Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SK KAMPONG BARU, KAPIT

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEPMBELIAN LCD
UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SK KAMPONG BARU, KAPIT

DISEDIAKAN OLEH:

KELVIN ANDREAS ANAK APAW

GURU AKADEMIK BIASA


SK KAMPONG BARU, KAPIT
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SK KAMPONG BARU, KAPIT

1. NAMA PROJEK
LCD PROJEKTOR

2. TUJUAN KERTAS KERJA


Kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon sumbangan daripada Yang
Berhormat, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Ahli Parlimen P216 Hulu Rajang,
bagi memohon 2 buah LCD Projector bagi kegunaan SK Kampong Baru, Kapit.

3. PENGENALAN
Sejajar dengan perkembangan ICT dan penggunaan teknologi yang meluas dalam
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini, penggunaan ICT di dalam kelas
amatlah diperlukan. Tambahan pula, ianya merupakan satu tuntutan dalam
Pembelajaran Abad Ke-21.
Sehubungan dengan itu, amatlah diperlukan bahawa penggunaan komputer riba
dan LCD Projector digunakan oleh setiap guru dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih efisien dan berkualiti.
Namun begitu, setakat tahun ini sahaja, SK Kampong Baru hanya memiliki satu
LCD Projector yang penggunaanamat terhad jikalau ingin digunakan oleh semua
guru. Sebelum ini, terdapat banyak LCD Projector namun semuanya berada dalam
keadaan yang tidak elok.
Setakat ini, bilangan murid yang ramai juga menyukarkan para guru dalam
mengawal karenah setiap murid di sekolah ini. Setakat bulan Februari 2017,
terdapat seramai 104 orang murid Islam dan 306 orang murid yang terdiri daripada
kaum Iban, Cina, Bidayuh, Kenyah dan lain-lain. Manakala dalam anggaran 70%
daripada murid bukan Islam ini adalah berasal daripada Hulu Balleh dan Hulu
Sungai Rajang.
Oleh itu, penggunaan LCD Projector dan Visualiser dapat membantu
memudahkan pengajaran dan pembelajaran dan dapat menjadikan pembelajaran
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SK KAMPONG BARU, KAPIT

lebih menarik dan bercorak ICT. Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk lebih
meminati mata pelajaran yang diajar oleh guru.

4. RASIONAL
Rasional permohonan peruntukan untuk membeli LCD Projector ini adalah untuk
membantu guru-guru dalam menyampaikan ilmu pengetahun dengan lebih menarik
dan murid lebih dapat melihat gambar dan video pada masa yang sama. Ianya lebih
bersesuaian dengan Konsep Pembelajaran Abad 21 kini.

5. OBJEKTIF
Dengan pembelian LCD Projector ini, diharap agar dapat:
(a) Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dan ini dapat
menjadikan P&P guru lebih menarik serta dapat menghilangkan rasa
mengantuk pelajar dengan menggunakan tulisan dan bunyi-bunyi yang
menarik.
(b) Meningkatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Contohnya
penggunaan perisian Microsoft Power Point. Ini dapat membuatkan pelajar
lebih fokus kepada tajuk pembelajaran.
(c) Membolehkan lebih ramai guru menggunakan LCD Projector pada satu-satu
masa

6. SUMBANGAN YANG DIPOHON


BI ANGGARAN HARGA ANGGARAN
ITEM BIL
L SEUNIT KOS
1 LCD PROJEKTOR 2 RM 1 800 RM 3 600
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SK KAMPONG BARU, KAPIT

Contoh LCD Projector

7. PENUTUP
Projek LCD Projector ini amat wajar dilaksanakan untuk perkembangan potensi
murid. Semoga projek ini dapat dilaksanakan untukkebaikan murid-murid. Semoga
sumbangan Yang Berhormat, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Ahli Parlimen
P216 Hulu Rajang dapat melahirkan anak-anak bangsa bermaklumat dan berilmu
yang bakal menjadi penentu masa hadapan negara kita.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ _________________________
(KELVIN ANDREAS ANAK APAW) (JULIS ATA)
Guru Akademik Biasa, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kampong Baru, Kapit SK Kampong Baru, Kapit
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN LCD UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SK KAMPONG BARU, KAPIT

Disokong oleh, Disahkan oleh,

_________________________ _______________________
(SNG SIOH YIANG) (SHAM BIN SEPAH)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,
SK Kampong Baru, Kapit SK Kampong Baru, Kapit