun
menyeru ahli-ahli Umno agar membersihkan Umno melalui pilihanraya umum.
Mereka disaran agar mengundi berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya
atas dasar parti. Dalam erti kata lain, ahli Umno diberitahu agar jangan mengundi
orang-orang Pak Lah. Kempen ini boleh dikatakan berjaya. Ahli-ahli Umno yang
benci akan Pak Lah dan menantunya telah memberi undi protes, mengikut saranan
bekas perdana menteri itu.
Rembau tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang baik. Dalam
pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun telah
menewaskan Dr Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar sebanyak 18,656 undi.
Manakala menantu PM menang di Rembau baru-baru ini hanya dengan majoriti
5,746 undi. Khairy tidak mungkin mendapat undi serendah itu jika orang Umno
Rembau tidak protes terhadap beliau. DUN Paroi yang terletak di bawah parlimen
Rembau jatuh buat pertama kalinya kepada PAS apabila calonnya Mohd Taufek
Abdul Ghani berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd Shariff dengan majoriti
1,071 undi.

Menantu PM yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah sehebat mana.
Kempen Dr. Mahathir untuk membersihkan Umno hampir menyebabkan menantu
PM turut dibersihkan. Ternyata orang Umno turut menyumbang kepada kehilangan
kuasa dua pertiga BN di parlimen dan menyebabkan beberapa buah negeri
tumbang kepada pakatan pembangkang. Tinjauan yang dibuat di beberapa buah
negeri sewaktu kempen pilihanraya umum lalu, menyaksikan jentera BN tidak
bergerak seperti sediakala. Di Selangor, Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak
sehebat pilihanraya umum 2004.

Rakyat-rakyat di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan kerisauan


mereka mengenai perihal jentera BN itu. Bilik gerakan BN dikatakan kosong dan
pekerja parti tidak banyak kelihatan. Macam-macam teori dikeluarkan dalam
menganalisis strategi Umno dan BN. Ada yang mengatakan jentera BN tidak
bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak panjang (13 hari). Malahan, ada yang
berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru yang tidak disedari pakatan
pembangkang. Ramai juga yang percaya ketua bahagian Umno menahan
peruntukan kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang
bakal menjelang.

Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar Perak itu
ketika ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008
dengan angkuhnya beliau berkata bahawa tempoh kempen pilihanraya terlalu
panjang dan BN tidak memerlukan masa yang lama untuk berkempen. BN tidak
perlu berkempen jika pembangkang tidak menabur fitnah. BN hanya turun untuk
menjelaskan perkara sebenar bagi menangkis dakyah yang disebarkan
pembangkang katanya dengan penuh keyakinan. (Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac
2008). Mungkin kerana kenyataan sombong yang dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu,
rakyat Perak telah menghukumnya dengan memberikan undi kepada pakatan
pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya, menteri besar
Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.

Faktor yang lain pula ialah faktor Anwar. Selepas 10 tahun, inilah pertama kalinya
Anwar Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah
meningkat, kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan. Selain itu, strategi
Abdullah-Khairy membubarkan parlimen sebelum Anwar dibenarkan bertanding
membawa padah. Tanpa mempunyai sebarang beban untuk menjaga kawasan,
Anwar menjelajah ke seluruh negara. Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak
mungkin beliau akan mempunyai banyak masa untuk bergerak sebegitu bebas. Di
setiap tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan orang. Rakyat yang
menghadiri ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di sesetengah tempat,
masyarakat Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang Melayu.

Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan


menurunkan harga minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk
mentadbir negara, mampu meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang
mudah, rakyat dapat memahami apa yang cuba diterangkan oleh Anwar. Tahun lalu,
dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan di akhbar The Star, kumpulan
tingkat empat yang diketuai menantu Pak Lah mengatakan bahawa Anwar
bukanlah lagi satu faktor bagi Umno untuk menghadapi pilihanraya. Khairy, Norza
Zakaria dan Zaki Zahid yang mendakwa mereka mewakili generasi muda di
Malaysia, yakin generasi yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.

Kesombongan kumpulan tingkat empat sampai ke kemuncaknya apabila Ketua


Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di
mana-mana kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut
cabaran itu kerana beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya sebelum 14
April 2008. Tidak lama lagi, pantang bekas timbalan perdana menteri itu akan
berakhir. Jika salah satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-
mana ahli parlimen pakatan pembangkang untuk Anwar bertanding, beranikah
Norza berdepan dengannya?
Pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah
Malaysia. Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka
terdedah kepada pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan. Dahulu, maklumat
boleh dikawal sepenuhnya oleh Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca,
melihat dan mendengar berita-berita yang disajikan oleh media arus perdana.
Dengan adanya internet, penguasaan terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan.
Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak
lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.

Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan
menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai
gerilawan siber. Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa
sehinggakan pasukan cybertrooper tajaan Azalina Othman yang baru sahaja
dilantik sebagai Menteri Perlancongan, tidak berdaya untuk melawan. Tanpa
disuruh, gerila-gerila siber ini telah melahirkan ribuan laman untuk menyerang
pemerintah BN. Teknologi blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi
semakin hebat. Kurang dari 3 minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.
Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN di
beberapa negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses kepada
internet. Contoh yang terbaik ialah di Kuala Lumpur di mana pakatan pembangkang
berjaya menyapu sembilan daripada 10 kerusi parlimen. Bandar Shah Alam yang
selama ini menjadi kubu kuat Umno, jatuh kepada PAS.
Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus
menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua. Abdullah tidak
menghiraukan desakan dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan.
Mukhriz Mahathir menjadi pencetus kepada gerakan dalam Umno menuntut
Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau mengikut jejak ayahnya yang menghantar
surat kepada perdana menteri untuk mendesaknya meletakkan jawatan sebagai
bertanggungjawab kepada hilangnya majoriti dua pertiga BN dan beberapa negeri
kepada pembangkang. Dr Mahathir pernah melakukan perkara yang sama selepas
Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila beliau menghantar
surat kepada Tunku Abdul Rahman.

Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata,
beliau menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk
mengambil tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno, Hishamuddin
berkata, Mukhriz tidak dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik
perkara itu kepada Abdullah sebagai presiden Umno.

Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan separuh daripada
muka lama, dijangka menyemarakkan pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun
Razak telah terkeluar dari senarai tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu
Abdullah dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus
mengekang kemaraan Najib. Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang
jawatan menteri, orang-orangnya telah berada dalam kabinet dan memegang
portfolio penting. Contohnya, Wan Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi senator,
memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu kepada
menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik menjadi Menteri Tenaga, Air dan
Komunikasi.

12.0 KESIMPULAN
Selain insiden konflik perkauman pada tahun 1945 hingga 1946 selepas
Jepun menyerah kalah, peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kg Medan pada 2001,
keadaaan masyarakat dan Negara Malaysia secara umumnya adalah stabil, makmur
dan harmoni. Walaubagaimanapun, usaha memelihara hubungan etnik yang
harmoni selaras dengan perkembangan politik negara merupakan cabaran yang
besar yang dihadapi oleh Malaysia yang dihuni oleh penduduk pelbagai etnik
daripada latar belakang, budaya, Bahasa, agama, dan adat resam yang berlainan.
Masyarakat berbilang etnik di Malaysia telah mengharungi tahap kereggangan,
ketegangan, pertelingkahan antara etnik sehingga kita berusaha menuju ke arah
penyatuan dan keharmonian etnik sejak dari zaman penjajahan British sehingga ke
hari ini. Untuk itu, kita telah melalui pelbagai cabaran, masalah dan kesukaran
dalam melahirkan hubungan etnik yang sihat, pada masa yang sama kita juga telah
berjaya menyelesaikan masalah dan isu perkauman yang wujud sehingga tercapai
kerjasama, permuafakatan dan kompromi politik antara etnik.

Dalam hal ini, kerajaan telah bertindak dengan berhati-hati dalam


mengambil berbagai-bagai langkah dan pendekatan dari dulu hingga kini bagi
mengenal pasti punca dan masalah yang wujud supaya semua etnik dapat dibawa
ke dalam proses politik dan pentadbiran negara untuk mempercepatkan
pembentukan 1Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita harus memberi
kerjasama, memahami, bersikap toleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain
agar hubungan etnik yang sihat, mesra dan harmoni dapat diwujudkan serta
diteruskan dari generasi ke generasi.

Anda mungkin juga menyukai