Anda di halaman 1dari 14

PARTI-PARTI UTAMA DALAM GERAKAN MENUNTUT KEMERDEKAAN PADA 1950-AN

PENGENALAN.
Terdapat pendapat yang mengatakan usaha untuk menuntut kearah kemerdekaan
adalah disebabkan oleh darurat. Namun terdapat juga alasan menuntut
kemerdekaan adalah untuk memprotes Rancangan Malayan Union pada tahun
1946. Sebenarnya penduduk Tanah Melayu menggunakan alasan Darurat sebagai
menyokong kearah kemerdekaan. Syarat penting untuk mendapatkan kemerdekaan
ialah dengan mewujudkan sebuah parti politik yang boleh mengetuai kerajaan
apabila British menyerahkan kuasanya setelah kemerdekaan dicapai.[1]Ketegangan
perkauman yang semakin memuncak telah membawa kepada tertubuhnya Jawatan
Kuasa Antara kaum (Communities Laison Commmittee) pada 10 Januari 1948 untuk
menyelesaikan melalui rundingan-rundingan tentang masalah antara kaum. Ahli-
ahli Jawatan Kuasa Antara Kaum telah bersetuju mendesak diadakan pilihanraya
peringkat tempatan, peringkat bandaran dan peringkat negeri sebelum
mengadakan pilihanraya peringkat persekutuan dalam satu persidangan di Johor
Baharu.[2]
Namun demikian, pelbagai usaha telah dilakukan oleh parti-parti utama dalam
usaha untuk memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1950-an. Antara parti-parti
utama yang muncul ketika itu ialah UMNO, MCA, MIC yang bergabung menjadi parti
Perikatan. Disamping itu, terdapat juga parti lain yang muncul ketika
memperjuangkan kemerdekaan negara iaitu parti IMP yang diketuai oleh Dato Onn
Jaafar. Antara peranan parti-parti utama tersebut dalam gerakan kemerdekaan ini
ialah dengan mengadakan pilihan raya, pengabungan parti, memprotes,
mengadakan kongres kebangsaan serta persidangan di London.

PERANAN PARTI-PARTI UTAMA.


Satu parti baru yang ditubuhkan ialah UMNO iaitu United Malays National
Organisation yang bertujuan untuk menentang rancangan Malayan Union. Keadaan
ini adalah disebabkan oleh Malayan Union itu dilihat akan melemahkan kedudukan
masyarakat Melayu dan Raja-raja Melayu. Ekoran daripada itu British telah
mengambil langkah dengan mengadakan rundingan bersama pemimpin UMNO
serta wakil Raja-raja Melayu dan persetujuan tersebut terkandung dalam
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Antara isu-isu yang diperjuangkan
adalah berkaitan kedaulatan Raja-raja, kewarganegaraan dan kedudukan
masyarakat Melayu.[3] UMNO telah bertindak menentang segala yang bertentangan
dengan perjuangannya seperti yang diinginkan oleh Dato Onn yang tidak
menghiraukan tentangan-tentangan dari pengikut-pengikutnya. Beliau telah
bertindak menjalankan kempennya untuk menyedarkan mereka tentangan
fahaman bukan perkauman iaitu membolehkan orang-orang bukan Melayu menjadi
ahli bersekutu. Persidangan agung UMNO di Kuala Lumpur telah diadakan pada 11
Jun 1950, khususnya untuk membincangkan masalah kerakyatan yang dicadangkan
oleh Jawatan Kuasa Antara Kaum. Namun demikian, Cadangan Dato Onn tersebut
telah ditentang dan telah menyebabkan Dato Onn menarik diri daripada UMNO dan
menubuhkan parti IMP. Dato Onn kembali semula menyertai UMNO dengan idea
perjuangan beliau iaitu non-communalism serta menyatakan pendapat beliau
bahawa Tanah Melayu tidak akan diberi kemerdekaan jika hanya dibangunkan oleh
sebuah parti perkauman sahaja. Selain itu, beliau juga bertindak untuk ingin
menukar nama UMNO dari United Malays National Organisation kepadaUnited
Malaya National Organisation. Keadaan ini telah membawa kepada keahlian UMNO
dibuka kepada semua bangsa di Tanah Melayu. Tindakan beliau tersebut telah
mendapat tentangan kerana telah menyentuh sensitiviti perasaan orang Melayu
dan telah membawa kepada pengunduran diri beliau untuk menjadi Presiden UMNO
dan telah menubuhkan parti baru iaitu IMP. [4] Selain itu, terdapat juga parti lain yang
bersifat perkauman dan berjuang untuk kepentingan kaum mereka sahaja seperti
MCA dan MIC.
Penubuhan parti MCA iaitu Malayan Chinese Association adalah berfungsi
sebagai parti perkauman bagi penduduk Cina yang telah ditubuhkan oleh Tan Cheng
Lock. Beliau mendesak penubuhan parti bersifat kebangsaan ini kearah dua perkara
utama iaitu orang Cina mesti menjadikan MCA sebagai sebauah badan yang
menyatukan semua masyarakat Cina dari semua peringkat dan cuba bekerjasama
denagan semua bangsa di Tanah melayu. Disamping itu, beliau juga mendesak
supaya masyarakat Cina berusaha untuk memperluaskan semangat kebangsaan
mereka dengan mencurahkan taat setia kepada Tanah Melayu.[5] Penubuhan parti
tersebut telah dialu-alukan oleh pihak pemerintahan Inggeris. Selain itu, MCA juga
berperanan sebagai satu langkah untuk mengelakkan orang-orang Cina daripada
terlibat dengan Parti Komunis Malaya dan lebih penting lagi sebagai wadah politik
kepada masyarakat Cina.[6] Keadaan ini berlaku disebabkan pada awalnya orang
Cina dilabelkan sebagai komunis dan bersikap oportunis dan telah dikatakan
memberi sokongan penuh kepada pergerakan komunisme. Selain itu, tanggapan
orang Melayu yang dilihat anti-Cina dan Pro-British telah mewujudkan parti-parti
yang bersifat perkauman tersebut.[7]Akhirnya kedua-dua parti tersebut telah
bergabung dan mebentuk parti Perikatan pada tahun 1955.
Parti perkauman lain yang terdapat dalam Perikatan ialah MIC iaitu Kongres
India Malaya dan hanya mempunyai jumlah para pengundi India yang kecil iaitu
sebanyak tujuh perempat peratus dari jumlah keseluruhan pengundi pada tahun
1959. Disamping itu juga, kelemahan yang nyata ialah ketiada upaya untuk
mengikat pertalian dengan kaum buruh India dari kelas bawahan yang merupakan
bahagian terbesar dari penduduk India di Tanah Melayu. Usaha utama MIC untuk
kekal berada dalam Perikatan ialah supaya boleh mendapat sebarang konsesi
daripada rakan politiknya iaitu UMNO yang lebih berpengaruh.[8]
Penglibatan Tan Cheng Lock dalam CLC telah merapatkan hubungan beliau
dengan Dato Onn Jaafar, pemimpin politik orang Melayu yang utama pada masa
itu. Ekoran daripada kerjasama politik tersebut telah menjadikan hubungan itu lebih
rapat dan telah membolehkan Tan Cheng Lock bekerjasama dengan Dato Onn
untuk menubuhkan Independence of Malaya Party (IMP) pada 1 September 1951.
Parti ini telah ditubuhkan oleh Dato Onn kerana kegagalannya mendapat
persetujuan ahli-ahli UMNO untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan
Melayu. Tan Cheng Lock juga menyokong cita-cita IMP untuk membentuk kerajaan
sendiri dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah melayu dengan menggunakan
pendekatan kerjasama bangsa pada masa hadapan. Walaupun IMP menggunakan
dasar keadilan, kesamarataan dan kebebasan tetapi ternyata dalam soal
kerakyatan jus soli, Dato Onn masih meletakkan syarat yang mengawal orang
bukan Melayu dan orang asing menjadi rakyat raja Melayu melalui State
Nationality 1952. Tan Cheng Lock menjalankan taktik berbaik-baik dengan dua
pihak iaitu beliau menyokong tindakan H. S. Lee, Presiden MCA Selangor untuk
bekerjasama dengan UMNO bahagian Kuala Lumpur dan pada masa yang sama
menyokong IMP. Kerjasama tersebut merupakan satu strategi MCA dan UMNO untuk
melihat kemampuan Dato Onn dan IMP sebagai parti bukan perkauman.[9]

PERIKATAN 1955.
Menyedari akan kepentingan berkerjasama dalam berpolitik maka UMNO di bawah
pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah berusaha untuk menubuhkan
gabungan pertubuhan politik pelbagai kaum iaitu Perikatan yang ditubuhkan pada
tahun 1949. Tindakan Tunku Abdul Rahman dalam mewujudkan kerjasama politik
pelbagai kaum dalam mengelakkan daripada berlakunya pengaruh politik
perkauman di Tanah Melayu dan telah membawa kepada penubuhan Perikatan.
Beliau turut menjelaskan konsep perkongsian yang diperkenalkan oleh UMNO
melalui gabungan parti Perikatan dalam ucapannya telah diterima masyarakat
umum. Keadaan ini telah membawa kepada pengorbanan orang Melayu dalam
aspek politik iaitu perkongsian kuasa dan merupakan prasyarat kemerdekaan yang
telah ditetapkan oleh penjajah British. Keadaan ini juga telah membawa kepada
keyakinan British terhadap perjuangan Perikatan. [10] Parti Perikatan pada awalnya
hanya dianggotai oleh UMNO dan MCA yang pada pertama kalinya memperoleh
kejayaan dalam pilihan raya pertama. Kedua-dua pemimpin ini iaitu Tunku Abdul
Rahman dan Tan Cheng Lock telah bersetuju untuk mengadakan jawatan kuasa
perhubungan untuk merapatkan kedua-dua belah pihak di seluruh cawangan yang
terdapat di Tanah Melayu. Hal ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan
kedudukannya disisi masyarakat untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan
datang. Perikatan UMNO dan MCA telah bersetuju untuk mengadakan pemilihan
umum untuk ke Dewan Perundangan persekutuan pada 17 Mac 1951 dan satu
rangka yang dipersetujui pada dasarnya sebuah dewan yang mengandungi 75
orang anggota. Pada 6 April 1953 dalam persidangan Agung UMNO di Melaka telah
sebulat suara menuntut supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun 1954.
Keadaan in telah menyebabkan UMNO membuat satu resolusi yang akan
disampaikan kepada pemerintah Inggeris untuk menerima segala keputusan dan
perikatan UMNO-MCA akan meletak jawatan menjadi ahli dewan perundangan jika
kerajaan enggan menerima. Kedudukan perikatan UMNO-MCA semakin diterima
umum ekoran daripaa kemenangannya dalam pilihan raya bandaran dan kekalahan
teruk IMP.
Pada bulan April 1955, Majlis Kebangsaan Perikatan telah dilanjutkan kepada 38
berikutan kemasukan MIC kedalam Perikatan akhir tahun 1954. Pemimpin K.L
Devaser merasakan bahawa masa depan parti dan kebajikan masyarakat India
menjadi lebih baik jika dilindungi dalam persekutuan multi perkauman. MIC sebelum
ini telah bersekutu dengan Dato Onn dalam IMP telah beralih kesetiaan politik
mereka terhada IMP kerana prestasi mereka yng hambar dalam pilihan raya
tempatan dan beberapa perbezaan pendapat mengenai dasar-dasar parti. Sebelum
itu, MIC telah mengadakan suatu perbincangan besar dengan ahli partinya pada
tahun 1953 dan 1954 untuk menyertai Perikatan pad bulan November tahun 1954.
Perikatan UMNO-MCA cuba untuk memancing minat MIC untuk menyertai Perikatan
melalui beberapa perbincangan. Akhirnya MIC membuat keputusan untuk menyertai
Perikatan yang terhasil daripada gabungan berbilang kaum. Pakatan baru hasil
gabungan Perikatan dan MIC terdiri daripada 16 orang ahli UMNO, 16 orang
daripada MCA dan 6 orang dari MIC. Penambahan MIC kedalam Perikatan
diperkukuhkan dengan rayauan pilihan raya persekutuan. Antara strategi penting
dalam pilihan raya yang mengandungi manifesto pakatan ialah cubaan untuk
menarik undi daripad tiga komuniti kaum yang berbeza. Misalnya, yang terdapat
diadalam manifesto itu iaitu berkaitan isu bahasa dan kewarganegaraan. Manisfeto
tersebut merangkumi keperluan bahasa kebangsaan untuk memupuk kenegaraan
biasa serta mengelakkan sedikit keraguan terhadap rancangan untuk menaik taraf
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada masa yang sama, manifesto turut
dijamin perlindungan daripada perlembagaan untuk bahasa kaum-kaum yang lain.
[11]
Disamping itu, Perikatan turut mencadangkan untuk mengadakan satu kongres
kebangsaan yang akan dihadiri oleh semua perwakilan parti-parti politik di Tanah
Melayu bagi membincangkan kedudukan kerusi-kerusi di dalam majlis Dewan
Perundangan Persekutuan.[12] Konvensyen kebangsaan tersebut diadakan adalah
untuk mengakaji langkah-langkah yang wajar diambil bagi mempercepatkan proses
menuju kearah kemerdekaan. Pada asasnya konvesyen ini hanyalah
merupakan turning point bagi gerakan menuntut kemerdekaan kerana pakatan
UMNO-MCA ini secara terbuka adalah untuk mengubah komposisi Majlis
Perundangan Persekutuan, memperkenalkan satu elemen yang bercorak demokratik
dengan memperkenalkan satu elemen pilihan raya dan secara langsung mendesak
British mempercepatkn proses kemerdekaan. Disamping itu juga, Perikatan
meminta agar 44 daripada 75 ahli Majlis Perundangan Persekutuan dipilih secara
langsung melalui pilihan raya umum dan 31 dilantik seperti yang diamalkan pada
masa itu. Walaupun Perikatan pada asasnya meminta supaya 60 peratus daripada
ahli Majlis Perundangan Persekutuan dipilih melalui pilihan raya.[13] Perikatan
UMNO-MCA telah menghantar telegram kepada Mr. Lyttelton iaitu Setiausaha Tanah
Jajahan Inggeris di London untuk menimbangkan cadangan tersebut. Namun
mereka telah mendapat balasan jawapan yang tidak menyakinkan. Keadaan ini
telah menyebabkan ketua Perikatan ingin menentang dan UMNO telah mengadakan
mesyuarat tergempar di Melaka pada tahun 18 April 1954. Akhirnya satu delegasi
telah dihantar ke London tetapi petition yang dibuat oleh Perikatan tidak dapat
menyelesaikan keadaan tersebut.[14] Disamping itu juga, kongres kebangsaan yang
diadakan telah membawa kepada berlakunya Persidangan di London pada tahun
1956.
PERSIDANGAN LONDON 1956.
Persidangan London ini bermula pada 18 Januari sehingga 8 Februari 1956
yang pada dasarnya perbincangan adalah berkisarkan kepada sekitar reformasi
perlembagaan.[15] Misi pakatan ke London untuk melakukan rundingan pada Januari
1956 pada awalnya berakhir dengan baik. Disamping itu, mereka mengharapkan
pihak British memberi kemerdekaan pada tarikh yang telah ditetapkan. Keadaan ini
juga merujuk kepada objektif utama Perikatan yang mendapat jaminan daipada
perjanjian yang dibuat dengan British. Selain itu, mereka juga memperoleh
sokongan daripada penduduk Melayu. Keadaan ini dapat dilihat setelah mereka
pulang ke tanah Melayu selepas rundingan dibuat di London, mereka disambut
sebagai wira oleh rakyat. Keadaan tersebut elah membawa persekutuan bebas
untuk berkerajaan sendiri dan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat
pada 31 Ogos 1957.[16]
Pada satu tahap, Perikatan dan pihak parti Negara dituduh antara satu sama
lain telah dibayar untuk kepentingan luar. Tunku telah mendapati bahawa terdapat
cubaan yang berunsur negatif bagi masa depan negara yang diuar-uarkan oleh
pentadbiran British. Namun demikian, mana-mana pihak yang berkuasa telah
berhujah sekiranya berdepan dengan masalah dalam mengimbangi bajet. Perikatan
juga tidak terhalang untuk bersuara sekiranya terjadi perkara tersebut.[17]
Selepas beberapa bulan perbincangan dibuat, akhitnya manifesto pilihan
raya berkaitan matlamat perikatan dibincang secara terperinci. Manifesto tersebut
menyentuh mengenai kerajaan tempatan, kewangan dan ekonomi, perumahan dan
perancangan bandar , perkhidmatan sosial, pendidikan. Dasar tanah , dasar
pertanian. Perubatan dan kesihatan dan kecemasan. Selain itu, perikatan juga
menjanjikan lebih banyak tanah untuk Melayu di luar rizab bagi menyemak semula
kadar cukai tanah serta pemberian pinjaman kepada pekebun kecil untuk
perkembangan koko, kopi dan kelapa untuk menambah keluasan tanah serta
menubuhkan lebih banyak pertanian koperasi. Manakala bagi sektor pendidikan,
persekutuan berjanji untuk membina lebih banyak sekolah termasuklah sekolah-
sekolah vokasional, mengkaji semula dasar pendidikan serta mewujudkan sekolah
kebangsaan. Manifesto ini sedikit sebanyak dapat menangani persoalan yang
difikirkan dalam politik Tanah Melayu. Walaubagaimanapun isu utama dalam
manifesto yang dibentangkan itu ialah untuk mendapat kemerdekaan serta
sokongan besar daripada pengundi.[18]
KESIMPULAN.
Sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan pelbagai pertubuhan
yang bersifat politik telah ada. Namun demikian, pertubuhan yang wujud sebelum
era 1950-an ini kurang agresif jika dibandingkan dengan pertubuhan yang wujud
untuk menuntut kemerdekaan. Tanah melayu mengalami pelbagai rintangan
sebelum kemerdekaan dapat dikecapi pada 31 Ogos 1957. Keadaan tersebut turut
menunjukkan Tunku serta wakil dari Parti Negara pergi ke London sebanyak dua kali
bagi mendapatkan tarikh kemerdekaan yang tepat serta diminta untuk
dipercepatkan kemerdekaan. Terdapat pelbagai pendapat daripada sarjana yang
membawa kepada tercetusnya gerakan menuntut kemerdekaan iaitu disebabkan
pembentukan Malayan Union, Darurat dan pelbagai lagi.
LAMPIRAN.
AEEA 3302 : GERAKAN NASIONALISME MALAYSIA.
SOALAN 8 : BINCANGKAN PERANAN PARTI-PARTI UTAMA DALAM
GERAKAN MENUNTUT KEMERDEKAAN PADA 1950-AN.
AHMAD ZAKUAN BIN GHAZALI
SITI ZUBAIDAH BINTI ZAINUDIN
PENGENALAN.
Ada sarjana yang berpendapat bahawa gerakan menuntut kemerdekaan
adalah ekoran daripada memprotes Rancangan Malayan Union pada tahun 1946.
Terdapat juga anggapan lain yang menyatakan bahawa gerakan menuntut
kemerdekaan ini bermula selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.
Namun demikian, perbincangan adalah menjurus kepada peranan parti-parti
utama yang telah muncul dalam memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1950-
an.
Antara parti-parti yang telah muncul ketika itu ialah UMNO, MCA, MIC yang
seterusnya telah bergabung menjadi Parti Perikatan selepas pilihanraya yang
dijalankan pada tahun 1952.
Terdapat juga parti seperti IMP dan Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato
Onn.
ISI.
1.IMP
Pada bulan Jun 1951, Dato Onn telah mencadangkan agar keahlian UMNO
dibuka kepada kaum bukan Melayu.
Tetapi cadangan tersebut tidak diterima kerana dianggap terlalu radikal dan
telah membawa kepada penubuhan Independence of Malaya Party (IMP) pada
16 September 1951.
IMP merupakan sebuah parti bukan perkauman yang lebih memfokuskan
kepada isu kemerdekaan dengan menggunakan pendekatan non-
communal atau bukan perkauman.
Selain itu, Dato Onn juga berharap dapat memimpin gerakan nasionalis pada
masa depan.
Pada tahap tersebut, usaha parti-parti untuk memperjuangkan isu
kemerdekaan menghadapi pelbagai halangan.
Misalnya apabila Dato Onn dan E.E. Thuraisingham mencadangkan kepada
Pesuruhjaya Tinggi British Sir Gerald Templer supaya ditubuhkan satu
jawatankuasa untuk mengkaji isu pembentukan kerajaan sendiri pada tahun
1952.
Templer menolak cadangan tersebut dan beliau berpendapat bahawa
ancaman daripada PKM perlu diutamakan sebelum isu kerajaan sendiri diberi
perhatian.
Golongan pro-IMP mahukan pilihan raya di adakan pada penghujung 1956
dengan sejumlah 90 ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan dimana
kurang setengah ahli dewan akan dipilih secara langsung melalui pilihan
raya.

2.HUBUNGAN UMNO-MCA 1950.


Tan Cheng Lock menjalankan taktik talam dua muka dalam menyokong
Independence of Malaya Party (IMP) yang dipimpin oleh Dato Onn.
Namun demikian, beliau turut menyokong tindakan H.S. Lee (Presiden MCA
Selangor) untuk bekerjasama dengan UMNO Bahagian Kuala Lumpur untuk
menghadapi pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
Kerjasama itu juga merupakan satu strategi MCA dan UMNO untuk melihat
kemampuan Dato Onn dan IMP sebagai parti bukan perkauman.
Kerjasama yang telah dirintih dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur itu,
telah menyakinkan Tan Cheng Lock dan pemimpin-pemimpin MCA yang lain
untuk melahirkan kerjasama politik yang rapat dengan UMNO.
Kini telah terdapat satu tolak ansur yang jelas iaitu kuasa ekonomi orang Cina
boleh membantu kekurangan wang untuk membiayai pilihanraya UMNO.
Satu kedudukan sama rata dan keadilan juga telah dilakukan oleh UMNO iaitu
kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk Cina diberikan kepada
MCA dan kawasan yang ramai penduduk Melayu diberikan kepada UMNO ->
UMNO hanya mempunyai lima daerah dan MCA mendapat enam daerah.
Oleh sebab UMNO dan MCA tidak mempunyai calon berbangsa India, maka
IMP berjaya memenangi kawasan yang ramai penduduk India di Bricksfield.
Kerjasama MCA dengan UMNO telah diperluaskan dengan pembentukan
National Convention (NC) pada Ogos 1953, iaitu dua bulan selepas Tan Cheng
Lock dan pengikutnya meninggalkan IMP.
Badan ini bertujuan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah politik
perkauman yang wujud dalam politik Tanah Melayu pada masa itu.
Badan ini juga mahu mewujudkan kerjasama semua penduduk utama Tanah
Melayu melalui kerjasama parti-parti politik yang utama seperti UMNO, MCA,
MIC dan IMP.
3.UMNO.
UMNO (United Malays National Organisation) telah ditubuhkan untuk
menentang rancangan Malayan Union yang dilihat telah melemahkan
kedudukan masyarakat Melayu dan Raja-raja Melayu.
Antara isu yang diperjuangkan oleh UMNO ialah berkaitan kedaulatan raja-
raja, kewarganegaraan dan kedudukan masyarakat melayu.
Keadaan ini adalah berikutan daripada kerakyatan jus soli yang diperkenalkan
semasa Malayan Union.
Namun demikian isu MU tersebut telah diselesaikan dengan pengubalan
perlembagaan Persekutuan 1948.
Ketika itu pemimpin UMNO mula menyuarakan hasrat mereka untuk
mencapai satu akomodasi dengan kaum-kaum lain di negara ini untuk mencapai
perpaduan negara.
Keadaan tersebut jelas kelihatan pada perhimpunan agung UMNO pada 29
Mei 1949 iaitu Dato Onn menyeru orang Melayu untuk mengeratkan
hubungan dan kerjasama dengan kaum bukan melayu.
Disamping itu juga, UMNO dalam perhimpunan agung pertengahan bulan Jun
1951 telah menukar slogan perjuangan parti daripada Hidop Melayu kepada
merdeka.
Dato Onn mencadangkan pada Jun 1951 bahawa keahlian UMNO dibuka
kepada kaum bukan Melayu tetapi tidak diterima kerana dianggap terlalu
radikal dan telah membawa kepada penubuhan Independence of Malaya
Party (IMP) pada 16 September 1951.
Tugas utama UMNO kini adalah melaksanakan polisi ekonomi yang
bermatlamat untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat
Melayu melalui penyertaan mereka dalam sektor kapitalis moden.
UMNO dan MCA telah memboikot Persidangan Nasional yang dianjurkan oleh
golongan pro-IMP pada 27 April 1953.
4.MCA
Telah ditubuhkan pada tahun 1949 bagi membantu kerajaan untuk mengatasi
ancaman PKM (Parti Komunis Malaya).
MCA adalah berperanan untuk mengekalkan keharmonian kaum etnik melalui
penyesuaian antara satu dengan yang lain.
Pada mulanya, MCA telah menghadapi kesulitan disebabkan parti itu
menyatakan pendapat segolongan kecil para usahawan dan professional Cina
yang berpendidikan Barat.
MCA berusaha memperluas pengikut politiknya kepada individu-individu lain
yang berpendidikan Cina dan telah mula memainkan peranan yang lebih aktif
dalam politik MCA.
Peranan mereka dilihat lebih cenderung kepada politik perkauman serta
dikatakan lebih mewakili kepentingan orang Cina di Tanah Melayu yang lebih
ramai.
Pada tahun 1958, Dr Lim telah terpilih sebagai Presiden MCA telah
mengalahkan Tan Cheng Lock
Isu yang diperjuangkan oleh MCA ialah untuk mendapat kewarganegaraan
iaitu prinsip jus soliyang membolehkan semua yang lahir di Tanah Melayu
secara automatik menjadi warganegara.
Perjuangan yang disuarakan oleh MCA itu tidak dipersetujui oleh UMNO tetapi
UMNO dan MCA telah bergabung dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah
Melayu.

5.MIC
Kongres India Malaya (MIC) telah menyertai UMNO dan MCA dalam Parti
Perikatan tetapi hanya mempunyai pengundi orang India sebanyak 7.4% dari
keseluruhan jumlah pengundi pada 1959.
Keadaan ini adalah disebabkan mereka tidak mendapat sokongan yang
bermakna daripada masyarakat India di Tanah Melayu.
Akhirnya MIC turut bergabung bersama UMNO dan MCA dalam Parti Perikatan
dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Peranan utama MIC adalah untuk kekal berada dalam parti Perikatan supaya
boleh mendapat sebarang konsesi daripada rakan politiknya yang lebih
berpengaruh iaitu UMNO.
6.PARTI PERIKATAN 1955.
Pada awal 1953, Parti Perikatan telah meningkatkan tempoh perjuangan
mereka dalam mendesak British mempercepatkan proses devolusi kuasa
poliik kepada elit politik tempatan.
Pemimpin Perikatan mula mendesak British mengadakan pilihanraya di
peringkat Persekutuan untuk mempercepatkan proses penubuhan kerajaan
sendiri kerana tempoh Majlis Perundangan Persekutuan akan berakhir pada
Januari 1954.
Keadaan tersebut telah mendesak British untuk memperkenalkan pilihan raya
untuk perwakilan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative
Council).
Pilihan raya telah pun diperkenalkan oleh British di peringkat nasional
sebagai justifikasi Perikatan meminta pengenalan pilihan raya di peringkat
Persekutuan.
Usaha Parti Perikatan ini menghadapi halangan dari kumpulan IMP yang
berasa proses mengadakan pilihanraya di peringkat Persekutuan perlu
dilakukan secara lebih gradual atau beransuran.
Parti Perikatan mengumumkan pada 17 Mac 1953 bahawa parti UMNO dan
MCA telah pun mencapai persetujuan mengenai pilihanraya Persekutuan
selepas mengadakan beberapa mesyuarat.
Perikatan juga mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu
konvensyen kebangsaanuntuk semua parti politik bagi mengkaji langkah-
langkah yang wajar diambil untuk mempercepatkan proses menuju kearah
kemerdekaan.
Parti Perikatan mula membuat tuntutan kemerdekaan secara lebih agresif
dan terbuka dibandingkan tuntutan sebelumnya yang lebih terfokus kepada
isu kerajaan sendiri.
Perikatan mendesak pentadbiran British mengadakan pilihan raya
Persekutuan selewatnya pada tahun 1954 dengan sekurang-kurangnya 3/5
majoriti dipilih secara langsung melalui pilihan raya.
Permintaan Perikatan ternyata lebih tinggi daripada golongan pro-IMP dan
Perikatan kemudiannya menghantar satu petition kepada Pesuruhjaya Tinggi
Sir Gerald Templer untuk menyatakan tuntutan mereka.
Parti Perikatan berpendapat kemajuan kearah kemerdekaan terlalu pelahan
dan perlu dipercepatkan.
Perwakilan Perikatan tidak bersetuju dengan pandangan majority dalam
Jawatankuasa Pilihan raya yang ditubuhkan oleh Templer.
Keadaan ini adalah kerana kumpulan majoriti dalam jawatankuasa itu terdiri
daripada penyokong IMP dan pandangan mereka lebih sehaluan dengan
pendirian parti IMP.
7.DELEGASI KE LONDON.
Pada 18 Januari 1956 bermulanya Persidangan Meja Bulat di antara wakil-
wakil kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC dan wakil-wakil Raja-raja Melayu dengan
pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British dii Lancaster House, London
untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
Delegasi menuntut kemerdekaan ini diketuai oleh Ketua Menteri YTM Tunku
Abdul Rahman Putra, Dato Abdul Razak Hussein, Dr Isma Abdul Rahman, Kolonel
H.S. Lee, Encik T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsuddin selaku Setiausaha
bersama.
Manakala empat wakil bagi Raja-raja Melayu ialah Dato Panglima Bukit
Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dato Nik Ahmad Kamil, Encik
Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd Seth Mohd Said.
Persidangan yang berlangsung selama 3 minggu ini merundingkan beberapa
perkara berkaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu, hal-hal kewangan,
pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal-ehwal luar negeri serta
penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan bagi mengkaji semula perlembagaan
terutamanya mengenai kedudukan istimewa Raja-raja Melayu yang perlu
dikekalkan.
Misi rombongan menuntut kemerdekaan ini telah berjaya mendapatkan
persetujuan Kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan
Tanah Melayu.
Pada tahun 1955, Tunku sekali lagi pergi ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya.
Pada kali ini, beliau berjaya dan tarikh 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai
tarikh kemerdekaan.
Laungan merdeka yang bergema di Stadium Merdeka turut sama
dilaungkan dan dikongsi bersama di seluruh Negara.
8.KOMPROMI DALAM ISU YANG DIPERJUANGKAN.
Dalam pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1955 berasaskan
perlembagaan baru ini, Perikatan UMNO-MCA-MIC (MIC, iaitu Parti Kongres
India yang mewakili masyarakat India telah menyertai Perikatan pada tahun
1955) memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan.->
Perjuangan mereka adalah kemerdekaan daripada British.
Pihak British memulakan perbincangan dengan ketiga-tiga elit UMNO-MCA-
MIC mengenai isu pemindahan kuasa dan merangka draf perlembagaan yang
baru untuk Kerajaan Tanah Melayu yang merdeka itu.
Hasil perbincangan tersebut telah membawa kepada perumusan
Perlembagaan Tanah Melayu.
Antara isu-isu penting yang termaktub dalam perlembagaan tersebut adalah
kewarganegaraan.
Berasaskan prinsip jus soli,mereka yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu
selepas merdeka secara automatick menjadi warganegara Persekutuan.
Mereka yang bukan warganegara boleh mendapat hak kewarganegaraan jika
menetap di Tanah Melayu antara lima hingga lapan tahun; mengangkat
sumpah taat setia; melepaskan kewarganegaraan asing; lulus peperiksaan
asas bahasa Melayu.
Isu hak keistimewaan orang Melayu iaitu sistem tanah simpanan Melayu iaitu
tanah rezab khas untuk orang Melayu.
Kuota tertentu dalam perkhidmatan awam bagi orang Melayu dan pemberian
lesen dan permit perniagaan bagi orang Melayu.
Kuota bagi biasiswa dan bantuan kewangan dari segi pendidikan kepada
orang Melayu serta melindungi kedudukan khas orang Melayu.
Persetujuan dari Majlis Raja-raja Melayu diperlukan dalam sebarang pindaan
perundangan pentadbiran mengenai hak istimewa orang Melayu.
Isu agama berkaitan Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
namun demikian setiap orang berhak untuk menganut dan mengamal agama
mereka.
Penyebaran agama lain di kalangan penganut-penganut Islam adalah
bergantung kepada undang-undang negeri.
Isu bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Selain dari bahasa Inggeris,
bahasa lain tidak boleh digunakan dalam sebarang persidangan
perundangan. Bahasa Inggeris boleh digunakan sehingga sepuluh tahun
selepas Merdeka.
Penggunaan dan pembelajaran bahasa kaum-kaum lain adalah bergantung
kepada kebenaran dari kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri. Setiap
warganegara bebas mengguna dan mempelajari bahasa lain.
KESIMPULAN.
Hal ini jelas menunjukkan pelbagai parti telah muncul dalam gerakan
menuntut kemerdekaan misalnya Parti UMNO, MCA, MIC yang seterusnya
telah bergabung menjadi Parti Perikatan.
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Parti Perikatan dalam memperjuangkan
kemerdekaan Negara iaitu melalui tuntutan untuk diadakan pilihanraya,
konvesyen serta memprotes kepada British.
Walaupun Parti Perikatan menerima banyak persaingan dengan pro-IMP dan
seterusnya daripada Parti Negara dalam bertanding di dalam pilihanraya
tetapi majoriti bilangan kerusi tetap kepada Parti Perikatan.
Akhirnya British telah bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957 setelah didesak oleh parti Perikatan

BIBLIOGRAFI.
Andaya, Barbara Watson, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: MacMillan, 1983,
Ishak Saat, Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu, 1946-1957, JEBAT, Bil.
37, 2010
Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur: University
of Malaya Press, 2009.
Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972.
Milne R. S. , Mauzy Diane K. , Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1982.
Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1997.
Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan federalisme di Malaysia, Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti, 1998.

[1] Milne R. S. , Mauzy Diane K. , Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 43-44.
[2] Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 85.
[3] Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan federalisme di Malaysia, Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti, 1998, hlm. 101.
[4] Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 86-90.
[5] Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1997, hlm. 108.
[6] Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 85-86.
[7] Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan federalisme di Malaysia, Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti, 1998, hlm. 104.
[8] Andaya, Barbara Watson, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: MacMillan, 1983, hlm.
313.
[9] Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1997, hlm. 109-111.
[10] Ishak Saat, Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu, 1946-1957, JEBAT,
Bil. 37, 2010, hlm. 80-82.
[11] Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur:
University of Malaya Press, 2009, hlm. 92-93.
[12]Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 92-94.
[13] Milne R. S. , Mauzy Diane K. , Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 179.
[14]Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 92-94.
[15] Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur:
University of Malaya Press, 2009, hlm. 118.
[16] Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, hlm. 123-124.
[17] Ibid, hlm. 90.
[18] Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur:
University of Malaya Press, 2009, hlm. 92.

Anda mungkin juga menyukai